Isnin, 25 Mei 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MEREKA INI JUJUR

Posted: 25 May 2015 06:42 PM PDT





MANUSIA JUJUR




Acara cium duit MLM jadi pertikaian

Gambar memaparkan kegiatan sekumpulan orang ramai mencium duit disebarkan meluas dan mengundang pertikaian banyak pihak.

Ramai pengguna maya tampil menyatakan bantahan mereka terhadap penganjuran program itu yang didakwa seperti menyembah wang ringgit.


KAH KAH KAH

woit
kakak dan abang ini jujur
mereka cium duit
mereka sembah duit
duit ada kuasa
hang nak cakap apa
hang pun sembah duit
bangun pagi  pagi
kacau tidoo
pergi redah jam
hang gi mana
hang seksa diri kerana apa?
cuba tanya diri sendiri

APA PUNYA TUUUR













---------------

PERLIS KENA TIPU

Posted: 25 May 2015 06:03 PM PDT



Janji Pembinaan Hospital Padang Besar Adalah Penipuan BN
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perlis sangat kecewa dengan tindakan Putrajaya yang terus meminggirkan Perlis dalam sektor kesihatan. Cadangan pembinaan Hospital Padang Besar  bukanlah perkara baru sebaliknya projek bernilai RM 198 juta ini telah dipersetujui pada RMK-9 lagi dan kemudiannya tertangguh sehingga RMK-10. Menteri Kesihatan ketika itu, Liow Tiong Lai telah menyatakan bahawa Kementerian Kesihatan telah membeli sebuah kawasan seluas 10 hektar bagi tujuan pembinaan hospital berkenaan.

Manifesto Barisan Nasional semasa Pilihanraya Umum ke-13 juga menyentuh perkara yang sama. Menteri Kesihatan, Dr. S. Subramaniam dalam satu kenyataan bertarikh 25 April 2015 menyatakan Kerajaan tiada perancangan untuk membatalkan pembinaan hospital baharu di Padang Besar ekoran daripada ia adalah keutamaan projek pembangunan hospital.

Namun begitu, selepas pembentangan RMK-11, Kerajaan hanya mengumumkan pembinaan 6 buah Hospital baru dan terus mencicirkan Perlis daripada mendapat prasarana penting ini walaupun keperluan yang agak kritikal dan mendesak. Berapa lama lagikah rakyat Perlis harus menunggu?

Rakyat Perlis telah ditipu dengan janji palsu rejim Barisan Nasional selama 10 tahun dan akan terus ditipu lagi untuk 5 tahun yang akan datang. Kegagalan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Perlis untuk membina Hospital baharu ini juga merupakan satu tindakan yang tidak menuruti titah Raja Perlis yang mencadangkan hospital ini dibina di dalam tempoh RMK-11.

Putrajaya terus bersikap acuh tak acuh walaupun Hospital Tuanku Fauziah berhadapan keadaan sesak dan tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat. SAMM menggesa Putrajaya untuk memberikan penjelasan mengapa cadangan hospital ini tidak diteruskan.
SAMM Perlis menyeru setiap rakyat Perlis untuk tampil mempersoalkan keputusan Putrajaya yang mengabaikan aspek kesihatan negeri ini. Rakyat Perlis juga harus membuka mata melihat pentadbiran Kerajaan Negeri yang lemah dan tidak mampu untuk mendesak Putrajaya meneruskan pembinaan Hospital Padang Besar sepanjang tempoh RMK-11 ini.

Rakyat Perlis harus datang beramai-ramai menyambut kehadiran Perdana Menteri ke negeri ini pada 30 Mei nanti dengan menuntut pembinaan Hospital Padang Besar seperti yang telah dijanjikan sebelum ini. Cukuplah kita menjadi mangsa penipuan BN selama ini. Bangkit dan suarakan hak kita.

Asrul Nizam Abdul Jalil
Penyelaras SAMM Perlis









-------------

CALON TETAP PM MALAYSIA

Posted: 25 May 2015 05:26 PM PDT






KOMENTAR
ku li ini amat lambat
kalau nak jadi pemimpin
wajib mara ke hadapan
bukan jadi ekor
jadi kepala

satu dunia dah bincang hal 1MDB
baru sekarang ku li beri pandangan

Seluruh Kabinet bertanggungjawab atas 1MDB, kata Ku Li

Keseluruhan Kabinet patut dipertanggungjawabkan atas masalah yang dihadapi syarikat 1Malaysia Development Berhad, kata veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini, dan menambah beban itu bukan di bahu perdana menteri seorang saja.
Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata jika ahli Kabinet tidak sedar mengenai isu 1MDB, mereka sepatutnya membuat siasatan, bukannya menuding jari ke arah orang lain.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/seluruh-kabinet-bertanggungjawab-atas-1mdb-kata-ku-li#sthash.emvfMYHF.dpuf

KAH KAH KAH

woit
ku li ini calon tetap presiden parti
ku li ini calon tetap PM malaysia
ku li ini calon tetap gua musang
ku li ini calon tetap gua
ku li ini calon tetap musang

MENCEMAR DULI

--------------

ADA SIAPA TAHU BERITA INI

Posted: 25 May 2015 05:00 PM PDT




SIAPA TAHU?
Bro, tlg check kalau Rosmah still kat Japan or not? Ada gempa bumi scale 5.3 Richter. on BUKAN SATU JENAYAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/25/15





----------------

HIBA HAWAJI - DENGAR HUBAYA HUBAYA

Posted: 25 May 2015 07:30 AM PDT






DENGAR INI DULU




UNTUK ANAK MUDA

YANG  GUGUR
mengingati tamarod


TANDA TANDA SUDAH SAMPAI

Posted: 25 May 2015 06:30 AM PDT






KOMENTAR
sila fahami berita ini
anak anak muda
para mahasiswa
pelajar yang masih belajar
fahami makna berita ini

ini tanda awal ekonomi merundum
ini tanda awal ekonomi mengecut
ini permulaan buruh hilang kerja

awas dan berjaga jaga
kerja baru makin kurang
jabatan kerajaan tak ambil yang baru
yang sedia ada akan digugur
kilang akan ditutup

NOTA
bayangkan jika najib
tidak hilangkan 42 bilion ringgit
masalah tak ada kerja tak timbul


8,000 kakitangan MAS tunggu masa dipecat, lapor akhbar

Satu pertiga atau kira-kira 8,000 kakitangan Malaysia Airlines (MAS) akan diberhentikan bagi memulakan semula syarikat penerbangan itu dalam skala lebih kecil dengan memberi tumpuan kepada pasaran serantau dan bukannya antarabangsa, lapor akhbar.
Pentadbir syarikat itu yang baru dilantik Mohammad Faiz Azmi iaitu pengarah eksekutif firma perundingan dan audit PricewaterhouseCoopers akan menandatangani semua surat penamatan kerja yang akan diserahkan pada Rabu ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/8000-kakitangan-mas-tunggu-masa-dipecat-lapor-akhbar#sthash.jbKhGELB.dpuf

KAH KAH KAH

woit
bukan 8 orang
bukan 800 orang
tapi 8,000 akan dibuang kerja
macam 1 universiti tutup
macam satu daerah hilang
macam satu felda lenyap

APA SUDAH JADI?



----------

PEMBERONTAKAN BERMULA

Posted: 25 May 2015 05:30 AM PDT






KOMENTAR
amat jelas 
pemberontakan menentang najib
telah terbuka luas
klip video muhyiddin yasin
adalah tanda jalan dibuka

amat jelas hari hari akhir untuk najib
semakin dekat



Pemimpin Umno tolak penstrukturan 1MDB, gesa pecat individu dalam 1MDB 

Walaupun komitmen diberi untuk memulihkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi cadangan penstrukturan, pemimpin Umno sebaliknya mahu tindakan drastik dan tegas diambil ke atas individu dalam syarikat yang menanggung beban hutang tersebut.
Laporan penstrukturan bakal dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet minggu ini, namun pemimpin Umno bertegas dan memberi kata dua supaya individu bertanggungjawab dalam 1MDB, termasuk lembaga pengarahnya, dipecat.
Bagaimanapun, tidak jelas sama ada, ia termasuk  Najib Razak, yang ketika ini mempengerusikan lembaga penasihat 1MDB, atau tidak.
"Saya melihat kepada isu semasa, saya percaya perlu satu tindakan drastik diambil, selepas itu baru distruktur semula dan diambil siasatan," kata Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin.
Tekanan ke atas syarikat bermasalah tersebut semakin hangat diperkatakan terutama selepas tersebar klip video di mana Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan mendesak supaya mereka yang berada dalam 1MDB dipecat.
Susulan pendedahan video tersebut, secara tidak langsung tekanan terhadap Najib yang juga penaung 1MDB semakin dirasai.
Pandangan Bung tersebut juga senada dengan Ahli Majlis Tertinggi Umno  Azalina Othman yang mahukan pengerusi 1MDB dan ahli lembaga dipecat.
"Tukar saja pengerusi 1MDB dan ahli lembaga. Selesai dengan orang dalam 1MDB yang betul-betul tidak membantu.
"Isu 1MDB adalah isu negara," katanya kepada The Malaysian Insider.
Sementara itu, Ketua Bahagian Kulim-Bandar Baharu  Abdul Aziz Sheikh Fadzir mempersoalkan cadangan penstrukturan ke atas 1MDB memandangkan Majlis Tertinggi Umno sudah menyatakan pandangan mereka tentang 1MDB.
"Saya betul-betul mengharapkan yang saya dimaklumkan. Kebanyakan Majlis Tertinggi meminta presiden mengambil tindakan yang tegas terhadap lembaga pengarah 1MDB.
"Jadi, katakan semua suara ini sudah meminta tetapi 4 bulan tidak ada satu tindakan, suara paling tertinggi dalam parti sudah mendesak presiden untuk menggantung, memecat lembaga pengarah ini.
"Saya harap presiden ambil tindakan," kata ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu kepada The Malaysian Insider.
Kedudukan Najib dalam parti selaku presiden Umno serta imejnya terjejas teruk akibat kemelut dalam 1MDB, sebuah syarikat yang diilhamkan beliau sendiri dan merupakan milik Kementerian Kewangan.
Mengulas perkembangan semasa berhubung isu 1MDB, pemerhati politik yang juga bekas Ketua Pemuda Umno Wangsa Maju Shahbudin Husin melihat pembaharuan sokongan yang diperoleh Najib menerusi beberapa pertemuan dengan kepimpinan akar umbi Umno sebelum ini hanya bersifat sementara.
"Sokongan kepada Najib semasa mesyuarat lalu hanya sementara waktu saja.
"Serangan terhadap 1MDB dan Najib akan berterusan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Mengenai terbocornya video terbaru melibatkan Muhyiddin, Shahbudin berkata ia isyarat pertembungan antara Najib dan timbalannya sudah memasuki fasa baharu.
"Ini isyarat yang Najib tidak selamat lagi, fasa baru perlawanan sudah bermula," katanya.
Pengkritik menjangkakan kemelut 1MDB akan menyebabkan krisis dalaman Umno sendiri akan menjadi lebih parah jika tidak diselesaikan segera.
Mahathir Mohamad berulang kali membangkitkan tentang isu melibatkan 1MDB, yang merupakan senjata utama beliau dalam mengkritik dan membidas pentadbiran Najib.
Mahathir membayangkan Umno dan Barisan Nasional akan hilang kuasa sekiranya Najib masih kekal menerajui parti pemerintah itu.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemimpin-umno-tolak-penstrukturan-1mdb-gesa-pecat-individu-dalam-1mdb#sthash.0wqt5qQr.dpuf

KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
semua dah berani
semua dah bersuara
semua ambil insuran
semua beli pelampong
jika kapal tenggelam
tak hanyut lemas
kah kah kah

AMAT BIJAK



---------------

BILA POLIS NAK MULA

Posted: 25 May 2015 05:00 AM PDT






POLIS SIASAT
tun mahathir pandai kalau setakat minta polis siasat tidak jadi apa apa semua tau perkara ini maka tun bagi tau seksyen yang patut siasat kah kah kah polis pun tak tau nak buat macam mana kena tunggu tun bagi idea sikit kerana pemimpin polis jadi macai selama 

tun pun sedar seruan demi seruan dibuat polis buat deeek polis buat dono kah kah kah selama mana nak main bodoh sombong kah kah kah lepas ni polis kata tiada repot polis kalau ada repot baru polis siasat semua tau di malaysia perkara ini menjadi amalan lepas siasat buat deek lagi polis cakap ag lambat ag cakap polis lambat 

hakikatnya semua jadi kura kira jadi kura kira kena slow kena kira kira apa turrrr ? kah kah kah semua cerdik pandai semua master phd tapi habuk tarak me no speeeak english kah kah kah mampooosssss woit tun jangan buang masa zaman tun boleh lah arah arah sekarang tarak jawatan polis tak ambik pot pun kah kah kah on KANUN KESEKSAAN SEKSYEN 218
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/25/15






-----------

BUKAN SATU JENAYAH

Posted: 25 May 2015 12:52 AM PDT




KOMENTAR
kenapa zahid marah?
adakah kerana dia juga
sama berada dalam dewan itu?
atau kerana dia ketawa
mendengar lawak muhyiddin
atau kerana tak mahu najib 
melihat dia ketawa?


Individu sebar video Muhyiddin tidak lakukan jenayah, kata naib presiden Umno 

Naib Presiden Umno Shafie Apdal menyifatkan tindakan individu yang mendedahkan video ucapan i Muhyiddin Yassin dalam satu program di Janda Baik minggu lalu bukan satu kesalahan jenayah sehingga memerlukan tindakan tegas perlu diambil.
Pendirian Shafie itu dilihat berbeza dengan kenyataan seorang lagi Ahmad Zahid Hamidi yang berjanji untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu tersebut.
"Adakah terdapat kesalahan jenayah yang dia lakukan? Tak ada kan," kata Shafie pada sidang media.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sebar-video-muhyiddin-bukan-kesalahan-jenayah-kata-naib-presiden-umno#sthash.SMXGSsL4.dpuf

JENG JENG JENG
kah kah kah
woit
sudah hebat
sudah viral
semua sudah tahu
apa nak buat
taik kambing bulat bulat
nak tuduh siapa?
ini ucapan TPM
kah kah kah

TERUSKAN LAGI

---------------

BERITA BAIK

Posted: 24 May 2015 09:09 PM PDT






Mahathir ditangkap sebelum Najib jika
Pakatan berkuasa, kata Zam 


Bekas menteri penerangan Zainuddin Maidin memberi amaran  Mahathir Mohamad akan ditangkap sebelum  Najib Razak jika Pakatan Rakyat (PR) menang pilihan raya umum akan datang.
Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam berkata demikian dalam tulisan terkini di blognya semalam sebagai respons kepada kenyataan Mahathir yang mengatakan pemimpin Umno akan ditangkap dan dipenjara sekiranya Barisan Nasional (BN) tumbang.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-ditangkap-sebelum-najib-jika-pakatan-berkuasa-kata-zam#sthash.UWcfXgNq.dpuf
Pembangkang akan penjara Najib
 | April 13, 2015
Menurut Zam, PM perlu letak jawatan bagi memastikan BN terus berkuasa pada PRU14 sekaligus mengelak dirinya dari dipenjara.





PETALING JAYA: Amaran Mahathir kepada Najib  Razak supaya berundur bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mempunyai maksud tersirat.
KAH KAH KAH

woit
siapa akan ditangkap dulu?
bila kapal tenggelam
yang ditangkap bukan kelasi
yang ditangkap kapten kapal
bila gerombolan sapa kena tangkap?
bukan kapten saje
satu kapal akan ditangkap
kah kah kah

TANGKAP SATU KAPAL 

--------------

PELAWAK YOUJI

Posted: 24 May 2015 08:16 PM PDT






FACE BOOK

Pewalak UG mesti insaf. Kenapa dah 13 tahun hj hadi kena cabar, padahal selama ni xde pun sesiapa mencabar, kecuali dato asri dulu.
Kenapa tiba2 ramai ahli2 pas kuciwa termasuk tamrin ghafar, mat tyson dan ramai lagi termasuk anak ust fadzil.
Jgnla berada dalam sindrom penafian, kata pengaruh liberal lah, anwar lah, kurang tarbiahlah....
Muhasabahla diri tu sikit. Kau ingat orang ramai ni bodoh ke atau mudah terpedaya dgn anasir luar kononnya.

Aishah luah kekecewaan terhadap Pas

 | May 23, 2015
Perubahan sikap pemimpin Pas menjadikan slogan 'Pas For All' tidak lagi relevan dan menjadi satu jenaka.
PETALING JAYA: Bekas penyanyi, Aishah, meluahkan rasa kecewa terhadap perkembangan muktakhir dalam Pas yang disebabkan sikap sesetengah pemimpin parti itu.
Katanya, melihat perubahan ketara yang berlaku dalam Pas, dia tidak lagi pasti parti itu mampu mentadbir negara.
Aishah berkata, sikap pemimpin juga tidak lagi menepati slogan 'Pas for All' dan telah menjadikan slogan itu sebagai satu jenaka.
Sebagai orang baru dalam Pas, Aishah berkata, dia terkejut dengan sikap pemimpin tertinggi Pas yang dilabel ulama tetapi menggunakan bahasa kesat.
"Sebagai org baru…sy terkejut dgn penggunaan bahasa setengah2 org yg dipanggil faqih dlm agama… rasanya dlm industry yg org anggap jahil pun masih ada sikap toleransi dan hormat. Sekarang maki hamunnya …, " katanya seperti dilaporkan beberapa blog pro Pakatan Rakyat.
Petikan luahan Aishah itu disebarkan secara meluas di laman sosial dan hangat dibincangkan di kalangan penyokong pro ulama dan liberal dalam parti itu.
Presiden Pas, Abdul Hadi Awang di dalam program dialog "Bicara Harakah" minggu lalu dilaporkan mengunakan perkataan kesat "tolol" bagi merujuk kepada pihak yang menuduhnya mahu berpecah dan tidak mahu hadir mesyuarat Pakatan Rakyat.
Aishah berkata, dia tidak kecewa dengan perjuangan Islam tetapi kecewa dengan perkembangan yang berlaku dalam Pas yang kononnya memperjuangkan Islam.
Katanya, sikap pemimpin yang bergaduh sesama sendiri membuatkan orang bukan Islam hilang hormat terhadap parti itu.
"Saya tak kecewa dgn perjuangan Islam tetapi sy kecewa dgn apa yg berlaku dlm PAS yg kononnya perjuangan Islam…ini ke akhlak yg nak kita tunjukkan pada non muslims bila sesama jemaah pun berantakan…respect has to be earned not commanded from…", katanya.


Ooooooh!

kah kah kah

-------------

LIHAT DAN DENGAR SEKALI LAGI

Posted: 24 May 2015 07:39 PM PDT






TONTON 
pada minit: 2.06
..take the bul...
..who the bull is?...


pada minit 4.43
...sack the president...
pada minit 4.47
satu jeritan
...sack the president...

SEKALI LAGI


APA ADA PADA 30 JUN

Posted: 24 May 2015 07:16 PM PDT







KAH KAH KAH

kenapa mengapa
 &
 apa  dia

30 jun 


-------------

Tiada ulasan: