DIALOG RAKYAT |
- "Nasib Baik Keropok Lekor Tidak Dicagar Sama"
- [VIDEO] Perisian "Tembak Maslan 3.85" Untuk lepaskan Geram Terhadap GST
- Pemimpin Umno gesa 1MDB jangan membisu isu tuntutan hutang RM3.4 bilion
- Ucapan hudud Kit Siang cetus gelisah PAS
- JAWI tarik balik kes terhadap Borders
- Ahmad bangkit 13 Mei, dijawab isu GST
- Bahana GST, zombie 'Maslan 3.85' ditembak
- Akaun RM4 juta menteri muda S'wak dibeku
- Buli: Pelajar kolej vokasional ditahan reman
- Surat terbuka kepada Lim Kit Siang
- ADUN Lenggeng diisytihar bankrap
- Selangor masih kaji untuk serap GST
- Kad prabayar: Guna dulu baru kena GST
- Ramalan hutang 1MDB gugat kewangan negara akan jadi kenyataan
- Saya paling dibenci tapi saya teruskan, kata Ahmad Maslan
- KWAP nafi beli TRX
- Kedutaan kenalpasti rakyat Malaysia terlibat gempa bumi terbaru di Nepal
- Muslim akan diharamkan kerja di kedai jual arak?
- Ahmad Awang putuskan esok sama ada cabar Hadi
- Kerana mabuk penumpang MAS dipenjara
- Bekas MB: Perintis 1MDB cuba guna minyak T'ganu
- Ayah Arka tak kisah kena 'troll'
- Polis rakam kenyataan gadis dakwa diugut rogol
- MCA akui GST, 1MDB jejas undi Cina
- Nazri cabar Dr M: Kalau berani datanglah Pekan
"Nasib Baik Keropok Lekor Tidak Dicagar Sama" Posted: 13 May 2015 06:57 AM PDT shahbudindotcomHanya beberapa jam selepas ahli-ahli MT memberi sokongan kepada Najib Razak sambil mahukan beliau menyelesaikan apa juga masalah berkaitan 1MDB, kini timbul satu lagi pendedahan "menggerunkan" daripada bekas MB Terengganu, Ahmad Said. Beliau yang dipaksa meletakkan jawatan tahun lalu mendedahkan syarikat pelaburan itu pernah berhasrat hendak mencagarkan minyak dan gas di Laut Terengganu tetapi tidak menjadi kenyataan kerana kerajaan negeri tidak menyetujuinya. Katanya, urusniaga itu dilakukan ketika 1MDB menpunyai hubung kait dengan Terengganu Invesment Authority (TIA) dan beliau kemudian turut dimarahi oleh Najib atas beberapa masalah yang timbul serta menjadi antara punca beliau "diturunkan" daripada jawatannya sebagai ketua kerajaan negeri itu. Ahmad Said juga berkata, beliau akan menunggu masa yang sesuai untuk mendedahkan lebih banyak perkara mengenai "hanky panky" melibatkan 1MDB yang diketahuinya. Dengan munculnya pendedahan Ahmad Said ini, satu lagi tamparan menerjah singgah ke pipi Najib. Ia secara tidak langsung bermaksud bahawa syarikat pelaburan itu memang sejak awal penubuhannya lagi sudah mahu dilencongkan dengan kesanggupan mencagar apa saja demi mendapatkan wang. Maka itu, tidaklah menghairankan mengapa ia sanggup berhutang sehingga RM42 bilion sedangkan pelaburan dan pembelian asetnya sebagaimana yang digariskan oleh Tun Mahathir hanya kira-kira RM16 bilion saja. Najib juga nampaknya sanggup menurunkan Ahmad Said daripada jawatan MB Terengganu hanya kerana hasrat serta keinginannya mahu mencagar minyak dan gas itu gagal dipenuhi. Kalaulah minyak dan gas itu berjaya digadaikan dahulu, bayangkan apa yang tinggal lagi untuk rakyat Terengganu daripada hasil bumi yang diperolehi di negeri sendiri? Seorang rakan berasal dari Terengganu berkata, jika usaha mencagar minyak dan gas itu tidak dihalang dahulu dan berdasarkan apa yang berlaku kepada 1MDB sekarang, tidak mustahil industri keropok lekor juga sudah jadi hak milik asing ketika ini. Maknanya, walaupun kelihatan kasar dan "gedebe", Ahmad Said ada jasa dan sumbangannya yang tersendiri untuk rakyat Terengganu. Apa yang diharapkan oleh ramai pihak ialah agar Ahmad Said tidak menunggu terlalu lama untuk mendedahkan apa yang diketahuinya mengenai kepincangan serta campurtangan Najib dalam syarikat pelaburan itu. Beliau juga diharapkan tidak menjadikan semua ini sebagai ugutan dan tawar menawar untuk memperolehi sesuatu yang semata-mata bersifat untuk kepentingan dirinya saja. Sebagai bekas ketua kerajaan negeri, Ahmad Said harus membuktikan pendedahannya adalah semata-mata untuk kepentingan rakyat, sambil dapat membersihkan semula namanya yang tercalar akibat dipaksa berundur oleh Najib sebelum ini. Setelah dana daripada Tabung Haji, KWAP, PNB dan percubaan menggadai minyak serta gas turut didedahkan sebagai percubaan untuk membiayai 1MDB, apakah akan muncul pendedahan-pendedahan baru lagi selepas ini? Apakah pendedahan demi pendedahan ini bakal menjadikan sokongan yang diterima Najib akan mula terbarai dan kedudukannya sebagai Perdana Menteri juga menjadi semakin rapuh? |
[VIDEO] Perisian "Tembak Maslan 3.85" Untuk lepaskan Geram Terhadap GST Posted: 13 May 2015 06:44 AM PDT KELAB GREENBOCBahana GST, zombie 'Maslan 3.85' ditembak Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan antara pemimpin paling kedepan mempertahankan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Justeru itu, beliau juga sekali gus menjadi pemimpin Umno paling dibenci pengkritik cukai kontroversi itu, khususnya di kalangan aktivis dan penyokong pembangkang. Tidak cukup dengan sindiran dan perolokan diterima susulan kenyataan-kenyataannya, ketua penerangan Umno itu kini dijadikan watak zombie dalam sebuah perisian permainan untuk telefon pintar Android. Permainan menembak zombie menggunakan senapang dan lastik itu dinamakan "Maslan 3.85 extended version", dipercayai memperolok nilai Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) semasa menuntut di universiti. Diperkenalkan syarikat dinamakan Vnbox Sdn Bhd yang beralamat di Ipoh, ia memaparkan watak zombie mirip Ahmad (kiri) yang berpakaian compang-camping, bergigi rongok dan kepalanya pecah. Di poket bajunya pula diletakkan tulisan GST. Pengguna diberikan misi untuk menembak dan melastik watak itu sehingga mati dalam tempoh 100 saat untuk setiap peringkat, termasuk di Parlimen dan Putrajaya. "Kecewa dengan GST? Marah dengan kenyataan kenyataan menyakitkan hati oleh menteri-menteri kita? Jangan risau... lepaskan kemarahan anda dengan Maslan 3.85 Corrupted Version," menurut penerangan di tapak muat turun Google Play. "Sebarang persamaan sama ada dari segi rupa, bentuk muka, jantina dan warna kulit mahupun senyuman dengan individu yang masih hidup ataupun meninggal dunia adalah sekadar kebetulan semata-mata." Percuma 'tanpa GST' Tidak jelas bila ia tersedia tetapi berdasarkan maklumat di tapak seliaan gergasi Internet Google itu, ia kali terakhir dikemas kini pada 6 Mei lalu dan dimuat turun kira-kira 100 kali, setakat laporan ini ditulis. Dalam penjelasan itu, Vnbox menjelaskan bahawa watak "Maslan 3.85" itu hanya rekaan dan "tiada kaitan dengan mana-mana VIP atau penjawat awam berjawatan tinggi yang sedang popular sekarang". Permainan itu boleh dimuat turun secara percuma "tanpa GST", kata syarikat itu lagi. Berdasarkan maklumat di Google Play, Vnbox dikatakan syarikat sama yang menyediakan perkhidmatan "e-aduan Perak" - sebuah perisian untuk pengaduan masalah di sektor awam negeri itu. Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi daripada Ahmad dan Vnbox berkaitan perkara ini. -mk |
Pemimpin Umno gesa 1MDB jangan membisu isu tuntutan hutang RM3.4 bilion Posted: 13 May 2015 06:21 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus menerima tekanan berhubung kedudukan kewangannya apabila Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (gambar) menggesa pengurusan syarikat itu menjawab segera laporan media ia perlu segera membayar balik AS$975 juta (RM3.52 bilion) kepada 6 bank. "Saya menggesa pengurusan 1MDB menjawab dahulu isu yang dilaporkan oleh pihak media ini. "Tempoh mutakhir ini bukan waktunya untuk 1MDB berdiam diri dan membisu. "Tidak ada istilah 'elegant silence' dalam isu seperti ini," kata Reezal dalam kenyataannya. Akhbar Business Times dari Singapura hari ini melaporkan 6 bank diketuai Deutsche Ban kini menuntut 1MDB menjelaskan hutang RM3.52 bilion, 4 bulan sebelum tarikh akhir penyelesaiannya. Ia berikutan pinjaman itu dicagarkan menerusi AS$1.103 bilion milik anak syarikat 1MDB, Brazen Sky, wang yang kini disimpan di sebuah bank swasta Switzerland di Singapura, BSI Singapore Bank. Reezal berkata kelewatan 1MDB dalam menjawab isu yang dilontarkan terhadap mereka merupakan sesuatu yang "sangat tidak bertanggungjawab". "Saya cukup yakin, sebagai kumpulan 'profesional', pengurusan kanan 1MDB ada jawapan kepada persoalan-persoalan yang ditimbulkan ini. "Sayangnya, mereka tidak mengambil tindakan yang cepat dan gemar melihat persepsi buruk terbina terlebih dahulu," katanya. Katanya, sikap 1MDB bakal memburukkan Barisan Nasional (BN) di mata rakyat. "Selagi mereka lewat membuat tindakan, selagi itulah isu 1MDB 'bernanah' di mata rakyat, sekali gus mencabar wibawa dan integriti kerajaan. "Ada ungkapan, 'Beritahu perkara sebenar, atau ada orang lain yang buat begitu'. "1MDB mesti lebih pantas menjawab isu," katanya. |
Ucapan hudud Kit Siang cetus gelisah PAS Posted: 13 May 2015 06:15 AM PDT MALAYSIAKINI Tidak pelik apabila pemimpin DAP menolak hudud. Tetapi apabila dia diucapkan atas pentas PAS, masalah berbeza muncul. Ibarat rumah siap pahat berbunyi, tiga hari selepas ucapan tokoh DAP Lim Kit Siang di Kota Bharu, rungutan mula kedengaran, terutamanya berhubung penganjuran acara itu oleh PAS kawasan. Program di Padang Perdana asalnya tidak mendapat liputan meluas, tetapi kini mula hangat di media sosial, lebih-lebih lagi menjelang pemilihan parti itu bulan itu. Beberapa pimpinan PAS yang hadir dalam majlis itu turut terkena tempias, termasuk Ketua Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff yang dihentam kerana dikatakan setuju dengan Lim selepas berkongsi pentas. Foto acara mula tersebar sehingga Zailah terpaksa tampil menafikan beliau menentang hudud. Pemimpin lain yang hadir dalam ceramah itu termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan Yang Dipertua PAS Kota Bharu Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah. Zailah yang juga MP Rantau Panjang turut menyuarakan rasa sedihnya kerana "fitnah" itu dibuat tanpa mendapatkan penjelasannya dahulu. Zailah dipanggil naik pentas Menurutnya, beliau hadir ceramah itu kerana mahu menemani suaminya yang mahu mendengar ceramah Rafizi yang juga anggota parlimen Pandan. "Kebetulan, ketua penerangan PAS Kota Bharu, Hasimah Abd Rahman melihat saya di padang dan menjemput saya naik ke pentas. "Saya menolak jemputan itu kerana saya hendak bertemu rakyat dan menemankan suami yang hendak dengar ceramah Rafizi (kiri). "Pengerusi majlis ketika itu berulang kali memanggil saya naik ke pentas. Hadirin yang saya temui juga berulang kali meminta saya naik ke pentas. "Kebetulan pula, ada Timbalan Presiden Mohamad Sabu, jadi saya rasa tidak elok jika saya menolak permintaan penganjur. "Inilah cerita sebenar, bukan Kak Lah saja-saja datang untuk naik ke pentas," beliau dilapor sebagai berkata. Amar: Patut hormat tuan rumah Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (bawah) pula tampil menyifatkan ucapan Lim yang menurutnya "tidak manis". "Dia sebagai tetamu sepatutnya menghormati tuan rumah, suasana dan masyarakat di Kelantan," katanya seperti dilapor Utusan Malaysia hari ini. Wan Abdul Rahim, yang juga bekas setiausaha politik kepada bekas menteri besar Datuk Nik Aziz Nik Mat dan speaker DUN Kelantan, sebagai penganjur acara enggan mengulas perkara itu. "Saya tidak mahu komen apa-apa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini. |
JAWI tarik balik kes terhadap Borders Posted: 13 May 2015 06:10 AM PDT MALAYSIAKINI Tiga tahun selepas pengurus kedai Borders Nik Raina Nik Abdul Aziz didakwa, Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) menarik balik kes itu ekoran ancaman berdepan dengan prosiding menghina mahkamah. JAWI, dalam sepucuk surat bertarikh hari Isnin, bersetuju untuk menarik balik tindakannya dan rayuannya terhadap pembebasan Nik Raina di Mahkamah Rayuan Syariah. Surat Jawi ditandatangani oleh ketua pendakwanya, Mohamad Adib Husain dan salinan surat itu dihantar kepada Mahkamah Syariah semalam. Malaysiakini melihat salinan surat yang dihantar itu. Dilaporkan bahawa pada hari Sabtu, Borders, melalui peguamnya dari firma Lee, Hishammuddin Allen Gledhill, telah mengancam untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap ketua pengarah JAWI dan ketua pendakwanya. Peguam Borders menegaskan ia ekoran tindakan JAWI yang tidak mematuhi keputusan Mahkamah Tinggi sivil dan Mahkamah Rayuan yang meminta mereka menghentikan tindakan undang-undang mereka dan menggugurkan pertuduhan terhadap Nik Raina. Peguam kedai buku itu menghantar surat tersebut kepada JAWI pada 5 Mei. Sebelum ini dalam surat guamannya, Borders memberi amaran bahawa JAWI boleh didapati menghina kedua-dua perintah Mahkamah Tinggi pada 22 Mac 2013 dan perintah Mahkamah Rayuan bertarikh 30 Disember 2014. Ini ekoran semakan kehakiman yang difailkan oleh Nik Raina, dan pengurus besar operasi dan barangan Borders, Stephen Fung Wye Keong, yang mengisytiharkan bahawa serbuan dan rampasan buku itu adalah salah. Nik Raina dituduh menjual buku 'Allah, Liberty and Love" tulisan pengarang Kanada, Kanada Irshad Manji, pada 23 Mei 2012 di kedai buku itu di Gardens Mall. Bagaimanapun, buku ini hanya diwartakan sebagai diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri enam hari kemudian. Kerana JAWI tidak boleh mendakwa sesebuah syarikat atau bukan Islam, maka Nik Raina menjadi mangsa keadaan dan didakwa oleh pihak berkuasa Islam itu. Nik Raina, ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau hanya mendapat tahu JAWI menarik balik kes terhadapnya petang ini. "Saya menitiskan air mata dan pada mulanya tidak percaya bahawa selepas tiga tahun, mereka telah bersetuju untuk menghentikan kes itu." "Saya ingin berterima kasih kepada Berjaya Group terutama pengerusi dan CEO Robin Tan kerana banyak mengeluarkan duit untuk kes ini dan juga ketua pegawai operasi saya Yau Su Peng, dan peguam Rosli Dahlan," kata beliau. Nik Raina berkata beliau telah menyampaikan berita gembira itu kepada keluarganya dan mereka juga pada mulanya sukar untuk mempercayainya tetapi bersyukur pengalaman pahit itu sudah berakhir. |
Ahmad bangkit 13 Mei, dijawab isu GST Posted: 13 May 2015 05:56 AM PDT MALAYSIAKINI Kenyataannya Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengenai tragedi berdarah 13 Mei hari ini disambut dengan sinis oleh pengguna Twitter. Para pengguna media sosial itu antara lainnya mengambil peluang untuk menyindirnya mengenai isu cukai barang dan perkhidmatan (GST). Ahmad menulis, beliau berharap bahawa tragedi itu tidak akan berulang. Ia dijawab oleh pengguna Twitter yang antara lainnya memberi amaran bahawa ia mungkin berulang jika kerajaan masih tidak mempedulikan rakyat. @nazri_fahmi: Bakal terjadi kalau tampuk pimpinan sekarang masih mengamalkan sikap membelakangi rakyat. @bullet_gov: Tak akan berulang jika dapat menteri yang cemerlang. (Jika) dapat yang bangang, itu yang huru-harakan negara. @ahmadmaslan: Insya-Allah peristiwa berdarah itu tidak akan berulang, cuma sekarang ini asyik berdarah telinga bila dengar kenyataan bangang datuk. @cikkaikazie: Tak payah tunggu 13 Mei untuk peristiwa berdarah. Peristiwa berdarah alaf baru ialah 1 April sejak GST diperkenalkan. Sementara itu, Ahmad dalam satu acara hari ini berkata beliau tidak kisah dengan penghinaan dan kejian ke atasnya ekoran pengenalan GST. Dengan selamba, Ahmad hari ini mengaku bahawa beliau kini merupakan "individu yang paling dibenci di Malaysia" ekoran cukai tersebut. |
Bahana GST, zombie 'Maslan 3.85' ditembak Posted: 13 May 2015 05:54 AM PDT MALAYSIAKINI Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan antara pemimpin paling kedepan mempertahankan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Justeru itu, beliau juga sekali gus menjadi pemimpin Umno paling dibenci pengkritik cukai kontroversi itu, khususnya di kalangan aktivis dan penyokong pembangkang. Tidak cukup dengan sindiran dan perolokan diterima susulan kenyataan-kenyataannya, ketua penerangan Umno itu kini dijadikan watak zombie dalam sebuah perisian permainan untuk telefon pintar Android. Permainan menembak zombie menggunakan senapang dan lastik itu dinamakan "Maslan 3.85 extended version", dipercayai memperolok nilai Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) semasa menuntut di universiti. Diperkenalkan syarikat dinamakan Vnbox Sdn Bhd yang beralamat di Ipoh, ia memaparkan watak zombie mirip Ahmad (kiri) yang berpakaian compang-camping, bergigi rongok dan kepalanya pecah. Di poket bajunya pula diletakkan tulisan GST. Pengguna diberikan misi untuk menembak dan melastik watak itu sehingga mati dalam tempoh 100 saat untuk setiap peringkat, termasuk di Parlimen dan Putrajaya. "Kecewa dengan GST? Marah dengan kenyataan kenyataan menyakitkan hati oleh menteri-menteri kita? Jangan risau... lepaskan kemarahan anda dengan Maslan 3.85 Corrupted Version," menurut penerangan di tapak muat turun Google Play. "Sebarang persamaan sama ada dari segi rupa, bentuk muka, jantina dan warna kulit mahupun senyuman dengan individu yang masih hidup ataupun meninggal dunia adalah sekadar kebetulan semata-mata." Percuma 'tanpa GST' Tidak jelas bila ia tersedia tetapi berdasarkan maklumat di tapak seliaan gergasi Internet Google itu, ia kali terakhir dikemas kini pada 6 Mei lalu dan dimuat turun kira-kira 100 kali, setakat laporan ini ditulis. Dalam penjelasan itu, Vnbox menjelaskan bahawa watak "Maslan 3.85" itu hanya rekaan dan "tiada kaitan dengan mana-mana VIP atau penjawat awam berjawatan tinggi yang sedang popular sekarang". Permainan itu boleh dimuat turun secara percuma "tanpa GST", kata syarikat itu lagi. Berdasarkan maklumat di Google Play, Vnbox dikatakan syarikat sama yang menyediakan perkhidmatan "e-aduan Perak" - sebuah perisian untuk pengaduan masalah di sektor awam negeri itu. Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi daripada Ahmad dan Vnbox berkaitan perkara ini. |
Akaun RM4 juta menteri muda S'wak dibeku Posted: 13 May 2015 05:46 AM PDT MALAYSIAKINI Seorang menteri muda Sarawak disiasat berhubung aduan rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan kontrak pembinaan bangunan kerajaan Baitul Makmur II bernilai lebih RM250 juta. "Berikutan siasatan ini, beberapa akaun bank bernilai RM 4 juta milik menteri muda tersebut telah dibekukan, " kata pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohamad Jamidan Abdullah . Dalam kenyataannya hari ini, Jamidan juga berkata seorang peniaga 50-an turut disiasat. Dia merupakan pengarah syarikat yang terlibat dalam projek pembinaan bangunan 16 tingkat tersebut. "Selain mereka, beberapa pihak lain juga akan dipanggil untuk diambil keterangan," katanya. Jamidan bagaimanapun tidak mendedahkan identiti individu-individu yang disiasat itu. 1,200 balak lagi disita Sementara itu, dalam kes berbeza, akaun seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) juga telah dibekukan susulan operasi bersepadu berkaitan dakwaan rasuah balak di Sarawak. Akaun itu antara 30 lagi akaun syarikat dan individu yang dibekukan – menjadikan jumlah keseluruhan akaun yang dibekukan setakat ini sebanyak RM600 juta. Dalam Ops Gergaji yang masuk hari kedua hari ini, sudah 49 lokasi diserbu, termasuk tambahan satu lokasi di Bakun. Jamidan berkata, setakat ini seramai 10 individu dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung perbuatan rasuah, aktiviti pembalakan dan penebangan hutan haram serta perbuatan mengelak cukai. Mereka yang diambil keterangan ini terdiri daripada pemilik kilang papan dan penyelia kilang, katanya lagi. Jamidan juga mengumumkan bahawa hampir 1,200 lagi batang kayu balak juga telah disita termasuk 600 batang di kawasan Belaga, Bakun oleh SPRM. Semalam 500 batang balak disita. Siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) dan 17(b) Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Ops Gergaji operasi bersepadu terbesar yang pernah dijalankan SPRM dengan kerjasama kerajaan Sarawak, polis, termasuklah Pasukan Gerakan Am, Jabatan Perhutanan Negeri dan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Operasi melibatkan kerahan lebih 400 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi itu dianggap operasi sangat mencabar kerana melibatkan serbuan pedalaman yang tidak mempunyai akses masuk, kecuali menggunakan helikopter dan bot. |
Buli: Pelajar kolej vokasional ditahan reman Posted: 13 May 2015 05:35 AM PDT Gambar mangsa KOTA BHARU - Seorang pelajar cemerlang Kolej Vokasional Bachok direman seminggu bagi membantu siasatan kematian seorang pelajar junior di asrama kolej sama, malam semalam. Perintah reman dikeluarkan Majistret, Mohd Firdaus Zainal Abidin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Suspek berusia 17 tahun tiba di Mahkamah Majistret Bachok dengan lengkap berpakaian lokap pada jam 8 pagi. Semalam, seorang pelajar kolej sama, Mohamad Nur Aqram Zime, 16, meninggal dunia selepas didakwa disepak seorang seniornya pada jam 12.30 tengah malam di bilik asrama mangsa. Mangsa meninggal dunia akibat salur darah pada leher sebelah kanan pecah dan terkoyak menyebabkan pendarahan menyeluruh pada otak akibat sepakan bertubi-tubi. Kejadian dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap pelajar tahun satu kolej itu yang dikatakan tidak bertegur sapa dengan suspek. |
Surat terbuka kepada Lim Kit Siang Posted: 13 May 2015 05:32 AM PDT Ahmad Fadhli Shaari, Ketua Pemuda Pas Kelantan. Yang Berhormat Tuan Lim Kit Siang, THE Right to Differ sebagaimana yang tuan maklum ialah buku karangan Dr Ooi Kee Beng yang diterbitkan pada tahun 2011. Buku ini mengandungi biografi tuan bermula dari penglibatan awal di dalam politik sehinggalah ke hari ini. Membaca buku ini memang mengasyikkan kerana ia menceritakan detik-detik bangunnya tuan di dalam politik negara setelah berlakunya perdebatan di antara tuan dengan Syed Naquib Al-Attas yang mewakili Gerakan dalam satu majlis yang dinamakan Debat Kebudayaan DAP-Gerakan 1968. Saya tidak ingin mengulas berhubung debat itu, cuma barangkali ingin menyatakan satu fakta yang diakui sendiri oleh tuan di dalam buku tersebut, bahawa kontroversi yang tercetus berikutan perdebatan itu menaikkan nama tuan di dalam arena politik. Saya masih belum lahir pada masa itu. Bagaimanapun, saya berani menyatakan bahawa bukan semua kontoversi itu baik untuk pihak yang mencetusnya. Ada sesetengah kontoversi jika sengaja dicetuskan untuk menimbulkan salah faham, akan akhirnya menunjukkan jalan mati kepada tuan punya. Saya bimbang kontroversi yang tercetus dari ucapan tuan di Kota Bharu ialah kontoversi yang boleh mematikan terus muafakat yang terjalin. Yang Berhormat Tuan Lim Kit Siang, Saya akui perjalanan politik tuan yang melalui hukuman ISA pada tahun 1969 selama 18 bulan dan pada tahun 1987 selama 17 bulan adalah satu rekod yang cukup mengkagumkan. Namun, ia bukannya lesen untuk tuan mengherdik agenda kami di dalam negeri kami. Saya mendengar rakaman ucapan tuan di Kota Bharu itu serta membaca semula tulisan yang dimuatkan oleh tuan sendiri di dalam blog milik tuan. Berkali-kali saya ulangi menonton dan mendengar ucapan tuan, nyata sekali tuan sama ada tidak faham berhubung hudud atau tuan tidak faham berhubung adab. Saya lebih cenderung kepada kemungkinan kedua. Mana mungkin seorang ahli politik yang cukup matang dan berpengalaman seperti tuan tersalah mulut terlajak kata sedemikian rupa kecuali memang itu hasrat tuan. Jika orang muda terlucut kata sedemikian rupa, ia dipanggil keterlanjuran, namun jika orang lama juga terlucut kata, ia dipangggil kurang ajar. Barangkali tuan tidak faham bahawa proses untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian ke parlimen sudah sampai ke peringkat akhir. Enakmen Kanun Jenayah Syariah atau tuan sebut sebagai hudud itu adalah satu cita-cita kami di Kelantan. Ia langsung tidak menyentuh seurat pun bulu roma non muslim, tidak sedikitpun mencemari hak dan tidak sejengkalpun mengurangi kepentingan mereka. Rakyat Kelantan yang 95 peratus Muslim menunggu-nunggu ia dilaksanakan. Benar, masih banyak lagi agenda kebajikan belum tertunai, namun ia bukanlah bererti segalanya diketepikan hanya semata-mata untuk melaksanakan hukum Islam. Ya, mungkin benar tuan ingin berbeza dengan kami dalam isu ini. Namun, di hadapan khalayak sedemikian bukan tempatnya untuk tuan berkata demikian. Ketepikan dahulu perbezaan kerana masih banyak lagi kecacatan Umno/Barisan Nasional yang boleh diperkatakan. Jika pemimpin muda PKR boleh melaungkan takbir bukannya menyebut Reformasi (yang tidak salahpun untuk menyebutnya) di dalam ucapan di hadapan rakyat Kelantan, kenapa tuan tidak boleh sedikitpun menyembunyikan perbezaan walhal masih banyak isu yang boleh disentuh? Hudud ini agenda kami. Cita-cita dan harapan kami. Kerjasama dengan kerajaan Pusat ialah kerjasama kerajaan dengan kerajaan. Jika undi bukan Melayu untuk Pakatan Rakyat yang sampai ke tahap maksimum pun belum memungkingkan kita menawan Putrajaya, kenapa tidak boleh tuan izinkan kami mencelah mengaut nasib di tengah masyarakat Melayu pula. Jangan tuan merasakan hanya kami yang rugi jika bahtera ini pecah, jika kami rugi secupak, tuan mungkin rugi seguni. Sekurang-kurangnya kami berjaya mengurangkan majoriti Barisan Nasional di Rompin sedangkan tuan gagal mempertahankan Teluk Intan. Sekurang-kurangnya undi kami di PRK Dun Chempaka hanya merosot 11.4% dalam situasi Barisan Nasional tidak turun bertanding sedangkan undi tuan di PRK Bukit Gelugor merosot sebanyak 26.14% juga dalam situasi Barisan Nasional tidak turun bertanding! Tahukah tuan, betapa tergurisnya hati dan perasaan kami atas lontaran kata-kata tuan di halaman kami sendiri. Umpama hadir bertamu, mengutuk lantai tidak serata, mengata dinding tidak berwarna. Rumah ini ada tuannya, jika pun tuan hadir dengan jemputan anak yang derhaka, belum tentu anak yang lain boleh membiarkan rumahnya dihina sesuka hati. Apatah lagi jika anak yang baik budiman menjemput tuan hadir, tentu sahaja dihantar pulang dengan hati terluka. Jangan tuan mengukur Mesir dan Jordan sebagai kayu ukuran. Adapun Mesir dan Jordan itu, yang memerintahnya sekarang ialah 'Umno'. Dan seperkara lagi, sekalipun Mesir itu bumi para nabi, bimbang saya teramat sangat jika tuan ke sana bertemu waris cucu Firaun. Daripada yang belum faham tentang Islam, semakin jauh tuan dibawa ke bukit kejahilan. Saya bimbang, jika tuan jadikan Mesir dan Jordan sebagai hujah untuk tidak laksanakan syariah Islam, nanti ada yang merujuk pula Negara Brunei yang lebih dekat dari sudut geografi dalam isu kerakyatan. Dan tuan tentu maklum bahawa Brunei sangat sukar memberikan tahap kerakyatan kepada kaum Cina (dengan maaf). Dalam hal hudud ini, saya pohon kepada tuan, jangan galak sangat menambah luka. Kami anak muda punya perasaan, pada saat kami boleh bersabar, hargailah kesabaran kami ini. Jika kami bertamu ke tempat tuan, kami sekurang-kurangnya tahu di penjuru mana kami bersila, tidak meludah di tengah laman, tidak menepis huluran salam. Yang Berhormat Tuan Lim Kit Siang, Terimalah hakikat, kita berbeza dalam isu ini dan kita punya hak untuk berbeza. Biarkan sahaja 5 peratus perbezaan ini, dan gerakkan 95 peratus lagi yang kita sepakati bersama. Seperti tajuk buku biografi tuan yang ditulis oleh Dr Ooi Kee Beng, The Right To Differ. |
ADUN Lenggeng diisytihar bankrap Posted: 13 May 2015 05:26 AM PDT ADUN berusia 64 tahun daripada UMNO itu didapati bankrap selepas gagal membayar semula pinjaman kepada ahli perniagaan, Datuk Misran Sukadi. SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail telah diisytiharkan bankrap oleh Mahkamah Tinggi Seremban. ADUN berusia 64 tahun daripada UMNO itu didapati gagal membayar semula pinjaman kepada ahli perniagaan Datuk Misran Sukadi. Berikutan itu, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Seremban pada 18 Mac lalu mengeluarkan notis status bankrap Ishak. Ishak yang dihubungi The Star Online mengesahkan perkara itu. Ishak bagaimanapun menyatakan pihaknya hanya mendapat perintah mahkamah pada 27 April lalu. "Peguam saya telah mengemukakan permohonan agar kes ini diketepikan dan akan didengar di Mahkamah Tinggi pada esok (Khamis), " katanya yang dipercayai menjadi penjamin untuk seorang kontraktor. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan menyatakan status Ishak kekal sehingga keputusan rayuan didengar. |
Selangor masih kaji untuk serap GST Posted: 13 May 2015 05:24 AM PDT Selangor mempunyai 12 PBT menyebabkan kerajaan negeri perlu melakukan penelitian implikasi kewangan yang terpaksa ditanggung sebelum sebarang keputusan. SHAH ALAM : Kerajaan Selangor masih menjalankan kajian untuk mengecualikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi setiap perkhidmatan kerajaan kepada rakyat di negeri itu. Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, beliau telah mengarahkan Unit Perancang Ekonomi Negeri (EPU) menjalankan kajian dan semakan impilikasi kewangan jika kerajaan negeri menyerap GST. Katanya, kerajaan juga akan menulis surat kepada Kementerian Kewangan bagi memohon pengecualian GST untuk setiap perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. "Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kita membincangkan perkara ini dan kerajaan negeri akan menulis surat kepada Kementerian Kewangan memohon pengecualian GST untuk perkhidmatan kerajaan," katanya selepas Program Luncheon Talk Ulasan Buku "Khalifah Umar Abdul Aziz" pada Rabu. Azmin berkata, Selangor mempunyai 12 PBT menyebabkan kerajaan negeri perlu melakukan penelitian implikasi kewangan yang terpaksa ditanggung sebelum sebarang keputusan dibuat berbanding Pulau Pinang yang hanya dua PBT. Pada Isnin lalu, Kerajaan Pulau Pinang dan Terengganu mengikut jejak langkah Johor apabila mengumumkan menyerap GST bagi semua perkhidmatan kerajaan. Menerusi serapan GST itu, Kerajaan Johor menanggung sebanyak RM3 juta setahun, Terengganu (RM1.6 juta) dan Pulau Pinang sebanyak RM21.4 juta. Jumlah itu dibayar balik oleh tiga kerajaan negeri itu kepada Jabatan Kastam. Dalam perkembangan lain, Azmin berkata, kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili dalam masa terdekat bagi membincangkan status Langat 2. "Saya telahpun menyediakan beberapa hujah untuk saya bincang dengan Menteri pada awal minggu hadapan dan kita berharap dengan ada perbincangan ini kita akan dapat jalan penyelesaian," katanya. Tegasnya, kerajaan negeri menyokong pembangunan Langat 2 tetapi projek persekutuan itu perlu selaras dengan garis panduan yang ditetapkan. "Kita perlu Langat 2 dan kita mahu ia dilaksanakan," tegasnya. |
Kad prabayar: Guna dulu baru kena GST Posted: 13 May 2015 05:20 AM PDT Kad isian semula tetap dikenakan GST tetapi bergantung kepada jumlah penggunaan iaitu guna dahulu baru dikenakan GST. CYBERJAYA: Kerajaan setuju untuk memperkenalkan konsep baharu untuk kad isian semula prabayar telefon bimbit atau top-up berdasarkan penggunaan atau 'usage based'. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, menerusi konsep itu, GST tetap dikenakan tetapi bergantung kepada jumlah penggunaan iaitu guna dahulu baru dikenakan GST. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bagaimana kiraan akan dibuat kerana kajian masih dijalankan oleh syarikat telekomunikasi (telco). Bagaimanapun, konsep itu hanya akan dipakai dalam tempoh enam bulan akan datang untuk memberi masa kepada telco membuat persediaan. Sehingga tempoh itu, kad isian semula kekal menggunakan konsep sekarang iaitu bayar RM10.60 bagi kad berharga RM10. Ahmad Shabery berkata, cadangan itu dibuat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan telah dipersetujui Kabinet. "Kerajaan yakin konsep baharu ini lebih wajar kerana GST tidak dikenakan sebelum perkhidmatan digunakan," katanya dalam sidang media pada Rabu. Ahli Parlimen Kemaman itu memberi jaminan konsep baharu itu tidak merugikan rakyat dan kerajaan. Katanya, kerajaan juga menjangkakan kualiti perkhidmatan yang lebih baik daripada telco dan menyarankan syarikat-syarikat telekomunikasi itu menurunkan tarif perkhidmatan. |
Ramalan hutang 1MDB gugat kewangan negara akan jadi kenyataan Posted: 13 May 2015 12:18 AM PDT Jika 1MDB gagal membayar hutang RM3.6 bilion kepada enam bank antarabangsa itu secara undang-undangnya 1MDB telah gagal memenuhi tuntutan bayaran bagi kesemua RM42 bilion hutangnya dan berdepan 'cross default'. PETALING JAYA: Jangkaan hutang-hutang yang ditanggung 1MDB akan membawa risiko besar kepada kestabilan kewangan negara mungkin jadi kenyataan, kata Rafizi Ramli. Ini kerana, kata Naib Presiden PKR itu, 1MDB berisiko berdepan 'cross default' kerana tidak mampu membayar hutang RM3.6 bilion kepada enam bank antarabangsa diketuai oleh Deutsche Bank. "Cross default" bermakna jika 1MDB gagal membayar faedah atau bayaran pokok di dalam satu pinjaman/hutang, ia juga dikira telah gagal memenuhi tuntutan bayaran bagi semua hutang-hutangnya yang lain. Ini bermakna, jika tuntutan bayaran hutang RM3.6 bilion oleh enam bank antarabangsa itu gagal dipenuhi dalam masa terdekat, 1MDB secara undang-undangnya telah gagal memenuhi tuntutan bayaran bagi kesemua RM42 bilion hutangnya. "Hutang-hutang RM42 bilion ini turut melibatkan sukuk dan bon yang dibeli oleh Lembaga Tabung Haji (TH) di samping pinjaman yang diberikan oleh bank-bank tempatan. Jumlah bonnya juga besar dan akan mempunyai kesan besar kepada pasaran bon negara. "Oleh itu, ramalan awal saya bahawa satu hari nanti hutang-hutang 1MDB ini membawa risiko besar kepada kestabilan kewangan negara ("systemic risk to the financial system") kini mungkin menjadi kenyataan. "Ini menafikan jaminan yang dibuat oleh pimpinan Barisan Nasional termasuklah Khairy Jamaluddin yang kononnya 1MDB bukanlah satu risiko kepada kestabilan kewangan negara," katanya dalam kenyataan media pada Rabu. Ahli Parlimen Pandan itu berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak wajib memberikan kenyataan segera bagaimana 1MDB bercadang membayar hutang RM3.6 bilion yang boleh dituntut bila-bila masa ini. Katanya, kegagalan 1MDB memenuhi tuntutan hutang RM42 bilion ini adalah risiko besar kepada negara jika "cross default" terjadi akibat dari tuntutan hutang RM3.6 bilion oleh bank-bank antarabangsa itu. Rafizi berkata, risiko 'cross default' itu mungkin terjadi susulan akhbar perniagaan Singapura Bussines Times yang melaporkan enam bank antarabangsa itu akan menggunakan haknya meminta 1MDB membayar hutang RM3.6 bilion lebih awal tempoh matang iaitu sebelum September 2015. Katanya, 1MDB membuat hutang RM3.6 bilion itu dengan memberi cagaran simpanan dana USD1.1 bilion yang kononnya disimpan di Bank BSI di Singapura. Katanya, laporan terkini menyebut bahawa dana USD1.1 bilion ini mungkin tidak wujud, ia telah mewujudkan keadaan panik kepada enam bank antarabangsa tersebut yang bimbang 1MDB tidak boleh membayar hutang RM3.6 bilion. |
Saya paling dibenci tapi saya teruskan, kata Ahmad Maslan Posted: 13 May 2015 12:14 AM PDT Ahmad Maslan mengakui sudah lali dengan cemuhan dan kritikan dan perkara itu tidak mematahkan semangatnya meneruskan penerangan kebaikan GST demi negara. KUALA LUMPUR: Ahmad Maslan mengakui beliau menjadi orang paling dibenci di negara ini sejak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Namun, Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, beliau sanggup mengetepikan kritikan dan cemuhan itu demi kebaikan negara. Katanya, beliau sudah lali dengan cemuhan dan kritikan terutama di media sosial termasuklah cemuhan yang mengatakan wajahnya seperti najis babi. "Saya Ahmad Maslan, orang paling dibenci di Malaysia disebabkan GST. "Dalam kalangan mereka, ada yang mengelarkan muka saya seperti najis seekor babi. Walhal najis babi itu merupakan perkara yang paling tidak digemari dalam Islam. "Namun, saya telah lali dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan kerana saya tahu apa yang saya lakukan adalah perkara yang betul untuk negara," katanya di majlis Seminar Pematuhan Kualiti Produk di Tama Teknologi Malaysia. Dalam perkembangan lain, Ahmad Maslan menasihatkan orang Melayu mencontohi kualiti yang ada pada peniaga-peniaga Cina. Beliau berkata, peniaga Cina lebih bekerja keras dalam menjalankan perniagaan berbanding peniaga Melayu yang kerja separuh jalan. "Orang Melayu perlu mencontohi Cina untuk berjaya dalam perniagaan. Mereka (peniaga Cina) bekerja keras, untuk kami (orang Melayu) kadang-kadang, kami kerja separuh jalan," katanya. |
Posted: 13 May 2015 12:10 AM PDT ANTARAPOS.COM KUALA LUMPUR: Sebelum ini tersebar di media yang mengatakan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) akan membeli tanah di kawasan pembangunan Tun Razak Exchange (TRX) daripada Tabung Haji dengan harga 15% harga lebih murah. Selain itu laporan sebelum ini juga menjelaskan KWAP juga telah bersetuju membayar di antara RM1 bilion hingga RM1.2 bilion untuk bangunan 40 tingkat, manakala untuk sebidang tanah itu pula dibayar dengan harga RM2,300 bagi setiap kaki persegi. Memetik laporan Astro Awani, pihak KWAP bagaimanapun menafikan terlibat dan mempunyai komitmen dalam pelaburan hartanah di TRX tersebut. KWAP dalam satu kenyataannya menjelaskan mereka akan terus meninjau pelaburan dalam hartanah domestik yang memenuhi mandat dana untuk memberikan pulangan berterusan dalam jangka panjang. Semua pelaburan yang dibuat oleh KWAP perlulah sekurang-kurangnya memberi pulangan minimum dan risiko yang tidak tinggi seperti ditentukan oleh lembaganya. TH sebelum ini membayar kepada 1MDB RM2,774 sekaki persegi atau RM188.5 juta, untuk 0.64 hektar tanah miliknya di TRX. |
Kedutaan kenalpasti rakyat Malaysia terlibat gempa bumi terbaru di Nepal Posted: 13 May 2015 12:09 AM PDT ANTARAPOS.COM KUALA LUMPUR: Kedutaan Malaysia di Kathmandu sedang mengambil langkah-langkah perlu untuk mengenal pasti sama ada rakyat Malaysia terlibat dalam gempa bumi terkini yang melanda Nepal, semalam. Kementerian Luar dalam kenyataan berkata gempa bumi 7.3 pada skala Richter itu menggegarkan Nepal pada kira-kira jam 12.35 tengah hari waktu tempatan (3.05 petang waktu Malaysia). "Kementerian akan terus memantau keadaan. Kami ingin menegaskan bahawa adalah penting bagi semua rakyat Malaysia yang berhasrat untuk melawat negara itu supaya menghubungi Kedutaan Malaysia di Kathmandu. "Ini akan membantu Kedutaan menyediakan bantuan konsular yang diperlukan kepada rakyat Malaysia di luar negara," kata kenyataan itu. Gempa bumi hari ini berlaku dua minggu selepas gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud melanda Nepal pada 25 April. |
Muslim akan diharamkan kerja di kedai jual arak? Posted: 13 May 2015 12:05 AM PDT MALAYSIAKINI Agensi berkaitan diminta untuk melihat kemungkinan mengharamkan masyarakat Islam di Johor bekerja di kedai serbaneka 24 jam terutamanya yang menjual arak. Suhaimi Salleh (BN-Kukup) berkata isu penjualan arak melibatkan pekerja Melayu yang bekerja di kedai serbaneka tersebut tidak boleh dikompromi kerana mempertaruhkan soal maruah, bangsa dan agama serta berdosa di sisi Islam. "Hukum sudah jelas. Minum (arak) haram, (mereka) yang menjual (arak) haram, yang membungkus botol (arak) haram, yang mengangkut kotaknya ke 7-Eleven haram dan yang menyusunnya pun haram. "Takkanlah kita hendak membiarkan perkara haram, yang nampak seperti kecil tetapi besar dosanya di sisi Allah, berlaku secara berterusan?," kata beliau ketika membahaskan titah Sultan Johor di persidangan Dewan Undangan Negeri Johor semalam. Suhaimi berkata beliau meminta agensi berkenaan memandang serius isu ini memandangkan ia turut menjejaskan maruah bangsa terutama kalangan anak muda. "Keuntungan akhirat adalah lebih penting. Sanggupkah kita melihat anak-anak muda yang tidak tahu apa-apa dan baharu lepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia sudah diajar dan terjebak dengan perkara ini," kata Suhaimi. Isu penjualan arak di kedai serbaneka 24 jam sebelum ini hangat diperkatakan selepas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron sebelum ini menyarankan kepada pihak pengurusan kedai serbaneka itu agar mempelbagaikan bangsa yang diambil bekerja di kedai berkenaan. Ini kerana majoriti pekerja kedai itu, katanya adalah Melayu, yang mempunyai sensitiviti terhadap penjualan arak kepada orang ramai. Selain itu, Melaka juga sedang membuat kajian menyeluruh melarang penjualan arak di rangkaian kedai serbaneka 24 jam itu dalam kawasan majoriti penduduk Islam di negeri tersebut. - Bernama |
Ahmad Awang putuskan esok sama ada cabar Hadi Posted: 13 May 2015 12:03 AM PDT MALAYSIAKINI Pemimpin veteran PAS Datuk Ahmad Awang akan memutuskan esok sama ada beliau akan bertanding bagi jawatan tertinggi dalam pemilihan kepimpinan parti itu bulan depan. "Esok adalah hari terakhir, di mana saya perlu beri jawapan sama ada saya bertanding atau tidak. "Oleh itu, kita tunggu esok di ibu pejabat PAS. Hanya selepas itu saya boleh beri jawapan saya, sama ada ya atau tidak," kata Ahmad kepada Malaysiakini. Semalam, Ahmad berkata, beliau tidak mengetahui jumlah pencalonan yang telah diterimanya setakat ini dari kawasan dan masih menunggu surat rasmi mengenai perkara itu dari jawatankuasa muktamar. "Saya hubungi mereka dan mereka kata surat akan dihantar kepada saya petang ini," katanya semalam. Mengenai peluangnya dalam pemilihan tersebut, Ahmad (kiri) berkata pendekatan beliau ialah dengan memberi penjelasan mengenai isu-isu semasa. "Sesiapa yang panggil, saya akan pergi. Beberapa hari lepas saya di Sabah. "Kita turun padang untuk menjelaskan kenapa terjadi PAS sekarang ini dan macam mana kita bersama-sama selesaikan masalah ini. "Di situlah, kalau tengok lah, dapat respons yang baik. Insya-Allah kita tengok lah," katanya. Ahmad berkata dalam pemilihan ada dua keputusannya - yang menang dan yang kalah. "Kalau saya menang, Alhamdulillah. Kalau kalah tak ada masalah," katanya. |
Kerana mabuk penumpang MAS dipenjara Posted: 13 May 2015 12:02 AM PDT MALAYSIAKINI Ahli perniagaan Jerman Dietmar Ross, 54, dijatuhi hukuman sebulan penjara selepas mengganggu penerbangan Malaysian Airlines ke Sri Lanka. Ross mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan membahayakan anak kapal, tidak patuh pada undang-undang penerbangan dan menggunakan kata-kata kesat. Dia didakwa bawah Seksyen 70 (1) Akta Penerbangan Awam 1969, menurut Star Online. Pada 10 Mei lalu, pesawat MAS ke Colombo, Sri Lanka, berpatah balik selepas berpusing-pusing di perairan selat Melaka selama dua jam. MAS berkata langkah pesawat tersebut diambil kerana terdapat seorang penumpang mabuk mencetuskan gangguan. "Oleh kerana saiz badannya besar, penumpang lain lain terpaksa membantu anak-anak kapal untuk menahan penumpang," kata MAS. MAS berkata sebaik sahaja tiba di KLIA, penumpang terbabit diserahkan kepada pihak berkuasa dan pesawat itu kemudiannya berlepas kembali ke Colombo. |
Bekas MB: Perintis 1MDB cuba guna minyak T'ganu Posted: 13 May 2015 12:00 AM PDT MALAYSIAKINI Bekas menteri besar Terengganu mendedahkan Terengganu Investment Authority (TIA) - perintis kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) - cuba menggunakan minyak dan gas Terengganu sebagai cagaran, sejak tahun 2008. TIA dinamakan semula sebagai 1MDB pada 2009 selepas syarikat itu diambil alih oleh Putrajaya. Bercakap dalam sidang DUN Terengganu semalam, Ahmad yang juga ADUN Kijal berkata kerajaan negeri bagaimanapun, menarik diri daripada perjanjian ekoran beberapa masalah. "Inilah satu sebab mengapa saya dimarah Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) termasuk kes-kes lain, akhirnya kita menarik diri," kata Ahmad seperti dilapor Sinar Harian hari ini. Dalam laporan itu juga, Ahmad selaku menteri besar ketika itu berkata kerajaan negeri tidak berdepan kerugian bahkan meminta balik wang berjumlah RM1juta sebagai modal berbayar ketika itu. Ahmad berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Satiful Bahri Mamat (PAS-Paka) mengenai hubungan 1MDB dengan kerajaan Terengganu ketika membahaskan titah Sultan di Wisma Darul Iman semalam. Ahmad meninggalkan pejabatnya tahun lalu dan kemudian mengisytihar keluar Umno buat seketika mendakwa kerana beliau dipaksa melepaskan jawatan menteri besar sebelum perkahwinan anak perempuannya. |
Ayah Arka tak kisah kena 'troll' Posted: 12 May 2015 11:50 PM PDT Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah ketika ditemuramah wartawan Sinar Online di pejabat Sinar Harian, Shah Alam, semalam. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN SINAR Online berpeluang mengadakan sesi wawancara bersama Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan Ayah Arka semalam. Berikut antara soalan-soalan panas yang kami ajukan kepada beliau: 1) Kenapa selalu buat laporan polis ? Satu laporan polis yang dibuat akan membuatkan rakyat tenteram. Bayangkan dengan hanya dalam setengah jam selepas saya buat laporan polis dan dilaporkan oleh media, rakyat tahu bahawa ada seseorang yang ambil berat tentang isu semasa. Bagi saya rakyat suka tindakan saya itu (buat laporan berkenaan kes menghasut, menghina) 2) Ada dakwaan mengatakan anda ditaja untuk membuat laporan polis. Benarkah? Tidak. Kami tidak dibayar oleh mana-mana organisasi sama ada badan bukan kerajaan (NGO) atau parti politik. Kami gunakan duit sendiri sebab membuat laporan polis ini risikonya tinggi. Laporan polis tidak boleh tipu sebab sekarang zaman canggih. Apabila laporan polis dibuat, nombor laporan sudah direkodkan dan polis akan siasat. 3) Kenapa pilih Balai Polis Dang Wangi untuk buat laporan? Tidak semestinya. Saya pernah buat laporan di balai polis lain tetapi memang kebanyakan laporan dibuat di IPD Dang Wangi sebab sudah kenal serta mudah berurusan. Di tempat-tempat lain pun sama juga, saya pernah buat laporan polis di Petaling Jaya, Kuala Kangsar, Seri Manjung dan Sentul. 4) Pernah kena kecam dan ugut? Ugut tak ada sebenarnya, tetapi unsur-unsur ugutan itu ada, umpamanya ditanya mana ayah , tinggal , cakap hendak jumpa, tetapi tiada juga, tetapi sehingga kini, ayah tidak pernah dibaling cat, rumah dikacau atau sebaliknya. 5) Memang suka publisiti ke? Tidak kisah kena troll? Saya tidak kisah sebenarnya, sebab saya buat benda betul. Saya hanya melaporkan perkara-perkara yang boleh mengancam negara. 6) Kenapa tampil dengan imej begini? Adakah inspirasi ketika menyertai tentera dulu? Tiada, tentera bukan begini pakainya, ini nama keterampilan luar biasa. Orang lain tak buat saya buat. Inisiatif sendiri tiada orang suruh pun. Saya reka sendiri, setakat ini pemakaian saya tidak ada yang larang. Kalau ada masalah saya mungkin akan tukar pakai busana. 7) Kenapa pakai kaca mata hitam sepanjang masa? (Ketawa) Kalau saya buka kaca mata hitam, ada orang tegur mana kaca mata hitam? Jadi saya pakailah sebab sudah jadi identiti saya. 8) Bagaimana penerimaan anak dan keluarga ? Mula-mula itu keluarga tidak boleh terima cara saya ini, Namun lama-kelamaan mereka boleh terima. Sebab ramai yang 'trollkan' saya tetapi saya cakap kita jangan balas balik, sebab itu jadi 'saham akhirat' buat saya. 9) Dapat gelaran "Datuk Paduka"? Saya dapat dari 'Sultan Melaka' selepas membantu beliau menyelesaikan satu isu. Masa tu, tidak ada sultan lain yang nak bagi dekat saya, jadi saya terima sahajalah. 10) Adakah Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) ini sebenarnya didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS)? Ya betul berdaftar. Asalnya MJMM ialah Majlis Jemaah Muhibbah (MJM), tetapi setelah berdaftar di bawah ROS pada 30 Julai 2012 maka nama pertubuhan itu diubah kepada MJMM. Aktiviti yang dijalankan termasuklah aktiviti kemasyarakatan termasuk membuat laporan polis kepada mana-mana pihak yang cuba menghasut, menghina Islam, bangsa dan negara. |
Polis rakam kenyataan gadis dakwa diugut rogol Posted: 12 May 2015 11:45 PM PDT MALAYSIAKINI Seorang wanita yang mendakwa diugut untuk dirogol oleh polis ketika disoal siasat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi tampil memberi keterangan di ibu pejabat polis Kuala Lumpur (IPKL) hari ini. Maisara Amira, 21, hadir bersama peguamnya, Michelle Yesudas pada jam 12 tengah ini dan kini sedang disiasat. Maisara memberitahu Malaysiakini, beliau hadir ke IPKL setelah menerima panggilan telefon daripada pihak polis untuk berbuat demikian. Semalam, Maisara dalam sidang media mendakwa dia dua kali diugut rogol oleh polis ketika disoal siasat kerana menyertai himpunan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) 1 Mei lalu. Beliau sebelum ini mengesyaki polis yang mengugutnya itu adalah anggota dari Cawangan Khas (SB) kerana lelaki itu tidak berpakaian seragam dan tiada tanda nama pada bajunya. Tambahnya, kejadian itu membawa trauma kepadanya menyebabkan dia sentiasa berasa tidak selamat. "Saya rasa hak saya sebagai wanita perlu dipertahankan dan diambil perhatian," katanya. |
MCA akui GST, 1MDB jejas undi Cina Posted: 12 May 2015 11:43 PM PDT MALAYSIAKINI Walaupun sebahagian undi Cina di Permatang Pauh berpindah kepada BN, Naib Presiden MCA Chew Mei Fun berkata ia masih tidak mencapai matlamat seperti diharapkan. Malah, Chew berkata isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan 1MDB menjadi halangan utama kepada BN untuk mendapat undi Cina lebih tinggi dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh. "Kalau kita lihat di Kampung Sungai Lembu saja, undi Cina memang berpindah kepada BN, namun ia masih tidak mencapai matlamat seperti mana diharapkan. "Ini mungkin kerana kita menghadapi kekangan daripada isu GST dan 1MDB. "Jika bukan dua isu itu, saya yakin undi Cina yang berbalik kepada BN mungkin lebih tinggi," kata Chew dalam satu sidang media hari ini di pejabat MCA di ibu negara. 'Selesai masalah 1MDB segera' Chew bersetuju jika isu 1MDB tidak diselesaikan secepat mungkin, prestasi BN, khususnya MCA, dalam pilihan raya akan terus terjejas. Beliau menyeru pihak berkenaan menjelaskan isu MDB kepada rakyat dan menyelesaikannya secepat mungkin. "Ini satu fakta yang tidak dapat dinafikan, bukan sahaja MCA dan saya berpendapat begitu, saya rasa seluruh rakyat Malaysia pun rasa begitu. "Jadi saya berharap masalah 1MDB dapat diselesaikan secepat mungkin dan memberi satu penjelasan kepada rakyat," kata Chew. |
Nazri cabar Dr M: Kalau berani datanglah Pekan Posted: 12 May 2015 11:38 PM PDT MALAYSIAKINI Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding dengan Datuk Seri Najib Razak di Pekan bagi membuktikan kekuatannya. Katanya, lebih baik Mahathir bertindak demikian daripada cuba menggulingkan perdana menteri. "Saya tidak tahu berapa banyak sokongan yang Mahathir masih ada, tetapi jika dia ingat dia kuat, dia boleh datang cabar Najib dalam pilihan raya umum akan datang," katanya kepada Sin Chew Daily. Najib (atas) sudah mempertahankan Pahang dalam 10 kali pilihan raya umum. Nazri juga berkata Mahathir dan pemimpin Umno lain yang menentang Najib juga boleh bertanding jawatan presiden Umno dalam pemilihan tahun depan. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan