Selasa, 12 Mei 2015

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Laporan Polis Ke Pelajar SM Vokasional Bachok

Posted: 12 May 2015 05:11 AM PDT

As salam Ydh Datuk/Tuan

Makluman satu kes Bunuh melibatkan pelajar kolej Vokesional Bachok Kelantan sebagaimana Bachok Rpt:
1795/15, Sek. 302 KK. IO Asp Abd Razak

✏Pengadu
Nama. Rosli Bin Yusof
Kerja: Guru

✏Mangsa (si mati)
Nama: Muhammad nur Akram bin Zime
KPT: 990512-03-6337
Umur: 16 tahun
Alamat. 153 C Jalan Datok Hasyim Pasir Puteh Kelantan

✏Ringkasan kes
Pada jam l.kurang 12.25 malam, 12/5/15 ketika Pengadu iaitu Cikgu Rosli sedang berada Di rumah warden asrama Kolej Vokesional Bachok Kelantan telah dimaklumkan oleh pelajar asrama memberitahu terdapat satu pelajar lelaki bernama Muhamad Nur Akram Bin Zime telah tidak sedarkan diri di dalam bilik asrama bernombor B205. Pengadu kemudian telah pergi ke asrama tersebut dapati mangsa memang tidak sedarkan diri dan terus bawa ke Klinik Bachok. Pada jam 12.45 malam pembantu pegawai perubatan Klinik Kesihatan Bachok, Encik Aminuddin B Che Abdullah menyatakan mangsa telah meninggal dunia. Punca kematian tidak diketahui.

✏Hasil siasatan
1) Butiran siasatan di tempat kejadian adalah seperti berikut:
🔺 Tempat kejadian berlaku adalah di dalam asrama pelajar lelaki bernombor B205 kolej vokasional bachok
🔺Semasa kejadian berlaku terdapat 6 orang lagi pelajar kolej yg sedang tidur dalam bilik tersebut.

2)Hasil temubual awal dengan saksi kejadian bernama Kazarul Hafifi bin Kamarul Zaman berusia 16 tahun dapati pada 11/5/2015 jam lebih kurang 11.40 malam ketika saksi sedang tidur di atas katil telah nampak satu pelajar lelaki bernama Alif Akmi telah masuk ke dalam asrama dan telah pergi ke katil mangsa.

Alif kemudian terus menarik mangsa ke arah almari baju mangsa dan terus memukul mangsa menggunakan tangan dan kaki hingga mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Selepas itu ketua asrama bernama Adib Baihaiki telah menghubung cikgu memberitahu mangsa telah pengsan. Saksi juga memberitahu punca alif tidak puas hati dengan mangsa adalah kerana mangsa dikatakan tidak menghormati Alif sebagai senior Di kolej tersebut.
3)Terdapat kesan kecederaan bengkak dan lebam di bahagian telinga sebelah kanan mangsa Dan bahagian leher mangsa.

4)Menurut ibu mangsa pada 11/5/15 jam lebih kurang 10 malam telah menghubungi mangsa dan mangsa menyatakan beliau berada dalam keadaan baik Dan sihat.
5) Mangsa merupakan anak ke empat daripada 7 orang adik beradik
6)Mangsa mula belajar Di kolej vokasional bachok pada bulan februari 2015
7)Mayat mangsa telah dibawa ke HRPZ II untuk post mortem.

✏Hasil Post Mortem
1)Post Mortem telah dijalankan oleh Dr Wan Zamri bermula jam 0915 hrs hingga 1030hrs.
2)Hasil Post Mortem mendapati :
🔺Terdapat kesan lebam pada leher mangsa sebelah kanan.
🔺Tidak ada sebarang kecederaan yang mencadangkan bahawa mangsa cuba mempertahankan dirinya.
🔺Tidak ada sebarang kesan lebam atau seumpamanya pada kulit kepala mangsa dan tengkorak mangsa tidak ada sebarang kesan keretakan menunjukkan tiada sebarang tindakan atau pukulan di kepala mangsa.
🔺Ujian ke atas saluran darah leher mangsa membuktikan bahawa terdapat salur darah yang pecah,terkoyak pada leher sebelah kanan. Pemeriksaan otak menunjukkan bahawa terdapat pendarahan yang menyeluruh pada permukaan otak yang disebabkan oleh saluran darah yang pecah.
🔺Mangsa tidak mempunyai apa-apa penyakit pada mana-mana organ yang lain.
3)Kesimpulan dari pemeriksaan Post Mortem, Cause of Death(COD) disebabkan "pendarahan pada otak yang disebabkan pukulan pada leher".


➡ Tangkapan

Pada 12/05/15 jam l/kurang 1245hrs D9 IPK Kelantan dan di bantu oleh anggta jsj ipd Bachok tlh prgi ke dewan harmoni kolej Sekolah Menengah Teknik Tangok bachok kelantan. Telah tangkap 1 pelajar . Butir-butir tangkapan :

Nama : Muhamad Aliff Aqmi
Bin Zahari
Kpt : 980617-03-6203
umur : 16thn
Alamat :Lot 168 Hadapan Masjid kg Jambu Merah Melor Kelantan.

▶ Soal Siasat
Hasil soal siasat dapati B1 mengaku telah sepak simati bertubi tubi pada bahagian leher, badan dan kaki. B1 hanya seorang diri memukul simati. Menurut B1, simati tidak menghormatinya sebagai pelajar senior.

Siasatan diteruskan.

Sekian untuk maklum

Kerana sidai tuala, pelajar tingkatan 4 maut dibelasah rakan asrama

Posted: 11 May 2015 11:23 PM PDT

Muhafandi Muhamad

KOTA BHARU: Seorang pelajar tingkatan empat Kolej Vokasional Bachok maut dipercayai dibelasah rakannya di asrama sekolah berkenaan.

Dalam kejadian sekitar jam 12 tengah malam itu, mangsa Mohd Nor Akram Zime, 16 tahun, didakwa disepak akibat perselisihan faham berhubung kain tuala yang didakwa disidai oleh mangsa di kepala katil rakannya itu.

Menurut bapa mangsa, Zime Yakoob, berdasarkan laporan saksi dan kenyataan rakan anaknya, arwah dikatakan disepak di bahagian badan dan leher.

"Warden telefon dalam pukul 1 lebih. Isteri saya jawab dan diberitahu agar segera ke hospital kerana anak tenat. Kemudian, ada dua anggota polis datang ke rumah memaklumkan bahawa anak saya dah tiada," kata Zime.

Mangsa sebelum ini belajar di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdulllah, Raub, Pahang sebelum bertukar ke kolej berkenaan tiga bulan lalu supaya lebih dekat dengan keluarga.

Katanya, kali terakhir dia berjumpa dengan anak keempat daripada tujuh beradik itu ialah minggu lalu.

Sementara itu, abang mangsa Mohd Nor Aminuddin berkata adiknya seorang yang tidak mempunyai masalah dan mudah bergaul di rumah.

"Dia depan orang ramai pendiam, jenis suka tolong orang. Kali terakhir jumpa dia pada cuti hari pekerja," kata Mohd Nor Aminuddin.

Mayat mangsa ditempatkan di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk proses bedah siasat dan jenazah dijangka dibawa pulang hari ini.

Mayat mangsa akan dikebumikan di Kampung Gelam, Pasir Puteh hari ini.

Sementara itu, pihak polis mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan siasatan akan dijalankan.

Difahamkan suspek yang juga rakan mangsa sudah ditahan polis.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan, Hussain Awang ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Kata Hussain, pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan kerana kes ini sudah menjadi kes polis.

Tiada ulasan: