Rabu, 6 Mei 2015

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


‘Kucing Marah’ simbol baru perjuangan anti GST

Posted: 06 May 2015 09:05 PM PDT

'Kucing Marah' simbol baru perjuangan anti GST
A women cover her faces with anti-Goods and Services Tax (GST) placards during a protest as they gather in front of Parliament House in Kuala Lumpur, Malaysia on October 25, 2013. Malaysia will finally implement the long-delayed Goods and Services Tax (GST) at 6 per cent beginning April 2015, during Prime Minister Datuk Seri Najib Razak announced the Budget 2014. Photo: Firdaus Latif

'Kucing Marah' simbol baru perjuangan anti GST

Kempen membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tampil dengan idea baharu, menggunakan watak animasi kucing mengulas tentang cukai yang menekan rakyat dan kaitannya dengan pemborosan kerajaan.

Klip video singkat berdurasi 2 minit tu dimuat naik di Youtube melalui akaun Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar sejak kelmarin.

Ia memaparkan Nurul Nuha Anwar, penggerak #March2Freedom memperkenalkan kawannya 'Kucing Angry' yang mempersoalkan sama ada hasil GST digunakan untuk membayar hutang negara RM569.33 bilion dan hutang 1Malaysia Development Malaysia (1MDB) sebanyak RM42 bilion.

"Kucing sentiasa membayar hutang," kata watak itu yang merupakan parodi 'Kucing Happy', watak direka Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi menarik minat pengguna membuka akaun simpanan.

Ia juga mempersoalkan jet peribadi perdana menteri, serta bajet Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang meningkat sehingga menyebabkan rakyat terpaksa berjimat-cermat.

Katanya, GST adalah cukai yang dikenakan terhadap rakyat tanpa mengira latar belakang dan tidak dapat dipastikan ke mana hasil cukai itu disalurkan, menjadikannya faktor utama kempen bantah GST diwujudkan.

Video itu dihasilkan dengan kerjasama sekretariat #KitaLawan, yang menggerakkan beberapa siri protes di Kuala Lumpur menuntut pembebasan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan #BantahGST yang menganjurkan perhimpunan Hari Pekerja di Kuala Lumpur Jumaat lalu.

Perhimpunan pada 1 Mei itu dihadiri lebih 10,000 orang yang membantah pelaksanaan GST dan disusuli dengan tangkapan ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan aktivis yang menyertai perhimpunan itu.

Nuha berkata video parodi itu bertujuan memberi kesedaran kepada rakyat mengenai objektif membantah GST.

"GST adalah sejenis cukai rakus dan membebankan rakyat. Kucing pun terkena cukai sebab itu wujudnya 'Kucing Angry'.

"Semua lapisan masyarakat mesti bersatu menyuarakan bantahan," katanya.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli juga sebelum ini menggerakkan kempen kesedaran rakyat menolak GST dengan mengeluarkan empat siri video Youtube #GST101 bagi menjawab hujah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mempertahankan GST.

Sejak dimuat naik minggu lalu, video pertama dalam siri itu tersebar kepada lebih sejuta pengguna Facebook.

Sokong BN, tapi tak faham apa satu

Posted: 06 May 2015 08:55 PM PDT

Sokong BN, tapi tak faham apa satu

(Oleh Ermizi Muhamad)
PERMATANG PAUH 7 MEI: Sebilangan penyokong Barisan Nasional (BN) yang berkumpul di persimpangan jalan utama Kubang Semang dekat Sekolah Kebangsaan Seri Penanti gagal memberikan penjelasan mengapa mereka menyokong calon BN, Suhaimi Sabudin.
BN 1Malah ketika ditanya berkenaan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang membebankan rakyat ketika ini, mereka turut mengakui turut terkesan dengan pelaksanaan cukai rakus itu.
Antara yang ditemui Keadilan Daily, Nazrul Naiman, 18, gagal menyatakan pendirian sebaliknya memaklumkan hanya menyokong BN kerana keluarganya menyokong parti itu sejak dulu lagi.
BN 2"Sokong Umno pun sebab dari dulu (keluarga) dah sokong BN. Kalau pasal GST, memang beri kesan, tapi tak tahulah, tak nak cakap lebih," katanya.
Mohd Aziz, 19, pula menyatakan kehadirannya bersama sekumpulan penyokong BN di kawasan itu sekadar suka-suka dan mengikut kawan-kawan sahaja.
"Saja suka-suka, ikut budak-budak dekat sini," katanya ringkas.
Ditanya adakah menerima bayaran daripada pihak-pihak tertentu, Aziz cuba mengelak dan enggan mengulas lanjut.
"Tak ada," ringkasnya sambil tertawa.
Seorang lagi penyokong BN, Mohd Zaki mengakui tidak jelas tentang dasar-dasar yang diperkenalkan kerajaan.
BN 3"Tak faham sangat, kita ikut sajalah. Tak ambil tahu pun pasal politik, ramai kawan ada dekat sini. Ikut sajalah," jelasnya.
Kehadiran mereka ini turut dipersoal majoriti besar penyokong Pakatan Rakyat apabila mereka mendakwa, penyokong-penyokong BN itu terdiri daripada golongan muda dan bukan anak-anak tempatan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=6644

SUASANA DI PERMATANG PAUH

Posted: 06 May 2015 09:16 AM PDT

SUASANA DI SEBERANG JAYA DAN KUBANG SEMANG DAN PERMATANG PASIR...DI SEBERANG JAYA

PETUGAS JAGA PENGUNDI HANTU

Posted: 06 May 2015 07:14 AM PDT


Haaaa...Baru hangpa ada akai....

Posted: 06 May 2015 03:37 AM PDT





Penduduk halau demo penyokong PAS

PENDUDUK SINI DAH LAMA BERSATU...MASJID PUN BUAT SENDIRI.....KALAU SETAKAT NAK MAI BERDAKWAH......BANYAK ILMUAN DI KAMPUNG INI.
 
 Pemuda yang di kenali sebagai "Bang Lee" adalah antara pengurus di sebuah kedai makan di hadapan masjid dan bertentangan dengan stesen minyak Petron disimpang Kubang Semang...mengarahkan gang 10 ekoq proulama di kampung mereka supaya beredar.....Penduduk di kampung tersebut sejak zaman berzaman bermuafakat dan bijak dalam berpolitik dan Yusof Rawa, Hj Asri antara pemimipin sejak berzaman dan pernah memenangi parlimen Permatang Pauh sehingga DSAI menjadi wakil Umno dan PKR di Permatang Pauh.



Memasuki hari terakhir berkempen, berlaku kekecohan antara kumpulan yang mengaku diri mereka sebagai "proulama" dengan penduduk Kampung Kubang Semang, Permatang Pauh.

Kira-kira jam 5 petang, kumpulan yang diketuai Ketua Penerangan PAS Bagan Azmi Jaafar bersama kira-kira 10 lagi pengikutnya berkumpul di simpang tiga berhampiran stesen Petron Kampung Kubang Semang.

Kumpulan itu membawa sepanduk yang bertulis "Hudud hukum Allah" dan "Pemuda bersama kepimpinan ulama".

Bagaimanapun, tidak sampai seminit, dua lelaki yang berada di kedai makan di seberang jalan simpang tiga itu menghampiri kumpulan tersebut dan menghalau mereka.

Kemudian seorang lelaki menjerit ke arah kumpulan itu dengan berkata: "Jangan buat kacau di kampung kami. Hangpa (kamu) semua bukan pengundi di kawasan ini."

Selepas itu, berlaku tolak-menolak apabila lelaki tersebut cuba untuk merampas sepanduk kumpulan terbabit.

Keadaan bertambah kecoh apabila sekumpulan penduduk kampung yang berada di kedai makan di seberang jalan turut mengerumuni kumpulan tersebut dan menghalau mereka.

Salah seorang lelaki tersebut kemudian mengambil pembesar suara daripada Azmi sebelum membalingnya ke lantai.

Azmi kemudian meminta kumpulannya berundur dan pergi ke tempat lain selepas melihat penduduk kampung semakin berang dengan kehadiran mereka.

Tiada ulasan: