Komentar Kini |
Posted: 27 Mar 2015 06:46 PM PDT Allah subha nahu wataala telah cap bani Isreal yang langgar perintahnya dengan nama Yahud yang bermakna paling degil dan yahudi telah dikenapasti sebagai kaum yang paling degil diatas muka bumi. Di Malaysia akhir akhir ini pas pula telah dituduh parti dalam pakatan rakyat yang degil,kerana masih hendak meneruskan pembentangan hudud di Perlimen. Pas ditutuh degil atas alasan mahu bawa hudud ke parlimen, sedangkan DAP dan PKR yang menentang habis habisan itu masih dilabelkan sebagai belum faham hudud dan perlu berusaha keras untuk memahamkan mereka yang belum faham. DAP yang jelas dan nyata anti Islam itu berusaha sedaya mungkin untuk menghalang PAS menjadikan hudud sebagai undang undang yang sah dalam perlembangaan Negara. Status enakmen kesalahan jenayaha syariah yang diluluskan oleh dewan perundangan Kelantan hanya sah diperingkat kerajaan negeri sahaja dan belum saha sebagai undang undang oleh kerajaan persekutuan. Pendek kata enakmen tersebut masih belum sah dari segi perlembagaaan Negara, kerana belum dibawa ke parlimandan dipersembahkan kepada Yang dituan Agung untuk diluluskan. Undang undang yang dibuat oleh dewan perundangan negeri tidak boleh dilaksanakan kerana belum diluluskan oleh parlimen dan dijadikan undang undang Malaysia. Perlembagaaan Negara telah menyatakan setiap undang undang yang dibuat oleh dewan perundangan negeri tidak boleh dipersoalk oleh mana mana pihak. Yang peliknya DAP telah melakukan kesilapan besar, kerana mempersoalkan undang undang berkenaaan, sedangkan dalam perlembagaan Negara undang undang yang dibuat oleh dewan perundangan negeri tidak boleh dipersoal oleh mana mana pihak miskipun belum sah sebagai undang undang persekutuan. Bukan setakat itu sahaja malah telah mempersenda sendakan usaha dasar perjuangan pas yang berasaskan Al Quran dan Sunnah. Yang paling buruk lagi DAP telah menghina Presiden PAS dato seri Haji Abdul Hadi Awang dengan kata kata tak bermaruah dan pengkhainat disamping dijadiakan sebagai mangsa serangan terhadap Islam di Malaysia kini. |
You are subscribed to email updates from Komentar Kini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan