Tukar Tiub |
- RAKYAT SUDAH MUAK
- KOTAK ITAM
- MUHYIDDIN GANTI NAJIB
- GANTUNG SIRUL ZALIM
- HASUT DAN LAWAN
- KETUA POLIS PENIPU
- SAMBUNG PERJUANGAN TOK JANGGUT
- TUAN EDITOR KANTOI LAGI
- KAMI SEMUA CUCU TOK JANGGUT
- CUCU CICIT TOK JANGGUT
- JURUTERBANG KE DUA
- KELMARIN JALAN PANGGUNG
- LAGI PUNAT KELUAR
- KAMI SEMUA TOK JANGGUT
- SUARA DALAM PUNAT
| Posted: 06 Apr 2015 07:01 PM PDT ADA MACAM CERITA macamx cerita akan muncul, macamx kenyataan dibuat, bagi mereka semua kita bagi kah kah kah sebab tak ada sapa ambik pot, tak ada sapa peduli, tak ada sapa kesah, kah kah kah, rakyat kesah kalau kena gst, rakyat marah kalau duit rakyat dirompak,rakyat meluat tengok kak ros pakai jet, dandan rambut yang tinggal beberapa helai, make up sampai hodoh sangat, kah kah kah, rakyat meluat tengok sanak saudara menumpang makan free, kalau nak makan free, pergi berbaris kat hujung minggu, tukar tiub bagi makan, kah kah kah, percaya lah semua perbuatan kamu tu akan ditimpa balasan dari atas, tak kira samada kamu baik atau jahat, semua akan diambil kira, hanya masa akan menentukan, paling rapat dengan kamu, cium tangan kaum, cium kaki kamu, semua akan hilang dalam sekeliap mata, kalau di timpa malapetaka, ianya sudah sampai ke bumi ini kah kah kah kita tunggu dan lihat nanti kah kah kah sementara itu bagi kah kah kah kat utusan tv 3 dan kaum kerabat kamu yang selalu online dengan TUHAN kah kah kah on JURUTERBANG KE DUA Publish | Delete | Spam Anonymous on 4/6/15 ![]() ------------------ | ||
| Posted: 06 Apr 2015 06:56 PM PDT | ||
| Posted: 06 Apr 2015 06:48 PM PDT KOMENTAR satu soalan apa sebenarnya yang menjadikan najib bagitu takut dengan rosmah apa yang dipegang rosmah? ingat apa kata isteri razak baginda ketika naik angin di mahkamah? 'my husband is not going to the prime minister...' ![]() Tolak Najib, Kadir tuding jari pada Rosmah Tokoh wartawan A Kadir Jasin hari ini menggariskan perbezaan antara bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi dan penyandang sekarang Najib Razak, berkaitan kedudukan mereka di tampuk kuasa. "Pak Lah tidak ada isteri yang bercita-cita besar," tambahnya yang dilihat ditujukan kepada isteri Najib, Rosmah Mansor, yang sering berdepan tanggapan negatif orang ramai. Kadir juga berkata Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menjadi pilihan semula jadi untuk menggantikan Najib jika beliau berundur. "Isterinya disenangi dan hal anak-anaknya jarang dilihat atau didengar. "Satu-satunya yang orang ramai tahu ialah Najwa Mahiaddin kerana dia seorang penyanyi dan penggubah lagu. "Kelebihan lain apabila beliau datang daripada keluarga kuat agama daripada Muar," katanya dalam tulisan di blog. KAH KAH KAH woit kalau najib kena terajang muhyiddin jadi PM rosmah masih lagi FLOM fat laday of malaysia kah kah kah APA PUNYA BADAK ![]() ------------- | ||
| Posted: 06 Apr 2015 05:30 PM PDT KOMENTAR kes pembunuhan altantuya kini menjadi tali panjang yang sedang menjerut leher najib razak madey sedang menggunakan kes bunuh ini sebagai senjata paling ampoh untuk menerajang najib pertempuran dalam parti ketuanan melayu sedang berjalan dengan sengit sekali najib sedang diasak kita tunggu dan lihat siapa yang akan menang najib tercampak atau madey koyak rabak ketika ini agak awal untuk buat ramalan ![]() Tak adil gantung Sirul, kata MahathirMahathir Mohamad hari ini menggesa supaya polis mengenal pasti pesalah di sebalik pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dengan mengatakan ia "sangat tidak adil" bagi Korporal Sirul Azhar Umar untuk digantung hanya kerana mengikut arahan. Bekas perdana menteri itu berkata, Sirul sepatutnya dibenarkan untuk menyatakan kesnya, kerana dia sudah pun mengatakan dia tidak membunuh Altantuya atas kehendaknya sendiri. "Dia (Sirul) sudah katakan ia bukan kehendaknya sendiri. Dia diarahkan untuk melakukannya, jadi soalan yang sepatutnya ditanya lama dahulu adalah siapa yang mengarahnya?" kata Mahathir pada sebuah forum di Cyberjaya, hari ini. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tak-adil-gantung-sirul-kata-dr-mahathir#sthash.bmhpMzY0.dpuf![]() ------------ | ||
| Posted: 06 Apr 2015 10:28 AM PDT | ||
| Posted: 06 Apr 2015 06:30 AM PDT KOMENTAR memang berani cakap terang cakap jujur kalau penipu katakan penipu salut! Ketua polis negara 'penipu', kata PAS Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar mendakwa Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar "berbohong" apabila mengatakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghantar anggotanya ke Australia untuk mendapatkan maklumat daripada Koperal Sirul Azhar Omar berhubung kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Mahfuz pada sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, pihaknya menghubungi Sirul secara peribadi, dan bekas anggota pasukan keselamatan itu memaklumkan kepadanya kenyataan Khalid itu tidak benar."Sirul sangat kecewa dengan pembohongan ketua polis negara bila saya hubungi dia 2 hari lalu," kata Mahfuz. The Malaysian Insider hari ini melaporkan peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin turut mempertikaikan dakwaan polis apabila mengatakan satu pertemuan diadakan dengan bekas komando itu. "Saya anggap ini kenyataan bohong ketua polis negara, sangat menyentuh kredibiliti negara, akibat peribadi beliau yang sangat buruk apabila buat kenyataan bohong, satu dunia tahu. "Ini bermakna, ketua polis negara lakukan pembohongan terhadap negarawan, Mahathir Mohamad," kata ahli Parlimen Pokok Sena itu. "Kelayakan sebagai ketua polis negara hilang, kenyataan bohong ini menjejaskan imej Malaysia," katanya. Mahathir sebelum ini mengkritik secara keras pentadbiran Najib Razak, dan mengatakan kebenaran perlu didedahkan berhubung isu pembunuhan Altantuya. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ketua-polis-negara-penipu-kata-pas#sthash.10BJDnVj.dpufKAH KAH KAH woit kah kah kah ketua twiter negara rupa rupa penipu kah kah kah APA PUNYA TUUUR ![]() --------------------- | ||
| SAMBUNG PERJUANGAN TOK JANGGUT Posted: 06 Apr 2015 05:00 AM PDT Himpunan Hari Pekerja #BatalGST yang akan diadakan pada 1 Mei ini di Kuala Lumpur mengambil semangat tokoh pejuang Kelantan, Tok Janggut dalam usaha mendesak Putrajaya membatalkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).Pengerusi jawatankuasa perhimpunan itu, Mohamad Sabu berkata himpunan itu mendesak Putrajaya membatalkan segera GST berikutan keadaan ekonomi, kehidupan rakyat, rasuah dan pembaziran berterusan. "Kami daripada parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) akan bersama ke Kuala Lumpur pada 1 Mei untuk mengadakan bantahan sambungan 1 Mei tahun lalu. "Oleh kerana 100 tahun dulu pada tarikh yang hampir sama, seorang pejuang bangun menentang sistem percukaian dikenakan British kepada rakyat khasnya di Kelantan, maka kami juga memilih slogan tahun ini 'Kami adalah Tok Janggut', bangun menentang sistem percukaian yang menindas rakyat pada waktu itu," katanya. Mohamad berkata demikian pada satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur hari ini yang turut disertai 14 wakil pertubuhan politik dan NGO.Sementara itu, aktivis Hishamuddin Rais berkata penentangan terhadap cukai bukan isu baharu dan ia sudah digerakkan 100 tahun lalu oleh Tok Janggut. "100 tahun lalu British memperkenalkan cukai tanah, cukai kepala dan cukai sirih pada 29 April, 1915. "Tok Janggut bersama pengikutnya membantah cukai yang diperkenalkan British. "Perjuangan kita pada 1 Mei ini bukan perkara baharu. Kita cucu cicit Tok Janggut," katanya. Sementara itu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke berkata GST adalah isu rakyat yang merentasi kaum, agama dan latar belakang politik. Katanya, selepas hampir seminggu pelaksanaan GST, banyak maklum balas daripada peniaga kecil yang diterima menyatakan amat sukar menangani cukai baharu itu. "Maka DAP akan memberi sokongan penuh bersama-sama rakan #BatalGST. Tuntutan kita ialah kerajaan sepatutnya batal dan tangguhkan GST. "Pimpinan DAP akan menggerakkan semua ahli, wakil rakyat dan penyokong bermobilisasi pada 1 Mei bersama gerakan rakyat menunjukkan rakyat bantah GST," katanya. Himpunan 1 Mei ini akan diadakan selepas solat Jumaat di Kuala Lumpur dan lokasi spesifiknya akan dimaklumkan kemudian. Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata himpunan itu dijangka dihadiri kira-kira 1 juta orang daripada pelbagai pertubuhan seluruh negara dan mana-mana pertubuhan yang berminat boleh mengambil bahagian. – 6 April, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/himpunan-raksasa-kami-tok-janggut-desak-batal-gst#sthash.dX5O5nvh.dpufAnti-GST activists draw inspiration from legendary Kelantan warrior KUALA LUMPUR: Malaysian activists will use Malay warrior Tok Janggut (The Bearded One) as inspiration for an anti-GST demonstration they have planned on Labour Day in May.A member of the "BatalGST" steering committee Hishamuddin Rais said the famed Kelantanese warrior fought against tax levied by the British exactly 100 years ago. "The British introduced all sorts of taxes 100 years ago - RM1 cukai kepala (head), three cents cukai kelapa (coconut) and five sen cukai sirih (betel leaf). This is not a new fight exactly," he said at the #BatalGST press conference at the Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall on Monday. He said Tok Janggut was hung by the British in June 1915 for fighting them. "We are all the cucu cicit (grandchildren) of Tok Janggut. Kami semua Tok Janggut (We are all Tok Janggut). We want to create a big wave out of this movement," he said. Tok Janggut or Mat Hassan Panglima Munas is considered to be the first person to revolt against the British in the Malay Peninsula back in the early 1900s ![]() ------------------ | ||
| Posted: 06 Apr 2015 02:30 AM PDT Lebih 1,000 bantah tindakan biadap pembangkangLebih 1,000 orang menyertai Perhimpunan 604 di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, pagi ini bagi membantah kebiadaban pembangkang terhadap Sultan Perak, Sultan Muizzuddin Shah. KAH KAH KAH woit tuan editor lain kali minta jukukamera ambil jarak luas - wide angle atau jarak jauh - long shot baru nampak ramai gambar jarak dekat - close up nampak ada 10 orang saje yang 990 orang ilang kah kah kah APA PUNYA KANTOI NOTA tuan editor ini gambar contoh long shot wide angle ![]() | ||
| Posted: 06 Apr 2015 01:17 AM PDT Kenyataan Media: Pelancaran Kempen #BantahGST 6 April 2015 Kami telah memerhati perlaksanaan cukai GST dengan penuh teliti. Makluman daripada akar umbi menunjukkan rakyat sangat tertekan dengan cukai GST yang baru ini. Hampir kesemua barangan keperluan naik harga mendadak.Perlaksanaan GST ini juga penuh dengan kontrovesi. Dalam bajet 2015 Perdana Menteri umumkan 54% daripada 900 barangan akan turun harga, sekarang rakyat tertanya-tanya di manakah 486 barangan yang dijanjikan turun harga? Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dari permulaan lagi telah menentang perlaksanaan GST atas 4 sebab utama: 1. 1. GST adalah cukai regresif yang menindas golongan yang susah. Mengikut kajian Penang Istitute, setiap isi keluarga secara purata perlu bayar cukai GST sebanyak RM1080 setahun (RM90 sebulan). Ini memberi kesan yang buruk terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah, pesara, isi-rumah bumiputra dan orang muda. 2. 2. Pendapatan seisi keluarga belum mencapai tahap yang memuaskan untuk melaksanakan GST. Mengikut jawapan parlimen, 80 peratus daripada isi rumah di Malaysia layak menerima BR1M (pendapatan kurang RM3000 sebulan). Hanya 10 peratus daripada 12 juta pekerja layak membayar cukai pendapatan. Ini bermaksud rakyat Malaysia majoritinya susah dan akan dibebankan dengan cukai GST 3. 3. Perlaksanaan GST membebankan peniaga dengan kos dan kerumitan perlaksanaan Setiap peniaga pada purata perlu membayar lebih RM20,000 kos perlaksanaan GST. Ini adalah bebanan besar kepada perniagaan kecil. Kerja perlaksanaan cukup rumit. Akibatnya banyak kedai membuat keputusan tutup kedai. 4 4. Kerajaan UMNO/BN harus menangani rasuah, pemborosan dan penyelewengan sebelum mencukai rakyat yang susah Kerajaan UMNO/BN terpaksa melaksanakan GST kerana mereka gagal mengurus tadbir kekayaan Negara dengan baik. Dengan pemborosan dan rasuah yang berleluasa, hutang Negara naik mencecah 55% siling. Hutang Negara dengan hutang kontingensi telah mencecah RM700 billion. Kegagalan UMNO/BN inilah yang menyebabkan rakyat dimangsakan dengan GST. Kempen #BantahGST Kempen #BantahGST ini bertujuan mendapatkan 1 juta petisyen rakyat secara online melalui laman web bantahGST.com Tujuan petisyen rakyat ini dilancarkan adalah untuk menghantar mesej secara jelas kepada Perdana Menteri Malaysia bahawa beliau harus membatalkan cukai GST. Kami mensasarkan 200,000 bantahan menjelang 1 Mei 2015. Kemudian berperingkat-peringkat mencapai 1 juta. Kalau suara rakyat kuat, rakyat berkuasa. Kami percaya Suara Rakyat, Suara Keramat. Tema Kempen ini adalah "Bantah Cukai Rakus, Golongan Susah Tertindas!" Kempen ini adalah kempen bersiri, dalam 2-3 minggu akan datang, kita akan melancarkan kempen mengikut siri. Kempen Pertama: #BantahGST Top Up Card Sebagai perlaksanaan kempen pertama ini, kami ingin membangkitkan isu Telco Top Up Card yang penuh kontroversi. Mengikut aduan yang diterima oleh Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Konsumer dan Koperasi (KPDNKK), 44% adalah berkenaan dengan Telco Top Up. Ini adalah berpunca daripada kegagalan kerajaan merunding dengan syarikat-syarikat Telco. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menjanjikan tiada GST untuk Top Up Card, tetapi sekarang terbuktinya GST dikenakan. Ini jelas janji tidak ditepati! Prepaid service merangkumi 60% daripada jumlah call, sms dan data service syarikat Telco. Dengan mengenakan cukai GST, Kita jangkakan syarikat-syarikat Telco akan mengaut keuntungan setinggi RM80-120 juta ringgit setahun. Isu Top Up card ini melibatkan semua lapisan masyarakat terutamanya golongan anak muda, pelajar, golongan berpendapatan rendah, warga emas dan pesara. Mereka menggunakan service top up kerana tidak mampu bayar postpaid plan. Buat masa sekarang, kenyataan kerajaan adalah sangat mengelirukan. Kerajaan hanya mengumumkan penyelesaian 3 bulan sahaja. Itu bukan penyelesaian. Kami akan perjuangkan tiada cukai GST dikenakan kepada prepaid Top Up. Kami menyeru semua golongan yang tidak puas hati menanda-tangani petisyen rakyat untuk menyatakan suara hati kepada kerajaan. Kami juga akan turun padang membuat kempen mengenai isu ini.Kalau rakyat bersatu #bantahGST, rakyat akan Berjaya hapuskan GST. Sim Tze Tzin (PKR Bayan Baru) Teo Kok Seong (DAP Rasah) Hanipa Maidin (PAS Sepang) G Manivannan (PKR Kapar) --------------- | ||
| Posted: 06 Apr 2015 12:57 AM PDT KAMI SEMUA TOK JANGGUT lagu dari cucu cicit tok janggut | ||
| Posted: 06 Apr 2015 12:16 AM PDT | ||
| Posted: 05 Apr 2015 11:03 PM PDT NASI PANGGUNG Yang miskin makin miskin Gasak Semua yg Tertindas! Menu & penyumbang di Jln Panggung minggu lepas: Tim Dapur Jalanan KL - Nasi Putih Toyota masak kari Tim Syed Shahir - Roti Volvo / Air Honda Tim KPM Air Keroh - Kueh Perodua / Pakaian Brader Shahril - Buah Pisang ![]() Anak semua bangsa; yang berkerja bakti bersolidariti & membantu:- Husain, Aisyah, Afiq, Paan, Aisyah titi, Syuhada, Momo Faiz, Yusop & kawan-kawan dari KPM Air Keroh, Awatif, Fitrah & Tim Recycle, Dr Maszlee sekeluarga, Intan & Sarah, Fazi, Yeoh Lost Gen, Kawan2 UIA PJ & semua yg hadir, berkongsi kasih bersetiakawan di Jln Panggung! Terima Kasih! Thank you! Gracias! teşekkür ederim! merci! cảm ơn bạn! Jumpa di minggu hadapan Untuk maklumat terkini, info-info mengenai kami boleh cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur & follow twitter - @dapurjalanan & instagram - dapurjalananKL. Cari, follow & LIKE!! Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun Dapur Jalanan, CIMB: 8001-7278-49 SPKL Collective Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh talipon: ezzuandi 0192671285 atau Hadi Khalid 0126648873 Solidariti untuk Miskin Kota Dapur Jalanan Kuala Lumpur *Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa* --------------------- | ||
| Posted: 05 Apr 2015 08:37 PM PDT Yakin jangka hayat Pasma tak lama KUALA TERENGGANU – Jangka hayat Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dijangka tidak bertahan lama sekiranya NGO itu mewujudkan parti baharu.Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman dalam nada sinis mengalu-alukan penubuhan parti baharu Pasma, turut menyifatkan tindakan itu akan hanya menyebabkan Pasma berdepan risiko cepat mati. Menurutnya, keadaan itu mungkin berlaku terhadap Pasma jika NGO itu benar-benar menubuhkan parti baharu berdasarkan keadaan parti serpihan Pas sebelum ini yang tidak mampu bertahan lama dalam politik negara. "Kita setuju kerana kalau tubuh parti baharu, cepat mati (tidak bertahan lama) dan kita yakin kerana parti sebelum inipun sudah mati (bubar). KAH KAH KAH woit kah kah kah satu lagi punat sampai ini punat dari ganu kang kang kang makang ikang APA PUNYA PUNAT ![]() ------------ | ||
| Posted: 05 Apr 2015 08:00 PM PDT KAMI SEMUA TOK JANGGUT ialah slogan gerakan anti-gst perjuangan menentang cukai telah dimulakan oleh TOK JANGGUT 100 tahun dahulu tok janggut menolak langkah penjajah british yang mahu mengenakan cukai:
------------- | ||
| Posted: 05 Apr 2015 07:48 PM PDT PUTRAJAYA 5 April - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui yang beliau turut menerima amanat daripada Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya mewujudkan hubungan baik dengan UMNO bagi memudahkan pelaksanaan hudud di Kelantan. INI PUNAT BISUL KAH KAH KAH woit ada lagi punat ini kah kah kah ini punat apa ni? apa jadi dengan punat haji hadi? kah kah kah APA DIA PUNAT ![]() |
| You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |






















.jpg)








.jpg&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan