DIALOG RAKYAT |
- Najib lwn Mahathir: Silat lwn Kalari Payat
- “Tidak mustahil cetak lebih banyak wang selamatkan 1MDB”
- Lawatan Najib ke Sabah gagal yakinkan rakyat
- “Apa BN Pulau Pinang buat untuk kurangkan beban akibat GST?
- Jangan sentuh duit rakyat bayar pinjaman RM3.6 bilion 1MDB, kata Rafizi
- Siswazah antara 400,000 individu belum bekerja di Malaysia
- Amah Indonesia dapat IC, BR1M?
- AMK: KJ sebenarnya sokong siapa?
- GST: 295 barangan perlu diturunkan harga
- Najib kata baik, pemimpin akar umbi kata lain
- Tahanan Bantah GST Dakwa Polis Ugut Nak Rogol & Jual Video
- Lebih 1,000 Pati Rohingya, Bangladesh Dibuang Di Perairan Langkawi
- Umno Kini Ketandusan Pejuang Tulin
- Umno tidak akan mampu mengubah fitrah hipokritnya – Tony Pua
- Berita Terkini Skandal 1MDB Menang Tender Projek 3B RM11 Bilion. YTL, Malakoof, TNB Kalah. Akhirnya TNB Ambil Alih Projek?
- Warga emas maut dibunuh
- Kes 1MDB, TH akan dilapor ke SPRM
- Umno berdepan cabaran yakinkan orang muda
- Jangan campur urusan Pas
- Pas praktik hiburan tidak langgar syarak
- PNB pula penyelamat 1MDB, kata Rafizi
- Zam jangan jadi batu api
- Kadir: Najib akan sekat pencabar
- Kuat dalam Umno tapi kalah pilihan raya
- Mahathir kritik Rosmah berlagak macam PM
Najib lwn Mahathir: Silat lwn Kalari Payat Posted: 12 May 2015 04:04 AM PDT PM Najib boleh jerit sana sini. Dia boleh upah MP Kalabakan himpun orang ramai. Beri t shirt, topi, duit dan sediakan makanan. Karipap mungkin RM3 satu. Orang pun ramai datang. Najib pun suka dan gembira. Rakyat masih sayangkan aku. Mungkin juga ada placards we love PM. Tapi Najib dan saya tahu bahawa jika Dr Mahathir memulakan sesuatu dia akan usaha sampai ke penghujung. Jika dia kata dia nak tumbangkan Najib , bersedialah kita -dia akan usahakan langkah2 sehingga Najib jatuh. Walaupun umur 90 tahun, bila ada perlawanan, Dr Mahathir ada anjakan adrenalin. Otak nya kembali muda. Langkah nya akan jadi mantap. Silatnya akan jadi tangkas. Najib bersilat, dr Mahathir kalari payat. Bugis lawan Malabar. Jika Najib sokong Dr Mahathir dan kerana sokongan itu, Dr Mahathir jadi PM selama 22 tahun, perkara serupa boleh diaplikasi keatas Najib. Kerana sokongan itu Najib dapat tempat dalam UMNO sehingga jadi PM. Orang UMNO tahu berapa kali Najib hampir digugurkan tapi selamat kerana Dr Mahathir berlembut. Dan Dr Mahathir tahu kenapa Najib ubah sokongan pada saat akhir kepada nya. Sama ada Najib Tun Razak kurang ajar atau dr Mahathir tak ada rasa malu, kita bebas menterjemahkan nya. Di Tawau, PM Najib suruh Dr Mahathir jangan buat bising lah. Mereka, termasuk Najib telah menyokong dia dari tahun 1987. Dr Mahathir kena sokong pula. Kalau tak sokong diam sahaja ba. Tapi kerana sokonga itu jua, Najib terus jadi menteri semenjak 1987, dinaikkan pangkat sebahagian besar nya bawah perlindungan Mahathir dan jdi TPM dan PM atas desakan Mahatir juga. Budi siapa kepada siapa yang lebh besar? Tidak kiralah sama ada orang yang berhimpun itu disewa atau tidak atau di punggah dengan segala kenderaan supaya memenuhkan ruang. Najib suka ada pesta dan orang ramai kerana ianya memebri ilusi sokonan terhadapnya kuat. Orang bangsawan suka jika ada rongeng2 sikit, nyanyi2 sikit, gedik2 sikit. Dr Mahathir yang sudah 90 tahun macam tak reti Bahasa- PM suruh diam dan sokong, dia masih hentam. Kita menunggu DR Mahathir keluarkan kenyataan megapa Najib menyokong nya disaat akhir. Umum tahu bahawa Najib ketika itu, sampai ke saat akhir menyokong Tengku Razaleigh. Mesti ada rahsia besar yang Dr Mahathir ada keatas Najib yag menyebabkan Najib menyokong DR Mahathir. Kita tunggu juga jawapan Dr Mahathir. Seperti orang lain, saya baca tulisan Dr Mahathir yang mutakhir. Perenggan yang meminatkan saya ialah: Saya tidak dapat terima negara diperintah oleh Pakatan. Dasar-dasar dalam parti-parti dalam pakatan bertentangan antara satu dengan yang lain. DAP lebih utamakan kepentingan orang Cina. PAS mendakwa ia bukan Melayu, hanya Islam. Keislaman PAS hanyalah untuk politik bukan sebenarnya untuk Islam. Sebab itu PAS mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir tetapi kemudian PAS memeluk orang kafir. Parti Keadilan hanya untuk Anwar jadi Perdana Menteri. Jika Pakatan menjadi Kerajaan, huru-hara akan berlaku. Kemajuan negara akan terjejas dan rakyat semua kaum akan menderita. Dasar parti mungkin bertentangan satu sama lain- tapi keinginan untuk melihat Malaysia sebagai sebuah negara demokratik, dipimpin oeh kerajaan yang jujur dan boleh dipercayai, berdiri atas prinsip perintah ikut undang adalah impian bersama. Dibawah umno, mereka perintah ikut selera PM. Seperti yang Dr Mahathir sendiri sebut- pengadu yang melapurkan mengenai jho Low dirampas rumah dan diistihar muflis, pemberita ditangkap, ugutan sana sini. Kedaaan tidak akan lebih huru hara seperti yang berlaku sekarang. Kita sudah sampai ke bontot tong, tidak ada arah lain melainkan keatas. Di negeri yang diperintah oleh DAP, PKR dan PAS keadaan lebih teratur dari pemerintahan Malaysia dibawah AhJib Gor. Dr Mahathir tidak sebut perkara yang terpenting. UMNO tumbang dan akan tewas kerana parti itu gagal mengundang believability. It is failing because it no longer enjoys believability. | |||
“Tidak mustahil cetak lebih banyak wang selamatkan 1MDB” Posted: 12 May 2015 03:50 AM PDT Faiz Zainudin Presiden PKR berkata Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin bersedia menggadaikan sensitiviti rakyat demi menyelamatkan 1MDB. PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menolak kemungkinan kerajaan Barisan Nasional (BN) mencetak lebih banyak wang bagi menanggung hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin bersedia menggadaikan sensitiviti rakyat demi menyelamatkan 1MDB. "Tidak mustahil mereka (Najib) sanggup mencetak lebih banyak wang untuk membiayai hutang 1MDB setelah segala dana rakyat habis digunakan nanti. "Sekiranya dilakukan demikian, maka nilai Ringgit Malaysia akan susut ke tahap yang lebih rendah dan rakyat yang menanggung tekanan memandangkan banyak bahan keperluan asas rakyat Malaysia diimport," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. Wan Azizah berkata, satu demi satu kepincangan dikesan dilakukan demi menyelamatkan anak syarikat milik kerajaan itu. "Saya kesal dengan sikap kerajaan. Sudahlah pendapatan rakyat yang tidak meningkat dirompak oleh kerajaan menerusi beban GST, duit simpanan untuk masa depan rakyat (LTH, KWAP) pula digunakan sewenang-wenangnya untuk menyelamatkan 1MDB yang hanya menguntungkan kroni," katanya. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, berharap Bank Negara Malaysia (BNM) bertindak menentang perbuatan yang boleh menyebabkan penyusutan nilai ringgit demi mempertahankan mata wang negara. | |||
Lawatan Najib ke Sabah gagal yakinkan rakyat Posted: 12 May 2015 03:46 AM PDT Oleh STEPHEN WONG Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Sabah hanya sebuah gimik politik semata-mata dan tidak langsung memberi keyakinan dan harapan kepada rakyat Sabah. Bagi pendapat saya, rakyat Sabah seolah-olah dihina apabila Najib mengulangi kenyataan 'Sabah masih deposit tetap BN' ditambah pula dengan pujian melangit Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Rahman Dahlan kepada Najib sebagai 'hanya satu-satunya' Perdana Menteri yang banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah. Saya ingin buktikan bahawa kenyataan ini tidak benar dan mengelirukan. Lihat sahaja apa yang berlaku di Matunggong baru-baru ini seperti yang dilaporkan laman-laman web media tempatan, penduduk kampung tidak mampu untuk membayar kos sambungan dan deposit untuk menikmati bekalan air bersih dan terpaksa bergantung kepada sungai yang semakin surut. Sungai itu juga dilaporkan keruh dan tidak bersih untuk digunakan tetapi penduduk kampung tiada pilihan lain. Perkara ini sangat ironi kerana ia berlaku di dalam kawasan Menteri Teknologi Hijau, Tenaga dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili. Ia juga masih berlaku semasa PM melakukan lawatan ke Kota Belut yang mana sangat hampir dengan Kota Marudu dan Matunggong. Ini hanya salah satu kegagalan kerajaan BN dalam menyediakan keperluan asas bagi rakyat Sabah. Selain Matunggong, terdapat banyak lagi kampung di kawasan pedalaman dan luar Bandar Sabah yang menderita akibat kurangnya infrastruktur dan terpaksa bergelut demi mendapatkan bekalan air bersih dan elektrik. Saya ingin mengingatkan Najib walaupun telah enam tahun manjawat jawatan sebagai Perdana Menteri, Sabah masih merupakan negeri yang mempunyai bilangan penduduk miskin teramai malah banyak janji-janji pembangunan yang masih belum terlaksana. Misalnya janji sejak 17 tahun lalu untuk membina jalan bagi penduduk kampung di Pitas sehinggalah DAP melalui Impian Sabah menjalankan usaha memungut sumbangan untuk membantu penduduk kampung merealisasikan impian mereka. Dalam perkara lain, bagi Rancangan Malaysia ke-10, kerajaan telah menyasarkan untuk menyediakan 99% bekalan elektrik kepada kawasan pedalaman Sabah manakala 98% pula bagi bekalan air terawat kepada isi rumah di kawasan pedalaman Sabah. Kerajaan juga telah berjanji untuk membina jalan sepanjang 2,540km di kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah. Jika Najib benar-benar ikhlas dengan apa yang diucapkan minggu lalu di Sabah dimana beliau berasa terhutang budi dan mahu membalasnya, beliau perlu menjawab sama ada semua janji-janji ini telah terlaksana. Selain terus bermain wayang dan terus bertelingkah di dalam UMNO yang menyebabkan rakyat Sabah dan seluruh Malaysia menjadi mangsa, Najib perlu memberi perhatian kepada Sabah secara serius dan membantu untuk menyelesaikan masalah mereka seperti infrastruktur yang lemah dan kemiskinan, bukan hanya sekadar mengadakan lawatan dengan tangan kosong. (^) Stephen Wong Tien Fatt Timbalan Pengerusi DAP Sabah dan Ahli Parlimen Sandakan | |||
“Apa BN Pulau Pinang buat untuk kurangkan beban akibat GST? Posted: 12 May 2015 03:44 AM PDT Roketkini.com GEORGE TOWN, 12 MEI: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membidas pembohongan Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow yang mendakwa belanja operasi kerajaan negeri tidak tertakluk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Guan Eng berkata, tuduhan Teng bahawa operasi Pulau Pinang berjumlah RM100.25 juta seperti gaji dan pembayaran pencen dikecualikan GST adalah mengarut sama sekali. Ujarnya, bukan hanya gaji dan bayaran pencen (tidak tertakluk kepada GST) dimasukkan dalam belanjawan operasi, tetapi kos pentadbiran dan bekalan tertakluk kepada GST. "Saya ingin tegaskan, belanjawan operasi kerajaan negeri 2015 adalah RM887.24 juta, bukannya RM100.25 juta seperti didakwa Teng. Ujarnya, GST menyebabkan masalah kewangan, memaksa banyak perniagaan seperti kedai runcit, kedai perkakas dan kedai perubatan tradisional Cina ditutup. "Saya tidak mahu membuang masa dengan orang seperti Teng yang hanya pandai membuat serangan peribadi tapi lari dari menangani isu-isu rakyat. "Bolehkan Teng menjawab mengapa beliau menyokong dan bukannya menentang GST dan apa yang beliau lakukan untuk mengurangkan beban rakyat akibat GST?" soal Guan Eng. Pada masa sama, beliau juga menyambut baik usaha kerajaan Terengganu yang turut sama mengecualikan GST selama setahun bagi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan. Namun katanya, berbanding Terengganu yang hanya menanggung beban GST selama setahun, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menanggungnya setiap tahun, dengan jumlah RM15.631 juta dan RM5.83 juta. "GST sama sekali tidak adil, apabila perkhidmatan kerajaan, projek-projek pembangunan seperti binaan jalan, longkang, pasar dan dewan orang ramai untuk kepentingan rakyat serta bukan untuk bukan keuntungan adalah tertakluk kepada GST. "Itu sebabnya apabila Johor mengumumkan mereka akan menyerap GST bagi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan dan memohon pengecualian daripada Kementerian Kewangan, ia adalah protes serta penentangan terhadap GST," tegasnya. Menurut Ahli Parlimen Bagan, sebelum Johor membuat pengumuman itu, hanya Pulau Pinang saja yang membantah perkhidmatan kerajaan yang tertakluk kepada GST. Guan Eng pada 4 Mac lalu telah menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta pengecualian GST, namun sehingga kini tidak mendapat sebarang jawapan. – Roketkini.com | |||
Jangan sentuh duit rakyat bayar pinjaman RM3.6 bilion 1MDB, kata Rafizi Posted: 12 May 2015 03:40 AM PDT OLEH MOHD FARHAN DARWIS Rafizi Ramli memberi amaran kepada Putrajaya supaya tidak menggunakan dana awam untuk menyelesaikan pinjaman berjumlah RM3.6 bilion oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang perlu dibayar kepada 6 bank antarabangsa diketuai Deutsche Bank. Setiausaha agung PKR itu berkata, hutang yang berjangka masa panjang selama setahun itu, dibuat Oktober tahun lepas, perlu dibayar selewat-lewatnya September tahun ini. "Saya cuba mengumpul maklumat tidak rasmi daripada pemberi maklumat yang bekerja di bank-bank terbabit dan daripada pasaran kewangan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai pinjaman ini. "Maklumat tidak rasmi yang saya dapati amat membimbangkan kerana terma pinjaman itu amat membebankan rakyat," kata ahli Parlimen Pandan itu. Rafizi berkata, maklumat yang diperolehnya menyebut, cagaran pinjaman itu ialah wang simpanan 1MDB di BSI Singapura yang sebelum ini dilaporkan tidak wujud. "Jika cagaran ini tidak wujud, ada kemungkinan besar 1MDB perlu mendapatkan dana lain untuk menggantikan cagaran tersebut," katanya. Rafizi pada sidang medianya berkata, pinjaman berkenaan dilaporkan di dalam majalah-majalah kewangan antarabangsa dan menarik minat perhatian pasaran kewangan antarabangsa di saat 1MDB berhadapan dengan masalah membayar hutangnya kepada bank-bank tempatan. "Saya dimaklumkan satu surat sokongan dikeluarkan oleh Putrajaya yang membolehkan pinjaman ini diluluskan kepada 1MDB. Apa terma-terma surat sokongan itu?" soalnya. Pemimpin muda PKR itu turut mempersoalkan kadar faedah yang dikenakan dalam tempoh setahun tersebut. "Adakah benar kadar faedah bagi tempoh setahun adalah 11% seperti dimaklumkan kepada saya? Jika benar, kadar ini sudah mencecah kadar 'overdraft' dan menunjukkan terdesaknya 1MDB," katanya. Beliau turut membangkitkan kebimbangan, pinjaman ini adalah satu lagi "bail out" yang terpaksa ditanggung rakyat susulan hutang berkenaan perlu dibayar dalam tempoh terdekat ini. "Sebelum ini, setiap kali 1MDB perlu membayar hutangnya, kerajaan terpaksa menyuntik wang atau satu urus niaga yang merugikan rakyat akan berlaku," katanya. Beliau berkata, antaranya adalah pada Mac 2015 lalu, apabila Putrajaya terpaksa menyuntik RM950 juta dalam bentuk "standby credit" yang kebetulan diluluskan beberapa minggu sebelum 1MDB perlu membayar hutang. Selain itu, pada Mei 2015, Lembaga Tabung Haji membeli hartanah di Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1MDB pada kadar untung berlipat kali ganda kepada 1MDB yang kebetulan dimuktamadkan beberapa minggu sebelum 1MDB perlu membayar hutang. "Saya yakin jika rakyat tidak mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berlaku telus mengenai hutang RM3.6 bilion yang perlu dibayar 1MDB menjelang September ini, lebih banyak dana rakyat dan harta kerajaan akan disuntik ke dalam 1MDB untuk membayar hutang ini," katanya | |||
Siswazah antara 400,000 individu belum bekerja di Malaysia Posted: 12 May 2015 03:37 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Siswazah yang menyelesaikan pengajian mereka sejak 6 bulan adalah antara 400,000 individu yang sedang menganggur dalam negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar. Katanya, menurut perangkaan, 161,000 siswazah atau 8.8% belia, berusia antara 20 dan 24 tahun, masih mencari pekerjaan. Walaupun kadar pengangguran rendah, kata beliau kerajaan melancarkan beberapa program untuk menambah peluang kerja seperti 'Jobs Malaysia' dan Skim latihan 1Malaysia. Abdul Wahid menyatakan demikian semasa menyampaikan tinjauan ringkas mengenai status ekonomi Malaysaia pada Sesi Dialog Tokoh-tokoh Perniagaan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini. Oleh itu, kata beliau, kerajaan menggalakkan penglibatan syarikat swasta untuk membuka dengan aktif peluang pekerjaan dan menyediakan latihan perindustrian untuk kumpulan sasaran. "Kerajaan akan pastikan mereka mendapat pekerjaan yang stabil bagi menyokong pertumbuhan ekonomi secara lebih inklusif," katanya. Abdul Wahid berkata kadar pengangguran tahun ini, bagaimanapun mencatat penurunan defisit bajet, yang mengecil selepas Keluaran Dalam Negeri Kasar (GDP), yang diunjur berkembang antara 4.5 hingga 5.5% tahun ini. Menurut beliau, antara faktor penurunan kadar pengangguran itu ialah berikutan kerjasama antara kerajaan di bawah Unit Perancang Ekonomi (EPU) dengan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC). Sejak 2011, lebih 19,000 siswazah menerima latihan dan ditempatkan di syarikat-syarikat, antaranya Malaysia Airlines (MAS), the National Capital Berhad (PNB), the Group Gamuda Bhd, Sime Darby Bhd (Sime Darby), Celcom Axiata Bhd (Celcom) dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB). – Bernama, | |||
Amah Indonesia dapat IC, BR1M? Posted: 12 May 2015 03:32 AM PDT SHAH ALAM - Sebuah video viral di laman sosial Facebook tersebar apabila seorang amah warganegara Indonesia mendakwa mendapat IC dan sejumlah wang yang didakwa sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Rakaman berdurasi 2 minit dan 41 saat tersebut mengandungi dialog di antara perakam video, dipercayai majikannya bersama amah tersebut. Amah tersebut mendedahkan beliau menerima RM500, didakwa bayaran BR1M. Beliau juga mendakwa sudah tinggal di Malaysia selama 15 tahun tanpa pasport dan dokumen perjalanan, dan menerima kad pengenalan Februari lepas. "Siapa yang bagi IC?," tanya perakam video. "Itulah saya tak tahu. Mereka tak cakap," balas amah terbabit. Tinjauan Sinar Online mendapati video tersebut sudah ditonton lebih 30,000 pelayar semenjak dimuatnaik pada 9 Mei lepas dan rata-rata terkejut dengan pendedahan berkenaan. "Senang dapat IC...dapat BR1M pula," kata Salma. "Pihak berwajib sila siasat," kata Hafiz. "Ini baru orang Indonesia. Belum Bangladesh lagi," luah Nazira. | |||
AMK: KJ sebenarnya sokong siapa? Posted: 12 May 2015 03:29 AM PDT MALAYSIAKINI Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar diminta supaya tidak hanya memikirkan tentang kelangsungan politiknya sahaja. Ketua Pemuda PKR (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, selaku menteri dan ketua Pemuda Umno, Khairy sepatutnya dapat memberi aspirasi kepada anak muda dengan berani mempersoal tindakan pimpinan atasan. Bagaimanapun, ADUN Seri Setia itu berkata, tindakan Khairy yang sering menukar pendirian berkaitan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melahirkan kebimbangan. Nik Nazmi (kiri) berkata, Ahli Parlimen Rembau itu akan berhenti memberi pendapat kritikal. "Dia (Khairy) sudah berulang kali menyatakan kerisauan dan meminta jawapan jelas terhadap isu-isu hangat seperti GST, 1MDB dan Tabung Haji, dan tiba-tiba pada hari yang seterusnya dia terus menukar pendirian dan menzahirkan sokongan penuh kepada Najib yang dibelenggu kemelut kepimpinan. "Saya dengan ikhlas berharap agar komen terkini dia tidak bermaksud Pemuda Umno akan berhenti menyuarakan pendapat secara kritikal terhadap isu-isu yang dinyatakan di atas," katanya dalam kenyataan hari ini. Selain itu, Nik Nazmi berkata, sekiranya Khairy seorang yang berprinsip, beliau perlu menyahut cabaran Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli untuk berundur jika tidak menerima jawapan memuaskan berhubung isu-isu dibangkitkan. "Jika Khairy seorang yang berprinsip, dia patut menyahut cabaran Rafizi Ramli untuk meletakkan jawatan jika dia tidak boleh menerima jawapan yang memuaskan berkenaan isu-isu kepincangan pengendalian transaksi oleh 1MDB dengan Tabung Haji dan KWAP. "Kegagalan untuk membuat demikian membuktikan bahawa anak muda Malaysia tidak mempunyai suara di Putrajaya," katanya lagi. Semalam, selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Khairy berkata, kenyataannya yang kritikal mengenai 1MDB bukan diajukan kepada Najib. Sebaliknya, Khairy berkata kenyataan sebelum ini dibuat kerana beliau mengambil berat tentang isu semasa. | |||
GST: 295 barangan perlu diturunkan harga Posted: 12 May 2015 03:23 AM PDT MALAYSIAKINI Kerajaan hari ini menyenaraikan 295 barangan yang perlu diturunkan harga selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April lepas. Senarai itu meliputi 22 barangan yang sebelum ini tertakluk kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada kadar 5 peratus, kini dikecualikan GST, dan 273 barangan yang sebelum ini dikenakan SST pada kadar 10 peratus, kini kepada enam peratus berikutan pengenalan GST. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan semasa mengedarkan senarai tersebut kepada pemberita hari ini berkata rakyat sepatutnya sudah merasai penurunan harga barangan susulan pelaksanaan CBP. "Kita berhadapan dengan beberapa peniaga yang masih memanipulasi harga dan senarai ini adalah fakta. "Saya mengarahkan agar peniaga menurunkan harga. Jika peniaga tidak mengikut arahan turunkan harga, seperti arahan Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam, bererti peniaga telah melanggar akta-akta yang telah ditetapkan, antaranya akta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Biasiswa Srikandi Malaysia di ibunegara hari ini. Ahmad berkata senarai tersebut adalah daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Beliau menjelaskan peniaga mesti menurunkan harga untuk 22 barangan makanan yang disenaraikan, meliputi ikan masin, ikan kering dan buah-buahan import berikutan ia kini merupakan barangan yang dikecualikan GST. Manakala 273 barangan yang sebelum ini tertakluk kepada SST 10 peratus, harganya sepatutnya menjadi lebih murah susulan CBP pada kadar enam peratus, katanya. Beliau berkata selain kenderaan, 273 barangan tersebut meliputi barangan kegunaan dalam rumah dan bahan asasi rakyat seperti perabot, pakaian, tuala wanita, pampers, alat tulis, minuman kordial, alat ganti, bateri kereta dan tayar. "Disiplin yang patut dibuat ialah 'tolak 5 (SST) menjadi 0 (dikecualikan GST), tolak 10 (SST) menjadi 6 (GST)', sebelum memasukkan harga baru," katanya sambil menyarankan kepada peniaga lain supaya mencontohi Mydin, Jakel dan KFC dalam pelaksanaan GST. "Yang ada jenama selalunya mengikut SOP, yang saya risaukan ialah kedai-kedai di kampung," katanya. Ahmad berkata rakyat kini marah kepada kerajaan kerana harga barangan yang mahal dan mereka juga perlu membayar cukai. "Isu utama GST ialah berkenaan harga barang. Jika harga dapat distabilkan, CBP tidak akan menjadi isu utama lagi. "Majoriti barangan harus diturunkan harga, menjadikan CBP membawa kebaikan kepada rakyat. Harga kenderaan sudah turun, kenapa harga barangan lain belum lagi turun?," katanya. Bagi sektor perkhidmatan seperti bengkel motosikal yang mengenakan GST, Ahmad mengingatkan hanya syarikat yang mempunyai nilai jualan tahunan melebihi RM500,000 sahaja perlu berdaftar GST. "Yang kecil tidak perlu berdaftar. Sekiranya pengguna musykil, status pekedai boleh disemak dengan memasukkan nombor pendaftaran GST 12 angka dalam portal semakan," katanya. Katanya semakan boleh dibuat di portal http://gst.customs.gov.my , dan menyenarai semula empat lagi portal untuk maklumat berkaitan GST, iaitu http://www.treasury.gov.my , http://www.kpdnkk.gov.my , http://gstpedia.my dan http://gstmalaysiainfo.com . Mengenai kad tambah nilai prabayar, Ahmad berkata isu tersebut masih dalam semakan kementerian berkaitan dan syarikat telekomunikasi ada memberi bonus 'air time' yang sewajarnya kepada pengguna.- Bernama | |||
Najib kata baik, pemimpin akar umbi kata lain Posted: 12 May 2015 03:18 AM PDT MALAYSIAKINI Selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan taklimat tertutup semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan bahawa beliau mendapat sokongan padu Umno. Bagaimanapun, pemimpin akar umbi Umno mendakwa sebaliknya. Bercakap dengan syarat tidak mahu nama disebut, mereka memberitahu Malaysiakini bahawa beberapa pemimpin Majlis Tertinggi telah menyuarakan kebimbangan mengenai perkembangan semasa. Ini berkaitan dengan masalah dalam 1MDB, pembelian tanah milik 1MDB oleh Tabung Haji serta keputusan pilihan raya kecil Rompin dan Permatang Pauh. Malaysiakini melihat mesej teks yang diterima oleh pemimpin-pemimpin Umno bahagian dari mereka yang menganggotai majlis tertinggi. Dalam satu mesej, seorang menteri Umno bimbang pembelian tanah 1MDB oleh Tabung Haji di Tun Razak Exchange dengan harga RM188.5 juta telah sampai ke telinga orang Melayu di kampung-kampung. Asas sokongan utama Umno terdiri daripada orang Melayu di luar bandar. Seorang lagi anggota Majlis Tertinggi berkata bahawa isu 1MDB telah 'menjadi toksik' dan perlu diselesaikan secepat mungkin. Dalam mesej teksnya, dia menyebut tentang perlunya menyelamatkan negara daripada penyangak yang mencuri wang rakyat. Bagaimanapun, ia tidak dapat dipastikan sama ada kenyataan itu dibangkitkan semasa mesyuarat Majlis Tertinggi semalam. Walaupun Najib mendakwa semuanya berjalan baik antara beliau dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun seorang pemimpin Umno bahagian yang enggan namanya disebut, berkata keadaan di akar umbi mendedahkan sebaliknya. Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa majlis tertinggi telah terlepas peluang untuk merakamkan kekecewaannya dengan Najib dan menuntut beliau meletakkan jawatan. Sementara itu, seorang lagi pemimpin bahagian berkata Najib telah memberitahu mesyuarat dengan pemimpin bahagian bahawa laporan awal audit terhadap 1MDB akan dikeluarkan bulan depan. The Star melaporkan satu salinan laporan itu akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). "Najib menghubungi Ketua Audit Negara pagi semalam dan diberitahu bahawa laporan itu akan siap bulan depan," kata seorang ketua bahagian yang dipetik sebagai berkata. Sambil menafikan bahawa pembelian tanah oleh Tabung Haji itu sebagai satu langkah penyelamatan, Najib telah memetik langkah menyelamatkan MAS semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Sabtu lalu, Pengerusi Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Tabung Haji akan menjual semula tanah itu atas nasihat Najib | |||
Tahanan Bantah GST Dakwa Polis Ugut Nak Rogol & Jual Video Posted: 12 May 2015 03:14 AM PDT Maisara Amira yang diugut di ibu pejabat polis Dang Wangi berkongsi pengalamannya itu di pejabat Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) di sini, Selasa. "Ayat yang dia kata seperti ini: "Kamu hendak saya rogol kamu? Hanya saya dan kamu sahaja dalam bilik ini. Dalam bilik ini, ada kamera dan mikrofon. Kalau saya jual video ini, saya boleh jadi kaya,' saya diugut begitu," katanya yang berusia 21 tahun. Maisara yang direman selama empat hari mendakwa diugut oleh anggota polis semasa disoal siasat pada 5 Mei lalu, beberapa jam sebelum dia dibebaskan. Cubaan ugutan seterusnya berlaku selepas ugutan pertama apabila cuba untuk mendapatkan maklumat dan kerjasama daripada Maisara yang hanya berdiam diri ketika itu. "Dia cuba lagi dan kata 'Macam inilah. Saya akan bagi kamu satu peluang. Kamu jawab semua soalan yang diberikan pegawai polis. Jika tidak, saya akan minta dia keluar. Saya akan masuk dalam bilik ini. Dan saya akan kerjakan kamu," tambahnya. Turut serta pada sidang media pada Selasa adalah bapanya, Mohamad Asmadi Mohamad Safari, dan peguamnya dari Lawyers for Liberty, Sivamalar Genapathy dan Mohd Faizal Abdul Rahman. Peguamnya menuntut supaya siasatan bebas dilakukan berhubung perkara itu, dan berkata, polis mempunyai tempoh selama 48 jam bagi membolehkan penyiasatan mengenai ugutan rogol dijalankan di ibu pejabat Petaling Jaya dan bukannya dilakukan di lokasi kesalahan itu dilakukan seperti yang didakwa. Pengarah Eksekutif Empower, Maria Chin Abdullah meminta supaya polis diadakan latihan semula apabila pertubuhan wanita mendesak supaya polis perlu menjalani penilaian semula mengenai cara mereka mengendalikan siasatan. Polis sebelum ini dilatih oleh pertubuhan wanita mengenai bagaimana mengendalikan kes rogol. "Mereka sepatutnya boleh faham sekiranya anda membuat ugutan rogol seperti itu, anda akan tahu kesannya kepada seseorang. "Dalam kes ini, mereka membuat gangguan seksual dan ugutan rogol untuk mendapatkan maklumat daripada tahanan. Polsi sentiasa kata mereka akan mempertahankan wanita daripada keganasan. Tetapi mereka sendiri melakukan keganasan terhadap wanita," kata Maria Chin Abdullah. Sidang media itu dibuat selepas Maisara membuat laporan polis berhubung kejadian di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pada Jumaat lalu. Maisara merupakan satu-satunya tahanan wanita di antara 23 peserta yang ditahan berhubung perhimpunan 1 Mei lalu di Kuala Lumpur. | |||
Lebih 1,000 Pati Rohingya, Bangladesh Dibuang Di Perairan Langkawi Posted: 12 May 2015 03:09 AM PDT Sekurang-kurangnya 1,000 pendatang asing tanpa izin (Pati) dibuang di perairan Langkawi selepas mereka ditahan di hutan Thailand selama beberapa minggu. Kesemua Pati dibawa dengan menaiki bot dan ditinggalkan di perairan Langkawi selepas perjalanan selama sejam dari Satun di selatan Thailand. Dipercayai ia merupakan ketibaan pati yang terbesar di Malaysia dan mungkin disebabkan oleh tindakan kerajaan Thailand yang membanteras aktiviti pemerdagangan manusia dan kem pelarian di sempadan Thailand-Malaysia. Satu kumpulan lagi ditemui menuju ke muara sungai Kuala Temeyong di sini pada pukul 2.30 pagi Isnin, kira-kira 10 kilometer dari lokasi pertama. Sumber berkata, mereka diarahkan untuk terjun ke sungai dan berenang ke pantai. Kesemua Pati yang ditemui berada dalam keadaan basah, penat dan kelaparan. Kebanyakan mereka berkaki ayam dan ada segelintirnya hanya memakai kain sarung tanpa berbaju. Difahamkan antara mereka meninggal dunia kerana sakit dan kebuluran dan mayat mereka dibuang ke laut. Terdapat penduduk tempatan yang menawarkan mereka roti dan air. Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Harrith Kam Abdullah berkata, polis menemui 1,051 Pati warga Bangladesh dan Rohingya pada Isnin. Mereka terdiri daripada 463 warga Rohingya - 103 wanita dan 61 kanak-kanak serta 588 warga Bangladesh. "Kita percaya mereka berlepas dari negeri Rakhine di Myanmar dan warga Bangladesh pula melalui sindiket tempatan mereka. Mereka dibawa ke Malaysia melalui Thailand. "Mereka berada di Thailand untuk beberapa lama sebelum dibawa ke perairan Langkawi," katanya pada Isnin. Harrith Kam berkata, polis akan menjejaki lebih ramai Pati yang tiba di Langkawi. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan para nelayan turut bekerjasama untuk memantau sebarang kehadiran Pati. Dilaporkan Pati itu datang ke Malaysia selepas ditipu sindiket yang menjanjikan mereka dengan pekerjaan. Pihak berkuasa Thailand memulakan operasi membanteras aktiviti itu secara besar-besar selepas penemuan kem pelarian dan kubur besar dengan 33 mangsa pemerdagangan di selatan Thailand sejak 1 Mei lalu. | |||
Umno Kini Ketandusan Pejuang Tulin Posted: 12 May 2015 02:44 AM PDT Oleh Abu Hassan Adam Jikalau mahu ditafsirkan bahawa keadaan UMNO kini berada pada kedudukan paling genting disebabkan masalah yang dihadapi oleh Presidennya DS Mohd Najib Tun Razak, maka aku merasakan bahawa UMNO sudah beberapa kali mengahadapi kegentingan yang sedemikian. Perletakan jawatan Dato Onn Jaafar sebagai Presiden UMNO pertama pada tahun 1950 sudah merupakan peristiwa yang cukup malang bagi UMNO pada ketika itu. Namun peristiwa itu juga menampakkan ketegasan kedua-dua pihak bagi menegakkan prinsip perjuangan masing-masing. Dato Onn bertegas untuk membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu sedangkan ahli UMNO masih terus berpaut kepada prinsip bahawa UMNO adalah untuk orang Melayu dan tidak membenarkan kaum lain menganggotai UMNO. Lantas Dato Onn meletakkan jawatan dan keluar dari UMNO. Hebat perjuangannya. UMNO menghadapi satu lagi ujian paling getir pada awal tahun 1980an apabila pertubuhan UMNO itu sendiri diharamkan disebabkan kesalahan teknikal yang menyebabkan mahkamah memutuskan tentang pengharamannya. Maka lahirlah UMNO Baru sehingga kini. Kedudukan UMNO agak 'gawat' bermula pada awal Kurun ke 21 dan sehingga kini kedudukan UMNO adalah dalam keadaan terumbang ambing. Apakah keadaan kualiti kepimpinan UMNO itu sendiri yang menyebabkan UMNO berkadaan demikian ataupun disebabkan oleh punca-punca lain. Aku hanya berani membuat penganalisaan hanya berdasarkan kepada pemerhatian rambang yang langsung tidak mendasarkan kesimpulan berasaskan fakta dan statistik. Dulu UMNO berjuang untuk bangsa, agama dan negara dalam ertikata yang sebenar-benarnya dan lantas wujudlah pejuang-pejuang Melayu yang begitu gigih memperjuangkan idealisme perjuangan mereka tanpa penat dan lelah. Sebelum kemerdekaan perjuangan mereka adalah untuk membebaskan tanah air. Tidak ada ganjaran material yang dijanjikan kepada mereka selain daripada mengembalikan ibu pertiwi ke tangan mereka. Dan para pejuang dalam UMNO itu juga tidak memikirkan tentang ganjaran apabila mereka mencurahkan jasa bakti kepada negara. Pada peringkat awal perjuangan lahirlah pejuang-pejuang tulin seperti Dato Onn Jaafar yang kemudiannya dituruti oleh Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Dr Ismail, Dato panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil dll. Terlalau ramai pejuang UMNO yang cuba dan telah mengembalikan maruah orang Melayu pada ketika itu. Dan mereka ini bukanlah merupakan 'jaguh kampung' yang boleh 'dibeli' dan diperkotak-katikan. Malah mereka adalah golongan yang boleh 'bersepak-terajang' di arena antarabangsa seperti mana pejuang-pejuang dari negara-negara lain. Kini kelihatan dengan jelas bahawa UMNO ketandusan tokoh yang sedemikian. Kebanyakannya boleh ditakrifkan hanya sebagai 'jaguh kampung' yang hanya 'nyaring' kokoknya apabila berhadapan dengan orang kampung tetapi 'menguku' apabila berhadapan dengan masyarakat antarabangsa. Mereka 'kaku' dan 'tergamam' dan 'gemuruh' apabila berada di pentas antarabangsa apatah lagi apabila berhujah secara 'impromptu' tanapa teks di tangan. Malangnya golongan UMNO yang sebegini dikatakan mewakili orang Melayu sedangkan orang Melayu yang bijak pandai yang boleh mengisi takrif 'pejuang' tulin 'bersepah' berada di luar UMNO. Disebabkan ketiadaan pejuang Melayu yang betul-betul hebat 'berpencak' di arena antarabangsa, maka 'malap'lah imej Melayu bukan sahaja dikalangan masyarakat antarabangsa tetapi sentiasa dipandang rendah oleh masyarakat di negara Malaysia juga. UMNO kini juga sudah 'kehilangan' tokoh-tokoh seperti TS Syed Jaafar Albar (Singa UMNO), Dato Harun Idris, Anwar Ibrahim yang telah 'mewarnai' era Pemuda UMNO dengan tindakan mereka yang begitu berani dan berkesan demi menegakkan maruah bangsa Melayu khususnya dan bangsa Malaysia. UMNO kini sudah ketandusan tokoh-tokoh yang betul-betul berjuang untuk memajukan bangsanya. Sumbangan dan jasa bakti mereka akan terus dikenang oleh bangsa walaupun mereka dipenjarakan ( seperti Dato Harun Idris dan Saudara Anwar Ibrahim) dan rakyat tetap merasakan baahwa mereka tidak bersalah dan terus menerus mengiktiraf mereka sebagai pejuang tulin. Perubahan yang berlaku dalam kepimpinan UMNO kini adalah amat luar biasa. Pemimpin UMNO seolah-olah telah melupakan peranan yang harus dimainkan oleh mereka dalam memajukan negara, bangsa dan agama. Aku amat yakin kini bahawa tidak ramai lagi ahli UMNO yang dapat menghayati perjuangan UMNO sebagaimana yang termaktub ketika penubuhannya 69 tahun yang lalu. Kita tidak akan 'berjumpa' lagi (mungkin) dengan pemimpin UMNO yang sanggup menjualkan harta benda miliknya demi untuk kepentingan perjuangan UMNO seperti mana yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman. Aku tidak pernah dengar kisah ahli wanita UMNO kini yang sanggup 'melucutkan' barang kemasnya sepertimana yang dilakukan oleh ahli Kaum Ibu UMNO yang sanggup melucutkan barang kemas mereka demi membiayai perbelanjaan rombongan kemerdekaan ke London. Dan aku tidak pernah dengar kini kisah seorang menteri yang sanggup meletak jawatan disebabkan perselisihan pendapat mengenai sesuatu dasar negara sepertimana yang pernah dilakukan oleh Tun Dr Ismail yang meletakkan jawatan disebabkan perselisihan pendapat dengan Tun Tunku Abdul Rahman. 'Pejuang' UMNO kini harus mengenang kembali perjuangan pejuang-pejuang lama yang betul-betul 'tulin' demi memajukan bangsa dan negara. Ahli-ahli UMNO kini seharusnya tidak menjadi 'pak turut' yang boleh 'dicucuk hidung' disamping mengelakkan diri dianggap sebagai memlliki 'herd mentality'. Tak mungkin agaknya para 'pejuang' UMNO kini sanggup menggadaikan bangsa sendiri demi untuk mendapatkan 'sesuap' nasi. Dan para 'pejuang' juga tentu dapat menilai yang mana yang betul dan yang mana yang tidak betul mengenai dasar kepimpinan dalam UMNO itu sendiri. UMNO memerlukan lebih ramai 'Tun Dr Ismail' yang boleh bertindak dengan tegas walaupun bertentangan pendapat dengan seorang ketua, sekiranya dirasakan tindakan seorang ketua itu tidak bersesuaian dan merugikan bangsa dan negara UMNO kini ketandusan pemimpin yang sedemikian – pejuang tulin.-http://abuhassanadam.blogspot.com/ | |||
Umno tidak akan mampu mengubah fitrah hipokritnya – Tony Pua Posted: 11 May 2015 11:07 PM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: Keputusan Majlis Tertinggi UMNO mempertahankan Presidennya Datuk Seri Najib Razak, menjadi petunjuk bahawa tidak ada harapan lagi untuk UMNO berubah. Demikian ulasan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berikutan sikap Najib yang juga Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan terus berdiam diri terhadap usaha-usaha menyelamatkan 1MDB yang kini menanggung hutang berjumlah RM42 bilion. "Sudah begitu banyak bukti yang menunjukkan Jho Low telah menggelapkan berbilion ringgit yang dipinjam 1MDB ke dalam akaun syarikatnya sendiri. Pun begitu, Najib terus menegaskan bahawa Jho Low tidak terlibat, dan Majlis Tertinggi UMNO pula menyokongnya. "Ini menunjukkan pemimpin-pemimpin UMNO semuanya adalah perkumpulan hipokrit yang laparkan kuasa," jelas Tony. Pendedahan terbaru usaha menyelamatkan 1MDB dengan pembelian aset tanah Tun Razak Exchange (TRX) oleh Lembaga Tabung Haji baru-baru ini menyebabkan ramai pimpinan UMNO turut menekan Najib. Mereka termasuklah Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin, Naip Presiden Umno Datuk Shafie Apdal, malah sepupu Najib sendiri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang juga Menteri Pertahanan turut menuntut supaya juruaudit antarabangsa dilantik bagi menyiasat 1MDB. Namun, mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam sempena ulang tahun UMNO ke-69 menunjukkan semua pimpinan UMNO yang sebelum ini mengkritik Najib telah membuat pusingan 'U' dengan mempertahankan kepimpinan Najib Razak pula. "Rakyat tidak boleh mengharapkan UMNO ubah DNA mereka," ujar Tony yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP. "Satu-satunya harapan yang ada ialah sekiranya UMNO terus berkuasa, korupsi, salah guna kuasa dan ketidakmampuan mentadbir bukan sahaja terus dibiarkan, bahkan UMNO akan terus merajalela dan semakin mengganas, seperti yang mereka lakukan sejak era Mahathir lagi" Tegas Tony. – Roketkini.com | |||
Posted: 11 May 2015 11:04 PM PDT Berita Terkini Skandal 1MDB Menang Tender Projek 3B RM11 Bilion. YTL, Malakoof, TNB Kalah. Akhirnya TNB Ambil Alih Projek? : Dalam isu 1MDB tertanya-tanya berbelas mufti yang kita ada di Malaysia, di mana mereka sekarang ini dan tokoh agam yang rajin tampil ke hadapan untuk isu-isu lain? Hanya tampak kelibat Mufti Perlis sahaja yang berani tampil bersuara. Pelik. Sedar atau buat-buat sardin tidak sedar? Ermm…. Belum sejuk skandal Tabung Haji dan IMDB, keluar pula skandal TNB dan 1MDB. Nah…sekarang cerita dan isu semasa melibatkan 1MDB bukan sahaja berlegar dengan syarikat GLC seperti Tabung Haji dan KWAP tetapi mereka sudah bersedia menukarkan servis permainan mereka dalam lapangan pengurusan projek loji kuasa arang batu 2,000 megawatt atau dikenali Projek 3B kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) BACA BERITA INI : Pinjaman Hutang 1MDB Bernilai RM2 Bilion Dengan Maybank, RHB Tangguh Buat kali Ketiga? Ananda Krishnan Bakal Menyelamat! Ya…hanya di Malaysia. Di katakan open tender : Berita Terkini Skandal 1MDB : Kronologi Tender Projek Loji Kuasa Arang Batu 2,000 Megawatt (3B)
P/S : Berapa banyak lagi drama putar belit oleh kerajaan Malaysia melibatkan syarikat 1MDB ini perlu dipertontonkan kepada rakyat Malaysia? PP/S : Rival sudah kalah dalam open tender, tetapi pihak yang menang tender serahkan kepada rival yang kalah untuk teruskan projek. Haha….yang ini lawak! Hanya di Malaysia. | |||
Posted: 11 May 2015 10:47 PM PDT ALOR PONGSU - Seorang warga emas ditemui maut di hadapan pintu rumahnya, dipercayai menjadi mangsa amukan pesakit mental yang tinggal berdekatan rumahnya di Kampung Alor Pongsu, di sini petang semalam. Mayat mangsa, Shamsuri Hassan, 74, ditemui sepupunya yang tinggal di kampung berhampiran setelah dimaklumkan anak mangsa. Sepupu mangsa, Muhamad Ibrahim, 60, berkata, dia mengetahui mengenai kejadian itu pada jam 2.30 petang dan bergegas ke rumah mangsa. Menurutnya, setibanya di rumah berkenaan, dia melihat kepala mangsa cedera malah darah berlumuran di lantai. "Saya segera melaporkan kejadian itu ke balai polis berhampiran dan menghubungi Klinik Kesihatan Alor Pongsu untuk memeriksa keadaan sepupu saya," katanya sewaktu ditemui di lokasi kejadian di Kampung Alor Pongsu, di sini semalam. Muhamad berkata, dia turut dimaklumkan mangsa meninggal dunia akibat dibunuh abang jiran berusia 40-an yang dipercayai mengalami masalah mental. Sementara itu, adik suspek yang enggan dikenali berkata, abangnya yang merupakan bekas anggota Komando mengalami masalah mental sejak beberapa tahun lalu, sebelum ini tinggal di Ipoh bersama isteri dan anak-anaknya. Bagaimanapun, menurutnya, sejak beberapa bulan lalu, abangnya sering dirasuk dan meracau, menyebabkan dia membawa abangnya tinggal sebentar di rumahnya di Kulim untuk menjalani perubatan Islam. "Dalam tempoh dua hari sebelum ini, abang saya sering berkelakuan agresif dan hampir mencederakan saya dengan memukul serta mencekik. "Pagi tadi, abang saya yang sepatutnya pergi ke Pulau Pinang bersama saya bagi membeli barangan untuk perubatan Islam membawa lari kereta saya ke rumah keluarga kami di sini, dipercayai mahu berjumpa emak kami," katanya. Adik suspek berkata, dia kemudian menerima maklumat abangnya bertindak agresif membunuh mangsa yang sebenarnya mempunyai hubungan rapat dengan mereka sekeluarga. Jelasnya, di sebalik masalah 'rasukan' dialami, abangnya itu sebenarnya seorang yang penyayang dan sangat menghormati mangsa yang dianggapnya sebagai bapa kandung. "Saya tidak mengetahui punca sebenar mangsa dibunuh oleh abang saya memandangkan dia (suspek) sebelum ini sering menziarahi mangsa setiap kali pulang ke rumah emak," katanya. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, mangsa yang merupakan pesara kerajaan baharu kematian isteri tiga bulan lalu dan tinggal bersama tiga anak yang masih bujang. Katanya, mangsa ditemui mati dalam keadaan tertiarap, tidak berbaju dan memakai kain pelikat. "Setakat ini, kami sudah menahan seorang pesara tentera berusia 42 tahun yang dipercayai suspek kejadian. "Motif kejadian masih dalam siasatan polis dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. | |||
Kes 1MDB, TH akan dilapor ke SPRM Posted: 11 May 2015 10:38 PM PDT KUALA LUMPUR - Satu laporan terhadap Lembaga Tabung Haji (TH) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dibuat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) esok. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Amidi Abdul Manan berkata, ia bagi menyiasat segala bentuk urus niaga yang dibuat oleh 1MDB dan TH. "Kita akan buat laporan kepada SPRM untuk menyiasat kes ini. Kemungkinan ada beberapa perkara boleh disiasat. Kita akan beri peluang kepada masyarakat untuk menyuarakan pendapat bagi penambahbaikan TH," katanya ketika ditemui pemberita di hadapan Pejabat TH, di sini hari ini. Sebelum ini, Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan pada 15 Januari lalu tampil membuat laporan kepada SPRM berhubung 1MDB. Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau berkata ia akan membolehkan siasatan terperinci, menyeluruh dan berterusan dilakukan badan itu berkenaan ketelusan pentadbiran serta perbelanjaan dan dana kewangan syarikat hak milik kerajaan itu. "Kami mahu kembalikan TH ke landasan sebenar di mana kepercayaan terhadap TH dijaga dengan baik. Tidak timbul hartanah bumiputera tidak dijaga kerana banyak lagi tabung-tabung yang dapat membantu. "TH tidak patut terlibat dengan syarikat yang bermasalah seperti 1MDB. Kalau dia beli hotel atau bas di Mekah kita boleh terima. Kalau beli hotel dekat London kita ada masalah sikit," kata Amidi lagi. | |||
Umno berdepan cabaran yakinkan orang muda Posted: 11 May 2015 10:32 PM PDT Noh Omar SHAH ALAM – Umno boleh lumpuh jika akar umbi diketepikan kerana golongan itu adalah nyawa kepada perjuangan parti selama ini, kata Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar. Beliau berkata, Umno berdepan cabaran untuk mendapatkan semula keyakinan dan sokongan golongan muda di kalangan masyarakat Melayu. "Sempena Hari Umno, parti harus terus mendekati akar umbi kerana ia adalah teras kekuatan parti. "Saya tidak setuju golongan muda secara total menolak Umno, itu pendapat yang tidak betul kerana masih ramai yang menyokong, mendampingi serta melibatkan diri dalam program Umno. "Ramai juga golongan muda atas pagar yang sedang memerhatikan gelagat kita, sama ada Umno ini benar-benar mendengar suara mereka atau tidak," katanya dalam satu kenyataan, semalam. Beliau turut merujuk kepada amanat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menekankan pentingnya semua ahli melakukan transformasi. "Seiring dengan usia parti yang semakin matang, Umno juga perlu memastikan pewaris yang bakal menjadi nakhodanya tidak sesekali melupakan asas serta dasar perjuangannya," katanya. Justeru itu katanya, semua ahli Umno perlu mengambil semangat dari sambutan Hari Umno ke-69 untuk sepakat memperjuangkan Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang sekali gus menawan kembali negeri Selangor. "Umno yang mula-mula naikkan Selangor, sudah tentu kita mahu kembalikan negeri yang kita bangunkan ini. Berdoalah semoga ALLAH memberkati perjuangan Umno ini," katanya. Beliau dalam pada itu menegaskan. Umno Selangor akan terus berdiri teguh di belakang presidennya meskipun pemimpin itu dipalit pelbagai kontroversi. | |||
Posted: 11 May 2015 10:30 PM PDT Satiful Bahri Mamat KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat mengingatkan mana-mana pihak tidak mencampuri urusan Pas dalam memilih barisan kepimpinan yang akan menentukan hala tuju parti itu pada masa depan. Menurutnya, serangan daripada pihak luar terutama terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memperlihatkan pihak terlibat seolah-olah mahu mempengaruhi ahli Pas dalam menentukan kepimpinan menjelang Muktamar Tahunan Pas, bulan depan. Bagaimanapun beliau yakin keadaan itu tidak akan memberi kesan kepada Pas dan menegaskan bahawa ahli parti itu lebih tahu siapa yang berhak untuk menerajui Pas. "Saya rasa semua bentuk serangan ini hanya berlaku sebelum muktamar untuk calarkan imej presiden. "Bukan AMK sahaja tetapi juga daripada PKR dan DAP tetapi kita melihat mutakhir ini pencalonan yang banyak terhadap Tuan Guru (Abdul Hadi)," katanya. Kata beliau, kepimpinan Pas yang ada kini sudah lama dan beliau harap supaya mana-mana pihak jangan campur tangan kerana mereka lebih tahu siapa untuk dipilih sebagai pemimpin. Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai beberapa pihak sebelum ini termasuk AMK yang mendakwa Abdul Hadi sebagai mesra Umno. Satiful Bahri yang juga Adun Paka turut menjangka bahawa semua bentuk serangan terhadap Abdul Hadi akan berakhir selepas Muktamar Tahunan Pas nanti. Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan bekas Naib Presiden Pas, Ahmad Awang berhubung kewujudan kumpulan ulama muda untuk mengambil alih kepimpinan Pas, beliau menyifatkannya sebagai tuduhan melulu. Menurutnya, perjuangan Pas sudah lama dan ahli Pas juga bukanlah tergolong daripada mereka yang pendek akal untuk melakukan kegiatan seumpama itu. "Ahli Pas bukan tidak cerdik malah mereka juga sudah lama dalam Pas dan peka siapa sebenarnya yang mahu rosakkan parti," katanya. Sebelum ini, Ahmad mengatakan kemunculan kumpulan ulama muda bercita-cita tinggi dan mahu menguasai sepenuhnya parti Islam itu sebagai punca kepada kemelut yang melanda pada ketika ini. Ahmad yang sudah dapat cukup pencalonan untuk melawan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu berkata, kumpulan tersebut merasakan mereka sepatutnya kuasai parti selepas berada dalam kukuh hasil kerjasama Pas, PKR dan DAP. | |||
Pas praktik hiburan tidak langgar syarak Posted: 11 May 2015 10:25 PM PDT KUALA TERENGGANU - Islam bukanlah agama jumud yang menolak hiburan sebaliknya menerima unsur tersebut selagi ia dilakukan dalam keadaan tidak melalaikan dan mengikut syarak. Situasi itulah yang cuba diterapkan kepada orang ramai di negeri ini sempena Festival Kesenian Islam Dar Negeri Terengganu 1436/2015 anjuran Dewan Ulama Pas Terengganu di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Terengganu di Kuala Ibai. Pengarah program, Wan Mohd Faizul Wan Abas berkata, ia juga bertujuan memperlihatkan bahawa dar atau madrasah yang terlibat dengan festival tersebut bukan hanya belajar sahaja, sebaliknya turut menerapkan aktiviti dan kesenian Islam. "Kita hendak menunjukkan Dar bukan setakat institusi Islam yang belajar begitu sahaja tanpa ada program dan aktiviti kokurikulum khususnya aktiviti kesenian itu sendiri. "Kita hendak tunjukkan bahawa kesyumulan Islam mempunyai aspek hiburan juga tetapi dengan batas syarak yang telah ditetapkan," katanya. Festival tersebut melibatkan tujuh Dar di negeri ini yang ditubuhkan melalui aktivis Pas dan diselaraskan Dewan Ulama iaitu Darul Ihsan, Darus Salam, Darul Taqwa Batu Enam, Darul Taqwa Kemaman, Darul Iman, Darul Bayan dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin di Dungun. Program dwitahunan itu turut melibatkan beberapa pertandingan di peringkat madrasah antaranya tilawah, pidato bahasa Arab dan Melayu serta khutbah. Wan Mohd Faizul menjelaskan bahawa festival kali ini bertemakan perjuangan dan kesemua peserta terutama nasyid perlu menzahirkan unsur tersebut dalam acara yang disertai. | |||
PNB pula penyelamat 1MDB, kata Rafizi Posted: 11 May 2015 10:24 PM PDT PETALING JAYA - Selain Lembaga Tabung Haji (TH), Permodalan Nasional Berhad (PNB) didakwa turut terlibat meminjamkan wang berjumlah RM579.2 juta kepada syarikat pelaburan kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, penglibatan PNB itu mengesahkan kebimbangannya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menggunakan dana awam untuk menyelamatkan 1MDB. "TH telah meminjamkan sebanyak RM920.8 juta kepada 1MDB melalui pembelian bon sukuk yang diterbitkan dalam Februari 2014. TH sahkan pembelian sukuk ini berhubung pembangunan Bandar Malaysia oleh 1MDB dan hasil pinjaman sukuk ini akan digunakan untuk membiayai pembinaan kem-kem tentera dan infrastruktur berkaitan bagi memindahkan operasi sedia ada di Kem Sungai Besi sebelum ini. "Terbitan hutang melalui bon sukuk oleh 1MDB ini melibatkan pembelian sukuk oleh dua agensi pelaburan kerajaan iaitu TH dan PNB. Bermakna, sejumlah RM920.8 juta telah dipinjamkan TH kepada 1MDB, baki RM579.2 juta pula telah dipinjamkan PNB kepada 1MDB," katanya pada sidang media, di sini, hari ini. Beliau mendakwa, hasil semakannya, 1MDB merancang untuk menerbitkan sehingga RM2.5 bilion sukuk bagi membiayai pembangunan Bandar Malaysia. "...di samping hutang sebanyak RM2 bilion yang diperolehi dari Ambank juga bagi tujuan pembangunan Bandar Malaysia. Malangnya, sehingga sekarang kita masih belum melihat kemajuan yang meyakinkan bahawa Bandar Malaysia ini akan mendatangkan keuntungan yang membolehkan 1MDB membayar kembali hutangnya. "Soalan paling besar, apa yang telah terjadi kepada RM3.5 bilion (RM1.5 bilion dari sukuk yang dipinjam dari TH dan PNB serta RM2 bilion pinjaman dari Ambank) yang telah dipinjam setakat ini kononnya untuk membangunkan Bandar Malaysia? "Penglibatan PNB dalam memberi hutang kepada 1MDB kini mengesahkan kebimbangan saya bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak akan menggunakan dana-dana awam untuk menyelamatkan 1MDB," katanya. Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa setakat ini, hanya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengesahkan tidak terlibat dalam apa-apa transaksi dengan 1MDB. Namun, dakwanya Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) masih belum membuat sebarang pengesahan. | |||
Posted: 11 May 2015 10:19 PM PDT FMT Reporters Bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia didakwanya memungkiri janji untuk berhenti menulis mengenai politik semasa. PETALING JAYA: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin diminta menghentikan tulisan yang memecah belahkan parti. Desakan itu dibuat Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii. Katanya, dalam artikel yang ditulisnya, ada sahaja ayat yang menguji kesabaran UMNO. "Kepada Pak Cik Zam, gunakanlah pengalaman untuk perkuatkan ukhwah dalam UMNO. Kongsikanlah ilmu yang baik untuk digunakan ke jalan yang benar. Tak perlu menulis untuk terus menerus menghuru-harakan UMNO", nasihatnya. Jelas Razlan, apa yang ditulis Zainuddin atau lebih dikenali dengan Zam bercanggah dengan kenyataannya sebelum ini, di mana beliau satu ketika pernah berjanji untuk berhenti menulis mengenai politik semasa. Bagaimanapun, bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia didakwanya memungkiri janji dan kembali meneruskan hobinya dengan menulis artikel berkaitan | |||
Kadir: Najib akan sekat pencabar Posted: 11 May 2015 10:10 PM PDT MALAYSIAKINI Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin menjangka, Datuk Seri Najib Razak akan menangguhkan pemilihan Umno pada tahun depan bagi mengelakkan jawatan presiden parti dicabar. "Usaha pastinya akan dijalankan untuk tidak mengadakan pemilihan atau menghalang beliau daripada dicabar," kata Kadir di blog kadirjasin.blogspot.com Menurutnya, pemilihan itu akan menjadi medan untuk mengukur kekuatan sebenar Najib dalam Umno, selepas memenangi pilihan raya umum 2013. "Ujian sebenar selepas itu akan berlangsung dalam pilihan raya umum pada 2017 atau seawal 2018," kata Kadir. Ia akan menilai kekuatan sebenar Najib, yang "bersumpah" untuk tidak meletak jawatan selagi mendapat sokongan, katanya. | |||
Kuat dalam Umno tapi kalah pilihan raya Posted: 11 May 2015 10:06 PM PDT MALAYSIAKINI Suasana semasa ucapan Datuk Seri Najib Razak di Sabah pada hujung minggu lalu akan mengingatkan kita pada kempen pilihan raya umum ke-13. Melalui rakaman yang disiarkan di TV, kita boleh lihat kain rentang dengan slogan "I Love PM" bergentayangan di serata sudut dan dipamer oleh peserta yang hadir di Tawau. Najib menyebut, seramai 40,000 orang muncul ke acara tersebut. Dalam ucapannya, Najib berkata beliau tidak akan berundur hanya atas desakan seorang individu – bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau menganggap gesaan seperti itu sebagai satu ujian semata-mata. Ujian yang dihadapi Mahathir malah lebih besar, katanya. Najib membangkitkan semula bahawa Mahathir hanya menang tipis untuk mengekalkan kedudukan sebagai presiden parti dalam pemilihan Umno 1987. Menurut Najib, beliau sendiri menyumbang kepada kemenangan itu, sehingga membolehkan Mahathir menang dengan majoriti 43 undi. Secara tidak langsung, Najib juga ingin menyatakan bahawa kedudukannya kini tetap kukuh dalam Umno, berbanding semasa Mahathir bergelut untuk menyelamatkan jawatan di akhir 1980-an. Umno berpecah dua pada waktu itu – Team A dan Team B – yang hampir menumbangkan Mahathir, kata Najib. "Hampir 50 peratus ahli Umno suruh dia letak jawatan. Tapi apa dia jawab, 'walaupun saya menang satu undi, saya akan tetap terus menjadi perdana menteri'. Oh hebat dia jawab. "1987, saya antara yang menyokong dia. Dia (Dr Mahathir) kekal menjadi perdana menteri sebab apa? Sebab kita bersama dalam susah," kata Najib. Jika tidak, Mahathir tidak akan berjaya kekal menjadi perdana menteri selama 22 tahun, kata Najib, yang dilaporkan menerima sorakan gamat. Mahathir pada waktu itu diasak putera raja Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah untuk merebut jawatan utama dalam Umno itu – yang secara lazimnya turut bermakna jawatan perdana menteri. Namun, keputusan pemilihan Umno 1987 tidak menjejaskan prestasi BN. Calon parti itu menang dalam pilihan raya kecil Bukit Tuku, Kelantan dan Tanjung Puteri Johor yang diadakan selepas pemilihan parti. Dalam pilihan raya umum 1990, BN tetap menang walau Umno pada masa itu "berkeping dua". Jika dibandingkan, keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Rompin pada awal bulan ini menunjukkan trend sebaliknya. Di Rompin, majoriti yang diraih Umno semakin merosot. Pemerhati mengaitkannya dengan harga saham Felda dan juga isu kenaikan kos sara hidup. Begitu juga di Permatang Pauh. Isu hudud yang menjadi masalah dalam Pakatan Rakyat tidak pula melunturkan sokongan pada calon mereka, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Penganalisis turut melihat isu kenaikan kos sara hidup serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai faktor kemenangan Pakatan. Disebabkan jumlah keluar mengundi lebih rendah, undi popular yang diraih PKR hanya turun sebanyak 1.47 peratus. Ini lebih baik berbanding undi popular yang diperolehi BN di Rompin, dua hari sebelum itu, yang merosot lima peratus. Tidak lama sebelum pilihan raya kecil itu berlangsung, Mahathir berkata beliau sebelum ini melihat orang ramai mengibar bendera "I Love PM". Tetapi, semasa pilihan raya umum ke-13, BN kalah juga, kata Mahathir dengan gaya sinisnya. Apa gunanya jika Najib kuat dalam Umno tapi kalah pilihan raya? Inilah sebabnya Mahathir berasa serba salah. Jika beliau membiarkan Najib terus memimpin BN, parti itu akan kalah. Kalaupun beliau tidak sokong Najib, pembangkang tetap akan ambil kesempatan, katanya. Najib pula mungkin merasakan bahawa inilah masa paling tepat untuk mengutip dividen dari pelaburannya pada 1987 ke atas Mahathir. Haruskah Mahathir membalas budi sekarang? | |||
Mahathir kritik Rosmah berlagak macam PM Posted: 11 May 2015 10:02 PM PDT MALAYSIAKINI Tun Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi mengkritik Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang dikaitkan dengan gaya hidup mewah. "Saya didatangi oleh ramai kumpulan-kumpulan dan individu yang mengadu terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib. "Mereka datang berkali-kali dan meminta saya buat sesuatu supaya Najib berhentikan dasar dan pendekatannya. "Yang datang bukan sahaja orang Melayu dan ahli Umno tetapi juga orang Cina. "Mereka amat tidak senang dengan isteri Najib, dengan cara hidup mewahnya, dengan lagaknya seakan-akan ia perdana menteri," katanya. Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir berkata akibat desakan itu bertalu-talu, beliau cuba menegur Najib tetapi tidak berkesan. "Desakan supaya saya membuat sesuatu untuk menyedarkan Najib akan kemerosotan sokongan kepadanya, dan kebencian kepada tindak-tanduknya serta cara hidup mewah isterinya datang bertalu-talu kepada saya. "Buatlah sesuatu, kata mereka. Saya jawab saya sudah buat tetapi tidak berkesan," kata perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia itu. 'Keadaan amat serius' Bagaimanapun, kata Mahathir, apabila beliau mula mendengar berkaitan dakwaan skandal 1MDB, beliau merasakan keadaan sudah menjadi amat serius. "Pada masa itu maklumat tidak banyak. Saya terpaksa buat keputusan untuk hantar kepada Najib surat menyatakan saya tidak sokongnya lagi. "Najib hanya mengarah orang berdekatan dengannya supaya saya tarik balik surat saya. "Kerana ia tidak dedah penarikan sokongan saya, terpaksalah saya dedah sendiri," katanya lagi. Mahathir (atas) pada 29 April membangkitkan dakwaan gaya hidup Rosmah susulan khabar angin beliau membelanjakan RM3 juta hanya untuk hiasan bunga-buangan ketika majlis perkahwinan anaknya. "Isunya ialah, orang bercerita. Ia mungkin salah atau betul. Saya tak pasti kalau ia benar, tetapi saya fikir ada yang fakta. Itu jadi masalah," tulisnya sebelum ini. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan