WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Hadi Awang Lebih Merugikan Pas?
- Perbezaan ulama dunia islam dgn ulama Iran,
- HUDUD: Taktik jahat pecah belah PR terbongkar di Parlimen!
- Projek antarabangsa Johor: Berakhirnya Ketuanan Melayu Umno
- PKR tak menentang hudud, ia hukum Allah, kata Azmin
Hadi Awang Lebih Merugikan Pas? Posted: 27 Mar 2015 03:49 PM PDT shahbudin HusseinMenjelang pemilihan Pas pada bulan Mei depan, persoalan yang paling menjadi perhatian sekarang ialah apakah Haji Hadi Awang sebagai Presiden akan dicabar dan adakah Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden akan digantikan? Keributan mengenai isu hudud antara Pas dengan rakan gabungannya, DAP sehingga parti itu hilang kepercayaan terhadap Haji Hadi telah merancakkan lagi desakan agar beliau berundur sebagai Presiden Pas. Ini kerana jika Haji Hadi terus kekal menerajui Pas, ia bukan saja memungkinkan PR berpecah, tetapi juga menyebabkan calon-calon Pas tidak lagi mendapat keyakinan daripada pengundi bukan Melayu dalam pilihanraya akan datang. Tanpa sokongan pengundi bukan Melayu, Pas tentu saja berisiko kehilangan banyak kerusi di Selangor, Perak, Johor dan beberapa negeri yang lain yang mula dimenanginya sejak 2008 lalu melalui kerjasama dengan PKR dan DAP. Tetapi untuk memaksa Haji Hadi berundur atau mengalahkannya dalam pemlihan bukan tugas yang mudah. Walaupun Haji Hadi dibayangi pelbagai kelemahan sejak beberapa tahun lalu, perwakilan Pas tidak akan membiarkannya kalah dalam pemilihan. Oleh itu mengalahkan Haji Hadi dalam pemilihan boleh dikira mustahil. Haji Hadi juga tidak mungkin berundur atau dipaksa berundur kerana tiada jawatan lain yang boleh diberikan kepadanya sebagai ganti setelah kerusi Mursyidul Am yang sebelum ini dipegang oleh Allahyarham Nik Aziz Nik Mat telah pun diisi oleh Dr Haron Din. Lagi pula akur untuk berundur dalam keadaan sekarang seolah-olah menunjukkan beliau tunduk kepada tekanan luar, terutamanya DAP. Perkiraan sehingga ini, walaupun ada beberapa nama telah dicalonkan bakal mencabarnya dalam pemilihan nanti seperti Husam Musa dan Ahmad Awang, potensi untuk Haji Hadi kekal jauh lebih besar. Mungkin yang bakal mencabarnya nanti hanyalah Ahmad Awang saja, seorang calon yang lebih mungkin kalah daripada menang manakala bagi Husam adalah tidak bijak beliau menerima pencalonan untuk menentang Haji Hadi dalam pemilihan kali ini. Dalam usianya yang masih muda dan merupakan material Presiden Pas di masa depan, Husam hanya perlu bersabar menunggu beberapa tahun lagi detik sesuai memihak kepadanya. Husam sebaiknya kekal mempertahankan jawatan Naib Presidennya saja. Ruang untuk Haji Hadi berundur secara terhormat sebagai Presiden Pas dan memberi laluan kepada pemimpin lain mengambil alih kerusinya mungkin terbuka semula selepas pemilihan nanti jika Tuan Ibrahim Tuan Man memenangi jawatan Timbalan Presiden menewaskan Mohamad Sabu. Haji Hadi mungkin bersedia dan tiada masalah menyerahkan kerusi itu kepada Tuan Ibrahim yang pro kepadanya dan berpendidikan agama. Pewakilan Pas pro ulama juga barangkali lebih selesa dengan kepimpinan Tuan Ibrahim sebagai pengganti Haji Hadi. Tetapi proses peralihan itu akan terhalang jika Mohamad Sabu terus kekal lagi sebagai Timbalan Presiden. Tidak mungkin beliau mahu menyerahkan kerusi Presiden kepada Mohamad Sabu untuk mengambil alihnya. Ini bermakna jika dalam pemilihan 2015 ini, Mohamad Sabu dapat mempertahankan jawatannya, proses peralihan kepimpinan dalam Pas tidak mungkin berlaku. Dalam pemilihan berikutnya pada 2017, Haji Hadi pasti akan mempertahankan jawatannya sekali lagi. Ketika itu, sebagaimana pemilihan kali ini, Haji Hadi juga akan kekal lagi sebagai Presiden Pas. Tetapi selepas itu akan berlangsung pilihanraya umum ke 14 yang tempoh akhirnya ialah Mei 2018. Sudah tentu kepimpinan Haji Hadi akan memberi kesan besar dari segi sokongan pengundi bukan Melayu kepada calon-calon Pas dalam pilihanraya itu nanti. Dengan jumlah ahli melebihi sejuta orang dan menjadi parti paling besar dalam PR, malangnya kepimpinan Haji Hadi yang ditolak oleh pengundi bukan Melayu hanya akan menyebabkan parti itu kekal di kedudukan paling sedikit menang kerusi dalam pilihanraya akan datang nanti. Itulah nasib Pas era Haji Hadi. ( SH 26/03/2015 ) |
Perbezaan ulama dunia islam dgn ulama Iran, Posted: 27 Mar 2015 04:52 AM PDT
|
HUDUD: Taktik jahat pecah belah PR terbongkar di Parlimen! Posted: 27 Mar 2015 03:33 AM PDT Oleh: jebon HUDUD: Taktik jahat pecah belah PR terbongkar di Parlimen!Akhirnya terbongkar juga taktik kerajaan BN talam dua muka dalam isu menyokong Hudud.Dalam sidang parlimen 27 Mac, Menteri Agama Jamil Khir Baharom disoal bertubi-tubi tentang kegagalannya membawa Hudud ke Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu pada 11 Mac lalu bagi memudahkan menteri kerajaan BN membawanya untuk kelulusan di parlimen. Akibat kegagalan tersebut usul Hudud terpaksa dibawa secara persendirian ke Dewan Rakyat dan Umno pusat berlepas tangan daripada tanggungjawab mengundi rang undang-undang berkenaan. Hari ini dalam sidang Dewan Rakyat, beberapa anggota parlimen PAS membantah kenyataan Jamil Khir bahawa kerajaan pusat tidak membawa cadangan pindaan undang-undang hudud ke mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu . Kata Jamil Khir, enakmen syariah itu tidak pernah dibawa untuk perhatian majlis itu sejak mula lagi. Pengakuan itu mencetuskan kemarahan wakil-wakil rakyat PAS yang berkata kerajaan pusat pernah berjanji dalam jawatankuasa teknikal hudud untuk berbuat demikian sebelum pindaan dibawa ke Parlimen. Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) diarah keluar dewan selepas beberapa kali cuba menyoal Jamil Khir sebab kerajaan tidak mahu mengikut apa yang telah dipersetuju dalam jawatankuasa teknikal. Beliau diarah keluar oleh Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamad Said selepas 30 minit bertikam lidah, dengan menteri tersebut tidak memberi jawapan memuaskan berhubung perkara itu. Bercakap dalam sidang media selepas diarah keluar dewan, Mahfuz mendakwa bahawa mesyuarat Majlis Kebangsan bagi Hal Ehwal Islam yang dipengerusi oleh perdana menteri, telah bersetuju dengan pindaan itu dan telah disebut akan dibentang dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja baru-baru ini. Oleh kerana kerajaan tidak berbuat demikian, dakwanya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen. "Rang undang-undang itu akan membuat ia mudah bagi Kelantan untuk menguatkuasakan apa yang telah diluluskan di sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini," katanya. Menurut Mahfuz lagi, ini membuktikan bahawa apabila terdapat tekanan dari parti-parti komponen BN berhubung dengan hudud, kerajaan tidak meneruskannya. Sementara itu, Bernama melaporkan tindakan itu diambil kerana Mahfuz tidak mengendahkan arahan Ismail dan menghina Jamil Khir ketika menteri berkenaan menggulung perbahasan usul itu. "Tindakan ini jangan dijadikan isu di luar dewan selepas ini. Ia dibuat berdasarkan Peraturan Mesyuarat 42. "Yang pertama, tidak mengendahkan nasihat saya supaya duduk diam, lama saya biarkan….selain mengeluarkan perkataan menteri 'bacul'. Saya dengar perkataan ini terhadap menteri (Jamil Khir). "Dia (Mahfuz) berdegil tidak menghormati (Timbalan) Speaker dan apabila diminta duduk diam, dia tidak menghiraukan arahan saya dan bukan kerana menteri gagal jawab," kata Ismail seperti dilaporkan agensi berita nasional. |
Projek antarabangsa Johor: Berakhirnya Ketuanan Melayu Umno Posted: 27 Mar 2015 03:29 AM PDT Projek antarabangsa Johor: Berakhirnya Ketuanan Melayu UmnoPakatan Rakyat sejak dari dahulu menolak perkauman dan mengingatkan Umno, dunia tanpa sempadan tidak sesuai dengan dasar-dasar yang diperjuangkan parti itu dan anak syarikatnya Perkasa.Namun Umno berkeras dan menipu orang Melayu kononnya dengan mengundi mereka sahaja tanah Melayu akan selamat. Umno akan memastikan tidak ada seinci pun bumi Melayu terlepas ke tangan orang asing. Bagaimanapun, hari ini terbukti parti itu perlahan-lahan menyepikan diri apabila igauan tersebut bertukar menjadi realiti di negeri kelahirannya, Johor. Parti itu tetap mengunci mulut apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mengisytiharkan bahawa kedatangan rakyat Singapura untuk menetap di Johor akan memacu kemajuan bagi negeri itu. "Apabila rangkaian perhubungan (Johor-Singapura) diwujudkan, ia akan menjadi kebiasaan bagi rakyat Singapura tinggal di Johor dan bekerja di Singapura. Itulah (realiti) masa depan," titah Sultan Ibrahim. Baginda menyebut demikian dalam satu temu bual dengan The Star minggu lalu. Sultan Ibrahim menolak andaian bahawa projek tersebut akan mewujudkan hartanah yang berlebihan di selatan Johor. Titahnya, di London sendiri, sebanyak 80 peratus daripada hartanahnya dimiliki oleh orang asing. Kawasan Selatan Johor kini menyaksikan pembangunan pesat, kebanyakannya dimajukan oleh pemaju terkemuka dari China. Salah satu projek paling besar di situ ialah Forest City. Bagi projek Forest City sahaja, dianggar kira-kira 300,000 orang akan menetap di pulau yang baru diwujudkan di Selat Johor menjelang 2045, menurut kajian Penilaian Terperinci Impak Alam Sekitar Impak (DEIA). Johor kini mempunyai penduduk seramai 3.5 juta. Pemaju Forest City, Country Garden View Pasifik (CGPV) juga yakin bahawa permintaan antarabangsa untuk hartanah di Singapura akan membantu menyelesaikan sebarang isu lebihan hartanah di negara republik itu. Mereka mengisytiharkan perkara itu dalam satu taklimat minggu lepas. "Sasaran kami adalah penduduk dunia, bukan sahaja rakyat tempatan. Mereka boleh menjadi rakyat Singapura atau Cina dari China … kami membukanya untuk (pasaran) antarabangsa," kata Pengarah Eksekutif CGPV Md Othman Yusof semasa sesi itu. Md Othman membandingkan Forest City dengan Dubai City, yang menurutnya berjaya menjana penghijrahan untuk mengekalkan kelestariannya apabila pembanguna itu siap. Kira-kira 85 peratus daripada penduduk di Dubai hari ini terdiri daripada warga asing. |
PKR tak menentang hudud, ia hukum Allah, kata Azmin Posted: 27 Mar 2015 03:24 AM PDT PKR tak menentang hudud, ia hukum Allah, kata AzminMohamed Azmin Ali hari ini menyelar kenyataan yang mengatakan PKR menentang pelaksanaan hukum hudud, mengatakan ia hukum Allah yang tidak boleh dipertikaikan.Timbalan Presiden PKR itu berkata PKR tidak menentang hudud tetapi tidak bersetuju dengan prinsip PAS yang melanggar prinsip Pakatan Rakyat (PR) dalam membentangkan pindaan kepada enakmen jenayah Syariah Kelantan. "Kita (PKR) tidak menentang hukum Allah. Kena berhati-hati (membuat kenyataan). Sebagai seorang Islam, kita tidak boleh menentang hukum Allah yang ada dalam Al-Quran. "Cuma, mekanisme yang dibawa PAS itu tidak menghormati prinsip dan semangat PR. Itu sahaja," katanya diminta mengulas kenyataan PKR semalam mengatakan ia tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian yang akan diusulkan PAS di Dewan Rakyat bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan. Menteri besar Selangor itu berkata demikian kepada media hari ini selepas majlis pelancaran dan pendaftaran Rumah Selangorku di Bandar Rimbayu, Telok Panglima Garang. Ditanya sama ada PKR akan mengundi menentang usul itu apabila ia dibentangkan di Parlimen kelak, dijangkakan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut. "Kita tunggulah. Semalam Presiden PKR sudah buat kenyataan bagi pihak parti. Itu pendirian yang diambil dan kita akan tunggu apabila rang undang-undang itu dibentangkan," kata Azmin. Semalam PKR dalam satu kenyataan ditandatangani tujuh pemimpin tertinggi parti itu menyatakan tidak akan menyokong rang-rang undang itu kerana mereka tidak dimaklumkan tentang isi kandungannya dan ia dibuat secara "unilateral" oleh PAS. Menurut kenyataan itu, tindakan Hadi yang menghantar surat kepada Parlimen mohon membentangkan usul itu dibuat tanpa memaklumkan parti komponen PR terlebih dahulu dan ia bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari, 2015. Azmin berkata, kenyataan PKR itu dibuat kerana PAS tidak sepakat menurut keputusan yang dibuat Majlis Presiden. "Keputusan yang dibuat Majlis Presiden ialah, sebarang cadangan mesti dibentangkan dan diputuskan oleh Majlis Presiden. "(Tetapi) ini tidak berlaku. Sebab itu kita akan bantah. Kita bantah sebab PAS tidak menghormati apa yang dijanjikan dalam Majlis Presiden," katanya. Sementara itu, beliau juga menafikan dakwaan PR bakal berpecah ekoran kemungkinan DAP meninggalkan gabungan parti pembangkang itu kerana tidak bersetuju dengan dengan pelaksanaan hudud di Kelantan. "Tidak berpecah. Kami bersetuju untuk tidak bersetuju. Tak ada masalah. Saya yakin (pada) kebijaksanaan pimpinan memperkukuhkan dan memantapkan PR. "Perbezaan, kalau pun ada, boleh kita bincang secara baik demi kepentingan rakyat. Itu harapan saya," kata Azmi. Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga menyifatkan tindakan PAS sebagai mengetepikan PR dengan menghantar notis membentangkan rang undang-undang persendirian itu pada sidang yang sedang berlangsung sekarang dan akan berakhir 9 April depan. "Pengkhianatan bersiri oleh kepimpinan utama PAS ini satu tindakan provokasi yang dilakukan secara sengaja untuk memecahkan PR, atau demi mengugut DAP dan PKR supaya menyerah kepada PAS, atau sebaliknya melihat PR berpecah," kata Lim dalam satu kenyataannya semalam. Pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang mencetuskan kontroversi itu diluluskan pada 19 Mac apabila kesemua 44 orang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sebulat suara menyatakan sokongan terhadapnya selepas ia dibahaskan 4 Adun. Enakmen itu akan dibawa ke Parlimen secara rang undang-undang persendirian oleh PAS yang akan mengusulkan pindaan kepada Akta 355 iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. – 22 Mac, 2015. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan