Isnin, 6 April 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Najib Razak Paling Teruk Dalam Sejarah Perdana Menteri Malaysia? Pak Lagi OK? Najib Terlalu Banyak Skandal & UMNO Kalah PRU14!

Posted: 06 Apr 2015 07:59 AM PDT




najib perdana menteri




Najib Razak Paling Teruk Dalam Sejarah Perdana Menteri Malaysia? Pak Lagi OK? Najib Terlalu Banyak Skandal & UMNO Kalah PRU14! Berdasarkan pengamatan dan pengalaman Mahathir dalam sepak terang politik Malaysia serta iklim sokongan rakyat Malaysia pada ketika ini, Mahathir yakin dan percaya jikalau Najib Razak meneruskan memimpin Malaysia, rakyat Malaysia akan menolak UMNO melalui keputusan Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU 14).

Mahathir cukup kesal dengan "anak buah yang diangkat" untuk dijadikan perdana Menteri selepas menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi, apabila melihatkan prestasi Najib Razak lebih teruk daripada Pak Lah. Dan sepatutnya Najib Razak letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO disebalik kelemahan kepimpinannya.

Selepas menergur secara senyap dan secara baik selama 4 tahun lamanya, segala kelemahan dan kerosakan disebalik kepimpinan Najib Razak sebagai Perdaan Menteri Malaysia, tetapi tetap tidak mahu berubah malah diteruskan walaupun nasihat demi nasihat telah diberikan kepada Najib Razak.

Segala fasa untuk ditegur secara baik sudah berakhir untuk Najib Razak. Siganal jelas sudah ditunjukkan sekarang. Ini adalah jalan terakhir yang dilakukan oleh Mahathir Mohamad bagi menyelamatkan Malaysia.

Mahathir meneruskan serangan ke atas Najib Razak secara terbuka dan Mahathir mahukan Najib Razak letak jawatan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO. Ini kerana Mahathir merasakan yang parti UMNO sudah tidak mampu selamat dan bakal dihumban jatuh oleh pengundi pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14). Mengapa begitu radikal kritikan Mahathir kali ini ke atas Najib Razak?

BACA SINI : Malaysia Antara Negara Terbersih Rasuah (Menteri) VS Malaysia Antara 
Paling Korup di Dunia (Firma Ernst & Young)

 

Kelemahan Najib Razak Sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO?

  1. Najib Razak terlalu banyak skandal sepanjang menjadi Perdana Menteri Malaysia
  2. Najib Razak terlalu senyap dalam banyak isu yang berbangkit dan tidak dapat jawab sesuai dengan kapasiti sebagai Perdana Menteri sebuah negara yang sepatutnya mesti berani berhadapan dengan sebarang persoalan dengan rakyat atau sesiapa sahaja.
  3. Ketika Najib Razak pimpin Malaysia, hari ini media dan akhbar luar negara melabelkan Malaysia "The Most Corrupt Country In The World" sedangkan ketika Mahathir bersama-sama Anwar Ibrahim memimpin Malaysia di era 90an, telah berjaya menagngkat Malaysia menjadi "Harimau Asia" dalam ekonomi bersama Singapura, Korea Selatan
  4. Ada lagi mahu tambah?
  5. Sambungannya boleh semak paparan tulisan Chedet di bahagian atas
P/S : Rupanya bagi bagi pendapat seoarang menteri ________

Soal pembunuhan tanpa motif, soal kerugian syarikat pelaburan kerajaan, soal berbelanja mewah di saat rakyat hidup susah adalah berkait rapat SOAL DALAMAN UMNO SAHAJA. Jadi, ia hanya perlu diselesaikan dan bincang sesama mereka sahaja secara dalaman dan tertutup. Kata Menteri Malaysia. Ermmmm….

PP/S : Ada juga mengatakan jikalau kritik kerajaan disamakan usaha jatuhkan kerajaan. Pemikiran apakah yang cuba ditunjukkan sekarang ini?

PPP/S : Sementara di luar sana kritikan bertali arus dari Daim Zainuddin, Kadir Jasin, Mahathir Mohamad dan yang lain-lain, Datuk Seri Najib Tun Razak sangat tenang di Seri Perdana. Mengecapi kejayaan kerjaya dan bebas kewangan atas usaha bertahun dalam politik seperti video di bawah ini. Meow….


Selangor tak perlu MB retorik, sandiwara

Posted: 06 Apr 2015 05:18 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Saya mengucapkan terima kasih kepada Dato' Menteri Besar Selangor kerana memberi respon terhadap sesetengah isu yang saya bangkitkan meskipun jawapan beliau lebih kepada cubaan untuk memperlekehkan legasi saya selaku mantan menteri besar.

Apatah lagi isu yang sangat penting yakni penstrukturan semula industri air tidak disentuh sama sekali.

Sesungguhnya, rakyat Selangor berhak mendapat penjelasan dan kepastian terutama tentang komitmen beliau dalam memuktamadkan segera penyusunan semula industri air pada kos keseluruhan tidak melebihi RM9.65 bilion; langkah-langkah mengambilalih Splash, satu-satunya syarikat konsesi yang masih berdegil dan penamatan serta-merta perjanjian penswastaan berat sebelah dengan semua syarikat konsesi.

Kita semua, lebih-lebih lagi pemimpin, sepatutnya tahu ada perbezaan yang besar antara keberanian melulu dan kebijaksanaan terpimpin dalam membuat keputusan.

Apa gunanya berani persis panglima perang sekiranya strategi dan teknik yang digunapakai bakal menyebabkan kita menang satu pertempuran tapi kalah di dalam peperangan.

Ambillah iktibar dan pengajaran daripada kisah nasib malang Pak Kaduk yang menang bersorak, kampung tergadai akibat kedunguan dan kejahilan beliau.

Kelayakan, kredibiliti dan integriti seorang pemimpin bukan diukur atas neraca keberanian tetapi lebih bersandarkan keupayaan dan kebijaksanaan hakiki.

KIDEX jadi sandaran

Memandangkan menteri besar menjadikan isu KIDEX sebagai sandaran, sekiranya Dato' Menteri Besar terlupa atau terlepas pandang, saya ingatkan bahawa kerajaan negeri terikat dengan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bidang kuasa dan prerogatif bagi kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan sama ada di bawah senarai persekutuan, negeri atau bersama.

Jika diteliti Jadual Kesembilan tersebut, amat jelas bahawa projek KIDEX terletak di bawah bidang kuasa penuh kerajaan persekutuan memandangkan perkara-perkara berkaitan komunikasi dan pengangkutan serta kontrak kerajaan persekutuan termasuk dalam senarai persekutuan.

Hakikatnya, skop dan capaian bidang kuasa kerajaan persekutuan dalam hal-ehwal berkepentingan awam sangat meluas dan hampir mutlak.

Dalam pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam, peranan kerajaan negeri tidak lebih daripada memberi nasihat dan tiada kuasa menolak projek kerajaan persekutuan.

Malah, walaupun sebarang perkara berkaitan tanah di bawah senarai negeri, perancangan pembangunan bandar dan desa masih tertakluk di bawah senarai bersama.

Meskipun KIDEX tidak termasuk dalam draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 dan pelan rancangan tempatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya yakni hujah Seksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 mungkin boleh dipertimbangkan, saya amat khuatir akan keterdedahan kerajaan negeri kepada implikasi perundangan dan kewangan akibat pengumuman pembatalan pada 16 Februari 2015.

Saya difahamkan kerajaan persekutuan sedang meneliti semua aspek berkaitan bersama Jabatan Peguam Negara.

Sebenarnya, pengumuman pembatalan projek ini aneh dan diragui kesahihannya di bawah bidang kuasa kerajaan negeri kerana ia tidak terlibat langsung dalam perjanjian konsesi yang ditandatangani di antara syarikat konsesi dan Kerajaan Persekutuan pada 16 November 2013.

Terdapat juga percanggahan hujah dalam alasan pembatalan di mana syarikat konsesi didakwa gagal memenuhi kesemua syarat yang ditetapkan dalam tempoh yang diberi sehingga 14 Februari 2015 sedangkan syarikat konsesi dan kerajaan persekutuan mendakwa sebaliknya.

Berpandukan krisis KIDEX, kita tidak dapat menolak kemungkinan pelabur swasta akan berfikir berulang kali sebelum membuat keputusan melabur di Selangor khususnya dalam pembinaan infastruktur pengangkutan awam.

Saya kira perlu dimaklumkan kepada rakyat juga ketika saya mengetuai Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES), persetujuan secara prinsip atau kelulusan bersyarat yang diberikan pada 23 Februari 2012 sebenarnya tertakluk kepada empat prasyarat yang wajib dipenuhi oleh syarikat konsesi dalam tempoh masa yang mencukupi sebelum kebenaran merancang boleh dikeluarkan:

(1) Hasil laporan penilaian impak lalu lintas (TIA), impak alam sekitar (EIA) dan impak sosial (SIA)

(2) Unjuran kewangan lengkap mengenai pulangan pelaburan modal oleh syarikat konsesi untuk menetapkan tempoh tol perlu dikenakan

(3) Unjuran margin keuntungan bakal dikaut

(4) Sesi engagement di antara syarikat konsesi, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan penduduk yang bakal terkesan, dimudah cara oleh pihak berkuasa tempatan (PBT)

Setelah kepimpinan pentadbiran negeri bertukar, rakyat sepatutnya dimaklumkan bahawa barisan exco yang baharu hanya membuat keputusan berdasarkan ketetapan dan faktor pertimbangan yang saya gariskan dahulu selaku menteri besar.

Memang mudah mengumumkan pembatalan, tidak kiralah sama ada pembatalan projek atau kelulusan pembangunan tetapi apakah solusi alternatif kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah dasar iaitu kesesakan lalu lintas teruk berdasarkan aduan rakyat di Lembah Kelang terutama di kawasan berkenaan?

Sekali lagi saya tegaskan bahawa keupayaan mencadangkan penyelesaian alternatif yang boleh dilaksanakan pada kos yang setimpal dan impak negatif minimum merupakan ujian sebenar kewibawaan, kaliber dan nilai teras seorang pemimpin.

Kembali ke tender zaman BN

Mengenai dasar perolehan kerajaan negeri, rakyat perlu diingatkan bahawa sistem tender terbuka melalui kaedah "cut-off" telah digunapakai oleh pentadbiran BN sebelum 2008 tetapi telah saya tamatkan.

Ini kerana ia terbukti tidak menitikberatkan prinsip kompetensi, ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti di samping membuka ruang kepada perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.

Keberkesanan sistem tender terbuka berdasarkan prinsip value for money yang saya laksanakan sejak 2009 di mana kontrak Kerajaan Negeri dianugerahkan kepada sebut harga paling kompetitif jelas terbukti apabila Dato' Menteri Besar sendiri mengumumkan minggu lepas di dalam Dewan Negeri Selangor bahawa kerajaan negeri mencapai penjimatan bernilai RM430.221 juta di antara 2011 dan 2014 yakni setara dengan purata tahunan sebanyak RM107.56 juta.

Logik akal manusia waras yang benar-benar ikhlas ingin melaksanakan prinsip-prinsip urus tadbir yang baik serta menentang gejala ketirisan, pembaziran dan amalan rasuah sudah pasti tidak akan sekali-kali bersetuju dengan apa jua justifikasi yang diberi oleh pentadbiran baharu untuk mewajarkan keputusan membatalkan satu kaedah yang terbukti berkesan di era pentadbiran saya.

Lebih parah lagi, digantikan pula dengan kaedah yang telah digunapakai sebelum 2008 biarpun dijenamakan semula sebagai kaedah "cut-off" yang diubahsuai.

Jika kita teliti laporan akhbar dan aduan rakyat, pelbagai isu perkhidmatan awam yang disediakan PBT tidak diselesaikan pada hujung 2014 seperti yang Dato' Menteri Besar janjikan malah semakin teruk.

Sampah terus berlonggok

Longgokan sampah-sarap bukan di tempat pembuangan masih berleluasa, sistem perparitan dan longkang masih tersumbat, semak-samun di taman perumahan masih kelihatan, jalan-jalan tidak bersapu masih kerap.

Ini semua bukti kegagalan kaedah "modified cut-off" ini yang sebenarnya amat mencurigakan tetapi telah dimomokkan sebagai penyelesaian terbaik bagi semua masalah berkaitan PBT atau seumpamanya.

Hakikatnya, sistem tender terbuka yang mempunyai seribu macam kebaikan telah tercemar kerana kaedah "cut-off" sebegini yang membenarkan kontrak diberikan kepada pembida yang bukan terendah bakal membuka ruang kepada perbincangan tertutup (back-door negotiations) sekaligus terdedah kepada amalan rasuah serta salah guna kuasa, salah urus dana awam dan salah laku berkaitan dana awam yang lain.

Malang sekali nasib rakyat Selangor kerana akhirnya, mereka yang rugi kerana terpaksa membayar lebih bagi hasil kerja atau perkhidmatan yang ala kadar dan tidak setimpal dengan dana awam yang dibelanjakan.

Sekiranya yang menjadi masalah adalah wujudnya kontraktor yang culas dalam pengendalian tugasan yang diberi atau gagal menyempurnakan projek dalam tempoh masa dan/atau mengikut spesifikasi yang ditetapkan, maka sepatutnya pentadbiran baharu berusaha mencari mekanisme inovatif lain untuk menangani masalah tersebut di samping menambah baik sistem sedia ada yang terbukti memberi faedah besar kepada rakyat.

Nampaknya, memikirkan satu mekanisme lain yang memerlukan analisa terperinci dan kepakaran spesifik terlalu membebankan bagi Dato' Menteri Besar dan para penasihat kanan beliau.

Sebaliknya, tanpa rasa bersalah, beliau sewenang-wenangnya mengambil jalan pintas dan mudah dengan mengguna pakai semula sistem lama yang hanya diberi sentuhan kosmetik.

Hakikatnya, sangat mudah menjadi pemimpin oportunis dengan membuat kenyataan atau keputusan yang popular dan lunak didengar tanpa perlu memikirkan impak dalam segala segi dan gambaran sebenar situasi atau kemampuan hakiki memenuhi sebarang janji manis.

S'gor juga kena GST

Saya hanya mampu tersenyum apabila melihat di dada akhbar dan portal baru-baru ini kononnya negeri Selangor menentang GST sedangkan kita tahu hakikatnya, semua PBT telah diarahkan memaklumkan rakyat di semua peringkat bahawa GST akan dikuatkuasakan mulai 1 April 2015.

Rakyat perlu sedar daripada terus dibuai mimpi indah bahawa kenyataan tersebut yang dibuat oleh Dato' Menteri Besar di dalam Dewan Negeri Selangor pada minggu lepas tidak akan merubah apa-apa kerana hakikatnya, Selangor tidak akan sama sekali dikecualikan daripada melaksanakan GST!

Saya yakin kayu ukur sama ada seorang pemimpin itu semata-mata seorang politikus profesional atau seorang negarawan terbilang terletak pada ketulusan niat memberi yang terbaik kepada rakyat yang akan terserlah melalui keutuhan perjuangan, kesungguhan usaha dan pencapaian sebenar sepanjang hayat.

Namun, berdasarkan apa yang kita alami dan saksikan sendiri sejak hujung bulan September 2014, jelas bahawa Dato' Menteri Besar perlu berusaha lebih gigih untuk layak digelar negarawan kerana masih bersendikan retorik dan sandiwara politik.

Kalau beginilah gaya dan pendekatan pentadbiran baharu, maka saya ulangi gesaan agar Dato' Menteri Besar segera berundur untuk diserahkan jawatan kepada seseorang yang benar-benar layak demi kemaslahatan rakyat.



TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang.

Peguam: Persoal motif bukan hina mahkamah

Posted: 06 Apr 2015 05:10 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Peguam veteran Americk Sidhu berkata, ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sepatutnya boleh membezakan tindakan mempersoalkan motif pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan perbuatan menghina mahkamah

Americk yang merupakan peguam kepada seorang saksi utama dalam kes pembunuhan itu berkata, Khalid perlu faham bahawa tiada siapapun yang mempersoalkan keputusan mahkamah.

"Persoalan (motif) ini masuk akal. Ini adalah persoalan sama yang ditanya oleh sebahagian besar rakyat Malaysia sejak lapan tahun lalu.

"Apa yang Khalid gagal sedari ialah, tiada siapa yang mempersoalkan keputusan tersebut. Semua orang setuju bahawa keputusan (mahkamah) adalah betul.

"Bagaimanapun, soal motif itu tidak pernah ditangani dalam tiga mahkamah yang dilalui kes ini. Malah, bukti berhubung motif tidak pernah dikemukakan oleh pendakwaan," kata Americk dalam kenyataannya.

Peguam kepada mendiang P Balasubramaniam itu berkata, oleh itu, Khalid perlu meningkatkan tumpuan dalam siasatan semula kes berkenaan dan bukannya menyiasat kenyataan di Twitter.

"Daripada membuat orang gerun di Twitter, lebih baik Khalid lihat jika kes ini perlu disiasat semula dengan lebih bersungguh-sungguh daripada sebelumnya.

"'Khalid Twitter' malah sanggup mengugut (salah satu kemahirannya) sesiapa saja yang berani membangkitkan isu motif pembunuhan kejam wanita warga asing di tangan dua komando polis terlatih Malaysia.

"Alasan yang diberikan oleh Khalid, Mahkamah Persekutuan sudah membuat keputusan dan apa-apa alasan di sebalik keputusan tersebut boleh dianggap menghina mahkamah," kata Americk.

Menurutnya lagi, beliau juga bersetuju dengan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut membangkitkan persoalan motif berkenaan.

Selain itu, Americk turut mencadangkan nama individu yang patut disiasat serta soalan yang patut diajukan kepada pihak berkenaan, bagi siasatan lanjut.


Laporan nahas helikopter dalam tempoh sebulan

Posted: 06 Apr 2015 05:00 AM PDT

SINAR HARIAN

Liow Tiong Lai Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menjawab pertanyaan media berkenaan perkembangan terkini nahas helikopter yang mengorbankan Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis bersama lima yang lain di Semenyih kira-kira 4.55 petang Sabtu lalu ketika menghadiri majlis Penyerahan Sijil Petunjuk Geografi Halia Bentong dan Seminar Kesedaran Harta Intelek di Bentong hari ini. - Foto Bernama
 
 
 
BENTONG - Laporan siasatan berhubung punca nahas helikopter Dauphin 9M-IGB yang mengorbankan Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan lima yang lain di Semenyih Sabtu lepas dijangka diketahui dalam tempoh sebulan. 
 
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, siasatan di tempat kejadian untuk mengumpul bukti termasuk serpihan helikopter dan rakaman percakapan saksi kini sedang giat dilakukan.  
 
"Kotak hitam yang ditemui pagi semalam akan dihantar ke Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di United Kingdom hari ini untuk dianalisis bagi mendapatkan laporan awal punca nahas. 
 
"Tempoh untuk mengeluarkan data akan ambil masa tiga hingga empat hari, analisis data seminggu, jadi kita jangka proses untuk siasat sepenuhnya punca kemalangan akan ambil masa sebulan," katanya. 
 
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan Sijil Petunjuk Geografi Halia Bentong dan Seminar Kesedaran Harta Intelek kepada pengusaha Halia Bentong di sini hari ini. 
 
Majlis turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek; dan Pengerusi MyIPO Datuk Abdul Manan Ismail. 
 
Sehubungan itu Tiong Lai menyeru semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi tentang punca kejadian kerana boleh menyinggung perasaan ahli keluarga mangsa nahas.
 
Mengulas mengenai identiti pembantu operasi Aidana Baizieca yang menimbulkan tanda tanya, Tiong Lai sekali lagi menegaskan mangsa wanita itu adalah kakitangan syarikat penerbangan berkenaan dan bukan pembantu juruterbang. 
 
Beliau enggan mengulas lanjut mengenai laporan hasil bedah siasat dan menyatakan ia akan diumumkan bersama laporan keseluruhan punca kejadian. 
 
Nahas pukul 4.55 petang di Kampung Pasir Baru, Sungai Pening, Semenyih itu mengorbankan Jamaluddin dan lima penumpang lain termasuk Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Seri Azlin Alias.  
 
Mereka dalam penerbangan pulang ke ibu negara selepas menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang.  - Bernama
 
 

Mahasiswa 'ikat perut' dek GST

Posted: 06 Apr 2015 04:58 AM PDT


Mahasiswa 'ikat perut' dek GST Gambar hiasan


 
SHAH ALAM - "Kami terpaksa ikat perut," itu antara luahan mahasiswa universiti selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai satu April lalu.

Menurut seorang pelajar yang kini menuntut di sebuah universiti di Selangor, Mohd Fahmi bin Ahmad, 24, berkata, dia terpaksa ikat perut kerana harga makanan di kafe tempat penginapannya naik mendadak.

"Baru-baru ini saya makan malam di kafe, apa yang mengejutkan saya harga sepinggan nasi lauk seketul ayam, telur dan air limau ais berharga RM8.50.

"Harga itu saya rasa sangat melampau, sepatutnya harga makanan di kafe tidak perlulah setinggi itu, kami hanya pelajar, yang hanya mengharapkan bantuan PTPTN dan ibu bapa," katanya kepada Sinar Online.

Dek kerana itu, katanya dia terpaksa berjimat kerana beliau bukanlah datang dari keluarga yang senang.

"Dulu boleh makan tiga kali sehari, tetapi memandangkan harga makanan sudah mahal saya makan sekali atau dua kali sehari.

"Kadang-kadang saya 'terpaksa' berpuasa kerana duit yang ada  perlu digunakan untuk membeli barang keperluan lain seperti buku, alat tulis dan kelengkapan diri yang lain," katanya.

Sementara menurut Latiff Karim, 21, yang juga menuntut di universiti yang sama berkata, dia juga 'mengalami nasib yang sama' seperti rakannya itu.


"Saya juga terpaksa 'ikat perut', kerana tidak mahu menyusahkan keluarga untuk meminta wang lebih, mereka juga susah.

"Saya juga 'kurang makan'... selalu berpuasa sekarang... dan kalau hendak makan saya memilih menu 'nasi bujang' (nasi putih, telur dan sup kosong), sebab itu sahaja hidangan yang saya rasakan murah.

"Tinjauan saya juga mendapati harga kedai makanan 'mamak' yang ada di sekitar kawasan saya juga naik harga, dulu dalam RM7 saya boleh dapat tiga menu tetapi sekarang berkurang menjadi dua menu," katanya.

Oleh itu jelasnya, dia akan membeli mi segera dan biskut bagi memastikan dia tidak kelaparan.

"Simpanan mi segera dan biskut sentiasa saya sediakan, nilai duit sekarang bukanlah besar," katanya.

Sementara itu menurut pelajar swasta di Negeri Sembilan, Mohd Zulhelmi Zainal Abidin,24, dia juga sentiasa 'beringat' tentang GST.

"Walaupun harga makanan di tempat saya masih sama, tetapi saya perlu sentiasa beringat.

"Memang harga sama, tetapi peniaga makanan kurangkan dari segi kuantiti…kadang-kadang perlu juga ikat perut, sebab nak beli buku dan sebagainya," katanya.

Manakala menurut  seorang lagi mahasiswa swasta di sekitar Selangor, Zainal Abidin Hanafi, 24, berkata, dia terpaksa bekerja bagi menampung perbelanjaannya di universiti.

"Belajar di bandar ini perlukan perbelanjaan besar, lagi-lagi selepas GST.

"Saya tidaklah sampai 'ikat perut' sebab saya bekerja, tetapi memang harga makanan naik selepas GST, dulu saya boleh dapatkan mee lauk ayam dalam harga RM3.50 namun selepas GST harga naik menjadi RM5," katanya.


Rafizi nafi surat lantik calon Permatang Pauh

Posted: 06 Apr 2015 04:31 AM PDT


Rafizi nafi surat lantik calon Permatang Pauh Twitter Rafizi yang menafikan penyebaran surat yang mengarahkan semua ahli menyokong Wan Azizah dan Nurul Nuha sebagai calon PRK Permatang Pauh.
 
 
 
SHAH ALAM – Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah percaya dengan penyebaran surat palsu yang sedang tersebar luas dalam laman sosial dengan menggunakan pakai kepala surat ibu pejabat PKR berhubung calon parti itu pada PRK Permatang Pauh.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mendakwa kewujudan surat palsu bukan perkara baru kerana ia sering digunakan oleh musuh parti itu bagi tujuan propaganda.

"Surat ini adalah palsu dan sering digunakan sebagai propaganda oleh musuh kami. Jangan mudah percaya," tulisnya dalam akaun Twitternya, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas penyebaran surat parti itu yang mengarahkan semua ahli dan kepimpinannya supaya memberi sokongan penuh kepada dua calon yang telah ditetapkan PKR untuk bertanding dalam PRK P44 Permatang Pauh dalam masa terdekat.

Dua calon yang didakwa sudah ditetapkan PKR ialah presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak perempuannya, Nurul Nuha Anwar.

Perkara itu timbul selepas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada Rabu lalu mengisytiharkan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas petisyen rayuan pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak.

Keputusan itu sekaligus bermaksud hukuman penjara bagi tempoh lima tahun yang dikenakan terhadap Anwar hendaklah diteruskan.

Selain calon, surat itu turut mendedahkan bahawa parti sekutunya, Pas didakwa tidak akan memberikan sebarang sokongan semasa pilihan raya itu berlangsung.

Malah surat itu juga mendedahkan bahawa PKR tidak akan memohon sebarang bentuk sokongan dari Pas bagi tujuan kempen PKR Permatang Pauh itu.


Penjara nafi Anwar beri ceramah agama

Posted: 06 Apr 2015 04:29 AM PDT

SINAR HARIAN


Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
 
 
 
KUALA LUMPUR - Jabatan Penjara menafikan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh, memberi ceramah agama dan kaunseling kepada banduan lain di penjara itu.

Dalam kenyataan hari ini, jabatan itu menyatakan agensi itu mempunyai pegawai khusus atau menjemput pihak berkelayakan bagi tujuan program berbentuk kaunseling dan keagamaan untuk bantuan.

"Perkara ini tidak benar sama sekali kerana bagi tujuan keselamatan dan kesihatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditempatkan dalam sel perseorangan sejak menjalani hukuman penjara pada 10 Februari 2015," katanya.

Mengenai dakwaan bahawa Anwar dikatakan membawa reformasi kepada penjara dan banduan kini dibekalkan susu tiga kali seminggu, jabatan itu menjelaskan bekalan susu atau makanan tambahan atau diet yang dipinda, telah lama diberikan kepada banduan yang sakit atau mempunyai masalah kesihatan setelah disyorkan oleh pegawai perubatan.

"Susu dibekalkan bukan kerana Datuk Seri Anwar atau hanya diberikan setelah beliau menjalani hukuman di penjara itu," katanya mengulas laporan berita yang menyiarkan kenyataan beberapa ahli Parlimen dan peguam berhubung perkara tersebut yang didapati tidak tepat.

Mengenai kebenaran yang diberikan kepada Anwar untuk menghadiri pengebumian bapanya yang meninggal awal pagi semalam, Jabatan Penjara dalam kenyataan itu berkata tindakan itu adalah mengikut Seksyen 31 Akta Penjara 1995.

"Setelah mempertimbangkan permohonan diterima, Komisioner Jeneral Penjara meluluskan permohonan tersebut menggunakan kuasa yang diberi di bawah Seksyen 31 Akta Penjara 1995. Kemudahan ini juga dipraktikkan kepada banduan lain yang memohon iaitu setelah mempertimbangkan berbagai aspek berkaitan dengannya," katanya.

Kenyataan itu turut menafikan dakwaan beberapa ahli Parlimen bahawa PR telah membuat permohonan kepada Ketua Pengarah Penjara untuk berjumpa Anwar yang dibuat dua minggu sebelum tarikh 31 Mac lepas.

"Ditegaskan bahawa laporan dan kenyataan tersebut tidak benar sama sekali kerana surat permohonan adalah bertarikh 25 Mac dan diterima Pengarah Penjara Sungai Buloh pada 27 Mac. Permohonan tersebut tidak dibuat dua minggu sebelum tarikh 31 Mac," katanya.

Mengenai dakwaan bahawa Penjara Sungai Buloh menyekat buku dan dokumen Parlimen untuk diberikan kepada Anwar, Jabatan Penjara berkata perkara itu tidak tepat dan mengelirukan kerana banduan termasuk Anwar boleh dibekalkan buku dan boleh membaca buku mengikut prosedur yang ditetapkan.

"Mengenai dokumen Parlimen, sehingga 31 Mac tiada mana-mana pihak memohon atau menghantar dokumen berkenaan untuk dibekalkan kepada Anwar," katanya yang turut menafikan bahawa polis menyamar sebagai pegawai penjara untuk memantau Anwar melalui kamera litar tertutup (CCTV). - Bernama

#BantahGST mahu 'penuhi KL' pada 1 Mei

Posted: 06 Apr 2015 04:23 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Gabungan NGO anti-GST, #BantahGST akan mengadakan program jelajah ke tujuh negeri bagi menggerakkan perhimpunan besar-besaran pada Hari Buruh di Kuala Lumpur.

Menurut kenyataannya, ia bertujuan untuk mengumpulkan kumpulan masyarakat untuk turut serta "memenuhi bandar Kuala Lumpur" bagi mendesak pelaksanaan cukai tersebut dibatalkan.

"Fokus dan tuntutan perhimpunan ini hanya satu, menuntut agar perlaksanaan GST dibatalkan serta merta," kenyataannya dipetik.

Gabungan tersebut, termasuk parti pembangkang dan NGO, memutuskan tindakan itu dalam satu mesyuarat pada 29 Mac lalu.

Menurut gabungan tersebut, bantahan tersebut adalah "simbol penolakan total rakyat Malaysia terhadap cukai yang menindas dan tidak menyebelahi rakyat terbanyak" ini.

"Keadaan ini diburukkan lagi dengan penjelasan dangkal serta analisis karut pemimpin negara bagi merasionalkan polisi songsang ini.

"Tambah menjengkelkan apabila perlaksanaan cukai ini dibuat semasa negara dihambat dengang skandal 1Malaysia Developmen Berhad (1MDB), skandal kewangan terbersar dalam sejarah negara," kenyataan itu dipetik.

Tujuh lokasi yang disasarkan untuk program jelajan itu ialah Alor Setar, Bagan Serai, Seremban, Kemaman, Batu Pahat, Tumpat dan Shah Alam.

Gabungan NGO yang menentang GST sebelum ini bergerak di bawah panji Kita Lawan yang menerima tekanan keras pihak berkuasa.

Seramai 12 orang aktivis dan pemimpin politik ditahan berhubung perhimpunan dan bantahan ke atas GST sejak 7 Mac lalu.

 
 
 

Peguam: Persoal motif bukan hina mahkamah

Posted: 06 Apr 2015 04:19 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Peguam veteran Americk Sidhu berkata, ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sepatutnya boleh membezakan tindakan mempersoalkan motif pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan perbuatan menghina mahkamah

Americk yang merupakan peguam kepada seorang saksi utama dalam kes pembunuhan itu berkata, Khalid perlu faham bahawa tiada siapapun yang mempersoalkan keputusan mahkamah.

"Persoalan (motif) ini masuk akal. Ini adalah persoalan sama yang ditanya oleh sebahagian besar rakyat Malaysia sejak lapan tahun lalu.

"Apa yang Khalid gagal sedari ialah, tiada siapa yang mempersoalkan keputusan tersebut. Semua orang setuju bahawa keputusan (mahkamah) adalah betul.

"Bagaimanapun, soal motif itu tidak pernah ditangani dalam tiga mahkamah yang dilalui kes ini. Malah, bukti berhubung motif tidak pernah dikemukakan oleh pendakwaan," kata Americk dalam kenyataannya.

Peguam kepada mendiang P Balasubramaniam itu berkata, oleh itu, Khalid perlu meningkatkan tumpuan dalam siasatan semula kes berkenaan dan bukannya menyiasat kenyataan di Twitter.

"Daripada membuat orang gerun di Twitter, lebih baik Khalid lihat jika kes ini perlu disiasat semula dengan lebih bersungguh-sungguh daripada sebelumnya.

"'Khalid Twitter' malah sanggup mengugut (salah satu kemahirannya) sesiapa saja yang berani membangkitkan isu motif pembunuhan kejam wanita warga asing di tangan dua komando polis terlatih Malaysia.

"Alasan yang diberikan oleh Khalid, Mahkamah Persekutuan sudah membuat keputusan dan apa-apa alasan di sebalik keputusan tersebut boleh dianggap menghina mahkamah," kata Americk.

Menurutnya lagi, beliau juga bersetuju dengan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut membangkitkan persoalan motif berkenaan.

Selain itu, Americk turut mencadangkan nama individu yang patut disiasat serta soalan yang patut diajukan kepada pihak berkenaan, bagi siasatan lanjut.


Audit bangkitkan masalah kolej tentera RM116 juta

Posted: 06 Apr 2015 04:16 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Stor senjata terdedah dan bangunan tidak boleh didiami antara masalah yang dialami oleh Kolej Tentera Udara (KTU) di Kepala Batas, Kedah, yang menelan belanja kerajaan sebanyak RM116 juta.

Perkara itu antara kelemahan diketengahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2014.

Laporan itu membangkitkan seperti berikut:

"Pembinaan  beberapa kemudahan bangunan dan prasarana tidak dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti pagar keselamatan bagi stor peluru dan senjata; tiada penghadang antara padang bola dengan kolam renang dan tiada penghadang pada menara abseiling."

Laporan juga menyebut "bangunan keselamatan tidak boleh diduduki walaupun telah siap dibina kerana tiada kelengkapan perabot dan keseluruhan sistem komunikasi tidak berfungsi".

KTU dibina oleh Syarikat Keindah Sdn Bhd.

Ia sepatutnya disiapkan pada November 2012 tetapi tertangguh selama 161 hari.


Siapa 'wanita misteri' Kyrgystan dalam heli?

Posted: 06 Apr 2015 04:11 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Spekulasi muncul kenapa terdapat seorang warganegara Kyrgystan dalam helikopter yang terhempas di Semenyih dan mengorbankan enam orang pada Sabtu.

Aidana Baizieva, salah seorang penumpang dalam helikopter itu, tetapi tidak seperti pihak lain, identitinya masih misteri setakat ini.

Mayatnya telah dikenal pasti hari ini oleh seorang wanita, dipercayai anggota keluarga, yang enggan bercakap kepada media.

Seorang pegawai kedutaan Kyrgystan mengesahkan kerakyatan Aidana dan memberitahu mStar bahawa dia berada di Malaysia sekurang-kurangnya setahun.

Maklumat lain, daripada laporan The Malaysian Insider, menyebut Aidina masih bujang.

Aidana dikenal pasti oleh Kementerian Pengangkutan pada Sabut malam sebagai pembantu operasi helikopter.

Spekulasi menyebut bahawa beliau pembantu juruterbang tetapi Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata dia bukan pembantu juruterbang kerana helikopter itu tidak memerlukan pembantu.

Menteri: Pekerja syarikat penerbangan

Dakwaan bahawa seorang wanita bertudung yang bergambar bersama juruterbang helikopter itu Clifford William Fournier itu sebagai Aidana juga ternyata palsu.

Selain Aidana dan Fournier, penumpang lain dalam helikopter itu ialah anggota Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis, setiausaha sulit perdana menteri Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang serta pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran.

Kumpulan itu sebelumnya hadir ke majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan, Pahang.

Punca nahas masih disiasat.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini turut mengulas mengenai identiti Aidana yang menimbulkan tanda tanya.

Liow sekali lagi menegaskan mangsa wanita itu adalah kakitangan syarikat penerbangan berkenaan dan bukan pembantu juruterbang, lapor Bernama.


Tragedi Semenyih: Yang Keliru Dan Yang Sebenar....

Posted: 05 Apr 2015 05:32 PM PDT

KELAB GREENBOC



 

Terdapat beberapa kesalahan dan kekeliruan yang berlaku berkenaan dengan nahas helikopter yang telah menyebabkan enam orang terbunuh semalam.

Pertama ialah Robert Tan. Maklumat yang beredar semalam menyatakan mangsa ialah Pengasas IGB Corp Bhd, Datuk Seri Robert Tan Chung Meng. Sebenarnya bukan.

Menurut bekas Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai bahawa itu (yang terkorban) bukan Robert Tan Chung Meng yang kini masih hidup dan berada di Australia.



Yang menjadi mangsa nahas semalam ialah seorang ahli perniagaan Kedah, Datuk Robert Tan Huat Seang yang merupakan seorang ketua pegawai eksekutif SP Baiduri Sdn Bhd.

Yang kedua ialah pembantu juruterbang yang dikenali sebagai Aidana Baizieva. Foto yang banyak beradar semalam sebenarnya bukan foto beliau tetapi foto milik Dzuriasikim Dzulkefli.

Dzuriasikim berkata beliau mengetahui mengenai identiti foto yang salah pada kira-kira 7:00 malam tadi apabila beliau menerima panggilan dan mesej daripada rakan-rakan dan keluarga yang bertanya.

"Mereka memberitahu saya gambar saya dengan Cliff telah tersalah anggap dan bahawa ia telah menjadi viral pada beberapa laman rangkaian sosial dan kumpulan Whatsapp" katanya.


Sekarang siapa sebenarnya Aidana Baizieva?

Seorang jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi memaklumkan, mayat mangsa terakhir nahas berkenaan belum dituntut kerana identitinya belum dapat dipastikan.

"Kami sedang berusaha mendapatkan pihak berkuasa untuk mengesan dokumen pengenalan mangsa," kata jurucakap berkenaan yang enggan namanya disiarkan.

Dalam pada itu Kapten Clifford William Fournier yang menerbangkan helikopter berkenaan didapati aktif menggunakan laman sosial Facebook, dengan posting terakhir beliau ialah kira-kira sejam sebelum maut dalam nahas berkenaan.

Bagaimanapun carian nama Aidana Baizieva di laman sosial itu tidak membuahkan sebarang hasil.


Ada yang menyatakan bahawa beliau ialah seorang jurnalis dari Kazakhstan yang nama sebenarnya ialah Aidana Karabasova yang fotonya seperti di atas. Tetapi Jurucakap Kedutaan Kazakhstan telah menafikan pembantu juruterbang Aidana Baizieva rakyatnya sebaliknya mengesahkan mangsa dari Kyrgyzstan.

Helikopter yang terhempas, AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) disewa dari sebuah syarikat swasta Chempaka Avition, yang dimiliki oleh juruterbang yang terbunuh, Kapten Cliff Fournier.

Carian terhadap syarikat berkenaan di internet tidak dapat ditemui dan oleh itu tidak dapat dibubungi untuk mengesahkan maklumat mengenai siapa sebenarnya Aidana Baizieva. Justeru siapa sebenarnya Aidana Baizieva masih misteri dan belum terungkap.

Ketiga ialah pengawal peribadi Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis iaitu Mohd Razkan Seran, pengawal peribadi Datuk Jamaluddin Jarjis yang turut terbunuh. Namanya sebelum ini jarang kedengaran.

Sabariah Jili,69, menunjukkan gambar anak bongsunya, arwah Razkan Seran yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas di Kampung Sungai Pening, Semenyih ketika ditemui di kediamannya di Tuaran, Ahad. -mstar

Beliau berasal dari Tuaran Sabah.

Menurut sepupunya, Marnis Sijan, isteri dan dua anak Razkan yang berusia dua serta enam tahun berada di HKL untuk menuntut jenazah Razkan.

Marnis berkata, sudah 10 tahun Razkan bertugas sebagai pengawal peribadi.


KJ: MCA tak bantah RUU hudud dalam Kabinet

Posted: 05 Apr 2015 05:26 PM PDT

MALAYSIAKINI


MCA atau parti komponen BN yang lain tidak membantah rang undang-undang hudud dalam mesyuarat kabinet baru-baru ini, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Sebaliknya, beliau yang juga ketua Pemuda BN menegaskan bahawa rang undang-undang hudud itu tidak dibincangkan.

"Ia hanya disampaikan, mengatakan bahawa ini telah berlaku," katanya kepada pemberita di Kuala Langat, Selangor hari ini.

Ini bertentangan dengan dakwaan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa Kabinet, pada 20 Mac dan 27, telah membincangkan mengenainya.

Selain Khairy, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dan Menteri Pelancongan Nazri Aziz juga telah mendakwa kabinet tidak membincangkan isu itu.

Liow telah beberapa kali menyatakan bantahan MCA terhadap pelaksanaan undang-undang hudud.

Khairy bagaimanapun berkata: "Semua perbincangan lain telah dibincangkan di peringkat BN, di kalangan pemimpin BN. Tetapi saya tidak ada di situ."


PAS Kota Raja, P'jaya pilih regu Hadi-Tuan Ibrahim

Posted: 05 Apr 2015 05:24 PM PDT

MALAYSIAKINI


PAS kawasan Kota Raja, Selangor dan Putrajaya mencalonkan Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk bertanding jawatan timbalan presiden, yang kini disandang Mohamad Sabu.

Kedua-dua kawasan berkenaan turut mencalonkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya terus mempertahankan jawatan presiden, lapor Bernama.

Yang Dipertua Kota Raja, Jaafar Kassim berkata, melalui undian hari ini semua anggota bersetuju mencalonkan Tuan Ibrahim untuk bertanding jawatan itu di samping mahu terus mengekalkan Hadi sebagai presiden.
  
"Ramai ahli mahukan jawatan tertinggi PAS pusat dimonopoli oleh golongan ulama dan berikutan itu Mohamad tidak dicalonkan," katanya kepada pemberita selepas selesai Mesyuarat Agung Pas Kawasan Kota Raja di Klang hari ini.
  
Agensi berita itu juga menyebut Jaafar berkata anggota PAS kawasan itu percaya dengan semangat dan kredibiliti Hadi untuk terus meneraju dan memperjuangkan semangat parti berkenaan.

Di samping itu, laporan itu juga menyebut, mesyuarat turut sebulat suara memilih Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub dan Dr Mariah Mahmud untuk jawatan naib Presiden.

Sementara itu, dalam laporan yang lain, Bernama melaporkan PAS kawasan Putrajaya mencalonkan AJK PAS Pusat Nasaruddin Tantawi; Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Samad dan MP Bukit Gantang Idris Ahmad sebagai naib presiden PAS.  



Wan Azizah: Dr M, bapa Anwar berkawan rapat

Posted: 05 Apr 2015 05:19 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kunjungan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed dan isterinya ke kediaman bapa mertuanya sebagai kunjungan atas dasar persahabatan.

Dr Wan Azizah yang juga ADUN Kajang itu berkata bapa mertuanya - Ibrahim Abdul Rahman - pernah menjawat jawatan dalam Umno membolehkan beliau berkawan rapat dengan Dr Mahathir.

"Tun Siti Hasmah dan Tun Dr Mahathir dulu dengan ayah mertua saya, bekerjasama. Ayah mertua dulu setiausaha parlimen di Kementerian Kesihatan, jadi kenal.

"(Mereka hadir) atas dasar persahabatan dan pertalian (persaudaraan) Islam, saya rasa," katanya kepada pemberita selepas majlis pengebumian bapa mertuanya di tanah perkuburan Sungai Ramal petang ini.

Wan Azizah mengakui beliau turut terkejut dengan kehadiran bekas perdana menteri dan isterinya itu untuk memberi penghormatan terakhir kepada Ibrahim.

Kira-kira jam 10.49 pagi tadi, Dr Mahathir dan Siti Hasmah muncul di kediaman bapa ketua pembangkang untuk menziarahi Ibrahim.

Bagaimana Dr Mahathir tidak sempat bertemu dengan bekas timbalannya itu kerana bekas presiden Umno itu pulang awal.

400 iringi jenazah

Ibrahim disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.45 pagi tadi di Hospital Kajang dan dibawa ke rumah di Country Heights sebelum  disemadikan di tanah perkuburan itu selepas Zohor tadi.

Sementara itu, seramai 400 orang mengiringi Ibrahim ke tanah perkuburan dan hujan renyai turun sewaktu majlis pengebumian itu berlangsung.

Turut kelihatan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, Menteri Besar Selangor Azmin Ali dan Exco Pemuda Pulau Pinang Dr Afif Bahardin.

Sesudah Anwar menabur bunga dipusara bapanya, beliau kemudiannya diiringi pengawal penjara ke pacuan empat roda untuk dibawa pulang ke penjara Sungai Buloh.

Bagaimanapun, sewaktu Anwar diiringi keluar, berlaku tolak menolak kecil antara hadirin dan anggota keselamatan.

Manakala ada penyokongnya pula melaungkan "reformasi", "takbir" serta "lawan tetap lawan".

Anwar kemudiannya menyambut laungan itu dengan mengangkat tangan dan melambai ke arah hadirin sebelum dibawa pergi ke penjara. 


Nekad bertudung: Izreen tidak gusar hilang tawaran

Posted: 05 Apr 2015 05:14 PM PDT


Izreen Azminda Izreen Azminda
 
 
 
JIKA ada yang perasan, sejak akhir-akhir ini, pelakon cantik, Izreen Azminda, kerap kali berkongsi fotonya di  Instagram (IG) dengan penampilan bertudung dan lebih sopan.

Meneliti maklum balas pengikutnya, rata-rata menyokong dan memberi kata-kata positif terhadap penampilan baharunya itu.

Jelas pelakon drama bersiri Sehangat Asmara ini, dia kini dalam proses untuk membiasakan diri dengan imej bertudung.

"Alhamdulillah, sebenarnya niat untuk bertudung itu sudah lama saya fikirkan. Kebetulan pula, kini saya sedang menggalas watak, Damia Farisha menerusi drama bersiri terbitan Zeel Production, Eksperimen Cinta, yang memerlukan saya bertudung.

"Buat masa ini, saya selesa penampilan ini, malah bukan di set saja, keluar rumah pun saya cuba biasakan diri pakai pakaian menutup aurat.

"Namun, masih ada babak lakonan yang memerlukan saya membuka tudung lagi dan Insya-ALLAH, penghujung bulan ini, saya akan bertudung sepenuhnya.

"Doakan saya," kata ibu kepada Andrian Umar ini.

Jelasnya, keputusan untuk berhijrah ini dibuat atas pertimbangan diri sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.

Ditanya adakah dia bersedia berdepan  kekurangan tawaran lakonan selepas ini, Izreen menganggap ianya bergantung kepada rezeki.

"Kalau saya tetap memikirkan mengenai tawaran lakonan, sampai bila-bila saya tidak dapat ubah penampilan ke arah lebih baik.

"Namun, saya nekad dan percaya, semuanya bergantung pada rezeki ALLAH SWT. Kalau ada rezeki saya, adalah. Kalau tak ada, saya reda.

"Selepas ini, saya juga tidak akan bergantung pada lakonan semata-mata. Mungkin saya akan usahakan cara lain untuk meneruskan kehidupan," katanya yang juga kini menggalas tanggungjawab hos Mahligai Cinta.


'Terlalu awal bercakap mengenai Rompin'

Posted: 05 Apr 2015 05:10 PM PDT

SINAR HARIAN

Adnan Yaakob Adnan Yaakob


 
KUALA LUMPUR - "Masih terlalu awal untuk bercakap mengenai Rompin, bila tiba masanya, kami pastinya akan memaklumkan kepada rakyat mengenai rancangan kami," kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Adnan berkata beliau sangat sedih dengan kematian mengejut Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, yang dianggap sahabat sejak hampir 30 tahun.

"Bagi pihak diri saya, Negeri Pahang dan Umno Pahang, kami mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Jamaluddin dan juga semua keluarga mangsa kemalangan nahas helikopter," katanya.

Adnan berkata, sumbangan Jamaluddin untuk agama, bangsa dan politik sangat dihargai dan dikenang.

"Saya berharap badan penyiasatan akan melakukan siasatan menyeluruh dan membentangkan laporan mereka. Hanya selepas keputusan siasatan nahas dikeluarkan, kami (kerajaan negeri) akan buat keputusan selanjutnya," kata Adnan ketika ditemui selepas pengebumian jenazah Jamaluddin di Makam Masjid Negara di sini, hari ini.

Beliau turut menyifatkan Anggota Parlimen Rompin itu sebagai seorang yang mempunyai watak berwarna-warni dan ceria. - Bernama

Pilihan Raya Kecil Dr M calon BN di Permatang Pauh?

Posted: 05 Apr 2015 05:06 PM PDT


Oleh Mohd Sayuti Omar


Seorang pimpinan Umno peringkat negeri mencadangkan kepada partinya supaya tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh yang bakal diadakan itu sekiranya Umno atau Barisan Nasional tidak mempunyai calon yang berwibawa. Pandangan pemimpin Umno itu disokong akhbar PB, yang menjadi lidah rasmi parti nasionalis itu.


Mahathir calon BN Permatang Pauh?
Alasan pemimpin Umno itu tidak mahu BN meletakkan calon kerana tidak yakin parti itu boleh menang. Pengundi Permatang Pauh seramai 70,000 katanya berbeza dengan pengundi lain kerana mereka tidak melihat kepada isu pembangunan tetapi lebih berkesan dengan simpati terhadap nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya.

Apa yang dimaksudkan pemimpin Umno itu, pengundi Permatang Pauh akan mempercayai, Anwar tidak bersalah sebaliknya bekas TPM itu dianiaya dan dizalimi. Kerana itu pilihan raya kecil Permatang Pauh itu tidak akan dimenangi selagi isu Anwar dimainkan. Apabila pemimpin Umno itu mencadangkan supaya seorang calon berwibawa dan luar biasa diletakkan, berfikiran mungkin dengan cara itu kerusi Permatang Pauh yang dimiliki Anwar sejak 1982 itu akan terlucut.

Dalam mengenali calon berwibawa yang boleh memberi cabaran kepada PKR nanti, saya tidak nampak orang lain melainkan ianya Tun Dr Mahathir Mohamad. Bukankah pihak polis, pendakwa, dan juga mahkamah serta sebahagian besar ahli Umno mempercayai dan menyakini kepada Mahathir yang berkaitan tuduhan ke atas Anwar.

Kalau bukan Mahathir yang menjadi orang utama menolak Anwar kerana dikatakan meliwat, sudah tentu orang lain tidak berani untuk menuduh Anwar kerana bukti atau pun proses untuk mendakwa Anwar itu dilihat lemah, longgar serta penuh tektikal. Tetapi apabila Mahathir ketika itu selaku PM sendiri berada di hadapan dan memberi isyarat jelas dengan memecatkan Anwar pada 3 September 1998, maka orang lain menjadi berani dan percaya.

Tidakkah Mahathir seorang yang cukup berwibawa dalam kes Anwar ini? Nah, wajarlah kalau Mahathir diletak untuk menjadi calon BN di Permatang Pauh. Apa lagi waktu ini Mahathir sedang galak menyerang dan hendak menjatuhkan Najib. Beliau juga dikatakan kurang percaya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengganti Datuk Seri Najib Razak. Begitu juga kepada Tengku Razaleigh Hamzah atau Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.

Maka sebaik-baik orang dan tokoh untuk mengganti Najib itu ialah Mahathir. Tidak mustahil kalau Mahathir menang di Permatang Pauh beliau boleh membuat comeback kemudian menaiki takta sekali lagi sebagai PM. Lagipun ramai yang masih bernostalgia kepada era Mahathir yang penuh cemerlang.

Mahathir tidak yakin orang lain mampu memimpin Malaysia dengan baik, kecuali dia, maka elok kalau Mahathir sekali lagi berkorban untuk rakyat dengan menjadi PM.

Dalam masa sama juga beliau boleh menyiapkan canggung untuk anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir duduk bagi dijadikan legasinya dalam politik. Saya rasa Najib sedia untuk memberi laluan kepada Mahathir bertanding di Permatang Pauh. Apapun kena rujuk kepada Rosmah, tidak begitu Mat? Mat manalah kalau bukan Mat GST. – msomelayu.blogspot.com 

Nahas udara dan orang kenamaan

Posted: 05 Apr 2015 05:00 PM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

Sebahagian besar nahas udara membabitkan orang kenamaan melibatkan pesawat sewa khas.


tun-fuad



PETALING JAYA: Nahas udara melibatkan helikopter dan kapal terbang ringan yang membawa orang kenamaan di negara ini boleh dijejaki seawal tahun 1976.

Menurut kronologi yang disediakan Bernama, nahas paling menggemparkan berlaku pada 1976 apabila Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens bersama 10 yang lain termasuk menteri kabinet negeri,terkorban apabila pesawat Nomad milik Sabah Air, terhempas kira-kira 2 kilometer dari landasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Saksi mendengar dentuman di udara sebelum kapal terbang itu terhempas diperairan cetek Sembulan, hanya beberapa meter dari perumahan atas air, mengorbankan Fuad, menteri kabinetnya Datuk Peter Mojuntin, Datuk Salleh Sulong dan lapan yang lain.

Terbaharu, nahas udara membabitkan helikopter telah meragut nyawa anggota Parlimen Rompin yang juga Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias serta empat yang lain.

Kejadian pada 4.55 petang semalam itu berlaku apabila helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) itu terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih.

Berikut ialah senarai nahas penerbangan melibatkan orang kenamaan sejak 1976.

* 6 Jun 1976 – Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens dan 10 yang lain terkorban termasuk menteri kabinet apabila pesawat jenis Nomad buatan Australia milik Sabah Air, terhempas kira kira 2 kilometer dari landasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu, pukul 3.50 petang.

Kejadian yang menggemparkan negara dan dunia itu berlaku ketika pesawat itu hendak mendarat di Kota Kinabalu dari Labuan.

* 10 Jan 1982 – Pesawat Cessna 206 yang membawa Menteri Luar Negeri, Tun Mohd Ghazali Shafie, 50, terhempas di gunung Kampung Som Som Hilir berhampiran Kampong Janda Baik, 37.5km dari Kuala Lumpur.

Mohd Ghazali dan dua yang lain dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor, Kuala Lumpur dalam penerbangan ke Kuala Lipis, kawasan pilihan raya yang diwakilinya.

Bagaimanapun Mohd Ghazali terselamat kerana jatuh di atas rimbunan pokok buluh.

* 8 Mac 1987 – Helikopter Alouette yang dinaiki Datuk Seri Najib Tun Razak dari Pekan ke Kuala Lumpur nahas di 49km Lebuhraya Karak-KL. Datuk Najib dan empat anak kapal dan penumpang selamat tanpa cedera.

* 18 Dis 1989 – Empat pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk dua orang berpangkat Jeneral iaitu Mej. Jen. Datuk Mustaffa Awang dan Brig. Jen. Datuk Hasbullah Yussoff merupakan antara 16 kakitangan ATM terlibat nahas Helikopter Nuri di muara tebing Sungai Lundu, kira-kira 54km timur laut Kuching.

Kejadian yang mengorbankan semua penumpang itu dilaporkan berlaku dalam keadaan cuaca buruk dengan hujan lebat disertai angin kencang dan kilat sabung-menyabung.

Berdasarkan rekod kenyataan rasmi Kementerian Pertahanan, helikopter itu terputus hubungan dengan menara kawalan hanya selepas 15 minit berlepas sehingga TUDM terpaksa melancarkan gerakan mencari dan menyelamat (SAR).

Dua buah pesawat Alouette telah dikerah untuk mengesan Nuri yang membawa individu penting dalam hierarki kepimpinan ATM itu sehinggalah pencariannya menemui noktah.

Ia ditemui terhempas di muara Sungai Lundu, berhampiran Kampung Kuala Bandang, kira-kira 60 kilometer ke barat laut Kuching.

* 3 Mac 1997 – Pengerusi DRB-HICOM Group dan Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Yahaya Ahmad, 50, dan isterinya, Puan Sri Rohana Othman, 48, antara tiga terbunuh dalam nahas melibatkan sebuah helikopter korporat.

Kejadian berlaku pada 11.15 malam apabila pesawat itu meletup dan terhempas di barat daya Kuala Lipis, Pahang.

Sisa helikopter itu dijumpai di Kampung Atong, Jeransang, Benta, Pahang pada 1.33 pagi, 4 Mac 1997, kira-kira 44 km barat daya Kuala Lipis.

Helikopter berkenaan yang menuju ke Kuala Terengganu meninggalkan landasan di Segambut, Kuala Lumpur pada 10.45 malam.

Helikopter jenis Agusta A 109E Power dengan nombor pendaftaran 9M-DRB milik Penerbangan Gadek itu ialah model pertama di dunia yang nahas.

* 5 Mei 2013 – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama keluarga terselamat selepas helikopter yang mereka naiki terbalik akibat angin kencang di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Sungai Besi.

Beliau, isteri, anak dan menantu selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian pukul 3.50 petang.

Helikopter sewa milik syarikat swasta berkenaan terbalik selepas mendarat berikutan angin kencang melanda kawasan itu.

Hishammuddin menaiki pesawat itu untuk ke Kuala Lumpur setelah pulang mengundi di Johor.

* 4 April 2015 – Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1M) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, 63, dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, antara enam yang terkorban apabila helikopter yang dinaiki mereka terhempas di Semenyih pada pukul 4.55 petang.

Helikopter jenis AS365N2 Dauphin itu terhempas di Kampung Sungai Pening, Semenyih, Selangor.
Jamaluddin, anggota Parlimen Rompin, menaiki helikopter itu dari Kuantan ke Subang selepas menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang.

Helikopter itu terhempas di kawasan kebun getah ketika hujan dan angin kencang.

- BERNAMA

GST gagal mansuhkan caj perkhidmatan 10 peratus

Posted: 05 Apr 2015 04:53 PM PDT


GST gagal mansuhkan caj perkhidmatan 10 peratus Resit pembelian yang didakwa mengenakan caj perkhidmatan sehingga 10 peratus disalah sebuah restoran terkemuka di Malaysia.
 
 
 
SHAH ALAM - Caj perkhidmatan sehingga 10 peratus masih dikenakan oleh segelintir peniaga kepada pengguna walaupun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mula dilaksanakan pada 1 April lalu.
 
Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani berkata, walaupun Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dimansuh dan digantikan dengan GST, namun caj itu masih dikutip oleh peniaga.
 
" Saya sendiri terasa beban GST itu, bayangkan ada kedai dan restoran mamak mengenakan caj servis lima peratus dan ditambah pula GST enam peratus menjadikan jumlah cukai 11 peratus.
 
"Kesan GST dan caj servis ini memberi implikasi yang besar kepada kenaikan harga barang," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
 
Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat berkata beliau akan membawa isu tersebut ke Dewam Rakyat susulan tindakan peniaga yang mengenakan caj berganda itu.
 
"Resit pembelian saya masih simpan nanti saya akan bawa ke Parlimen untuk mendapatkan pengesahan daripada kerajaan yang sebelum ini mengatakan caj servis tidak dikenakan lagi bila GST dilaksanakan.
 
"Menteri Kewangan II sebelum ini berkata caj servis tidak kena (dicaj kepada pengguna), caj 10 peratus itu tiada lagi, yang tinggal hanya enam peratus saja. Sekarang ini kenapa masih ada lagi (caj servis)," soalnya.
 
Dalam pada itu, Abdullah turut menyifatkan GST masih gagal menyeragamkan cukai-cukai sedia ada termasuk SST dan caj servis.
 
"Saya tengok keadaan ini sangat kritikal apabila caj servis ini dikenakan di restoran makanan yang dikunjungi oleh rakyat biasa kerana alasan kerajaan perkenalkan GST untuk seragamkan cukai-cukai sedia ada untuk meringankan beban rakyat.
 
"GST masih gagal seragamkan cukai-cukai sedia ada dan ia hanya merunsingkan rakyat.
 
"Sekarang ini bila tengok dalam resit tertera caj servis dan ditambah pula dengan GST, ia benar-benar menganggu permikiran kita," katanya lagi.
 
 

Pusat operasi diaktif di lokasi nahas helikopter

Posted: 05 Apr 2015 04:50 PM PDT

SINAR HARIAN


Nahas Helikopter Keenam-enam mayat terlibat insiden membabitkan sebuah helikopter terhempas di Kampung Pasir Baru Semenyih kira-kira 4.55 petang tadi, sudah ditemui jam 8.15 malam ini. - Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat
 
 
 
SEMENYIH - Sebuah pusat operasi diaktifkan di kawasan lokasi nahas helikopter yang terhempas di Kampung Sungai Pening, di sini, hari ini.
 
Pusat operasi berkenaan ditempatkan di tiga buah khemah di mana satu khemah dikhaskan untuk sidang media dengan latar belakang bertulis Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kajang dan dilengkapi dengan papan putih bertuliskan carta penugasan anggota penyelamat.
 
Khemah kedua dilengkapi dengan sofa dan meja kopi untuk orang kenamaan yang melawat selain komputer dan mesin pencetak untuk kerja-kerja pentadbiran sementara khemah ketiga digunakan untuk meletakkan bekalan makanan dan minuman anggota penyelamat serta tempat untuk anggota media berteduh.
 
Kesemua khemah tersebut dilengkapi dengan kipas syiling. Turut kelihatan di lokasi nahas ialah kemudahan beberapa tandas bergerak.
 
Seramai 121 anggota dari pelbagai pasukan keselamatan bertugas termasuk anggota dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Daerah Hulu Langat.
 
Hari ini petugas media dibenarkan membawa masuk kenderaan ke jalan masuk sehingga berhampiran pusat operasi berkenaan berbanding pada hari kejadian semalam di mana petugas media tidak dibenarkan membawa masuk kenderaan dan terpaksa berjalan lebih satu kilometer dari jalan besar.
  
Keadaan itu menyebabkan ada petugas media yang terpaksa membonceng motosikal penduduk kampung.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang melawat lokasi nahas dan pusat operasi tersebut lewat petang tadi tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan bermesra dengan anggota penyelamat dan petugas media yang berada di pusat operasi.
 
Shahidan berkata, kehadirannya di lokasi kejadian bertujuan untuk melihat sendiri kerja-kerja pasukan forensik dari pelbagai pasukan keselamatan.
  
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 petang semalam, sebuah helikopter AS365 terhempas dan terbakar di sebuah kebun getah di Kampung Sungai Pening, Jalan Sungai Lalang di sini.
 
Nahas tersebut mengorbankan enam orang termasuk Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias. - Bernama


Tiada panggilan kecemasan daripada helikopter

Posted: 05 Apr 2015 04:46 PM PDT

SINAR HARIAN

Tiada panggilan kecemasan daripada helikopter Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman melihat kotak hitam milik helikopter yang terhempas semalam di Kementerian Pengangkutan hari ini.- Foto Bernama
 
 
 
PUTRAJAYA - Helikopter yang terhempas di Semenyih semalam tidak membuat sebarang panggilan kecemasan, dan ia mematuhui laluan penerbangan yang diluluskan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
 
Beliau berkata Kawalan Trafik Udara (ATC) tidak merekod sebarang perbualan dengan juruterbang helikopter itu dan ia adalah normal.
 
"Adalah normal (helikopter) untuk terbang selepas mendapat kebenaran kecuali ia memerlukan keperluan (untuk menghubungi ATC)," katanya pada sidang media di sini, hari ini selepas kotak hitam helikopter malang itu diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan.
 
"Kami juga memeriksa sama ada terdapat panggilan "Mayday" atau panggilan kecemasan tetapi kami tidak menemui sebarang panggilan," kata beliau.
 
Menurutnya laluan penerbangan yang diluluskan bagi helikopter itu meliputi kawasan terbentang luas - Kuantan, Pekan, Muadzam Shah, Bandar Tun Razak, Kuala Klawang, The Mines, Petaling Jaya dan berakhir di Subang.
 
Tiong Lai berkata, juruterbang helikopter Dauphin AS3655N2 (9M-1GB) itu, CliffordWilliam Fournier Jr., mempunyai lesen sah bagi pemanduan pesawat jenis itu sejak 2012. 
 
"Beliau telah menerbangkan pesawat sejak 2002 dengan hampir 13 tahun pengalaman terbang," katanya. 
 
Tiong Lai berkata helikopter itu mempunyai perakuan layak terbang di bawah kategori Persendirian, yang kali terakhir diperbaharui pada 13 Februari tahun ini dan sah sehingga 8 Feb tahun depan.
 
Dikeluarkan oleh Airbus Helicopter, dan dahulunya dikenali sebagai Eurocopter France, pesawat itu dikeluarkan pada 1990 dan jangka hayatnya berusia 25 tahun setakat April tahun ini, katanya.
 
Penyenggaraan pesawat dijalankan oleh Airbus Helicopters Malaysia Sdn Bhd dan pemeriksaan terakhir dibuat pada 29 Jan tahun ini manakala ujian penerbangan dijalankan pada 9 Februari.
 
"Pesawat ini disahkan mempunyai tahap keselamatan yang diluluskan," kata beliau.
 
Ting Lai berkata, Kementerian Pengangkutan telah menubuhkan pasukan penyiasat yang diketuai Datuk Yahya Abdul Rahman, seorang penyiasat dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam siasatan kemalangan helikopter.
   
Pasukan itu mengandungi empat anggota manakala wakil yang bertauliah dari Perancis juga akan dijemput memandangkan negara itu mereka bentuk dan mengeluar pesawat dan enjin, katanya.
   
Ting Lai berkata, kotak hitam pesawat malang itu yang dibawa keluar dari lokasi nahas hari ini, akan dihantar ke Biro Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) di Farnborough, United Kingdom untuk analisis secara terperinci bagi mengenal pasti punca tragedi.
 
"Kami memerlukan masa untuk mengeluarkan data (kotak hitam) dan juga masa untuk menganalisis data," katanya, sambil menambah ia mungkin mengambil masa kira-kira tiga hari untuk mengeluarkan data dan seminggu lagi untuk menganalisisnya.
    
"Kami komited untuk mencari punca nahas itu," kata beliau.
    
Helikopter itu, yang membawa enam orang, terhempas di kawasan kebun getah di Semenyih, Selangor, pada 4.55 petang.
 
Mereka yang terkorban ialah Anggota Parlimen Rompin yang juga Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, pembantu operasi Fournier Aidana Baizieva, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang dan pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran.
 
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata Baizieva bukan pembantu juruterbang helikopter kerana helikopter itu tidak memerlukan pembantu. - Bernama
 
 

Tiada ulasan: