Sabtu, 9 Mei 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


'RM3 pun orang berkira sekarang'

Posted: 09 May 2015 05:17 AM PDT

'RM3 pun orang berkira sekarang' Syuhada memegang Nasi Bajet KL sambil ditemani Christina di gerainya di Jalan Pasir Panjang, di sini.
 
 
KUALA TERENGGANU – "RM3 pun orang berkira sekarang ini, apatah lagi makanan yang mahal," jelas penjual Nasi Bajet KL, di Jalan Pasir Panjang, di sini.

Peniaga nasi bajet, Nor Christina Jefri Bernard, 38, berkata, dia yang berniaga hampir tiga bulan di kawasan itu dapat merasai sendiri kesan daripada pelaksanaan GST apabila jualannya berlaku sedikit penurunan pada awal April lalu.

"Sekarang dah ok, pelanggan pun ramai yang datang semula, mungkin peringkat awal dulu mereka masak sendiri tetapi menghadapi masalah kekangan masa, kemudian mengambil keputusan untuk membeli di sini semula.

"Kebanyakan pelanggan di sini adalah mereka yang sudah berkeluarga, pelajar kurang sebab di kawasan ini banyak rumah penduduk berbanding pusat pengajian tinggi," ceritanya ketika ditemui di gerai Nasi Bajet KL berhadapan Pasar Bukit Besar, di sini.

Christina berkata, harga bahan mentah yang meningkat terutama selepas 1 April menjadi satu cabaran untuknya mencari bahan mentah yang murah dan berkualiti.

"Sebagai peniaga yang tersepit untuk menaikkan harga, saya perlu mencari sumber bahan mentah yang murah dan berkualiti. Seperti saya, setiap hari perlu sediakan lebih kurang lima kilogram beras, empat ekor ayam dan lain-lain lagi.

"Saya perlu cari bahan-bahan mentah ini di tempat yang lebih murah kerana tidak mahu menanggung terlalu banyak rugi," jelasnya.

Manakala menurut rakan kongsinya, Nor Syuhada Abd Razak, 24, berkata, dalam masa sama, mereka turut membuat penghantaran terus kepada pelanggan.

"Penghantaran perlulah melebihi 10 bungkus ke atas, termasuk menerima tempahan daripada jabatan kerajaan dan swasta di sekitar Kuala Terengganu sahaja," katanya.

Mereka berhasrat membuat penghantaran kerana memahami kekangan masa orang ramai terutama pekerja kerajaan dan swasta yang tidak mempunyai masa untuk keluar dan membeli makanan.

"Kami akan hantar sampai ke tangan pelanggan dan mereka tidak perlu risau," katanya.


SPR harus jawab status terkini kajian persempadanan semula Parlimen dan DUN

Posted: 09 May 2015 05:14 AM PDT

election

Oleh LAU WENG SAN 


Saya telah ditanya oleh media tentang pandangan saya terhadap cadangan sesetengah pihak untuk mewajibkan seseorang calon pilihanraya untuk memenuhi syarat mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam peperiksaan SPM.

Selain bersetuju dengan pandangan rakan-rakan saya dalam Pakatan Rakyat, saya juga ingin menekankan bahawa syarat-syarat yang dikenakan ini sebenarnya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Syarat-syarat kelayakan seseorang Ahli Parlimen telah diterangkan dengan jelas dan lengkap dalam "Bab 4 Badan Perundangan Persekutuan", iaitu Perkara 44 hingga 65 dalam Perlembagaan

Persekutuan. Isi kandungannya lebih kurang sama dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri masing-masing perihal Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Maka jelas bahawa syarat ini tidak dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya ia dijadikan undang-undang, maka besar kemungkinan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ini akan dicabar dan dianggap sebagai bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana SPR telah bertindak di luar bidang kuasa yang dibenarkan dan diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan (ultra vires).

Maka untuk ini berlaku, Perkara-perkara yang disebut di atas dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda menurut Perkara 159(3) dalam Perlembagaan Persekutuan, di mana Rang Undang-undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan perlu disokong lebih daripada dua pertiga Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Dalam keadaan di mana kerajaan persekutuan Barisan Nasional tidak mempunyai sokongan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, pindaan ini bakal menghadapi cabaran yang besar untuk diluluskan di Dewan Rakyat.

Pada pendapat saya, isu ini bukan isu utama bagi SPR. Selain daripada memastikan perjalanan pilihanraya dijalankan mengikut lunas-lunas demokrasi dan peruntukan undang-undang, satu lagi isu utama bagi SPR ialah persempadanan semula kawasan-kawasan pilihanraya yang perlu dilakukan sekurang-kurangnya lapan tahun sekali dan kali terakhir dibuat pada 2003.

Persempadanan semula merupakan satu daripada tanggungjawab utama SPR di bawah Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan pengundi mudah mendapat perkhidmatan wakil rakyat masing-masing apabila sesebuah kawasan pilihan raya yang terlampau besar dan luas dikecilkan atau dipecah dua, seperti kawasan yang mempunyai pengundi lebih daripada 100,000 orang.

Notis Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebenarnya perlu diwartakan pada Disember 2014 yang lalu tetapi telah ditangguhkan pada masa itu berikutan banjir yang melanda beberapa negeri pada masa itu.

Maka saya menyeru kepada SPR untuk fokus kepada isu yang ada di hadapannya dan tidak dipesong oleh perkara yang tidak diperuntukkan kuasa kepadanya oleh Perlembagaan Persekutuan

Lau Weng San adalah ADUN Kampung Tunku, Selangor

Kes Tabung Haji memalukan – Siti Nurhaliza

Posted: 09 May 2015 05:06 AM PDT

 
Siti Nurhaliza tidak terkecuali meluahkan perasaan terhadap pembelian tanah 1MDB oleh Tabbung Haji. 


siti nurhaliza



PETALING JAYA : Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyifatkan isu pembelian tanah milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai memalukan.

Luahan itu dimuat naik di laman Twitternya dan turut dikongsi ramai pengikutnya.

"Ya Allah lindungi kami .." tulisnya ringkas.

Ia dimuat naiknya selepas tengah hari Sabtu.

Status Siti di laman sosial sebelum ini menarik perhatian ramai apabila dia secara terbuka menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelasnya, bekas Perdana Menteri Keempat itu tidak pernah sendirian ketika ekoran kritikan dan teguran lantangnya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Love u Tun & sentiasa bersama Tun..Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran &dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata dunia patut kita hargai serta contohi.

"Tiada yang muda kalau tidak kerana orang tua .. #sayaanakMalaysia #sebak," katanya dalam status Instagramnya

Chong Wei jadi tumpuan Piala Sudirman

Posted: 09 May 2015 05:04 AM PDT


SINAR HARIAN



Chong Wei
 
 
PASUKAN badminton negara akan menjadi perhatian pada Kejohanan Piala Sudirman di Dongguan, China, bermula esok, dengan kehadiran semula Datuk Lee Chong Wei selepas penggantungannya selama lapan bulan.

Biarpun menghadapi laluan sukar dalam kejohanan berpasukan campuran itu namun gaya persembahan dan kekuatan mental Chong Wei akan menarik perhatian apabila membuka langkah dengan menentang juara hatrik, Korea Selatan, esok.

Piala Sudirman merupakan kejohanan pertama Chong Wei selepas menjalani hukuman penggantungan atas kesalahan doping pada Ogos, tahun lepas.

Selaku ketua pasukan, Chong Wei, bekas pemain nombor satu dunia dan kini merudum pada kedudukan ke-46, dijangka berdepan dengan pemain nombor lima dunia, Son Wan Ho, pada aksi pembukaan Kumpulan 1D esok.

Berdasarkan rekod lapan kali pertemuan, pemain Korea Selatan berusia 26 tahun itu hanya sekali berjaya menewaskan Chong Wei iaitu pada Kejohanan Terbuka India 2012.

Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria yakin dengan tahap kecergasan Chong Wei selepas pemain itu tidak berhenti daripada meneruskan latihan dalam tempoh penggantungan.

Beliau mengakui Korea Selatan memiliki kekuatan seimbang dan agak sukar untuk melepasi pasukan itu malah berharap skuad negara dapat menewaskan India pada pertemuan Isnin ini untuk melangkah ke suku akhir.

Malaysia diundi bersama Korea Selatan dan India dalam kumpulan 1D dan skuad negara perlu menang satu perlawanan untuk mara ke suku akhir.

Selain Chong Wei, seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara, Cheam June Wei menduduki ranking ke-187 dunia.

Skuad beregu lelaki, Goh V.Shem/Tan Wee Kiong menduduki ranking ke-29 dunia, Teo Kok Siang/Mak Hee Chun (85), pemain perseorangan wanita, Tee Jing Yi (56), Lim Yin Fun (111).

Beregu wanita Vivian Hoo/Woon Khei Wei (11), Amelia Alicia Anscelly/Soong Fie Choo (25) dan beregu campuran, Wong Fai Yin/Chow Mei Kuan (47) dan Chan Peng Soon/Goh Liu Ying menduduki ranking ke-70 dunia.

Berdasarkan ranking semasa, Korea memiliki kelebihan apabila barisan pemain itu berada dalam ranking 10 terbaik dunia.

Selain Wan Ho, seorang lagi pemain perseorangan lelaki ialah Lee Hyun Il yang menduduki ranking ke-16 dunia manakala beregu lelaki, Lee Yong Dae/Yoo Yeon Seong merupakan beregu nombor satu dunia diikuti Gi Jung Kim/Kim Sa Rang (9).

Dalam acara perseorangan wanita, Korea mempertaruhkan Sung Ji Hyun yang menghuni ranking ketujuh dunia dan pemain ranking ke-13 dunia, Bae Yeon Ju.

Dalam acara beregu wanita, Korea akan membariskan Lee So Hee/Shin Seung Chan (8) dan Chang Ye Na/Kim So Yeong (13).

Dalam acara beregu campuran, Korea memilik gandingan nombor lapan dunia, Ko Sung Hyun/Kim Ha Na dan Shin Baek Choel/Chang Ye Na (37).

Pencapaian terbaik Malaysia pada kejohanan dwitahunan itu ialah melangkah ke separuh akhir dan berkongsi tangga ketiga bersama Indonesia pada edisi 2009 di Guangzhao, China manakala pencapaian tercorot apabila tewas peringkat kumpulan ketika menjadi tuan rumah pada edisi 2013.

Kejohanan berpasukan campuran itu melibatkan 35 pasukan yang dibahagikan kepada empat kumpulan dengan 12 pasukan ranking terbaik disenaraikan dalam Kumpulan 1, yang dibahagikan kepada empat kumpulan kecil.

Sebanyak 12 pasukan ranking terbaik akan bersaing untuk merebut trofi kejohanan manakala pasukan dalam kumpulan 2, 3 dan 4 akan bertanding untuk memperbaiki ranking masing-masing.

Penyandang juara China, mendapat undian agak baik dan dijangka berdepan laluan mudah apabila diundi bersama Jerman dan Thailand dalam kumpulan 1A.

Kuasa besar badminton dunia itu muncul juara sebanyak sembilan kali iaitu pada 1995, 1997, 1999, 2001, 2005, 2007, 2009, 2011 dan 2013.

Sementara juara Piala Thomas tahun lepas, Jepun diundi bersama Taiwan dan Amerika Syarikat dalam 1B manakala Denmark, Indonesia dan England dalam Kumpulan 1C. - Bernama
    

 

Dr Asri minta alim ulama jangan senyap isu TH

Posted: 09 May 2015 04:49 AM PDT

 
Mereka perlu bersuara atas tanggung jawab amar makruf mungkar nahi mungkar iaitu mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran.


dr maza,ulama



PETALING JAYA: Golongan ulama diminta supaya tidak berdiam diri dalam isu pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX) milik 1MDB oleh Lembaga Tabung Haji (TH) pada harga berkali ganda lebih tinggi.

Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata, golongan itu bertanggungjawab bersuara atas dasar amal makruf nahi mungkar iaitu mengajak manusia melakukan perkara kebaikan dan amencegah manusia daripada melakukan perkara tidak baik.

Beliau berkata, TH merupakan lambang kebanggaan ekonomi umat Islam dan apa yang berlaku amat memalukan orang Islam di negara ini.

"Golongan agama tidak boleh berdiam diri. Di sinilah tanggung jawab amar makruf dan nahi mungkar mesti ditunaikan. TH menjadi salah satu dari lambang ekonomi umat Islam. Apa yang berlaku ini benar-benar boleh menjatuhkan maruah umat Islam dalam negara ini," katanya.

Asri berkata, siasatan telus perlu dijalankan untuk membawa mereka yang khianat kepada amanah negara ke muka pengadilan.

Merujuk kepada tiga pegawai atasan TH yang ada kaitan secara langsung dengan 1MDB, Asri berkata, jika berita yang disebarkan itu berasas, ia merupakan perkhabaran yang sangat mendukacitkan.

"Mereka semua yang terlibat , tidak memadai sekadar meletakkan jawatan," katanya.

Tiga pegawai atasan itu, Pengarah TH , Tan Sri Esmee Ismail yang merupakan Ahli Lembaga Penasihat 1MDB, Timbalan Pengarah TH, Datuk Johan Abdullah juga merupakan Pengerusi anak syarikat 1MDB, Edra Energy manakala Panel Pelaburan TH, Datuk Abdul Samad Alias adalah Ahli Panel Penasihat 1MDB.

Bas sekolah terbalik, 40 murid terlepas nahas

Posted: 09 May 2015 04:26 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
PAPAR: Sebuah bas sekolah yang membawa 40 murid dan dua guru pengiring, terbabas sebelum terbalik dalam kemalangan di Jalan Papar Lama, berhampiran Kampung Kawang, dekat sini tengah hari tadi. 
 
Difahamkan semua pelajar dan guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tun Ahmadshah, Inanam itu dalam perjalanan ke Keningau. Setakat ini difahamkan lima pelajar cedera ringan dalam kejadian itu. 
 
Pemangku Ketua Polis Daerah Papar, Asisten Superintendan Azhari Zakaria, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
 
 

Jenazah Nur Artikah tiba dari Rusia malam ini

Posted: 09 May 2015 04:25 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SETIU: Jenazah Nur Artikah Alias, 25, yang meninggal dunia akibat komplikasi pernafasan selepas asrama pelajar perubatan di Rusia terbakar pada 22 April lalu dijangka tiba di tanah air pada Sabtu malam.
 
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, ia susulan urusan teknikal serta dokumentasi berjaya diselesaikan hasil perbincangan dengan kerajaan Rusia.
 
"InsyaAllah, (jenazah) akan sampai di KLIA pukul 10 malam esok (sabtu). Jadi urusan untuk membawa balik diuruskan oleh kerajaan negeri sepenuhnya.
 
"Kita jangka akan sampai di Pasir Putih, di rumah nenek kepada arwah ini pada waktu pagi. Seterusnya akan dilaksanakan urusan pengkebumian," kata Ahmad Razif.
 
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hospital Ekuin di Lembah Bidong, Setiu pada Jumaat petang.
 
Menurutnya, ibu bapa allahyarham yang berada di Rusia akan dibantu pegawai Yayasan Terengganu bagi membawa pulang jenazah  ke Kuala Krai, Kelantan.
 
Pada jangkaan awal, jenazah allahyarham dijadual tiba di Kuala Lumpur pada jam 9.45 malam, hari Khamis (7 Mei) apabila proses dokumentasi diselesaikan.
 
Kerajaan negeri telah menanggung kos bagi membawa pulang jenazah Nur Artikah selain  pembiayaan kedatangan kedua-dua ibu bapa mangsa ke Rusia.
 
Keadaan Nur Artikah dilaporkan kritikal sebelum disahkan meninggal dunia ketika ibu bapanya berada di negara itu untuk menziarahinya.
 
Seramai 43 pelajar termasuk 21 pelajar Malaysia cedera apabila asrama sebuah sekolah perubatan di Rusia setinggi 16 tingkat terbakar dalam kejadian pada awal pagi 22 April lalu.
 
 

Saya belum putuskan tanding Timbalan Presiden atau pertahan Naib Presiden - Tuan Ibrahim

Posted: 09 May 2015 04:17 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man belum memutuskan samada akan bertanding jawatan nombor dua parti atau mempertahankan kedudukan semasa pada pemilihan Jun depan.
 
Pesuruhjaya PAS Pahang ini berkata beliau masih menunggu surat rasmi pencalonan daripada Jawatankuasa Pemilihan sebelum membuat keputusan mengenai masa depannya.
 
"Saya belum terima surat lagi, kena tunggu surat dululah.
 
"Surat belum terima lagi, saya tak tahu lagi macam mana jumlah pencalonan yang diterima," katanya kepada Antarapos.
 
Mengulas pertandingan di peringkat jawatan tertinggi, Tuan Ibrahim berkata parti tersebut mempunyai tradisi dan budaya sendiri seperti mengadakan perundingan, mendapatkan pandangan pemimpin sedia ada dalam menentukan keputusan yang bakal dibuat.
 
Jawatan Timbalan ‎Presiden PAS menyaksikan empat calon disenaraikan layak iaitu penyandang, Mohamad Sabu, Tuan Ibrahim, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan seorang lagi naib presiden Datuk Husam Musa.
 
Namun, pertandingan empat penjuru ini hanya akan berlaku sekiranya calon-calon yang disenaraikan layak bertanding menerima pencalonan tersebut.
 
Sementara itu, jawatan Presiden PAS pula, buat pertama kali akan dipertandingkan yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara tiga pemimpin utama parti itu.
 
Penyandang jawatan tersebut, Datuk Seri‎ Abdul Hadi Awang dijangka bakal ditentang bekas Naib Presiden Ahmad Awang dan Husam.
 
Manakala dua belas calon layak bertanding bagi jawatan Naib Presiden PAS.
 
Kesemua calon perlu mengemukakan jawapan kepada pihaknya melalui pos atau serahan tangan selewat-lewatnya 19 Mei dan cara serahan lain tidak akan dilayan.
 
 

Hudud: Kenyataan Chang Khim tidak berasas

Posted: 09 May 2015 04:11 AM PDT

Hudud: Kenyataan Chang Khim tidak berasas Laporan Sinar Harian pada 7 Mei.
 
 
SHAH ALAM - Status Facebook Ahli Jawatankuasa (AJK) DAP Pusat, Datuk Teng Chang Khim adalah bermotifkan desakan kepada Pas agar tidak terus memperjuangkan hudud kerana ia didakwa menyebabkan kekalahan kepada calon Pas di Parlimen Rompin.

Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohammad Fuad Othman berkata, status itu juga seolah-olah mengaitkan hudud sebagai punca kekalahan Pas di Rompin.

Menurutnya, status berkenaan tidak berasas dan Chang Khim harus sedar bahawa isu hudud tidak boleh mempengaruhi pengundi di Rompin kerana majoriti pengundi adalah berketurunan Melayu dan beragama Islam.

"Hudud adalah satu kewajipan kepada umat Islam. Ia penting. Bila isu itu dimainkan, ia langsung tidak memberi kesan kepada pengundi di sana.

"Pandangan Chang Khim juga adalah berat sebelah. Sebagai wakil rakyat yang bukan beragama Islam, dia tidak harus mencampuri perkara yang berkaitan dengan agama Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tindakan Adun Sungai Pinang itu memuat naik status Facebook berbunyi, 'Iktibar Rompin: Isu hudud tidak menguntungkan Pas, Umno tewas atas GST'.

Berhubung kenyataan 'Umno tewas atas GST', Muhammad Fuad berkata, kemenangan BN di Rompin berkait rapat dengan kedudukan Rompin sebagai kubu kuat BN sejak dahulu lagi.

"Apa yang saya nampak isu GST yang dimainkan pembangkang bagi meraih kemenangan tidak berjaya mempengaruhi pengundi di sana.

"Pengundi di sana tidak terkesan dengan GST. Bagaimanapun, jika kerajaan gagal memberi penjelasan kepada rakyat, ia akan memberi kesan pada pilihan raya akan datang memandangkan GST adalah satu perkara yang dekat dengan rakyat," katanya.


TH jual tanah yang dibeli dari 1MDB

Posted: 09 May 2015 04:04 AM PDT

Isu 1MDB Grafik Sinar Online
 
 
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Lembaga Tabung Haji (TH) membuat keputusan menjual semula satu plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX)‎ yang dibeli daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai RM188.5 juta sebelum ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim Abdul Rahim berkata, keputusan itu dipersetujui oleh barisan Ahli Lembaga Pengarah TH setelah mendapat nasihat daripada Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi.

"Pada mesyuarat malam tadi semua Ahli Lembaga Pengarah bersetuju untuk mempertahankan tanah ini. Namun, pagi ini Perdana Menteri membuat panggilan telefon dan menasihatkan supaya menjual tanah ini bagi mengelakkan TH terus difitnah.

"Maka, Ahli Lembaga Pengarah bermesyuarat sekali lagi pagi ini dan bersetuju untuk menjual tanah tersebut.

"Keputusan ini juga dibuat demi menjaga sentimen pendeposit TH yang risau dengan wang simpanan mereka sejak isu ini dibangkitkan sejak dua hari lalu," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Rompin dan Permatang Pauh – Melayu berminda UMNO makin lesap

Posted: 09 May 2015 03:52 AM PDT

pakatan-rakyat

Oleh Mohd Ariff Sabri


Keadaan Minda Orang Melayu maju dan subur.

Keadaan minda orang Melayu sihat rupanya. Jumlah orang Melayu berminda UMNO makin berkurangan. Siapa mereka ini? Nanti kita beritahu.

Bangsa lain di Malaysia sudah lama bersedia membebaskan minda mereka dari kebiasaan. Mereka bukan Islam tapi telah lama mempraktikkan salah satu rahsia puasa (sebab puasa akan datang) yakni meninggalkan kebiasaan (makan, minum, berkelamin dan lainya).

Generasi Melayu yang bersedia meninggalkan kebiasaan bergantung dan berpaut kepada UMNO semakin meningkat. Di Rompin kumpulan mereka menyebabkan Datuk Hassan Ariffin dapat undi kurang dari yang pernah dicapai oleh arwah JJ (Jamaluddin Jarjis). Pada waktu yang sama, saya tidak perlulah sebut bahawa penyokong Arwah JJ yang tidak sokong Hassan Ariffin.

Di Permatang Pauh, golongan yang sedia meninggalkan kebiasaan bergayut kepada UMNO mengesahkan sikap lawan mereka.

Maka dua perkara ini – pertambahan generasi yang sedia merungkai belengu ikatan dan kesediaan mengesahkan pendirian – menyebabkan saya berfikir – the state of the Malay mind adalah subur dan penuh potensi.

Siapa yang dapat menfaedahkan keadaan inilah yang akan disokong oleh pengundi melayu.
Golongan minda UMNO ini macam mana?

1. Golongan ini termasuk yang percaya kalau kerajaan bertukar – pencen tak dapat.
2. Kalau UMNO bukan kerajaan penjawat awam kena berhenti
3. Kalau UMNO tidak ada, orang Melayu akan terbiar
4. Kalau UMNO tidak ada, agama Islam akan diancam
5. Kalau UMNO tidak ada, instutsi Raja Melayu akan hilang.
6. Kalau UMNO tidak ada, GST yang 'baik' itu akan hilang
7. Kalau UMNO tidak ada, rakyat tak mahu mana nak bayar saman kereta.
8. Kalau UMNO tidak ada, ramai orang rindukan Ahmad Maslan, Shabery Chik, Hassan Malek dan Ismail Sabri.
9. Termasuk dalam kumpulan ini, para pemimpin umno yang mengkakak-tuakan 'blue ocean strategy'. Benda ini dah 10 tahun basi tapi masih diulangi sehinga meloyakan tekak pendengar.
Itu antaranya.

Saya ahli DAP, saya mahukan institusi raja berpelembagaan terus hidup kerana institusi itu sebahagian dari budaya saya orang Melayu. Yang berfikiran seperti saya ramai dalam negara ini dan kian meningkat. Dan saya rasa, institusi Raja Melayu akan menyesuaikan diri mereka seikutnya.

Hanya mereka mesti mulakan dengan meleraikan diri mereka dari belengu minda UMNO. Insitusi Raja Melayu dilindungi oleh perlembagaan dan undang-undang serta demografi Melayu. UMNO sahaja yang mengada ngada mengisytiharkan mereka pelindung yang lebih baik.

Kita semua tahu rekod UMNO puluhan tahun yang lalu. Ianya membuktikan bahawa apa yang pernah dilakukan oleh UMNO ketika itu tidak salah dari segi undang-undang. Tidak ada seorang pun didakwa. Mungkin KPN (Ketua Polis Negara) perlu membaca sejarah dalam perkara ini.

Perkara yang tidak diduga telah pun berlaku. Sultan Johor telah menyuarakan bantahan rakyat mengenakan cukai GST terhadap perkhidmatan mereka. Bisnes kerajaan bukan berniaga. Mereka memberi khidmat sosial. Nyatalah dalam hal ini, Sultan Johor lagi cerdik dari orang UMNO.

Kalau Sultan Johor bertitah GST tidak masuk akal – akal 'promoter' GST bagaimana?

Kemudian sultan johor juga menyokong bahasa pengantar Bahasa Inggeris. Ini suatu pemikiran yang anti fikiran minda UMNO. Nyatalah Sultan Johor mahukan rakyat Johor khususnya dan pendengar titahnya diseluruh negara lebih pandai dari tahap kepandaian yang UMNO mahukan.

Bayangkan berapa ramai ahli UMNO kena masuk kelas orang dewasa seperti zaman Tun Razak. Alif tendang mim, jadi sarkas.

Tapi untuk majoriti orang Melayu diseluruh negara, Melayu yang mengundi di Rompin dan Permatang Pauh, menunjukkan jalan selamat untuk orang Melayu. -Roketkini.com

Mohd Ariff Sabri adalah ahli DAP, Ahli Parlimen Raub dan aktif menulis di blognya sakmongkol.blogspot.com


Permatang Pauh beri isyarat rakyat muak dengan BN

Posted: 09 May 2015 03:48 AM PDT

wawi-permatang-pauh

  Roketkini.com


GEORGE TOWN, 9 MEI: Kemenangan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh baru-baru ini mengesahkan bahawa Pakatan Rakyat (PR) masih kekal mendapat sokongan kuat orang ramai.

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, keputusan PRK tempoh hari menghantar mesej yang kuat kepada BN bahawa rakyat secara umumnya sudah muak dengan cara mereka mentadbir dan mahukan perubahan.

"Kemenangan dalam PRK Permatang Pauh memenuhi aspirasi orang ramai terhadap kami (PR) supaya memperkukuhkan lagi kekuatan untuk menentang BN dalam PRU ke-14," kata Kon Yeow dalam satu kenyataan.

Kon Yeow yang juga ADUN Padang Kota turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat sehingga berjaya membantu kemenangan kepada PR.

"Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi di Permatang Pauh atas kesabaran mereka menyokong PR dan terus menghidupkan perjuangan Reformasi.

"DAP Pulau Pinang mengucapkan tahniah kepada Kak Wan di atas kemenangan beliau.

"Kami berbangga menjadi sebahagian daripada kemenangan ini dan Jawatankuasa Pilihanraya DAP, pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli harus diberikan pujian atas tugas yang berjaya dijalankan dengan baik," ujarnya. – Roketkini.com


“Kalau Najib mahu sokongan rakyat Sabah, jangan datang dengan tangan kosong”

Posted: 09 May 2015 03:46 AM PDT

chan foong hin

Roketkini.com


TAWAU: Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Sabah esok tidak membawa sebarang makna jika kehadirannya dengan 'tangan kosong'.

Naib Pengerusi DAP Negeri Chan Foong Hin berkata, jika Najib mahu menarik semula sokongan dari ahli-ahli UMNO dan orang awam Sabah, beliau harus berani mengumumkan dan membangunkan negeri itu dengan pelbagai projek untuk kemudahan rakyat.

"Ia merupakan satu pembaziran jika acara mewah itu tidak membawa apa-apa sumbangan kepada rakyat Tawau secara khusus dan Sabah amnya yang berdepan masalah serta memerlukan bantuan kerajaan Persekutuan," katanya.

Foong Hin merujuk program Himpunan Solidariti oleh UMNO esok, dengan sasaran kehadiran 30,000 orang bagi menyatakan sokongan kepada Najib yang kini diserang bertubi-tubi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ujarnya, dengan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh serta kedudukan Najib yang makin tergugat, inilah masanya untuknyamenunaikan kemahuan rakyat Sabah bagi memperoleh sokongan.

"Majoriti undi BN berkurangan di Rompin dengan ketara sebanyak enam peratus, juga gagal merampas Permatang Pauh meskipun pembangkang berdepan saat-saat sukar kerana Anwar (Ibrahim) dihukum penjara dan isu hudud dibangkitkan PAS.

"Ini jelas merupakan panggilan untuk Najib bangun dari tidur dan melakukan lebih banyak perkara mempertahankan kedudukannya sebagai Pengerusi UMNO dan PM," ujarnya.

Chan turut mengariskan beberapa perkara yang wajib dilaksanakan Najib jika beliau mahu mendapatkan sokongan semula terutama dari rakyat Sabah.

"Projek-projek tersebut adalah seperti pembinaan lebuhraya pantai dari Kampung Titingan ke Tinagat, mempercepatkan rancangan projek tebatan banjir, mempercepat projek empangan air di Cinta Mata, membina loji tenaga baru dan menaik taraf sambungan internet di Tawau.

"Beliau juga perlu membina loji pengurusan sisa pepejal baru di Tawau, meningkatkan bilangan polis di Tawau, menaik taraf kemudahan hospital termasuk tempat letak kereta dan menambah kakitangan perubatan.

"Pemimpin-pemimpin UMNO Sabah juga perlu bijak menggunakan peluang ini, seperti kata Najib sebelum ini 'You help me, i help you'," sindir ADUN Sri Tanjong itu.

Antara projek pembangunan lain dicadangkan beliau adalah seperti pembinaan tempat letak kereta bertingkat baru di sebelah Pasar Tanjong, Pusat Transformasi Bandar (UTC) serta menaik taraf kemudahan Pelabuhan Tawau.

Chan berharap pengerusi penganjur perhimpunan solidariti tersebut, Datuk Seri Ghapur Salleh mengajukan semua permintaan ini kepada Najib, demi rakyat Sabah. – Roketkini.com


Isu 1MDB: Najib perlu buka mulut

Posted: 08 May 2015 10:42 PM PDT


 
 
SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan sudah tiba masanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bersuara dalam menjelaskan isu kontroversi berkenaan pembelian tanah 1MDB oleh Tabung Haji (TH).

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, isu ini tidak boleh diselesaikan oleh pihak lain kecuali Perdana Menteri.

"Isu ini serius sebab orang kampung pun sudah mula marah sebab rasa duit pelaburan mereka disalahguna.

"Lagi lama isu ini berterusan, saya rasa ramai akan ambil tindakan drastik dengan mengeluarkan wang pelaburan mereka kerana merasakan TH membuat pelaburan tidak ikut syariah.

"Malah, kemungkinan prasangka yang pihak pengurusan TH ada kepentingan dan tidak boleh dipercayai akan timbul," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Kelmarin, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah mengesahkan badan berkanun itu telah membeli sebidang tanah bernilai RM188.5 juta di TRX milik 1MDB bagi pembangunan sebuah menara kediaman namun menafikan pembelian Signature Tower melibatkan kos RM 578 juta.

Mengulas lanjut, Mohd Azizuddin mendakwa, sekiranya isu ini gagal diselesaikan segera TH akan berdepan dengan keadaan lebih buruk.

"TH boleh 'collapse' disebabkan isu ini," katanya.


Rumah ibadat di Melaka dikecualikan GST pada bil air

Posted: 08 May 2015 10:38 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
MELAKA: Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) telah menyerap Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang dikenakan ke atas bayaran utiliti air di 760 rumah ibadat dan kebajikan seluruh negeri ini.
 
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata ia dibuat bagi meringankan beban bil utiliti yang ditanggung badan-badan tersebut setiap bulan.
 
Beliau berkata dengan pelaksanaan inisiatif itu SAMB akan menanggung kos sebanyak RM30,000 sebulan dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM360,000 setahun.
 
"Caj CBP yang dikenakan kepada badan itu diserap dan dibayar oleh SAMB berkuat kuasa 1 April lepas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh sektor korporat di sini, Jumaat.
 
Sementara itu, beliau berkata Pusat Zakat Melaka (PZM) mengutip zakat berjumlah RM20.5 juta dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini berbanding RM17.54 juta dan ini menunjukan peningkatan sebanyak 16.93 peratus berbanding  tempoh sama tahun lepas.
 
Idris berkata bilangan pembayar juga meningkat kepada 27,113 orang  berbanding 24,925 orang tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak  2,188 orang.
 
Katanya zakat pendapatan mencatat kutipan tertinggi iaitu RM8.18 juta diikuti zakat wang simpanan (RM4.67juta), zakat perniagaan (RM3.5 juta), zakat saham (RM926,788.43), zakat emas perak (RM158,254.30), zakat pertanian (RM42,064) dan zakat ternakan (RM15,100).
 
"Kutipan zakat perniagaan sehingga kini mencatatkan sebanyak RM3.47 juta dengan sedikit penurunan kutipan berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu RM3.5 juta," katanya.
 
 

PAS cuba 'selamatkan' PR tapi masing-masing ada jalan sendiri - Haron Din

Posted: 08 May 2015 10:37 PM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

 
Post Pic

 
 
BANGI: PAS tetap meneruskan usaha untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud di Kelantan meskipun berdepan tentangan keras rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, kata Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.
 
Ketika mengulangi pendirian PAS itu, beliau berkata tidak ada tolak ansur dalam perjuanganmya untuk melaksanakan undang-undang Islam.
 
"Apa pun kita akan teruskan dan kalau ada orang tak setuju memanglah dalam dunia bukan semua orang bersetuju hatta Nabi yang menjadi pemimpin, Nabi dan Rasul bukan semua orang setuju.
 
"Sebab itu saya katakan selagi kita boleh pertahankan yang namanya Pakatan ini demi kemasyalatan bersama  kita pertahankan," katanya mengulas polemik pelaksanaan hukum hudud yang berdepan tentangan DAP.
 
Dalam temubual ekslusif bersama Antarapos baru-baru ini, Haron berkata PAS bersedia untuk kembali bersendirian sekiranya kemelut berlaku mengundang perpecahan Pakatan.
 
"Kalau kita dikeluarkan bukan pilihan kita, kalau mereka nak keluar daripada Pakatan bukan suruhan kita.
 
"Tapi kalau mereka merasakan keberatan bersama-sama dengan kita maka masing-masing ada jalan sendiri," katanya.
 
Tambah beliau, sekiranya ketiga-tiga komponen Pakatan itu tidak lagi sehaluan maka jalan terbaik adalah berpisah dan mengambil haluan masing-masing.
 
"Sebab itu kita tak perlu bergaduh pasal yang itu, kita pakat cari wasilah atau cara yang baru pula untuk menggantikan Pakatan kalau perlu kepada pertukaran," katanya.
 
DAP sebelum ini mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disifatkan tidak bermaruah dan tidak jujur berikutan tindakan parti itu bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.
 
Bagaimanapun tindakan DAP itu langsung tidak melemahkan semangat PAS apabila parti itu tetap meneruskan langkah apabila bakal membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud di Dewan Rakyat.
 
PKR turut selari dengan pendirian DAP dengan berpegang kepada konsensus Pakatan yang tidak meletakkan hudud sebagai dasar bersama dipersetujui oleh DAP dan PAS sendiri sebelum ini.
 
Pakatan hanya wasilah bukan matlamat PAS
 
Ditanya mengenai  pandangan PAS tidak akan 'survive' tanpa Pakatan, Haron memberitahu tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam Pakatan hanya wasilah bukan matlamat parti itu.
 
"Pakatan Rakyat adalah satu wasilah, satu cara daripada beberapa cara untuk sampai kepada matlamat PAS...Ia hanya wasilah, jalan atau cara tapi ia bukan matlamat.
 
"PAS tidak bermatlamatkan kepada tertubuhnya PaKatan Rakyat selama-lamanya, selagi mana kita merasakan Pakatan Rakyat itu memberi faedah kepada situasi menang-menang.
 
"PAS pun ada keuntungan, yang bergabung dalam Pakatan pun ada keuntungan jadi kita akan pertahankan dan kita akan berjalan bersama-sama," katanya.
 
Menurutnya, perjuangan PAS sudah sejak sekian lama dengan dasar serta prinsip yang tidak pernah berubah sedangkan Pakatan baru saja mencari tapak.
 
"Tapi jika sudah nyata contohnya kalau kita tiga orang berjalan dan semuanya menuju satu hala, tidak ada tikam-menikam antara kita, tak ada sekat-menyekat maka kita akan berjalan sampai kepada matlamat.
 
"Ini belum sampai matlamat kalau antara kita pun sudah ada tak mahu berjalan, menekan kawan, mengkritik kawan, menikam kawan dan sebagainya bermakna ada masalah dan tidak akan sampai matlamat," katanya.
 
 

Umno perlu berani berubah

Posted: 08 May 2015 10:31 PM PDT

SINAR HARIAN



bendera Umno
 
 
 
UMNO perlu tuntas berubah dalam mendepani cabaran politik semasa tanah air dengan memperkukuhkan solidariti mereka untuk terus kekal menjadi parti teras kepada pemerintahan negara.

Pakar politik dan akademik berpendapat dalam mendepani cabaran politik kini, Umno, yang akan menyambut ulang tahun ke-69 penubuhannya pada 11 Mei ini,  perlu berani berubah dalam modus operandi politik mereka dan bersedia melakukan pembaharuan yang segar. 

Pensyarah Geo-Politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata sebagai tunjang utama kerajaan, Umno perlu menjawab segala kritikan dan menjelaskan pelbagai isu semasa kepada rakyat.

"Kepimpinan dan keseluruhan jentera baik dari atas sampai ke peringkat cawangan perlu faham, sekarang ini, apa-apa isu baik yang baik dan buruk perlu segera dijelaskan.

"Jika solidariti dalam kalangan jentera sendiri kurang atau tiada, bagaimana mereka ingin turun padang dan sama-sama jelaskan isu semasa dalam misi meningkatkan sokongan dan keyakinan rakyat?," katanya.‎

Mohd Fuad berkata apabila semua isu dijelaskan dan penambahbaikan dilakukan, maka sokongan dan keyakinan rakyat kepada Umno pasti diterjemahkan pada  PRU14 nanti.

Sementara itu, penganalisis politik Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berpendapat pendekatan pemasaran Umno untuk mendapatkan keyakinan rakyat perlu berubah dan bukan lagi di takuk lama.   

"Jika tidak, rakyat akan mendengar perkara yang sama. Tiada idea segar dan tiada perubahan," katanya.

Bersempena sambutan ulang tahun ke-69 penubuhan Umno, beberapa acara penting tahunan telah dirancang baik dari pengisian ilmiah mahupun kerohanian, kata jurucakap Umno.

Ini termasuk tahlil khas buat Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, bekas Ahli Parlimen Rompin yang juga Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), yang terkorban dalam nahas helikopter pada April lepas.

Turut dirancang adalah solat Maghrib diikuti bacaan Yasin, doa kesyukuran di Surau Ar-Rahman, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selain solat Isyak.

Acara lain adalah upacara menaikkan bendera Umno di Dewan Merdeka, PWTC, diiringi nyanyian lagu Umno 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat'.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyampaikan amanat pada majlis itu yang turut dihadiri pemimpin parti komponen  BN selain menyampaikan anugerah Melayu terbilang.

Pada PRU13, Umno meraih 88 kerusi Parlimen dan 241 kerusi Dun berbanding 79 kerusi Parlimen dan 239 kerusi Dun pada PRU12.

Selepas PRU lepas, parti teras BN itu kini berdepan pelbagai cabaran termasuk kritikan terhadap program kerajaan seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan, teguran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Umno diasaskan pada 11 Mei 1946 oleh Datuk Onn Jaafar yang juga Presiden Umno pertama bertujuan membantah penubuhan Malayan Union oleh kerajaan British ketika itu. - Bernama


Mengapa sampai membunuh bila diajak kahwin

Posted: 08 May 2015 10:30 PM PDT

SINAR HARIAN


bunuh tikam Gambar Hiasan


KUALA LUMPUR - Kes seorang ibu tunggal beranak empat yang dibunuh oleh kekasihnya kerana sering mendesak kekasihnya untuk berkahwin, menarik perhatian ramai.

Apatah lagi kekasihnya itu merupakan seorang guru agama yang belum berkahwin dan lebih muda daripadanya.

Turut dilapor ialah kes seorang wanita yang dibunuh tunangnya dengan dicekik dan dihumban dari atas jambatan dan pada wanita tersebut turut terdapat nota yang menceritakan masalah yang dihadapinya.

Diminta mengulas terutama mengenai kes membunuh kerana diajak berkahwin, pendakwah bebas Ustaz Halim Din berkata dengan tidak mengambil kira faktor-faktor khusus yang tidak diketahui puncanya, secara umum kejadian mungkin disebabkan krisis emosi yang melibatkan masalah dalaman.

"Mereka ada kalanya bukan tidak mempunyai iman (dalam kes guru agama), tetapi ia disebabkan dorongan nafsu amarah atau nafsu binatang (bahimiah)," katanya kepada Bernama.

Beliau juga berkata tertekan kerana kos dan belanja perkahwinan yang kian meningkat juga boleh menjadi bebanan kepada pasangan yang mahu berkahwin.

"Namun hakikatnya, jika kita kembali kepada agama, perkahwinan itu sepatutnya dipermudahkan, bukan disusahkan dengan perkara-perkara seperti hantaran yang tinggi dan sebagainya," katanya.

Dari sudut psikologi, Pakar Perunding Kanan Psikiatri Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Dr Osman Che Bakar menyifatkan tindakan membunuh berpunca daripada ketidakmampuan manusia mengawal kemarahan dan emosi.

Beliau berkata, individu yang mempunyai masalah psikiatrik akan mudah marah dan membuat keputusan yang tidak masuk akal.

"Mereka ini (apabila gagal mengawal emosi marah), tidak terfikir pun bahawa tindakan mereka akan membawa mereka ke 'tali gantung'. Inilah yang dikatakan 'impulse control disorder' yang bermaksud tergerak untuk membuat sesuatu perkara yang memudaratkan.

"Terdapat juga individu yang tidak tahu mengenal pasti masalah mereka dalam keadaan marah. Mereka ini gagal mengawal tekanan dan kemarahan dan inilah yang dikaitkan dengan masalah psikiatrik," katanya.

Osman tidak menolak keadaan semasa terutama membabitkan kos sara hidup yang kian meningkat mungkin antara faktor penyumbang kepada permasalahan, namun ia bukan alasan konkrit untuk mana-mana pihak bertindak di luar jangkaan sehingga sanggup membunuh. - Bernama


Pas harap hudud dibentang di Dewan Rakyat Mei ini

Posted: 08 May 2015 10:25 PM PDT

SINAR HARIAN



Ahmad Yakob Ahmad Yakob
 
 
KOTA BHARU - Pas berharap rang undang-undang persendirian berkaitan hudud akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat yang dijangka bermula 18 Mei ini.
  
Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Ahmad Yakob berkata bagaimanapun beliau tidak mengetahui status terkini sama ada petisyen berhubung pembentangan rang undang-undang berkenaan telah diserahkan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk diteliti oleh Parlimen.
  
"Itu terpulang kepada Presiden Pas. Mungkin 'private bill' itu sudah dihantar. Bagi saya, kita mahu 'private bill' itu dikemukakan pada (persidangan Dewan Rakyat) Mei atau Jun ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Amal Anak Muda Kelate 2015 di Lembah Sireh di sini, hari ini.
  
Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang sebelum ini mengemukakan notis bagi pembentangan usul berkenaan di Dewan Rakyat pada 18 Mac lepas yang akan membolehkan beliau membentangkan rang undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membuka laluan pelaksanaan Hudud di Kelantan.
  
Rang undang-undang persendirian itu telah dimasukkan sebagai perkara terakhir (No.24) untuk dikemukakan kepada mesyuarat pada 7 April lepas namun tidak sempat dibentang untuk perbahasan sehingga Dewan Rakyat ditangguhkan pada 9 April.
  
Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau Hudud pada 19 Mac selepas disokong oleh 44 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) termasuk 12 Adun daripada Barisan Nasional (BN).
  
Mengulas mengenai hubungan antara Pas dan PKR dalam pakatan pembangkang yang dilihat goyah sejak akhir-akhir ini akibat perbezaan pendapat mengenai pelaksanaan Hudud di Kelantan, Menteri Besar Kelantan itu berkata Pas masih bersama PKR dalam Pakatan.
  
"(Hubungan Pas dan PKR masih) biasa, (Pas) masih dalam pakatan... cuma kita usaha lebih (untuk memperbaiki hubungan) selepas ini," katanya. - Bernama

Kit Siang sokong Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang

Posted: 08 May 2015 10:21 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic



KUALA LUMPUR: Tokoh DAP Lim Kit Siang secara terbuka menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang baru hari ini.

"Kemenangan memberangsangkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di PRK Permatang Pauh (semalam) membuka jalan bagi beliau untuk dipilih semula sebagai Ketua Pembangkang," kata Lim dalam satu kenyataan.

Parti komponen Pakatan Rakyat (PR) – PKR, DAP dan PAS – telah gagal untuk bersetuju siapa menjadi Ketua Pembangkang selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan menjadi ahli parlimen pada 16 Mac.

Anwar dipenjarakan selama lima tahun pada 10 Februari selepas rayuannya terhadap tuduhan kedua mengenai liwat ditolak oleh Mahkamah Persekutuan

Malam tadi, Dr Wan Azizah memenangi PRK Permatang Pauh dengan majoriti 8,841 undi. PKR memperolehi 30,316 undi berbanding Barisan Nasional yang memperolehi 21,475 undi.

Presiden PKR berusia 62 tahun itu hanya 3,000 undi kurang daripada majoriti 11,721 undi dicipta Anwar ketika PRU 2013, walaupun hanya 74 peratus orang keluar mengundi.

Bagaimanapun, penganalisis politik memberitahu Malay Mail Online Dr Wan Azizah mungkin menghadapi tentangan daripada PAS dalam usahanya menggantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang berikutan percaturan politik di antara PAS dan sekutunya kini sudah berubah.

Tun M: Batal segera pembelian tanah 1MDB

Posted: 08 May 2015 05:01 PM PDT




SHAH ALAM – "Rancangan ini perlu dibatalkan sekarang juga!" demikian reaksi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kontroversi terbaharu berhubung pembelian tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Beliau membidas tindakan TH yang menggunakan caruman orang awam untuk membeli tanah yang hanya 1.5 ekar Tun Razak Exchange (TRX) tapi membayar pada kadar hampir dengan harga 70 ekar tanah yang dibeli 1MDB sebelum ini.

"Wang tabung haji adalah daripada pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji.

"Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk 'bail out' (pemulihan) hutang 1MDB. Tanah TRX seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 juta untuk 70 ekar.

"Sekarang TH membeli satu 1.5 ekar dengan harga RM188.5 juta, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB. Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan Bumiputera. Tetapi 1MDB telah mengetepikan projek ini," katanya melalui catatan terbaharu di blognya Chedet.com, hari ini.

Semalam, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah mengesahkan badan berkanun itu telah membeli sebidang tanah bernilai RM188.5 juta di TTRX milik 1MDB bagi pembangunan sebuah menara kediaman namun menafikan pembelian Signature Tower melibatkan kos RM 578 juta.

Dalam tulisan sama, Tun Mahathir mengingatkan Tabung Haji bahawa wang yang disimpan orang ramai dengan harapan ia diurus dengan baik tetapi malangnya ia digunakan untuk menyelamatkan 1MDB.

"Tiada ada negara yang begitu berjaya mengumpul wang dari orang Islam yang berhajat untuk mengerjakan haji dari Malaysia dengan tabung hajinya. Wang yang ditabung sejak ditubuhkan Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta Ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan tabung haji dan subsidi kepada bakal haji.

"Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya? Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbilion Ringgit.

"Rancangan ini perlu dibatalkan sekarang juga," tegasnya.

Beliau juga sempat memberi amaran kepada Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim agar menyiasat dan melaporkan gejala-gejala rasuah yang berlaku serta buktikan beliau turut melesapkan duit kerajaan sepanjang pemerintahannya sebagai Perdana Menteri sebelum ini.

"Tunku Aziz berkata dia sedia menyiasat Jho Low (ahli perniagaan) dan Riza Aziz (anak tiri Najib) jika saya buat laporan. Sebenarnya laporan telah dibuat oleh pihak lain tetapi tidak ada siasatan yang dibuat oleh sesiapa. Sebaliknya pihak yang melaporkan diisytiharkan muflis dan rumahnya telah digeledah.

"Jika Tunku Aziz begitu prihatin terhadap gejala rasuah, siasatlah dan laporlah kes-kes berkenaan. Buktikan juga yang saya lesap duit kerajaan!! Jika tidak dapat diam sajalah," tegasnya.

Sebelum ini, Tunku Aziz mengkritik skandal kewangan yang berlaku dalam tempoh 20 tahun Tun Mahathir berkhidmat.


Guna tabung awam satu lagi bukti kegagalan 1MDB?

Posted: 08 May 2015 05:00 PM PDT

Nasruddin Hassan Nasruddin Hassan
 
 
SHAH ALAM – Pengesahan pihak Lembaga Tabung Haji (TH) ke atas dakwaan pembelian plot tanah TRX didakwa gagal untuk menyelamatkan sistem pengurusan kewangan 1MDB.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasruddin Hassan berkata,  tindakan pihak 1MDB yang terpaksa menggunakan tabungan awam merupakan satu lagi bukti kepada dakwaan ketirisan yang terdapat dalam badan organisasi tersebut.

"1MDB sedang berdepan dengan siasatan daripada pihak Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Isu ini sangat penting memandangkan ia berhadapan dengan skandal kewangan yang besar yang turut melibatkan kepentingan rakyat.

"Bagi pihak rakyat, kita tidak boleh mengizinkan perkara ini berlaku walaupun pihak pengurusan TH berpendapat sebaliknya. Skandal kewangan 1MDB yang teruk boleh menjejaskan projek mega TRX dan ia akan turut mengheret TH ke kancah risiko yang lebih besar. Tambahan pula, pelabur-pelabur asing turut mempertimbangkan semula pelaburan mereka di TRX," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Isu membabitkan Lembaga Tabung Haji menjadi kontroversi apabila dikatakan terlibat dengan pembelian meragukan dalam 1MDB , namun dinafikan oleh pihak TH dalam satu sidang media semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Beli tanah 1MDB: Tabung Haji ada jawapan]

Nasruddin dalam pada itu turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengadakan sidang mesyuarat khas di Dewan Rakyat bagi membahaskan isu tersebut dengan lebih terperinci.

"Saya meneliti dokumen sulit yang dimuatkan di sebuah blog (The Benchmark) mengenai cadangan pembelian Plot B.10.15-RT di Tun Razak Exchange daripada 1MDB Real Estate dan subsidiarinya KLIFD Sdn Bhd. Saya turut membaca respons daripada pihak pengurusan Tabung Haji semalam bagi mendapatkan penjelasan daripada perkara yang berbangkit.

"Berdasarkan maklumat tersebut, saya menggesa Perdana Menteri segera memaklumkan kepada Tuan Yang Dipertua untuk memanggil sidang mesyuarat khas bagi membahaskan isu 1MDB dengan lebih terperinci demi kepentingan rakyat. Ini selaras dengan Peraturan 11 (3), Peraturan-Peraturan Dewan Rakyat," katanya lagi.


Nur Firuza Amira Kini 'Anak Angkat' YPM

Posted: 08 May 2015 04:57 PM PDT

Oleh: KEMALIA OTHMAN


Karim dan isterinya, Datin Norhaffiza Husni bermesra dengan Nur Firuza Amira ketika melawat keluarga kanak-kanak itu di Taman Batu Muda, Batu Caves, Khamis.
 
 
 
KUALA LUMPUR: Yayasan Pelajaran Mara (YPM) bersetuju untuk mengambil seorang daripada dua anak mangsa kemalangan maut di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) sebagai anak angkat dibawah program yayasan itu.

Perkara tersebut dinyatakan Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Abdul Karim Mustafa sebagai salah satu cara untuk mengurangkan beban keluarga mangsa.

"Datuk Seri Shafie Apdal meminta agar pihak Yayasan Pelajaran Mara mengambil anak sulung mangsa iaitu Nur Firuza Amira yang kini berusia tujuh tahun sebagai anak angkat dibawah program anak angkat.

"Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara iaitu Datuk Yusoff Dohab juga sudah bersetuju membiayai persekolahan kanak-kanak tersebut," katanya kepada mStar Online.

Beliau ditemui selepas menziarah dua anak mangsa iaitu Nur Firuza Amira dan adiknya, Nur Firuza Akila, 3 di kediaman mangsa, di Batu Caves, di sini, Khamis.

Tambahnya lagi, menerusi program anak angkat itu, YPM  bertanggungjawab menanggung persekolahan kanak-kanak itu sehingga tamat peringkat menenggah.

"Menerusi program tersebut, Mara akan menanggung perbelanjaan bermula dari sekolah rendah hingga menengah iaitu RM80 hingga RM100 setiap bulan.

"Jika selepas sekolah menengah dia ingin menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi, tindakan susulan akan dilakukan untuk tajaan peringkat pengajian tinggi," ujarnya.


Karim mewakili Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi Independent Regiment menyampaikan sumbangan kepada Norma Toso yang juga ibu mangsa kemalangan DUKE.

Beliau berkata, buat masa ini, YPM menumpukan kepada anak pertama mangsa kerana kanak-kanak tersebut sudah bersekolah.

Dalam pada itu, Abdul Karim berkata, beliau akan membantu keluarga tersebut bagi menyelesaikan beberapa urusan yang tertangguh selepas kematian mangsa.

"Keluarga ini masih banyak yang perlu dibantu. Mereka juga ada menyatakan kekeliruan untuk menyelesaikan beberapa perkara berkaitan kemalangan yang berlaku.

"Mereka mahu menyelesaikan urusan nama kenderaan kemalangan dan beberapa urusan lain berkaitan Allahyarham dan Insya-Allah saya akan bantu memudahkan urusan tersebut,"ujarnya.

Pada lawatan tersebut, Abdul Karim hadir bersama tujuh ahli Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi Independent Regiment bagi menyampaikan sedikit bantuan dan sumbangan ikhlas.

Dalam kemalangan pada Sabtu lalu, Fairuz Nizam, 35, isterinya Nova Safitri, 27, serta seorang anak perempuan mereka berusia tujuh bulan Nur Annisa Firuza tercampak dari kenderaan mereka selepas dirempuh Myvi yang dikatakan sedang berlumba.

Fairuz Nizam terbunuh di tempat kejadian, manakala Nova Safitri dan Nur Firuza Annisa meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.

Semasa kemalangan, ketiga-tiga mereka dilaporkan dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan di Putrajaya.

Umno keanak-anakan ungkit dana masjid

Posted: 08 May 2015 04:37 PM PDT




Oleh MUHAMMAD NURUDDIN BASHAH

 
SIKAP keanak-anakan Umno-BN yang mengungkit peruntukan kerajaan Pusat senilai RM 75.21 juta untuk pembinaan 14 masjid di seluruh Pulau Pinang sejak tahun 2007 terserlah. Mereka mengungkit tatkala sibuk menarik perhatian pengundi Melayu di Permatang Pauh baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muyiddin Yassin berbangga dengan sejumlah besar peruntukan termasuk tambahan lebih RM180 juta untuk aktiviti keagamaan.


Rakyat yang bijak tidak akan termakan mudah angka kasar sebegini. Umno-BN perlu spesifikkan bagaimana wang peruntukan itu dibelanjakan kerana 'track record' kerajaan BN yang tiris dan korup dalam pelbagai isu tabung, dana dan bantuan.

Misalnya tabung khas untuk mangsa tsunami Kuala Muda Kedah. Di mana peruntukan itu disalurkan dan apa laporan auditnya? Hakikatnya kini masih ada ratusan pendudukan di persisiran pantai Kuala Muda Kedah yang belum menerima tapak tanah yang digazetkan dan rumah baru yang dijanjikan.
Hanya fasa pertama sahaja yang menerima rumah baru di Taman Permatang Katong.

Kemudian dikatakan dana disalurkan ke Kuala Muda Seberang Prai di mana rumah kurang risiko tsunami pula menerima rumah baru.

Maklumlah ia kawasan Perdana Menteri ketika itu.

Contoh terbesar kedua adalah penyelewengan dana RM800 juta untuk bantuan banjir Pantai Timur. Seharusnya sebahagian peruntukan berjumlah di antara RM500 ke RM600 juta diserahkan kepada kerajaan Kelantan, namun, dalam keadaan isu yang berlarutan semua faham bahawa angka berkenaan 'wayang' sahaja. Ada yang makan atas angin di atas penderitaan saudara sendiri.

Kembali kepada isu bantuan masjid, fakta yang perlu diterima umum adalah di zaman Pakatan Rakyatlah masjid di Pulau Pinang bebas berkuliah, bebas bercakap isu hudud, mengkritik maksiat kerajaan Pusat dan ada penceramah yang juga bebas mengkritik jika ada kesilapan Pakatan Rakyat sendiri.

Ada penceramah yang digam di negeri tertentu sebaliknya bebas berceramah di Pulau Pinang sejak Pakatan Rakyat 'menjaga' masjid di negeri tersebut. Inilah kebebasan yang sebenarnya diperlukan oleh para aktivis masjid dan surau iaitu kebebasan memancarkan dakwah di masjid dan surau bukannya dambakan kubah emas dan mimbar perak sebagai perlambangan pemurahnya sesebuah kerajaan.

Jika ingin dibandingkan dari aspek perangkaan, kerajaan Pulau Pinang juga menjaga masjid dan pendidikan Islam melalui tambahan peruntukan.

Sebanyak RM11.17 juta diperuntukkan pada tahun 2014 di bawah peruntukan pembangunan agar institusi masjid dan surau serta institusi pendidikan Islam seperti Sekolah Agama Rakyat di seluruh Neger i Pulau Pinang terus kekal membangun dan berdaya saing serta peningkatan peruntukan sebanyak 9.3% berbanding tahun 2013 iaitu RM10.22 juta.

Pendek kata, usaha Umno menarik hari pengundi Islam dengan mengungkit bantuan adalah sangat tidak berkesan bagi rakyat Permatang Pauh yang telah lama celik dengan taktik rutin BN dalam semua PRK, iaitu tabur bantuan dan ungkit bantuan.

(^)  MUHAMMAD NURUDDIN BASHAH Exco Dewan Pemuda PAS Kedah

Nahas helikopter di Pakistan, isteri p'jaya tinggi M'sia maut

Posted: 08 May 2015 04:27 PM PDT

MALAYSIAKINI


Isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Datin Habibah Mahmud adalah antara enam orang yang terbunuh apabila helikopter yang dinaiki mereka terhempas di kawasan Lembah Naltar, Pakistan awal pagi tadi.

Kementerian Luar Negeri turut mengesahkan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar cedera dalam kejadian itu dan kini dirawat di Hospital Gilgit.

"Helikopter itu membawa diplomat asing dan isteri masing-masing. Mereka dalam rangka program rasmi kerajaan Pakistan.

"Dalam kejadian itu, Duta-duta Besar Norway, Belanda dan Filipina serta isteri Duta Besar Indonesia dilaporkan meninggal dunia," kata Wisma Putra dalam kenyataan hari ini.

Punca kejadian masih disiasat dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad sedang berusaha mendapatkan laporan penuh berhubung nahas itu.

Kementerian Luar Negeri turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga mangsa tragedi itu.

Sementara itu, jurucakap Tentera Pakistan Mejar Jeneral Asim Bajwa turut mengesahkan nahas itu dalam laman Twitter beliau.

Beliau berkata turut berada dalam helikopter jenis MI-11 itu ialah  dua juruterbang tentera dikenali sebagai Mejar Altamash dan Mejar Faisal.

"Berdasarkan maklumat awal, dua buah helikopter mendarat dengan selamat manakala pesawat ketiga mengalami masalah teknikal ketika melakukan pendaratan.

"Tiga belas penumpang selamat namun mengalami pelbagai kecederaan. Saya berhubung dengan mereka yang berkenaan. Akan kemas kini maklumat dari lokasi kejadian," kata beliau.

Media asing dan tempatan melaporkan bahawa konvoi tiga helikopter itu membawa delegasi diplomat asing dari 37 buah negara, selain enam lagi warga Pakistan. - Bernama

Sementara itu, Reuter melaporkan enam enam orang termasuk duta Norway dan Filipina dan isteri-isteri pesuruhjaya tinggi Malaysia dan Indonesia, kata tentera.

Perdana Menteri Nawaz Sharif dalam penerbangan dengan pesawat lain ke kawasan utara pergunungan di Gilgit untuk melancarkan dua projek, apabila nahas itu berlaku. Beliau kembali ke Islamabad, berkata pejabatnya.

Jurucakap tentera Asim Bajwa dalam satu catatan Twitter berkata kedua-dua juruterbang turut terbunuh.

Beliau berkata duta Poland dan Belanda adalah antara yang cedera.

Media berkata 11 warga asing dan enam rakyat Pakistan menaiki pesawat MI-17, yang terhempas dan terbakar. - Reuters


Tiada ulasan: