Rabu, 4 Mac 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


ILUSI Seorang Ulama'

Posted: 04 Mar 2015 08:00 AM PST

 Pemangku Naib Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh mendakwa :

1) Individu yang mencabar jawatan presiden parti pada pemilihan akan datang adalah tidak serius dan tidak ikhlas.

2) Tujuan individu yang mencabar jawatan presiden itu hanya untuk mengeruhkan keadaan.

3) Individu terbabit adalah tidak jujur dan ikhlas dalam perjuangan Islam malah tidak boleh bertahan lama hingga terpaksa mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan Perlembagaan parti.

4) "Setakat ini, saya tidak nampak orang yang hendak bertanding melawan jawatan presiden dan saya sifatkan mereka yang mengeluarkan kenyataan supaya orang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) berundur ini sebagai 'tidak senonoh' dalam perjuangan Islam."


Menjawab perkara 1,2,3 dan 4


 Pertamanya, tiada siapa yang tahu individu mana yang akan mencabar presiden yang akan habis tempoh perlantikannya nanti. Kawasan-kawasan belum lagi selesai mengadakan mesyuarat bagi menentukan calon-calon untuk mana-mana jawatan bagi sessi 2015-2017.

  Tidak difahami apa maksud sebenar Nik Zawawi mengatakan 'mencabar jawatan presiden itu hanya untuk mengeruhkan keadaan.' Apakah jawatan Presiden itu jawatan kekal untuk seumur hidup hingga tidak boleh sesiapa pun mencabarnya?

  Macamana pula beliau tahu  seseorang itu tidak jujur dan ikhlas dalam perjuangan Islamnya? Apakah pengukuran KPI yang telah beliau sasarkan terhadap individu tesebut? Sila namakan individu yang beliau maksudkan.

  Kalau beliau akui tidak nampak ada sesiapa yang akan bertanding lawan presiden , macamana pula beliau boleh tuduh orang itu tidak serius dan tidak ikhlas dalam perjuangan Islam? Malah dituduh sebagai tidak senonoh? Siapa yang tidak senonoh sebenarnya di sini?



Nik Muhammad Zawawi Salleh mendakwa :

5) Jawatan Presiden perlu diisi oleh ulama sahaja dan ia menjadi polisi parti itu sejak 1983.

6) "Perkara ini (presiden mesti ulama) telah diputuskan dalam muktamar sebelum ini, zaman Datuk Mustafa Ali sebagai ketua pemuda Pas pusat, dia mencadangkan satu gagasan kepimpinan ulama.

7) Jawatan nombor dua dalam Pas boleh diisi dan ditandingi oleh sesiapa sahaja dan tidak terhad kepada golongan ulama sahaja.Baca lagi  di sini.


Menjawab perkara 5, 6 dan 7

 Setiap kenyataan biarlah berfakta. Jangan lempar sembarangan ikut sedap mulut. Tambahan pula mengeluarkan kenyataan bagi pihak institusi yang terhormat seperti Dewan Ulama PAS Pusat. Amat dikesalkan bahawa kenyataan Nik Zawawi lebih berasaskan kepada ilusinya  sahaja tanpa sebarang fakta yang kukuh.

 Mengikut Perlembagaan PAS Fasal 16 (1) Hak-hak ahli ialah:

 (a) Setiap ahli PAS berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana=mana jawatan dalam parti dan boleh dicadang untuk mewakili parti.

  Jelas bahawa tidak ada larangan untuk mana-mana ahli bagi mana-mana jawatan termasuk jawatan presiden.

  Bahawa Presiden mestilah ulama hanya illusi Nik Zawai sahaja. Tidak ada dalam perlembagaan menyatakan yang demikian itu.

 Perkara (7) yang beliau katakan itu , bukan sahaja terhad kepada jawatan nombor dua dalam Pas , tetapi termasuklah jawatan nombor satu, iaitu jawatan sebagai Presiden Parti.

Sayugia diperturunkan sebahagian daripada sedutan ucapan Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, ketika Muktamar Ke-46 tahun 2005. 


Sedutan ucapan Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, ketika Muktamar Ke-46 tahun 2005.


Pemimpin boleh bertukar tapi kepimpinan tidak boleh bertukar apabila ia menjadi konsep yang di institusikan. Konsep kepimpinan Ulama' telah di institusikan menjadi Majlis Syura Ulama' seperti terkanun dalam Perlembagaan PAS Fasal 7 (1), (2), (3), (4) dan (5).
Petikan ini sudah memadai untuk menjelaskan bahawa kepimpinan ulama' adalah gagasan kepimpinan yang merujuk kepada institusi ulama' yang menduduki Majlis Syura Ulama' sebagai Ahl Al-Hal wal-Aqd yang berkuasa menerajui parti, memimpin dan melayarkannya ke arah mencapai tujuan-tujuan PAS yang dilembagakan dalam Fasal 5 (1) dan (2) Perlembagaan PAS.

  Oleh itu dalam proses menentukan kepimpinan di semua peringkat parti bermula dari Cawangan hingga ke Pusat, Pemuda PAS berpendapat bahawa "benchmark" atau tanda aras utama kepimpinan ialah kemampuan untuk memimpin jemaah secara berkesan. Jatuh bangunnya kepimpinan dalam parti adalah kerana kelebihan, keupayaan atau kelemahan dan kedaifan yang dinilai oleh perwakilan yang memilih bukan ianya ulama' atau bukan ulama'.

 Almarhum Datok Fadzil Noor dalam ucapan penggulungan beliau dalam Muktamar PAS tahun 2000, pernah meramalkan bahawa suatu ketika PAS akan dipimpin oleh Presiden bukan dari kalangan 'ustaz' sebagaimana pengalaman gerakan Islam yang lain, tetapi walaupun senario itu berlaku, PAS masih dibawah kepimpinan ulama' kerana Majlis Syura Ulama tetap sentiasa memastikan perjalanan jemaah menepati kehendak-kehendak syariah.

 Sekali lagi saya mempertegaskan pada malam ini bahawa inilah falsafah dan matlamat asal perjuangan Pemuda PAS 25 tahun yang lalu yang menerokai dan memperjuangkan PAS mesti dipimpin dibawah Kepimpinan Ulama'
Sayugia saya selaku Timbalan Pengerusi PASMA Perak memanjangkan pelawaan PasMa Pusat untuk bersemuka dengan Majlis Syura Ulama.Harap tidak dihampakan.

Mohamed Ali bin Hussain
Timbalan Pegerusi PasMa Perak.

Ulama PAS tidak boleh ditegur tapi bebas menegur kumpulan lain?

Posted: 04 Mar 2015 05:00 AM PST

 

 Budaya menangani perbezaan pandangan dalam PAS kini berubah dengan puak tidak sehaluan pendapat saling tegur menegur dengan cara tidak beradab, ini menyebabkan bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamarudin Jaffar melahirkan kekesalan dan kebimbangan dengan keadaan parti Islam itu sekarang.

 Ahli Parlimen Tumpat itu berkata, kumpulan ulama dalam PAS kini bersikap tidak boleh ditegur walaupun pada masa sama mereka bebas menegur kumpulan lain dengan mengeluarkan pelbagai istilah termasuk perkataan "babi" dan "syaitan".

 "Ada kawan menegur, kumpulan profesional kena beradab dalam menegur ulama, dan ada yang berkata, ulama juga kena beradab dalam menegur profesional," kata ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu.

 Bagaimanapun, katanya, sesuatu yang menyedihkan ialah, kumpulan ulama kelihatan seperti tidak boleh dikritik tetapi pada masa sama, mereka bebas mengkritik kumpulan yang bukan ulama.

 "Ini amat membimbangkan," kata Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Kelantan, selama 4 penggal sejak 1999.

 Beliau berkata keadaan itu berlaku ketika ini menjelang Muktamar PAS ke-61 Jun ini apabila pemilihan untuk jawatan tertinggi kepimpinan akan berlangsung.

 "Saya tidak akan terkejut jika (peringkat) kawasan membuat pencalonan pelbagai nama untuk jawatan tertinggi parti, termasuk presiden, kali ini. Baca lagi   di sini

Betui kah cerita pasal Sirul ni....?

Posted: 04 Mar 2015 02:00 AM PST

 Woit! Aku sedih sangat bila Mahfuz habaq emak sirul mai dari jauh cuma bawa sambal ikan bilis untuk anaknya....

 Betui ka Sirul gembira makan ikan bilis? Hang Mahfuz biaq betui.... Hang perli aku ke apa nih! 

Betui ke Sirul gembira makan ikan bilis? Hang tak teghoyak tengok Sirul makan sambal ikan bilis? Susah aku nak caya ada orang gembira makan ikan bilis.....aku hanya terkenangkan seseorang.....

  Walau papapun, tahniah diatas usaha kemanusiaan yang telah dilakukan oleh Mahfuz Omar yang menemukan Piah Samad, 72, dan adik perempuannya Noriatin, 37 dengan Sirul Azhar,bekas anggota Unit Tindakan Khas yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh kerajaan Malaysia kerana membunuh wanita Monggolia, Altantuya.

  Sirul berjaya melarikan dirinya ke Australia dan kini 'selamat' berada di pusat tahanan Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan.

 Menurut Mahfuz, pertemuan selama dua jam itu ialah pertemuan keluarga di mana banyak masa diperuntukkan untuk Sirul melepaskan rindunya kepada ibunya Piah Samad, 72, dan adik perempuannya Noriatin, 37.

"Alhamdulillah, dia kelihatan ceria dalam pertemuan tersebut dan sangat gembira kerana (dapat makan) sambal ikan bilis (yang dibawa ibunya dari Malaysia)," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

 "Hari ini emaknya melepaskan rindu dan kami yang lain juga dapat berbual dengannya, bersembang pasal kehidupan dia di sini.Baca lagi di sini

Inilah kerja penyangak dan petualang bangsa turun temurun...

Posted: 03 Mar 2015 11:00 PM PST

Ramai penyangak yang pandai berpura-pura 'alim.....

 Bertuah sungguh Najib Tun Razak nih! Adik beradik Najib yang mendakwa bapa mereka seorang yang berintegriti dan berjimat cermat.9Tuah Najib dan adik beradiknya itu sebenarnya adalah kerana mempunyai seorang Atok yang bernama Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar. Arwah diingati sebagai antara pengasas Umno dan Speaker Dewan Rakyat.

Arwah bapak Najib, Tun Razak dan arwah atok Najib telah menggunakan kedudukan mereka membantu Lim Goh Tong dapatkan tanah reserv Melayu seluas 14,800 ekar atas Gunung Ulu Kali. Sebagai balasannya, mendiang Lim Goh Tong lantik arwah atok Najib jadi pengarah Genting Highlands sementara mendiang Lim Goh Tong jadi "Raja Judi" Malaysia.....

Kedua-dua arwah orang tua Najib tu telah dibeli oleh Lim Goh Tong untuk mendapatkan tanah seluas 12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri Selangor. Ini memang kerja khianat pemimpin Melayu Umno sejak dulu lagi sampai sekarang!)


Di laporkan, atok Najib memiliki 602,318,000 saham dalam Resort World Berhad. Yayasan Noah memegang saham sebanyak 3,334,600 dalam Genting Berhad. Yayasan Noah kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin. -  
SUMBER 

  Tentunya bukan sesuatu yang janggal apabila Pejabat Perdana Menteri mengatakan wang yang dibelanjakan oleh isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor datang daripada harta warisan keluarga Perdana Menteri itu. Namun, Najib telah menafikan kenyataan dari pejabatnya sendiri.Di sinilah yang nampak janggal segala-galanya.

Najib bersetuju dengan kenyataan adik-beradiknya yang menafikan harta yang dimilikinya adalah dari warisan keluarga menimbulkan persoalan dari mana datangnya kekayaan itu....
Februari lalu, laporan New York Times (NYT) mengatakan perbelanjaan mewah Rosmah Mansor telah membuatkan keluarga Perdana Menteri itu menjadi tajuk utama media tempatan, bahkan juga media antarabangsa.

Isu beg tangan berjenama Birkin yang dimiliki Datin Seri Rosmah Mansor yang didedahkan media antarabangsa mengatakan sekurang-kurangnya ada sembilan buah beg tangan Birkin yang biasa dipakai olehnya. Harga sebuah beg Birkin biasanya berharga antara RM 32,000 hingga RM 530,000.
Bukan itu sahaja, The Times pula mendedahkan invois dan dokumen yang menunjukkan Rosmah telah menempah barang kemas permata, cincin zamrud dan rantai delima berharga jutaan dolar Amerika di Hong Kong antara tahun 2008 hingga 2009.

 Lebih jauh daripada isu beg Birkin dan barang kemas yang bernilai jutaan dolar itu, NYT mendedahkan bahawa anak tiri Najib, Riza Aziz, telah membeli apartmen mewah di New York bernilai RM 117.5 juta dan juga sebuah rumah di Beverly Hills yang bernilai RM 61.5 juta.


Apa yang memeranjatkan adalah kemungkinan kedua-dua rumah itu dibeli dari taikun muda Jho Low, satu nama yang menimbulkan kontroversi kerana mempunyai kekayaan yang sukar dijelaskan asal-usulnya dan dikaitkan dengan dana 1MDB.
  Ini yang mendorong Lim Kit Siang mendesak SPRM melakukan siasatan keatas kenyataan Pejabat Perdana Menteri mengaitkan perbelanjaan Datuk Seri Najib Razak termasuk aktiviti membeli-belah jutaan ringgit isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor hasil daripada harta warisan. 

"Bolehkah SPRM melancarkan siasatan penuh ke atas Najib atau adakah SPRM harus terlebih dulu mendapatkan lampu hijau daripada Najib sendiri?" katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Awal bulan lalu, akhbar New York Times memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang mendakwa wang yang dibelanjakan ketika melancong, membeli barang kemas, mahupun isi mana-mana peti simpanan seperti yang didakwa bukanlah sesuatu yang janggal bagi kedudukan, tanggungjawab dan aset warisan keluarga perdana menteri.

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu mengundang rasa kurang senang adik-adik Najib yang mendakwa bapa mereka seorang yang berintegriti dan berjimat cermat....Tapi kita tidak dapat nafikan penglibatan arwah Tun Razak mengkhianati tanah orang Melayu dan menjadikan Lim Goh Tong dan Atok Najib jadi kaya raya dengan hasil judi...Baca lagi  di sini

Tektik berlembut Mamat mulut cirit birit bila dicabar Dr Dzulkefli Ahmad

Posted: 03 Mar 2015 09:00 PM PST

 Pinjam sat kata-kata Mustafa Ali, Mamat mulut cirit birit ini berkata, golongan ulama dan profesional dalam Pas bukan ancaman kepada perpecahan parti berkenaan tetapi dengan kewujudan Pasma yang dilihat menjadi duri dalam daging.

 "Sebagai contoh kewujudan Pasma pada masa sekarang tidak lagi bergerak sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) sebaliknya dilihat berusaha untuk menjadi sebuah parti politik.

Sejak membuat hubungan gelap dengan Umno, benci sungguh mamat mulut cirit birit ini terhadap PasMa semata-mata kerana PasMa adalah batu penghalang kepada rancangan puak UG ni untuk bersatu dengan Umno.

 Waima kemelut dalaman PAS telah wujud lama sebelum PasMa ditubuhkan. Bukankah mamat mulut cirit birit ini yang kata adanya komplot nak jatuhkan Hj Hadi sejak 1998 dulu? Malu kena belasah kerana menampilkan fakta yang tidak betul, mamat mulut cirit birit cuba beralih menyerang PasMa yang hanya beberapa bulan saja penubuhannya.  

 Mamat mulut ciri birit ini kata: 
"Sebagai contoh, isu Menteri Besar Selangor tahun lalu, wujud percanggahan pendapat yang ketara seolah-olah ada dua kumpulan dalam Pas sering berselisih pendapat sehingga tidak dapat mencapai kata sepakat.
"Dua kumpulan ini adalah golongan yang terbahagi kepada dua iaitu satu menggunakan pendekatan lama dan satu lagi menggunakan pendekatan baharu iaitu Pasma," katanya ketika dihubungi.
 Hoi mangkuk! memang cirit birit betul mulut kamu nih! Tidak ada pendekatan lama atau baru dalam berhadapan dengan isu Menteri Besar Selangor itu. Yang ada ialah pertembungan antara kumpulan yang mahu mengkhianati tahaluf siyasai bersama rakan Pakatan Rakyat dan satu lagi yang mahu meneruskan wala' kepada keputusan mu'tamar ke-55 PAS supaya memperkukuhkan Pakatan Rakyat.
 Mulut cirit birit ini kata, golongan ulama dan profesional dalam Pas bukan ancaman kepada perpecahan parti berkenaan tetapi dengan kewujudan Pasma yang dilihat menjadi duri dalam daging.
 Dia kata gitu hanyalah semata-mata mahu meredakan keadaan apabila golongan profesional yang selama ini berdiam diri walaupun diberikan berbagai gelaran seperti Jebon, Munafik Haraki, broker, barua syaitan dan sebagainya, telah mula melawan. 

 Lupakah dia yang macai-macai UG buat demo bawa sepanduk depan pejabat PAS hari tu apa? Suruh pecat Husam, Mat Sabu , Dr Hatta , Aiman At-Thirah bagai...???

Selain Phahrolrazi, adakah depa tu semua PasMa? 

  Mamat mulut cirit birit ni sebenarnya merasa cuak dengan Dr Dzulkifli Ahmad pada 1 Mac lalu yang mengajak berdebat. Dr Dzulkifli cabar berdebat dengan kalangan yang menggelarkan diri mereka 'Ustaz Haraki" (baca Ustaz UG) dalam isu-isu yang berbangkit di dalam PAS, sekaligus menjawab pelbagai tuduhan "Ustaz Haraki UG" ini sebagai reaksi beliau terhadap mulut-mulut celupar "Ustaz Haraki UG"sewaktu program Multaqa' Ulama baru-baru ini.

 Malangnya sehingga kini belum ada seorang pun yang berani menerima cabaran Dr Dzulkifli , sebaliknya Mamat mulut cirit birit ini cuba memujuk dengan kata-kata lunak sambil  mengkambing hitamkan PasMa pula! 
Sila rujuk kenyataan Mamat cirit birit itu di sini

Benarkah biodata Man anak Pak Ya ni??

Posted: 03 Mar 2015 04:30 PM PST

Saya berasa sungguh pelik mengenai dakwaan macai-macai Umno yang menuduh PJ PAS Perak dengan berbagai tuduhan yang tidak masuk akal. 

 Tidak mungkin seorang yang macam Razman yang baru-baru ini diangkat sebagai seorang ulamak oleh kalangan ulama PAS tergamak melakukan kerja-kerja keji sebagaimana tuduhan berikut dibawah.

 Namun saya ada dua kemusykilan untuk dikemukakan di sini :

1) Kepada Anak Lenggong, ini adalah tuduhan berat. Kalau apa yang kamu dakwa ini benar, kenapa kamu tidak buat aduan kepada SPRM untuk disiasat? Saya tidak akan percaya dakwaan kami selagi Razman @ Man anak Pak Ya diberi peluang menafikannya didepan mahkamah.

2) Kepada Razman @ Man anak Pak Ya, Saya berasa curiga kenapa enta bersara sebagai Pegawai Kastam begitu awal sekali iaitu ketika umur baru 49 tahun? Nak katakan kerana 'Medical Board' , tentu tidak mungkin sebab enta sehat bugar..Kenapa ya??

Anak Lenggong berkata ... 

Ini semua adalah fitnah untuk menjatuhkan ulama'
Razman bin Zakaria ataupun man anak pak ya 
1. Dilahirkan dikampong Luat, Lenggong Perak pada tahun 1960. 
2. Bersekolah Rendah di Sek Keb. Kg luat sehingga darjah 6 dan melanjutkan pelajarannya di Sek Men Dato Mohd Said Lenggong sehingga SPM. 
3. Pemegang ijazah pertama Matematik dari UKM dan Sarjana Pentadbiran Awam UKM. 
4. Pekerjaan sebagai Pegawai Kanan Kastam bermula 1987 dan dinasihatkan bersara pada tahun 2009.
5. Memiliki rumah agam yang bernilai RM 2 juta dengan 8 bilik tidur dan 2 kolam renang dibina di Jalan Manggis, Sijangkang Pelabuhan Kelang Selangor dan sebuah lagi bernilai RM 700 ribu di Lenggong. 
6. Satelah joint PAS Beliau juga membina Surau dan Gerai di tanah kerajaan secara haram di Lenggong sebagai pusat tarbiah Pas. 
7. Mempunyai beberapa buah kereta mewah. 
8. Beliau merupakan rakan kepada Bekas pegawai kastam seangkatan Sarbini yang mati terjun bangunan SPRM Kuala Lumpur. 
  Cuba bayangkan sebagai bekas kakitangan kerajaan mempunyai harta bernilai jutaan ringgit..secara logiknya sekiranya beliau tidak makan dan minum disepanjang tempoh beliau bekerja pun beliau tidak akan mempunyai harta sebanyak ini...melainkan ada kerja dan cara lain untuk mengumpul harta.
  Man..oooo..man..aku dengar masa balik kampong orang dok kata ko bakal MB Perak..huhh..hebat mainan ko man..masa kerja semua ko rembat dan halal..bila dikenakan tindakan..ko marah pula pada yang mengambil tindakan..sekarang dengan kekayaan yang ko ada ko pergunakan untuk membohongi penduduk disekitar Lenggong dengan cara pemakaian dan berketayap sepanjang masa...hebat mainan ko mannnnn..... 
  Man...cukup2 lah ko menipu penduduk disekitar kg Luat, Chepor, Kota Tampan, kuak, Tasik Raban dan daerah sekitar Lenggong tu..bawak banyak2 lah bertaubat dan insaflah dengan dengan perbuatan lalu..terlalu mudah ko nak menyuci diri dengan menjadikan PAS sebagai kambing hitam..ko tak perlu berselindung disebalik jubah,berketayap dan berjanggut untuk mengabui warga Lenggong yang engkau ni saorang islamik.
   Siang dan malam ko bercakap tentang kerajaan yang korup tetapi ko lupa untuk melihat kepada diri ko sendiri..daripada mana kekayaan yang ko perolehi. Insaf lah diri dan bertaubat lah sebab umur pun dah 53 tahun. 
Harap-harapnya, PJ Perak Razman bolehlah buat penafian atau apa-apa penjelasan nanti.Jangan biarkan fitnah berleluasa....Engkau bakal MB Perak, kena jaga imej kau Man!

Tiada ulasan: