Tukar Tiub |
- 11b TANGKAPAN
- SEMUA PAKAI HITAM
- SALUT PARTI KEADILAN RAKYAT
- DARI FACE BOOK
- YANG BAIK WAJIB SOKONG
- RESMI DARI PKR
- CERAMAH MALAM INI DITERUSKAN
- KENA HALAU KELUAR DEWAN
- #KITA LAWAN TERUSKAN DUDUK BANTAH
Posted: 27 Mar 2015 06:00 AM PDT ESOK DI SOGO 118 kes tangkapan Badan pemikir Kajian Politik Tanggal 27 Mac 2015, pada Jumlah 118 kes penangkapan Mereka sama ada ditahan untuk KPRU: Senarai kes penangkapan Dikeluarkan oleh Ooi Heng Pengarah eksekutif KPRU ------------- |
Posted: 27 Mar 2015 05:00 AM PDT PENGUMUAN sila ambil perhatian pilih tempat bermula kemudian bergerak beramai-ramai ke sogo pakai hitam Salam hormat, Berikut adalah panduan pergerakan untuk peserta Himpunan #KitaLawan 28.03.2015: Berkumpul di tiga lokasi iaitu:- i. Masjid Jamek – YB Rafizi Ramli, Khairul Anwar dan Saudara Fariz Musa ii. Dataran Merdeka (tapak duduk bantah #KitaLawan) – YB Tian Chua, Saudari Nurul Nuha dan Saudara Mandeep Singh iii. Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut – Saudara Mat Sabu, Ustaz Fakrolrazi dan Saudara Khairol Najib Peserta kemudiannya akan mula bergerak dari lokasi yang dinyatakan ke Sogo pada jam 4.00 petang Mesej himpunan akan tertumpu kepada perbandingan keborosan dan kemewahan pentadbiran Najib Razak sedangkan kehidupan rakyat terus ditekan terutamanya kos sara hidup yang tinggi sempena pelaksanaan GST. #KitaLawan juga akan terus mendesak agar Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dengan segera dan seterusnya membebaskan Anwar Ibrahim. Panduan peserta Himpunan boleh rujuk http://bit.ly/panduanhimpunan Semua rakyat dijemput bersama-sama dengan anak muda. Berdiam diri bukanlah satu pilihan. Lagi ditekan, lagi #KitaLawan 26 MAC 2015 SEKRETARIAT #KITALAWAN --------------------- |
Posted: 26 Mar 2015 11:53 PM PDT SALUT salut untuk pkr salut untuk parti yang berani perjuangan diteruskan la lutte continue
------------ |
Posted: 26 Mar 2015 09:38 PM PDT FACE BOOK Ada masanya aku tengok dari pandangan mata mereka, seolah-olah ada satu perasaan yang cuba disembunyikan. Kerana mereka juga bakal merasa seperti apa yang akan kita rasa. Mereka faham perasaannya.Cukai untuk rakyat miskin akan dirasai juga oleh mereka,kerana mereka juga rakyat. Yang perlu hidup.Namun atas nama Kerja, ada suara yang harus diikuti meski gerak hati mereka kuat mengatakan tidak. Tapi ada perkara yang lebih besar daripada itu. Tugas mereka yang sebenar-benarnya bukan untuk melindungi suara & kuasa orang-orang yang menyalahgunakan kuasa, tapi untuk melindungi rakyat yang tak punya kuasa. Setidaknya kalau kalian tidak berani untuk berkata, izinkan kami untuk terus melawan di pihak kalian.Biarkan kuasa yang sebenar dipulangkan kepada yang sepatutnya. Kerana pada Akhirnya, masa depan milik kita.Di Malaysia hari ini, yang kaya semakin kaya. Yang miskin semakin miskin. Itu realiti. Tiada jalan lain untuk suara kita didengari melainkan dengan turun ke jalanraya dan lawan. Duduk Bantah Kita Lawan dah masuk Hari ke 6. Malam semalam,Sekumpulan manusia yang mengaku menjadi pelindung rakyat tidak bersenjata bertukar menjadi syaitan apabila tiba-tiba memukul dan menangkap 6 orang rakan kami yang sedang berhimpun secara aman dan mencederakan seorang wanita berusia 70 tahun dalam cubaan untuk menangkap beliau tetapi gagal. Tindakan bacul polis ini membuktikan Malaysia masih berada dalam penafian dalam kesuksesan sistem demokrasi.Malam ini malam terakhir kem Duduk Bantah di Dataran Merdeka sebelum demonstrasi pada 28 Mac.Sila hadir berikan sokongan. ----------- |
Posted: 26 Mar 2015 09:08 PM PDT KOMENTAR haramkan styrofoam adalah langkah bijak ini wajib disokong ini wajib diperluaskan ke seluruh negara sacepat muungkin wajib diberikan penerangan tentang bahaya styrofoam yang kini melanggar bukan sahaja malaysia malah seluruh dunia DBKL haramkan pengunaan bekas makanan styrofoam KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengharamkan penggunaan bekas makanan styrofoam di kawasan Dataran Merdeka di sini dalam usaha mewujudkan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya hijau. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Ahmad Phesal Talib berkata, DBKL dalam masa terdekat akan mewujudkan kempen kesedaran untuk menjadikan bandar raya ini bebas daripada penggunaan bahan styrofoam. DBKL akan memberikan pendidikan mengenai penggunaan bekas makanan yang lebih selamat dan mesra alam. KAH KAH KAH woit yang baik macam ini anak muda sokong #KITA LAWAN sokong jadi barua mat mongol pasti kena tibai YANG BAIK WAJIB SOKONG |
Posted: 26 Mar 2015 08:33 PM PDT WALIMATUL KURUS PKR arah ahli hadiri perhimpunan Kita LawanPKR telah mengarahkan pemimpin parti itu supaya menggerakkan anggotanya untuk menghadiri perhimpunan Kita Lawan di Kuala Lumpur Sabtu ini. Dalam satu kenyataan semalam, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata PKR komited sepenuhnya terhadap perhimpunan tersebut, yang dianjurkan oleh pelbagai NGO. PKR, katanya, berharap semua rakyat Malaysia yang cintakan keadilan supaya menyertai perhimpunan itu untuk menyuarakan hak mereka sebagai rakyat. Katanya, PKR juga berharap pihak berkuasa tidak cuba menghalang hak mereka untuk berhimpun secara aman. Rafizi berkata, perjuangan Kita Lawan adalah selaras dengan pendirian PKR untuk melindung rakyat terhadap pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), skandal 1MDB, penyalahgunaan Akta Hasutan 1948 dan percubaan polis untuk menyekat kebebasan berhimpun. Sejak pemenjaraan ketua pembangkang Anwar Ibrahim pada 10 Februari, aktivis telah berkumpul di pusat membeli-belah Sogo setiap petang Sabtu untuk menuntut pembebasannya. Kempen terkini Kita Lawan melibatkan desakan pemecatan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar dan menggesa Najib Abdul Razak supaya berundur Perhimpunan pada hari Sabtu itu berkebetulan dengan majlis perkahwinan untuk anak perempuan Najib,di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Polis menangkap lebih enam aktivis dan pemimpin pembangkang selepas perhimpunan besar-besaran yang menyaksikan perarakan 10,000 peserta dari Sogo ke KLCC pada 7 Mac. Semalam, enam lagi ditahan semasa protes duduk berehampiran Dataran Merdeka. |
Posted: 26 Mar 2015 08:00 PM PDT CERAMAH DITERUSKAN 6 aktivis #KitaLawan ditangkap di Dataran Merdeka tengah malam tadi - 24 jam sebelum ceramah perdana sempena demonstrasi duduk bantah #KitaLawan hari ini, keganasan berlaku di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur tengah malam tadi, melibatkan 6 orang ditangkap polis, menurut sekretariat perhimpunan itu. Dipercayai mereka yang ditangkap termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang dan Adun Simpang Pulai, Tan Kar Hing. "Mereka dikasari termasuk dipukul sebelum ditarik ke dalam kereta polis. "Kami masih cuba mengesahkan ke mana mereka akan dibawa. "Polis tidak berpakaian uniform juga bertindak kasar termasuk dengan menumbuk orang ramai yang cuba menenangkan keadaan di tapak duduk bantah," menurut kenyataan sekretariat itu. Katanya, tapak duduk bantah #KitaLawan diserbu pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kira-kira jam 12.15 tengah malam tadi. "Perkataan yang mereka gunakan adalah 'vacate'. Grace period yang diberikan adalah sehingga jam 12 tengah malam ini. "Ini satu lagi ugutan daripada pihak berkuasa. Anak muda akan terus menggunakan hak untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin oleh perlembagaan," kata sekretariat itu. Menurut kenyataan PKR pagi ini, difahamkan yang 6 orang itu, termasuk 2 Adun PKR, ditahan mengikut Seksyen 186 (menghalang penjawat awam dari melaksanakan tugas) dan 353 (mengguna kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada melaksanakan tugas) Kanun Keseksaan. Pendengaran permohonan reman akan diadakan jam 10 pagi ini di Lokap Bersepadu Jinjang. Menurut posting di Facebook rasmi #KitaLawan awal pagi ini, pihak polis dan DBKL sekali lagi hadir di tapak duduk bantah seawal jam 5 pagi untuk mencabut banner #PecatIGP yang sebelum ini digantung pihak yang akan berhimpun malam ini. Jam 9 malam ini, satu ceramah perdana bertajuk 'Rakyat Menentang GST' dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka Rakyat membariskan antara lain pemimpin politik seperti Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan Tian Chua dan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok. Turut dijangka berucap ialah aktivis seperti S Ambiga dan Maria Chin Abdullah. #KitaLawan merancang mengadakan perhimpunan besar petang esok dengan berarak ke depan pusat membeli belah Sogo di tengah bandar raya dari 3 lokasi iaitu Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Menurut sekretariatnya, mesej himpunan akan tertumpu kepada dakwaan keborosan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak ketika rakyat dibebankan kos sara hidup yang tinggi sempena pelaksanaan GST. #KitaLawan akan terus mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dengan segera dan seterusnya membebaskan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan. – 27 Mac, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/6-aktivis-kitalawan-ditangkap-di-dataran-merdeka-malam-tadi#sthash.AvA9bF7B.dpuf MALAM INI DATARAN MERDEKA -------------- |
Posted: 26 Mar 2015 07:50 PM PDT KAH KAH KAH woit bukan di rehat dihalau keluar dewan ini media bodek kena halau keluar kerana apa? kerana tanya bila mat mongol nak buat kenyataan tentang hudud kah kah kah OH! MAT MONGOL ------------- |
#KITA LAWAN TERUSKAN DUDUK BANTAH Posted: 26 Mar 2015 07:05 PM PDT
Dua wakil rakyat itu ialah ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing dan ADUN Teja, Chang Lih Kang. Ia ekoran berlaku pergelutan dengan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang cuba untuk menurunkan kain rentang yang menggesa pemecatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Semasa insiden itu, yang berlaku pada kira-kira jam 12.30 tengah malam, beberapa aktivis dibawa ke seberang jalan sebelum dimasukkan ke dalam kenderaan polis. Malam tadi, DBKL telah memberi amaran kepada aktivis di situ supaya beredar menjelang tengah malam tadi. Protes duduk itu bermula pada 21 Mac. Sebaliknya, aktivis berkenaan menghantar mesej menggesa para penyokong datang ke situ untuk membantu melindungi kain rentang dan peralatan perkhemahan. Jurucakap Kita Lawan, Mandeep Singh memberitahu Malaysiakini,sekiranya dihalau dari situ, mungkin esok mereka akan kembali dengan kain rentang yang lebih besar. Dua malam lalu, Kita Lawan telah mengantung kain rentang besar di persimpangan antara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak. Ia telah dibuang pagi semalam. Kita Lawan kemudian menggantung kain rentang yang lebih besar malam tadi. MALAM INI CERAMAH DI TRMPAT YANG SAMA ----------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan