Sabtu, 16 Mei 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Najib janji kosong-Hindraf

Posted: 16 May 2015 08:24 AM PDT

 
P. Waytha Moorthy persoal peruntukan RM2.8 bilion yang kononnya digunakan untuk memperbaiki taraf hidup kaum India di negara ini.


P. Waytha Moorthy,NAJIB,HINDRAF



PETALING JAYA: Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) mendakwa kerajaan berbohong berhubung kenyataannya telah membelanjakan RM2.8 bilion bagi membantu memperbaiki taraf hidup penduduk kaum India di antara tahun 2012 hingga 2014.

Tuduhan itu dibuat Pengerusinya, P. Waytha Moorthy ketika mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara Tan Sri Irwan Serigar Abdullah.

Dalam temuramahnya dengan sebuah akhbar berbahasa Tamil, Irwan dipetik sebagai berkata, kerajaan telah bersetuju dengan Hindraf pada April 2013 untuk melaksanakan dasar baru bagi membantu masyarakat India Malaysia.

Menurut Moorthy, apabila Perdana Menteri bersetuju melantiknya sebagai timbalan menteri pada 2013, Najib telah berjanji membentuk satu unit baru dalam kerajaan yang akan membuat dasar dan program ekonomi khusus kepada penempatan 800,000 pekerja estet.

Beliau juga dikatakan berjanji untuk mengatasi masalah penempatan semula kuil Hindu, soal kerakyatan, pendidikan dan peluang pekerjaan kepada masyarakat India yang miskin.

""Dalam bajet tahunan yang dianggarkan RM 2.5 bilion seperti yang dipersetujui, tetapi tidak ditunaikan", kata Waytha Moorthy.

Dakwanya, dia telah diajak oleh Najib untuk menyertai kabinet sebagai sebahagian rancangan kerajaan untuk menghapuskan pengaruh kuat Hindraf ke atas kaum India di negara ini.

Sebelum itu sokongan kaum berkenaan terhadap Barisan Nasional (BN) khususnya MIC terhakis teruk dan ia telah memberi kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam dua Pilihan Raya Umum (PRU) iaitu pada 2008 dan 2013.

Waytha Moorthy yang berhenti dari kabinet selepas 8 bulan dilantik berkata, kepimpinan Najib bukan sahaja telah kehilangan sokongan daripada orang Melayu, tetapi telah hilang kepercayaan daripada seluruh masyarakat India di negara ini.

Guna cara Tun M untuk terus jadi PM

Posted: 16 May 2015 08:22 AM PDT

 
Menurut Najib, Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun disebab oleh perlembagaan parti yang menentukan bukan secara pemilihan telus dan demokratik.


najib,mahathir



KLANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau akan menggunakan cara sama yang pernah digunakan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mempertahankan jawatan sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dulu.

Katanya, tokoh itu tidak berganjak walaupun sokongan yang diterimanya dalam pemilihan UMNO pada 1987 tidak banyak sehingga hampir tewas.

"Masih ingatkah pada 1987 di mana Dr Mahathir dicabar bagi jawatan presiden UMNO? pada waktu itu beliau menang tipis, tetapi masih terus memimpin.

"Hampir 50 peratus tolak kepimpinan beliau, Jadi apa maknanya itu? Saya juga amalkan perkara yang sama," katanya pada Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri di Kelab Eksekutif Klang pada Sabtu.

Dakwa Najib lagi, Dr Mahathir kekal sebagi Perdana Menteri selama 22 tahun disebabkan perlembagaan parti yang menentukan, bukan secara pemilihan yang telus dan demokratik.

"Perlembagaan parti meminta sebanyak 63 pencalonan dari bahagian untuk bertanding presiden parti. Harus diingatkan bahawa jika jadi Presiden UMNO secara automatik akan jadi Perdana Menteri.

"Tetapi saya cuba mengubah UMNO supaya menjadi lebih demokratik dan telus. kita telah pinda perlembagaan parti bagi jawatan Presiden UMNO. Saya ambil risiko besar, tetapi saya menang tanpa bertanding dalam pemilihan," katanya.

Liow Minta Wan Azizah Halang RUU Hudud

Posted: 16 May 2015 08:19 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Tugas pertama yang perlu dilakukan oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas dilantik sebagai Ketua Pembangkang ialah menghentikan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berkaitan hudud daripada dibentangkan di Parlimen, kata Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menurut Presiden MCA itu, sebagai Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah perlu membuat pendirian tegas berhubung isu hudud.

"Dr Wan Azizah perlu membuat pendirian mengenai RUU Persendirian PAS. Hari ini beliau kata menentang hudud. Hari yang lain, beliau kata menyokongnya pula.

"Kami keliru mengenai pendiriannya tentang hudud," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden MCA di Wisma MCA di sini pada Jumaat.

Menurut Liow lagi, pembangkang seolah-olah tiada persefahaman dalam banyak isu termasuk RUU Persendirian berhubung hudud yang dikemukakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dilaporkan bahawa Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR dan kini Ahli Parlimen Permatang Pauh mengesahkan beliau akan mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang.

Dewan Rakyat bersidang pada Isnin.

Tindakan tegas jual tiket bas ekspres lebih mahal - SPAD

Posted: 16 May 2015 08:15 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
JASIN: Tindakan tegas akan diambil terhadap pengusaha bas ekspres yang didapati menjual tiket pada harga yang lebih mahal terutama pada musim perayaan atau cuti umum, kata Ketua Penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Datuk Che Hasni Che Ahmad.
 
Beliau berkata, SPAD mengesan terdapat pengusaha bas ekspres bersekongkol dengan ulat tiket untuk menjual tiket pada harga lebih mahal.
 
Katanya tindakan akan diambil mengikut Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
 
"Kami berharap penumpang yang mengalami situasi ini melaporkan kepada SPAD untuk tindakan," katanya kepada pemberita selepas operasi bersepadu SPAD bersama-sama agensi penguatkuasaan lain di Plaza Tol Jasin di sini Sabtu malam.
 
Katanya, terdapat juga penjual tiket tidak menyerahkan tiket kepada penumpang bertujuan menutup penipuan kenaikan harga yang dilakukan mereka dan menurutnya perbuatan itu adalah salah.
 
Berhubung operasi itu, Che Hasni berkata sebuah pengusaha bas ekspres disyaki terlibat dengan kegiatan ulat tiket kerana pemeriksaan SDAP mendapati penumpang ditawarkan harga tiket berbeza-beza dan ada di antaranya tidak memiliki tiket bas.
 
"SPAD akan menjalankan siasatan lanjut terhadap pemandu, penumpang dan pengusaha bas berkenaan bagi tindakan susulan," katanya.
 
Katanya sebanyak 59 kes kesalahan dikenal pasti dilakukan pemandu lori, bas, dan teksi termasuk gagal mengemukakan permit kenderaan atau lesen pengendali, gagal mengemukakan jadual tambang dan membawa muatan lebih.
 
Beliau berkata dalam 2,100 operasi harian antara Januari hingga April tahun ini, teksi didapati paling banyak melakukan pelbagai kesalahan membabitkan 1,495 kes diikuti lori (1,478), bas (561) dan kereta sapu (88).
 
"Kesalahan tertinggi yang dilakukan pemandu teksi ialah tidak menggunakan meter dengan jumlah kes sebanyak 1,056 dan SPAD akan terus melakukan operasi dan penguatkuasaan bagi memastikan mereka menggunakan meter agar penumpang tidak ditipu," katanya.
 
 

Rakyat Sabah terdedah bahaya

Posted: 16 May 2015 08:14 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic



SANDAKAN: Penculikan terbaru dua rakyat Malaysia oleh lelaki bersenjata Filipina di sebuah restoran popular di sini membuatkan rakyat Sabah berasa terdedah bahaya kerana ia berlaku sekitar 3 kilometer daripada  Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Kes penculikan berani di Restoran Makanan Laut Ocean King membabitkan pemilik bersama Thien Nyuk Fun dan seorang pelanggan, Bernard Then Ted Fen lewat petang Khamis adalah jenayah yang pertama di tanah besar.

Penculikan sebelum ini berlaku di pulau-pulau yang lebih jauh atau seperti di Lahad Datu dan Semporna.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Tham Nyip Shen berkata serbuan di kedai makan yang popular yang sering dikunjungi ahli-ahli politik, pegawai kanan kerajaan dan pegawai polis menakutkan penduduk setempat.

"Ia amat tidak baik. Orang ramai rasa terdedah bahaya. Kumpulan bersenjata memasuki kawasan ini dan kemudian berjaya melarikan diri. Ia adalah satu tamparan untuk bukan sahaja industri pelancongan tetapi penduduk setempat," katanya.

Tham yang juga bekas Ahli Dewan Udangan Negeri (Adun) Sandakan berkata, ketidakupayaan untuk melindungi kawasan teluk Sandakan membimbangkan penduduk pantai timur Sabah walaupun diwujudkan perintah berkurung.

"Lebih banyak yang perlu dilakukan. Adalah sukar bagi orang ramai untuk bertenang ekoran jenayah rentas sempadan yang berterusan dan kita tidak dapat mempertahankan diri kita sendiri," katanya.

Mat Sabu semai kesangsian terhadap ulama PAS?

Posted: 16 May 2015 08:13 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yakin menewaskan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada pemilihan parti kerana menurut beliau, perwakilan mahukan parti itu terus bersama Pakatan Rakyat.
 
"Saya yakin perwakilan akan pilih mereka (pemimpin) yang nak pertahan dasar PAS dan juga nak bersama terus dengan Pakatan Rakyat," kata beliau.
 
"Saya yakin Pakatan Rakyat akan lebih kukuh dengan adanya orang seperti saya. Kita tak kompromi soal dasar parti," Malaysiakini memetik beliau sebagai berkata.
 
Dalam menyifatkan peluangnya untuk mengekalkan kerusi timbalan presiden PAS sebagai "100 peratus"  Mohamad Sabu dilihat cuba menyemai pra-sangka terhadap golongan ulama PAS menjelang pemilihan parti.
 
Beliau yang juga dikenali sebagai Mat Sabu enggan memperakui ketokohan ulama-ulama yang sedia ada di dalam PAS kerana "orang yang hidup kita tak tahu berakhirnya di mana."
 
Mat Sabu mendakwa ramai ulama PAS sebelum ini berakhir dalam Umno.
 
"Mereka keras melawan Umno dan meletakkan mereka diri seolah-oleh ulama tapi akhirnya menjadi penentang kepada PAS dan menjadi petugas-petugas Umno,"  katanya.
 
Dalam wawancara itu, Mat Sabu bagaimanapun berkata Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Allahyarham Fadzil Noor layak mendapat penghormatan tertinggi ahli PAS kerana memiliki akhlak dan budi yang konsisten sepanjang hayat mereka. 
 
Pemilihan PAS di Kuala Selangor bulan depan dilihat sebagai pertembungan golongan professional yang dipimpin Mat Sabu dan golongan ulama yang diketuai oleh presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Antara tiga pemimpin PAS yang mendapat pencalonan mencukupi untuk mencabar Mat Sabu, setakat ini hanya Tuan Ibrahim yang juga Naib Presiden Pas mengumumkan hasrat bersaing untuk jawatan timbalan presiden.
 
Buat pertama kali, Hadi sendiri akan di cabar oleh bekas Pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang, setelah Ahli Parlimen Marang memimpin PAS sejak 2003. 
 
Hadi sebelum ini memberi amaran bahawa PAS tidak akan berkompromi dengan asas perjuangan Islamnya dan mengikut telunjuk PKR dan DAP, semata-mata untuk kekal di dalam Pakatan Rakyat.
 
Pemilihan PAS diadakan ketika Hadi dikecam hebat oleh PKR dan DAP kerana tekad beliau dan ulama lain parti itu mahu melaksanakan hudud di Kelantan. 
 
Malah DAP menggantung segala kerjasama dan hubungan dengan Hadi sebagai bantahan terhadap hudud dan menganggap PAS bukan lagi ahli komponen Pakatan Rakyat di Sarawak. 
 
Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang pula menggesa Hadi untuk meletak jawatan kerana dituduh bersubahat dengan Umno untuk melaksanakan undang-undang hudud itu.
 
 

Umat Islam digesa selar sikap biadap DAP - Aidit

Posted: 16 May 2015 08:11 AM PDT

 Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini digesa menyelar tindakan biadap DAP yang melarang PAS 'masuk' ke Selangor ekoran bantahan parti itu terhadap hukum hudud.
 
Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI), Datuk Aidit Ghazali berkata, kenyataan Ahli Jawatankuasa DAP Pusat, Datuk Teng Chang Khim secara tidak langsung  dilihat seperti menghina hukum Islam.
 
Teng sebelum ini menerusi laman Facebooknya  melarang PAS mengadakan Mukmatar Tahunannya di Selangor sekaligus membincangkan perihal hudud yang konsisten dibantah DAP sebelum ini.
 
Teng bertegas sedemikian selepas ketuanya, Lim Kit Siang dikritik PAS Kelantan selepas beliau tampil memberi ceramah berkenaan penolakkan DAP terhadap hudud di Kota Bharu, baru-baru ini.
 
"Kalau orang lain hendak mempolitikkan isu itu, itu mereka punya pasal tetapi orang Islam, kita perlu sentiasa memartabatkan soal hudud ini adalah sebahagian daripada hukum Allah.
 
"Jadi pada saya, saya menggesa semua lapisan masyarakat orang Islam supaya bangun dan menyatakan kemarahan mereka terhadap kata-kata bacul yang datang daripada Lim Kit Siang dan juga Teng. Jangan izinkan mereka-mereka ini atau pun mana-mana pihak sekali pun untuk merendah-rendahkan atau memperkecilkan martabat hukum Allah," katanya kepada Antarapos.
 
Aidit turut mengingatkan Teng supaya mengkaji semula sejarah tanah Melayu sebelum melarang PAS daripada masuk ke Selangor.
 
"Soal hendak menghalang konon-konon orang masuk Selangor dan sebagainya, itu bukan hak dia. Ini ialah tanah Melayu, saya hendak tegaskan ini adalah tanah Melayu.
 
"Soal kedudukan Islam di tanah Melayu adalah jelas mengikut perlembagaan persekutuan, lalu kalau mana-mana pemimpin DAP menyatakan sesuatu yang berlawanan terhadap pelaksanaan hudud, pada saya mereka sebenarnya mencemar, menggugat dan sebenarnya hendak meruntuh perlembagaan persekutuan di negara kita ini," katanya.
 
Aidit juga meminta Teng mengambilkira hudud adalah perjuangan sedia ada PAS sebelum parti itu berkeputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat.
 
"Kita ada ke komen tentang budaya Cina? Kita ada ke komen hukum-hukum dalam Bible? Itu kita tiada, yang sebenarnya yang mulakan segala kecoh dan huru-hara ini ialah di kalangan puak-puak DAP.
 
"Mempersoalkan hukum Allah, mempersoalkan kedudukan syariah, mempersoalkan hak umat Islam, mereka yang mulakan dan mereka memang ada niat jahat. Mereka memang dikenali sebagai puak-puak yang tidak mendokong Islam pun. Jadi kemarahan saya sebenarnya ditujukan kepada orang-orang Melayu dan Islam yang sanggup memberi muka kepada puak-puak yang terkenal sebagai jarang sekali hendak mendokong Islam atau pun hak orang Islam," katanya.
 
 

Dr M tuduh Najib 'tak pernah cakap betul'

Posted: 16 May 2015 07:56 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Hadirin yang mendengar ucapan Tun Dr Mahathir di Ipoh, Perak hari ini diberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan pembohongan dalam isu pembelian jet baru kerajaan.

Sambil ketawa, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkata walaupun Najib memenuhi ciri "gaya" seorang pemimpin namun dengan pelbagai isu yang timbul serta pembohongan yang dilakukan ahli parlimen Pekan itu menjadikan dia tidak lagi layak memimpin negara.

Dr Mahathir menceritakan, sebelum ini beliau pernah menasihati Najib (kanan) supaya membeli drone (pesawat udara tanpa pemandu) bagi menjaga kawasan pantai di Sabah.

Katanya, walaupun pertemuan dengan penjual drone diaturkan , sehingga hari ini tiada sebarang tindakan susulan yang dilakukan, termasuk untuk membeli pesawat tersebut.

Najib nampak segak

"Najib sebaliknya membeli pesawat mewah yang baru," kata Dr Mahathir.

Justeru, beliau mempertikaikan keputusan Najib membeli kapal terbang mewah baru.

"Apa perlu kapal terbang besar? Nak beli kononnya raja nak pakai tapi tak nampak raja pakai pun.

"Tak pernah cakap betul, selalu bohong,"  katanya.

Dianggarkan seramai 2,000 orang memenuhi tempat majlis itu diadakan hari ini.

Kata Dr Mahathir, susuk Najib memanglah kelihatan begitu segak.

"Tinggi, putih. Rambut pun dah putih dah. Gaya dah ada sebab itu saya pilih dia dulu (sebagai perdana menteri)," katanya.

Selain itu, Dr Mahathir turut memberikan nasihat kepada Najib bahawa seorang perdana menteri tidak seharusnya hidup mewah.

Katanya, kehidupan yang dijalani Najib kini berbeza daripada bapanya Tun Abdul Razak Hussein.

Abdul Razak yang menjadi perdana menteri kedua negara, kata Dr Mahathir, sering mengayuh basikal ke kawasan kampung untuk bertemu rakyat.

"Sebagai perdana menteri, kita tak harus hidup mewah. Kalau perdana menteri macam bapa dia dulu, kayuh basikal ke kampung. Saya pun dulu siap bawa isteri saya (masuk kampung) siap jatuh dalam sawah padi. Itu cara kita pimpin.

"Saya percaya dan yakin, kalau biar Najib memimpin lagi dia akan kalah dan tak ada lagi orang nak beri perlindungan pada kita semua. Sebab itu sebelum dia kalah, lebih baik dia pergi," kata Mahathir lagi. 


Pandikar letak jawatan Speaker? Entahlah

Posted: 16 May 2015 07:51 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah memaklumkan kepadanya untuk meletakkan jawatan sebagai speaker Dewan Rakyat.

Tanpa memberi maklumat lanjut mengenai perkara tersebut, mantan perdana menteri itu berkata, Dewan Rakyat kini dipengerusikan oleh timbalannya Pandikar, Datuk Ronald Kiandee.

"Speaker sudah berhenti dah. Dia jumpa saya nak berhenti. Speaker dah berhenti. Sekarang yang jadi Pengerusi Dewan Rakyat ialah timbalannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada hadirin dalam program Bicara Negarawan di Ipoh hari ini.

Mahathir sebelum itu menjawab soalan hadirin sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak boleh dijatuhkan sekiranya mendapat undi tidak percaya di Parlimen.

Bagaimanapun, akhbar Nanyang Siang Pau melaporkan melalui pos di Facebook, setiausaha Pandikar menafikan dakwaan berkenaan.

Malah, kata setiausaha itu, Pandikar sendiri terkejut dengan kenyataan dibuat Dr Mahathir.

Sementara itu Kiandee (gambar) juga dilaporkan menolak dakwaan peletakan jawatan Pandikar.

Kata Kiandee, spekulasi mengenai peletakan jawatan itu diketahui sejak sidang parlimen berakhir pada 9 April lalu.

Ada sumber sahkan

Memetik kenyataan Kiandee, The Star melaporkan kedua-dua mereka bertemu beberapa hari lalu dan perkara itu tidak dibincangkan.

"Malah pada sesi lalu cakap-cakap mengenai peletakan jawatan itu timbul tetapi ketika itu Pandikar sedang bercuti. Beliau kemudian hadir pada akhir sesi," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, sumber yang rapat dengan Dr Mahathir sekali lagi menegaskan Pandikar memang ada bertemu dengan bekas perdana menteri itu.

"Saya boleh sahkan dia (Pandikar) datang bertemu Tun (Dr Mahathir) di Yayasan Albukhary pada Jumaat. Ia berlaku sejurus sebelum beliau mengambil cuti," katanya kepada Malaysiakini
 
 
 

Tun Razak tubuh Umno, Najib tanam Umno, kata Dr Mahathir

Posted: 16 May 2015 03:47 AM PDT

;OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


Tun Dr Mahathir Mohamad  berkata beliau tidak sanggup melihat Umno tewas di bawah Najib pada PRU akan datang, dan oleh itu pemimpin parti perlu melakukan sesuatu menyelamatkan parti. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Mei, 2015.Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak sanggup melihat Umno tewas di bawah Najib pada PRU akan datang, dan oleh itu pemimpin parti perlu melakukan sesuatu menyelamatkan parti. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim



Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pelbagai kesilapan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya akan menyebabkan kekalahan Umno dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, walaupun bapa Najib, Tun Abdul Razak merupakan salah seorang pengasas parti Melayu itu.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau tidak sanggup melihat Umno tewas di bawah Najib pada PRU akan datang, dan oleh itu pemimpin parti perlu melakukan sesuatu menyelamatkan parti.

"Banyak sangat kesalahan Najib yang saya hendak cerita ini, dan saya yakin penuh kalau dia pimpin, dia akan kalah. Apabila kalah, hendak pulih balik Umno, saya fikir tamatlah.


"Bapanya tubuh Umno, anaknya nak tanam Umno," katanya ketika berucap di majlis Bicara Negara di Ipoh, Perak hari ini.

 Ketika diusik hadirin isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi punca kekalutan pemerintahan Najib, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak mahu sebut yang itu. Di situ pun banyak yang tidak kena."

Rasuah Menteri Sarawak : Biar Mahkamah Buat Keputusan

Posted: 16 May 2015 03:38 AM PDT

RAKYATNEWS




MIRI  - Tiada tindakan akan dikenakan terhadap menteri muda Sarawak yang kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa sehingga mahkamah membuat keputusan.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata, buat masa sekarang, menteri muda itu akan dikekalkan dalam barisan kabinet negeri kerana siasatan masih berjalan dan adalah tidak adil mengambil tindakan kerana undang-undang menetapkan seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

"Individu ini (menteri muda) belum lagi didakwa di mahkamah bagaimana anda berkata dia bersalah, biarlah mahkamah yang membuat keputusan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog bersama masyarakat Orang Ulu di sini hari ini.

Pada Rabu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohamad Jamidan Abdullah mendedahkan SPRM membekukan beberapa akaun bank bernilai RM4 juta milik menteri muda itu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa. Jamidan berkata, tindakan itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan berhubung dakwaan berlakunya perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan kontrak pembinaan bangunan 16 tingkat Baitul Makmur II bernilai RM250 juta, iaitu bangunan milik kerajaan negeri.

Mengulas sesi dialog itu, Adenan berkata, masyarakat Orang Ulu melahirkan sokongan mereka berhubung pembinaan projek hidroelektrik Baram.

"Projek itu akan dimulakan secepat mungkin," katanya dan menambah ia akan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) tender dan mengikut garis panduan antarabangsa.

Beliau memberi jaminan pembabitan berterusan dengan masyarakat tempatan akan diberi keutamaan bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.

Projek bernilai RM4 bilion itu membabitkan penempatan semula lebih 20,000 orang dari 25 kampung apabila projek itu bermula.

Tempoh jangka masa pelaksanaan projek itu masih belum ditetapkan.




'Orang Dalam' Terlibat Kes Culik di Sandakan - KDN

Posted: 16 May 2015 03:34 AM PDT

RAKYATNEWS


























KUCHING - Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, polis belum dapat mengesahkan identiti kumpulan yang menculik seorang lelaki dan seorang wanita di Restoran Ocean King di Sandakan tetapi percaya ia dilakukan oleh "orang dalam".Beliau berkata, polis percaya kumpulan militan Abu Sayyaf dari Filipina turut terlibat.

"Setakat ini, belum ada panggilan atau tuntutan wang tebusan daripada pihak penculik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penyampaian Anugerah Pingat Kedaultan Negara kepada kakitangan Jabatan Penjara Sarawak dan Sabah di ibu pejabat Jabatan Penjara Sarawak di Jalan Puncak Borneo di sini hari ini.

Wan Junaidi berkata, polis masih menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat perisikan mengenai kes itu.

Katanya, bukan mudah bagi pihak berkuasa keselamatan untuk mengawal pantai Sabah sepanjang 1,400 kilometer.

"Namun, markas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bekerja keras untuk meningkatkan keselamatan di sepanjang kawasan pantai," katanya.

Kelmarin, empat lelaki bersenjata menyerbu Restoran Ocean King dan menculik lelaki dan wanita itu dengan disaksikan kira-kira 100 pelanggan termasuk kanak-kanak.

Thien Nyuk Fun, 50, kakak ipar pengurus restoran itu adalah seorang daripada mangsa culik dalam kejadian 7.45 malam itu.

Seorang lagi mangsa ialah Bernard Ghen Ted Fen, 39, dari Sarawak yang bekerja sebagai perunding elektrikal di Kemboja.

Penculikan itu adalah yang pertama dilaporkan di Sabah tahun ini dan ia berlaku semasa perintah berkurung dikuatkuasakan dari senja ke subuh yang meliputi 10 daerah dalam kawasan ESSCOM termasuk Sandakan.


Kalau Kit Siang bermoral, minta maaflah

Posted: 16 May 2015 03:23 AM PDT


MACHANG - " Kalau dia bermoral, menghormati parti lain dan ada prinsip bekerjasama dalam perjuangan parti, (Lim) Kit Siang perlu minta maaf. Dia bercakap tidak kena tempat dan menyentuh dasar perjuangan Pas di rumah Pas sendiri (Kelantan)," kata Setiausaha Majlis Syura Pas, Datuk Nik Zawawi  Nik Salleh ketika mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang  yang menolak pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II (Hudud ) di sini kelmarin.

Kit Siang  mengeluarkan kenyataan tersebut pada ceramah anjuran Pas Kota Bharu, baru-baru ini kerana dikatakan tidak sesuai untuk sebuah negara majmuk.

Nik Zawawi berkata, sekalipun kenyataan tersebut dipercayai pendapat peribadi penasihat DAP itu namun ia menyentuh dasar perjuangan Pas sekaligus menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pemimpin dan penyokong parti Islam itu.

Katanya, kenyataan tersebut  tidak wajar apatah lagi ketika Pas sedang memperjuangkan Hudud dan Kelantan akan kemukakan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan) 2015 itu di Parlimen.

"Dia sepatutnya hormati kerajaan negeri kerana jemputan tersebut pastinya satu penghormatan dari penganjur. Lain kali dia kena lebih berhati-hati. Tak sepatutnya dia sentuh tentang dasar yang hendak dilaksanakan di Kelantan.

"Ini adalah satu pengajaran kepada Kit Siang dan juga penganjur agar lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan pada masa akan datang. Dalam bertahaluf siyasi ini,  kita  perlu menghormati parti masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Negeri Kelantan di Markas Dewan Ulama, Labok hari ini.

Hadir sama pada muktamar tersebut, Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Hassan Mohamood.

Tambah Zawawi, pelaksanaan Hudud di Kelantan sangat jelas  yang mana tidak dilaksanakan kepada orang bukan Islam  jadi mereka perlu mendalami serta memahaminya sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang berbaur negatif.

Katanya, pihaknya sentiasa mengalu-alukan jemputan dan perbincangan mengenai pelaksanaan Hudud  bagi meningkatkan kefahaman masyarakat bukan Islam secara menyeluruh.

"Semua rakyat Malaysia perlu  akur dan terima hakikat  bahawa sistem undang-undang sedia ada di negara ini gagal apabila gejala negatif termasuk rasuah , penyelewengan dan jenayah  masih banyak berlaku dan tidak selesai.

" Apa salahnya kita cuba cara alternatif . Undang-undang ini telah terbukti berkesan dan mengapa kita perlu menolaknya," katanya.


Khairuddin muflis segalanya, kata Nazri

Posted: 16 May 2015 03:16 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menempelak bekas pemimpin Umno Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan hari ini kerana gagal memahami logik cabarannya untuk Tun Dr Mahathir bertanding menentang perdana menteri di Pekan.

Kata Mohamed Nazri, pihak yang bersungguh-sungguh mahu menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak ialah Dr Mahathir sendiri dan bukan sebaliknya.

"Jika beliau (Dr Mahathir) mahu menggulingkan Najib, ada cara demokratik yang boleh digunakan.

"Dia perlu datang mencabar di tempat Najib," kata Mohamed Nazri.

Ditemui di Subang ketika menyambut Dr Mahathir pulang daripada mengerjakan umrah semalam, Khairuddin (gambar) berkata, Nazri wajar menasihati Najib supaya bertanding dalam pilihan raya menentang Dr Mahathir di tempat berkecuali.

Kata Khairuddin, Nazri tidak sepatutnya mencabar Dr Mahathir untuk melawan Najib di kubu kuat perdana menteri itu di Pekan.

Menurut Nazri, tidak ada sebab mengapa Najib perlu bertanding di kawasan lain kerana pihak yang ingin menyingkirkan beliau adalah Dr Mahathir.

"Dr Mahathir yang pelru datang mencabar Najib di Pekan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Nazri turut menyentuh status Khairuddin yang diisytihar muflis sehingga hilang kelayakannya sebagai salah seorang pemimpin Umno Batu Kawan.

"Khairuddin bukan saja ahli politik yang muflis. Berniaga muflis, idea pun muflis," katanya.


Iktiraf ulama kerana akhlak, bukan kelulusan

Posted: 15 May 2015 10:02 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, ulama dalam parti itu mendapat penghormatan tinggi di kalangan ahli kerana menunjukkan akhlak yang baik, bukannya disebabkan latar dan kelulusan pengajian agama yang pernah diikuti.

Merujuk kepada dua nama pemimpin tertinggi PAS iaitu allahyarham Yusof Rawa, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Fadzil Noor (kanan), Mohamad berkata "tidak kena" jika ada anggota parti menilai seseorang ulama dalam parti berkenaan berdasarkan latar belakang pengajian agama semata-mata.

Bagi Mohamad, status ulama seseorang itu terhasil daripada ilmu, amal dan akhlaknya.

"Kenapa Nik Aziz dihormati? Kerana akhlaknya. Antara akhlaknya yang disegani, apabila mendapat kuasa, beliau kekal hidup amat sederhana bahkan dia menolak hak-hak yang sepatutnya diterima.

"Ertinya beliau buat apa yang beliau cakap. Maka timbulah penghormatan kepada beliau. begitu (juga) orang bukan Islam menghormati Nik Aziz," katanya.

Balik 'mengaji' mahu diiktiraf

Mengenai Fadzil, Mohamad berkata, sehingga akhir hayat ahli politik kelahiran Kedah itu, beliau gigih berjuang menegakkan kebenaran, hak asasi manusia dan menentang akta polis yang mengharam rapat umum.

"Dan penghormatan kepadanya begitu tinggi. Inilah kita minta, siapa nak jadi ulama (dalam PAS) mesti berakhlak begitu, bukan berdasarkan kelulusan. Kamu balik dari pengajian agama, maka hendak diiktiraf ulama? Tak kena," katanya kepada Malaysiakini.

PAS akan mengadakan muktamar tahunannya di Kuala Selangor pada bulan depan.

Muktamar kali ini memperlihatkan perpecahan ketara sesama ahli PAS apabila berlaku pertembungan dua kumpulan - proulama dan profesional - membabitkan semua peringkat.

Jawatan presiden sendiri menampakkan pertandingan apabila bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia, Ahmad Awang mengesahkan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohamad pula bakal berdepan sekurang-kurangnya seorang pencabar untuk jawatan timbalan presiden, iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mohamad berkata beliau mahu ulama seumpama seperti Fadzil dan Nik Aziz ditonjolkan dalam PAS walaupun wujud kecenderungan anggota PAS menilai ulama dalam parti itu berdasarkan latar belakang pengajian mereka semata-mata.

Ulama PAS berakhir dalam Umno

Menurut beliau yang mesra dengan panggilan Abang Mat itu, pujian terhadap tokoh PAS yang telah meninggal dunia dibuat kerana "orang yang hidup kita tak tahu berakhirnya di mana."

Malah, katanya, ramai ulama dalam PAS berakhir dalam Umno.

"Mereka keras melawan Umno dan meletakkan mereka diri seolah-oleh ulama tapi akhirnya menjadi penentang kepada PAS dan menjadi petugas-petugas Umno," katanya.

Enggan meramalkan sama ada kumpulan proulama atau profesional bakal menguasai PAS dalam pemilihan parti bulan depan, Mohamad yakin PAS memerlukan gabungan kedua-dua kumpulan ini yang dianggapnya sebagai pendokong dasar Islam.

Katanya, perkara itu bukan satu perkara baru memandangkan sebelum ini kedua-dua kumpulan berkenaan pernah bergandingan sewaktu pentadbiran beberapa orang presiden PAS yang berkelulusan profesional.

"Saya yakin PAS sentiasa ada gabungan ini, dari penubuhan sampai sekarang. Gabungan ini tetap ada, dan diperlukan untuk masa akan datang," katanya.

Menurutnya lagi, isu pertembungan antara kumpulan proulama dan profesional juga disebabkan mainan media yang mempunyai kaitan dengan Umno untuk memecah-belahkan perpaduan dalam parti.

"Sebab mereka tahu bahawa kalau PAS terus kuat dan bersama Pakatan Rakyat. Umno akan tumbang pilihan raya akan datang. Kalau nak menang, pecahkan Pakatan dan salah satunya (caranya ialah) pecahkan ulama dengan profesional dalam PAS.

"Dalam hal pemilihan PAS, mereka cenderung puak mana menang? Saya yakin Umno bukan sokong ulama pun, tapi mereka nak memecah-belah perpaduan supaya BN kekal menang. Cuma ada di kalangan kita terperangkap dengan permainan musuh ini," katanya.

Mohamad juga optimis kemelut dalam PAS termasuk isu pertembungan ulama dan profesional bakal selesai dalam muktamar nanti.

Bahagian 1: Mat Sabu: PM bubar Parlimen, Pakatan menang

Bahagian 2: Mat Sabu: Pakatan lebih kuat jika adanya saya
 

Najib jadi Santa Claus, Obama marah-marah

Posted: 15 May 2015 09:58 PM PDT

MALAYSIAKINI






Pada malam Khamis lalu, Datuk Seri Najib Razak berlagak seperti seorang pensyarah kewartawanan. Katanya, pengamal media mesti profesional, bertanggungjawab, bla bla bla dan bla bla bla bla bla.

Orang media sebenarnya sudah muak mendengar syarahan seperti ini. Ia adalah syarahan biasa yang sering terpacul dari mulut ahli politik.

Biasanya, orang politik yang suka membangkitkan isu tanggungjawab media ini mahu mengelak daripada menjawab isu besar melibatkannya.

Kita tahu Najib sekarang berdepan masalah besar. Kata timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Isu dana 1Malaysia Development Bhd boleh (1MDB) meletup di muka Umno.

Bagaimana mahu terus jadi perdana menteri kalau bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pun memandang lekeh kemampuannya?

Orang politik juga biasanya tidak segan silu menyatakan kepada petugas media bahawa peringatan mereka ibarat nasihat daripada seorang bapa kepada anak.

Mereka tidak sedar, atau mungkin memang memasang harap agar nasihat seperti ini akan membuat orang media tidak ghairah untuk membongkar skandal salah guna kuasa dan rasuah.

Haruan makan anak

Lebih-lebih lagi jika peringatan ini diselitkan pula dengan nasihat supaya menjaga adab Melayu seperti bersopan santun dan hormat orang tua.

Apa yang dibimbangkan, pihak berkuasa yang dianggap sebagai bapa ini bertukar menjadi haruan makan anak, seperti yang diperhatikan seorang wartawan veteran, Fathi Aris Omar.

Bencana besar akan berlaku bila tiada pihak ketiga yang mampu menyemak pihak berkuasa ini, katanya dalam tulisan di Facebook.

Sebab itulah, orang media tidak perlu pergi ke majlis malam media seperti malam Khamis lalu, jika hanya untuk menadah telinga bagi mendengar Najib bersyarah mengenai mata pelajaran "Journalism 101".

Warga media mahu perdana menteri yang berani mencabar mereka untuk mendedahkan masalah dalam pentadbirannya.

Tiada gunanya Najib bersyarah seperti pensyarah pencen mengenai tanggungjawab wartawan tetapi membungkam dalam isu sebenar yang perlu dijelaskan.

Selepas puas berleter mengenai tanggungjawab media, Najib seterusnya mengagih-agihkan hadiah pula kepada para wartawan dalam majlis tersebut seperti Santa Claus.

Inilah nasib wartawan di Malaysia. Jika kebetulan menang gula-gula seperti kereta dalam majlis PM, bagaimana pula kesannya pada objektiviti mereka dalam melaporkan isu pentadbiran Najib?

Beg isteri lebih mahal

Najib kelihatan sangat kagum ketika menyampaikan hadiah tersebut kepada pemenang. Tapi itupun bukanlah apa sangat.

Ada pemerhati yang melihat, beg tangan yang diperaga oleh isteri Najib ke sana ke mari itu jauh lebih mahal dari harga kereta tersebut.

Kita tahu, majlis seperti ini adalah masa untuk Najib beramah mesra dengan orang media dan bukannya untuk menjawab soalan seperti dalam sidang media.

Presiden Amerika Syarikat,Barack Obama juga ada menganjurkan majlis yang sama. Tapi ucapannya dalam majlis seperti itu bukanlah seperti pensyarah untuk penuntut asas kewartawanan.

Obama menggunakan peluang di satu majlis untuk membangkitkan isu besar – perubahan iklim dunia – yang tidak diendahkan oleh sesetengah ahli politik di negaranya.

Ucapan Obama disampaikan dengan cara separa lucu, dengan menampilkan seorang pelawak sebagai pembantunya agar beliau kelihatan tidak begitu marah-marah dalam satu majlis di Washington DC.

Tapi tujuannya memang begitu. Obama memang mahu dilihat serius dalam menangani soal perubahan iklim yang memberi kesan besar kepada negara itu.

Obama membuat ucapan itu di majlis makan malam bersama White House Correspondents' Association, akhir bulan lalu.

Ucapan Najib pula, dalam majlis Malam Media Perdana 2015 pada Khamis malam dengan para wartawan terkemuka negara ini.

Tapi cara Obama tidak seperti Najib yang paternalistik dan merendah-rendahkan wartawan ke tahap budak hingusan.
 

Kenapa Sabah masih bolos lagi?

Posted: 15 May 2015 09:50 PM PDT

Kenapa Sabah masih bolos lagi? Laluan yang digunakan empat lelaki bersenjata menculik seorang wanita dan seorang lelaki dari restoran makanan laut Ocean King di Pasir Putih terletak di pinggir bandar Sandakan semalam.
 
 
SHAH ALAM - Sabah kelmarin, dikejutkan sekali lagi dengan kes penculikan terbaharu walaupun selepas kerajaan meningkatkan kawalan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).
Pengurus Restoran Ocean King di Sandakan, Thien Nyuk Fun, 50, dan pelancong dari Sarawak, Bernard Then Ted Fen, 38, diculik pada Khamis oleh empat lelaki bersenjata berpakaian celoreng pada jam 7.30 malam serta dibawa lari menaiki bot laju.

Ia adalah insiden kedua dalam tempoh kurang setahun selepas kejadian penculikan terakhir pada 12 Julai 2014, apabila seorang anggota polis, Konstabel Zakia Aliep diculik manakala seorang lagi dibunuh selepas diserang hendap oleh lapan lelaki bersenjata di Pulau Mabul, Semporna.

Insiden terbaharu dipercayai dilakukan penyerang bersenjata dari kumpulan Abu Sayyaf di Filipina itu menimbulkan tanda tanya sama ada sempadan negeri itu benar-benar kebal daripada serangan militan.

Penganalisis pertahanan, Muhammad Fuad Noor berkata, kerajaan dilihat perlu menggunakan pendekatan terkini dalam menangani pengganas di kawasan Sabah.

Menurutnya, perintah berkurung yang dilaksanakan di perairan Sabah dilihat kurang berkesan bagi mengekang kemaraan pengganas ke negeri itu.

"Bukan saya kata perintah berkurung sudah tidak relevan tetapi pengganas ini mengetahui tindakan diambil oleh pihak keselamatan kita.

"Jika perintah berkurung bermula jam 6 petang hingga 6 pagi, pengganas ini sudah berjaya menghidu tindakan dari awal, dengan kata lain mereka selangkah di hadapan kita," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, Malaysia kini berdepan konflik peperangan hibrid yang meliputi kecanggihan komunikasi dan kehebatan peralatan perang.

"Saya ambil satu contoh, sewaktu ancaman komunis di Tanah Melayu, bagaimana mereka (anggota komunis) berkomunikasi dengan menyelit surat di celah pokok.
"Dari situ maklumat yang cuba disampaikan mengambil masa yang lama dan sekarang, ia berbeza," katanya.

Beliau turut melahirkan kebimbangan mengenai kes penculikan melibatkan pelancong asing dan warga tempatan yang sentiasa berlaku di Sabah.

"Saya tertanya-tanya mengapa perkara ini masih berlaku sedangkan tahap keselamatan Esscom telah dipertingkatkan.

"Modus operandi, waktu operasi, cara serangan dan lokasi iaitu restoran mewah oleh pengganas adalah sama. Mengapa kita tidak boleh menjaga kawasan ini sedangkan kita mempunyai tentera yang ramai?," soalnya.

Ditanya motif utama pengganas melakukan penculikan, Muhammad Fuad berpendapat ia bagi mendapatkan sumber kewangan bagi membeli senjata dan menampung peperangan mereka.

Dedah pelaburan, elak langgar patuh syariah

Posted: 15 May 2015 09:47 PM PDT


1MDB - TH Grafik Sinar Online
KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Lembaga Tabung Haji (LTH) mendedahkan semua pelaburannya kepada pendeposit bagi memastikan syarat patuh syariah tidak dilanggari oleh entiti tersebut.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nazim Johan berkata langkah itu perlu bagi mengembalikan keyakinan pendeposit susulan urus niaga hartanah milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menimbulkan meragukan.
"Kalau ikutkan (syarat pelaburan) Tabung Haji mestilah patuh syariah, pendeposit perlu dimaklumkan agar tidak timbul keraguan.
"Kita takut jika pelaburan itu ke atas hotel, dan hotel itu disewa kepada pengusaha yang menjual arak, ia jelas tidak kena dengan patuh syariah dan ia perlu dikaji semula," katanya kepada Sinar Online, di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Nazim berkata lagi, pendeposit akaun Tabung Haji berhak mengetahui pelaburan wang mereka agar simpanan untuk ke tanah suci Mekah tidak tercemar.
"Pendeposit Tabung Haji perlu tahu ke mana wang mereka dilaburkan. Kalau ada rekod menunjukkan pembelian itu (pelaburan hartanah) telah mencabuli hak pendeposit, maka seharusnya tindakan itu diambil.
"Saya memang tidak setuju jika pembelian itu (pelaburan) berat sebelah dan memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu saja.
"Dalam konteks ini, mungkin ada kebenaran, juru audit perlu membuat semakan kepada pelaburan Tabung Haji," jelasnya.

Kerajaan digesa tarik lesen telco degil

Posted: 15 May 2015 09:45 PM PDT

Telco Gambar hiasan
 
 
 
SHAH ALAM - Kerajaan digesa bertindak tegas dan menarik semula lesen syarikat telekomunikasi yang mengaut keuntungan berlebihan sehingga menekan pengguna.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr Ma'amor Osman berkata, isu GST bagi kad tambah nilai prabayar gagal diselesaikan sehingga kini kerana sikap tamak syarikat komunikasi.

"Komunikasi melalui telefon adalah satu keperluan, sebab itu syarikat telekomunikasi ambil kesempatan. Kalau kerajaan tidak tegas siapa yang boleh bela rakyat?

"Jadi kerajaan perlu lebih tegas dengan menamatkan lesen mereka atau beri lesen baharu kepada syarikat yang boleh berikan tawaran lebih baik pada pengguna," katanya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek baru-baru ini mengumumkan kerajaan bersetuju kadar kad tambah nilai prabayar ditetapkan pada harga RM10 dan bukan lagi RM10.60.

Bagaimanapun, pengguna masih lagi dikenakan caj GST berdasarkan penggunaan sementara syarikat telekomunikasi diberi tempoh enam bulan untuk menguatkuasakan sistem baharu itu.

Menurut Ma'amor, keadaan itu tidak membantu meringankan beban pengguna malah lebih menguntungkan syarikat telekomunikasi.

"Kerajaan sudah uar-uarkan yang selepas GST, harga akan lebih murah, tetapi sebaliknya berlaku, jadi kerajaan jangan berlembut dengan mereka lagi kerana mereka tidak hormat pada kerajaan," katanya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau menasihati pengguna agar membuat pilihan yang bijak memandangkan terdapat beberapa cara lain boleh digunakan untuk berjimat.

"Pengguna boleh kembali kepada talian tetap atau pasca bayar.

"Kemudahan komunikasi dalam talian juga semakin meluas hari, jadi boleh gunakan cara tersebut untuk berhubung," katanya.


Mahu TH tidak lagi terlibat dengan 1MDB

Posted: 15 May 2015 09:42 PM PDT


 
 
KUALA LUMPUR - Sekumpulan penunjuk perasaan menuntut Tabung Haji (TH) tidak lagi terlibat dengan mana-mana perjanjian dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta membatalkan mana-mana tawaran untuk menyelamatkan 1MDB.

Selain itu mereka turut mendesak TH memohon maaf secara terbuka ke atas pembelian kontroversi 0.63 hektar tanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1MDB yang dibebani hutang berpuluh bilion ringgit tersebut.

Kumpulan itu yang diketuai Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali turut menyerahkan memorandum yang mengandungi tiga tuntutan kepada wakil TH selepas solat Jumaat, semalam.

Mohd Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, tindakan TH membeli tanah bernilai RM188.5 juta itu disifatkan sebagai pengkhianatan kepada rakyat Malaysia kerana wang dalam perjanjian tanah itu datang daripada simpanan hasil titik peluh mereka.

"Bagaimana sebuah syarikat milik kerajaan seperti ini terlibat dalam kontroversi itu," katanya kepada kira-kira 150 orang yang berhimpun di perkarangan TH.

Kumpulan itu turut mendesak Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meletak jawatan dan bertanggungjawab atas perjanjian tanah itu.

"Kami akan bawa isu ini di Parlimen, di mana beliau (Abdul Azeez) perlu menjawab segala pertanyaan dan tidak dapat melarikan diri," katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad mempersoalkan lantikan pengerusi TH yang bukan dari kalangan individu arif hal ehwal Islam serta pelaburan.

"Adakah (Abdul Azeez) yang dilantik merupakan individu berpengetahuan luas? Kita desak supaya beliau dipecat," katanya yang disambut laungan "undur Azeez" oleh orang ramai yang berhimpun.


Peruntukan Esscom bagai tak berfungsi

Posted: 15 May 2015 07:22 PM PDT

ESSCOM1

Roketkini.com


TAWAU: Peruntukan bernilai RM600 juta untuk membiayai operasi Pusat Kawalan Keselamatan Timur Sabah (ESSCOM) boleh dianggap sia-sia apabila kes penculikan terus berlaku.

Timbalan Pengerusi DAP Sabah Chan Foong Hin keadaan itu tidak boleh diterima kerana jumlah peruntukan yang diberi kepada ESSCOM meningkat ketara pada tahun ini.

"Esscom dapat kenaikan bajet berbanding RM75 juta pada tahun lepas namun dana itu gagal dibelanjakan sewajarnya untuk menjaga keselamatan awam apabila kes penculikan terus berlaku," katanya.

Kelmarin, dua warga Sandakan dilaporkan diculik sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah restoran popular di tepi pantai Sabah.

Menurut laporan, empat lelaki bersenjata senapang automatik manakala yang lainnya menggunakan pistol memecah masuk restoran tersebut.

Ia bukanlah kejadian pertama seumpamanya belaku.

Tahun lalu, kes serupa berlaku di Lahad Datu melibatkan seorang warga China. Walaupun pihak ESSCOM sempat mengejar dan berlaku adegan tembak-menembak, kumpulan penculik itu akhirnya meloloskan diri.

Kata Foong Hin, penduduk Sabah terutamanya di bahagian timur biasanya melihat ESSCOM sebagai pasukan keselamatan yang sering menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI) berbanding tugas sebenar mereka menjaga sempadan.

Justeru, Foong Hin yang juga ADUN Sri Tanjong mempersoalkan tindakan susulan ESSCOM terhadap operasi tangkapan PATI yang banyak dilakukan.

"Adakah mereka yang ditahan kem-kem tahanan dihantar pulang ke Filipina atau dibebaskan selepas beberapa pegawai penguatkuasa dirasuah?," katanya. – Roketkini.com


Najib dan Hadi, sama-sama tertekan

Posted: 15 May 2015 07:18 PM PDT

 
Kepimpinan ulama dalam Pas memerlukan sokongan UMNO untuk memastikan ia terus berkuasa dalam parti itu.
 
 
zam,hadi,najib



PETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini berdepan dengan situasi yang hampir sama.

Ketika Najib cuba mendapatkan sokongan daripada pimpinan dan akar umbi selepas pentadbirannnya dikritik hebat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan para penyokongnya, situasi yang hampir sama turut dirasai Abdul Hadi.

Kedudukan beliau sebagai Presiden Pas yang mewakili kepimpinan ulama, turut berdepan dengan ujian selepas jawatan itu digugat Datuk Ahmad Awang pada Muktamar Pas ke-61, Jun ini.

Kewibawaannya bukan setakat dicabar kumpulan yang dianggap sedarhana dalam parti malah, sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR), khususnya DAP tidak henti-henti memberi ugutan dan kata dua.

Sekiranya pemilihan terus memihak kepada ulama, ia mendesak parti itu keluar sahaja dari pakatan.
Bagaimanapun, jika kumpulan yang dianggap sedarhana dipilih meneraju kepimpinannya pada 4 hingga 6 Jun ini, ia bermakna hayat Pas dalam PR akan lebih panjang.

Sama ada mengancam atau diancam, DAP melihat keputusan Muktamar memberi kesan besar kepada parti itu.

Isu hudud telah menjadi penyelamat kepada kepimpinan ulama Pas dan ia telah berjaya membina semula keyakinan pengikut tegarnya bahawa kumpulan berkenaan sama sekali tidak akan bertolak ansur.

Sokongan terhadap pelaksanaan undang-undang Islam itu turut datang dari luar termasuk termasuk di kalangan ahli dan pemimpin UMNO sendiri.

Memetik tulisan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin di laman blognya, zamkata.blogspot.com, Pas yang telah mengorbankan konsep Negara Islam yang menjadi idea perjuangannya selama ini dan menggantikan dengan konsep Negara Kebajikan selepas menyertai PR, terpaksa kembali kepada isu hudud.

"Mereka berundur ke belakang dan menemui kembali hudud yang dilihat sebagai penawar paling mujarab untuk memulihkan semangat penyokong-penyokongnya dan memperbaiki semula pandangan umat Islam terhadapnya.

" UMNO yang berada dalam keadaan lemah merasa perlu untuk memberikan sokongan kepada pemulihan imej Pas ini walaupun menentang hudud Pas di bawah pimpinan Perdana Menteri Dr.Mahathir", komennya di blog berkenaan.

Selepas sebahagian anggotanya dikatakan terpengaruh dengan idealogi kumpulan sedarhana, hudud dilihat berjaya membina semula keyakinan kumpulan ulama bahawa mereka masih mendapat sokongan dan ketegasan untuk melaksanakannya telah menaikkan semula nama Abdul Hadi dan sekutunya.

Sebagai orang lama, Ahli Parlimen Marang itu juga dilihat bijak bermain politik.

Ketika mana pemimpin PR yang lain mendesak Najib berundur, Abdul Hadi mengambil pendekatan berbeza dengan meminta beliau untuk meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri.

Mungkinkah gambar yang terpampang dengan tajuk utama sokongan beliau yang disiarkan akhbar arus perdana mempunyai maksud tersirat atau isyarat bahawa dalam keadaan sekarang mereka memerlukan satu sama lain untuk terus berkuasa?

Tindakan tegas dalang pemerdagangan manusia

Posted: 15 May 2015 07:14 PM PDT

Kementerian Luar dan Majlis Keselamatan Negara, (MKN) sedang mengambil tindakan perlu untuk mengendalikan kebanjiran pendatang asing.


najib_pendatang_600


PETALING JAYA: Malaysia tidak akan bertoleransi dengan sebarang bentuk pemerdagangan manusia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar tindakan tegas terhadap dalang sindiket itu.

"Saya berasa amat bimbang dengan masalah pendatang di rantau kita, sesetengah daripada mereka sudahpun sampai ke negara kita dan lain-lainnya yang masih mencuba untuk datang," katanya dalam blog beliau, www.najibrazak.com.

Awal minggu ini, lebih 1,000 warga Bangladesh dan etnik Rohingya dari Myanmar tiba dengan beberapa buah bot di Langkawi selepas mereka mendakwa ditinggalkan oleh pihak yang menyeludup mereka.

Mereka kini berada dalam jagaan pihak berkuasa imigresen Malaysia.

Najib berkata Kementerian Luar dan Majlis Keselamatan Negara, (MKN) sedang mengambil tindakan perlu untuk mengendalikan situasi itu.


"Isu ini membabitkan kepentingan antarabangsa dan serantau. Kami sedang menghubungi semua pihak relevan yang kami berkongsi hsarat untuk sama-sama mencari penyelesaian terhadap krisis ini," katanya.

Betul ke Facebook anak Fadzil Noor disekat?

Posted: 15 May 2015 07:09 PM PDT

 
Akaun Facebook Muhammad Faiz dipercayai disekat atas arahan kumpulan penyokong Presiden Pas yang tidak puas hati dengan kritikan yang dibuat oleh anak arwah Fadzil Noor.


faiz-fadzil_hadi-awang_600



PETALING JAYA: Akaun sosial Facebook milik anak lelaki bekas Presiden Pas, Datuk Fadzi Noor dipercayai telah disekat gara-gara kritikan terbukanya terhadap kepemimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Muhammad Faiz Fadzil diketahui ramai tidak menyokong kepemimpinan Abdul Hadi yang dilabel kumpulan ulama dalam Pas dan sering mengkritik Presiden Pas itu.

Dia yang juga seorang peguam dilihat lebih cenderung kepada kumpulan liberal dan sering mengkritik golongan ulama dalam Pas.

Penyokong kumpulan liberal yang menghubungi FMT percaya kumpulan ulama telah membuat aduan kepada syarikat pengendali Facebook supaya menyekat akaun Muhammad Faiz.

"Kami tidak lagi boleh akses akauan Facebook Muhammad Faiz. Mungkin telah disekat kerana aduan pihak sebelah sana (penyokong kumpulan ulama)," kata seorang penyokong kumpulan liberal kepada FMT.

Kumpulan penyokong Liberal percaya kritikan pedas Muhammad Faiz terhadap Presiden Pas telah menimbulkan kurang senang kepada sesetengah lalu membuat aduan kepada Facebook.

Muhammad Faiz dalam sebuah forum di pejabat Malaysiakini pada April lalu dilaporkan menyeru supaya ahli Pas memilih Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu sekiranya mahu parti itu kekal berada dalam arus politik perdana.

"Ini pemimpin dalam Pas yang patut kita julang. Kenapa nak lihat beberapa pemimpin dalam Pas yang mengapi-apikan isu hudud ini, sedangkan mungkin mereka tidak ada kredibiliti di mata masyarakat," kata Muhammad Faiz.

Muktamar Tahunan Pas pada Jun ini bakal menyaksikan pertembungan antara kumpulan ulamak dan liberal untuk merebut jawatan tertinggi parti itu.

Setakat ini, Abdul Hadi sah akan dicabar bekas Naib Presiden, Ahmad Awang bagi jawatan Presiden manakala Husam belum menyatakan pendiriannya.

Sementara bagi jawatan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dijangka ditentang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Akaun 1MDB Diaudit Syarikat Antarabangsa

Posted: 15 May 2015 06:45 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini berkata akaunnya diaudit oleh syarikat audit antarabangsa, Deloitte.

Dalam satu kenyataan, katanya Deloitte tidak mempunyai sebarang masalah dengan akaun 2013 dan 2014 1MDB. Begitu juga KPMG yang tidak mempunyai masalah dengan akaun 2010, 2011 dan 2012 1MDB.

"Lembaga Pengarah mengambil serius fitnah dan tuduhan yang berniat jahat dan mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang," kata syarikat pembangunan strategik itu.

Ketika ini, Lembaga Pengarah dan Pengurusan 1MDB bekerjasama dengan Ketua Audit Negara, Polis Diraja Malaysia dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara untuk melaksanakan penilaian terhadap syarikat tersebut.

Khususnya, Ketua Audit Negara sedang menjalankan penilaian bebas terhadap akaun 1MDB, seperti dipersetujui Kabinet Malaysia.

"Sehubungan itu, kami meminta kesabaran dan pemahaman orang ramai dan pihak yang berminat supaya menunggu hasil penilaian itu.

"Kami meminta agar tiada mana-mana pihak yang akan menilai perkara itu tanpa fakta menyeluruh sebelum penilaian diumumkan kepada orang ramai.

"Kami mempunyai keyakinan penuh terhadap Deloitte dan Ketua Audit Negara, begitu juga pemegang saham kami, Menteri Kewangan Diperbadankan," katanya.

Lembaga Pengarah memberi jaminan bahawa jika terdapat penemuan yang bercanggah, ia akan mengambil langkah dan tindakan yang bertanggungjawab.

Tiada ulasan: