ALHUSSEYN |
- Kenali salah seekoq syetan pendamping Haji Hadi
- MULUT CERET BERET NIK ABDUH FITNAHKAN LIM KIT SIANG
- Matlamat ke Putrajaya tak gadai dasar PAS - Mat Sabu
Kenali salah seekoq syetan pendamping Haji Hadi Posted: 12 May 2015 10:14 AM PDT PENCERAMAH AGAMA TV9 MENGAKU BERSALAH LAKUKAN KEGANASAN TERHADAP ISTERI. Makamah Putrajaya hari ini telah memutuskan denda sebanyak RM2,000.00 kepada penjual agama Ostad Halim Din setelah beliau mengaku bersalah dalam cubaan menculik dan menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya pada Febuari tahun lepas di satu kawasan parkir Hospital Putrajaya. Ostad halim Din yang popular dalam rancangan "Tanyalah Ustaz TV9' pada mulanya tidak mengaku salah di depan hakim tetapi setelah hakim menyatakan bahawa beliau akan di bicarakan kerana tidak mengaku salah, serta merta beliau telah menukar pengakuan kepada bersalah kerana takut akan lebih banyak cerita kejahatannya akan di bongkarkan sekiranya di bicarakan. Ostad Halim Din pernah di kaitkan dengan beberapa skandal dengan wanita sebelum ini tapi sehingga kini beliau hanya menafikan tanpa membuat tindakkan saman terhadap cerita yang sensasi di kalangan staf Pejabat zakat Selangor. ~ Rosly Yusof |
MULUT CERET BERET NIK ABDUH FITNAHKAN LIM KIT SIANG Posted: 12 May 2015 01:22 AM PDT Kesihan nik abduh. Dia dgr khabar angin je kononnya kit siang dtg ke kota bharu utk menghina hukum Allah , sdgkan aku dgr live ceramah mlm tu smpai selesai bahkan ada rakaman lagi takde pun kit siang menghina hukum allah. Apa yg kit siang sebut bkaitan hudud hanya dia menceritakan tentang buku yg dia baca hasil tulisan beberapa ulamak tentang beberapa pendekatan dan pandangan ulamak tersebut. Tiada satu kalimah pun dari kit siang yg menghina hukum allah. Kalau waktu ketiadaan almarhum tok guru nik aziz tiada maka kehadiran kit siang ke kelantan itu mnyusahkan nik abduh, patutnya dia kena fikir mngapa arwah ayahnya dulu sanggup ke rumah mendiang karpal singh utk potong kek hari jadi? Salah juga kah? Sikap nik abduh yg syak wasangka ke atas kehadiran kit siang ke bumi serambi mekah hanya dia mendengar khabar2 angin semata2 semakin memburukkan imej partinya sendiri. Jauh sikap anak dgn ayah.... Ada pula yang mulut celupar kata program ceramah mat sabu, rafizi dan Kit siang mlm semlm di Kota Bharu tu adalah program 'penentang2 Hudud". Wahh...ramainya "penentang2 Hudud" kat Kelantan. Kata semua rakyat Kelantan sokong Hudud.... Nak buat propaganda burukkan org lain tu biarlah nampak cerdik sikit ok . ~Wfauzdin Ns Kalau dah terang-terang bersekongkul dgn mrk hudud sama ĺaj fikrah mereka ini dgn ahli parti melayu selain pas. Betul tak? Ini apahalnya PJ Perak Razman Zakaria pun jadi PENYEBAR FITNAH...kesian kawan-kawan aku - Ajijoi , Hafiz Ibrahim terhasut kerananya. Pantang keluar ceret dari mulut Razaman, cepa-cepat depa ni gi jilat licin tanpa usul periksa! Sila korang dengar baik-baik ucapan sebenar Lim Kit Siang pada malam ceramah di Kota Baru kelmarin di sini Ucapannya bermula pada minit ke 1:28:42. |
Matlamat ke Putrajaya tak gadai dasar PAS - Mat Sabu Posted: 11 May 2015 06:06 PM PDT KOTA BHARU: PAS tidak akan menggadai dasar perjuangannya biarpun dalam masa yang sama berganding dengan Pakatan Rakyat bagi menggantikan Barisan Nasional (BN) di Putrajaya. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata PAS sentiasa menghormati rakan-rakan gabungan dalam Pakatan Rakyat. "DAP pun tahu dasar PAS sejak awal penubuhan ialah memperjuangkan penubuhan negara Islam. Sebab itulah PAS tidak berkompromi dengan dasarnya biarpun berusaha melangkah ke Putrajaya. "PAS menghormati DAP dan PKR, begitu juga sebaliknya mereka menghormati PAS," katanya pada ceramah perdana bertema 'Kukuh Pakatan Rakyat Hancurkan BN' di Padang Perdana di sini, malam tadi. Hadir sama Ketua Whip Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof dan Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah. Mohamad juga berkata kejayaan PAS dalam sejarah pilihan raya kerana ada gandingan dengan rakan-rakan daripada parti lain. Katanya, PAS bertahaluf siyasi dengan Parti Negara diketuai Datuk Onn Jaffar pada pilihan raya umum 1959 sehingga berjaya mentadbir Kelantan dan Terengganu. "Begitu juga PRU 1990 PAS berganding bahu dengan Semangat 46, Hamim dan Berjasa bagi menumbangkan Umno di Kelantan," ujarnya. Oleh itu beliau berharap ketika Umno di bawah Datuk Seri Najib Razak hendak patah sayap sekarang, jangan pula ada pihak yang memberi tongkat sehingga parti itu dapat tegak semula. Sempena program Mohamad menyerahkan replika kunci pacuan empat roda kepada Unit Amal Kota Bharu bagi kegunaan misi bantuan kemanusiaan. Hilux berharga RM97,000 tersebut disumbang PAS Kota Bharu. -HARAKAHDAILY 11/5/2015 |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan