Isnin, 25 Mei 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Skim Cepat Kaya Versi VVIP di Malaysia Disebalik Skandal 1MDB : Peluang Kaut Untung Besar US$500 Juta Dalam Tempoh 18 Bulan! PM Mohon Jawab!

Posted: 25 May 2015 06:16 AM PDT




Satu demi satu GLC terlibat untuk menyenangkan perjalanan  skim cepat kaya versi kerajaan yang dipanggil 1MDB ini. Selepas KWAP, Tabung Haji dan KWSP mengambil tempat untuk mengaut keuntungan pelaburan ke atas 1MDB katanya.

Melihatkan jaminan daripada kerajaan Malaysia, KWSP tidak menunggu lama untuk melabur RM1.52 bilion pada anak syarikat 1MDB. Walaubagaimanapun, berita terkini Serawak Report sangat mengejutkan Berita Semasa melalui dakwaan terbaru yang disertakan beberapa bukti sokongan.

1MDB Rosmah Riza


Berdasarkan semakan berita Sarawak Report berkenaan dengan skandal 1MDB ini mereka laporankan baru-baru ini. Ini butiran berita terkini Sarawak Report mengenai skandal 1MDB mellaui bukti-bukti yang mereka perolehi setkat ini.

Berita Semasa terangkan dalam bahasa yang mudah difahami. Antara bukti yang mereka kepilkan ada Berita Semasa sertakan seperti yang tertera pada paparan di bawah ini:
  • Berdasarkan salinan email dan bukti lain dikepilkan dalam blog Sarawak report itu, dikatakan JhoLow dan Najib Razak cuba kaut untung segera USD500 juta dengan menjual pemilikan saham RHB 25% menerusi Abu Dhabi Commercial Bank kepada Aabar Investment sewaktu plan pengabungan CIMB/Maybank.
  • Mereka membeli dengan harga RM10.03 sesaham.
  • Dengan membelakangkan Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB) dan kedua-dua bank Malaysia yang sepatutnya membeli 25% saham RHB itu dengan harga RM10.80
  • Mereka menggunakan Goldman Sach sebagai "syndication agent" bagi melancarkan urusan ini.
  • Kesemua kelulusan BNM dan kerajaan Malaysia telahpun diperolehi
  • Bagaimanapun menjelang 2015, krisis keyakinan ekonomi Malaysia dan kemelut 1MDB telah membantutkan usaha tersebut.
  • CIMB menerusi Nazir Razak telah menunjukkan jalan keluar kepada Aabar Investmen dan Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB).
  • Sehingga kini, Jho Low dikatakan masih mahukan RM11-12.00 sesaham sebagai penebusan balik saham RHB yang mereka miliki.
Ini tuduhan berat berdasarkan laporan berita terkini Sarawak Report menganai skandal 1MDB kali ini. Berita Semasa berharap Najib Razak tampil sebagai seorang Perdana Menteri yang berani kerana benar disebalik tuduhan seperti ini.

Bersihkan nama anda dengan tuduhan berat seperti ini dan juga nama Malaysia yang terus ditimpa pelbagai dakwaan dan tuduhan yang terus membelengu skandal 1MDB yang telah menjangkau RM42 bilion ini.

 

Senarai Bukti Berita Terkini Sarawak Report Mengenai Skandal 1MDB!

Mencari Perdana Menteri Baru

Posted: 25 May 2015 06:08 AM PDT

shahbudindotcom

 Di mana-mana ketika ini isu pertukaran Perdana Menteri sudah menjadi percakapan umum yang jarang terlepas daripada bibir perbualan rakyat.





Orang kampung, orang bandar, ahli parti, mereka yang berkecuali, pegawai kerajaan, swasta, pencari kerja, anak muda dan sesiapa saja, malah boleh dikata  hampir semua rakyat bercakap isu yang sama.

Bertemu di kedai kopi, berbincang soal bisnes ketika makan tengahari, terserempak rakan lama di kaki lima jalan, berbual di telefon atau bermesej melalui Whatsapp, topik masa depan Najib dan siapa bakal Perdana Menteri baru sentiasa menjadi tajuk yang boleh dianggap "kurang patriotik"  jika tidak diperkatakan.

Najib Razak bagi majoriti rakyat, dengan pelbagai isu yang sudah diketahui umum dan bebannya kepada negara, dilihat semakin tidak layak serta tidak diperlukan lagi sebagai peneraju negara ini.

Untuk keluar dari segala kemelut dan kegelapan yang ada sekarang, sekurang-kurangnya buat sementara waktu, kata putusnya ialah negara memerlukan seorang Perdana Menteri baru dengan segera.

Sama ada Perdana Menteri baru itu hanya sementara sehingga PRU 14 akan datang atau mampu meneruskannya selepas itu, semuanya bergantung kepada siapa yang bakal dipilih dan kemampuannya mendepani segala cabaran itu nanti.

Lantaran itu, pertanyaan paling popular ialah bila Najib nak berhenti? Yang lebih berani pula akan berkata, "cepatlah Najib berhenti, menyusahkan rakyat saja jika semakin lama jadi Perdana Menteri."

Susulannya, tentu saja ada yang bertanya, siapa bakal Perdana Menteri baru yang sesuai?

Muhyiddin Yassin? Tengku Razaleigh Hamzah? Atau siapa?

Untuk mengupas persoalan tersebut, sebuah forum akan diadakan pada Sabtu ini, 23 Mei di Dewan Sivik, Petaling Jaya, Selangor.

Forum bertajuk "Mencari Pemimpin Baru Malaysia" itu akan menampilkan ahli panel iaitu Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Affifudin Omar, bekas Timbalan Menteri Kewangan dan Muhammad Mohd Taib, bekas Menteri Besar Selangor.

Moderator forum pula ialah Prof. Dr Azmi Shahrom daripada Universiti Malaya.

Yang menariknya, ketiga-tiga ahli panel ini adalah bekas pemimpin UMNO yang sudah berbeza wadah - Zaid Ibrahim, selepas menyertai PKR dan memimpin KITA, mungkin tidak menganggotai mana-mana parti ketika ini, Affifudin masih bersama UMNO manakala Muhammad pula menyertai Pas sebelum PRU 13 lalu.

Berdasarkan pengalaman dan sudut pandangan yang berbeza ini, tentu saja banyak yang menarik apabila mereka memperkatakan tajuk yang sama iaitu siapa bakal Perdana Menteri baru untuk Malaysia?

Siapakah pilihan mereka? Untuk mengetahuinya sambil meluaskan daya pengetahuan dan sebagai tanda sayang dan cintakan negara ini, tanpa mengira anutan dan kiblat politik, ayuhhh...ramai-ramai kita ke sana!! 

Jangan mudah percaya kerajaan perpaduan Pas-Umno

Posted: 25 May 2015 06:06 AM PDT


 
 
KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar menasihatkan semua pihak agar tidak mudah mempercayai khabar angin mengenai usaha untuk mewujudkan kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno.

Beliau menegaskan perkara itu hanyalah fitnah semata-mata yang tidak berkesudahan dan sering diuar-uarkan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.

"Saya ingin menegaskan Pas konsisten dengan ketetapan bersama PR sepertimana yang telah diputuskan dalam Muktamar Pas.

"Bahkan Majlis Syura Ulama Pas turut membuat penafian kononnya Majlis Syura Ulama dan ahlinya ada yang berusaha untuk membentuk kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian dipercayai merujuk kepada kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang semalam yang mendakwa kerjasama politik dalam PR hanya boleh bertahan dalam tempoh dua minggu akan datang.

Mengulas lanjut, Mahfuz juga berkata, usaha pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan adalah hak demokrasi Pas selepas diberi amanah untuk mentadbir Kelantan sejak 1990.

"Bukankah DAP sebagai parti yang mengaku pejuang demokrasi tulen? Sepatutnya DAP menghormati hak dan suara pihak lain yang secara sah mendapat mandat majoriti dalam sidang Dun Kelantan.

"Pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan hanya akan dapat dilaksanakan apabila Parlimen memberi kelulusan," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Pas boleh menerima apa juga keputusan yang dibuat berhubung hasrat Pas untuk membawa cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah.

"Pas tiada halangan sekiranya DAP mahupun Umno menolak Rang Undang-undang Persendirian Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


"Pas akan akur dengan apa jua keputusan yang dibuat di Parlimen sama ada menerima mahupun menolak cadangan pindaan akta tersebut," katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali turut mengingatkan DAP supaya menghormati pendirian rakan-rakan lain dalam PR.

Beliau menegaskan sikap tidak menghormati DAP pada masa ini telah memberi ruang kepada Umno untuk meretakkan kerjasama politik PR dan memburukkan keadaan.

"DAP jangan bagi peluru kepada Umno, jangan bagi jangka hayat panjang kepada Umno, kita pimpinan ulama berkali-kali mengingatkannya.

"Bila berlaku isu dalaman, kita (perlu) berbincang secara dalaman...bukan ditembak keluar. Itu sikap kita," katanya lagi.


DAP sokong TPM pecat ahli pengarah 1MDB

Posted: 25 May 2015 06:03 AM PDT



KUALA LUMPUR - DAP hari ini menyatakan sokongan terhadap cadangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar semua ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipecat.

Lim Guan Eng (Bagan-DAP) yang juga Setiausaha Agung DAP mengakui meskipun berbeza ideologi politik, namun, partinya menyokong sepenuhnya cadangan orang nombor dua Umno itu.‎

Katanya, pembentangan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) baru-baru ini mengecewakan kerana tidak berasaskan realiti dan tidak mempunyai sebarang unsur pemacu perubahan.

"Kalau ada pun, hanya 1MDB sahaja.‎ RMK11 dibelenggu oleh skandal 1MDB yang sehingga hari ini kita tidak dapat cahaya langsung. Masih meraba-raba dalam kegelapan. Sehingga Yang Berhormat Pagoh merangkap TPM, terpaksa secara terbuka menyatakan pandangan beliau adalah bahawa lembaga pengarah 1MDB harus dibuang habis (dipecat).

"Kalau daripada seorang TPM, ini bukan pandangan peribadi. Sebagai seorang TPM, susah untuk berikan pandangan peribadi. Kalau orang nombor dua di Malaysia menyatakan lembaga pengarah mesti dibuang, kenapa sehingga hari ini masih belum kena buang?," katanya ketika membahaskan RMK11 di Dewan Rakyat, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pecat ahli lembaga pengarah 1MDB]

Beliau turut mempersoalkan sampai bila rakyat perlu berdepan dengan skandal melibatkan 1MDB yang didakwanya mencacatkan ekonomi negara.

"Saya rasa dalam dewan yang mulia ini, kita pun tahu mana Yang Berhormat daripada Umno yang sokong pandangan ini dan mana yang tak sokong. Tapi saya tak mahu terjebak dalam krisis politik dalaman Umno. ‎Itu masalah keluarga Umno. Tapi yang penting di sini untuk rakyat Malaysia, sampai bila skandal krisis 1MDB boleh diatasi? Bilakah hasrat TPM boleh dilaksanakan?

"Kita ada perbezaan politik, saya terus terang tapi dalam perkara ini, saya ingin menyatakan sokongan DAP ke atas cadangan YB Pagoh...buang...pecat lembaga pengarah 1MDB!," katanya yang disambut dengan tepukan meja oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang.


Mampukah Lim Kok Wing Pulihkan Imej Najib?

Posted: 25 May 2015 05:56 AM PDT

shahbudindotcom

 

Menyedari kepimpinannya semakin dipertikai dan namanya tidak lagi seharum dulu, Najib Razak akhirnya melantik perunding pengiklanan terkenal, Lim Kok Wing sebagai penyelaras program khas untuk memulihkan imejnya di mata rakyat.

Difahamkan tugas utamanya ialah mengembalikan semula sokongan rakyat terhadap Najib dengan antaranya melakukan program jelajah ke seluruh negara dan mendengar sendiri aduan rakyat terhadap kerajaan dan kepimpinannya.

Dengan perlantikan ini juga secara langsung mengesahkan Najib masih cuba bertahan dengan jawatannya dan tidak sesekali mahu mengalah di sebalik desakan makin kuat mahukannya berundur demi menyelamatkan negara dan memberi harapan lebih baik kepada BN mengekalkan kuasanya dalam pilihanraya akan datang.

Walaupun tugas mempromosi bukan baru bagi Lim Kok Wing di mana sebelum ini juga pernah terlibat membantu kerajaan dalam kempen anti merokok "Tak Nak", Rakan Muda serta kempen pilihanraya bagi Nelson Mandela, tetapi barangkali usaha memulihkan semula imej Najib ini merupakan tugas yang paling sukar baginya.

Ini kerana Najib bukan saja berdepan penolakan daripada rakyat yang semakin membengkak, bahkan keyakinan ahli dan pimpinan UMNO sendiri mulai terhakis terhadapnya. Berdasarkan dapatan di peringkat akar umbi UMNO dan dilihat daripada reaksi pemimpin UMNO dalam video melibatkan Muhyiddin Yassin yang tersebar luas, terbukti kemahuan Najib berundur dan keperluan kepada perubahan bukan lagi perkara asing.

Lebih dari itu, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang masih berpengaruh dan disukai rakyat adalah "hujung tombak paling tajam" yang mahu menyingkirkannya ketika ini.

Semua penolakan terhadap Najib pula secara umumnya berkisar kepada beberapa isu pokok yang menjdi bualan rakyat seperti 1MDB, pembunuhan Altantuya, hal berkaitan Rosmah, GST, beban hutang negara, perbelanjaan mewah keluarganya dan beberapa aspek yang lain.

Isu-isu tersebut jugalah yang membuatkan Tun Mahathir menarik balik sokongannya terhadap Najib dan kini turut menjelajah ke seluruh bagi memaksanya berundur.

Dengan tugas berat yang perlu dilakukan oleh Lim Kok Wing untuk memerah idea memulihkan imej Najib  yang remuk teruk itu, sudah tentu ganjaran yang perlu dibayar daripada wang rakyat juga  lumayan jumlahnya.

Najib ketika ini dilihat umpama kereta yang sudah rosak teruk dan hampir "total loss" keadaannya serta tidak diyakini lagi mampu untuk bergerak jauh. Memulih dan mencantikkannya tidak dapat dielakkan daripada keperluan biaya yang besar. Membaiki dan memulihkannya juga mungkin tidak berbaloi berbanding membeli kereta baru.

Soalnya, mampukah imej Najib dipulihkan dan sokongan rakyat dikembalikan dengan bantuan Lim Kok Wing ini? Bagaimanakah agaknya pendekatan dan "silap mata" yang bakal diperkenalkan oleh perunding pengiklanan terkenal itu untuk menutup wajah dan imej Najib daripada bayangan hitam 1MDB, Altantuya, pemborosan Rosmah, GST dan lain-lainnya yang selalu bermain-main di fikiran rakyat?

Mampukah selepas dipulihkan dan dicantikkan, Najib berubah menjadi kereta baru yang lebih selesa digunakan untuk perjalanan yang jauh? 

Terpesonakah orang kampung dan makcik Felda untuk menerima semula Najib nanti setelah mereka juga mulai menolak sebagaimana yang ditunjukkan dalam keputusan pilihanraya Rompin baru-baru ini?

Yang penting juga untuk ditunggu ialah bagaimanakah cara dan kaedah yang mahu diterapkan oleh Lim Kok Wing kepada Najib selepas ini dalam menghadapi cabaran dan tentangan daripada Tun Mahathir?

Di sana sini, persoalan yang kedengaran ialah mampu dan bolehkah imej Najib dipulihkan semula dengan bantuan Lim Kok Wing  ini? Berupayakah beliau membina benteng menahan Najib daripada ombak dan gelombang penolakan?

Atau mungkinkan kempen memulihkan imej Najib ini bakal berakhir seperti kempen anti merokok "Tak Nak" yang bukan saja tidak memberi apa-apa kesan kepada penagih tegarnya, bahkan jumlah perokok muda juga kian bertambah setiap masa?

Sekadar untuk tersenyum - kreativiti pengguna laman sosial menggambarkan wajah baru Najib selepas mendapat bantuan memulihkan imej daripada Lim Kok Wing..

Pengguna maya lihat rambut PM 'tak kena'

Posted: 25 May 2015 05:47 AM PDT

MALATSIAKINI

Umum kini melihat apa sahaja tindakan Datuk Seri Najib Razak ada yang tidak kena.

Malah perdana menteri terus diperolok oleh pelbagai pihak.

Sebelum ini, beliau dan isterinya dikecam hebat kerana didakwa mengamalkan gaya hidup mewah susulan kontroversi sekitar kos dandanan rambut RM1,200 dan Rosmah Mansor.

Begitu juga dengan ucapan Ramadan Najib minggu lalu, yang akan disambut lagi sebulan, turut mengundang reaksi sinis terhadap pentadbirannya.

Terbaru, langkah Najib melantik pakar perhubungan awam Tan Sri Lim Kok Wing selaku pakar perunding bagi menggilap imejnya turut mengundang maklum balas sinis pengguna media sosial.

Orang ramai memperolok gaya rambut unik Lim, yang seolah-olah berserabut, melalui kata-kata sinis dan pengubahsuaian gambar.

Dalam gambar dan dialog ala komik itu, Lim digambarkan menasihatkan Najib menukar imej kerana penampilannya "jemu" dipandang.

Setelah digunting, Najib, berdasarkan gambar itu, kini memiliki gaya seakan Lim yang lebat dan terjulur ke depan menutup dahinya.

Pengasas universiti swasta terkenal itu, berdasar gambar itu kemudian sambil tersengih berkata: "Cun habis."

Sementara itu, akaun Facebook Hasbuljalil Raja Langkasuka pula memuat naik gambar potret Lim dan kad namanya dengan sindiran "yakin berkesan".

Pada ruangan komentar pula, ramai memberi maklum balas bercampur-campur mengenai gambar tersebut.

Enchik Tajul Afif: Aku rasa dia kena pulihkan dulu imej rambut dia, baru boleh pulih imej Najib.

Amin Zaid Zulkifli: Ha, ha, ha, ha, rambut palsu dia itu patut ditukar dulu!

Hasbuljalil Raja Langkasuka: Apek ini saja yang sanggup. Orang lain semua angkat bendera putih dah.

Latifah Harun: Semoga Datuk Najib mendapat hidayah Allah. Semoga tidak jauh tersasar. Semoga dalam lindungan dnn Rahmat-Nya. Amin. 


Didakwa tak endah PAC, Rafizi mahu Arul dipecat

Posted: 25 May 2015 05:41 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Keputusan presiden dan pengarah eksekutif 1MDB Arul Kanda dan bekas CEO, Datuk Shahrol Halmi untuk tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) esok adalah satu penghinaan, kata setiausaha agung PKR Rafizi Ramli.

Bercakap kepada pemberita di Parlimen, Rafizi berkata, Arul sepatutnya dipecat serta-merta atas penghinaan tersebut.

Menyifatkannya sebagai tidak masuk akal, Rafizi berkata cukuplah sebelum ini mereka tidak tampil secara terbuka untuk membuat sebarang penjelasan dan sekarang mereka enggan pula hadir mesyuarat PAC.

Ahli parlimen DAP yang juga PAC, Tony Pua menegur kedua-dua mereka kerana tidak hadir walaupun telah diberi notis yang mencukupi.

Menulis dalam twitter, Pua berkata kedua-duanya mendakwa berada di luar negara dalam tempoh dua hari tersebut, walaupun telah diberi notis untuk hadir kira-kira tiga minggu lalu.

Hari ini Malaysiakini melaporkan sumber berkata Arul dan Shahrol Halmi meminta lebihan masa untuk berdepan dengan PAC esok.

Kedua-dua mereka difahamkan menulis kepada PAC untuk memaklumkan perkara itu.




Bila bulan tak terus mengambang

Posted: 25 May 2015 05:39 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


PAS diberi amaran kalah pada pilihan raya umum akan datang sekiranya masih mengekalkan kepimpinan sedia ada, kata calon presiden parti Islam itu Ahmad Awang.

Bekas naib presiden PAS itu berkata, perkara itu dijangka akan terjadi sekiranya kepimpinan sedia ada terpilih semula dan pihak yang kalah diketepikan pada pemilihan ke-61 awal bulan depan.

"Kalau mereka ini yang terpilih, (kalau) mengenepikan mereka yang kalah, saya percaya PAS tak boleh pergi ke depan. PAS kalau tidak ke belakang, hanya kekal di situ sahaja.

"Jadi banyak perkara tak boleh dilaksanakan menjelang pilihan raya umum ke-14.

"Kalau begitu keadaannya, saya tak nampak PAS boleh menang (pilihan raya), silap-silap Kelantan pun terbang," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.

Ahmad berdepan pertembungan satu lawan satu dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan PAS Jun depan di Kuala Selangor.

Hadi pertama kali dicabar sepanjang 13 tahun kepimpinannya.

Ini dipercayai susulan kenyataan dan tindakannya yang didakwa tidak menguntungkan Pakatan Rakyat.

Berikut sedutan temubual Ahmad bersama Malaysiakini.

Malaysiakini: Bagaimana ustaz lihat pencapaian Hadi sepanjang memimpin PAS berbanding allahyarham (presiden sebelumnya) Datuk Fadzil Noor?

Ahmad: Pencapaian Hadi berdasarkan pencapaian terdahulu. Kita tak boleh nak letak bersendirian. Masa ustaz Fadzil Noor, dia meluaskan ruang dan tidak hanya terhad kepada golongan ulama atau orang yang berlatar belakang agama sahaja tetapi golongan profesional turut menyertai PAS dan ia berjaya.

Pencapaian yang dicapai Fadzil disambung terus oleh Hadi selama lebih satu dekad. Semasa zaman almarhum, lahir Barisan Alternatif dan DAP tinggalkan Barisan Alternatif kerana menerima kekalahan besar pada 1999 kerana bersama PAS.

Tapi pada 2008, keputusan PRU12 membawa balik DAP bersama PKR dan PAS dan wujudnya Pakatan Rakyat di mana presiden ketiga-tiga parti adalah pimpinannya.

Pencapaian ini sambungan almarhum dan diperkuatkan pada zaman presiden sekarang. Cuma mutakhir ini ada masalah dalam konteks hubungan ketiga-tiga parti khasnya antara PAS dan DAP dan mungkin PKR juga.

Tetapi PAS tetap mendukung atau berpendirian untuk bersama Pakatan sebab kalaulah tak bersama Pakatan, seolah-olah PAS kebelakang dan menjadi parti yang berkisar bukan sahaja pada orang Melayu tetapi hanya kepada Pantai Timur sahaja.

Dengan slogan "PAS For All" (PAS untuk Semua), jadi kita tetap untuk meneruskan usaha ke arah menyiapkan PAS di peringkat nasional dan antarabangsa dan saya ada keyakinan itu. Semua (presiden) mempunyai kelebihan masing-masing di setiap zaman mereka.

Mungkin keadaan sekarang, anjakan oleh pihak dan sebahagian ahli untuk memperluaskan lagi usaha supaya (PAS) tidak balik ke belakang.

Andai kalah pada pemilihan kali ini, akan sertai parti lain?

Kalau saya sendiri saya tak sedia menyertai parti lain dan saya tak mahu mereka (penyokong) ke parti lain.

Kalau mereka ini yang terpilih, mengenepikan mereka yang kalah, saya percaya PAS tidak akan boleh pergi ke depan. Kalau tak terbelakang akan kekal di situ. Jadi banyak perkara tak boleh dilaksanakan menjelang PRU14.

Kalau begitu keadaannya, saya tak nampak PAS boleh menang. Silap-silap Kelantan terbang. Maknanya, ahli akan menilai, (kalau) macam ini teruk (parti), mereka akan bangkit semula supaya tidak ambil pimpinan tadi kerana majoriti tidak bersedia dengan golongan yang mengasingkan kumpulan yang seolah-olah tak memihak pada mereka.

Sekiranya ustaz kalah, adakah akan tamat hubungan PAS dan Pakatan?

Tak semestinya. Mungkin ada pemimpin lain yang kuat untuk bersama Pakatan. Mungkin boleh diteruskan usaha itu dan mungkin memakan masa untuk perbaiki keadaan itu. Kalau yang nombor satu tak dapat bersama dengan orang lain pun, payah juga.

Mungkin lepas muktmar, kalau betul saya kalah, mudah-mudahan tidak, tapi dapat 40 atau 45 peratus sahaja undi, ini juga satu mesej yang boleh menjadi peringatan kepada presiden yang menang.

Tentu dia akan baiki apakah sebab orang tidak boleh menerima kedudukan yang sedia ada. Maknanya, ini sebagai wake up call. Sebabnya sudah teruji berdasarkan peratusan itu dan ia juga satu kejayaan pada saya.

Ustaz bersedia untuk berdebat dengan Hadi?

Oleh kerana Harakah Bazaar bawah organ parti dan saya pernah cakap sebelum ini bahawa organ parti tak boleh digunakan oleh mana-mana calon untuk nyatakan sikap dan pendirian mereka untuk berkempen.

Sekarang ini, bila dah digunakan oleh Harakah, sepatutnya saya pun diberi peluang juga. Tapi saya belum berhubung lagi dengan mereka. Saya akan cuba hubungi tapi kalau (mereka) tak bagi tak apalah.



Ahmad diwawancara oleh Al-Abror Mohd Yusuf dan Zulaikha Zulkifli.


ADUN PAS ikrar pertahan mandat di S'gor

Posted: 25 May 2015 05:37 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Hasnul Baharuddin berikrar akan terus mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor jika keadaan dewan negeri tergantung benar-benar berlaku.

Katanya rakyat Selangor memberi mandat bukan hanya kepada PAS tetapi juga PKR dan DAP dan ia harus dihormati semua wakil rakyat.

"Saya akan terus pertahankan kerajaan Pakatan Rakyat kerana itu mandat yang diberi oleh rakyat," katanya.

Hasnul dan seorang lagi ADUN PAS Saari Sungib sebelum ini tampil menyokong Presiden PKR Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar baru Selangor ketika parti mereka belum membuat keputusan.

Sultan Selangor bagaimanapun memilih timbalan Azizah dalam PKR, Azmin Ali, sebagai menteri besar baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini Hasnul berkata kenyataannya hari ini tidak bermaksud beliau akan meninggalkan PAS.

"Tapi saya akan lihat bagaimana perkembangan selepas ini," katanya.

Sekiranya PAS keluar Pakatan, Selangor kemungkinan berdepan dengan situasi DUN tergantung.

Pada masa ini, PAS dan DAP masing-masing mempunyai 15 kerusi manakala PKR mempunyai 13, tidak termasuk Khalid yang kini ADUN bebas.

Terdapat 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri, di mana 29 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Sekiranya PAS menarik diri, DAP dan PAS akan hanya mempunyai 28 kerusi.

Kebimbangan terhadap masa depan Pakatan semakin diperkatakan berikut kemelut antara DAP dan PAS Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pemerhati menjangkakan keadaan akan menjadi lebih teruk pada bulan Jun selepas pemilihan PAS, di mana kumpulan Hadi dijangka menguasai hampir sepenuhnya kepimpinan parti itu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini terus membangkitkan kebimbangan sama.


PAS: Mejar Zaidi, Leman Raja Lawak tak dipecat

Posted: 25 May 2015 05:28 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menafikan bahawa tiga ikon PAS bakal dipecat parti kerana didakwa mengkritik kepimpinan parti sehingga tersebar meluas dalam media sosial.

Beliau menyifatkan dakwaan bahawa Ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda PAS Sulaiman Ibrahim (Leman Raja Lawak), AJK Dewan Muslimat Wan Aishah Wan Ariffin (penyanyi) dan bekas juruterbang Zaidi Ahmad "sengaja diada-adakan".

Selebriti dan bekas pegawai kanan tentera udara diraja Malaysia itu sering menghiasi pentas PAS melalui ceramah dan kempen pilihan raya.

"Tak betul tu. Isu ini sengaja diada-adakan. Tak ada angin, tak ada ribut," katanya melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini pagi ini.

Mustafa berkata setakat ini beliau tidak menerima apa-apa aduan atau maklumat berhubung dakwaan bahawa mereka mengkritik pemimpin parti melalui aplikasi WhatsApp seperti laporan Sinar Harian hari ini.

Akhbar harian itu melaporkan bahawa ekoran dakwaan tersebut, beberapa anggota parti mencadangkan supaya mereka dipecat keahlian kerana terlalu lantang menyuarakan pandangan.

Dalam laporan tersebut, Sulaiman yang dikenali Leman Raja Lawak dan Aisyah berkata mereka reda dengan tindakan yang diputuskan parti namun menjelaskan mereka hanya menyuara pandangan terhadap kepimpinan dalam parti.

Laporan itu menyebut, Sulaiman menegur golongan ustaz supaya pendekatan mereka "tidak terlalu ekstrem" kepada bukan Islam, tidak mengecewakan harapan kumpulan anak muda yang mengundi parti dan mendakwa kumpulan itu gagal melaksanakan tanggungjwab sebagai pemimpin Islam.

"Ada sesetengah ahli mengkritik jemaah sendiri bagi mendapatkan jawatan, sedangkan dalam Islam harus memberika idea dan hala tuju masa depan parti apabila dipilih sebagai ketua.

"Ada pemimpin hanya menggunakan Islam dan agama demi kepentingan peribadi," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Sementara itu, dalam laporan yang sama, Aishah pula kesal perbincangannya secara tertutup dalam media sosial tersebar dan dijadikan isu, bahkan mempersoal mengapa kepimpinan dalam parti tidak boleh dikritik.

"Komen yang saya berikan hanyalah dalam grup WhatsApp sahaja. Takkan pula dalam laman sosial pun tak boleh menyatakan pendirian secara peribadi?" sola Aishah seperti dilapor akhbar itu. 


Ku Li: PM boleh kena prosiding hina Parlimen

Posted: 25 May 2015 05:16 AM PDT

MALAYSIAKINI

 


Jawapan bercanggah perdana menteri berhubung simpanan 1MDB di bank Singapura boleh mendedahkan beliau kepada prosiding menghina Parlimen, kata wakil rakyat veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Bagaimanapun, katanya Datuk Seri Najib Razak, yang juga menteri kewangan, sudah membetulkan jawapan Parlimen itu dan tidak boleh dianggap sebagai berbohong.

"Walau apa pun, PM tidak patut melanggar keistimewaan dewan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Ditanya berhubung pembetulan Najib selepas dua bulan, Tengku Razaleigh berkata terpulanglah kepada kedua-dua pihak untuk membangkitkan perkara itu di Parlimen sama ada perdana menteri mengelirukan dewan.

Kementerian Kewangan semalam menjelaskan bahawa ia meminda jawapan bertulis 10 Mac di Parlimen mengenai 1MDB untuk "mengelakkan kekeliruan".

Penjelasan itu dibuat selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir (kiri) Mohamad mendakwa Najib "berbohong" berhubung perkara itu.

Ia menjelaskan bahawa bahawa jawapan bertulis Parlimen yang dibuat oleh perdana menteri mengenai kedudukan kewangan 1MDB di bank BSI Singapura ditulis dan disemak oleh pegawai kementerian berdasarkan maklumat syarikat pelaburan negara itu.

Kementerian menjelaskan lazimnya jawapan bertulis Parlimen dibuat atas nama beliau berdasarkan maklumat agensi berkenaan yang kemudiannya disemak dan diedarkan oleh para pegawai.

Jawapan bertulis pada 10 Mac menyebut AS$1.103 bilion (RM3.6 bilion) disimpan dalam bank Singapura itu dalam bentuk wang tunai, tetapi kemudiannya menjelaskan ia dalam bentuk aset.

Menteri Kewangan II Datuk Ahmad Husni Hanadzlah berkata "simpanan dalam bentuk unit".


'Akar umbi PAS meluat serangan DAP'

Posted: 25 May 2015 05:12 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


PAS mendesak rakan sekutunya DAP supaya menghentikan serangan bertubi-tubi terhadap parti Islam itu demi kelangsungan Pakatan Rakyat pada masa akan datang.

Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga berkata serangan DAP itu mencetus rasa "meluat" di kalangan akar umbi PAS dan beliau menganggap DAP menolak Pakatan ke ambang pepecahan.

"Jika benar DAP sayangkan Pakatan Rakyat, hentilah menyerang PAS. Lupakanlah dan jauhilah sifat bermusuh, hormatilah perbezaan dan berusahalah untuk mendiamkan diri jika tiada apa yang baik untuk disebut mengenai rakan tahaluf.

"Jika tidak, jangan salahkan PAS seandainya tahaluf dengan DAP ini terungkai kerana ahli PAS akan tetap pertahankan prinsip perjuangan parti lebih-lebih lagi selepas ketiadaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz," katanya.

Beliau mengulas tindakan pemimpin DAP termasuk Lim Guan Eng yang mengeluarkan menyifatkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang  berkelakuan seperti "pemimpin Umno" kerana menyerang parti itu.

Abdul Hadi dilapor berkata PAS bersedia memutuskan hubungannya dengan Pakatan ekoran isu kabinet bayangan dan membidas DAP yang bertindak angkuh dan menganggap pelan pembentukan kabinet bayangan sebagai "tidak realistik".

Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata serangan DAP itu akan memberi kesan kepada muktamar PAS dan dilihat memberikan nafas baru kepada BN yang berdepan dengan isu firma pelaburan 1MDB dan isu kenaikan kos sara hidup.

Tuan Ibrahim, yang akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden, berkata beliau sebelum ini membuat teguran dan memberi peringatan beberapa kali terhadap sikap pimpinan DAP terhadap parti itu.

"Semua pihak melihat Pakatan Rakyat salah satu wadah terbaik bagi menumbangkan BN. Namun, wadah ini perlu memperkasakan ketiga-tiga rakan tahaluf dan bukannya melemahkan mana-mana parti yang menjadi rakan tahaluf.

"Sepakat pada perkara yang dipersetujui bersama dan jangan mencabuli dasar parti rakan tahaluf dalam perkara berbeza. Semua parti perlu kuat bagi mencapai kemenangan dalam PRU akan datang. Serangan sesama sendiri hanya menguntungkan Umno BN," katannya.

Beliau turut menegaskan usaha PAS untuk bergabung denga Umno adalah "fitnah", malah mempersoalkan berapa kerusi yang Umno sanggup beri ke PAS jika gabungan politik itu benar berlaku.

"40 (kerusi)? Hujah ini sahaja sudah cukup untuk mematahkan fitnah ini daripada berterusan," katanya. 


Wawasan 2020 hanya omong kosong

Posted: 25 May 2015 12:11 AM PDT

vsivakumar

Roketkini.com


IPOH: Dengan pembentangan Rancangan Malaysia ke 11 (RMK 11) yang tidak mengambil kira harapan rakyat, Wawasan 2020 jelas hanya omong kosong, kata Ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar.

"RMK-11 adalah pusingan akhir untuk merealisasikan matlamat Wawasan 2020, tapi kita dapat lihat ekonomi negara tercungap-cungap dalam pusingan akhir ini.

"Saya berpendapat kerajaan akan gagal mencapai Wawasan 2020.

"Saya tidak yakin kita boleh mencapai aspirasi itu di bawah pentadbiran BN, kerana terdapat banyak kelemahan dalam soal pentadbiran negara terutamanya soal pengurusan ekonomi," katanya dalam kenyataan.

Wawasan 2020 dilancarkan pada 1991 oleh Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir, akan berakhir dalam tempoh lima tahun lagi dengan matlamat menjadikan Malaysia negara maju.

Mengulas lanjut, Sivakumar yang juga Setiausaha Antarabangsa DAP menegaskan, realitinya Malaysia dilanda kemelut ekonomi serius.

Akibatnya kata Sivakumar, kerajaan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang jelas membebankan rakyat.

"Tindakan tidak popular ini terpaksa dilaksana kerajaan untuk menyelesaikan beban kewangan.
"Pasaran saham tidak menentu juga merupakan satu lagi penanda aras membuktikan ekonomi negara semakin lemah," ujar beliau. -Roketkini.com


Macam mana nak buat rayuan kalau tak ada surat

Posted: 25 May 2015 12:08 AM PDT


 
 
SHAH ALAM - Bekas guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), Ekhsan Bukharee Badrul Hisham, 24, membidas saranan yang dikemukakan Kerajaan Selangor bahawa ruang rayuan terbuka untuk beliau.

Menurutnya, kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang memaklumkan kerajaan negeri tidak menyekat bekas guru agama sambilan Sekolah Rendah Agama Pekan Kapar, Klang untuk membuat rayuan.

"Bagaimana saya nak buat rayuan sedangkan tidak diberikan sebarang surat rasmi berkenaan rayuan. Takkanlah melalui kenyataan media sahaja? Prosedur mana yang mereka ikut?

"Saya akan gunakan ruang (rayuan) jika diberikan, tetapi saya tetap dengan pendirian tidak akan mengaku salah. Saya punya prinsip dan teras perjuangan yang jelas untuk mempertahankan hak dan kebajikan guru Kafa yang lain," katanya kepada Sinar Harian.

Ekhsan Bukharee berkata, rayuan hanya akan dibuat jika ruang diberikan, namun malangnya pihak bertanggungjawab sekadar mengeluarkan kenyataan media semata-mata.

"Saya masih menunggu surat rasmi daripada mereka (kerajaan negeri), saya juga perlu tahu bagaimana prosedur rayuan, kaedah menjawab dalam rayuan dan surat berkenaan perlu hantar ke saluran mana?

"Takkanlah saya nak buat rayuan menerusi kenyataan media sahaja? Ini mengarut," katanya.

Turut berkongsi maklum balas yang diterima beliau daripada banyak pihak yang prihatin, Dalam pada itu, Ekhsan Bukharee berkata, Biro Pemuda Umno bahagian Pelajaran, Mohd Rafiq Naizamohideen menghubunginya untuk menawarkan khidmat guaman percuma.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Pemuda Umno  atas tawaran tersebut. Selain itu saya juga mendapat tawaran khidmat guaman daripada pelbagai pihak lain antaranya rakan aktivis dan juga badan bukan kerajaan.

"Saya akan buat keputusan dalam tempoh terdekat ini, terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dan sudi menawarkan khidmat guaman percuma," katanya.


Ponteng parlimen, DAP nasihat Najib transformasi diri

Posted: 25 May 2015 12:01 AM PDT

jimmy_wong_Kota_Kinabalu

Roketkini.com


TAWAU: Rekod buruk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadiri Dewan Rakyat antara sebab usaha transformasi negara tidak mungkin berjaya, kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu Jimmy Wong Sze Pin.

"Bagaimana Najib mahu mentransformasikan Malaysia sedangkan beliau sendiri bersikap 'tidak membangun'," katanya dalam kenyataan.

Kata Jimmy, kehadiran Najib ke Parlimen boleh dikira dengan jari dan hanya di acara tertentu seperti perbentangan belanjawan serta perbentangan Rancangan Malaysia (RMK).

"Dalam tahun pertama saya dipilih sebagai Ahli Parlimen, saya hanya melihat beliau hadir ke Parlimen bagi dua majlis saja iaitu semasa pembukaan sidang dewan di awal tahun dan semasa akhir tahun untuk membentangkan belanjawan," ujarnya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa mendedahkan dalam tempoh enam tahun, iaitu 368 hari persidangan Dewan Rakyat, Najib hanya hadir sebanyak 26 kali, atau 7% dari keseluruhan jumlah hari persidangan.

Jimmy yang juga Pengerusi DAP Sabah berkata, prestasi buruk Najib sebagai ketua kerajaan amat memalukan.

"Sudah tentu, dengan rekod kehadiran buruk Najib ke Parlimen, niat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk melaksanakan konsep Prime Minister's Question akan bertambah payah.

"Jika Najib tidak boleh melaksanakan tugasnya dengan baik untuk membincangkan isu-isu nasional di Parlimen, bagaimana kita boleh berharap beliau memahami masalah rakyat?" soal Jimmy. – Roketkini.com


GST: Najib lebih rela syarikat telco untung besar

Posted: 24 May 2015 11:59 PM PDT

najib

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berhenti menjadi hipokrit dengan menyalahkan peniaga kecil kononnya mengeksploitasi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hingga menyebabkan rakyat terbeban akibat sistem percukaian itu.

Najib dalam sebuah program di Gopeng, Perak berkata, pemansuhan 5% dan 10% cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sepatutnya mengurangkan harga, namun peniaga yang tidak bertanggungjawab menambah 6% GST yang menjadi punca kenaikan barang dan perkhidmatan.

"Pakatan Rakyat berulang kali memberi amaran kepada BN, iaitu sebelum GST dikuatkuasakan,
harga barangan tidak akan turun.
tony-pua
"Namun, pentadbiran Najib percaya bahawa mereka boleh melawan hakikat dan meneruskannya," kata Tony Pua.

Menurut Setiausaha Publisiti DAP itu, Najib dalam ucapan belanjawan 2015 sendiri berkata, daripada 944 barangan dan perkhidmatan dari indeks harga pengguna, 532 item atau 56% dijangka turun sehingga 4.1%, manakala kira-kira 354 item mengalami kenaikan, namun kurang daripada 5.8 %.

"Tak hairanlah perdana menteri yang juga menteri kewangan kelihatan seperti orang bodoh," ujar Tony.

Dalam pada itu kata Tony, pentadbiran Najib menutup mata terhadap keuntungan besar dikaut syarikat-syarikat telekomunikasi.



Selasa lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek di Parlimen mengulangi pembelaannya terhadap syarikat tersebut untuk menaikkan tarif sebanyak 6%.

shabery cheek

Akibatnya, pengguna kad prabayar tidak lagi menerima RM10 masa siaran bagi pembelian RM10, walaupun SST 6% dikenakan.

Sebaliknya, pengguna hanya mendapat RM9.43 perkhidmatan panggilan untuk setiap RM10, selepas bertukar kepada 6% GST.

Menurut Tony, walaupun menyerap cukai perkhidmatan 6%, Maxis Communications, Digi Telecommunications dan Celcom Axiata masing-masing masih membuat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM2.44 bilion, RM2.65 bilion dan RM3.1 bilion pada 2014.

"Secara keseluruhan, mereka mengumpul RM12.8 bilion hasil perkhidmatan kad prabayar bagi tahun ini.

"Mengapa kerajaan BN membantu syarikat-syarikat ini membuat untung tambahan RM770?
"Ini tidak pun termasuk perolehan dan keuntungan dibuat pengendali rangkaian talian mudah alih maya (MVNO) lain seperti U-Mobile, Tune Talk dan XOX.

"Ketika Kementerian Perdagangan Dalam Negeri cuba menghukum restoran yang menaikkan harga roti canai sebanyak 30 sen, Najib membiarkan keuntungan RM770 juta kepada syarikat-syarikat telekomunikasi.

"Tidak ada dasar mengaut keuntungan lebih besar dan tidak bertanggungjawab di negara daripada pelaksanaan GST, dan Najib memilih untuk menjadi hipokrit," tegas Tony. – Roketkini.com


Menunggu kambing hitam baru

Posted: 24 May 2015 11:55 PM PDT

kambing-hitam

 Roketkini.com


Drama keliru dan mengelirukan bersambung lagi.

Kali ini ia melibatkan agensi kerajaan pula. Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengecam Datuk Seri Najib Razak sebagai "berbohong" Kementerian Kewangan tampil mendakwa jawapan bertulis mengenai 1MDB di parlimen "dipinda" untuk "mengelak kekeliruan".

Latar kepada isu ini (secara mudah) ialah begini:

arul_1mdb
(CEO 1MDB Arul Kandasamy sebelum ini juga mengatakan adanya simpanan tunai di Pulau Cayman)

· 1MDB menyimpan wang di Kepulauan Cayman

· Selepas dikritik, 1MDB dilaporkan membawa pulang wang itu ke Singapura

· Najib kemudian menjelaskan simpanan di sebuah bank di Singapura bukan dalam bentuk tunai tetapi "aset dalam dolar AS"

· Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pula menyatakan simpanan itu dalam bentuk "unit" yang tidak dijelaskan maksudnya

Ketika kekeliruan sedia ada pun belum dapat dirungkai, kerajaan tampil dengan mengemukakan jawapan lain yang menambah kekaburan.

Semalam Kementerian Kewangan mengaku meminda jawapan mengenai 1MDB sehingga fakta diberi dilihat menyanggah keterangan diberi Najib sebelum ini.

Isunya ialah: Siapa yang bercakap bohong.

Kedua, adakah mungkin bakal wujud mana-mana pihak akan menjadi kambing hitam demi menyelamatkan seorang perdana menteri yang memang kini teramat sukar untuk diselamatkan? – Roketkini.com


Kit Siang rindui Nik Aziz

Posted: 24 May 2015 11:52 PM PDT

kit-siang--nik-aziz

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Ketika nasib dan masa depan Pakatan Rakyat terumbang-ambing pemimpin veteran DAP masih positif gabungan alternatif kepada BN itu masih boleh diselamatkan.
Dan bagi Lim Kit Siang, ketika suasana tidak menentu ini beliau terkenang kepada bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

lim-kit-siang-dan-nik-azizMenurut Kit Siang, beliau "merindui" Nik Abdul Aziz yang meninggal dunia hanya beberapa hari selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan ke penjara Februari lalu.

Bagi Kit Siang, Umno dan BN kini berada pada tahap paling lemah dalam sejarahnya. Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak terpaksa menjelajah ke seluruh negara untuk mengumpul sokongan orang ramai lantaran dibebani skandal kewangan, selain perpecahan dalaman Umno yang semakin menjadi-jadi.

"Di saat dan ketika inilah kebijaksanaan serta wawasan almarhum Tok Guru Nik Aziz benar-benar dirindukan," katanya.

Sekiranya mantan Menteri Besar Kelantan itu masih hidup, kata Kit Siang, bekas Menteri Besar Kelantan itu tentu akan memastikan PAS meneruskan agenda PAS Untuk Semua serta menolak sebarang usaha menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama (UG) Umno.

"Pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat serta para penyokongnya pasti tidak akan melupakan kritikan pedas almarhum Nik Aziz pada Jun 2009.

"Ketika itu beliau secara terbuka memberitahu Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa untuk meninggalkan PAS dan menyertai Umno sekiranya beliau terus berdegil dengan agenda UG," katanya.


Suspek sebar video TPM berdepan tindakan

Posted: 24 May 2015 11:46 PM PDT

 
Individu terbabit yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian akan dihadapkan ke jawatankuasa pengurusan parti dalam masa terdekat.


Ahmad-Zahid-Hamidi_muhyiddin_video_600


PETALING JAYA: Suspek yang didapati merakam dan menyebar video ucapan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis tertutup baru-baru ini akan berdepan dengan hukuman sewajarnya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, individu terbabit yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian akan dihadapkan ke jawatankuasa pengurusan parti dalam masa terdekat.

Sebelum ini, beberapa blog telah menyiarkan nama dan gambar lelaki berkenaan.

Dia dipercayai merakam ucapan Muhyiddin dalam perjumpaan tertutup dengan ahli parti dengan menggunakan telefon bimbit.

Rakaman video yang tersebar pada Khamis lalu mengandungi gesaan Muhyiddin supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memecat semua Ahli Lembaga Pengarah 1MDB.

Ia bagi memastikan isu itu tidak menjadi beban kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk terus berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua Pemuda Pas: Suhaizan, Nik Abduh sengit

Posted: 24 May 2015 11:25 PM PDT


 
 
SHAH ALAM - Pemerhati melihat saingan sengit antara kedua-dua calon Ketua Pemuda Pas, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz dan Suhaizan Kaiat susulan iklim politik dalaman Pas yang dilihat lebih dikuasai golongan ulama.

Namun, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat, kelebihan dilihat berada di pihak Nik Abduh.

"Nik Abduh sekarang ini mendapat sokongan ulama yang konservatif sementara Suhaizan mendapat sokongan daripada golongan ulama yang lebih 'moderate' dan profesional. Jadi, sukar untuk tentukan siapa yang menang. Kerana kedua-duanya ada kekuatan.

"Tapi nampaknya sekarang ini kelebihan ada pada Nik Abduh. Pertama dia anak Allahyarham Nik Aziz dan kedua, dia mendapat sokongan ulama yang dilihat agak dominan dalam Pas," katanya kepada Sinar Online.

Pemilihan Muktamar ke-61 Pas awal Jun depan menyaksikan Nik Abduh kembali ke Pemuda Pas merebut jawatan itu dari penyandangnya, Suhaizan.

Meskipun begitu, beliau melihat Suhaizan masih ada potensi untuk mempertahankan kedudukannya.

"Cuma, Nik Abduh ini dilihat bermasalah dengan Nik Amar (Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk MohdAmar Nik Abdullah). Ada 'clash' sedikit antara kumpulan Nik Amar dengan Nik Abduh. Bimbang sebahagian kumpulan yang ulama ini tidak mengundi Nik Abduh. Itu yang agak sukar untuk diramalkan.

"Tapi potensi untuk menang masih ada lagi pada Suhaizan. Strategi Suhaizan kena hebat sedikitlah kalau dia nak menang," katanya.

Sementara, Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir menyifatkan calon yang mempunyai pemikiran selari dengan kepimpinan tertinggi parti mempunyai kecenderungan untuk menang dalam pemilihan kali ini.

"Saya fikir penyandangnya itu masih ada harapan tapi yang dilihat betul-betul memperjuangkan perjuangan yang di atas landasan parti...yang serasi dengan kepimpinan tertinggi akan menang.

"Jadi, siapa yang dilihat ada pendirian, ideologi dan pandangan yang sesuai dengan kepimpinan tertinggi parti, calon itu saya fikir ada mempunyai peluang lebih cerah," katanya.


Tiga ikon Pas bakal dipecat?

Posted: 24 May 2015 11:14 PM PDT


ALOR SETAR - [DIKEMASKINI] Tiga ikon dalam Pas yang sering menghiasi pentas ceramah parti itu kini berada dalam dilema, gara-gara didakwa mengkritik pimpinan parti itu sehingga menjadi viral di laman sosial.

Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik Pemuda Pas Pusat, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali Leman Raja Lawak; Ahli Jawatankuasa Muslimat Pas Pusat, Wan Aishah Wan Ariffin serta Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Sungai Petani, Mejar Zaidi Ahmad didakwa mengkritik beberapa pemimpin parti melalui aplikasi WhatsApp berhubung kepimpinan dalam Pas.

Rentetan itu, beberapa ahli parti mencadangkan supaya mereka dipecat keahliannya kerana terlalu lantang menyuarakan pandangan.

Leman Raja Lawak ketika dihubungi bagaimanapun berkata, beliau reda dengan apa jua keputusan parti sekiranya perlu mengambil tindakan berhubung perkara itu.

"Apabila menyuarakan pendapat supaya ustaz dalam Pas jangan terlalu ekstrem dan perlu membuat pendekatan kepada bukan Islam selain jangan kecewakan harapan anak-anak muda yang mengundi parti, didesaknya pula kami dipecat," katanya.

Mengulas mengenai perbualan terbabit, Leman antaranya membangkitkan isu rakyat yang mempersoalkan pimpinan mengenai tanggungjawab sebagai pemimpin Islam yang sepatutnya bergaul dengan bukan Islam kerana ia termasuk dalam konsep peradaban Islam dan siasah politik.

"Ada sesetengah golongan ustaz dalam Pas yang dipilih menjadi pemimpin gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin Islam. Mereka bukan hanya memberi kuliah Subuh atau Maghrib tetapi perlu peka semua aspek termasuk isu akar umbi hingga peringkat nasional," katanya.

Menurutnya, kelemahan golongan itu yang diangkat menjadi pemimpin hanya dengan memberi ceramah agama dan pandai bercakap tetapi langsung tidak menjiwai rakyat bawahan yang daif dengan permasalahan ekonomi.

"Ada sesetengah ahli mengkritik jemaah sendiri bagi mendapatkan jawatan, sedangkan dalam Islam harus memberikan idea dan hala tuju masa depan parti apabila dipilih sebagai ketua. Ada pemimpin hanya menggunakan Islam dan agama demi kepentingan peribadi," katanya.

Leman berkata, selepas kenyataan itu diviralkan dalam WhatsApp, ada golongan yang menyarankan agar beliau dipecat daripada parti.

Sementara itu, Wan Aishah turut melahirkan rasa kecewa di laman Facebook dan menegaskan kenyataan itu bukan sebahagian daripada ucapannya di mana-mana program.

"Ia sebahagian dari perbualan dalam grup WhatsApp yang diviralkan. Seingat saya, ketika itu kami sedang berbincang tentang definisi ulama, saya juga ditanya kenapa sertai Pas. Macam-macam isu dibincangkan secara baik," katanya.

Menurutnya, beliau memberikan pandangan dan jawapan secara ikhlas termasuk mengenai pergolakan Pas sekarang namun, kesal kerana perbincangan yang dianggap tertutup itu tersebar dan dijadikan isu.

"Kalau rasa nak kecam, kecamlah. Nak pecat sama sekali pun terpulanglah. Saya tidak bimbang, sekadar mahu perbetulkan persepsi yang saya dianggap mengkritik kepimpinan secara terbuka," katanya.

Wan Aishah turut mempersoalkan apakah kepimpinan dalam parti tidak boleh dikritik, tambahan pula pandangan itu disuarakan secara santai melalui laman sosial.

"Komen yang saya berikan hanyalah dalam grup WhatsApp sahaja. Takkan pula dalam laman sosial pun tak boleh menyatakan pendirian secara peribadi?" katanya yang secara spontan teringatkan bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil berkias, 'things are not the same without him'.

Kena culik, dipaksa jadi peminta sedekah

Posted: 24 May 2015 11:10 PM PDT

Kena culik, dipaksa jadi peminta sedekah Aiman 


KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai diculik lelaki yang tidak dikenali dalam kejadian di Masjid Muhammadi di sini, Jumaat lalu.‎

Mangsa, Aiman Kamarolzaman yang pada awalnya dibawa ke masjid oleh bapanya, Kamaruzamman Mohamad, 50, diculik lelaki terbabit ketika sedang memakai selipar selepas solat Isyak di masjid terbabit.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Aiman mendakwa dia dibawa ke satu lokasi dan kemudiannya dipaksa meminta sedekah di sebuah pasaraya di bandar ini kelmarin.

Mangsa yang meminta sedekah dalam keadaan terpaksa kemudiannya diselamatkan oleh seorang lelaki selepas melihat keadaan mangsa yang menangis dan mencurigakan dan telah menyerahkan kanak-kanak itu kepada bapanya petang kelmarin.

Aiman berkata, selepas diculik dia ditempatkan di sebuah rumah bersama beberapa kanak-kanak lain.

Menceritakan kejadian, mangsa berkata, sehari selepas dilarikan dia dibawa oleh lelaki itu ke sebuah pasaraya dan diminta meminta sedekah bersama seorang kanak-kanak lelaki lain daripada orang ramai.

"Dia (Ielaki itu) sempat mengugut saya supaya tidak melarikan diri.

"Mujurlah, ketika itu ada seorang lelaki membantu saya dan membawa saya ke kedai ayah," katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.

Sementara itu, bapa mangsa  Kamarolzaman Mohamad, 50, berkata, sejurus menyedari anaknya hilang, dia cuba mencari di kawasan sekitar dan kemudian membuat laporan polis.

"Pada malam kejadian, saya tidak lena tidur kerana bimbang dengan keselamatannya," katanya.

Kamarolzaman amat bersyukur, anaknya itu berjaya ditemui selamat.

"Saya akui ini akan menjadi pengajaran berguna kepada saya untuk menjaga anak dengan lebih baik," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan kejadian.

"Kes disiasat di bawah Sekyen 363 Kanun Keseksaan," katanya.


Ultra kiasu tidak sesuai di Selangor – Ridhuan Tee

Posted: 24 May 2015 11:01 PM PDT

 
Ultra kiasu sepatutnya tidak datang ke Selangor kerana Sultan adalah Ketua Agama Islam dan sentiasa mendaulatkan Islam yang dikotori ultra kiasu.


ridwan tee,Datuk Teng Chang Khim ,selangor


PETALING JAYA: Pendakwah bebas, Datuk Dr Ridhuan Tee Abdullah membidas golongan ultra kiasu yang berterusan menghina dan tidak menghormati Islam.

Beliau berkata, perbuatan ultra kiasu itu membuatkan mereka tidak sesuai untuk datang ke Negeri Selangor kerana Sultan Selangor adalah Ketua Agama Islam dan sentiasa mendaulatkan Islam yang dikotori ultra kiasu.

"Saya juga tinggal di Selangor dan ingin memberitahu ultra kiasu, bahawa walak kami bukan kepada kerajaan negeri tetapi kepada Sultan Selangor. Kami tinggal di Selangor sebab kami masih ada Sultan," tulisnya dalam ruangan rencana di Sinar Harian.

Ridhuan Tee mengulas sikap EXCO Selangor daripada DAP, Datuk Teng Chang Khim yang menyarankan Pas tidak menganjurkan sebarang program di negeri itu.

"Ini tamparan hebat bukan saja kepada Pas malah rakyat Selangor yang bukan ultra kiasu. Apakah ultra kiasu menganggap negeri Selangor negeri bapanya?, katanya.

Walaupun tidak menyatakan secara spesifik, namun ultra kiasu yang dimaksudkan oleh Ridhuan Tee itu merujuk kepada pemimpin DAP.

Beliau berkata, Pas perlu memecat pemimpin ultra kiasu dalam parti itu yang menjadi duri dalam daging.

Katanya, Pas perlu mengambil tindakan itu jika mahu mereka terus hormati kerana kumpulan itu semakin menjadi barah dalam Pas.

Ultra kiasu Pas yang dimaksudkan Ridhuan Tee itu merujuk kepada kumpulan liberal dalam parti itu.

"Pemimpin ultra kiasu Pas yang menyokong ultra kiasu ada agenda sendiri. Mereka mahu dilantik menjadi menteri apabila utra kiasu berjaya merampas Putrajaya suatu masa nanti," katanya.

Katanya, pemimpin ultra kiasu Pas tidak meletakkan Islam sebagai keutamaan sebaliknya memiliki agenda peribadi dan membalas dendam terhadap UMNO.

"Ultra kiasu tidak pernah percaya kepada Pas. Mereka berbaik dengan Pas semata-mata untuk kuasa dan undi. Ditakdirkan tidak ada Parti Keadilan Rakyat (PKR), saya yakin sudah lama Pas ditendang keluar dari Pakatan Rakyat," katanya.

Ridhuan Tee berkata, PKR tidak akan sanggup melepaskan Pas kerana tidak mahu kehilangan pentadbiran Negeri Selangor.

"Saya amat yakin mati hidup balik pun PKR tidak akan sanggup melepaskan Pas. PKR sedar, tanpa sokongan Pas mereka akan berputih mata untuk memerintah Selangor," katanya.


Kerajaan haram buku ‘The Golden Son Of The Kadazan’

Posted: 24 May 2015 10:58 PM PDT

 
Buku berkenaan amat cenderung ke arah mencetuskan pergeseran dan perbalahan di kalangan rakyat Malaysia terutamanya penganut Kristian dan Islam.


GoldenSonBook_300x200



KUALA LUMPUR: Buku bertajuk 'The Golden Son Of The Kadazan' tulisan Bernard Sta Maria diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana mengandungi kritikan yang melampau terhadap Kerajaan Persekutuan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat di bawah perintah Keselamatan Dalam Negeri (tegahan mengenai penerbitan) mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

"Buku ini amat cenderung ke arah mencetuskan pergeseran dan perbalahan di kalangan rakyat Malaysia terutamanya penganut Kristian dan Islam.

"Kandungan buku ini dikhuatiri boleh memudarat atau mungkin memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam jika tidak dikenakan perintah larangan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Penampang, Ignatius Dorell Leiking, yang mengemukakan soalan itu dalam Dewan Rakyat pada pada 21 Mei lalu.

Jawapan bertulis itu diedarkan kepada media dalam sidang Dewan Rakyat pada Isnin.

Ahmad Zahid berkata, buku yang bertajuk 'Kristianisasi Dan Gejala Murtad' oleh Mohd Farhan Bin Abdullah pula tidak perlu diharamkan kandungan buku berkenaan memaparkan kisah hidup dan pengalaman penulis ketika masih lagi beragama Kristian.

"Bahkan,ia juga memaparkan kehidupan penulis semasa masih beragama Kristian sebagai suatu sempadan kepada umat Islam," katanya.

Zahid bagaimanapun berkata, KDN masih lagi meneliti lebih lanjut mengenai buku ini, jika ia menyalahi peruntukkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Mangsa culik di Sandakan mungkin dijual

Posted: 24 May 2015 10:56 PM PDT

 
Sehingga kini pihak keluarga mangsa yang diculik masih belum mendapat sebarang tuntutan bayaran daripada penculik. 


sandakan kidnao



KUALA LUMPUR : Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menolak kemungkinan mangsa culik di sebuah restoran di Sandakan, Sabah akan dijual kepada pihak lain.

Menterinya Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, sehingga kini pihak keluarga mangsa masih lagi belum menerima sebarang tuntutan bayaran daripada penculik.

"Penculik-penculik telah membawa mangsa penculikan di Jolo dan setakat ini pihak keluarga belum dapat sebarang tuntutan bayaran oleh pihak penculik.

"Lazimnya, jika penculik terbabit tidak menghubungi keluarga menuntut bayaran, maka mereka akan menjual mangsa culik kepada pihak lain," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Isnin.

Tambahnya, perkara seperti itu turut pernah berlaku terhadap anggota pasukan Polis Marin Lans Koperal Zakiah Aleip yang dikesan dijual dari satu pihak kepada pihak yang lain.

"(Perkara ini) pernah berlaku (menjual) kepada Lans Koperal Zakiah yang juga telah berpindah dari satu tangan kepada tangan yang lain

"Saya amat berharap mereka masih berada dalam keadaan yang selamat.," katanya.

Pada 14 Mei lalu, seorang wanita yang juga pengurus Restoran Ocean King, Thien Nyuk Fun, 50, dan seorang lelaki, Bernard Ghen Ted Fen, 39, seorang konsultan elektronik di Kemboja telah diculik dipercayai didalangi oleh kumpulan Muktadil Brothers.

Dalam pada itu, ketika mengulas penemuan kubur besar di Padang Besar, Zahid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menggali keluar mayat berkenaan.

"Unit forensik PDRM sedang menggali kubur-kubur itu dan akan mengendalikan beberapa ujian forensik bagi menentukan jumlah mayat telah ditanam dan mengenal pasti identiti mayat.

"Soal sama ada mayat tersebut milik etnik Rohingya ataupun berkaitan pemerdagangan orang Bangladesh juga akan turut ditentukan selepas ujian itu," katanya.

Tiada ulasan: