Isnin, 6 April 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pengurusan Hutan Kelantan paling teruk ketika Nik Amar jaga...

Posted: 06 Apr 2015 09:53 AM PDT

  Sebelum ini Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah dan Sumber Asli negeri pernah menempelak dakwaan seorang penyelidik Sahabat Alam Sekitar (SAM) yang melaporkan bahawa Kelantan merupakan ne­geri yang paling teruk dalam aspek pengurusan hutan. 

  Penyelidik tersebut, Meor Razak Meor Abdul Rahman pernah mendedahkan keluasan hutan simpan kekal yang ditebang di negeri Kelantan untuk dijadikan hutan ladang adalah yang terbesar di Malaysia. 

  Sambil bermegah dengan sijil pengiktirafan MS ISO 9001:2008, Nik Amar berkata , pi­­haknya le­bih mempercayai penilaian dilakukan oleh agensi kerajaan yang sehingga kini tidak pernah melaporkan Kelantan memegang rekod se­bagaimana didakwa. - Baca lagi di sini

  Helo Nik Amar, janganlah nak perasanlah pasal MS ISO 9001:2008 itu.Pengiktirafan tersebut adalah kerana Tuan Guru Nik Aziz yang jaga balak ketika itu. Maaf, Nik Amar tak ada kaitan langsung untuk nak dapatkan kredit mengenainya. 
Sila rujuk di sini

 Sekarang, kita berharap Nik Amar akan dapat memberikan sedikit penjelasan mengenai penilaian dan laporan oleh agensi kerajaan, Ketua Audit Negara yang mendapati beberapa kelemahan dalam pengurusan hasil daripada aktiviti pembalakan seperti yang dilaporkan berikut :

 Kerajaan Kelantan didapati tidak mewartakan kadar premium hasil untuk aktiviti pembalakan di negeri ini, menurut Laporan 2014 Ketua Audit Negara hari ini.

  Audit dijalankan antara Julai dan Oktober 2014 mendapati bahawa dari segi kutipan hasil keseluruhan Jabatan Perhutanan (JPNK) berpuas hati dengan peningkatan hasil daripada RM50.91 juta pada tahun 2012, RM59.03 juta (2013) dan RM64.94 juta pada tahun 2014, dilaporkan Bernama.

  "Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan hasil daripada aktiviti pembalakan seperti kadar premium yang dikenakan adalah tidak diwartakan, bayaran pampasan bagi kayu dan bayaran penalti lewat  tidak dikenakan, manakala deposit ladang hutan yang dikenakan tidak berkadar dengan kadar yang diwartakan.

 "Selain itu, terdapat tunggakan hasil konsesi tribute hutan dan hasil tunggakan denda kesalahan hutan dan kerugian hasil yang disebabkan oleh kecurian kayu."

 Laporan itu mencadangkan bahawa untuk memperbaiki pengurusan hasil pembalakan, JPNK diperlukan bagi memastikan semua caj yang dikenakan mengikut kadar yang diwartakan dan denda dikenakan untuk pembayaran lewat; perlu memastikan hasil konsesi tribute hutan dan denda bagi kesalahan hutan dibayar tepat pada masanya dan meningkatkan pemantauan kes kecurian kayu. - April 6, 2015. ~ sumber

Nik Abduh, Nik Amar jangan gunakan nama TGNA kalau nak cium botot Umno

Posted: 06 Apr 2015 01:53 AM PDT

Dua orang ni memang sering saling nyambut menyambut. Apa sahaja yang dikatakan oleh salah seorang mereka, yang seorang lagi pasti akan turut menyokong. Dan masing-masing mahu menggunakan nama Almarhum Tuan Guru Nik Aziz yang telah tiada.

 Dua mangkuk ayun cuba nak memperbodohkan orangramai. Mereka seolah-olah mahu menyatakan bahawa apa yang Allahyarham sampaikan kepada orangramai sebelum ini supaya kita jangan berbaik-baik dengan Umno, jangan bagi nyawa dengan Umno yang sedang lemas nak tenggelam ....itu semua lakonan dan pembohongan Allahyarham kepada kita? 

  Apakah mereka ingat, Almarhum tidak perlu menyampaikan amanat tersebut yang sangat bertentangan dengan pesanannya yang sebelumnya kepada kita semua? 

   Kenapa mesti melalui dua mangkuk ini ?? Apa istimewanya dua mangkuk ini selain memang terkenal tergila-gilakan nak cium bontot Umno!

 Sebelum ini Nik Amar antara lain menyatakan :

 "Hari ini, saya membuka rahsia dan menceritakan amanat Allahyarham kerana timbul isu yang dibangkitkan ahli PAS dengan mendakwa PAS sudah masuk perangkap Umno kerana kita mengadakan perbincangan bersama mengenai hudud.

 "Kenapa isu ini perlu dibangkitkaan kerana hubungan antara PAS dengan kerajaan Persekutuan sudah lama terjalin. Malah, sepanjang pemerintahan Allahyarham Nik Aziz juga hubungan itu sudah terjalin. Baca lagi di sini.

Tetapi Nik Amar telah menafikannya melalui laman facebooknya :


 Nik Amar suruh dengar ucapan melalui rakaman...Korang cer dengar apa yang Nik Amar cerita....Ada apa-apa perbezaan tak dari apa yang dilaporkan media?


 Bertambah peliknya, ketika Nik Amar cuba menafikannya, mangkuk ayun satu lagi buat buat pula kenyataan serupa....alahai!

 Nik Mohamad Abduh, mengakui turut menerima amanat daripada bapanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya mewujudkan hubungan baik dengan Umno bagi memudahkan pelaksanaan hudud.

 Nik Abduh berkata, sebelum meninggal dunia, allahyarham berpesan kepadanya bahawa kerjasama dapat dilakukan antara PAS dengan Umno dalam usaha memartabatkan agenda Islam, lapor Utusan Malaysia. Baca lagi di sini

Sah! Ketua Polis Negara berbohong .........

Posted: 05 Apr 2015 09:30 PM PDT

Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin
P eguam bagi bekas polis komando Sirul Azhar Umar, yang disabitkan kesalahan membunuh Altantuya Shaariibuu telah mempertikaikan dakwaan pihak polis bahawa mereka telah menemubualnya dalam penyiasatan susulan ke atas dakwaannya terhadap pembunuhan wanita Mongolia itu.

 Peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul semasa perbicaraan itu, berkata peguam Malaysia dan Australia telah menasihatkan Sirul tidak bercakap kepada sesiapa sementara menunggu keputusan kes ekstradisi.

 "Beliau adalah di bawah arahan tegas daripada peguam di sini dan Australia tidak supaya tidak memberikan apa-apa wawancara sehingga pelupusan permohonan pihak berkuasa Malaysia untuk menghantarnya kembali," jelas Kamarul.

 Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar pula berkeras bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berbohong apabila beliau berkata polis telah menemubual Sirul . - Lihat lebih lanjut di: di sini

Amaran jika hudud terlaksana....

Posted: 05 Apr 2015 08:31 PM PDT

Bekas Ketua Polis Tan Sri Abdul Rahim Noor hari ini memberi amaran bahawa Sabah dan Sarawak mungkin akan membuat keputusan untuk meninggalkan Persekutuan Malaysia jika Putrajaya membenarkan Kelantan meneruskan rancangan untuk melaksanakan hudud.

 Bercakap kepada Utusan Malaysia milik Umno , Rahim berkata isu itu hampir menyerupai pergerakan kemerdekaan Scotland di mana referendum telah diadakan baru-baru ini.

 Beliau berkata hudud tidak pernah menjadi sebahagian daripada perjanjian itu semasa rundingan untuk membentuk persekutuan Malaysia, walaupun PAS menjanjikan undang-undang itu tidak akan digunakan terhadap bukan Islam. - April 6, 2015.  

Komen al-Husseyn :  

 Hudud hanya mahu dilaksanakan di Kelantan dan bukan di seluruh Malaysia, namun Sabah dan Sarawak yang tidak ada kena mengena dengan perlaksanaan Hudud ini tetap menjadikannya sebagai alasan untuk memberi tekanan kepada Najib.

  PAS juga perlu memikirkannya demi survival perjuangan PAS di dua negeri tersebut supaya jangan menjadi sia-sia sahaja.

Tiada ulasan: