Isnin, 27 April 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PKR dakwa isu tempatan tidak penting, tumpu GST sahaja

Posted: 27 Apr 2015 04:58 AM PDT

 Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic
 
 
 
PERMATANG PAUH: PKR mahu menyempitkan kempen Permatang Pauh kepada isu-isu nasional seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sahaja walaupun akur wujud masalah tempatan di kawasan Parlimen itu membabitkan kebajikan dan keselamatan penduduk.
 
Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa kemarahan pengundi lebih kepada GST berbanding isu tempatan.
 
"Betul dalam turutan masalah yang disuarakan oleh rakyat, memang ada beberapa isu lokal, namun isu itu tidak mengatasi kemarahan dan ketidakpuasan hati rakyat terhadap isu GST. Misalnya lampu jalan yang aduan sudah dibuat tetapi belum mendapat tindakan, memang isu ada di sini.
 
"Tetapi isu itu dari segi turutan rasa tidak puas hati rakyat, dia ada di turutan belakang sekali. Pada kita, isu GST ini melampaui semua peringkat umur, semua status ekonomi dan semua lapisan masyarakat," kata beliau kepada Antarapos.
 
Bagaimanapun strategi PKR itu dilihat lebih kepada menutup kelemahan rekod lampau Datuk Wan Azizah Wan Ismail sepanjang beliau dan suaminya menjadi wakil rakyat di situ selepas menyertai pembangkang pada tahun 2008.
 
Segala pembangunan utama di Permatang Pauh adalah ketika Anwar masih dalam kerajaan.
 
Sungguhpun Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan negeri sejak tahun 2008, kawasan itu terus ketandusan pembangunan infrastruktur.
 
Selain itu penduduk dihimpit dengan kenaikan lesen perniagaan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kekurangan peluang pekerjaan.   
 
Wan Azizah sebelum ini dibidas kerana gagal menunaikan janji untuk menyelesaikan masalah-masalah kesesakan lalu lintas dan banjir di Kajang setelah dilantik menjadi ADUN di situ tahun lalu.
 
Saifuddin yakin strategi membelakangkan isu tempatan dan memberi tumpuan kepada GST akan membawa kemenangan besar untuk Wan Azizah.
 
 

Perbicaraan kes ceramah Mat Sabu pada 7 Mei

Posted: 27 Apr 2015 04:56 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di Butterworth menangguhkan kepada 7 Mei kes ceramah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabuberhubung isu komunis Bukit Kepong pada Ogos 2011.
 
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Maziah Mansor kepada pemberita selepas kes itu disebut di hadapan Pendaftar Siti Sarah Abdul Rahim hari ini.
 
Maziah memberitahu tarikh itu ditetapkan untuk mahkamah menyerahkan nota keterangan kepada pihak pendakwaan dan pihak pembelaan bagi tujuan hujahan.
 
Pada prosiding hari ini Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dan peguamnya Mohamed Hanipa Maidin, tidak hadir di mahkamah kerana dimaklumkan lebih awal.
 
Mohamad, 60, didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.
 
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah PAS Padang Menora, Tasek Gelugor dekat Butterworth pada 21 Ogos 2011.
 
Tertuduh juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu memfitnah tiga anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta anggota keluarga mereka pada masa, tarikh dan tempat yang sama.
 
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – Bernama
 
 

PKR tidak segan gantung bendera parti sepanjang 'parit sampah'

Posted: 27 Apr 2015 04:51 AM PDT

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan M. Azhar

 
Post Pic
 
 
 
PERMATANG PAUH: Walaupun 17 tahun mempertahankan kemenangan di Permatang Pauh, PKR terus gagal menyelesaikan isu-isu tempatan di kawasan Parlimen itu.
 
Tinjauan Antarapos mendapati kawasan yang menjadi kubu kuat PKR yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak diselenggara dengan baik dari segi kemudahan asas, infrastruktur jauh sekali pembangunan baru.
 
Sistem perparitan umpamanya amat mencuri perhatian kru Antarapos yang berkunjung ke sana beberapa hari awal sebelum hari penamaan calon diadakan, 25 April lalu.
 
Parit sepanjang Jalan Permatang Pauh, yang menghubungkan kawasan itu dengan beberapa bandar lain, seperti Bukit Mertajam dan Georgetown sangat daif keadaannya.
 
 
Ia dipenuhi dengan sampah sarap seperti botol minuman, kotak dan plastik. Malah ada diantaranya juga dipenuhi dengan lumut hijau dan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
 
Penduduk di kawasan berdekatan memberitahu mereka sering berhadapan dengan banjir kilat ketika hujan berikutan kegagalan aliran air di sepanjang parit berkenaan.
 
Setiap kali banjir, sampah sarap akan melimpah sehingga ke jalan raya dan keadaan itu tentunya menimbulkan keadaan tidak selesa terhadap pengguna jalan raya.
 
Bau busuk juga mengganggu persekitaran Jalan Permatang Pauh itu yang berdekatan dengan kedai-kedai makan dan kawasan perumahan.
 
 
Antarapos diberitahu sudah banyak aduan disampaikan kepada wakil rakyat dan pihak berkuasa tempatan (PBT) namun ia masih gagal diselesaikan.
 
Lebih memalukan, parit sepanjang satu kilometer tersebut terletak tidak jauh daripada Bilik Gerakan PKR Permatang Pauh, dengan jarak kurang 200 meter sahaja.
 
 
Bukan itu sahaja, ketika tinjauan dibuat, bendera PKR juga turut digantung di sepanjang parit tersebut, sebagai persiapan parti itu menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, 7 Mei depan.
 
Ini sekaligus menimbulkan persoalan, apakah wakil rakyat atau jentera parti termasuklah penyokong kuat PKR sudah 'lali' dan 'terbiasa' dengan pemandangan kotor sebegini atau sememangnya 'tidak sedar' dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka kerana terlalu berpolitik?
 
Apakah masalah parit tersumbat dan sampah sarap ini dianggap sebagai isu kecil yang tidak akan menenggelamkan isu ketidakadilan terhadap Ketua Umum PKR itu?
 
 

Mustafa enggan ulas, PasMa 'tunggu' pemilihan PAS sebelum buat keputusan

Posted: 27 Apr 2015 04:48 AM PDT

Oleh Nur Shakira Buang

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali enggan mengulas kenyataan Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) semalam bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu akan menunggu sehingga Jun depan sebelum memutuskan akan menjadi parti politik atau tidak.
 
Malah, Mustafa menegaskan beliau tidak ada kena mengena pengumuman Datuk Phahrolrazi Zawawi itu.
 
"Saya tak tahu, saya tak nak komen dan saya tak ada kena mengena dengan PasMa. Itu dia punya hal," katanya kepada Antarapos.
 
Pahrolrazi ketika ucapan penggulungan konvensyen kali pertama NGO di Shah Alam berkata terdapat desakan yang kuat agar PasMa dinaik taraf menjadi sebuah parti politik.
 
Desakan itu dipertimbang pucuk pimpinan persatuan itu, namun akhirnya ia tetap bergantung pada perkembangan politik dalam Pakatan Rakyat terutama melibatkan PAS. ujar Phahrolrazi.
 
Sehubungan itu, PasMa akan membuat keputusan itu pada Jun depan.
 
Tidak dapat dipastikan adakah PasMa sengaja menunggu sehingga Jun ekoran PAS mengadakan pemilihan partinya.
 
Pemilihan PAS kali ini dijangka hangat apabila dikatakan bakal berlaku pertembungan antara kelompok ulama dengan golongan profesional yang dilabel banyak pihak sebagai lebih cenderung kepada Pakatan Rakyat.
 
Jika dilihat keputusan pemilihan PAS di beberapa kawasan di seluruh negara setakat ini, golongan ulama mempunyai peluang cerah sebaliknya golongan profesional dilihat ditolak ahli akar umbi.
 
Banyak analisis yang dibuat setakat ini tidak menolak golongan profesional yang kalah teruk pada pemilihan PAS kali ini tidak mustahil untuk menyertai PasMa, untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Rakyat.
 
 

Serang bilik gerakan: Penjawat awam antara ditahan

Posted: 27 Apr 2015 04:26 AM PDT

SINAR HARIAN


PRK Rompin Grafik Sinar Online
 
 
 
ROMPIN - Seorang penjawat awam antara dua suspek ditahan polis berikutan kes serangan terhadap petugas Bilik Gerakan Pas di sini, awal pagi semalam.

Kedua-dua suspek itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin untuk membuat laporan polis mengenai kejadian itu petang semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani berkata suspek yang berumur 41 dan 46 tahun itu, disah positif ganja selepas saringan ujian air kencing dilakukan terhadap kedua-dua mereka.

Polis kini sedang mendapatkan perintah mahkamah bagi menahan reman mereka bagi membantu siasatan, katanya pada sidang media di sini hari ini.

"Berdasarkan maklumat yang diterima suspek telah membuat huru-hara di Bilik Gerakan PAS Bandar Rompin yang disusuli dengan pergaduhan kecil.

"Salah seorang daripada suspek merupakan seorang kakitangan awam manakala seorang lagi bekerja sendiri dan kita akan mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan reman kedua-dua suspek berkenaan mulai hari ini," katanya.

Sharifuddin berkata motif kejadian dipercayai khayal dan kedua-dua mereka disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut, dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya kerana penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata pihak polis juga telah memaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam mengenai penglibatan anggotanya dalam kejadian itu.

Menyentuh mengenai kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin, beliau berkata pihaknya telah memberi kelonggaran dengan membenarkan parti-parti politik memohon permit ceramah dengan notis kurang 48 jam.

Justeru, polis telah memberi kelonggaran dengan meluluskan 23 permohonan ceramah malam ini iiatu lapan permohonan oleh UMNO dan dan 15 oleh Pas, katanya.

"Sepatutnya mana-mana parti politik perlu mengemukakan permohonan 48 jam lebih awal untuk mendapatkan permit ceramah namun kita telah memberi kelonggaran bagi 23 permohonan itu yang dibuat kurang daripada tempoh sepatutnya," katanya.

Beliau berkata setakat ini sebanyak 54 permit ceramah daripada kedua-dua parti politik telah mendapat kelulusan iaitu 38 permohonan oleh PAS, manakala selebihnya UMNO.

Beliau turut mengingatkan parti politik yang bertanding supaya memohon permit sebelum mengadakan program atau ceramah, kerana ceramah tanpa permit adalah menyalahi undang-undang.

Mengikut Seksyen 24b(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menjalankan ceramah tanpa permit boleh dihukum tidak lebih satu tahun penjara atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

PRK Parlimen Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Datuk Hasan Arifin dan calon PAS, Nazri Ahmad, bagi mengisi kekosongan kerusi itu berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor, 4 April lepas. - Bernama

Malaysia akan salur bantuan makanan ke Nepal

Posted: 27 Apr 2015 04:24 AM PDT

SINAR HARIAN


Shahidan Kassim



KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia akan menyalurkan bantuan makanan untuk mangsa bencana gempa bumi yang melanda Nepal Sabtu lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana, Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata, perkara itu akan dimaklumkan kepada Kabinet dalam masa terdekat memandangkan jumlah mangsa semakin meningkat dan pelbagai bantuan diperlukan terutamanya makanan.

"Saya akan maklumkan perkara ini kepada Kabinet secepat mungkin. Kita dimaklumkan mangsa yang terkorban juga meningkat," katanya kepada Bernama di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Shahidan berkata, arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membawa pulang kesemua rakyat Malaysia yang terkandas di kawasan terjejas teruk akan diberi keutamaan.

Katanya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menggerakkan operasi membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas setelah menerima arahan daripada Perdana Menteri, semalam. 

Antara pasukan yang menyertai misi itu ialah Smart Team daripada MKN, Persatuan Bulan Sabit Merah dan beberapa anggota Mercy Malaysia.

Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal di kawasan antara ibu negaranya Kathmandu dengan bandar Pokhara pada 2.56 petang (waktu Malaysia). Beberapa kejadian gempa susulan turut berlaku.

Tragedi gempa bumi paling teruk melanda Nepal dalam tempoh 81 tahun itu setakat ini mencatatkan 3,218 kematian dan lebih 6,500 orang cedera. – Bernama


Chong Wei bersalah, tapi sudah boleh beraksi

Posted: 27 Apr 2015 04:22 AM PDT


Lee Chong Wei Lee Chong Wei
 
 
 
JAGUH perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dikenakan penggantungan selama lapan bulan selepas didapati bersalah menggunakan bahan terlarang jenis dexamethasone ketika Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lalu.

Begitupun, Chong Wei yang juga bekas pemain nombor satu dunia boleh menarik nafas lega apabila tiga ahli panel Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang mengadili sesi pendengarannya di Amsterdam, Belanda, 11 April lalu memutuskan tarikh penggantungan bermula pada 30 Ogos tahun lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan BWF hari ini, keputusan itu menyaksikan tempoh penggantungan Chong Wei akan tamat 30 April ini (Khamis ini).

Sekali gus, membolehkan dia beraksi untuk skuad negara pada kempen Piala Sudirman yang mana tarikh tutup pendaftaran pemain akan berakhir jam 12 tengah malam ini.

Apa sebenar pendirian PKR?

Posted: 27 Apr 2015 04:16 AM PDT


Apa sebenar pendirian PKR? Chee Wey bersama pempinan pemuda BN menunjukkan kain rentang mengenai kenyataan Anwar sebelum ini.
 
 
 
PERMATANG PAUH - PKR harus menyatakan pendirian yang jelas kepada rakyat Permatang Pauh mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Pemuda BN Pulau Pinang, Hng Chee Wey berkata, pendirian itu perlu dijelaskan kerana sebelum ini bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menyebut pembangkang akan melaksanakan GST jika memerintah negara.

Beliau berkata, timbul kekeliruan apabila PKR sebelum ini menyokong pelaksanaan GST namun sekarang menjadikan isu itu sebagai modal kempen memburukkan kerajaan kepada rakyat Permatang Pauh.

"Kita ingin bertanya kepada PKR adakah mereka bantah disebabkan mahu mendapat sokongan rakyat atau bersetuju dengan prinsip GST dan akan melaksanaannya jika memerintah.

"Bukan kami sengaja mengada-adakan cerita tetapi ia keluar sendiri dari mulut Anwar pada satu sidang media di parlimen dan dilaporkan oleh beberapa media," katanya pada sidang media di pusat operasi BN di sini, hari ini.

Sehubungan itu,  PKR perlu menyatakan segera pendirian mereka dan tidak mengelirukan rakyat Permatang Pauh mengenai pelaksanaan GST di negara ini.

Konsert Thirst 2015: Polis digesa profesional, kemuka Adun mana yang bantah

Posted: 27 Apr 2015 04:13 AM PDT

ean yong

Roketkini.com


SHAH ALAM: ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah menafikan sekerasnya dakwaan pihak polis bahawa kononnya pejabat beliau telah mengemukakan bantahan terhadap konsert 'Thirst 2015: We are all Stardust'.

Menurut beliau, dakwaan yang dibuat oleh Ketua Polis Daerah Serdang Tuan Razimi Ahmad dalam satu kenyataan sama sekali tidak betul dan tidak berasas.

"Kenyataan daripada Ketua Polis Daerah Serdang bahawa 'Pejabat Ahli Undangan Negeri berkenaan' telah mengemukakan bantahan terhadap program 'Thirst 2015: We are all Stardust concert' adalah tidak betul dan merupakan satu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Razimi semalam mendakwa bahawa pihak polis telah membuat ulasan untuk tidak menyokong setelah menerima bantahan dan maklumat pada 23 April daripada masyarakat serta 'Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan' mengenai penganjuran konsert tersebut.

Namun kata Ean, beliau dan Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming langsung tidak menyatakan sebarang halangan terhadap konsert itu yang dijadualkan berlangsung di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC).

Ean yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor menegaskan, kelulusan permit telah pun dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya pada 21 April lalu tapi pihak penganjur terpaksa membatalkan program kerana pihak polis menarik balik sokongan di saat akhir pada 24 April sedangkan konsert sepatutnya berlangsung pada 26 April.

"Saya tidak nampak ada satu penjelasan dan justifikasi yang kukuh mengapa polis tukar fikiran mereka pada saat akhir terhadap satu program antarabangsa, 3000 keping tiket telah pun dijual dan melibatkan jumlah pelaburan besar.

"Saya meminta pihak polis supaya mengemukakan dokumen yang berkaitan untuk membuktikan mana satu pejabat ADUN yang membantah tentang konsert tersebut," tegas beliau. – Roketkini.com


Pulau Pinang lulus peruntukan RM1.2 juta untuk pelajar kurang berkemampuan

Posted: 27 Apr 2015 04:08 AM PDT

biasiswa

  Roketkini.com


PERMATANG PAUH: Atas dasar keprihatinan dan menjaga kebajikan rakyat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan peruntukan lebih RM1.2 juta untuk disumbangkan sebagai pemberian biasiswa kepada 1,591 orang pelajar disana.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, pemberian biasiswa tersebut melibatkan seramai 447 orang dari 27 buah sekolah di Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan 183 orang bagi 17 sekolah di Daerah Seberang Perai Selatan (SPS).

"Bagi Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) pula seramai 397 orang dari 29 buah sekolah manakala di kawasan Permatang Pauh seramai 175 orang terdiri daripada 14 buah sekolah," katanya ketika menyampaikan ucapan di Dewan An-Nahdhoh, Kubang Semang, semalam.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri telah menaikkan kadar Biasiswa Kecil Negeri itu sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 2009 dan 2013.

Jelasnya, kenaikan kali pertama yang dibuat pada 2009 melibatkan peningkatan sebanyak seratus peratus iaitu dari RM240 kepada RM480 bagi pelajar menengah rendah manakala RM360 sehingga RM720 bagi pelajar menengah atas.

"Dengan pemberian biasiswa ini, diharap dapat membantu mengurangkan beban ibu bapa semua terutama kepada yang kurang berkemampuan.

"Sumbangan yang disampaikan ini adalah atas keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menghargai dan menjaga kebajikan rakyat," ujar beliau yang juga Setiausaha Agung DAP.

Menurut Guan Eng lagi, selain Biasiswa Kecil Negeri, pihaknya juga turut meneruskan kemasyarakatan lain seperti Penghargaan Warga Emas, Bantuan Ibu Tunggal, Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU), Anak Emas dan Skim Pelajar Emas.

"Semua ini dapat dilaksana kerana Kerajaan Negeri menjalankan urustadbir bersih CAT iaitu Cekap, Akauntabiliti dan Telus yang membolehkan lebihan Belanjawan atau keuntungan dicatat setiap tahun," katanya.

Di antara tahun 2008 hingga 2013, Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat telah mencatat lebihan Belanjawan sebanyak RM453 juta berbanding RM373 juta kerajaan sebelumnya sepanjang tempoh 50 tahun. – Roketkini.com


DAP akan terus bongkar isu 1MDB – Guan Eng

Posted: 27 Apr 2015 04:06 AM PDT

WIRA6456

Roketkini.com


SUBANG JAYA: DAP teruskan komitmen untuk membongkar skandal hutang RM42 bilion 1MDB walaupun terpaksa berdepan pelbagai halangan, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Berucap di hadapan tetamu acara makan malam kutipan dana Impian Sarawak Guan Eng berkata, setakat ini isu 1MDB diterajui Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berdepan secara terus dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kami telah membayar harga mahal ekoran pembongkaran 1MDB. Tony Pua telah menjadi orang pertama dalam sejarah Malaysia disaman Najib.

"Jika anda fikir anda boleh menutup mulut beliau dan DAP dari membangkitkan isu 1MDB, anda salah.

"Kami tidak akan tunduk dan ia tak akan buat kami menyerah," tegas Guan Eng.

Tambah Guan Eng, rakyat berhak mendapatkan kebenaran tentang pelaburan yang gagal dibentangkan Putrajaya selain kedudukan kewangan 1MDB.

Kedudukan kewangan 1MDB kini rancak dipersoalkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, membuka mata banyak pihak termasuk adik Najib sendiri, Datuk Seri Nazir Razak yang juga pengerusi kumpulan CIMB.

Nazir dilaporkan kecewa terhadap pengurusan 1MDB apabila menolak jemputan CIMB di acara 'Invest Malaysia 2015' anjuran kumpulan perbankan itu.

Melihat perkembangan terbaru itu, Guan Eng menyifatkan pengurusan 1MDB 'goyah' dan kerajaan tidak berani menjelaskan isu tersebut kepada rakyat.

"1MDB tak terima jemputan Nazir. Saya kecewa kerana saya fikir selama ini bukankah mereka elemen penting dalam Invest Malaysia, sehingga orang ramai bercakap mengenainya?

"Mereka kata ada hutang RM 42 bilion, kemudian dakwa ada aset RM 52 bilion yang boleh bayar hutang. Bagaimana mereka dapat RM 52 bilion itu?

"Mereka ini hanya tahu sebut nombor. Saya akauntan, saya tahulah. Mereka hanya sebut harga yang tinggi," katanya seperti dilapor The Malaysian Insider.

"(Tetapi) apabila jualan tak sampai angka itu, dari situ kita tahu 1MDB sebenarnya sedang bankrap," ujar Guan Eng – Roketkini.com


Program Jelajah Mahathir Sudah Bermula, Apakah Najib Bakal Dibalun Lagi?

Posted: 26 Apr 2015 05:38 PM PDT





Setelah melakukan pelbagai serangan dan kritikan terhadap Najib Razak melalui media dan banyak tulisan di blognya, buat pertama kalinya Tun Mahathir Mohamad akan  "turun padang" menemui kelompok sasarnya.

Beliau akan hadir dalam program Bicara Negarawan untuk memperkatakan isu-isu semasa pada Sabtu, 25 April ini jam 9.30 pagi di K Klub, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Ini adalah program pertamanya turun ke bawah untuk bercakap secara langsung mengenai isu-isu semasa yang mana sebelum ini kebanyakan persoalan mengenai Najib hanya disentuhnya melalui tulisan atau ketika sidang akhbar saja.

Hakikat ini segera mengingatkan kepada apa yang dilakukannya ketika menekan Tun Abdullah dulu di mana beliau turut mengadakan program jelajahnya ke seluruh negara bagi tujuan itu.

Apakah dengan program Bicara Negarawan ini bermakna program jelajah Tun Mahathir versi menyingkirkan Najib sudah bermula?

Program anjuran Gabungan NGO Prihatin ini terbuka kepada sesiapa saja dan dijangka akan dihadiri oleh ribuan ahli orang Melayu dan ahli UMNO peringkat akar umbi untuk mereka mendengar sendiri apa yang bakal diperkatakan oleh bekas Perdana Menteri itu.

Bercakap tentang isu-isu semasa dalam program tersebut, Tun Mahathir tentunya akan menjadikan Najib yang dibelenggu dengan isu 1MDB, Sirul, Rosmah, GST, hutang negara, 1Malaysia dan lain-lain sebagai subjek utamanya.

Selepas melakukan banyak serangan dan pembalunan, yang ditunggu-tunggu ialah apakah esok Najib terus dibalun lagi?

Apakah Tun Mahathir juga akan tampil dengan pendedahan dan maklumat baru untuk terus menekan Najib?

Dengan bermulanya beliau turun padang di Taman Melawati ini, ia tentu saja akan memancing keinginan pihak lain untuk terus menjemputnya ke tempat atau negeri lain pula.

Walaupun Najib berkata beliau tidak rasa keseorangan kerana ramai yang menyokongnya, bermulanya program turun padang Tun Mahathir ini setidak-tidaknya akan membuatkannya terus kehilangan sokongan daripada akar umbi.

PRK Rompin: Bilik gerakan parti diserang

Posted: 26 Apr 2015 05:29 PM PDT


 


Dua lelaki yang dipercayai di bawah pengaruh dadah dan alkohol dilapor membaling kerusi ke arah seorang pekerja parti di bilik gerakan sebuah parti politik di Bandar Baru Rompin awal pagi tadi.
  
Ketua Pusat Media Pilihan Raya Kecil Rompin, Supt Abdul Aziz Mahmud berkata kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 4 pagi.
  
Beliau berkata mangsa yang berusia 31 tahun dan tiga rakannya didatangi kedua-dua suspek dalam keadaan terhuyung-hayang dan terus membaling kerusi ke arah mereka.
  
Pengadu kemudiannya menjumpai para pelaku tersebut di markas sebuah parti politik lain yang terletak berdekatan dengan bilik gerakan itu, katanya dalam satu kenyataan.
  
Abdul Aziz berkata pengadu turut melapor berlaku bergelutan antara mereka apabila pengadu bertanyakan tentang motif serangan itu.-Bernama


 

Respon pengundi beri keyakinan pada Suhaimi

Posted: 26 Apr 2015 05:25 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Sehari selepas beliau dicalonkan sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin kini mengakui berasa lebih yakin berbanding sebelum itu.

Perasaan itu timbul selepas beliau bertemu dengan pengundi termasuk golongan muda dan tua di kawasan yang ditandinginya itu.

"Bila saya beritahu yang saya calon BN, maklum balas yang saya terima ialah mereka kata mereka akan tolong, akan mengundi BN.

"Saya minta mereka beri satu peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam tempoh tiga tahun ini," kata Suhaimi dalam sidang media harian BN di Permatang Pauh hari ini.

Ditanya mengenai kekuatan beliau, Suhaimi berkata beliau terlatih sebagai juruukur bahan dan pengurus projek.

"Dengan kemahiran saya dalam kejuruteraan dan jika terdapat peruntukan diberikan kepada kerajaan pusat, saya boleh merancang projek pembangunan di Permatang Pauh," katanya.

Juruukur bahan berusia 44 tahun itu adalah pengarah urusan bagi sebuah syarikat pembinaan. Beliau juga setiusaha Umno Permatang Pauh.


Muhyiddin sindir Wan Azizah

Posted: 26 Apr 2015 05:22 PM PDT

 
Muhyiddin mempersoalkan keupayaan Wan Azizah untuk berlaku adil kepada pengundi di kawasan Parlimen Permatang Pauh kerana pada masa beliau menjadi ADUN Kajang.


sindir azizah


PERMATANG PAUH: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyindir calon Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang sekali lagi bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Beliau mempersoalkan keupayaan Dr Wan Azizah untuk berlaku adil kepada penggundi di Permatang Pauh sekiranya dipilih kerana pada masa sama menjadi Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kajang.

Katanya, faktor itu amat berbeza dengan calon BN, Suhaimi Sabudin yang sentiasa berada di kawasan berkenaan

"Saya percaya Suhaimi akan berada di kawasan ini sepanjang masa dia tidak akan pergi ke negeri lain, (cuma) saya curiga kalau ada calon lain dipilih tidak ada masa untuk membela rakyat.

"Macam calon kita yang bertanding hari ini ada juga kawasan di Kajang bagaimana nak jaga Kajang nak jaga Permatang Pauh, saya sukar percaya untuk beliau berlaku adil dari segi pembahagian masa," katanya kepada pemberita selepas penamaan calon hari ini.

Pada masa sama, Muhyiddin turut menggunakan pendekatan lama untuk menarik hati pengundi di kawasan ini dengan menjanjikan pembangunan lebih baik jika BN menang.

"Sejak sekian lama kawasan ini di bawah PKR, kawasan ini tidak mendapat perhatian, malah penduduk kawasan ini dahagakan pembangunan, bagi peluang kepada BN untuk menjadi wakil disini kita akan jadikan Permatang Pauh kawasan angkat" katanya.

Berhubung dengan serangan yang akan dibuat pihak pembangkang mengenai isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sepanjang berkempen, beliau berkata ia tidak menjadi masalah kerana BN akan cuba untuk memberi penerangan secara menyeluruh.

PM ambil masa dua bulan selesai tonton filem

Posted: 26 Apr 2015 05:18 PM PDT

 
Menurut Rosmah, faktor kesibukan menyebabkan Najib terpaksa mengulang semula filem yang ditonton


rosmah kabhi gam



PETALING JAYA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendedahkan Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil masa dua bulan untuk selesai menonton filem Hindi, "Kabhi Khushi Kabhie Gham".

Katanya, ia bukan disebabkan filem yang ditonton itu panjang tetapi ia atas faktor kesibukan.

"Saya ingin katakan, beliau mengambil masa dua bulan untuk beliau menamatkan filem itu, bukan (kerana) filem itu panjang… (ia) hanya kerana beliau tidak mempunyai masa. Beliau menonton selama 15 minit dan kemudian berkata 'saya terpaksa pergi'."

"Beliau hanya menyambungnya selepas empat hari kemudian, yang menyebabkannya terlupa semua adegan sebelumnya. Jadi, beliau akan mula semula," katanya yang dipetik daripada portal berita The Malaysia Insider.

Menurut Rosmah, sebagaimana dirinya, Najib juga meminati filem Bollywood.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan pameran multimedia berjudul "Life on the Silver Screen – The Fascinating Story of Indian Cinema".

Dalam ucapan yang sama, Rosmah mengingatkan hadirin supaya tidak memutarbelitkan kata-katanya.

"… Dan jangan putar belit, esok apabila anda menulis dalam blog, tulis apa yang saya cakap, jangan tulis apa yang anda fikir saya cakap," katanya.

Siapa lebih bijak Tun M atau Ahmad Maslan?

Posted: 26 Apr 2015 05:10 PM PDT

 
Mufti Perlis mempersoalkan adakah rakyat Malaysia yang kurang pengalaman tentang ekonomi berbanding Tun M akan lebih faham GST?​


maza-ahmad-maslan



PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin mempersoalkan kenyataan Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak faham tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Dengan membuat kenyataan seperti itu, itu, katanya, adakah Timbalan Menteri Kewangan itu lebih bijak berbanding Dr Mahathir yang sudah terkenal dengan kebijaksanaannya.

"Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai 'kurang cerdik' (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M?," tulisnya di Facebook.

Ahmad Maslan sebelum ini dilaporkan berkata Tun M tidak faham GST kerana kemungkinan bekas Perdana Menteri itu tidak maklumat terperinci tentang GST daripada orang sekelilingnya.

Asri berkata, jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka kurang pengalaman tentang ekonomi negara daripada Tun M akan lebih faham tentang GST?.

Beliau juga menimbulkan persoalan adakah urusan negara yang melibatkan rakyat boleh diserahkan kepada orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik).

"Patutkah golongan sufaha (kata banyak untuk safih iaitu bodoh ataupun kurang cerdik) diserahkan kepada mereka jawatan penting seperti menteri dan seumpamanya?," tulisnya.

BN dakwa kerajaan negeri akan tangguh sidang Dun

Posted: 26 Apr 2015 05:06 PM PDT


BN dakwa kerajaan negeri akan tangguh sidang Dun Chang Yeow (dua, kanan) mengadakan sidang media hari ini.
 
 
 
PERMATANG PAUH - Ada ura-ura Kerajaan Pulau Pinang akan menangguhkan sidang Dun yang dijadualkan hujung bulan ini untuk membolehkan pemimpinnya terlibat dalam kempen PRK Permatang Pauh.

Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata, walaupun perkara itu belum dapat dipastikan tetapi ia tidak mustahil dilakukan oleh kepimpinan DAP yang menerajui kerajaan negeri PR ketika ini.

Beliau berkata, perasmian sidang Dun akan berlangsung pada 30 April ini dan kemudian ditangguhkan seminggu lebih sebelum disambung semula untuk memberi peluang kepada wakil rakyat, terutama dari PKR berkempen di Permatang Pauh.

"Jika perkara ini benar, ia amat memalukan kerana kerajaan negeri mempersendakan peranan dan kedudukan Dun yang menjadi institusi tertinggi perundangan peringkat negeri untuk menggubal dasar.

"Belum pernah dalam sejarah negara ini, ada negeri yang menangguhkan sidang Dun semata-mata untuk membolehkan pemimpinnya berkempen dalam pilihan raya," katanya pada sidang media di bilik operasi BN di sini hari ini.

Menurutnya, sidang Dun yang hanya diadakan dua kali setahun adalah penting untuk menggubal dasar dan membincangkan urusan pembangunan negeri agar semua urusan berjalan lancar.

"Agak malang apabila urusan politik kepartian lebih diutamakan oleh kerajaan negeri berbanding urusan pentadbiran negeri.

"Majlis perasmian sidang Dun terpaksa dilakukan pada tarikh berkenaan sebagai memenuhi syarat dalam peraturan negeri iaitu Dun mesti bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh enam bulan," katanya.

Menurutnya, ketika menjadi ketua pembangkang Dun suatu ketika dahulu, Penasihat Lim Kit Siang kerap mengkritik kerajaan BN kerana hanya mengadakan sidang Dun dua kali setahun dengan alasan banyak urusan rakyat yang perlu dibincangkan.

Sehubungan itu, Chang Yeow beliau meminta Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi penjelasan mengenainya dan alasan munasabah jika ingin menangguhkan sidang Dun kali ini.

Jualan Perodua naik 30 peratus suku pertama 2015

Posted: 26 Apr 2015 05:04 PM PDT

SINAR HARIAN

Perodua Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua)
 
 
 
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menjual 57,200 unit kereta dalam suku pertama tahun ini yang berakhir pada 31 Mac 2015, naik 30 peratus daripada 44,024 unit pada suku yang sama 2014 berikutan permintaan kukuh terhadap model terbaharunya.
  
"Mac mencatatkan jualan bulanan tertinggi bagi kami dengan jangkaan bahagian pasaran 34 peratus berdasarkan kepada anggaran jumlah jualan keseluruhan industri sebanyak 65,500 unit pada Mac," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh dalam satu kenyataan.
  
Syarikat itu berkata, prestasi kukuh tersebut juga disebabkan sebahagiannya oleh permintaan tinggi bagi Axia, yang memperoleh lebih 100,000 tempahan sejak ia mula dibuka pada 15 Ogos, 2014.
  
Pada 31 Mac 2015, Perodua menyerahkan lebih 60,000 unit Axia.
  
"Kami juga percaya permintaan kukuh pada Mac adalah disebabkan pengguna mahu mendaftarkannya sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)," kata Aminar.
  
Pendapatan selepas jualan Perodua meningkat sebanyak 14 peratus kepada RM84 juta semasa Suku-1, daripada RM73 juta dalam suku yang sama 2014, disumbang terutamanya daripada perkhidmatan penyenggaraan kenderaan serta operasi kerangka kereta dan cat.
  
Sementara itu, hasil daripada alat-alat ganti dan aksesori meningkat dua peratus kepada RM61.8 juta pada Suku-1 daripada RM61 juta dalam tempoh yang sama pada 2014.
  
Perodua yakin dalam berhati-hati dapat mencapai sasaran jualannya sebanyak 208,000 unit tahun ini susulan sokongan daripada permintaan berterusan terhadap modelnya serta promosi-promosi lain.
  
"Kami juga menjangka Perodua dapat mencapai sasaran hasil RM306 juta daripada perkhidmatan penyenggaraan kenderaan, minyak pelincir, operasi kerangka kereta dan cat, serta RM258.9 juta daripada perniagaan alat-alat ganti dan aksesori," kata Aminar.
  
Tahun lepas, Perodua menjual 195,600 kenderaan dan mencatatkan hasil RM303.4 juta bagi operasi selepas jualan, serta RM243.7 juta bagi alat-alat ganti dan aksesori.  - Bernama


Muhyiddin jadi penentu

Posted: 26 Apr 2015 05:00 PM PDT

 
Tan Sri Muhyiddin dijangka akan menyatakan pendirian selepas PRK Rompin dan Permatang Pauh


muhyiddin_29_600


PETALING JAYA: Pendirian Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi penentu kepada usaha Tun Dr Mahathir Mohamad menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Beliau beberapa kali telah membuat kenyataan bahawa Timbalan Presiden UMNO itu, paling layak untuk menjadi pengganti.

Sokongan yang sama juga disuarakan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainudddin juga menyebut nama Muhyiddin sebagai tokoh yang paling layak menduduki jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia Keenam.

Bagaimanapun, Muhyiddin masih berdiam diri dan tidak menyatakan dengan jelas arah mana yang dipilih sama ada terus bersama Najib atau menyahut permintaan Dr Mahathir.

"Lebih lama Tan Sri Muhyiddin Yassin berdiam diri, lebih sukar untuk memulihkan kepercayaan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana "kerosakan" yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlalu buruk dan memakan masa untuk dipulihkan," tulis Shahbudin Husin dalam blognya.

Mengulas lanjut perkara yang sama, dia berkata, tiada sebab untuk Muhyiddin berlengah dan bermain dengan masa untuk menyatakan pendiriannya kerana jika terus berdiam diri ia menggambarkan seolah-olah hanya Dr Mahathir saja yang mahukannya sedangkan beliau sebaliknya.

Dalam tulisannya di shahbudindotcom.blogspot.com, bekas Ketua Bahagian UMNO Setiawangsa berharap Muhyiddin akan akan menyatakan pendiriannya selepas berakhirnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh, awal bulan depan.

"Beliau tidak harus berlengah lagi kerana sikap dan pendiriannya mungkin boleh mempercepatkan "ombak bertukar menjadi gelombang," katanya.

Sebagai calon yang paling layak, Dr Mahathir member jaminan akan terus bersama-sama beliau bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN sekaligus menjamin kemenangan kerajaan pada pilihan raya umum yang akan datang.

Bekas Perdana Menteri juga melahirkan keyakinannya bahawa Muhyiddin tidak akan mengulangi kesilapan seperti yang dilakukan oleh pentadbiran Najib selama ini.

"Saya yakin kalau dia naik, dia takkan buat benda macam itu. Dia tahu kalau buat macam itu, dia pun akan kena macam ini juga," kata Dr Mahathir dalam Program Bicara Negarawan di Taman Malawati pada Sabtu.

Noh beri bayangan tidak bertanding PRU14

Posted: 26 Apr 2015 04:57 PM PDT

 
Pengalaman beliau berkhidmat di bawah pentadbiran tiga Perdana Menteri akan digunakan untuk berkerjasama dengan pemimpin UMNO bagi merampas semula Negeri Selangor Pada PRU14.


Noh-Omar_600


PETALING JAYA: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar membayangkan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Beliau yang menyambut Ulang Tahun ke-20 sebagai Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, kerjayanya dalam bidang politik sudah sampai ke kemuncaknya.

Katanya, pengalaman berkhidmat di bawah pentadbiran tiga Perdana Menteri akan digunakan untuk berkerjasama dengan pemimpin UMNO bagi merampas semula Negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Bagi tujuan itu, katanya, UMNO Selangor sedang menyusun strategi untuk memastikan Barisan Nasional (BN) kembali mentadbir negeri itu selepas PRU14.

"Karier politik saya sudah sampai ke kemuncaknya dan berpengalaman berkhidmat di bawah tiga Perdana Menteri.

"Insya Allah dengan pengalaman yang ada, saya dengan kerjasama pemimpin dan ahli UMNO Selangor sedang menyusun strategi untuk pastikan BN kembali memerintah di Selangor dalam PRU14 nanti," tulisnya di Facebook bagi mengucapkan terima kasih di atas sokongan sepanjang 20 tahun sebagai Ahli Parlimen Tanjong Karang.

Beliau mengambil kesempatan itu mengucapkan terima kasih kepada pengundi dan rakan-rakan di atas kepercayaan yang diberikan terhadapnya.

Noh turut menceritakan sejarah penglibatannya dalam politik yang bermula sebagai Ahli Parlimen biasa pada 1995, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (1999) di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri dan Menteri Pelajaran di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2004.

Di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau pernah menjadi Menteri Pembangunan Usahawan, Menteri Pertanian dan Asas Tani dan kini sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor bertaraf Menteri penuh.

Pengguna Facebook mengambil peluang itu untuk mengucapkan tahniah dan memuji Noh.
"Tahniah DS Noh! Pemimpin Terbaik! Anak kampung Tg Karang yg sentiasa disayangi masyarakat," tulis Nahar Ahmad.

"Tahniah dato seri, kami warga agensi MOA amat senang hati semasa dato seri menjadi menteri…tidak byk karenah..mudah mesra dengan pegawai atau kakitangan bawahan.." puji Rihal Mat Isa.

Selain reaksi yang memuji Noh, terdapat juga pengguna Facebook yang memberi komen berbentuk provokasi.

"Semoga penggal ini adalah penggal terakhir buat dsno…amin," tulis Azam Azhari.

"Kalau Datuk masih jadi macai yang tidak membela rakyat, anggap jelah ini yang terakhir," tulis Afad Ali.

Pemuda PAS Pmtg Pauh kekal boikot PKR

Posted: 26 Apr 2015 04:47 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) bertegas tidak akan membantu gerak kerja Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Permatang Pauh.
  
Ketuanya Mohd Yusni Mat Piah berkata keputusan itu diambil selepas AMK Pulau Pinang masih enggan memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan yang didakwa memfitnah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, walaupun diberi tempoh sehingga semalam.
  
"DPPNPP dengan ini menetapkan pendirian bahawa semua jentera dan petugas Pemuda PAS Negeri direhatkan daripada semua gerak kerja sepanjang PRK Permatang Pauh. Semua Bilik Gerakan Pemuda tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis di bawah seliaan Pemuda juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh.
  
"Malahan kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi anak-anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri dan semua guru PASTI juga akan direhatkan daripada bertugas dalam PRK ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
  
Mohd Yusni berkata pihaknya tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai pentas ceramah sepanjang tempoh berkempen.

Kemelut yang melanda kempen Pakatan Rakyat, sebelum ini dianggap selesai selepas presiden yang juga calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan pertemuan dengan PAS Permatang Pauh dua hari lepas.
  
Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan semalam menyifatkan kemelut itu sudah selesai dan tidak lagi timbul isu permohonan maaf yang dituntut sebelum ini.
  
"Kita telah mendapat arahan daripada Majlis Syura yang dipengerusikan Presiden supaya jentera pilihan raya PAS kawasan Permatang Pauh memberi sokongan," katanya.
  
Pengarah Operasi Pilihan Raya Pusat PKR, Datuk Saifuddin Nasution sewaktu sidang media harian parti hari ini berkata, pihaknya berpegang kepada jaminan yang diberikan PAS Pusat dan menganggap tindakan DPPNPP itu tidak selari dengan kepimpinan kanan PAS.-Bernama


 

PKR mahu Anwar dibenar mengundi di Pmtg Pauh

Posted: 26 Apr 2015 04:43 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


PKR memohon supaya Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan untuk mengundi pada pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini.

Naib Presiden Nurul Izzah Anwar berkata bapanya perlu diberi kebenaran itu memandangkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi sebelum ini mengatakan akan mencari mekanisme bagi membenarkan banduan mengundi.

Menurutnya lagi, pada Julai 2013 Zahid mengumumkan kementeriannya akan mencari mekanisme bagi membolehkan banduan mengundi pada pilihan raya akan datang.

"Saya menyambut baik saranan menteri dalam negeri dan mencadangkan agar pilihan raya kecil Permatang Pauh ini menjadi projek rintis dengan membenarkan Anwar dibenarkan keluar mengundi pada 7 Mei ini.

"Bukankah tempoh setahun lebih yang diperuntukkan untuk mencari mekanisme perundangan yang selari antara akta penjara dan Perlembagaan sudah mencukupi," katanya dalam sidang media di Pusat Media PKR Permatang Pauh.

Zahid dilapor berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengadakan perbincangan berterusan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan banduan menunaikan hak mereka sebagai pengundi.

Nurul Izzah juga berkata Akta Penjara 1965 memperuntukkan kuasa membenarkan mana-mana penghuni penjara hadir ke majlis atau pengebumian yang tertakluk bawah arahan pengarah penjara dan KDN.

Malah, hak warganegara untuk mengundi ahli dewan rakyat atau ADUN dalam sebarang pilihan raya terjamin dalam artikel 119, Perlembagaan Persekutuan, katanya lagi.

"Justeru, saya menyeru agar KDN melaksanakan prinsip asas dengan membenarkan hak kewarganegaraan dilunaskan oleh Anwar yang menjadi tahanan politik dengan membenarkan beliau keluar mengundi," kata anak sulung Anwar itu lagi.

Sementara itu, Bernama melaporkan jentera Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh 7 Mei ini, akan terus menumpukan isu cukai barang dan perkhidmatan (GST), kata Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR Datuk Saifuddin Nasution.
  
Beliau berkata keputusan itu diambil berdasarkan maklum balas dari 28 Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) PKR bahawa masyarakat Permatang Pauh lebih mengutamakan isu sistem pencukaian itu berbanding isu lain.
  
"Penerangan jentera kita tentang isu CBP dan kesengsaraan akibat CBP ini adalah isu yang paling teratas sekali menerima penerimaan dan sambutan yang baik dari rakyat.
  
"Contoh, dengan gerakkan jentera kami dari rumah ke rumah, pasar, tempat-tempat berhimpun penduduk, dengan menyebarkan risalah seperti ini, kami dapati petunjuk yang sangat terang dan jelas bagaimana rakyat begitu resah sekali akibat pelaksanaan CBP," katanya dalam sidang media itu. 


Tiada ulasan: