Biaqpila |
SAPA NAK LEPAS GERAM PASAI GST SILA MAIN GAME NI Posted: 13 May 2015 09:52 AM PDT Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan antara pemimpin paling kedepan mempertahankan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Justeru itu, beliau juga sekali gus menjadi pemimpin Umno paling dibenci pengkritik cukai kontroversi itu, khususnya di kalangan aktivis dan penyokong pembangkang. Tidak cukup dengan sindiran dan perolokan diterima susulan kenyataan-kenyataannya, ketua penerangan Umno itu kini dijadikan watak zombie dalam sebuah perisian permainan untuk telefon pintar Android. Permainan menembak zombie menggunakan senapang dan lastik itu dinamakan "Maslan 3.85 extended version", dipercayai memperolok nilai Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) semasa menuntut di universiti. Diperkenalkan syarikat dinamakan Vnbox Sdn Bhd yang beralamat di Ipoh, ia memaparkan watak zombie mirip Ahmad (kiri) yang berpakaian compang-camping, bergigi rongok dan kepalanya pecah. Di poket bajunya pula diletakkan tulisan GST. Pengguna diberikan misi untuk menembak dan melastik watak itu sehingga mati dalam tempoh 100 saat untuk setiap peringkat, termasuk di Parlimen dan Putrajaya. "Kecewa dengan GST? Marah dengan kenyataan kenyataan menyakitkan hati oleh menteri-menteri kita? Jangan risau... lepaskan kemarahan anda dengan Maslan 3.85 Corrupted Version," menurut penerangan di tapak muat turun Google Play. "Sebarang persamaan sama ada dari segi rupa, bentuk muka, jantina dan warna kulit mahupun senyuman dengan individu yang masih hidup ataupun meninggal dunia adalah sekadar kebetulan semata-mata." Percuma 'tanpa GST' Tidak jelas bila ia tersedia tetapi berdasarkan maklumat di tapak seliaan gergasi Internet Google itu, ia kali terakhir dikemas kini pada 6 Mei lalu dan dimuat turun kira-kira 100 kali, setakat laporan ini ditulis. Dalam penjelasan itu, Vnbox menjelaskan bahawa watak "Maslan 3.85" itu hanya rekaan dan "tiada kaitan dengan mana-mana VIP atau penjawat awam berjawatan tinggi yang sedang popular sekarang". Permainan itu boleh dimuat turun secara percuma "tanpa GST", kata syarikat itu lagi. Berdasarkan maklumat di Google Play, Vnbox dikatakan syarikat sama yang menyediakan perkhidmatan "e-aduan Perak" - sebuah perisian untuk pengaduan masalah di sektor awam negeri itu. MKINI |
SATU LAGI PENDEDAHAN 1MDB,MAKIN PENING NAJIB Posted: 12 May 2015 07:47 PM PDT 'Ini salah satu sebab PM marah saya' KUALA TERENGGANU – Sidang Dun Terengganu dikejutkan dengan pendedahan bekas Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) cuba mencagarkan hasil minyak dan gas Terengganu, dan rentetan sehingga beliau dimarahi Perdana Menteri. Adun Kijal itu berkata, 1MDB asalnya Terengganu Investment Authority (TIA) tetapi menarik diri apabila terjadi permasalahan yang tidak dapat beliau terima, iaitu cubaan mencagar hasil minyak dan gas di perairan Terengganu. "Saya memohon maaf, buat masa ni saya tidak dapat menjawabnya, tapi saya tunggu masa sesuai. Saya akui betul, 1MDB asalnya TIA, Terengganu Investment Authority bukan agensi yang modalnya berbayar dan saya dan kerajaan negeri yang bayar. "Tetapi apabila kita dapati hanky panky (perkara tidak betul), ada permasalahan yang tak boleh kita terima, termasuk saya boleh sebut di sini buat permulaan ini dulu. Inilah satu sebab kenapa saya dimarah Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), termasuk kes-kes lain, akhirnya kita menarik diri dan kerajaan negeri tidak rugi apa-apa, saya minta balik wang RM1 juta sebagai modal berbayar ketika itu. "Ini sebagai penjelasan permulaan, tiada yang tidak benar, melainkan benar belaka Yang Dipertua," jelas beliau dengan panjang lebar yang mendapat tepukan wakil pembangkang. Ahmad menjawab soalan lisan Satiful Bahri Mamat (Pas-Paka) mengenai hubungan 1MDB dengan Kerajaan Negeri Terengganu ketika membahaskan titah sultan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dun ke-13 di Wisma Darul Iman, semalam. Semenjak diturunkan daripada jawatan menteri besar setahun lalu, inilah kali pertama Ahmad menyertai perbahasan dan kesempatan itu, beliau memilih menyerang kerajaan dengan pendedahannya itu. TIA ditubuhkan pada 2008 untuk mengendalikan wang royalti minyak negeri dengan pelaburan dalam dan luar negara bagi menjamin kelangsungan pendapatan negeri pada masa depan. Selain itu, Ahmad dalam perbahasannya turut mempersoalkan penemuan kawasan medan minyak di Blok PM307 Bertam yang disahkan berada di kawasan perairan Terengganu. Katanya, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman perlu memikul amanah rakyat bagi mendapatkan kepastian Kerajaan Pusat mengenai status telaga minyak Bertam itu. "Saya pernah tulis surat kepada Petronas untuk mengetahui status kawasan itu, walaupun kita tahu telaga ini milik rakyat Terengganu, tetapi Petronas membisu tanpa sebarang jawapan. "Kawasan medan minyak yang terletak 120 kilometer dari Pantai Geliga yang mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah sebut ia ditemui di Pahang, dan saya menafikan, kerana ia adalah hak Terengganu," katanya. Beliau berkata, syarikat dari Sweden yang menemui minyak itu, Lundin Oil mengeluarkan hasil pertama pada 4 Mac 2015 dan kini menghasilkan kira-kira 4,000 hingga 5,000 tong minyak sehari. "Ini melibatkan empat telaga daripada 15 telaga minyak di kawasan berkenaan yang mana secara keseluruhannya, Bertam boleh keluarkan kira-kira 18,000 barrel sehari. Kita percaya ini perkara pokok kerana ia pendapatan tambahan kepada Terengganu," katanya. SH |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan