Isnin, 27 April 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


JENAYAH ISTERI?

Posted: 27 Apr 2015 06:56 PM PDT







KOMENTAR
pusingan  2 telah bermula
najib masih belum jawab 
pertanyaan dari mahathir
dalam pusingan pertama
najib senyap membatu

1- siapa arah sirul bunuh altantuya?
2- siapa upah sirul dan azilah bunuh altantuya?
3- siapa jho low?

sabtu lalu mahathir timbulkan
isu isteri melakukan  jenayah yang dashat
lalu timbul pertanyaan:

1- isteri siapa?
2- jenayah apa?


LIHAT 0.49
siapa isteri ini


Pusingan 2 menanti Mahathir-Najib

Seperti dijangka, Mahathir Mohamad memulakan fasa kedua kempennya terhadap pentadbiran  Najib Razak melalui siri jelajah.

Bukan lagi di blog, ia sudah bermula Sabtu lalu di sebuah dewan di Hulu Kelang yang menyaksikan 1000 orang hadir dan laungan "Undur Najib" dilaungkan.

Berdasarkan latar belakang Mahathir, serangan terhadap Najib kelihatan tidak akan berhenti sehingga tujuannya tercapai.



Dr M should join the May 1 anti-GST march

Yoursay | 8:23AM Apr 28
FREE YOURSAY 'Even my tosai and chappati from the stall has gone up by 20 sen.'

KAH KAH KAH
woit
suasana cukup molek
iklim cukup sehat
langit cukup biru
perang diteruskan
lagi lama lagi best
lagi lama lagi cun
lagi lama lagi bergetah
APA PUNYA LAMA

---------------

TAK KAN SAMY VELOO

Posted: 27 Apr 2015 06:07 PM PDT




KOMENTAR
kalau tak ada rotan
akar berguna juga
tapi ini akar bawa runtuh

kesian najib 
tak ada siapa datang bantu
semua senyap membisu
gerombilan ada 191 bahagian

kini presiden parti  diserang
hanya saekor yang bersuara
ketua bahagian cheras
190 lain mana lesap
hilang senyap membatu

mana suara majlis tertinggi
mana suara garang pemuda

adakah mereka juga menunggu jawapan
adakah mereka juga bertanya:

1- siapa beri arahan sirul bunuh altantuya?
2- siapa upah sirul dan azilah bunuh altantuya?








Samy: Lupakanlah kesalahan Najib

Bekas presiden MIC S Samy Vellu berkata,  Najib Razak merupakan perdana menteri yang dapat memahami kesusahan golongan tidak berkemampuan.

Beliau berkata demikian bagi mempertahankan Najib, yang kini menjadi sasaran serangan bekas perdana menteri Mahathir Mohamad.

"Najib... ada hati perut, dia memahami orang miskin," kata Samy kepada pemberita.



KAH KAH KAH

woit
ini sudah tenat
kalau yang sokong
hanya sami velooo
ini sakit berat
mana pergi yang lain
mana muhyiddin
mana zahid
mana afdal
mana hishammuddin
mana kj
kah kah kah
tak kan harapkan
pak sami kah kah kah
INI SUDAH BERAT


----------------

YA AMPOOON YA MAULANA

Posted: 27 Apr 2015 05:30 PM PDT






KOMENTAR
sosok yang bernama ku li ini
kini hanya ketua bahagian gua musang
sosok ini amat amat layak
sosok ini dihormati
sosok ini diyakini untuk
menjadi perdana menteri

jika sosok ini sentiasa
mencemar duli


Ku Li wajar ganti PM, kata bekas orang kanan Najib


Bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah adalah calon paling berkelayakan mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Najib Razak, kata bekas setiausaha Najib,  Mohd Ariff Sabri Aziz.
Ariff yang kini menjadi ahli Parlimen Raub mewakili DAP mengajukan cadangan itu kepada  Mahathir Mohamad.
Katanya, ini kerana Tengku Razaleigh juga dikenali sebagai Ku Li adalah pemimpin berintegriti dan dihormati ramai.
"Dr Mahathir kalau dia hendak selamatkan Malaysia, elok cadangkan seorang pemimpin yang dihormati ramai pihak dan ada integriti. 
"Kalau betul hendak selamatkan Malaysia, baik sahaja Mahathir endorse Tengku Razaleigh Hamzah," tulis Ariff yang menggunakan nama pena 'Sakmongkol AK 47' dalam blognya hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ku-li-wajar-ganti-pm-kata-bekas-orang-kanan-najib#sthash.Ibql1i9I.dpuf

KAH KAH KAH

ya ampoooon
ya maulana
masalah besar
ialah ku li enggan
mencemar duli
ya ampooon
ku li mahu ditandu
untuk dimahkotakan
sebagai  PIEM malaysia

YA AMPOOOON



---------------------

KULUP NOT CUT

Posted: 27 Apr 2015 10:13 AM PDT





KULUP UNCUT
mulakan hari dengan
senyuman gumbira


SERANGAN DARI DALAM

Posted: 27 Apr 2015 06:30 AM PDT



KOMENTAR
serangan dari dalam telah bermula

semoga najib dapat bertahan
semoga najib akan terus melawan

lagi lama pernag berjalan
lagi lama musuh bergaduh
lagi baik untuk rakyat


Pemimpin kanan Umno 
mula bergerak
menentang 1MDB, kata 
wartawan veteran 

Beberapa pemimpin Umno mula menyebarkan maklumat mengenai syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan yang dibebani hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bagi mengelakkan berlaku lebih banyak kerosakan terhadap kewangan kerajaan, kata wartawan veteran  A Kadir Jasin hari ini.
Melalui blog miliknya, bekas ketua pengarang akhbar New Straits Times itu berkata, beliau terkejut apabila mendapati baru-baru ini dokumen 1MDB dilihat pemimpin Umno yang menyokong Najib Razak dan maklumatnya dikongsi untuk cuba membersihkan imej syarikat tersebut.
"Saya terkejut apabila beberapa hari lalu, beberapa pemimpin kanan Umno, termasuk menteri, yang sebelum ini menyokong perdana menteri, memberitahu saya kisah berbeza.
"Seorang daripada mereka berkata, pernah melihat dan meneliti dokumen 1MDB, serta berkongsi maklumat itu dengan anggota parti untuk memastikan tiada lagi kerosakan dilakukan kepada kewangan kerajaan dan mereka yang bersalah akan dipertanggungjawabkan," kata Kadir dalam blog miliknya, kadirjasin.blogspot.com.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemimpin-umno-sebar-maklumat-1mdb-dari-dalam-parti-kata-kadir-jasin#sthash.U9RkPs95.dpuf

KAH KAH KAH

woit
mahathir serang dari luar
ini serangan dari dalam
ini lagi bahaya
mat mongol makin sesak
bik mama tambah gemok
MAKAN MAKAN MAKAN



-------------

SIAPA DIA TEE CHUAN SENG

Posted: 27 Apr 2015 05:30 AM PDT


KOMENTAR
siapa kenal dengam cina
yang bernama
tee chuan seng
siapa dia tee chuan seng
ada apa dengan
tee chuan seng




Dakwaan 'plagiat' Ridhuan Tee diadukan pada universiti

Dakwaan berhubung plagiarisme melibatkan Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah diadukan kepada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), tempat penceramah terkenal itu berkhidmat.

NONEPensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Airil Yasreen Mohd Yassin (kanan), yang dikatakan mangsanya, berkata, aduan itu dibuat pada Oktober lalu dan belum dibalas.

"Aku dah e-mel kepada TNC (timbalan naib canselor) UPNM, dan lampirkan salinan emel itu kepada peguam UTM bulan Oktober hari itu, minta perkara ini disiasat.

"Sehingga kini tiada lagi respon dari UPNM tentang perkara ini. Mungkin mereka tengah buat siasatan lagi jadi kena tunggu," kata Dr Airil.

Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok semalam mengadakan sidang media di lobi Parlimen, yang mendakwa Ridhwan memplagiat tugasan Dr Airil untuk Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK4) Kumpulan Pensyarah Gred DS51 Siri 1/2010.

Manakala Senator DAP Ariffn SM Omar pula mempersoalkan tindakan UPNM menaikkan pangkat Ridwan kepada profesor madya walaupun menghadapi menghadapi tuduhan serius yang dianggapnya tamparan buat ahli akademik lain.

Ridhwan pula menjelaskan kepada Malaysiakini, beliau sedia bersemuka dengan pihak yang menuduhnya itu dan menyifatkan perkara itu cubaan untuk mencemar nama baiknya.

'Alahai malunya aku'
Menulis di Facebook, Dr Airil berkata, beliau yakin tugasan dirujuk itu hasil plagiat daripada satu masukan dalam blognya tentang kajian pasca ijazah.

Beliau bagaimanapun tidak pasti jika salinan tulisan yang didakwa memplagiat itu milik Ridhuan.



"Di sini aku tegaskan 'copy yang diberikan' sebab aku tak pasti sama ada copy (salinan) itu memang Dr Ridhuan Tee punya. Ini kena siasat.

"Tapi as far as 'copy yang diberikan' kepada aku, itu memang plagiat artikel aku," katanya.

Beliau turut menjelaskan yang tulisan asal beliau mengandungi kesilapan tatabahasa Inggeris kerana ia hanya ditulis untuk blog dan bukan kerja akademik.

"Tapi yang tak bestnya, semua mentioned tentang dakwaan Dr Ridhuan Tee copy semua termasuk grammar yang salah... alahai malunya aku," tulisnya lagi.

KAH KAH KAH

woit
apa lagi cina mau
kah kah kah
masuk islam
tipu melayu
APA LAGI CINA MAU


--------------

HUSAM SILAP BESAR

Posted: 27 Apr 2015 12:46 AM PDT






KOMENTAR
husam musa silap
husam musa salah anggap
undi tidak percaya bunyinya  demokratik
tapi kita  bukan di united kingdom
kita d malaysia sebuah negara dunia ketiga
undi TIDAK percaya mustahil berlaku

seharusnya husam menyusun dulu
kira berapa orang yb pas setuju
kira berapa orang yb dap setuju
kira berapa orang yb pks setuju
kemudian
jumpa yb parti ketuanan melayu yang belot
kira dan kira mereka

ada ramai yb di parlimen
bukan semua peduli hal negara
ada yb yang jadi yb kerana nak  buat harta
ini parlimen  dunia ketiga jangan hairan
ringgit dan dolar perlu bertukar tangan

apabila husam musa menyebut 
undi tidak percaya
ini errtinya undi TIDAK PERCAYA
tidak akan berlaku
ini hakikat politik negara dunia ketiga

NOTA
tak sedar apa persetujuan
sedang diolah oleh daulah terpendam
semua sedang dilakukan
untuk menyelamatkan daulah

Husam cadang usul undi tidak percaya Najib ekoran 

skandal 1MDB

Naib Presiden PAS  Husam Musa mencadangkan satu usul undi tidak percaya dikemukakan terhadap  Najib Razak di Dewan Rakyat penghujung Mei nanti bagi mempertikaikan cara beliau mengendalikan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Langkah ini perlu kerana isu 1MDB bukan isu  Mahathir Mohamad sahaja, yang usianya mungkin sudah tidak lama berbaki, tetapi melibatkan semua rakyat Malaysia, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/husam-cadang-usul-undi-tidak-percaya-najib-ekoran-skandal-1mdb#sthash.nW3wLZdK.dpuf

KAH KAH KAH

woit
husang mu tok bijok
my tanyo
nelayang
mat serbang
nik abdang
akan undi siapa nanti
mereka berjung
untuk islang
KANG KANG KANG



--------------

SENYUM TENGAH HARI

Posted: 26 Apr 2015 10:04 PM PDT




KAH KAH KAH

lepas makan 
sila teka
siapa paling setan







-------------

MUHYIDDIN - PENENTU

Posted: 26 Apr 2015 09:51 PM PDT







KOMENTAR
semua semakin jelas
muhyiddin akan menjadi 
PERDANA MENTERI baru malaysia

najib razak kini TIDAK ada sokongan
dalam kabinet najib terkonteng-konteng
hanya tiga badut menyolong
ahmad maslan
ismail sabri 
hasan malek
ketika ketiga menteri 
dianggap menteri bodoh

PERSOALAN
bila najib akan blah?

untuk rakyat lagi lama 
najib membatu lagi baik
banyak lagi kesah jahat akan dibongkar

untuk PAKATAN RAKYAT
lagi lama najib berkuasa
lagi ramai rakyat dapat dihasut
lagi baik untuk PRU14


















Muhyiddin jadi penentu

 | April 26, 2015
Tan Sri Muhyiddin dijangka akan menyatakan pendirian selepas PRK Rompin dan Permatang Pauh





PETALING JAYA: Pendirian Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjadi penentu kepada usaha Mahathir Mohamad menyingkirkan  Najib  Razak sebagai Perdana Menteri.
Beliau beberapa kali telah membuat kenyataan bahawa Timbalan Presiden UMNO itu, paling layak untuk menjadi pengganti.
Sokongan yang sama juga disuarakan bekas Menteri Kewangan, Daim Zainudddin juga menyebut nama Muhyiddin sebagai tokoh yang paling layak menduduki jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia Keenam.
Bagaimanapun, Muhyiddin masih berdiam diri dan tidak menyatakan dengan jelas arah mana yang dipilih sama ada terus bersama Najib atau menyahut permintaan  Mahathir.
"Lebih lama Muhyiddin Yassin berdiam diri, lebih sukar untuk memulihkan kepercayaan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana "kerosakan" yang dilakukan Najib Razak terlalu buruk dan memakan masa untuk dipulihkan," tulis Shahbudin Husin dalam blognya.
Mengulas lanjut perkara yang sama, dia berkata, tiada sebab untuk Muhyiddin berlengah dan bermain dengan masa untuk menyatakan pendiriannya kerana jika terus berdiam diri ia menggambarkan seolah-olah hanya  Mahathir saja yang mahukannya sedangkan beliau sebaliknya.

KAH KAH KAH

woit 
yang sokong najib
hanya 3 orang hasan malek
hasan malek ahmad mazlan
hasan malek ismail sabri
hasan malek hasan malek
KAH KAH KAH









----------------

ISTERI SIAPA PENJENAYAH

Posted: 26 Apr 2015 09:19 PM PDT





ISTERI  SIAPA 
 PENJENAYAH?


KOMENTAR

kali ini mahathir menimbulkan
satu pekara baru
satu pekara yang belum digarap

pekara ini ialah: JENAYAH isteri
siapa isteri yang melakukan jenayah ini?
jenayah apa yang dilakukan oleh isteri?

mahathir TIDAK akan bercakap
jika dia tidak mengetahui sesuatu

kes bunuh model mongolia ini
TIDAK akan selesai
mahathir sedang menyerang najib
mahathir menggunakn kes bunuh ini
sebagai satu senjata ampoh
sesiapa terlibat dalam kes bunuh
tidak seharusnya menjadi PM



Mahathir: Tak boleh sayang sampai bunuh orang pun kata 'ok la'

Mahathir Mohamad hari ini berkata walaupun terhutang budi kepada  Abdul Razak Hussein, namun beliau harus juga mengambil berat terhadap sebarang salah laku yang mungkin telah dilakukan oleh perdana menteri sekarang.

Katanya, walaupun beliau mungkin merasa terhutang kerjaya politiknya kepada  Razak dan telah mengangkat kedudukan politik anak bekas perdana menteri itu, namun Mahathir berkata beliau tidak akan tutup mata terhadap sebarang salah laku.

"Hakikatnya ialah saya nak balas budi, kerana  Razak angkat saya jadi perdana menteri, (dan) saya cuba angkat anaknya (juga) menjadi perdana menteri.


"Saya sayang, saya sayang tetapi walaupun saya sayang, kita harus juga ambil berat.

"Kita tak boleh sayang satu orang sampai dia bunuh orang pun kita kata ok la," katanya kepada kira-kira 500 hadirin di Kuala hari ini.

Mahathir kemudiannya membuat rujukan mengenai sayang seseorang kepada isteri.

"Kita sayang kepada isteri pun, kalau isteri melakukan jenayah yang dahsyat, kita tidak boleh terima pasal  dia isteri (kita)," tambahnya.



KAH KAH KAH

woit
ini kes bunuh
bunuh altantuya
siapa beri arahan
siapa upah sirul
kah kah kah
MAMPOOOS KAO



-------------

MAHASISWA WAJIB TURUN 1 MEI

Posted: 26 Apr 2015 08:43 PM PDT




KOMENTAR
jumlah berhutang 605,685
jumlah hutang 4.7 bilion ringgit

jumlah duit 1MDB hilang 42 bilion ringgit

jika duit negara TIDAK dirembat
semua hutang PTPTN selesai
belajar di malaysia  diberi percuma

ini bukan fitnah
ini bukan tohmah
ini fakta dari menteri

justeru anak muda
justeru pelajar
justeru mahasiswa mahasiswi
wajib turun 1 juta 1 mei












605,685 peminjam


PTPTN masih 


hutang RM4.7 bilion

KUALA LUMPUR 22 April - Sebanyak 605,685 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dikenalpasti masih gagal membuat pembayaran balik dengan jumlah hutang mencecah RM4.7 bilion setakat 31 Mac lalu.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita#sthash.ymf9snCk.dpuf


  1. Kemana Perginya RM42 Billion Hutang 1MDB? | Perak Today

    peraktoday.com.my/.../kemana-perginya-rm42-billion...

    Translate this page
    Apr 16, 2015 - Meskipun terdapat beberapa pihak yang bertanyakan kemana 'hilang'nya wang sebanyak RM42 Billion itu, yang pastinya, 1MDB sentiasa ...

---------------

SEMUA SIAP SEDIA

Posted: 26 Apr 2015 08:11 PM PDT








ANAK MUDA
bersedia ke jalan raya




SEKALI LAGI

BODOH BERGANTANG GANTANG

Posted: 26 Apr 2015 07:43 PM PDT





KOMENTAR
saeorang perdana menteri
yang dikatakan terlibat 
dalam kes bunuh
saorang perdana menteri
yang merembat duit
berbilion bilion rinngit
memerlukan MENTERI yang bodoh
jika menteri semua bijak
perdana menteri iniu
pasti telah lama dalam penjara
BODOH BERGANTANG

Mufti Perlis persoal mengapa 'orang bodoh' sertai Kabinet

Selepas kritikan Ahmad Maslan yang mengatakan Mahahir Mohamad tidak faham tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Mufti Perlis  Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil mengkritik kenyataan tersebut melalui laman Facebook miliknya.
Walaupun Asri tidak menyebut nama Ahmad, namun dalam postingnya, beliau mempersoalkan sekiranya pihak yang membuat kenyataan sedemikian lebih bijak daripada Mahathir, jika bekas perdana menteri itu tidak memahaminya.
"Jika Mahathir  dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Mahathir akan lebih faham tentang GST?!
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mufti-perlis-persoal-mengapa-orang-bodoh-sertai-kabinet#sthash.dBuAXLqZ.dpuf

KAH KAH KAH

woit
kenali siapa bangang?
siapa bodoh dalam kabinet?
kah kah kah
ini satu kerja amat susah
macam cari nigeria yang baik
macam cari garam dalam gula
kah kah kah
SEMUA BANGANG
--------------

MENGOLAH PERSETUJUAN

Posted: 26 Apr 2015 07:18 PM PDT







BUKU
wajib beli
wajib baca
untuk memahami
bagaimana media bergerak
untuk mengolah persetjuan
bagaimana daulah
meancang drama dan babak
untuk mengolah peesetujuan
untuk memahami 
kenapa 9/11 dipentas
apa tujuan 9/11


  1. Manufacturing Consent - Wikipedia, the free encyclopedia

    en.wikipedia.org/wiki/Manufacturing_Consent
    Manufacturing Consent: The Political Economy of the Mass Media is a 1988 non-fiction book co-written by Edward S. Herman and Noam Chomsky, wherein the ...






-------------

Tiada ulasan: