Rabu, 13 Mei 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Hukum hudud bukan sesuatu keutamaan - Hj Hadi

Posted: 13 May 2015 03:43 AM PDT

Pada sidang media selepas mengadakan ceramah Pra-Bubar Parlimen di Kuala Berang, Presiden Pas, Hj Hadi Awang berkata, hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Ulangan :hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan!

Ikuti transkrip dari rakaman yang diedit untuk memberi tumpuan kepada kenyataan yang amat penting mengenai pra-syarat pelaksanaan hukum Hudud yang dinyatakan oleh Hj Hadi pada 8 Mei 2009 lalu.

Wartawan : Hukum Hudud telah luluskan masa PAS memerintah Trengganu.

Hj Hadi : Apa dia? 

Wartawan : Hukum Hudud telah diluluskan semasa pemerintahan PAS.. 

Hj Hadi : Kita dahulukan yg mana dahulu. Dahulukan masalah, atasi kemiskinan. Hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan. Hukum mencuri tak boleh jatuh, kalau gaji minima tak dilaksanakan. 

Wartawan : Disini dia bukan priority , dia bukan keutamaan? 

Hj Hadi : Syarat dia mesti! Nak jatuh hukum mencuri sebagai contohnya, mesti gaji minima kena ada. Kalau dia mencuri kerana gaji tak cukup, tak boleh laksanakan; tak cukup syarat laksanakan hukum ini. Hak tu kena faham!

Wartawan : Jadi maksud dengan permasalahan tu.. 

Hj Hadi : Masalah pengangguran terlebih dahulu diselesaikan, baru dilaksanakan. Itu dia!

Komen al-Husseyn :

Tolong tanyakan kepada Hj Hadi tiga  soalan berikut:

a) Sudahkah masalah kemiskinan dapat diatasi khususnya mangsa-mangsa banjir di Kelantan, yang masih tidak punya kediaman? Yang baru nak memulakan kehidupan baru setelah rumah dan segala harta benda habis musnah. Cucuk tanaman dan ternakan punah ranah...

b) Apakah gaji minima di negara ini sudah dilaksanakan?
Untuk makluman Hj Hadi, yang begitu sayang dan kasihkan mantan MB Selangor, Khalib Ibrahim, dia  telah berjanji akan melaksanakan had gaji minimum mulai awal tahun 2012 dulu melalui semua anak syarikat negeri. 

Berita Kencing ini telah diumumkan oleh beliau ketika membentangkan Bajet 2012 yang bertemakan 'Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat' pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, pada 9 November 2011. Baca lagi  di sini

c) Kenapa dulu cakap lain, sekarang cakap lain? Bukankah itu merupakan janji kamu sewaktu mahu menghadapi PRU-13? 

Cukuplah saya bertanyakan tiga soalan tu. Itupun dia tentu tidak akan dapat menjawapnya. Macai-macainya yang akan tolong menjawap untuk Hj Hadi nanti pastinya akan melalut yang bukan-bukan... 

Apa saja yang Hj Hadi cakap, semuanya adalah betul. Tapi kalau korang yang cakap macam tu,  tentu ulama-ulama UG akan tuduh korang tolak Hudud! Itulah yang terjadi kepada Khalid Samad, Dr Zulkefli Ahmad , Husam Musa, Dr Mujahid Rawa.

Itulah juga yang Nik Abduh dan gerombolan UGnya tohmahkan Lim Kit Siang (LKS).  Dia tohmahkan LKS dibawa ke Kelantan untuk menghina hukum Allah. 

Merata-rata tersebar ceret beret dari mulut Nik Abduh, hinggakkan Man anak Pak Ya pun ikut melalut terus gi jilat ceret yang keluar dari mulut Nik Abduh tuh!

Cer bandingkan dengan kenyataan LKS di sini.

Sila dengar rakamannya :

Mu dengo molek wala'un!

Posted: 12 May 2015 08:12 PM PDT

PEMBOHONG!!!! Selama ni rupanya Pas berbohong & menipu ahli & masyarakat.

Pas selalu sebut SPR tidak adil... SPR menipu... SPR itu.. SPR ini...

Pas selalu salahkan SPR bila kalah pilihanraya...

Hari ni tiba2 Presiden Pas kata Najib dilantik melalui proses demokrasi yang adil...

Maka selama ini Pas berbohong!!!

 Tuang-tuang....

Kite lawang Umno bukang kerne name die Umno... 

Kite lawang Umno sebak die dok mahu kawang ngang kite... 

Le ni die dah baik ngang kite.. Jd tak de alasan kite nok lawang die....

Mu dengor molek....

Nak sokong Najib supaya tidak letak jawatan tu aku tak ada masalah malah aku boleh bersetuju.


 Najib tak perlu letak jawatan & diganti oleh Muhyiddin. Apa yg Najib perlu buat ialah BUBAR PARLIMEN. Tapi bila kata Najib dipilih melalui proses demokrasi yg adil tu aku tak boleh terima.

 Punya byk bukti SPR menipu, dia blh kata adil.

 Mejar Zaidi lwn penipuan SPR spi kena pecat, dia blh kata demokrasi adil. Apa punya ghapla la... ذوالحزم شاريف السبعة

Masalah sebenarnya bukanlah Hudud – Lim Kit Siang

Posted: 12 May 2015 05:21 PM PDT


Sama ada Pakatan Rakyat boleh kekal atau tak boleh kekal, lagi satu bulan akan menentukan masa depan sama ada rakyat Malaysia boleh tukar tumbang Umno dan BN dalam PRU yang akan datang.


Baru-baru ini saya dengan 4 ahli parlimen DAP YB dari Kluang, Chin Tong, YB dari Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, YB dari Seputeh, Teresa , YB Bukit Mertajam, Steven Sim. Kita ada pergi Jordan dan Mesir. Untuk jumpa bertukar-tukar fikiran dengan pelajar-pelajar kita di Jordan.

 Ada lebih kurang 2 ribu orang, ada pelajar-pelajar kita di Jordan, dan di Mesir. Saya dengar mungkin lebih kurang 10 ribu pelajar2 di Mesir, dan kita ada bertukar fikiran, dan belajar mengenai perkembangan politik di Timur Tengah.

 Dan kita ada sangat frank, tukar pandangan dan ada soalan2 kita kemukakan dan mereka ada tanya mengenai masalah politik di Negara kita, samada Pakatan Rakyat boleh kekal. Masalah-masalah yang sekarang yang Pakatan Rakyat sedang hadapi ; kenapa Pakatan Rakyat tidak boleh bersatu terus bersatu padu…

 Masalah sebenarnya bukanlah Hudud. Masalah ialah samada parti-parti dalam Pakatan Rakyat boleh jujur dan ikhlas, untuk mengotakan apa yang kita sudah janji.

 Apabila kita tubuh Pakatan Rakyat (pada) 2008, bahawa kita bersetuju mengenai dasar bersama. Dasar bersama mengenai masa depan menyelamatkan Malaysia. Supaya kita mengembalikan demokrasi, kebebasan, keadilan dan supaya negara boleh menjadi negara yang adil dan makmur untuk semua rakyat. Itulah masalah…

 Oleh kerana kalau tiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat, kita tidak boleh pegang pada apa yang kita sudah janji. Bagaimana kita boleh dapat sokongan dan harapan serta keyakinan orang ramai. Dan dalam perbualan kami samada di Jordan atau di Kaherah, masalah-masalah yang timbul ialah mengenai Hudud.

 Saya bukan orang Islam, tetapi dalam Jordan dalam Mesir .. Jordan, 92% penduduk orang Islam. Di Mesir 95% penduduk adalah orang Islam. Itupun di Jordan atau di Mesir tidak ada Hudud. Dan ada pandangan, ada pertikaian , ada debate samada patutkah untuk utamakan Hudud atau tidak. Dan saya bacalah dalam…apabila saya melawat pergi Jordan melawat selain daripada Amman, pergi Mafraq pergi Karak, Irbid dan baca adalah bahawa sarjana-sarjana dan ustaz-ustaz, ulama'-ulama' Islam, ada berpendapat bahawa, Hudud sebahagian kecil daripada undang-undang syariah dan adalah syarat-syarat sebelum ia dilaksanakan.

 Sheikh al-Qaradhawi, Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia , pun ada berpendapat, bahawa kalau semua undang-undang syariah tidak boleh dilaksanakan, masa tak sampai untuk melaksanakan Hudud. Pun ada priority , keutamaan . Saya ada baca bahawa , kalau mahu melaksanakan hudud perlulah ada syarat-syarat dimana basic needs, keperluan pokok (asas) , semacam pekerjaan, semacam perumahan, semacam kesihatan , transport dan lain-lain… semua dibekalkan. Keselamatan semua diberikan sebelum kewajipan hak-hak diberikan, sebelum kebajikan ditentukan. Itu bukan saya kata; (itu adalah) apa yang saya baca di Mesir dan Jordan.

 Dan ada pandangan semasa bertukar fikiran dengan pelajar-pelajar, saya ada berkata bahawa kita ada tujuan mengenai perkara ini. Bukan oleh kerana kita anti Islam. Adakah masalah di Jordan, di Mesir , masalah anti Islam? Bukan! Tetapi mengenai samada sesuai atau tak sesuai. Khas didalam Malaysia , satu masyarakat majmuk.

 Apabila kita ada perlembagaan dan ada prinsip-prinsip utama di maktub, itu hal-hal yang lain.Dan saya mustahak, khasnya di Malaysia. Perkara in …dilihat sebagai anti Islam atau bukan anti Islam. Saya, mungkin saya rasa; bahawa mengikut perlembagaan, tak sesuai, ada pelaksanaan Hudud. Itu bukan kerana saya anti Islam. Tetapi kalau kita melihat ini sebagai anti Islam dan pro Islam, saya rasa ini tidak memberi apa-apa kebaikan kepada masyarakat kita. 

Adakah pemimpin-pemimpin Perdana Menteri, 5 Perdana Menteri yang kita ada , Tengku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Husein Onn, Mahathir 22 tahun dan Tun Abdullah , mereka anti Islam? Adakah Umno anti Islam? Kalau Umno anti Islam oleh kerana bahawa Hudud tidak sesuai untuk masyarakat majmuk dan mengikut perlembagaan Malaysia? 

Apakah apa-apa parti yang bekerjasama dengan Umno pun anti Islam? Tak mungkin.Tak mungkin! Parti Pas pun pernah bekerjasama dengan Umno tahun 73-77. Saya rasa kita perlulah fikir lebih mendalam, dalam perkara ini.

 Apa yang mustahak ialah, bahawa kalau kita mahu memastikan bahawa kita ada kerajaan yang baik, ada good governance, pemerintah yang baik , tak ada skendal 1MBD, tidak ada penyelewengan Lembaga Tabung Haji dan lain-lain. Kita perlulah ada satu kerajaan yang boleh memastikan rakyat boleh menikmati keadilan, kebebasan dan kemajuan. Tak kira apa kaum! Tak kira apa-apa agama. Kita dalam Malaysia, kita perlu akui bahawa inilah satu masyarakat majmuk.

 Dan saya rasa ini mustahak, kali yang pertama dalam 58 tahun, kita ada peluang. Kita melihat ruang boleh tumbang kerajaan Umno/BN.

 Tetapi kalau dalam satu bulan ini, oleh kerana perkembangan-perkembangan politik di tanah air kita, Pakatan Rakyat tidak boleh dikekalkan, kita akan hilang peluang-peluang ini. Peluang yang emas once in a lifetime! Once in a lifetime dan tak mungkin, kemungkinan ini berlaku begitu dalam masa yang singkat.

 Dan saya pun harap. Saya pun lama dalam politik dan tahun depan, 50 tahun saya di dalam politik. Apa saya harap melihat? Saya harap lihat ialah bahawa dalam PRU masa depan, Pakatan Rakyat boleh kekal, Pakatan Rakyat boleh tumbang Umno/BN dan ada satu kerajaan Pakatan Rakyat di Putrajaya dan 8 negeri Malaysia! Kalau ini boleh berlaku, ini sejarah!.Bolehkah?

 Itulah penting dan saya rasa inilah mustahak untuk masa depan Malaysia, Barulah kita boleh berjaya. Apabila saya jumpa aktivis-aktivis di Jordan dan di Mesir, saya ada bertanya mereka, dalam dunia Negara-negara Islam, apakah negara mereka ada harapan besar; nama-nama Negara. Mereka ada namakan Tunisia, oleh kerana mereka ada Ghanousi di sana, mereka ada menamakan Turki, mereka ada menamakan Malaysia. Mereka harap Malaysia dapat memberikan satu contoh untuk dunia Islam. Dan saya rasa ini kita boleh buat.

 Oleh kerana dalam Malaysia adalah masyarakat majmuk, bagaimana perlu Islam di Malaysia boleh memberi contoh kepada dunia bahawa boleh adapt dan sesuai dengan masyarakat majmuk untuk dunia supaya bukan sahaja kita belajar daripada Timur Tengah, tetapi Negara-negara Timur Tengah boleh belajar daripada Malaysia. Bolehkah?

 Dan rasa ini pun juga harapan saya, dan saya harap masa depan selepas satu bulan, kita ada harapan yang tinggi bahawa kita tidak binasakan harapan-harapan yang kita ada untuk perubahan besar di tanah air kita, Sekian terima kasih. 

Tiada ulasan: