Isnin, 6 April 2015

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Kami nak tahu juga siapa polis tangkap?

Posted: 06 Apr 2015 06:02 AM PDT



Kecoh diperkatakan seramai berbelas orang ditangkap. Tapi semua buka ditutup.

Rakyat nak tahu juga siapa yang kena tangkap

Undian Bermula Di Dewan Rakyat

Posted: 06 Apr 2015 05:58 AM PDT



Dewan kembali penuh? Ermm..

Rakan Tuntut Mayat Aidana

Posted: 05 Apr 2015 11:48 PM PDT

KUALA LUMPUR: Rakan kepada mangsa nahas helikopter di Semenyih hadir di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur pada Isnin untuk menuntut mayat Aidana Baizieva.

Seorang lelaki dan perempuan itu dilapor hadir untuk melengkapkan beberapa borang untuk tujuan pelepasan mayat itu.

Mereka tiba di bilik mayat kira-kira pukul 10.45 pagi sebelum menguruskan proses menuntut mayat.

Wanita tersebut enggan bercakap dengan media yang dilarang daripada memasuki perkarangan bilik mayat.

Terdahulu, seorang jurucakap kedutaan mengesahkan Aidana merupakan warga Kyrgyzstan dan pernah bekerja di Malaysia untuk seketika.

"Rekod menunjukkan beliau berada di Malaysia sekurang-kurang selama setahun," katanya.

Baizieva antara yang maut dalam nahas helikopter di Semenyih pada Sabtu lalu.

Nahas tersebut turut menggorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Terdahulu, wanita tersebut dilaporkan sebagai pembantu juruterbang helikopter yang terhempas itu tetapi kemudiannya disahkan sebagai kakitangan Syarikat Penerbangan Cempaka.

Najib Sudah Jumpa Mahathir

Posted: 05 Apr 2015 11:43 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah menemui Tun Dr Mahathir Mohamad secara "one-to-one" dan memberikan penjelasan berhubung isu dibangkitkannya, kata Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad.

Shahrir berkata, selain Najib, ahli BNBBC dan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) turut mengadakan pertemuan sama bersama perdana menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun itu.

"Saya tanya Najib (hasil pertemuan), beliau cakap Tun (Dr Mahathir) 'hot and cold'," kata Shahrir, kepada pemberita, pada sidang media BNBBC di Parlimen, hari ini.


Dr Mahathir dilihat semakin agresif mengkritik pentadbiran Najib, malah, turut berkata sekiranya Najib masih mengetuai Umno, Barisan Nasional (BN) akan tewas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Ahli Parlimen Johor Baru itu berkata, sebagai ahli Parlimen, mereka lebih memahami isu di peringkat akar umbi berbanding Dr Mahathir yang berada di kedudukan atasan.

"Dr Mahathir tidak akan tahu apa yang kami lakukan di peringkat akar umbi, ini orang atas-atas, kami peringkat bawahan.

"Itu orang yang bercakap, tidak ambil kira kenyataan sebenar di bawah, sebab itu kami biasanya diam, kali ini kami nyatakan," kata Shahrir, dan menambah, BNBBC terpaksa bersuara mempertahankan Najib memandangkan serangan Dr Mahathir kini menjurus kepada isu peribadi.

"Pada hari ini, tujuannya, sebagai ahli Parlimen biasa, kami bukan golongan 'buta-buta' menyokong, kami berdiri bersama dengan perdana menteri.

"Kami melihat perubahan dan keadaan yang kami rasa begitu puas hati dan seronok sebagai ahli Parlimen," katanya

Identiti wanita korban nahas helikopter diumum selepas ujian DNA - Polis

Posted: 05 Apr 2015 06:53 PM PDT

KAJANG: Identiti wanita dipercayai warga negara asing yang terkorban dalam nahas AS365 akan diumumkan sebaik polis menerima keputusan DNA dijalankan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam masa terdekat.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, pada sidang media di Sungai Pening, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini hanya mayat wanita terbabit dan juruterbang, Kapten Cliff Fournier, yang masih belum dituntut oleh waris mereka.

"Hari ini jenazah empat mangsa sudah dituntut dan dikebumikan dan mayat juruterbang yang masih berada di HKL dijangka akan dituntut oleh keluarganya sebaik mereka tiba dari luar negara," katanya.

Abu Samah juga enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada wanita terbabit adalah pembantu juruterbang atau penumpang AS365. Dalam perkembangan berkaitan, keputusan untuk membawa keluar serpihan dan bangkai helikopter akan dibuat sejurus pasukan penyiasat terdiri daripada polis, pasukan siasatan khas Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Biro Siasatan Kemalangan Udara dari Kementerian Pengangkutan mengadakan rundingan.

Ketua Menteri Sarawak Main Sentimen Bodoh?

Posted: 05 Apr 2015 05:57 PM PDT

KETUA MENTERI SARAWAK MENGAMUK DENGAN IMIGRESEN SARAWAK SEBAB GAGAL JALANKAN TUGAS!!!

Ini kali pertama, mana-mana Ketua Menteri atau Menteri Besar negeri-negeri di Malaysia memperlihatkan tahap ketidakpuasan hati berhubung prestasi kerja agensi-agensi tertentu di negara ini.

Dalam satu pertemuan dan taklimat tertutup di Kuching, Khamis lepas, Adenan Satem menyatakan tidak puas hatinya terhadap pegawai-pegawai penguatkuasa imigresen negeri itu.

Sebuah klip video yang dirakamkan menggunakan kamera telefon dan dirakamkan oleh seorang pegawai dari jabatan tersebut ketika dia dan 20 orang pegawai daripada 20 agensi yang lain - dari negeri dan persekutuan - telah diminta hadir ke bilik operasi negeri di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya.

Selama ini, tidak ramai yang melihat Adenan Satem naik angin walaupun cukup terkenal dengan kenyataan dan reputasinya, 'jangan main-main dengan saya'.



Adenan dilihat hilang sabar kerana kegagalan Jabatan Imigresen untuk menghalang kebanjiran pendatang haram Suluk dan Bajau di Miri.

"Sudah ada 700 Bajau dan 400 Suluk yang mencuri ikan di Miri dan (anda masih kata), anda tidak tahu tentangnya," Adenan kedengaran bersuara di dalam klip video berkenaan.

"Sekarang anda tahu, (anda bagi) alasan biasa, 'tidak cukup tenaga kerja, tidak cukup itu, tidak cukup ini. Stupid, bodoh," katanya Adenan yang jelas marah.

"Saya tidak mahu sebarang alasan berhubung tidak cukup tenaga kerja." Adenan juga berkata, "Separuh kakitangan bertugas di pejabat. Lebih pekerja di pejabat, kurang pekerja di luar."

Dengan melabelkan sesetengah daripada mereka sebagai 'pengecut', Adenan berkata, mereka seringkali memberikan pelbagai alasan untuk tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Bajau dan Suluk.

Kaum Suluk yang dimaksudkannya, datang dari selatan Filipinan yang bergolak dan tidak takut langsung dengan anggota-anggota penguatkuasaan dan seringkali bertindak secara agresif ke atas pihak berkuasa.

"Alasan sebenarnya ialah, mereka takut," kata Adenan, yang turut menambah, rakyat mahukan pegawai-pegawai kerajaan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan 'berani, penuh semangat dan berdedikasi'.

"Kita memberi amaran (kepada) pihak imigresen setahun lalu tentang Sulu. Tiada apa-apa yang dilakukan sehinggalah masalah ini menjadi lebih besar. Anda tahu ke berapa ramai imigran haram berada di Sarawak? tanya Adenan kepada pegawai-pegawai yang hadir.

"Pandang rendah. Awak mahu jadi macam Sabah? Saya tak mahu jadi macam Sabah."

Dalam sidang media kemudiannya, Adenan berkata, hanya 150 orang Suluk dan Bajau yang berjaya ditahan dalam operasi terbaru manakala bakinya, 'hilang tanpa dapat dikesan'.

Menurutnya, penempatan-penempatan Bajau dan Suluk di kawasan setinggan telah pun dimusnahkan.

Walaupun dikecam, ucapan Adenan mendapat tepukan daripada para pegawai berkenaan apabila dia berkata, pegawai-pegawai persekutuan yang tidak gembira dengan tempat kerja mereka, bolehlah minta bertukar, dan 'kami akan pastikan anda keluar dari negeri ini dengan secepat mungkin'.

"Mana-mana pegawai persekutuan yang tidak gembira dengan perkhidmatannya dan tidak gembira berkhidmat di Sarawak, beritahu bos-bos anda. Anda boleh minta untuk dipindahkan. Kami akan menyokong pertukaran dan anda tidak akan berada lagi di negeri ini."

Menurut Adenan lagi, bukannya susah sangat untuk mendapatkan seseorang yang lebih berdedikasi untuk berkhidmat di Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak yang diterima ramai oleh rakyat Sarawak kerana sikap merendah dirinya serta polisinya yang mempertahankan kepentingan Sarawak, turut menyatakan perkara yang sama kepada kaum guru.

"Mun si maok sitok, ndak ndak sia (kalau tak suka berada di sini, keluarlah). Jangan banyak sangat bunyi. Ada ramai orang lain yang mahu bertugas di sini. Sama ada anda berdedikasi atau sebaliknya."

Tiada ulasan: