Komentar Kini |
Posted: 06 May 2015 06:38 PM PDT Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan dua pihak lagi kerana tidak membenarkannya mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh hari ini. Kebanyakan kita tidak faham Anwar, bekas Anggota Parlimen Permatang Pauh, memfailkan saman pemula itu di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lupur melalui Tetuan Daim & Gamany dan menamakan SPR, pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan kerajaan Malaysia masing-masing sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga. Dalam permohonannya, Anwar memohon deklarasi bahawa beliau mempunyai kelayakan sebagai pengundi seperti diperuntukkan di bawah Fasal 119 Perlembagaan Persekutuan, selain menuntut pampasan dan kos. Tidak dinafikan fasal 119 perlembagaaan persekutuan setiap warga Negara apabila mencapai usia 21 tahun mempunyai kelayakan untuk mengundi dan ia tidak layak untuk mengundi apabila statusnya adalah banduan. Kita rasa pelik Anwar Ibrahim yang telah dihukum penjara selama lima tahun (banduan) menuntut defendan-defendan mengambil tindakan susulan untuk menguatkuasakan haknya sebagai pengundi. Anwar dalam afidavit sokongan untuk menyokong tuntutannya mendakwa pada 30 April lepas, peguamnya menghantar surat tuntutan kepada SPR dan Abdul Aziz untuk mengesahkan bahawa beliau layak mengundi. Pada hemat penulis bahawa Anwar Ibrahim dan peguam penguam tidak boleh menerima yang anak guamnya bersalah dan bukan sorang banduan miskipun duduk dalam penjara, maka Anwar masih ada kelayakan untuk mengundi di parlimen permatang Pauh Oleh itu tindakan SPR tidak membenarkan Anwar mengundi di perleman permatang pauh telah menafikan haknya sebagai pengundi dan bertentangan dengan Fasal 119 Perlembagaan Persekutuan juga mencabuli haknya di bawah Perlembagaan. Anwar berkata deklarasi yang dipohon itu adalah untuk menegakkan haknya untuk mengundi pada PRK Permatang Pauh dan pada mana-mana Pilihan Raya Umum (PRU) nanti. Beliau mendakwa telah mendaftar sebagai pengundi yang sah bagi kawasan Permatang Pauh sebelum dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb lepas dan pada PRU ke-13 dua tahun lepas beliau telah mengundi di kawasan itu. Persoalan yang timbul sekarang apakah benar beliau bukan seorang banduan, sedangkan telah dipenjara di penjara Sungai buloh selama lima tahun kerana mahkamah rayuan menolak rayuan hukuman yang dijatuhi mahkamah persekutuan. |
You are subscribed to email updates from Komentar Kini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan