Isnin, 27 April 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Hj Hadi masih menyepi.... Tidak mungkin dia tidoq...

Posted: 27 Apr 2015 03:49 AM PDT

  Walaupun Pesuruhjaya PAS Kawasan Permatang Pauh, Omar telah mengarahkan jentera PAS kembali menyokong Azizah, namun Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang tetap meneruskan tindakan memboikot PRK Permatang Pauh.

"Dewan Pemuda Pas menetapkan pendirian bahawa semua jentera dan petugas direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang PRK Permatang Pauh.

 "Semua bilik gerakan Pemuda Pas tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis bawah seliaan kami juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh," katanya dalam kenyatan media di sini

 Tindakan beliau telah mengundang berbagai reaksi dari rakan dan musuhnya. Beliau mendapat sokongan dan galakan dari Nik Abduh:


Aziz Harun Apebende ni... sepatutnya org ada ilmu agama ni jgn galakan perbuatan lwn pimpinan lebih lebih lg keputusan bos kita sendiri. Mungkin bertukar jd BATU API pula ustaz ni... (komen pengunjung difacebook Nik Abduh)

Selain sokongan dari Pemuda PAS Marang, Yusni Mat Piah juga mendapat sokongan padu dari  Dewan Pemuda Pulau Pinang. Mereka turut menzahirkan rasa kekecewaan terhadap Ketua Pemuda PAS Malaysia, Saudara Suhaizan Kaiat yang dilihat begitu tidak budiman dalam menguruskan perkara yang mereka bangkitkan.

Sebaliknya pula,  Yusni juga menerima kecaman dan cemuhan dari facebookers penyokong tegar Pakatan Rakyat : 
Mohd Sabu ialah Timbalan Presiden PAS..... Dia juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.... Bahkan dia menjadi Pengarah Pilihanraya PAS untuk PRK Permatang Pauh.
 Suaranya lantang, pidatonya memukau, pengalamannya hebat.... Pernah menjadi Ahli Parlimen selama beberapa penggal..... Selama 35 tahun dia berjuang menentang kezaliman UMNO dengan tegas dan berani.... Pernah ditahan di bawah ISA.... Entah berapa puluh kali dia ditangkap dan dikurung dalam lokap.
 Tetapi apa makna semuanya itu jika dia takut untuk mengambil tindakan terhadap seorang Yusni Mat Piah yang secara terang-terangan mengingkari keputusan PAS Pusat yang memutuskan untuk memberi kerjasama kepada calon PKR di Permatang Pauh....? Padahal dalam politik, Yusni Mat Piah hanyalah seperti seekor kutu babi yang melekat di atas belakang seekor lembu sapi sahaja.~ Abe Awang Malaya 
Masin mulut Presiden Pas kata dalam Pas ada barua dan broker. Di Penang Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang terang2 jadi barua Umno. Pemuda Pas Marang tumpang semangkok sokong Yusni Mat Piah Tapi tak pa gelaran ustaz yang ada kat Yusni Mat Piah kira halal buat kerja jadi barua Umno..~ Misai Merah
Satu negara duk kecuh pasal Yusni Mat Piah ni, hinggakan Pemuda Marang pun dah bersuara, tapi pasaiapa Hj Hadi masih menyepi? Tidak mungkin dia tidoq...

Boikot PKR: Yusni Mat Piah Berdepan Tindakan Disiplin

Posted: 26 Apr 2015 10:32 PM PDT

BUKIT MERTAJAM: Gara-gara memboikot kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah bakal berhadapan tindakan disiplin di atas tuduhan mengingkari arahan PAS Pusat.

 Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, semua ahli PAS wajib menolak sebarang kenyataan yang bertentangan dengan keputusan PAS Pusat berhubung arahan membantu memenangkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon PKR.

 "Sekiranya ada tindakan dari mana-mana ahli yang terbukti bertentangan dengan arahan ini, tindakan tatatertib boleh dikenakan ke atas ahli tersebut berdasarkan peruntukan-peruntukan yang jelas termaktub dalam perlembagaan.9 "Siasatan dan tindakan tegas akan diambil oleh Jawatankuasa PAS Pusat terhadap Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang dalam tempoh terdekat," katanya menerusi kenyataan di sini, Isnin.

 Amaran keras Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu itu dibuat berikutan tindakan nekad Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang memboikot kempen PRK Permatang Pauh.

 Ketuanya, Mohd Yusni mengarahkan supaya membekukan jentera dan aset mereka daripada terlibat dalam semua gerak kerja PRK Permatang Pauh.

 Arahan boikot itu dibuat selepas permohonan maaf mereka berhubung dakwaan menghina Datuk Seri Abdul Hadi Awang oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak dilayan.

 Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Pengarah Induk Jentera Pilihan Raya PAS Pusat berkata, parti itu komited membantu kemenangan Dr Wan Azizah, justeru jenteranya di semua peringkat akan meneruskan gerak kerja kempen sehingga hari pengundi pada 7 Mei ini.

 "Keputusan PAS menyokong dan membantu calon PKR Permatang Pauh telah dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang merupakan badan eksekutif tertinggi dalam organisasi PAS.

 "Arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak dalam PAS yang bercanggah dengan keputusan itu adalah dengan sendirinya terbatal," katanya. SUMBER

Catatan PRK P044 Pmtg Pauh

 Berikut adalah hasil tinjauan di lapangan sejurus keputusan DPPNPP yg berketuakan Yusni Mat Piah merehatkan jenteranya di Permatang Pauh :

 1. 15 bilik gerakan pemuda pas ditutup dan operasinya dihentikan serta merta.

2. 1000 buah motosikal berkuasa tinggi dipercayai anggota ARC yg dlm perjalanan ke Pmtg Pauh dilihat berpatah balik sejurus menerima kiriman whatsapp dari ketua pemuda.

3. Guru-guru Pasti yg sedang merayu undi bergegas pulang ke rumah masing-masing setelah arahan itu diterima mereka.

4. Di simpang-simpang jalan tidak lagi kelihatan kelibat petugas unit amal mengawal lalu lintas sehingga mengakibatkan aliran trafik terjejas teruk.

Lapuran selanjutnya akan menyusul lagi. ~Abdul Rahman Abdul Talib

Tiada ulasan: