Biaqpila |
Posted: 16 May 2015 11:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyingkiran Terengganu di separuh akhir Piala FA kepada Lions XII, malam tadi mencetus kekecohan di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, Kuala Terengganu selepas ratusan penyokong merusuh sejurus berakhir perlawanan. Sekalipun menang 3-2, Terengganu gagal layak ke final selepas kedudukan agregat 4-4 memihak Lions XII menerusi kelebihan gol di tempat lawan. Kekecohan dikatakan tercetus selepas penyokong tidak berpuas hati dengan pembatalan gol Terengganu yang dijaringkan di minit-minit terakhir perlawanan kerana ofsaid. PENGADIL diiringi anggota keselamatan selepas perlawanan berakhir. - Foto Aswadi Alias. Dikhabarkan, sebuah ambulan terbakar dan meletop manakala cermin bas yang membawa pasukan Lions XII pecah. Selain itu, seorang anggota polis dipercayai cedera di kepala akibat diserang penyokong dengan cermin pintu stadium turut pecah. Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/55361 |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan