Biaqpila |
PENGURUSAN TABUNG HAJI WAJAR DIHUKUM Posted: 08 May 2015 11:51 PM PDT Pengenalan: Saya adalah antara jutaan "majoriti yang diam" (the silent majority). Kebiasaannya, berdasarkan berita yang saya baca, saya hanya geleng kepala, mengucap dan menguatkan azam untuk memilih parti yang mengutamakan atau pentingkan rakyat apabila tiba masanya nanti. Bukannya mereka yang terlalu taksub dengan pemimpin. Pemimpin hanyalah manusia biasa, yang boleh dan wajar diganti dari semasa ke semasa. Latarbelakang: Tabung Haji (TH) adalah antara institusi kewangan yang penubuhannya tersangat unik di dunia. Tidak ada mana mana entiti kewangan yang sedemikian. Niat asalnya, terima wang dari rakyat jelata, simpan, labur uruskannya sebaik mungkin dengan mematuhi tuntutan syariah. Tahniah dan syabas kepada pemimpin terdahulu yang berjiwa rakyat dan mempunyai visi yang sangat jauh dalam membantu merialisasikan impian warga kampung dan desa untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima, iaitu menunaikan haji. Kenapa saya bersuara: Tabung haji telah melakukan kesilapan dengan melantik seorang pengerusi yang tidak pengetahuan, tidak berkelayakan dari segi akademik mahupun pengalaman dalam bidang kewangan. Ramai lagi warga melayu asli yang lebih layak. Namun, saya sepertu yang lain, hanya mengeluh dan menggeleng kepala apatah lagi pengerusi yang baru merayu di berikan peluang untuk menunjukkan kebolehannya. Pemilihan beliau terbukit silap berdasarkan kemelut pembelian tanah yang terbaru dari 1MDB. Namun beliau tidak harus dipersalahkan bersendirian. Di mana ahli lembaga pengarah yang lain? Yang terpelajar, yang berpengalaman, di mana mereka? Yang, seperti yang di canangkan, sememangnya urusan pembelian ini "bersih" atas kertas. Tabung Haji boleh melabur dalam bidang hartanah seperti mana kebiasannya. Persoalanya, 1MDB beli pada harga yang teramat rendah. 1MDB, kini berdepan dengan masalah aliran tunai. Mana-mana ahli perniagaan yang mahir dan bijak akan cuba mendapatkan sesuatu pada harga yang terbaik. Harga yang dibayar untuk tanah yang dibeli bukanlah harga terbaik. 1MDB mempunyai terlalu banyak masalah dan terdapat kemungkinan untuk jatuh muflis. Tabung Haji sepatutnya tunggu sehingga 1MDB menjual asetnya pada harga lelong, lambat laun mereka terpaksa berbuat demikian, jika tidak dibantu oleh tangan-tangan ghaib. Kenapa tidak tunggu. Jika TH benar benar perlukan tanah tersebut kenapa tidak dibeli terus dari kerajaan. Tanah tersebut sedia wujud dan milik kerajaan sebelum ini. Bukankah TH wujud sebelum 1MDB lagi. Bukankah penaung TH Perdana menteri sendiri di mana terdapat wakil dari Jabatan Perdana Menteri selaku ahli lembaga pengarah? Saya bersuara kali ini kerana berpendapat pengurusan TH telah berlaku tidak adil kepada pencarum. Duit yang disimpan oleh rakyat jelata yang 100% beragama Islam, yang dikumpul sen demi sen dengan menitiskan keringat dan darah, telah digunakan untuk tujuan yang mencurigakan. Pengurusan Tabung Haji mesti dihukum. Hukum Pengurusan Tabung Haji: Jika anda berfikir ada pihak yang akan menghukum Pengurusan TH, anda silap. Kita yang harus menghukum mereka. Saya dan anda. Bagaimana? Beraturlah. Jangan pegang sepanduk, jangan bersuara, jangan marah, jangan maki. Hanya bawa buku pelaburan. Pindahkan caruman anda ke institusi kewangan yang lain. Saya cadangkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) atau mana-mana institusi kewangan yang menawarkan produk atau pelaburan yang mematuhi sistem perbankan Islam. Ini harus berterusan sehingga pengerusi dan ahli lembaga pengarah yang terlibat meletak jawatan. Jika anda mengeluarkan semua wang anda, mereka tiada pillihan, selain daripada melepaskan jawantan mereka. Ini adalah hukuman kepada TH dan amaran kepada yang lain. Kesimpulan: Jika anda beragama Islam, mempunyai kesedaran bahawa wang yang disimpan oleh rakyat jelata di TH adalah untuk menunaikan tuntutan Islam. Bertindaklah. Bertindaklah menghukum mereka sekarang sebelum berbilion ringgit hilang. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Yang Benar, Noor Mohamed. B Mohamed Haniba BSc, MBA, ICSA (MAICSA:706746) Bidor, Perak Pls forward this. I take responsibility for what I write. |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan