Isnin, 25 Mei 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pertahankan tahaluf siyasi bagi menentang kezaliman dan penyelewengan Umno / BN.

Posted: 25 May 2015 10:13 AM PDT

Mutiara Sejarah III 


PAS mula mengorak langkah pertama mendekati DAP dan PKR. Komuniti Cina di Perak 
telah menubuhkan CCC yg pertama dan telah mengadakan beberapa sesi dailog dlm 
merangka usaha untuk mendapatkan sokongan pengundi Cina di bandar-bandar.
Tahaluf siyasi (kerjasama politik) adalah kesinambungan strategi politik pimpinan terdahulu. Barisan Alternatif (BA) adalah satu penerokaan baru politik tanahair dimana dua parti yg bertentangan dasar dan ideologi iaitu pas dan dap bergabung dan berkongsi perjuangan bagi menentang kezaliman dan penyelewengan BN.

 BA adalah usaha almarhum fadzil noor untuk menegakkan prinsip islam yang bersifat universal dan daulat dalam sistem pemerintahan. 

 Kesedaran almarhum fadzil noor tentang latar belakang sosio-ekonomi dan demografi melayu dan kaum lain di malaysia (masyarakat majmuk) juga mendorong kepada permuafakatan politik kerana adalah sukar bagi pas memenangi pilihanraya dengan bersendirian.

 Pakatan Rakyat (PR) merupakan kesinambungan politik bijak yang didokong oleh majoriti rakyat yang inginkan perubahan menyeluruh kepada pemerintahan negara. Pembentukan kerajaan PR di beberapa buah negeri telah memberikan banyak faedah kepada pemimpin pas dengan diamanahkan jawatan penting di dalam kerajaan, badan kerajaan, glc dan organisasi masyarakat. Rakyat mendapat manfaat apabila dakwah islam dapat disampaikan dan model baiknya nilai dan akhlak islam dapat ditunjukkan.

 Justeru: Sanggupkah pas dan ahlinya melepaskan peluang yang baik ini?

 Sanggupkah pas dan ahlinya menggadaikan amanah dan harapan rakyat yang sengsara ditekan BN? Maka:

 Ketegasan almarhum fadzil noor bahawa kerjasama politik tidak sesekali membuatkan perjuangan pas terkeluar daripada orbit islam mestilah difahami dan dinilai dengan waras dan bijak.. 

~Faiz Fadzil~ 25 Mei 2015

MSU ambil keputusan PAS keluar Pakatan ?

Posted: 25 May 2015 05:36 AM PDT

MOHON PENCERAHAN TENTANG KEPUTUSAN MAJLIS SYURA ULAMA (MSU) BERKENAAN KEDUDUKAN PAS DALAM PAKATAN RAKYAT SPT YG DIDAKWA SEORANG AHLI MSU DALAM SATU FORUM PADA 24 MEI LALU

Saya rasa terpanggil untuk memohon penjelasan jujur MSU berkaitan kekeliruan yang timbul berkaitan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat. Ini adalah kerana dalam satu forum yang diadakan pada 24 Mei 2015, seorang ahli MSU telah menyatakan bahawa MSU telah membuat keputusan berkenaan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat dan akan menyerahkan keputusan tersebut kepada Jawatankuasa PAS Pusat. 

Kebimbangan berkenaan perkara ini diperkuatkan dengan qarinah (circumstantial evidence) oleh kenyataan Tok Guru Presiden PAS yang dikasihi bahawa PAS bersedia memutuskan hubungan dengan DAP serta kenyataan Timbalan Mursyidul Am bahawa Presiden PAS telah fikir panjang berkenaan hubungan PAS dan DAP.

 Saya dengan rendah diri memohon penjelasan persoalan berikut:

1) Apakah benar MSU telah membuat satu mesyuarat membincangkan isu kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat?

2) Jika soalan 1 positif, apakah keputusan yang dikatakan telah dibuat MSU; samaada MSU mahu kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat dikaji semula atau PAS mengambil ketetapan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat?

3) Jika betul memang wujud keputusan berkenaan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, bilakah keputusan tersebut akan diserahkan kepada Jawatankuasa PAS Pusat supaya satu ketetapan boleh dibuat oleh Jawatankuasa PAS Pusat?

 Saya amat yakin bahawa berdasarkan Perlembagaan PAS, kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat hanya boleh diputuskan dalam Muktamar PAS Pusat kerana ia badan tertinggi yang telah memutuskan penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat.

 Saya juga yakin bahawa majority ahli dan penyokong PAS serta rakyat masih berharap PAS terus berada dalam Pakatan Rakyat untuk bersama-sama menentang kezaliman dan penyelewengan UMNO Barisan Nasional dan membentuk sebuah kerajaan yang adil dan bersih di Persekutuan.

 Maka, amat penting untuk kekeliruan yang timbul ini dijelaskan agar ahli dapat terus bekerja menentang UMNO Barisan Nasional tanpa pemikiran positif kami tidak terganggu. Satu jaminan yang konkrit amat diperlukan dalam suasana nyawa UMNO Barisan Nasional sudah berada di hujung tanduk.

 Sekian, terima kasih.
 Muhammad Faiz Fadzil 
 25 Mei 2015

Jadikan medan wacana tautan ukhuwwah

Posted: 24 May 2015 05:09 PM PDT



Ahli jawatankuasa Pemuda PAS Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar menyifatkan tindakan calon Nik Abduh Nik Aziz menolak debat atau wacana bersama penyandangnya Suhaizan Kaiat sebagai "satu pendekatan yang kurang bijak" sedangkan penyandangnya Suhaizan Kaiat mennyatakan kesediaannya.

 "Apalah salahnya medan wacana ini dijadikan medan tautan ukhuwwah setelah sebelum ini masing-masing sangat sukar untuk duduk bersama sepentas walaupun pernah bekerjasama semasa Pemuda PAS bawah Yb Ustaz Nasrudin Hassan," katanya lagi.

Acara itu perlu menjadi realiti demi menyata aspirasi mereka khususnya untuk membantu golongan muda selepas muktamar tahunan parti itu Jun ini.

 "Anak muda hari ini mahu melihat idea-idea yang boleh membantu mereka berdepan dengan massa ekonomi serta politik yang caca merba.

 "Pentas muktamar antara pentas terbaik, namun lebih baik jika pentas persaingan jawatan ini diharmonikan dengan wacana aspirasi Anak Muda yang mempertemukan Suhaizan dan Nik Abduh.

 "Saya mengharapkan dalam masa seminggu dua ini hal ini menjadi realiti," katanya Mohd Fakhrulrazi dalam satu kenyataan.

 Nik Abduh dilapor menyambut baik cabaran debat Suhaizan namun mengambil sikap berdiam diri dan mahu penilaian daya kepimpinan itu dibuat berasaskan rekod prestasi dan sumbangan kepada parti.

 Beliau dipetik sebagai berkata ini kerana pertandingan merebut jawatan itu berlangsung semasa sendiri yang dianggapnya tujuan yang sama tetapi berbeza dari sudut cara kepimpinan. ~sumber 

Komen al-Husseyn :

Ya, Nik Abduh perlu mengambil kesempatan melalui wacana tersebut menjelaskan kepada kita semua cara kepimpinannya yang katanya berbeza dari Suhaizan yang dia tohmahkan sebagai lembab.

Kita juga mahu tahu apa bendanya yang Abduh kata Suhaizan tu lembab dan kita mahu melihat melalui wacana tersebut siapa sebenarnya yang lembab dalam mengemukakan hujjah. 

Abduh mesti berani berhadapan dengan Suhaizan. Takkanlah dia kecut berdepan dengan seorang yang dia tuduh lembab ...

Tiada ulasan: