Sabtu, 9 Mei 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Jual beli tanah macam jual beli botol kicap di belakang rumah ...senanglah itu!

Posted: 09 May 2015 09:34 AM PDT

Mula dulu, Mamak Azeez ni cuba menafikan adanya transaksi hartanah Tabung Haji (TH) dengan syarikat dibebani hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tiba-tiba sahaja, kini dia kata hartanah tersebut akan dijual  pada harga RM188.5 juta!

Kononnya atas nasihat PM Najib! Phuit! Kah! Kah! Kah! Mamak nih sempat lagi nak bagi kredit pada Najib!

  "TH akan dapat untung RM5 juta dengan hanya pegang hak milik itu untuk sebulan kerana dah ada 3 pembeli berpotensi! " Kelakarlah Mamak nih! 

Entah bila Najib nasihatkan suruh jual, dan entah bila Mamak ni bermesyuarat untuk pertimbangkan nasihat Najib itu. Dan entah bila pula tawaran dikeluarkan/iklankan....tup-tup sudah ada 3 potential buyer! Ajaib sungguh! Kah! Kah! Kah!

"Kami masih ada RM5.6 bilion untuk digunakan bagi membeli hartanah. Kami tak guna wang penyimpan .... Kami akan cari tanah lain untuk dilabur. Ini membuktikan tanah ini bukan susah untuk dijual....." Mamak tu buat kelakar lagi! Dia kata mudah jual beli tanah. Dia ingat semudah jual beli botol ke apa?

Elok sangatlah tu, mintalah PM Najib jual Putrajaya secara murah kepada 1MBD, supaya kemudiannya 1MBD boleh jual mahal kepada TH, dan TH boleh mendapat untung atas angin lagi bila dijual semula!! Kah! Kah! Kah!


 Mukhriz Mahathir bertanya secara sinis mengenai transaksi tersebut dengan menulis di tweet : "Kalau TH sanggup bayar harga begitu tinggi utk tanah kepunyaan 1MDB, apa alasan Kem Kewangan jualnya pd harga begitu murah kpd 1MBD dulu?

 Memang sejak dari dulu lagi, orang Melayu ni kaya raya sebab suka jual tanah pusaka nenek moyang sendiri, jual negeri pun sanggup.Berbeza dengan bangsa lain, depa beli tanah untuk kaya! 

Rakyat di kampung-kampung jual sawah bendang...penguasa negeri atau raja-raja Melayu jual kampung, jual negeri!Orang Melayu marah bila tengok bangsa lain punyai banyak tanah dan luas. 

Lihat bagaimana yang terjadi di Kelantan.Ada penduduk yang hilang rumah tidak dapat bantuan kerana rumah mereka dibina atas tanah kerajaan atau menumpang / menyewa tanah orang lain...Orang Melayu merempat di bumi sendiri tanah air sendiri...

Penguasa negeri atau pemerintah menzalimi rakyat sudah lama tercatat dalam sejarah.Daerah Besut umpamanya asalnya adalah sebahagian daerah  Kelantan tapi menjadi milik Terengganu kerana kalah menyabung ayam....Memang standad ayam orang kita sejak dulu lagi.

Kita lihat bagaimana Singapura boleh tergadai kepada Inggeris hanya dengan pampasan pencen .... Korang gi surf maklumat di sini.

Elok juga tonton sat  babak dari Musang Berjanggut, Raja Melayu lawan berteka-teki 3 soalan pun  sanggup mempertaruhkan negara masing-masing sebagai pertaruhan! Sanggup mengkhianati rakyat dan negara sendiri!



 Korang ingat adakah orang Melayu yang mampu nak beli tanah keluasan 0.63 hektar pada harga RM188.5 juta tu? Siapalah agaknya mamat tuh? Sultan Berunei atau Sultan Johor? Kah!Kah! Kah! Tentu bukan Melayu yang akan dapat tanah tuh!

Azizah teruskan perjuangan Anwar Ibrahim yang dizalimi

Posted: 09 May 2015 12:30 AM PDT

Azizah Presiden Parti lebih 15 tahun.. Haji Hadi pun Presiden
parti baru 13 tahun.... 
apa yg tak layak? 

Masa Pencalonan Wan Azizah, Ramai Yang Tak Setuju. Ada yg kata nepotisma, kroni, tak berkemampuan..... Aku Sendiri awalnya tak berapa setuju atas sebab mahukan pembaharuan dalam politik, tetapi bukan atas faktor kroni atau nepotisme. 

Namun bila Wan Azizah di calonkan, aku akur, mesti ada sebab-sebab dan strategi tertentu.

 Bila aku setuju, aku cuma nak tengok macai-macai dalam Pakatan meroyan. Aku taknak bela Wan Azizah,nanti hangpa kata aku taksub PKR..

 Tapi aku tak macam hangpa, kesumat dgn Wan Azizah mcm Presiden PAS dok sangka buruk sampai ke abih dgn Wan Azizah.. aku sendiri pi tanya org Permatang Pauh, dan aku tanya member aku penyokong UMNO. 

Bila aku dengaq dari mulut depa, akufaham sebab apa depa Pilih Wan Azizah. Rupanya memang sudah lama "Permatang Pauh" ini dah jadi legasi Anwar.

Boleh kata semua rakyat disitu boleh kata "taksub dgn Anwar". Senang cakap dah mcm Gua Musang dgn Tg Razalie.. mcm Marang dgn Haji Hadi.. dah begitu politik Melayu. Bukan mcm Lim Kit Siang, Politik Cina. Pi mana pun boleh menang. Pi Penang, Melaka, Ipoh dan Johor, Lim Kit Siang menang,org Cina satu hati..

Bila Anwar dipenjara, ia akan membawa kesan kepada Org Permatang Pauh, jadi Permatang Pauh itu memang tradisi nya atas faktor " Anwar " bukan Sebab PKR ,PR ,PAS atau UMNO.. 

Anwar bertanding atas tiket apa pun..disitu lah sokongan dan semangat org Permatang Pauh.. jadi pemilihan PKR tepat. Ini strategi. Bagi aku Wan Azizah cuma pikul tugas suami dia yg di zalimi; bukan dia gila kuasa..

 Kedua, org dok kata Wan Azizah tak mampu,Remote Control. Aku malas nak ulas.Tapi bab kemahiran berbahas dan berucap, aku akui... Wan Azizah tidak sehebat Anwar.. 

Tapi takde beza pun dgn Ahmad Yacob dan ramai Ahli Parlimen PAS yg jadi tunggul kayu dalam Parlimen.Walau lebai dan Kopiah besar bakul.. itu no hal la.. 

Kalau itu ukuran dia Presiden kata sokong masuk nerakajahannam , aku rasa Ahmad Yacob ngan TGHH masuk neraka dulu.. dua2 gagal pimpin negeri..

Ketiga, soal kelulusan Wan Azizah, dia Doktor..Dia pelajar terbaik perubatan di University Ireland, dia Presiden Parti lebih 15 tahun. Apa yg tak layak? Haji Hadi pun Presiden Parti baru 13 tahun.. 

jgn Hangpa Banding Depa dgn Bini Ahmad Yacob.. Bini Harun Din.. Bini Haji Hadi. Bini Nik Abduh.. Bini depa dah memang kerja memasak, buat kuih kat dapur.. bini Anwar sejak 15 tahun sudah menerajui parti Politik..jadi mana tak layak nya? 

Dia pimpin parti lebih baik dari Haji Hadi.. Sebelum kata kat org tak layak, pi cermin dan banding bini hangpa dulu... ~ kopipes dari CHE IBRAHIM MOHAMED

Tabung Haji beli tanah 1MDB - Hentikan ! Desak Mahathir

Posted: 08 May 2015 09:00 PM PDT

Menyedihkan apabila wang Tabung Haji diguna untuk bailout hutang 1MDB.
  1. Tiada ada Negara yang begitu berjaya mengumpul wang dari orang Islam yang berhajat untuk mengerja haji dari Malaysia dengan Tabung Hajinya.

  2. Wang yang ditabung sejak ditubuh Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta Ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan tabung haji dan subsidi kepada bakal haji.

 3. Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji.

 4. Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB.

 5. Tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 million untuk 70 ekar.

 6. Sekarang Tabung Haji membeli satu setengah ekar dengan harga 188.5 million Ringgit, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB. Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan bumiputra. Tetapi 1MDB telah mengenepikan projek ini.

 7. Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya. Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbillion Ringgit.

 8. Rancangan ini perlu dibatal sekarang juga.

 9. Tunku Aziz berkata dia sedia menyiasat Jho Low dan Riza Aziz jika saya buat laporan. Sebenarnya laporan telah dibuat oleh pihak lain tetapi tidak ada siasatan yang dibuat oleh sesiapa. Sebaliknya pihak yang melapor dimufliskan dan rumahnya telah digeledah.

 10. Jika Tunku Aziz begitu prihatin terhadap gejala rasuah, siasatlah dan laporlah kes-kes berkenaan. Buktikan juga yang saya lesap duit kerajaan!!

 Jika tidak dapat diam sajalah. ~ Sumber

1MDB jual tanah sebab nak bayar bunga hutang - Rafizi Ramli

Posted: 08 May 2015 08:02 PM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Mei - PKR Rafizi Ramli membangkitkan kecurigaan penjualan tanah Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada Lembaga Tabung Haji (LTH) untuk RM188.5 juta, menunjukkan bahawa firma pelaburan negara yang dilaporkan sarat hutang itu  perlu membayar faedah minggu depan berjumlah AS $ 52.5 juta (RM188.5 juta).

 Ahli Parlimen Pandan itu berkata beliau tidak menafikan bahawa tanah 1.56 ekar di projek Tun Razak Exchange yang dibeli Tabung Haji itu mempunyai potensi pembangunan, tetapi menegaskan bahawa tanah itu adalah milik kerajaan, oleh itu, 1MDB tidak sepatutnya mendapat keuntungan daripadanya.

 "Adakah wang pendeposit Tabung Haji  digunakan untuk membantu 1MDB membayar faedah pinjamannya juga?" Rafizi mempersoalkan.

 "Keadaan ini agak sama dengan apabila kerajaan persekutuan menyuntik RM950 juta ke dalam 1MDB pada pertengahan Mac,  tarikh yang sama dengan tarikh untuk membayar faedah bagi pinjaman 1MDB," tambah ahli parlimen pembangkang itu dalam satu kenyataan.

 Putrajaya mengesahkan Mac lalu bahawa ia telah memperuntukkan RM950 juta dalam kredit tunggu sedia untuk 1MDB selepas Business Times Singapura melaporkan bahawa Kementerian Kewangan Malaysia - pemegang saham dalam 1MDB - telah mengeluarkan pinjaman RM970 juta untuk menangani masalah aliran tunai syarikat.

 Rafizi hari ini berkata bahawa pembelian LTH terhadap sebidang tanah daripada 1MDB untuk RM188.5 juta akan sentiasa dilihat sebagai bailout untuk firma pelaburan negeri, yang dilaporkan berhutang RM42 bilion, mencatatkan bahawa LTH telah membelinya untuk RM2,779 per kaki persegi, manakala 1MDB telah membelinya daripada kerajaan pada RM74.20 sebagaimana dilaporkan bagi setiap kaki persegi.

 Rafizi berkata LTH perlu sama ada membeli tanah secara langsung daripada kerajaan persekutuan dengan harga diskaun yang Putrajaya telah berikan kepada 1MDB, atau membelinya dari 1MDB pada "nilai jualan paksa" atau harga lelong.

 "Saya yakin bahawa perjanjian tanah RM188.5 juta masih belum dimuktamadkan dan pemilikan masih belum dipindahkan ke TH. Oleh itu, kontrak ini tidak dianggap muktamad dan 1MDB tidak memenuhi semua terma dan syarat-syaratnya lagi," katanya.

 Rafizi menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menghentikan urus niaga tanah itu, danakan membatalkan penjualan dan pembelian kontrak.

 Memetik sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenai perkara itu, Reuters melaporkan semalam bahawa 1MDB telah ditubuhkan untuk menjual dua plot tanah di projek Tun Razak Exchange untuk LTH selama kira-kira RM700 juta.

 LTH, bagaimanapun, menafikan laporan bahawa ia telah membeli dua plot tanah daripada firma pelaburan negara yang sarat hutang itu, dengan mengatakan bahawa pembelian itu dibuat hanya untuk satu plot pada kadar diskaun sebanyak RM188.5 juta.

 Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif LTH Datuk Johan Abdullah berkata pelaburan itu selaras dengan pelan strategik LTH untuk memberi tumpuan kepada pembangunan hartanah- Baca lagi di sini

Tunku Aziz tak tau nak kata apa, tapi mamat ni gatai mulut pula....

Posted: 08 May 2015 05:40 PM PDT

Sebagai reaksi terhadap tulisan Pengerusi Panel Bebas SPRM, Tunku Aziz melalui kolumnya dalam akhbar di mana beliau mengkritik skandal kewangan yang berlaku dalam tempoh 22 tahun semasa  menjawat perdana menteri, Dr Mahathir mencabar Tunku Aziz supaya menyiasat dan membuktikannya.

Tunku Aziz seolah-olah cuba menyamakan 1MDB sekarang dengan skandal Bank Bumiputera pada 1980-an, ketika Dr Mahathir  dulu.

Lantaran itu Dr Mahathir telah menimbulkan beberapa perkara untuk diambil tindakan oleh Tunku Aziz :


1) "Sebagai seorang yang mengaku mengambil berat mengenai rasuah, bukankah beliau sepatutnya bertanya bagaimana Jho Low dan Riza Aziz mempunyai ratusan juta dolar?" soal Dr Mahathir, merujuk ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho dan anak tiri Najib.



2) "Bukankah beliau sepatutnya berminat dengan penjawat awam yang hidup mewah melebihi tahap pendapatan mereka?" 

3) "Sebagai anggota SPRM, dia boleh membuat siasatan penuh ke atas rekod saya bagi mengetahui berapa bilion yang saya curi daripada kerajaan seperti yang dibayangkannya. 

4) "Jika dia gagal berbuat demikian, dia harus sekurang-kurangnya meminta maaf," tulisnya dalam blognya. 

Jelasnya, Mahathir suruh Tunku Aziz membuat siasatan penuh keatas dakwaannya (nombor 3) itu dengan merujuk kepada rekod atau laporan yang tersimpan oleh SPRM. Bukan suruh soal-siasat sebagaimana seorang pegawai penguatkuasa SPRM!

Mahathir bukan baik mana pun. Tapi dia bijak dan pasang banyak proxi. Memang tadak apa-apalah rekod dia.Mana boleh ada, dia berkuasa - boleh mengadakan dan boleh meniadakan seperti mana PM Najib yang berkuasa di kala ini, rekod kemasukan Altantuya pun boleh jadi kejap ada, kejap tak ada!

Sebab itu Tunku Aziz tak boleh nak cakap apa. "Saya minta maaf tetapi saya tidak mempunyai komen untuk dibuat," kata Tunku Aziz  di sini

Ahli Panel Gatai Mulut
 
Duk kecek kokse bakpo  gak nyo?
Ketika Tunku Aziz tak berani nak kata apa, yang peliknya, ada pula 
ahli panel yang gatai mulut pi kata, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) tidak mempunyai kuasa mengarahkan siasatan dijalankan.

 Dalam ramai-ramai ahli panel yang ada, yang dia pi gatai mulut pasaipa? Mahathir tahu apa yang dia cakap kerana menjadi PM selama 22 tahun; tentulah dia lebih tahu dan ada pengalaman yang cukup lama dan banyak. 

Bukankah dalam tulisannya, Tunku Aziz berkata dia sedia menyiasat Jho Low dan Riza Aziz jika Mahathir buat laporan? Menurut Mahathir, laporan telah dibuat oleh pihak lain tetapi tidak ada siasatan yang dibuat oleh sesiapa. Sebaliknya pihak yang melapor dimufliskan dan rumahnya telah digeledah.

Gatai mulut ngada-ngada nak depen Tunku Aziz yang nak ngampu PM Najib tu menampakan kurang cerdiknya orang PAS UG nih. Mujurlah dia tidak mohon maaf kepada Mahathir bagi pihak Tunku Aziz!

"Fungsi panel bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya memantau perjalanan pihak berkuasa membanteras rasuah itu, dan tidak mempunyai kuasa mengarahkan siasatan dijalankan," kata ahli panel tersebut di sini.

 Kalau tugasnya hanya memantau, apa tujuannya untuk memantau? Tentulah ada nasihat atau ada cadangan-cadangan tertentu untuk disalurkan kepada SPRM.

Menurut portal Rasmi SPRM , ada lima mekanisme tanggungjawab diwujudkan yang bertindak sebagai check and balance terhadap perjalanan SPRM dalam melaksanakan fungsi dan peranannya. Ia bertujuan untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam keseluruhan perjalanan SPRM. Korang klik untuk lihat setiap fungngsi bagai =>

1)  Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR)  

2) Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah
3) Jawatankuasa Aduan (JA)
4) Panel Penilaian Operasi (PPO)
5) (PPPR)Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah


Tiada ulasan: