Tukar Tiub |
- KEMPEN UNDUR DAN DAKWA
- MULAKAN KEMPEN UNDUR DAKWA
- SUKUK DUKUK MUKUK
- KEMPEN UNDUR DAKWA
- AHMAD SAID
- TANGKAP NAJIB
- AHMAD MASLAN HASAN MALEK
- HARI KE 55
- BERITA BARU MASUK
- ROSMAH PERDANA MENTERI - MAHATHIR
- SIAPA LEMBAGA HITAM ITU?
- I REST MY CASE
- SIAPA JANTAN ITU
Posted: 13 May 2015 07:16 PM PDT TANGKAP & DAKWA Sapa berani nak tangkap lanun bugis dan betina minang nih? Tangkap sekali kutty kerala tu, semua boleh dicampak ke LCS. on TANGKAP NAJIBAnonymous on 5/14/15 nak tangkap piem pi mampos lah selagi ada tukang bodek selagi ada tukang cium selagi ada tukang penjilat apa pun tak nampak kah kah kah on TANGKAP NAJIB Anonymous on 5/13/15 CAKAP KOSONG cakap cakap habuk cakap cakap kosong cakap cakap semberono kah kah kah semua pandai cakap semua pandai beri ucapan habuk pun tarak kah kah kah dua kali lima lima kali dua jua kah kah kah pi mampoooossss lah woit kah kah kah on TANGKAP NAJIBAnonymous on 5/13/15 RASUAH musuh utama negara ini ialah rasuah tapi tak ada sapa ambil peduli semua rasuah peringkat atas sampai bakul sampah rasuah menjadikan negara bankrup ikan bilis ditangkap jerung dibiarkan begitu saja semua tau semua sedar tapi tapi tapi apa kan daya pemimpin atasan begitu juga setiap urusan pasti ada masuk pasti ada komisien pasti ada habuan apa nak jadi budaya rasuah menjadi saluran darah semua akur gejala rasuah diterima di negara sedang membangun kah kah kah rasuah elemen penting dalam memakmurkan negara kah kah kah on TANGKAP NAJIBAnonymous on 5/13/15 ----------------- |
Posted: 13 May 2015 06:45 PM PDT |
Posted: 13 May 2015 06:08 PM PDT 13 MEI 2015 PENAFIAN PNB MENGENAI PEMBELIAN SUKUK BANDAR MALAYSIA OLEH 1MDB Saya baru dimaklumkan bahawa PNB telah mengeluarkan kenyataan menafikan ia membeli bon sukuk Bandar Malaysia yang diterbitkan oleh 1MDB, seperti kenyataan saya semalam. Saya mengucapkan terima kasih di atas penjelasan yang dibuat oleh PNB. Sekurang-kurangnya ia meredakan kebimbangan penabung yang bimbang sekiranya dana PNB juga terlibat dengan 1MDB. Kenyataan saya itu dibuat berdasarkan satu laporan oleh akhbar The Star bertarikh 1 Mac 2014 oleh Risen Jayaseelan yang secara jelas menyebut bahawa PNB telah membeli bon sukuk Bandar Malaysia yang diterbitkan 1MDB. Sekiranya tidak pernah ada rundingan atau PNB tidak pernah membeli bon sukuk tersebut, apakah PNB pernah membuat penafian pantas sejurus selepas laporan oleh akhbar The Star itu disiarkan tahun lepas? Jika PNB tidak pernah membuat penafian pantas tahun lalu sekitar tarikh laporan itu disiarkan, kenapa penafian itu baru dibuat sekarang pada kala kesedaran rakyat mengenai masalah 1MDB semakin tinggi? Mengambil kira segala penafian yang pernah dibuat oleh 1MDB yang akhirnya dibuktikan benar, saya berpendapat adalah lebih baik sekiranya ahli parlimen dan wartawan terus bertanyakan soalan mengenai keterlibatan dana-dana awam dengan 1MDB. Adalah lebih baik sekiranya kebimbangan yang ditimbulkan dibuktikan tidak benar dengan penafian dari dana-dana awam ini kerana sehingga kini tiada ketelusan dalam semua urusniaga melibatkan 1MDB. RAFIZI RAMLI NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG AHLI PARLIMEN PANDAN -------------- |
Posted: 13 May 2015 01:54 PM PDT UNDUR & DAKWA ------------------ |
Posted: 13 May 2015 05:40 AM PDT Ahmad Said dedah punca 'diturun' jawatan MB TerengganuAhmad berkata 1MDB pernah cuba untuk mencagarkan hasil gas dan minyak Terengganu dan akhirnya dibatalkan atas bantahan pihaknya dan perkara itu antara satu sebab beliau 'diturunkan' jawatan. PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said yang selama ini berdiam diri akhirnya mendedahkan punca beliau 'diturunkan' jawatannya. Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kijal itu berkata, 1MDB pernah cuba untuk mencagarkan hasil gas dan minyak Terengganu dan akhirnya dibatalkan atas bantahan pihaknya dan perkara itu antara satu sebab beliau 'diturunkan' jawatan. Ahmad membuat pendedahkan itu ketika membahaskan ucapan menjunjung kasih titah ucapan Sultan Terengganu sempena perasmian Persidangan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri pada Selasa. Ahmad mengakui 1MDB pada asalnya ialah Terengganu Investment Authority (TIA) tetapi menarik diri apabila terjadi permasalahan yang tidak dapat beliau terima. "Saya memohon maaf, buat masa ni saya tidak dapat menjawabnya, tapi saya tunggu masa yang sesuai. "Saya akui, betul, 1MDB asalnya TIA, Terengganu Investment Authority bukan Agency yang modalnya berbayar dan saya dan kerajaan negeri yang bayar. "Tetapi apabila kita dapati "hanky panky" (perkara tidak betul), ada permasalahan yang tak boleh kita terima, termasuk saya boleh sebut di sini buat permulaan ini dulu, mereka nak cagar minyak dan gas di laut Terengganu ketika itu. "Inilah satu sebab kenapa saya dimarah oleh Perdana Menteri, termasuk kes-kes yang lain, akhirnya kita menarik diri dan kerajaan negeri tidak rugi apa-apa, saya minta balik wang satu juta sebagai modal berbayar ketika itu. "Ini sebagai penjelasan permulaan, tidak ada yang tidak benar, melainkan yang benar belaka Yang DiPertua," katanya. Ahmad membuat penjelasan itu ketika menjawab pertanyaan ADUN Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah, yang bertanyakan kaitan 1MDB dengan kerajaan Terengganu. Pendedahan Ahmad itu mendapat tepukan gemuruh daripada wakil rakyat pembangkang. Sidang DUN Terengganu bagi Penggal Ketiga dijadulkan berlangsung selama tiga hari bermula Selasa 12 Mei sehingga Khamis 14 Mei ini. KAH KAH KAH sedih sedih inilah wira melayu inilah wira islam inilah pejuang melayu sedih sedih rupa rupanya wira ini menjadi mangas rakus china tembam mangsa 1MDB MANGSA MANGSA --------------- |
Posted: 13 May 2015 05:07 AM PDT RAKYAT MAHU INI KOMENTAR hadi sokong najib kekal mat sabu sokong najiob kekal tapi ada bezanya mat sdabu mahu najib disiasat dulu jangan letak jawatan semua selesai anak muda #KitaLawan juga wajib nyatakan bukan hanya undur tapi tangkap najib najib ada banyak kes 1- kes bunuh altantuya 2- kes rasuh scorpene 3- kes rembat duit 1MDB jangan biarkan najib letak jawatan bagitu saje KAH KAH KAH woit jangan lepaskan jangan biarkan tangkap tangkap TANGKAP NAJIB ------------------ |
Posted: 13 May 2015 02:39 AM PDT KOMENTAR kabinet hanya akan dirombak 1 - persidangan agong tahunan 2 - sesudah diumum tidak ada pertandingan tahu depan Pejabat PM nafi rombakan KabinetKUALA LUMPUR 12 Mei – Pejabat Perdana Menteri menafikan desas-desus tentang rombakan Kabinet seperti yang tertera dalam satu senarai yang tersebar melalui beberapa laman blog dan media sosial. KAH KAH KAH woit kah kah kah berdebar hati ahmad maslan ada berita kata ahmad maslan akan ganti muhyidin ada berita kata dia jadi hasan malek goncang jiwa hasan malek APA PUNYA TUUR ------------- |
Posted: 13 May 2015 01:08 AM PDT FACE BOOK Hari ke 55. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini tiap kali terkenang dan terbayang wajahnya air mata tak perlu dipaksa untuk mengalir. "Alaaaa, bukannya suami tu mati." "Alaaaaa, bukannya lama, Anwar Ibrahim lagi lama." "Pejam celik pejam celik keluar lah depa." "Kata berjuang dah kena penjara sekejap dah heboh minta nak keluar cepat." Biasa saja telinga ni dengar dan mata ini melihat dan membaca. Kali terakhir berjumpa suami ialah pada 6hb Mei. Ya baru lagi kerana lawatan "special case." Ceria. Sungguh ceria. Seperti bukan berada di penjara. Dia bangun berdiri. Pusing kanan pusing kiri. Minta kami nilai saiz tubuh badannya. "Kurus tak abah?." "Kurusnya!" Menjerit Asiah. Tanya tentang tidur jawapan sama masih atas simen beralas selimut kecil mungkin. Tapi masih dengan senyuman. Soalannya sentiasa "bagaimana orang di luar? Macamana rumah? Macamana bayaran kereta sekolah anak-anak dan lain-lain.?" Ya, sayalah supermom itu yang menguruskan semuanya dengan tiada pekerjaan. Allah jua yang memudahkan segalanya. Saya beri keyakinan pada dia. Lawatan kali ini oleh kerana semuanya berjalan serentak saya dapat peluang jenguk OKZ lainnya. Semuanya ceria! Ade Hilmi, Meor Shafrizal, Ustaz Hasri. Isterinya kelihatan meletak gagang interkom di telinga bayi yang baru berusia sebulan lebih. Haji Isha asyik bersembang dengan isterinya hanya sempat melambai. Khairul tersengih melambai dan mengangkat tangan. Saya dapat bercakap dengan Faiz Arshad yang masuk dalam bilik lawatan Abah Anas Ar Rembawi. Saya ceritakan tentang surat pengampunan yang kami usahakan. Oleh kerana Zulhaizam Zulkifli hanya dilawati oleh kakaknya saya turut sama masuk dan ambil peluang bercakap dengannya. Sangat bersemangat dan nampak tabah sekali. MasyaAllah. Di akhir waktu lawatan mereka semua berdiri berkumpulan dan melambaikan tangan ke arah kami semua. Pertemuan yang amat manis! Alhamdulillah. Thank you Allah. ----------------- |
Posted: 12 May 2015 11:33 PM PDT |
ROSMAH PERDANA MENTERI - MAHATHIR Posted: 12 May 2015 09:28 PM PDT ROSMAH MANSOR DAN LADY MACBETH Minggu lalu saya telah bersurah tentang beberapa perempuan yang sering disebut-sebut dalam buku sejarah. Perempuan-perempuan ini dikatakan memainkan peranan politik dibelakang tabir dan dalam kelambu. Perempuan-perempuan ini bukan Raja, bukan Presiden atau Perdana Menteri. Tetapi mereka lebih berkuasa dari Presiden dan Perdana Menteri. Dari sejarah Eropah pra-moden kita bertemu dengan Marie Antionette (1774-1792) Di Argentina Amerika Latin kita bertemu dengan Evita Peron (1919-1952) Kita juga bertemu dengan perempuan negara jiran – Siti Hartinah a.k.a Ibu Tien dari Jakarta ( 1947-1996) dan Imelda Marcos (1929) dari Manila. Paling terbaru kita bertemu dengan Leila ben Ali (1956) dari Tunisia. Di Malaysia - 28 juta rakyat sedang dipaksa berhadapan dengan seorang perempuan yang bernama Rosmah Mansor. Kesah, cerita, berita dan klip YouTube tentang Rosmah Mansor ini telah keluar bergantang-gantang. New media atau media sosial kini sedang merakam dan menjadi saksi rakyat yang paling setia. Di Malaysia ini usik apa sahaja – pasti akan terusik Rosmah Mansor. Berkumpul dalam apa sahaja majlis – kesah Rosmah akan timbul. Jantan dan betina rakyat Malaysia jika berkumpul – dilobi hotel-hotel 5 bintang kendati pun di kedai Mamak – mereka pasti akan bersembang tentang Rosmah Mansor. Ini seolah-olah mata dan telinga 28 juta rakyat Malaysia sentiasa terbuka untuk melihat kerenah dan mendengar gosip tentang Rosmah Mansor. Bayangkan – ketika banjir melanda Kelantan tahun lalu – satu keping gambar Rosmah sedang bershoping di Bangkok muncul dalam Face Book. Satu negara heboh. Gambar ini menjadi viral. Minggu lepas satu lagi gambar Rosmah muncul ketika Rosmah sedang berjalan diwilayah membeli belah Singapura. Face Book meledak sekali lagi. Marie Antionette, Evita dan Siti Hartinah terselamat dari serangan media baru. Ketika arwah-arwah ini berkuasa internet, twitter dan YouTube belum wujud. Kesah dan desas desus kehidupan boros lagi lumayan mereka hanya bersambung dari mulut ke mulut. TIdak saperti hari ini. Melalui media sosial, kerana kehebatan media baru - perempuan yang bernama Rosmah Mansor ini telah berjaya dinobatkan sebagai ikon kebencian majoriti rakyat Malaysia. Saya berani menggunakan perkataan 'majoriti' kerana adalah fakta. Seramai 52% rakyat Malaysia telah memilih dan mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU13 yang lalu. Ini bermakna 52% rakyat Malaysia membenci Rosmah Mansor. Dalam masa yang sama saya juga amat yakin dalam parti United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya dalam Barisan Nasional pasti ramai yang menyampah melihat muka dan kerenah Rosmah Mansor. Tetapi apa sebenarnya perempuan-perempuan ini? Mari kita lihat pensejarahan Marie Antionette. Pemaisuri ini bukan anak jati Peranchis. Dia dilahirkan dari keluarga bangsawan Austria. Justeru ketika panen gagal, ketika tanaman tak menjadi – kaum tani Peranchis telah menjadikan 'perempuan pendatang' ini sebagai musuh mereka. Perempuan imigran ini menjadi sasaran kaum tani Peranchis. Kemarahan rakyat Peranchis ini mempunyai sebab yang amat amat kukuh. Marie Antoinette ini amat terbukti boros. Pemaisuri ini suka mengumpul intan berlian. Kalau Rosmah Mansor diingati dengan cincin 30 juta ringgit – Marie Antionette hingga ke hari ini akan diingati dengan kes pembelian rantai leher berlian. Revolusi Peranchis (1789-1799) akhirnya menghapuskan sistem Raja di Peranchis dan Marie Antionetter dipenggal lehernya. Hingga ke hari ini dunia mengingati bagaimana Permaisuri ini terdengar suara penunjukan perasaan yang melaungkan ' kami mahu roti – kami mahu roti '. Marie Antoinette menjawab ' jika tidak ada roti.. makanlah cake..' Kata-kata sademikian membantu menyemarakan Revolusi Peranchis hingga berjaya menghapuskan sistem Raja. Kata-kata 'makan cake' dari Marie Antoinette ini mengingatkan kita dengan kata-kata Rosmah Mansor. Si Rosmah dengan bangga telah bercerita tentang bagaimana dia membayar 1,200 ringgit untuk mendandan rambut. Bayangkan untuk sekali mendandan rambut Rosmah membayar 1,200 ringgit – wal hal gaji minima yang cuba dituntut oleh kaum buruh di Malaysia hanya 950 ringgit sebulan. Satu bulan – 30 hari - bukan sekali dandan. Justeru apakah jenis perempuan-perempuan ini? Apa sebenarnya dalam benak mereka? Kenapa mereka memiliki perangai sademikian? Saya memahami Marie Antoinette. Puteri bangsawan yang dibesarkan dengan segala kemewahan. Justeru Marie Antioinette gagal memahami kehidupan kaum tani di Peranchis. Tetapi Rosmah, Evita, Leila dan Imelda bukan dari gulungaan bangsawan? Leila hanya pendandan rambut. Rosmah Mansor hanya anak guru sekolah bukan anak Datuk Undang. Justeru pasti ada sebab musab yang lain yang wajib kita teroki. Untuk memahami perangai perempuan-perempuan ini saya menggunakan pendekatan saikoanalisis. Ini adalah satu teori fikrah yang telah dikembangkan oleh Sigmund Freud (1856-1939). Mengikut teori saikoanalisis perangai dan tingkah laku kita dipangkin oleh bawah sedar. Bawah sedar ialah kesedaran yang wujud diluar kesedaran kita. Mengikut teori ini ada babak babak dalam awalan hidup kita yang terpendam yang memangkin kehidupan harian kita. Untuk saya ada kebenaran dalam menggunakan teori ini untuk memahami siapa perempuan-perempuan ini. Imelda Marcos satu ketika dahulu – ketika sentimen anti Presiden Marcos memuncak - telah disamakan oleh media Manila dengan Evita Peron. Imelda telah marah dan menafikan persamaan ini. Mengikut Imelda dia bukan pelacur saperti Evita. Dengan serta merta perkataan'pelacur' muncul dari mulut Imelda. Ini bermakna perempuan-perempuan ini memiliki ' hidup gelap' yang ingin mereka lupakan. Kehidupan 'gelap ' ini wujud dibawah sedar mereka. Apakah kehidupan gelap perempuan-pereampuan ini? Evita, Hartinah, Leila, Imelda dan Rosmah – semuanya menggunakan 'tubuh badan mereka'untuk sampai kepuncak kuasa. Mereka bukan ilmuan. Mereka bukan pemikir. Bukan ahli sukan. Bukan pakar sains. Yang ada pada mereka hanya tubuh badan mereka. Dengan menggunakan "First Body' perempuan-perempuan ini merancang untuk menjadi 'First Lady'. Orang ramai di Malaysia jarang diberitahu bahawa Najib berkahwin dengan Mak Janda Berhias yang bernama Rosmah Mansor pada tahun 1987. Ketika itu Mak Janda Berhias ini telah berumur 36 tahun. Lebih kotai dari Najib. Umur 36 tahun ertinya dalam masa 4 tahun akan sampai monopos. Media milik United Malays National Organisation menggambarkan Najib bukan duda dan Rosmah masih anak dara dan bukan Mak Janda Berhiasketika mereka berkahwin. Isteri pertama Najib sampai sekarang menjadi 'non person'. Siapa sebenarnya suami pertama Rosmah? Mamat ini juga tidak pernah menjadi Berita Buletin Utama. Malah orang ramai tidak tahu berapa' ekor' anak anak mereka dari perkahwinan pertama. Media Malaysia saperti menerima arahan untuk menutup berita ini. Dengan menggunakan tubuh badan sebagai umpan berahi , perempuan-perempuan ini bijak memilih jantan-jantan. Mereka telah berputar-putar silih berganti mencari antan-antan untuk dipanjat. Evita, Imelda, Hartini dan Leila – semuanya memanjat antan soldadu. Mereka berjaya kerana dinegara yang TIDAK mengamalkan demokrasi hanya soldadu yang berpotensi merampas kuasa untuk menjadi Presiden atau Perdana Menteri. Dari Amerika Latin kita beralih ke Scotland untuk memahami saikoloji perempuan-perempuan ini. Kepada peminat teater atau panggung bangsawan pasti mengenali William Shakespears (1564-1616) yang menulis sebuah drama trajedi bernama The Tragedy of Macbeth. Dalam trajedi ini kita temui watak Rosmah, Leila, Hartini, Evita dan Imelda. Lebih dari 400 tahun dahulu Shakespears tanpa menggunkan saikoanalisis telah mengenali watak-watak perempuan ini. Shakespears telah menggarap watak Lady Macbeth – perempuan di belakang Lord Macbeth. Lady Macbeth telah memaksa suaminya membunuh Raja Duncan untuk merampas tahtha dan menjadi Raja Scotland. Jika kita halusi siapa dia Leila, Evita, Imelda, Hartini dan Rosmah – maka tidak dapat tidak kesemua mereka memiliki ciri-ciri perwatakan Lady Macbeth. Mereka adalah perempuan-perempuan yang 'memaksa' Sang Suami 'merampas' kuasa untuk menjadi Presiden. Adalah dikesahkan apabila Anwar Ibrahim telah dibuang dari kerajaan pada tahun 1998 dahulu – Lady Macbeth Rosmah Mansor telah berdoa siang malam agar penggantinya ialah Najib Razak. Mengikut klip YouTube Perempuan Puaka pastilah Rosmah telah menggunakan bantuan para bomoh untuk memastikan antan suaminya menengak terus ke puncak kuasa. Lady Macbeth dari Scotland telah menggunakan khidmat Nenek Kebayan untuk merampas kuasa. Manakala Rosmah Mansor dari Rembau menurut klip YouTube Perempuan Puaka telah menggunakan khidmat bomoh. Apa yang saheh ialah William Shakespears 500 tahun dahulu telah mengenali watak perempuan bernama Rosmah Mansor. Apa sebenarnya pekara yang menjemput orang ramai untuk mempersoalkan siapa Evita, Imelda, Leila, Hartinah dan Rosmah? Kalau Marie Antoniette kita dapat memahami dengan senang kerana pada ketika itu rakyat marah kerana lapar. Apakah betul perempuan-perempuan ini saperti Lady Macbeth memiliki kuasa. Apakah betul, apakah saheh dibelakang kuasa Presiden Juan Peron (1995-1974) ialah isterinya Evita. Apakah betul dibelakang Najib Razak ialah Rosmah Mansor? Tunggu minggu hadapan. ( TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEDILAN sesiapa yang ingin melanggan akhbar mingguan ini sila puykul talipon: 03-92-21-30-45 |
Posted: 12 May 2015 09:00 PM PDT |
Posted: 12 May 2015 08:37 PM PDT FACE BOOK Di bawah ceramah hudud. Di atas ceramah Pakatan Rakyat. Patutlah Nik Nik Mohamad Abduh dgn Mohamed Fadzli Hassan bukan main bechok buat fitnah konon ceramah tolak hudud. Di tempat yg sama tapi kedatangan cukup berbeza. KAH KAH KAH kah kah kah kah kah kah kah kah kah ------------ |
Posted: 12 May 2015 08:11 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan