Jumaat, 27 Mac 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Adakah Profesor Khoo Kay Kim cuba putar belitkan sejarah polis?

Posted: 27 Mar 2015 09:31 AM PDT

Kawalan kehormatan di padang Kelab Selangor oleh Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S.)
 Pakar sejarah profesor emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim memberitahu Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini bahawa ketika serangan komunis di Bukit Kepong, polis berkhidmat untuk Raja-raja dan bukannya di bawah British.

 Khoo, yang merupakan pakar sejarah Malaysia, berkata walaupun pentadbiran Tanah Melayu di bawah British ketika serangan pada tahun 1950 itu, tetapi pemerintahan adalah di bawah Raja-raja.

Beliau berkata pihak British telah menandatangani perjanjian dengan Raja-raja bahawa Tanah Melayu hanya dinaungi British, bukan dijajah dan pemerintahan itu masih kekal kepada Raja.Baca  lagi di sini


Benarkah profesor?

Bahawa polis ketika itu berkhidmat untuk Raja-raja dan bukannya dibawah British?

Untuk maklumat kita semua, ketika itu belum ada lagi pasukan polis sebagaimana yang dinamakan sekarang ini iaitu 'Polis Diraja Malaysia' atau ringkasnya PDRM. Yang ada ialah 'Civil Affair Poluice Force' atau CAPF.


Penyerahan tentera Jepun pada bulan Ogos 1945 telah diikuti dengan pembentukan "British Military Administration" (BMA) untuk mentadbir Tanah Melayu.  
"Civil Affair Police Force" (CAPF) pula telah dibentuk di Tanah Melayu bagi menjalankan tugas-tugas kepolisan. 
H.B. Longworthy telah menjadi ketua pasukan tersebut. Pembentukan pasukan ini dalam bulan September 1945 menandakan satu titik peralihan yang penting dalam sejarah perkembangan institusi polis di Malaya.
Ini merupakan kali pertama satu pasukan polis yang tunggal dengan pentadbiran pusat diwujudkan untuk meliputi seluruh Tanah Melayu . (sila rujuk di sini )

Untuk menunjukan bukti bahawa pasukan 'Civil Affair Poluice Force' atau CAPF ini adalah dibawah Brirish dan bukan Raja-raja Melayu ialah bagaimana pihak British berkuasa merubah dan membentuk dasar pasukan polis yang ada ketika itu tapa perlu merujuk kepada Raja-raja :


Pada akhir tahun 1945 dan awal 1946 pihak British berusaha menubuhkan perlembagaan"Malayan Union" yang telah dirancangkan di London.
Walaupun terdapat tentangan hebat terhadap rancangan ini yang dianggap sebagai usaha menukarkan kedudukan negeri-negeri Melayu kepada sebuah negara jajahan, rancangan ini dilaksanakan pada 1 April 1946.
 Selaras dengan perkembangan ini, pada tarikh yang sama nama "Civil Affairs Police Force, Malay Peninsula" ditukar kepada Pasukan Polis Malayan Union (Malayan Union Police Force). Kakitangan, dasar dan organisasinya merupakan lanjutan dari apa yang telah diasaskan di bawah CAPE H.B. Longworthy dilantik sebagai Ketua Polis dan timbalannya ialah D.P. MacNamara. (sila rujuk di sini) 
(Nota tambahan : Hanya ketika Sir Henry Gurney menjadi Pesuruhjaya Tinggi British, Pasukan Polis Malayan Union telah ditukarkan namanya kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu.)


Satu lagi bukti bahawa polis ketika itu adalah dibawah British ialah apabila Jepun datang menyerang dan British cabut lari meninggalkan Malaya, pasukan polis ketika itu dengan sendirinya telah bertukar tuan, iaitu Jepun :


Pada 9hb Disember 1941, tentera Jepun mendarat di Kelantan dan Terengganu. Kemaraan tentera Jepun tidak dapat dipatahkan malah pasukan polis telah berpecah belah. Kejatuhan Singapura ke tangan Jepun menandakan lenyapnya Pasukan-Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu clan Negeri-Negeri Tidak Bersekutu.
Pihak Jepun telah mendirikan pentadbiran ketenteraan di Tanah Melayu. Pasukan polis diteruskan berfungsi tetapi digunakan sebagai alat penindasan dalam sistem pemerintahan kuku besi Jepun. (baca lagi di sini)

Nama Polis Diraja Malaysia atau PDRM ini hanyalah satelah Malaya mencapai kemerdekaannya :


Pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad telah berkenan mengurniakan gelaran `Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama "Polis Diraja Persekutuan"atau "The Royal Federation of Malayan Police". ( di sini) 

Di sebalik Hudud

Posted: 27 Mar 2015 04:48 AM PDT

 Kita tidak tahu sama ada bil persendirian benar-benar dapat dibentangkan nanti oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 Apabila beliau berkata dengarlah dahulu apa yang ingin dikemukakan, timbul pertanyaan "bukankah molek sekiranya kenyataan itu dituturkan sebelum ia dibentang?"

 Apa yang pasti ialah Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan. Ia dikatakan hanya meminda sebahagian aspek dalam enakmen yang dibentang pada tahun 1993, lebih 20 tahun lalu.

 Di sini, masyarakat umum perlu sedar, sejak lebih 20 tahun lalu, enakmen ini tidak boleh dilaksanakan kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan, undang-undang utama Persekutuan di mana sebarang undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.

 Labukan sekadar persoalan bidang kuasa kerajaan persekutuan dan negeri yang boleh diubah melalui sokongan majoriti dua pertiga, di mana ia bukan sahaja mengenai pemberian kuasa kepada negeri-negeri untuk menggubal undang-undang sivil dan jenayah yang kini di bawah kuasa persekutuan, tetapi termasuk peruntukan perlembagaan kepada semua institusi yang akan melaksanakannya, mahkamah syariah dan polis misalnya.

 Selain itu, ia mesti memenuhi prinsip kesamarataan di sisi undang-undang.

 Kita mesti menghormati aspirasi PAS, tambahan pula iadi sokong oleh rakyat Kelantan yang memberikan mandat untuk mereka mentadbir di negeri itu. Namun kita tidak boleh melarang orang ramai membincangkannya kerana ia menyentuh Perlembagaan Persekutuan di mana kesannya meluas.

 Pemerintahan berasaskan hukum

 Pelajaran penting yang mesti kita ambil di sini ialah prinsip pemerintahan berasaskan hukum (rule of law). Ini, meskipun dalam banyak keadaan cuba ditunjukkan mempunyai persamaan, sebenarnya tidak sama dengan pemerintahan dengan undang-undang (rule by law).

Pemerintahan berasaskan hokum ini mengandungi konsep moral yang jelas. Perlembagaan adalah dokumen undang-undang tertinggi dalam pentadbiran negara. Tidak ada mana-mana pihak sepatutnya mengatasi perlembagaan. Justeru, setiap tindakan pihak kerajaan mestilah berasaskan undang-undang.

 Perlembagaan memperakui setiap manusia mempunyai maruah dan kebebasan diri yang mesti dipelihara. Ianya wujud bersama kelahiran manusia, sebelum adanya undang-undang. Undang-undang sepatutnya dibentuk untuk memastikan kebebasan satu pihak tidak menjejaskan maruah dan kebebasan satu pihak yang lain.

 Ciri-ciri asas pemerintahan berasaskan hukum dalam perlembagaan ini tidak boleh dipinda daripada perlembagaan meskipun ia disokong oleh majoriti, atau disokong oleh semua. Jika ia berlaku, maka ia tidak mencerminkan pemerintahan berasaskan hukum lagi. Sebaliknya, ia menjadi sebuah pemerintahan dengan undang-undang.

 Pemerintahan dengan hukum.

 Dalam pemerintahan dengan undang-undang, pihak berkuasa menekankan apa saja undang-undang yang dibentuk oleh mereka adalah sah dan perlu dipatuhi. Mereka tidak mempedulikan konsep moral persamaan di sisi undang-undang, maruah dan kebebasan diri manusia.

 Sebagai contoh, kekejaman Hitler dan amalan apartheid di Afrika Selatan dulu dibuat dengan justifikasi undang-undang yang dibentuk, meskipun ia zalim dan tidak adil.

 Di sini, kita mesti sedar undang-undang yang sepatutnya menjadi garis pelaksanaan keadilan, boleh digunakan untuk tujuan sebaliknya.

 Ini antara aspek kebimbangan besar sesetengah pihak mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah. Kebimbangan ini tidak boleh diremehkan semudahnya memandangkan ada contoh-contoh kegagalan pelaksanaan hudud di Sudan, Pakistan dan Nigeria (yang dikatakan contoh kejayaan pelaksanaan hudud).

 Jika diteliti kes-kes disabitkan hudud di negara-negara ini, kita boleh mendapati ada banyak kepincangan yang dijustifikasi "atas nama syariah" sebenarnya hanya memalitkan imej negatif kepada agama Islam itu sendiri.

 Majlis Ideologi Islam di Pakistan menyatakan kejadian jenayah meningkat di negara itu sejak Ordinan Hudud diperkenalkan sejak tahun 1979.

 Hakim Ibrahim Bukar, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi di Abuja, Nigeria mengatakan hukuman hudud di negara itu gagal kerana "diperkenalkan secara tergesa-gesa dan lebih kepada pencapaian politik mengatasi kepentingan dan keperluannya tanpa rundingan".

  Kenyataan ini harus mengingatkan kita di sebalik pengenalan undang-undang apa pun, faktor politik tidak boleh disampingkan.

 Ini juga pernah ditegaskan Dr Anas al-Tikriti yang memimpin Yayasan Cordoba di London.

 Jangan tinggal semua

 Kerana kegagalan-kegagalan ini, saya meyakini sebahagian sarjana dan ahli politik muslim yang mengambil pendirian berhati-hati dan sedia menangguhkan pelaksanaan hudud adalah ikhlas, sama seperti mereka yang mahu ia dilaksanakan. 

 Syeikh Yusuf al-Qaradaw pernah berkata hakikatnya sebelum Rasulullah melaksanakan hukum hudud, Rasulullah terlebih dahulu menegakkan Islam secara keseluruhannya, yakni menegakkan kehidupan Islam "...tidak dilaksanakan hudud melainkan apabila kita melaksanakan-seperti yang saya katakan ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah, syariat, akhlak, tatasusila dan nilai-nilai (murni)… dalam keadaan ini, kita laksanakan (hukum) hudud."

 Mesej Islam itu lebih besar dan luas. Namun, perbincangan mendalam mesti dibuat mengenai perlindungan terhadap agama, jiwa, akal, keturunan dan harta (objektif tertingg isyariah atau maqasid syariah).

 Sesungguhnya di sebalik hudud itu ada nilai-nilai penting mengenai objektif ini.

 Tanpa pelaksanaan hududs ekalipun (samada ditangguh atau ditolak), semua pihak wajib menyedari setiap diri manusia itu tidak boleh diperlakukan sewenang-wenangnya.

 Nyawa manusia itu mesti dipelihara, meski pun mereka adalah banduan. Dua daripada aspek hudud adalah berkaitan perlindungan harta, tidak boleh mencuri dan tidak boleh merompak. Perkahwinan adalah ikatan sah, tidak boleh berzina sebelum dan selepas berkahwin di mana hukumnya berbeza.

 Sarjana muslim berbeza pandangan mengenai hukum bunuh untuk kes tukar agama (murtad). Memerangi negara (bughah) juga sering dimanipulasi sebagai penentangan terhadap badan eksekutif dalam system demokrasi.

 Kecamuknya wacana kita dewasa ini mungkin kerana tidak memahami bahawa perlembagaan dan undang-undang bukan bertujuan atau tidak sepatutnya digunakan untuk menentukan agama yang benar. Jika ia bermaksud demikian, maka sudah tentulah agama-agama selain Islam tidak boleh wujud di zaman Rasulullah.

 Perlembagaan dan undang-undang mempunyai kedudukan sendiri dalam tatanan masyarakat untuk hidup bersama.

 Untuk hidup bersama, kita mesti sedia mendengar, bertukar fikiran, menjamin kebebasan dan keadilan kepada semua. Ada masanya kita benar, ada masanya kita salah. Ada masanya yang baik dan buruk itu dinilai berasaskan keadaan.

 Sekiranya tidak dapat melakukan kesemuanya, kita tidak mesti meninggalkan kesemuanya. – 27 Mac, 2015.9 

 * Amin Ahmad ialah pengurus di Centre for Reform, Democracy and Social Initiatives. Beliau juga adalah pengarah pengasas, Institute for Leadership and Development Studies (LEAD) dan Founding Associate di Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas). - SUMBER

Kesian Mahfuz....dah tahu Umno tu kuat mohong....

Posted: 26 Mar 2015 09:06 PM PDT

Datuk Mahfuz Omar dihalau keluar dari Dewan Rakyat hari ini selepas mengingkari perintah Speaker dan menghina Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung isu hudud.

 Ahli Parlimen Pokok Sena itu naik berang dengan Jamil dan memanggilnya "bacul" kerana enggan menyatakan pendirian Putrajaya berkenaan undang-undang Islam itu.

 Ketua Penerangan PAS itu diminta meninggalkan Dewan Rakyat selepas enggan duduk dan terus mendesak Jamil walaupun menteri berkenaan sudah menjelaskan tidak dapat menyatakan pendirian mengenainya kerana belum melihat rang undang-undang yang berkenaan.

 "Bagaimana kerajaan mahu nyatakan pendirian, rang undang-undang yang dibawa PAS pun masih belum lihat lagi," kata Jamil, merujuk kepada rang undang-undang persendirian yang dijangka dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 Mahfuz kemudiannya gagal mengawal perasaannya apabila Jamil mendedahkan kerajaan tidak pernah membawa usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 ke Majlis Raja-Raja untuk diluluskan.

 Menurut Mahfuz, pindaan kepada akta tersebut, yang diperlukan bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan, sepatutnya dibawa kerajaan semasa mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 11 dan 12 Mac lalu.

 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac selepas dibentangkan pada 18 Mac dan dibahaskan 4 ahli DUN (Adun) serta disokong semua Adun termasuk dari Umno.

 The Malaysian Insider melaporkan, jika Majlis Raja-raja meluluskan pindaan itu, Jawatankuasa Teknikal Hudud (JTH) akan membawanya ke Kabinet sebelum seorang menteri membentangkan usul di Dewan Rakyat bagi meminda Akta 355. Tetapi tanpa lampu hijau Majlis Raja-raja, kerajaan persekutuan kini tidak boleh membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen bagi meminda akta itu yang ketika ini mengehadkan hukuman yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah.

 Langkah Hadi, yang juga ahli Parlimen Marang, membawa bil persendirian ke Parlimen juga dikatakan kerana tidak mendapat restu daripada Majlis Raja-Raja untuk ia dilaksanakan. - Baca lagi di sini

Tiada ulasan: