Rabu, 4 Mac 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Bekas setiausaha agung Umno dedah ‘skandal’ Bank Rakyat dalam buku baharu

Posted: 04 Mar 2015 04:32 AM PST

OLEH MD IZWAN


Shahbudin Husin bersama Tan Sri Sanusi Junid dan Tan Sri Sabbaruddin Chik pada pelancaran buku terbaharu mengenai skandal Bank Rakyat, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 Mac, 2015. 

Shahbudin Husin bersama Tan Sri Sanusi Junid dan Tan Sri Sabbaruddin Chik pada pelancaran buku terbaharu mengenai skandal Bank Rakyat, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefl. 



Skandal Bank Rakyat RM32 juta yang mendapat perhatian ramai tahun lepas kini diceritakan dalam sebuah buku berjudul "Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat" tulisan Shahbudin Husin, yang dilancarkan hari ini oleh pemimpin veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid.

Buku yang dikarang penulis blog terkenal itu menampilkan wawancara dengan bekas pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik, yang juga bekas setiausaha agung Umno.

Dalam buku terbaharu Shahbudin ini, beberapa perkara dibongkar melibatkan peranan usahawan permaidani, Deepak Jaikishan dalam skandal Bank Rakyat.

Buku itu mendedahkan hubungan Deepak dengan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang dikaitkan dengan layanan istimewa diberikan kepada beliau dalam isu pinjaman Bank Rakyat.

Sanusi semasa berucap melancarkan buku itu di Petaling Jaya hari ini, berkata tidak pernah dalam sejarah Umno seorang bekas setiausaha agung dimalukan dan dihina seperti dilakukan terhadap Sabbaruddin.

"Belum pernah daripada 21 bekas setiausaha agung Umno dimalukan dan dihina seperti yang dilakukan ke atas Sabbaruddin," kata Sanusi, yang merupakan menteri semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kontrak Sabbaruddin sebagai pengerusi Bank Rakyat berakhir pada 8 April 2014 dan tidak disambung di atas arahan Datuk Seri Hasan Malek.

Hasan, yang juga menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan, didakwa masuk campur isu penyambungan kontrak Sabbaruddin kerana tidak berpuas hati dengan bekas pengerusi Bank Rakyat tersebut.

Sabbaruddin berkata tujuan buku ini diterbitkan adalah bagi menegakkan keadilan bagi dirinya.

"Saya rasa ini tidak adil kepada saya dan mereka yang terlibat. Beliau (Hasan) menyalahguna kuasa," katanya.

Penerbitan buku 'Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat' dijangka menambah tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 Mac, 2015.Penerbitan buku 'Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat' dijangka menambah tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli,.Buku itu mengandungi 26 bab dan diterbitkan Special One Publication.
Antara artikel yang dimuatkan adalah kenyataan Sanusi dan juga Tengku Razaleigh Hamzah yang lantang membangkitkan skandal tersebut.

Turut hadir pada majlis hari ini bagi menyatakan sokongan adalah bekas ketua pengarang The New Straits Times (NST), Datuk A. Kadir Jasin dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Deepak sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 2013.

Beliau pernah menyaman Putrajaya kerana melanggar perjanjian tanah di Bukit Raja, Selangor, dan ditarik balik pada hari yang sama.

Kemudiannya, syarikat milik tabung kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd mengumumkan pada 2012 membeli 80% saham syarikat individu tersebut,
Astacanggih Sdn Bhd dan sebidang tanah bernilai RM130 juta milik Awan Megah Sdn Bhd, syarikat ketua wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah.

Penerbitan buku ini dijangka menambah tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sudah berdepan pelbagai skandal, antaranya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pendedahan New York Times mengenai harta pusaka.

Kedudukan Najib juga tidak berada dalam keadaan baik pada ketika bekas perdana menteri,  Dr Mahathir juga lantang mengkritik pentadbirannya.

PAS4ALL, Professional Mahu Semarakkan, Pro-Ulama Mahu Kuburkan...

Posted: 04 Mar 2015 04:21 AM PST

KELAB GREENBOC



Mujahid: Kembali jadi 'PAS untuk Semua'

Ketika cakap-cakap tentang "perpaduan Melayu" dan kerjasama PAS dengan Umno, muncul persoalan sama ada slogan "PAS untuk Semua" masih diguna pakai.

Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mujahid Yusof Rawa berkata parti itu harus diingatkan untuk mempromosi agenda seluruh rakyat Malaysia jika mahu mengekalkan slogan bagi mendekati golongan bukan Islam itu.

Katanya, 10 daripada 12 inisiatif yang digariskan PAS adalah mempromosi agenda pelbagai budaya, pelbagai agama dan pelbagai kaum.

Hanya dua, kata ketua biro perpaduan kaum PAS itu lagi, berkaitan perjuangan dan perpaduan Islam.

"Malah dalam dua perkara itu juga, terdapat peringatan supaya tidak lupa membentuk perhubungan rapat dengan semua masyarakat," kata Mujahid kepada Malaysiakini.

Katanya, walaupun semua ini disebut dalam perlembagaan, mereka bertindak bercanggah dengan inisiatif itu.

"Saya hendak beritahu anggota PAS, kembalilah kepada semangat perlembagaan (PAS)," kata anggota Parlimen Parit Buntar itu. -mk

ULASAN GB

GB ingin memetik beberapa komentar menarik yang ada di situ.


Mohd Suhaimi Aziz · Top Commenter · UTM Skudai, Johor
Kenyataan Rasmi Ahli Akar Umbi PAS!!!

Marilah ahli-ahli PAS kita bertekad satu hati untuk meneruskan perjuangan PAS yang dicita-citakan oleh Almarhum Tuan Guru Dato Bentara Setia Hj. Nik Aziz Bin Hj Nik Mat yang ingin melihat PAS terus mara bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya dalam PRU akan datang kerana perjuangan kita untuk menegakkan syiar Islam kini sudah hampir mencapai kemenangan. Insya'Allah, hanya kemenangan PAS bersama Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya selepas PRU ke-14 sahaja yang dapat memberikan PAS kuasa yang lebih tinggi di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan dasar-dasar Islam dalam sistem pemerintahan, perundangan dan ekonomi dengan PAS mempunyai ruang yang lebih luas untuk memberikan penerangan dan penjelasan tentang politik Islam termasuk undang-undang Islam kepada seluruh rakyat Malaysia yang selama ini telah dipropagandakan oleh rejim umno/bn dengan pelbagai label yang tidak betul tentang ajaran Islam yang sebenar demi menakutkan rakyat atas semangat perkauman peninggalan penjajah British yang mengamalkan pecah dan perintah untuk terus kekal berkuasa!!!

Rakyat Malaysia menaruh harapan yang amat tinggi agar PAS mempunyai barisan kepimpinan tertinggi parti yang baharu dalam pemilihan akan datang yang lebih mantap, progresif, dinamik dan universal hasil daripada gabungan golongan ulama dan profesional yang mampu membawa aspirasi rakyat Malaysia untuk menumbangkan rejim umno/bn dalam PRU ke-14 nanti dengan memacu strategi politik yang jitu dan bersistematik bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat kerana sudah pasti rejim umno/bn akan menyalahguna segala kekuatan jentera dan duit kerajaan untuk kepentingan parti pemerintah yang korup untuk terus kekal berkuasa di Putrajaya di mana kejatuhan rejim umno/bn di Putrajaya akan membongkar segala penyelewengan dan salahguna kuasa harta kerajaan oleh pemimpin-pemimpin umno/bn yang mengumpul kekayaan hasil daripada keperitan dan kesusahan rakyat sejak negara kita mencapai kemerdekaan lebih 57 tahun yang lalu!!!

Insya'Allah, ahli-ahli PAS seluruh Malaysia sekali lagi akan membuat perubahan besar-besaran dalam pemilihan kepimpinan PAS dalam muktamar yang akan diadakan pada bulan Jun ini nanti seterusnya akan istiqomah dengan keputusan muktamar sebelum ini untuk memperkukuhkan lagi Pakatan Rakyat atas ikatan tahaluf siyasi bersama rakan PKR dan DAP dalam usaha memperkuatkan jentera pilihanraya untuk menumbangkan rejim umno/bn dalam PRU ke-14 & seterusnya menguasai Putrajaya!!! Insya'Allah, atas aspirasi dan kepercayaan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya terhadap dasar-dasar PAS yang lebih Islamik, PAS akan mampu mengemudi Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP untuk membawa perubahan kepada sistem pemerintahan negara Malaysia yang lebih adil, telus, amanah, bertanggungjawab dan rakyat adalah tuan kepada negara ini!!!

Ahli-ahli PAS sudah pasti tidak akan membiarkan puak-puak UG menggunakan alasan atas agenda perpaduan melayu dan Islam yang retorik tajaan umno yang jelas merupakan satu tipu muslihat rejim umno/bn yang akan kehilangan kuasa dalam PRU ke-14 nanti di mana rakyat Malaysia sedia maklum bahawa setiap kali umno lemah, mereka akan menjaja perpaduan melayu sedangkan sewaktu umno kuat, umnolah yang mengkhianati bangsa melayu sendiri, umno lah yang menindas rakyat Kelantan sejak PAS memerintah negeri Kelantan pada tahun 1990 dibawah Menteri Besar Almarhum Tuan Guru Dato Hj. Nik Aziz!!! Umno juga lah yang menafikan Royalti Minyak Rakyat Kelantan dan Royalti Minyak Rakyat Terengganu sewaktu PAS berjaya memerintah negeri Terengganu selepas PRU pada tahun 1999!!! Sesungguhnya ahli-ahli PAS dan rakyat Malaysia tidak akan lupakan pengkhianatan umno terhadap bangsa melayu dan rakyat Malaysia yang tidak menyokong rejim umno/bn kerana rejim umno/bn mengamalkan politik balas dendam terhadap rakyat!!!

Sudah tiba masanya ahli-ahli PAS perlu sedar siapa yang perlu kita angkat sebagai pimpinan tertinggi PAS yang dapat mengembalikan semula kegemilangan PAS era bekas Presiden PAS Almarhum Ustaz Dato' Fadzil Noor yang telah berjaya mengangkat PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang berpengaruh dan diyakini oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan budaya untuk menggantikan umno di mana PAS diyakini membawa ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. yang membina Kerajaan Islam di Madinah atas paksi Iman dan Taqwa di mana Islam membawa kesejahteraan kepada seluruh manusia yang merangkumi sistem pemerintahan, sistem perundangan, sistem ekonomi dan pelbagai sistem kehidupan yang berteraskan keadilan Islam!!!

Puak-puak UG inilah pengkhianat sebenar parti PAS yang berselindung disebalik gelaran ustaz dan menyalahguna agama untuk menyerang rakan-rakan dalam jemaah PAS yang istiqomah memperkukuhkan Pakatan Rakyat yang dibina atas air mata rakyat yang tidak sanggup lagi ditindas dan dizalimi oleh rejim umno/bn yang menyalahgunakan sistem kehakiman, PDRM, SPR, SPRM, ISA, Akta Hasutan, jentera kerajaan dan media perdana untuk mempertahankan rejim umno/bn yang korup dan menekan rakyat marhein yang bangun menentang kezaliman, ketidakadilan, rasuah, salahguna kuasa, menyeleweng dana kerajaan dan menipu dalam setiap kali pilihanraya diadakan yg dilakukan oleh rejim umno/bn!!!

Puak-puak UG inilah yang telah merosakkan perjuangan Almarhum Ustaz Dato Fadzil Noor yang membawa PAS diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan budaya sebagai parti gerakan Islam yang sentiasa mendepani masa dalam membawa isu-isu rakyat dan kepentingan negara dengan gambaran Islam yang membawa rahmat kepada sekalian alam!!! Puak-puak UG inilah yang mengkhianati amanah dan kepercayaan rakyat yang memberikan undi kepada PAS atas nama Pakatan Rakyat untuk menumbangkan rejim umno/bn yang korup kerana berunding dengan umno secara sulit atas nama agenda melayu retorik tajaan umno yang merupakan pengkhianat melayu yang sebenar!!!

Barua dalam golongan UG lebih rela berunding dengan umno yang merupakan musuh politik PAS berbanding untuk berbincang bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat sedangkan puak UG ini tahu bahawa umno mengkhianati rakyat Kelantan menafikan hak Royalti Minyak Rakyat Kelantan!!! Puak UG dalam PAS lebih percaya kepada umno yang merupakan musuh politik PAS berbanding rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat!!!

Barua yang sebenar ialah golongan UG dalam PAS yang secara sulit berunding dengan umno tanpa pengetahuan ahli-ahli PAS dan rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat selepas PRU ke-12 & PRU ke-13!!! Golongan UG dalam PAS lebih bernafsu menyerang rakan-rakan dalam PAS yang berusaha memperkukuhkan Pakatan Rakyat yang merupakan rakan PAS sebaliknya golongan UG lebih seronok untuk berbincang dengan umno yang merupakan musuh politik PAS yang pernah mengkhianati PAS semasa PAS bersama Perikatan!!!

Mahzan Hashim· SMK King Edward VII, Taiping

Petikan kenyataan2 pemimpin Pas yg pro ulamak & profesional utk penilaian kita .

Mujahid yusof rawa 'kekalkan Pas 4 All',
Dr zulkifley ahmad 'kembali ke meja mesuyurah, muzakarah, debat & wancana
pahrollazi ' Pasma 'memperkuatkan gabungan Pr',
mat sabu ' Pas akan kekal dlm Pr',
KP Suhaizan kayat 'Pas x kan berpecah kerana pengalaman telah mengajar & mematangkannya'

TGHH 'Pr pbt boleh cetuskan kembali peristiwa 13 mei',
Nik abduh 'ada barua dlm Pas',
Ustaz hassan, mahfoz msu & PPPas Perak 'jika x bersetuju, keluarlah dari Pas'
Dr Zuhdi 'Pas akan berpecah selps muktamar bln jun ini',
Mb Ahmad yaakob 'kaji balik tahaluf siyasi' "Pasma duri dlm daging",
cucu che usin ceroi (blogger GU) "mrk tu jebon2 "

Kpd ahli2 Pas termasuk gwa , golongan mana kita akan bersama, kita tentukanlah

Ab Wahab Jusoh · Maastricht School of Management

Sepatutnya ahli dah tahu pimpinan sekarang tak bersedia menerima pandangan pimpinan berpendidikan sekular yg jelas lbh matang dan berpandangan jauh. Kalau pimpinan ulamak PAS berpendirian utk berkonfrontasi dgn yg tidak berpendidikan tinggi Islam, tunggulah saat kejatuhan.

Hisham Ahmad · Works at Melaka

PAS utk semua.
Kumpulan ustaz-ulama janganlah membolot PAS untuk anda adakah semua pendapat anda mutlak pada kebenarannya? tidak, jawapannya.

Maka, tentulah dalam persoalan isu semasa, keputusan ulama juga perlu dinilai sama ada ia sesuai, praktikal dan terbaik walaupun ia tidak mencanggahi syarak.

Mungkin ada dari pihak lain, walau tidak sedalam ilmu dan tidak seluas kefaqihan seperti anda tetapi kerana ada kelebihan kepakaran dalam urusan dunia yang tertentu, mampu mendatangkan keputusan yang lebih praktikal, sesuai dan terbaik serta tidak mencanggahi syarak seperti dalam strategi politik dan sebagainya.

maka, janganlah ada yang perlekehkan pandangan yang tidak sealiran...
beralasankan grup profesional tiada cukup ilmu dan kefaqihan
lalu ada yang di syaitan, dimunafiq dan diperlekehkan
mahu dinyahkan ...
setelah lama bermatian dalam perjuangan
saya mahu tanya kepada semua ahli PAS dan sesiapa jua
anda mahu orang yang anda pilih-undi sebagai kumpulan pemimpin
yang membuat keputusan tertinggi pentadbiran, strategi dan pengurusan,

atau orang agama yang memilih sesama mereka berkuasa ... atas segalanya. Batalkan apa yang mereka kehendaki ...sedangkan syarak tidak dicanggahi.

Presiden dan AJK PAS pusat adalah kuasa tertinggi pembuat keputusan/tindakan tertinggi bukan Majlis Syura... melainkan keputusan dan tindakan itu salah pada syarak. Itupun proses penilaian dan pembatalan itu perlu betul cara dan kaedahnya.

KIta tidak mahu ...satu majlis syura yang berkuasa membatalkan satu keputusan bersifat pentadbiran, pengurusan atau strategi politik yang berasaskan syura -pemimpin2 yang diundi dan dilantik ahli PAS.

Sebab itu AJK PAS pusat terdiri bijak pandai yang pelbagai kepakaran supaya keputusan itu bukan sahaja tidak langgar syarak tetapi hebat,berstrategi dan menguntungkan!

Masih saya ingat kata-kata DR Zaharuddin tentang kesukaran menghasil produk kewangan syariah kerana ia bukan sahaja perlu lulus syarak tapi mestilah "marketable" atau laku dan boleh laris

Tiada untungnya lulus syariat tapi orang tak minat!

Fikirkan.... Allah juga yang lebih dan maha mengetahui.

Raja Mohd Shahrim . Cattle Feeder at NFC · 17,575 followers

Penyertaan golongan profesional dlm PAS kerana PAS dilihat sebuah parti progresif dimana ISLAM dan Kesederhanaan menjadi melengkap antara satu sama lain... Tidak benar..masalah dlm PAS berpunca dari kebanjiran golongan ini seperti yg didakwa.. Parti siasah dinegara ni..sentiasa berevolusi, begitu juga PAS...jika ada konflik ni kerana perbezaan pandangan ..usahakan cari jln tengah dan penyelesaian yg diterima oleh semua..

Edly Mohammad Firdaus · Legal Executive at DPO International · 300 followers

Nabi dulu pun sebarkan Islam utk semua,tak kira bangsa,kaum,darjat.betullah apa mujahid cakap.kembali kepada perlembagaan.ada perlembagaan tp kalau nak ikut kepala sendiri pun buat apa?Nik Aziz dlu xde pun membaruakan sesama pakatan.hubungan dieeratkan lagi dalam pakatan adalah.lolz

PAS BUKA MATA
1. perlunya golongan profesional dan pakar ekonomi dalam pas. pas kini sangat lemah dalam bidang tersebut termasuk pemikiran para penyokong. ramai penyokong pas lebih sibuk menjadi keyboard warrior soal2 remeh yg tidak melibatkan hak dan dana rakyat, ekonomi dan masa depan negara. seperti isu liwat menyerang peribadi yg di timbulkan atau fitnah dari umno. melaga-lagakan rakan dalam pakatan rakyat, rebut jawatan dalam parti.

2. berapa ramai kita dari pas berjuang mendedahkan penyelewengan pemimpin UMNO sekarang yang mengadaikan rizab melayu dan hak bumiputra? penyelewengan projek2 mega seperti.. kes perwaja steel 16 billion rakyat turut menanggung hutang sampai sekarang. pkfz 12 billion. 1mdb hutang lebih 30billion. nfc lembu kondo dan byk lagi kalau nak disenaraikan..

3. berapa ramai kita berjuang untuk bongkarkan kezaliman seperti tragedi memali. ulama' dibunuh. dalang sebenar 13mei rusuhan kaum dll..

sedih dan simpati saya pada sesetengah penyokong pas mengharap redha Allah dalam perjuangan tapi mungkin terpalit fitnah mengaibkan.

- 1cent thinking ahli bawahan.

PAS Kelantan tak layan lagi gesaan tangguh hudud

Posted: 04 Mar 2015 04:13 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic



KOTA BARU: PAS Kelantan tidak akan lagi melayan seruan DAP supaya menangguhkan pindaan kepada Kanun Jenayah Syariah 1993 diselitkan dalam dua rang undang-undang persendirian yang bakal dibentang di Parlimen.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, sebarang penerangan diberikan mengenai agenda hudud tidak akan membawa manfaat.

"Saya telah memberi sebab-sebab kerajaan Kelantan memperjuangkan hudud kepada pemimpin tertinggi DAP sekurang-kurangnya empat kali. Apa lagi yang mereka mahu.

Sekali lagi, saya menekankan hudud Kelantan diperjuangkan sebelum wujudnya Pakatan Rakyat dan seruan supaya tangguh pembentangan undang-undang hudud itu bulan ini harus dihentikan," katanya selepas menghadiri mesyuarat exco di sini pagi tadi.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan dan juga pengerusi jawatankuasa teknikal hudud negeri diminta mengulas gesaan terbaru Penasihat DAP Lim Kit Siang, supaya menangguhkan pindaan itu pada 18 Mac, sehingga draf asal sudah dikaji oleh majlis pimpinan PR.

Pas senarai pendek tiga calon Dun Chempaka

Posted: 04 Mar 2015 04:11 AM PST

SINAR HARIAN


PRK Dun Chempaka



KOTA BHARU - Pas Kelantan menyenarai pendek tiga nama sebagai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Chempaka yang dijadual berlangsung pada 22 Mac.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, senarai itu telah dihantar kepada Pas Pusat untuk penilaian terakhir dan calon yang layak akan diumumkan Ahad ini.

"Ketiga-tiga calon adalah anak tempatan Dun Chempaka.. mereka semua lelaki dan terdiri daripada golongan ulama dan  profesional.

Ketiga-tiga mereka juga bukan anak Allahyarham Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat)," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh PRK Dun Chempaka pada 22 Mac manakala hari penamaan calon ialah 10 Mac.

Kerusi Dun Chempaka kosong berikutan penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat pada 12 Februari lepas.     

Dalam pada itu, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan turut menempelak pihak yang meminta kerajaan negeri menangguhkan sidang Dun Kelantan bagi membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) dari 16 hingga 19 Mac.

Mohd Amar, yang juga Pengerusi Teknikal Jawatankuasa Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, berkata beliau telah melakukan empat perjumpaan dengan beberapa pimpinan tertinggi pakatan pembangkang bagi menerangkan perkara itu.

"Saya sudah terangkan (kepada pimpinan pakatan pembangkang) apa yang kita nak buat di Kelantan itu, jadi apa lagi yang mereka mahu. Saya tak nampak rasionalnya untuk diterangkan lagi sebab saya sudah jelaskan beberapa kali.

Enakmen ini sudah diluluskan sejak 1993 lagi, lama sebelum pakatan pembangkang wujud...jadi kita tidak terikat dengan pakatan pembangkang (dalam
hal ini)," katanya.

Beliau berkata, sidang Dun itu akan meminda beberapa klausa di dalam enakmen berkenaan terutama melibatkan hukuman terhadap orang bukan Islam yang melakukan kesalahan syariah di bawah undang-undang berkenaan.

"Dalam enakmen 1993 kita ada klausa yang mengatakan orang bukan Islam boleh pilih sama ada nak dibicarakan di bawah undang-undang ini ataupun tidak.

Tapi dalam pindaan yang baharu ini kita buang terus klausa itu...maknanya orang bukan Islam macam manapun tidak akan dibicarakan di Mahkamah Syariah di bawah Undang-Undang Jenayah Islam," katanya. - Bernama

Mei Fun, ilmu logik mana awak pakai?

Posted: 04 Mar 2015 03:54 AM PST

Oleh Er Teck Hwa


Naib Presiden MCA mengaitkan penglibatan rakyat Malaysia dengan IS disebabkan menyambung pelajaran di Timur Tengah.


meifunisis


Merujuk kepada kenyataan oleh Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun yang mengatakan Kerajaan perlu berhenti menghantar pelajar ke Timur Tengah untuk mengelakkan mereka dipengaruhi fahaman IS menunjukkan pemikiran sempit oleh seorang Naib Presiden MCA.

Benar, aktiviti dan gerakan IS berlaku di banyak negara Timur Tengah tetapi untuk mengatakan semua orang Arab dan negara Timur Tengah adalah pengganas adalah satu bentuk pemikiran yang terjajah, sempit dan berat sebelah.

Seperti juga semasa konflik Komunis zaman sebelum Merdeka dahulu, mentaliti sebahagian besar masyarakat Malaya ketika itu adalah semua orang Cina adalah komunis. Adakah Chew Mei Fun bersetuju dengan pernyataan itu?

Meletakkan label kepada keseluruhan masyarakat itu hanya kerana kecenderungan sesetengah kelompok dalam masyarakat tersebut terhadap sesuatu ideologi?

Kedua-dua pernyataan ini mempunyai maksud yang hampir sama. Adakah kita sebenarnya ingin terus kekal dengan bentuk pemikiran usang sebegini?

IS tidak mewakili atau tertakluk kepada ajaran Islam secara keseluruhan sebaliknya memanipulasi nama Islam untuk menyasarkan sentimen dan meraih sokongan dan persetujuan masyarakat Islam di seluruh dunia.

Sheikh Yusuf Al-Qardawi pernah berkata bahawa tindakan kumpulan IS adalah tindakan yang melencong daripada ajaran Islam dan Sheikh Yusuf Al-Qardawi ini juga merupakan seorang Arab dari Timur Tengah.

Adakah Chew Mei Fun juga ingin mengatakan bahawa Sheikh Yusuf Al-Qardawi ini juga seorang pengganas hanya kerana beliau merupakan seorang Arab dari Timur Tengah?

Beberapa tangkapan seperti yang diumumkan di dalam media massa juga tidak menunjukkan penularan sokongan terhadap IS ini adalah hanya berkisar kepada pelajar atau bekas pelajar dari Timur Tengah. Sebaliknya, tangkapan terbaru juga melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang mempunyai kecenderungan untuk pergi ke Syria.

Persoalan pokok yang perlu ditanya oleh Chew Mei Fun kepada Kerajaan Persekutuan adalah bagaimana pihak kerajaan dapat memantau dan mengawal penyebaran video dan propaganda kumpulan IS yang banyak bertebaran di laman-laman sosial?

Jika kita bercakap mengenai keganasan, kita seharusnya jujur dan tidak melabelkan aktiviti keganasan ini kepada mana-mana agama, kaum dan negara.

Keganasan melangkaui sempadan agama. Tidak ada mana-mana agama, kaum, negara mahupun wilayah yang dapat mengiktiraf aktiviti keganasan. Ia hanyalah dilakukan oleh segelintir kumpulan manusia yang ekstrem dan tidak rasional.

Cuma ketika ini, kumpulan pengganas IS kelihatan menonjol kerana tindakan keras mereka dan keupayaan mereka merekrut ramai penyokong hanya bersandarkan propaganda di alam siber.

Maka muncul satu pandangan umum seolah-olah Islam dan penganutnya memang seorang pengganas.

Saya amat tidak bersetuju dengan kenyataan Chew Mei Fun ini dan ia juga menjadi kebimbangan saya kerana pemikiran sempit ini lahir daripada seorang Naib Presiden sebuah parti komponen Barisan Nasional yang juga merupakan kerajaan pemerintah.

Beliau patut mengeluarkan kenyataan yang lebih rasional dan bukannya terperangkap dalam kotak yang emosional dan penuh prasangka.

Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) sepatutnya turut sama menumpukan usaha dan fokus kepada mengurangkan penularan aktiviti Kongsi Gelap di kalangan pelajar sekolah. Ini juga membimbangkan kerana jika tidak dibanteras ia akan memudaratkan modal insan dan pewaris masa depan negara.

Er Teck Hwa ialah Ahli Parlimen Bakri-DAP



1.4 juta pemohon gagal, boleh buat rayuan BR1M

Posted: 04 Mar 2015 03:37 AM PST

 
Rayuan boleh dibuat mulai 1 hingga 31 Mac 2015 di cawangan-cawangan LHDN


brim


PUTRAJAYA: Seramai 1.4 juta pemohon yang gagal mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) boleh membuat rayuan di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kata Datuk Ahmad Maslan.

Timbalan Menteri Kewangan itu berkata rayuan boleh dibuat mulai 1 hingga 31 Mac 2015 dengan mengisi borang rayuan di LHDN dan diisi secara manual kerana permohonan rayuan tidak boleh dilakukan dengan kaedah online.

"Pemohon boleh mengisi borang rayuan dan mengemukakan dokumen sokongan berkaitan seperti penyata gaji terkini," katanya.

Kata Ahmad Maslan 1.4 juta pemohon BR1M yang ditolak itu berpunca daripada kelewatan pemohon untuk mengemaskini maklumat dan secara tidak langsung kerana terdapat maklumat tidak tepat yang menjadi viral di media sosial yang mengatakan "sudah lulus tetapi tidak dapat."

"Apabila pemohon lewat untuk mengemaskini seperti tarikh yang ditetapkan iaitu sebelum 31 Disember, maka lewatlah pemohon yang gagal untuk menerima BR1M.

"Selain lewat mengemaskini, punca kelewatan juga berpunca daripada pemohon yang membuat secara manual. Jika menggunakan sistem online, ia lebih mudah untuk diproses oleh pegawai yang menguruskan BR1M di setiap kawasan," kata Ahmad Maslan.

Beliau juga menjelaskan rayuan dibuka kembali kerana khuatir ada kesilapan dalam penolakan pemohon BR1M.

"Disebabkan mereka hantar borang secara manual, mungkin terdapat kesilapan dalam proses kemasukkan data pemohon. Jadi semakan semula pemohon yang gagal perlu dibuat," jelasnya.

Beliau juga menegaskan, pemohon yang gagal itu boleh membuat rayuan dengan memberi surat sokongan seperti slip gaji dan surat caruman KWSP untuk menguatkan lagi rayuan.

Secara keseluruhan, kata Ahmad Maslan seramai hampir 7.2 juta pemohonan telah diluluskan bagi menerima BR1M 2015 yang merangkumi bantuan isi rumah RM950 kepada 4.1 juta penerima, bantuan isi rumah RM750 kepada 410 ribu penerima dan bantuan individu bujang RM350 kepada 2.7 juta penerima.

Pembayaran BRIM 2015 akan dibayar secara tiga peringkat dimana proses pembayaran peringkat pertama dijangka akan selesai dalam bulan Mac 2015.

Ujar Ahmad Maslan lagi, borang rayuan juga boleh didapati di laman web ebr1m@hasil.gov.my. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716.

Zahid digesa jelas status sebenar kewarganegaraan Raja Judi

Posted: 04 Mar 2015 03:31 AM PST

 
Jika Paul Phua bukan lagi warganegara Malaysia, adakah beliau masih membantu Kerajaan Malaysia dalam projek-projek yang melibatkan keselamatan negara.


paul phua


PETALING JAYA : Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan status kewarganegaraan sebenar Raja Judi, Paul Phua Wei Seng.

Pengarah Komunikasinya Fahmi Fadzil berkata, pada minggu lalu sebuah portal berita Montenegro, Vijesti menyatakan bahawa Paul Phua yang kini sedang didakwa di Mahkamah Daerah Nevada, Amerika Syarikat adalah seorang warganegara Montenegro.

"Laporan tersebut mengatakan beliau telah mendapat kewarganegaraan Montenegro di antara Oktober 2013 dan Oktober 2014, iaitu sebelum surat bertarikh 18 Disember 2014 ditulis Datuk Seri Zahid Hamidi kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI)," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Beliau yang juga Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan berkata, sekiranya laporan itu benar, status kewarganegaraan Paul Phua boleh dipersoalkan dan mempunyai implikasi yang amat serius.

Fahmi turut mempersoalkan adakah Paul Phua itu seorang warganegara Malaysia dan Zahid mengetahui status kewarganegaraan Raja Judi itu sewaktu menulis surat kepada FBI.

"Jika Paul Phua bukan lagi warganegara Malaysia, adakah beliau masih membantu Kerajaan Malaysia di dalam projek-projek yang melibatkan keselamatan negara," soalnya lagi.

Pada 5 Januari lalu, sebuah portal berita melaporkan surat Zahid kepada FBI telah ditarik balik daripada satu perbicaraan di Mahkamah Daerah Nevada selepas Putrajaya membantah ia digunakan untuk pembelaan kes Paul Phua.

Phua menghadapi tuduhan di AS berhubung maklumat pertaruhan dan perniagaan perjudian haram.

Dalam surat 18 Disember 2014 itu, Zahid menulis kepada Timbalan Pengarah FBI Mark F Giuliano menyatakan Paul Phua bukan anggota kongsi gelap 14k Triad.

Harga ubat naik, bala GST dan TPPA?

Posted: 04 Mar 2015 03:27 AM PST



Oleh Nurul Izzah Anwar


Saya tegaskan sekali lagi bahawa beberapa harga ubat telah meningkat antara 20% hingga 50% pada 2014 dan dijangka bakal naik mendadak pada tahun ini - kenaikan yang belum lagi mengambil kira kesan pengenalan GST dan perjanjian TPP nanti.

Media semalam melaporkan hasil sebuah kajian daripada Universiti New South Wales menunjukkan bahawa harga ubat-ubatan akan meningkat selepas perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) ditandatangani oleh negara yang terlibat.
 
Laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Latihan Penyelidikan dan Penilaian Ekuiti Kesihatan Universiti tersebut mendapati bahawa perjanjian tersebut akan memberikan kuasa kepada syarikat-syarikat farmaseutikal untuk memperbaharui paten ubat-ubatan secara berterusan dan menghentikan saingan daripada ubatan generik.

Laporan itu juga menjelaskan bahawa Amerika Syarikat sedang cuba untuk menghalang syarikat ubatan generik daripada menggunakan data klinikal dari syarikat-syarikat farmaseutikal untuk kelulusan pemasaran, selain daripada perlindungan sepanjang 8 tahun untuk data klinikal, dan 12 tahun untuk ubatan biolijikal dan vaksin.

TPPA mengandungi klausa Intellectual Property Right (IPR) ataupun dikenali sebagai Trade-Related Aspects of Intellectual Property Rights Plus (TRIPS+) yang membolehkan syarikat farmaseutikal memanjangkan paten ubatan.

Dengan itu, TPPA akan menaikkan harga ubat ubatan termasuk menghalang pengimportan ubatan generik.

Malah kebocoran maklumat daripada Wikileaks mengenai perjanjian tersebut juga menyokong fakta ini. Berdasarkan kandungan teks yang bocor di laman tersebut mendakwa terdapat persetujuan bahawa cadangan ke atas lesen wajib ubat-ubatan telah dihapuskan.

Letak harga tinggi

Sekiranya lesen wajib itu dihapuskan dalam perjanjian maka harga ubat-ubatan akan menjadi mahal serta tempoh paten ubat-ubatan akan lebih lama.

Secara langsung ini membolehkan syarikat-syarikat farmaseutikal meletakkan harga yang jauh lebih tinggi untuk ubatan mereka.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed pernah berjanji dan menyatakan bahawa kerajaan sedar perkara ini menjadi kebimbangan rakyat negara ini kerana cadangan berkenaan akan menaikkan harga ubat-ubatan di pasaran.

Menurut beliau, Malaysia bertegas akan menolak cadangan berkaitan hak harta intelek dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) membabitkan ubat-ubatan.

Namun, adakah janji ini boleh ditepati?


Perdana menteri juga ketika di Sidang Kemuncak Asia Timur di Bali telah berjanji bahawa perjanjian TPP hanya akan ditandatangani jika ia bakal bermanfaat untuk rakyat, namun begitu sehingga hari ini laporan kos faedah masih belum dibentangkan.

Sekiranya perjanjian ini diteruskan, rawatan perubatan sudah tentu akan menjadi sebuah hak ekslusif kepada golongan berpendapatan tinggi sahaja, manakala rakyat kelas pertengahan dan rendah akan terus dimangsakan.

Akta Biodiversiti

Perjanjian ini akan menjadi bala yang berganda selepas pengenalan GST.

Dalam pada itu, saya pada hari ini akan menghantar sebuah draf rang undang-undang persendirian Akta Biodiversiti bagi melindungi sumber-sumber alam semulajadi Malaysia daripada dieksploitasikan oleh mana-mana syarikat daripada luar negara.

Salah satu tujuan rang undang-undang ini digubal ialah untuk mengelakkan daripada sebarang sumber alam di Malaysia daripada dipatenkan oleh syarikat-syarikat luar, secara langsung menidakkan hak-hak rakyat Malaysia daripada menikmati hasil alam mereka sendiri.

Usaha ini sedikit sebanyak persediaan di dalam mengekang dan mengurangkan impak negatif perjanjian TPP ini.

Justeru, kerajaan haruslah menimbangkan cara yang terbaik bagi melindungi rakyat Malaysia daripada terus dimangsakan oleh negara-negara maju.

Kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan rakyat mempunyai akses yang sama rata tanpa mengira status ekonomi terhadap ubat-ubatan yang penting.

Kerajaan juga bertanggungjawab untuk memastikan sumber alam semulajadi di Malaysia adalah hak mutlak rakyat, bukan dieksploitasi oleh kuasa-kuasa besar.

NURUL IZZAH ANWAR anggota parlimen Lembah Pantai dan naib presiden PKR.

Peserta himpunan #KitaLawan tidak dibayar

Posted: 04 Mar 2015 03:25 AM PST

 
Kami tidak pernah menawarkan apa-apa insentif kewangan


kitalawan


PETALING JAYA : Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa peserta himpunan #KitaLawan dibayar untuk menyertai perhimpunan itu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad berkata tidak wujud soal bayaran kepada perserta himpunan.

"Apa yang kami lakukan hanyalah menggerakkan jentera dan mengajak orang ramai untuk turun menyertai himpunan itu.

"Tetapi kami tidak pernah menawarkan apa-apa insentif kewangan," katanya di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Baru-baru ini sepucuk 'surat' yang didakwa datang dari Pejabat Setiausaha Agung PKR, telah tersebar di laman sosial termasuk beberapa laman blog.

Kandungan surat itu mengatakan bahawa setiap peserta demo telah dibayar RM150 sebagai elaun perjalanan dan elaun makan manakala RM500 untuk elaun penginapan setiap cabang.

Dalam pada itu Naib Ketua AMK, Fahmi Fadzil berkata terdapat beberapa kecacatan pada imej 'surat' itu termasuk kepala surat yang tidak muncul pada mukasurat kedua.

"Saya hendak jelaskan di sini bahawa tiada surat dikeluarkan dan siapa yang menghantarnya mempunyai niat buruk," katanya.

Terdahulu, AMK dalam sidang medianya, menyatakan sokongan terhadap himpunan #KitaLawan yang akan diadakan Sabtu ini di kompleks beli belah Sogo, Kuala Lumpur.

Nik Nazmi berkata kepimpinan AMK akan berkumpul di Masjid Jamek, iaitu salah satu dari tiga lokasi di mana dua lokasi ylain adalah di Pasar Seni dan Ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut sebelum bergerak menuju ke Sogo.

"AMK turut mempelawa seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, yang mahu menegakkan kebenaran dan yang menginginkan masa depan yang lebih baik untuk negara kita untuk hadir di perhimpunan aman ini.

"Kita juga mensasarkan seramai mungkin orang menyertai himpunan ini," katanya

Saya saman untuk jaga reputasi diri – Khalid Ibrahim

Posted: 04 Mar 2015 03:21 AM PST

 
Kedua-dua peguam akan membentangkan laporan di hadapan Hakim untuk mencapai keputusan pada 25 Mac.


khir toyo khalid ibrahim


SHAH ALAM: Proses mediasi dua bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Dr Mohamad Khir Toyo hari ini belum menemui jalan penyelesaian.

Peguam Khalid, Sankara Nair berkata kes ini akan diteruskan pada 25 Mac ini bagi kedua-dua peguam membentangkan laporan kepada Hakim mahkamah tinggi untuk mencapai keputusan.

"Kedua- dua peguam akan membentangkan laporan di hadapan Hakim untuk mencapai keputusan pada 25 Mac ini, kalau tiada sebarang keputusan dicapai kita akan memulakan perbicaraan di mahkamah," katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Sementara itu, Khalid berkata, tindakan beliau menfailkan saman fitnah terhadap Khir Toyo adalah untuk menjaga reputasi diri sebagai Menteri Besar dan profesional kekal.

"Saya tidak mengharap apa-apa selain reputasi diri," katanya.

Pada 18 Februari 2009, Khalid memfailkan dua saman fitnah terhadap Khir Toyo berhubung kenyataannya mengenai Khalid dalam isu pembelian kereta Lexus dan pembelian 46 ekor lembu korban.

Dalam penyataan tuntutannya, Khalid antara lain mendakwa Khir Toyo telah mengucapkan atau membuat dua kenyataan berunsur fitnah yang telah diterbitkan di dalam akhbar The New Straits Times bertajuk "Lexus is my own, says Khalid" pada 15 Januari 2009 dan di dalam akhbar Utusan Malaysia bertajuk "Lepaskan Jawatan MB" pada 23 Jan 2009.

Dr Maza tolak Kazim jadi panel forum perdana

Posted: 04 Mar 2015 03:18 AM PST

 
Tidak bersetuju dengan pemilihan panel tertentu atas alasan riwayat-riwayat palsu yang pernah disebarkan.


Dr Mohd Asri Zainul Abidin


PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan pandangannya untuk tidak setuju dengan keputusan membenarkan penceramah bebas Datuk Mohamad Kazim Elias menjadi panel dalam Forum Perdana Ehwal Islam sempena hari keputeraan Raja Perlis yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Dr Asri juga mengesahkan surat rasmi yang semakin tersebar di laman sosial media itu sebagai benar.
Bagaimanapun Dr Asri menjelaskan surat tersebut tidak menyebut untuk menghalang Kazim untuk berceramah di Perlis.

"Surat itu tidak menyebut penceramah berkenaan dihalang berceramah di Perlis tetapi menyatakan tidak bersetuju untuk menjadi panel forum berkenaan yang bersempena Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Perlis," kata beliau melalui status Facebooknya.

Surat rasmi Jabatan Mufti Perlis kepada Pejabat Menteri Besar mengatakan tidak bersetuju dengan pemilihan panel tertentu atas alasan riwayat-riwayat palsu yang pernah disebarkan, dan menambah, "Ini selaras dengan kehendak keilmuan dan masyarakat sendiri untuk memastikan kesahihan riwayat."

Dr Asri juga telah memuat naik dalam Facebooknya mengenai teks ceramah Kazim Elias yang didakwa menggunakan riwayat palsu.

"Manakala kenduri Rasulullah s.a.w yang paling mahal pula adalah roti jala dicelup dengan kuah kari," katanya, memetik ucapan Kazim Elias yang didakwa sebagai palsu.

Bagaimanapun kata Dr Asri, sepatutnya surat dalam pentadbiran itu tidak perlu disebarkan dan disebabkan ramai yang ingin bukti, beliau menyertakan satu salinan muka surat berkenaan ucapan Kazim.

"Ia adalah surat dalaman pentadbiran Jabatan Mufti yang merupakan Jawatankuasa Penganjur. Maka, penyebarannya tidak sepatutnya berlaku. Oleh kerana surat itu telah tersebar dan ramai bertanya bukti, maka di sini disertakan satu salinan muka surat buku pihak berkenaan," ujarnya.

Polis akan bertindak terhadap peserta #Kita lawan Sabtu ini

Posted: 04 Mar 2015 03:15 AM PST

 
Orang lain pun ada hak asasi mereka. Perhimpunan yang berlaku jejaskan ketenteraman awam.


Gari Polis


KUALA LUMPUR : Polis hari ini memberi amaran akan menangkap peserta perhimpunan haram #KitaLawan yang akan diadakan pada Sabtu ini di perkarangan Kompleks Membeli Belah Sogo.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah menegaskan, perhimpunan yang dianjurkan itu tidak mengikut lunas undang-undang.

"Mengikut undang-undang, mereka (penganjur) perlu mengedarkan notis di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012. Walaubagaimanapun, dalam perkara ini tidak ada notis diberikan kepada saya.

"Mereka yang hadir dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang ini, siasatan akan dijalankan dan seterusnya pihak polis akan mengambil tindakan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut telah mengadakan pertemuan dengan pihak penganjur diketuai Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Katanya, pihak penganjur perlu bertanggungjawab terhadap segala perkara yang berlaku dalam perhimpunan itu.

Zainol menambah, pihak kompleks Membeli Belah Sogo itu juga baru-baru ini telah membuat laporan polis untuk tidak membenarkan tempat mereka dijadikan tempat perhimpunan.

Tambahnya, pihaknya sedar hak mereka untuk mengadakan perhimpunan di bawah perlembagaan tetapi negara ini mempunyai peraturan khusus berkenaan perhimpunan.

"Perhimpunan yang berlaku ini telah jejaskan ketenteraman awam dan kesannya kepada mereka. Orang lain pun ada hak asasi mereka," katanya.

Terdahulu, AMK dalam sidang medianya menyatakan sokongan terhadap himpunan #KitaLawan yang akan diadakan Sabtu ini.

Nik Nazmi berkata kepimpinan AMK akan berkumpul di Masjid Jamek, iaitu salah satu daripada tiga lokasi di mana dua lokasi yang lain adalah di Pasar Seni dan Ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut sebelum bergerak menuju ke Sogo.

Senarai Ranking Sekolah SBP dan MRSM Terbaik 2015 Bagi Keputusan SPM 2014?

Posted: 03 Mar 2015 10:02 PM PST




ranking mrsm 2015



Senarai Ranking Sekolah SBP dan MRSM Terbaik 2015 Bagi Keputusan SPM 2014? 
 
Semakan keputusan SPM 2014 telah diumumkan semalam 4 Mac 2015 bersamaan hari Selasa. Ada bermacam kisah dan emosi termasuklah sedih, gembira yang terpapar di media-media arus perdana. Ada…Ada anak pekerja bengkel kereta mendapat keputusan terbaik, ada pelajar kurang upaya turut tidak ketinggalan mendapat keputusan yang membanggakan.

Dalam ribuan sekolah di Malaysia, Sekolah Menengah Sains SMS Tuanku Munawir (Saser) Negeri sembilan telah diangkat dan dinobatkan sebagai sekolah terbaik 2015 berdasaran result SPM 2014 diumumkan sekolah dinobatkan sekolah terbaik SBP 2015. Tahniah Berita Semasa ucapkan. Manakala bagi kalangan Sekolah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) pula, MRSM terbaik jatuh kepada MRSM Taiping Perak.

BACA SINI : Keputusan Percubaan SPM 2014 Bukan Lagi "Tiket Ekspres" Kemasukan 
Pra Universiti 2015 & Pusat Asasi Lebih Awal. Setuju atau Tidak?

Bersama-sama ini, Berita Semasa kongsikan bersama dengan anda senarai ranking Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) disebalik keputusan SPM 2014 kali ini.

 

Senarai Ranking SBP Terbaik 2015 MRSM Keputusan SPM 2014

  1. SM Sains Tunku Munawir (Sains Seremban – SASER) Negeri Sembilan
  2. Sekolah Tun Fatimah Johor
  3. SBP Integrasi Rawang Selangor
  4. Kolej Islam Sains Alam Shah (KISAS) Selangor
  5. SM Sains Kuching Sarawak
  6. SM Sains Alam Shah Kuala Lumpur
  7. SM Sains Hulu Selangor
  8. Sekolah Seri Puteri Cyberjaya
  9. SM Sains Sultan Mahmud Kuala Terengganu
  10. SM Sains Seri Puteri Kuala Lumpur
  11. SM Sains Muzaffar Syah Melaka
  12. Kolej Tunku Kurshiah (TKC) Negeri Sembilan
  13. Sekolah Menengah Sains Banting Selangor
  14. SM Sains Tapah Perak
  15. Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi Johor
  16. SM Agama Persekutuan Bentong Selangor
  17. SBP Integrasi Gombak Kuala Lumpur
  18. Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya Kuala Lumpur
  19. SM Sains Miri Sarawak
  20. SM Sains Kuching Utara Sarawak
  21. Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) Perak

 

Senarai Ranking MRSM Terbaik 2015 MRSM Keputusan SPM 2014

  1. MRSM Taiping Perak
  2. MRSM Pengkalan Chepa Terengganu
  3. MRSM Tun Ghafar Baba Melaka
  4. MRSM Langkawi
  5. MRSM Tun DR Ismail
  6. MRSM Kuantan
  7. MRSM Kepala Batal
  8. MRSM Pasir Salak
  9. MRSM Tun Mohammad Fuad Stephen
  10. MRSM Pendang
  11. MRSM Alor Gajah
  12. MRSM Transkrian
  13. MRSM Betong
  14. MRSM Gemencheh
  15. MRSM Kuala Krai
  16. MRSM Kuala Berang
  17. Maktab Rendah Sains Mara Felda Pahang
P/S : Ada bekas pelajar SBP dan MRSM di sini yang mana sekolah anda tersenarai dalam senarai ranking sekolah SBP dan MRSM terbaik 2015 bagi keputusan SPM 2014 kali ini?

PP/S : Berita Semasa berharap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberikan lebih banyak peruntukkan dan mempertingkatkan kelengkapan di sekolah harian, sekolah kampung, sekolah biasa, sekolah di pedalaman supaya mereka tidak jauh ketinggalan untuk menikmati kemudahan seperti mana pelajar SBP dan MRSM dengan harapan Malaysia dapat melahirkan modal insan yang bermutu kelak. Insyaallah.

Putri Yasmin dituduh 'pihak ketiga'

Posted: 03 Mar 2015 09:48 PM PST


Putri Yasmin dituduh 'pihak ketiga'
 
 
"TIADA kebenaran dalam hal itu. Rasanya anda semua tahu perkara itu tidak benar!"

Demikian kenyataan Naib Presiden GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, berhubung dakwaan dia merupakan orang ketiga dalam hubungan Zizan Razak dan Emma Maembong.

Tegasnya lagi, dia tidak ada kena mengena dalam kontroversi yang tercetus antara dua pasangan popular itu, malah enggan memperbesarkan lagi isu tersebut.

"Tiada sebarang sidang akhbar khas untuk menjelaskan tentang perkara tersebut.

"Apa yang sepatutnya diperkatakan telah pun diperkatakan.

"Maafkan saya, saya tidak mahu komen lagi kerana perlu menghormati majlis," katanya ringkas sebelum beredar dalam sebuah majlis hiburan yang berlangsung petang semalam.

Sejak hujung tahun lalu, drama cinta antara Zizan dan Emma sering menjadi sebutan ramai.

Paling mengejutkan apabila Emma, baru-baru ini, telah mengesahkan hubungannya dengan pelawak popular itu sudah lama berakhir.

Lebih berani, Emma turut mendedahkan punca perpisahan mereka disebabkan orang ketiga dan orang yang dimaksudkan itu merupakan pegawai di stesen televisyen berbayar, Astro.

Pendedahan Emma itu secara tidak langsung mengheret sama nama Putri Yasmin yang dikatakan sangat rapat dengan Zizan.

Bagaimanapun, sehingga kini, Zizan masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

Pengawal maut ditetak

Posted: 03 Mar 2015 09:46 PM PST


Pengawal maut ditetak Jenazah Allahyarham Yasim dibawa turun dari kenderaan untuk disemadikan, semalam.
 
 
BANTING – Perebutan kawasan kawalan keselamatan menjadi punca seorang pengawal tapak pembinaan maut  ditetak  di  Bukit Kemandul , Teluk Panglima Garang, di sini, semalam.

Mangsa Yasim Ghazali, 51, maut di lokasi kejadian selepas parah diserang sekumpulan lelaki ketika bertugas melakukan rondaan di kawasan tapak pembinaan berkenaan kira-kira jam 3.15 pagi.

Difahamkan ketika kejadian mangsa bekerja syif malam bersama seorang lagi rakannya, namun rakan sekerjanya itu sempat melarikan diri selepas melihat sekumpulan lelaki menaiki tiga kereta turun dengan membawa senjata seperti parang.

Rakan arwah yang enggan dikenali berkata, dia menerima panggilan  kecemasan daripada rakan sekerjanya yang memberitahu mereka diserang.

Menurutnya,  ketika orang kampung  tiba, mangsa sudah tidak bergerak, kepala dan badannya berlumuran darah dan  penuh dengan kesan tetakan.

Dia yang mengenali dengan mangsa sejak dari kecil memberitahu, mangsa seorang yang periang dan  tidak mempunyai musuh selain  tidak menunjukkan perubahan sikap sebelum kejadian.

"Arwah peramah dan baik dengan semua orang, kehilangannya amat dirasai terutama rakan yang rapat dengannya," katanya.

Mangsa yang disahkan meninggal dunia kemudian dibawa  ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

Sementara itu, adik mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Milah, 46, berkata,  kali terakhir dia bertemu abangnya  kira-kira jam 7 pagi kelmarin.

"Beberapa hari sebelum kejadian dia ada pesan  pada anak kedua saya  supaya jaga adik-beradik yang lain baik-baik sebab dia nak tinggalkan kampung.

"Mula-mula ingat dia bergurau, tak sangka dia akan tinggalkan kami buat selama-lamanya," katanya ketika ditemui selepas selesai pengebumian  di Tanah Perkuburan Batu 9, Kampung Medan, di sini.

Menurutnya, abangnya yang tidak pernah berkahwin itu sempat membelikan anak saudaranya air milo bungkus sebelum keluar bekerja.

"Dia antara adik-beradik yang boleh diharap dan banyak membantu keluarga terutama menjaga ibu yang  uzur, kami berharap mereka yang bertanggungjawab dapat diberkas dan dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.

Sumber Jabatan Forensik Hospital Banting mengesahkan bahagian kanan dan belakang kepala mangsa cedera akibat hentakan objek tumpul manakala terdapat 20 kesan tetakan  di bahagian belakang mangsa

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Suprintendan  Azman Abdul Razak mengesahkan insiden terbabit mempunyai kaitan dengan perebutan kawasan kawalan keselamatan.

"Empat lelaki telah ditahan sekitar daerah ini  bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Azman berkata, pihaknya menolak sebarang unsur perkauman dan minta orang ramai tidak memanipulasi kes terbabit bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku

Rakyat Hanya Mahukan Penjelasan...

Posted: 03 Mar 2015 09:39 PM PST




Oleh Abu Hassan Adam


Melihatkan kepada beberapa perkembangan dalam negara kini ( yang semacam membimbangkan ) menampakkan seolah-olah ada dikalangan pemimpin negara kini semacam sudah tidak berintegriti.

Tidak menampakkan ada perasaan malu kepada masyarakat yang dipimpin oleh mereka. Tidak langsung ada segan silu untuk membohongi masyarakat yang dipimpin dengan fakta-fakta yang diadakan

Tidak ada langsung merasa takut kepada Tuhan diatas pembohongan yang dilakukan walaupun ada yang berlatarbelakngkan pendidikan agama. Seolah-olah mereka langsung tidak memikirkan 'hati dan perasaan' roh arwah ayahanda dan bonda yang sudah pergi. Langsung mereka tidak memikirkan hal yang sedemikian.

Maruah diri adalah sesuatu yang perlu dijaga dan dipelihara, apatah lagi bagi orang Melayu yang menganggap bahawa maruah diri adalah sesuatu yang amat berharga untuk dimiliki. Bagi orang Melayu (lama) maruah adalah lebih kurang sama dengan nyawa dibadan. Dan antara maruah dan budi pula mungkin sama-sama dipelihara dan dijaga oleh orang Melayu. Seolah-olah tidak adanya budi dan hilangnya maruah maka hilanglah orang Melayu itu sendiri.

Kini ada dikalangan pemimpin kita seolah-olah sudah tidak mempedulikan maruah yang terhakis kepada diri mereka. Rakyat semacam mempersoalkan tentang 'apakah para pemimpin kita semacam tidak bermaruah".

Tentulah ada asasnya mengapa rakyat menuduh para pemimpin kita kini sudah tidak bermaruah. Ramai pemimpin semacam sudah tidak mempedulikan teguran dan kritikan rakyat terbanyak tentang tindak-tanduk yang mereka lakukan. Mereka seolah-olah tidak tahu bahawa rakyat terbanyak tahu dan sedar apa yang mereka lakukan. Hanya mereka yang merasakan baahwa rakyat kurun ke 21 masih bodoh dan tolol. Mereka seolah-olah memekakkan telinga dan membutakan mata.

Para pemimpin hanya 'menutup telinga' apabila timbul 'jeritan' dan 'kutukan' yang dilimparkan terhadap mereka. Dan yang amat malang lagi ialah apabila ada jabatan-jabatan kerajaan yang sepatutnya bertindak terhadap sesuatu penyelewengan juga melakukan tindakan yang serupa, 'memekakkan telinga dan memejamkan mata'.

Banyak sangat aku baca dan aku dengar diperkatakan mengenai IMDB. Banyak sangat jumlah duit yang terlibat dalam perniagaan ini. Berbillion. Seperti juga orang Melayu miskin yang lain, aku tidak dapat membayangkan sebanyak mana atau 'seberat' mana wang kertas yang berjumlah satu billion ringgit itu.

 Disamping itu tidak dapat aku hendak membincangkan isu yang berkaitan dengan 1MDB disebabkan kejahilan aku mengenai ilmu ekonomi. Justeru tentulah aku mengharapkan sumbangan penulis lain untuk memberikan 'input' berkaitan dengan perjalanan 1MDB.

Berikut diperjelaskan pandangan Tun Dr. Mahathir melalui blognya,'Che Det' yang menceritakan mengenai IMDB. Katanya,' 1MDB ialah satu dana yang ditubuh oleh Kerajaan sebagai dana kekayaan negara (sovereign wealth fund) untuk dilabur supaya negara akan dapat hasil dari kekayaannya bagi masa depan. Biasanya dana seperti ini ditubuh oleh negara pengeluar minyak yang banyak yang tidak dapat habiskan pendapatan setelah mentadbir dan membangun negara"

"Malaysia bukanlah negara pengeluar minyak yang besar. Hampir semua 650 ribu tong yang dikeluar tiap hari diguna dalam negeri. Dan Malaysia pula mengalami defisit dalam belanjawannya. Tidak ada lebihan wang untuk dana kekayaan negara. Oleh itu Kerajaan terpaksa hutang untuk dana kekayaan ini….Pada 1 September 2009 1 Malaysia Development Bhd (1MDB) menggegarkan industri perbankan apabila bersetuju membayar faedah 5.75% keatas hutang RM 5 billion. Hutang ini dijamin oleh Kerajaan Malaysia. Biasanya bon Kerajaan membayar hanya 4.0%. Petronas membayar 3.6% sahaja"

"Jurucakap Kerajaan menjelaskan bahawa 1MDB memiliki harta bernilai lebih dari RM40 billion sedangkan hutangnya hanya RM38 billion. Oleh itu rakyat tidak perlu bimbang. Tetapi kenapa bayaran kepada Goldman Sachs begitu tinggi? Sebahagian wang yang dipinjam ini diguna untuk membeli stesyen janakuasa swasta. Ini dilapur dalam akhbar. Tetapi harga belian jauh lebih tinggi dari harga pasaran. Kenapa demikian?"

Kini isu IMDB sudah hangat diperkatakan. Bukan sahaja 'hangat' di dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa. Seharusnya isu sebegini secepat mungkin ditangani oleh pemimpin kita.

Harus diambil perhatian dan diperjelaskan oleh pihak tertentu supaya rakyat tidak tertanya-tanya apakah yang sebenarnya berlaku. Tetapi yang menghairankan juga ialah rakyat yang menjadi ahli UMNO seolah-olah tidak mahu tahu tentang perkara sedemikian. Seolah-olah mereka sudah cukup puas hati tentang prestasi kerajaan sehinggakan mereka senyap sepi dan tidak mahu tahu langsung.

Mereka sudah cukup yakin apa yang dilakukan oleh pemimpin yang mereka lantik itu sudah cukup dapat memuaskan hati mereka dalam menjalankan pentadbiran di negara ini. Seolah-olah mereka sokong dengan cara membuta tuli. Mereka tidak langsung memikirkan peribahasa Melayu yang menceritakan tentang 'sokong boleh membawa rebah'

Ada terdapat juga pemimpin UMNO yang mempertahankan pemimpin negara secara membuta tuli juga. Dan sebaliknya mengecam sekeras-kerasnya tindakan 'whistleblower' yang dianggap sebagai sengaja bertujuan untuk memburuk-burukan pemimpin negara. Itu anggapan mereka yang bersikap demikian.

Tetapi sebenarnya ialah hasrat golongan yang memperkatakan tentang 1MDB dan isu-isu lain adalah untuk mendedahkan keburukan yang berlaku dalam negara dan mengharapkan pihak-pihak tertentu untuk mengambil tindakan menyelesaikannya. Rakyat mana yang mahu merosakkan negara. Adalah amat silap sekiranya ada pihak yang menuduh pihak pemberi maklumat sebagai golongan yang bersifat perkauman dan anti kerajaan. Terlalu jahil bagi mereka yang melemparkan tuduhan sedemikian rupa

Hasrat mereka bukan untuk memburukkan nama negara tetapi mengharapkan penjelasan dari pihak-pihak tertentu supaya rakyat faham dan tidak keliru. Selagi para pemimpin tidak tampil untuk menjelaskan isu-isu yang agak kusut ini, maka selagi itulah rakyat akan bertanya dan mempersoalkannya. Seelok-eloknya DS Mohd Najib sendiri tampil dan jelaskan kepada rakyat dan bukan hanya terhad kepada golongan ahli UMNO semata-mata. Jelaskan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya tanpa mengira kaum dan agama.

Salahkan rakyat bertanya dan ingin mengambil tahu?

Putus cinta: Zizan kunci mulut

Posted: 03 Mar 2015 09:29 PM PST


Putus cinta: Zizan kunci mulut Zizan
 
 
BAGAI tiada kesudahan. Begitulah yang dapat digambarkan mengenai kontroversi demi kontroversi yang melanda seleberiti serba boleh, Zizan Razak.
 
Belum pun reda dengan beberapa isu, nama Zizan terus dihimpit kontroversi apabila dikatakan mempunyai hubungan bersama pegawai di Astro, sehingga menjadi punca keretakan hubungan  bersama kekasihnya, Emma Maembong.
 
Justeru peluang bertemunya di majlis tayangan perdana filem Cicakman 3 semalam digunakam pihak media untuk mendapatkan penjelasan sebenar darinya.
 
Tatkala di tebak mengenai hubungannya dengan Emma, Zizan dengan tegas enggan lagi bercakap mengenai soal cintanya itu.
 
"Untuk isu ini saya nak tutup mulut dahulu," katanya ringkas.
 
Namun apabila ditanya mengenai hubungan cintanya bersama pegawai Astro, Zizan sekali lagi menegaskan bahawa ianya hanyalah fitnah.
 
 
"Saya rasa isu ini kelakar dan mengarut. Malah saya tak tahu macam mana benda ini wujud. Saya anggap orang itu (pegawai Astro) seperti kakak saya. 
 
"Kalau di tempat kerja dialah bos saya. Jadi saya tak tahu apa dan bagaimana isu ini boleh timbul. Macam Yasmin (pegawai Astro) cakap itu adalah satu fitnah dan saya tidak mahu ia diperbesarkan lagi," jelasnya.

Pemuda Umno bukan sekadar KJ

Posted: 03 Mar 2015 09:27 PM PST


Pemuda Umno bukan sekadar KJ Ketua Pengarang Sinar Harian, Norden Mohamed (kiri) memberikan sedikit penjelasan berkenaan operasi syarikat kepada Khairul Azwan (tiga, kanan) dan barisan Exco Pemuda Umno pada sesi lawatan ke Sinar Harian semalam.
 
 
SHAH ALAM – [VIDEOPemuda Umno kini menumpukan kepada usaha melahirkan lebih ramai pemimpin pendapat atau opinion leader dalam kalangan ahli parti itu, terutama melalui Akademi Kepimpinan Kapten Hussein yang baru ditubuhkannya.
 
Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berkata, akademi itu, dinamakan sempena Ketua Pemuda Umno pertama iaitu Tun Hussein Onn akan menggerakkan program latihan bagi melahirkan lebih ramai orang muda yang boleh jadi pemimpin pendapat bagi menjuarai aspirasi, kehendak, kebimbangan, cita-cita dan harapan orang muda.
 
"Alhamdulillah saya dapat lihat dalam kepimpinan Pemuda Umno, kita ada contoh terbaik iaitu (Ketua Pemuda Umno) Khairy Jamaluddin sendiri yang telah pun menjadi pemimpin pendapat dalam kalangan generasi muda serta rakyat keseluruhannya.
 
"Saya sendiri bersama pimpinan Pemuda Umno dan BN berusaha ke arah itu supaya bukan Khairy semata-mata yang ada, tetapi yang lain juga boleh diketengahkan sebagai pemimpin pendapat bagi menjuarai suara anak muda," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
 
Beliau ditemui semasa lawatannya ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf bersama Exco Pemuda Umno, semalam.
 
Dalam lawatan itu, beliau dan barisan Exco Pemuda Umno mengadakan sesi dialog selama satu jam bersama Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub sebelum dibawa melihat operasi percetakan majalah terbitan Karangkraf serta Sinar Harian.
 
Khairul Azwan berkata, Umno perlu menggunakan peluang yang masih ada untuk melakukan lebih banyak pembaharuan dalam parti itu.
 
Katanya, antara pembaharuan yang patut dilakukan ialah memberikan lebih peluang kepada profesional muda untuk menjadi pemimpin sama ada di peringkat kerajaan atau akar umbi parti.
 
Menurutnya, Umno dianggotai ramai profesional muda namun parti itu tidak meraikan penyertaan golongan itu sewajarnya.
 
"Ramai ahli Pemuda dan Puteri Umno adalah di kalangan profesional muda, ada yang peguam, akauntan, jurutera, doktor. Tapi masalahnya kepimpinan Umno tidak meraikan mereka.
 
"Kalau DAP, contohnya, mereka ada (calon PRK Teluk Intan pada 2014) Dyana Sofya (Mohd Daud) seorang, tetapi pakej yang mereka raikan itu seolah-olah semua peguam muda perempuan telah menyertai DAP. Saya sudah sebut semasa Perhimpunan Agung Umno tahun lalu, pimpinan Umno mesti raikan profesional muda Melayu yang mempunyai kualiti," katanya.

Umno Cheras: Bagaimana pula harta MB S'gor?

Posted: 03 Mar 2015 09:22 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Kesal dengan kenyataan pemimpin DAP yang terus mempertikaikan kekayaan keluarga perdana menteri, seorang pemimpin Umno mengungkit pula harta menteri besar Selangor.

Ketua Umno Cheras menyebut contoh bagaimana gaya hidup Azmin Ali dan isterinya yang sebelum ini yang didakwanya "memiliki aset yang meragukan".

Datuk Seri Syed Ali Alhabshee bagaimanapun tidak menghuraikan kekayaan ahli parlimen Gombak yang didakwanya meragukan.

Beliau berkata, sebelum Tony Pua mengungkit kekayaan keluarga Datuk Seri Najib Razak dan bapanya Tun Razak Hussien, lebih baik ketua penerangan DAP turut menafikan pemimpin Pakatan Rakyat juga menikmati kemewahan.

"Kalau betul Pua ingin menunjukkan dia telus, beritahu kepada rakyat bagaimana pula cara hidup pemimpin mereka (pembangkang)," kata Syed Ali di blognya hari ini.

Tambahnya, menyerang keluarga Najib khususnya mengaitkan dengan isu harta pusaka Razak "terlalu bersifat peribadi."

Syed Ali juga berkata tindakan Pua yang mempersoalkan harta pusaka itu "berniat jahat" dan cuba menanam tanggapan buruk terhadap keluarga Najib.

"Tindakan Pua mempersoalkan pendapatan (allahyarham) Tun Razak amat tidak wajar, langsung tidak menghargai sumbangan bekas perdana menteri itu," katanya.

Pua, ahli parlimen Petaling Jaya Utara, berkata kenyataan Najib di Utusan Malaysia dan Berita Harian semalam bertukar penolakan halus terhadap penjelasan pejabatnya sendiri bahawa kekayaannya berpunca daripada harta pusaka.

"Dari mana sebenarnya semua wang ini datang?" soal Pua dalam kenyataan hari ini.

Pua membangkitkan laporan The New York Times awal Februari bahawa keluarga Najib hidup dengan gaya mewah walaupun pendapatannya hanya RM350,000 setahun.

Beliau mahu Najib menjelaskan perkara itu kerana beliau hanya pernah berkhidmat sebagai menteri besar Pahang (1982-1986), menteri kabinet (1986-2004), timbalan perdana menteri (2004-2009) dan perdana menteri (2009 hingga sekarang).

Syed Ali kemudian mencabar pemimpin Pakatan Rakyat mengisytiharkan harta mereka kerana sebelumnya sering menyalahkan kerajaan.

"Pembangkang tidak pernah melihat diri mereka dalam cermin. Semua yang kerajaan lakukan salah. Jadi, saya mencabar mereka isytiharkan harta mereka juga," katanya.

"Jika wang yang diperolehi itu jujur, tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan."

'Kami boleh isytihar harta tapi ia tak akan bantu PM'

Posted: 03 Mar 2015 09:20 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Pemimpin Pakatan Rakyat bersedia untuk mengisytiharkan harta mereka, tetapi menegaskan bahawa ia tidak akan mengalih perhatian daripada soal kekayaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Ini ekoran cabaran  Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee terhadap pemimpin Pakatan supaya berbuat demikian bagi membuktikan mereka bersih dan bukannya hanya mensasarkan Najib.

Secara peribadi, kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, beliau tidak ada masalah berbuat demikian dan begitu juga dengan pemimpin Pakatan yang lain.

"Kami perlu membawa perkara itu (ke mesyuarat kepimpinan) bagi mendapatkan satu konsensus," tambahnya.

Rafizi berkata, beliau akan membangkitkan perkara itu di mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR dan majlis kepimpinan Pakatan.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk  Mahfuz Omar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bersedia untuk mengisytiharkan hartanya.

Selain itu, beliau mahu Parlimen membuat keperluan bagi semua ahli Parlimen mengisytiharkan harta mereka.

"Saya bersedia, dan saya tidak fikir ia harus terhad kepada hanya ahli Parlimen Pakatan Rakyat sahaja," katanya.

Kekayaan Najib dipersoalkan selepas Pejabat Perdana Menteri memberitahu New York Times bahawa gaya hidup mewah keluarganya ada kaitan dengan "kedudukan" dan "warisan harta pusaka keluarga".

Bagaimanapun, pada 24 Februari, empat adik beradik perdana menteri mengeluarkan kenyataan bahawa cakap-cakap mengenai perkara itu telah mencemarkan nama baik bapa mereka, Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein.

Ahli Exco Pulau Pinang yang diterajui DAP secara terbuka mengisytiharkan aset mereka pada tahun 2013, (gambar paling atas), manakala ahli Exco Selangor yang diterajui PKR mengisytiharkan harta mereka kepada menteri besar.

Para anggota kabinet juga mengisytiharkan harta mereka kepada perdana menteri.

PSM adalah satu-satunya parti politik di mana pemegang jawatannya membuat pengisytiharan harta mereka.

Rafizi: Lebih penting untuk BNM dedah penemuannya

Posted: 03 Mar 2015 09:16 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata kenyataan Kumpulan AmBank menafikan bahawa pengarah urusannya, Ashok Ramamurthy meletak jawatannya berhubung dakwaan berkaitan pinjaman berbilion ringgit kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB), adalah "sudah dijangka".

Manakala beliau faham bahawa AmBank tidak boleh mendedahkan perkara dalaman, katanya, adalah lebih penting untuk Bank Negara Malaysia mendedahkan penemuannya.

Rafizi berkata, maklumat itu datang dari pemberi maklumat yang telah membantu pihaknya berkaitan dengan 1MDB sebelum ini dan sehingga ini maklumat itu adalah tepat.

Apa yang lebih penting, tegasnya, adalah untuk Bank Negara Malaysia mendedahkan penemuannya (berkaitan urusan Ambank berhubung 1MDB) dan pandangannya tentang paras hutang 1MDB.

Semalam, Rafizi yang juga naib presiden PKR mendakwa Bank Negara menemui hal yang tidak kena dalam pinjaman RM2 bilion AmBank kepada 1MDB sehingga membawa kepada pengunduran Ashok dan dua lagi pegawai atasan bank tersebut.

Hujung minggu lalu, Sarawak Report menerbitkan pendedahan yang mendakwa 1MDB telah mengalihkan AS$700 juta (RM2.5 bilion) pelaburan yang dibuat sebagai sebahagian daripada usahasama dengan PetroSaudi International, kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Jho Low.

1MDB tidak memberi respons secara khusus terhadap dakwaan berhubung AS$700 juta itu tetapi berkata ia telah memperolehi semula keseluruhan AS$1 bilion (RM3.63 bilion) yang dilaburnya dalam usaha sama itu, bersama dengan keuntungan sebanyak AS$488 juga (RM1.77 bilion).

Sementara itu, PetroSaudi berkata semua dana dari 1MDB disalurkan kepada firma PetroSaudi dan bukan kepada pihak lain.

Low masih belum memberi respons kepada pertanyaan Malaysiakini.

Tangguhkan hudud sehingga selesai mesyuarat Pakatan, kata Kit Siang

Posted: 03 Mar 2015 04:16 PM PST

 THE MALAYSIAN INSIDER


Lim Kit Siang menggesa kerajaan PAS Kelantan menangguhkan rancangannya untuk melaksanakan hudud sehingga ia selesai dibentangkan di Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Mac, 2015. 
Lim Kit Siang menggesa kerajaan PAS Kelantan menangguhkan rancangannya untuk melaksanakan hudud sehingga ia selesai dibentangkan di Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider



Lim Kit Siang hari ini menggesa kerajaan PAS Kelantan menangguhkan rancangan meminda enakmen syariah negerinya bagi membolehkan pelaksanaan hudud sehingga ia selesai dibentang di Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Parlimen DAP itu berkata, ketiga-tiga parti dalam PR bersetuju tidak melaksanakan undang-undang Islam itu hingga ia selesai dibentang sepertimana diputuskan pada 8 Februari lalu.

"Walaupun terdapat laporan yang sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan akan berjalan pada 18 Mac, pindaan kepada Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 masih belum dibentangkan kepada Majlis Pimpinan PR untuk dikaji, sepertimana diputuskan pimpinan PR daripada DAP, PKR dan PAS dalam mesyuarat pada 8 Februari," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Mengambil kira faktor kesuntukan masa bagi membincangkan undang-undang kontroversi tersebut, Lim menggesa kerajaan PAS Kelantan menangguhkannya terlebih dahulu. Menurut veteran DAP itu, pertimbangan juga perlu diberi terhadap kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang semakin goyah akibat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Dalam masa satu malam sahaja, kedudukan politik Najib nampaknya mengalami perubahan buruk, terutamanya dengan laporan terperinci Sunday Times London pada Ahad 1 Mac 2015, bersama laman web Sarawak Report, mengenai skandal RM42 bilion 1MDB, yang lengkap.

"Dan mereka memperolehi akses kepada ribuan dokumen dan e-mel berkait 1MDB, termasuk usahasamanya dengan syarikat minyak yang tidak begitu terkenal, PetroSaudi International sejak tahun 2009," kata Lim.

Lim berkata PAS perlu mengelak daripada muslihat yang dimainkan Umno yang cuba memecahbelahkan PR dalam isu hudud khususnya.

"PR tidak boleh terjerat dengan tipu muslihat pemimpin dan strategi Umno pada ketika ini, di saat Najib sebenarnya sedang bergelut demi hayat politiknya sendiri – tidak kira bagaimana kuat dan kukuh pun penampilan politik beliau – atau tewas kepada komplot dan konspirasi Umno terutamanya dalam hal kerajaan perpaduan dan umpan palsu bagi membantu PAS melaksanakan hudud di Kelantan," kata Lim. – Bernama,

Sirul anak yang baik, kata ibu

Posted: 03 Mar 2015 04:11 PM PST

 THE MALAYSIAN INSIDER


Ibu kepada Sirul Azhar Umar, Piah Samad, menyifatkan anaknya sebagai seorang yang baik. – Gambar The Malaysian Insider, 3 Mac, 2015. 
Ibu kepada Sirul Azhar Umar, Piah Samad, menyifatkan anaknya sebagai seorang yang baik. – Gambar The Malaysian Insider.



Ibu kepada Sirul Azhar Umar, Piah Samad, menyifatkan anaknya yang merupakan bekas anggota Unit Tindakan Khas itu ialah seorang yang baik, lapor Harakah Daily.

Katanya, anaknya yang disabitkan bersalah dalam kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu itu tidak pernah menceritakan apa yang terjadi padanya sehingga beliau ditangkap pada 2006.

"Sirul ni budak baik, kerja dia jaga menteri. Semua tempat dia pergi. Dia tak ada cerita apa pun kat makcik sehinggalah dia ditangkap.

"Cuma sebelum dia ditangkap, dia ada balik kampung dan ziarah saudara-mara minta maaf," kata Piah, 72, kepada lidah rasmi PAS itu di Australia ketika bersama rombongan misi khas "See For (C4) Yourself" anjuran PAS itu. Piah yang ditemani adik perempuan Sirul, Noriatin, 37, dalam misi kemanusiaan itu disambut media Australia setibanya di Sydney pada 2 Mac, 11.30 pagi waktu tempatan.

Beliau tidak lupa membawakan makanan kegemaran anaknya, yang difahamkan berlepas ke Australia Oktober tahun lepas, sambal bilis dan rendang limpa.

Bagaimanapun, Piah terpaksa akur dengan undang-undang negara itu yang tidak membenarkan rendang limpa dibawa keluar dari lapangan terbangnya.

"Tak apalah, dah tak dapat bawa keluar, Sirul suka sangat rendang limpa ini. Nanti kita masak yang lain pula.

"Dapat bagi sambal ikan bilis ini pun dah elok sangat," katanya.

Dilaporkan, rombongan itu menetap di sebuah apartmen servis berhampiran pusat bandar Sydney.

Semalam, media Australia melaporkan ibu Sirul merayu kepada pihak berkuasa Australia melindungi anaknya, beberapa jam selepas tiba di Sydney bersama ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar dan ketua biro antarabangsa parti itu, Dr Syed Azman Syed Ahmad.

Piah berkata kerajaan negara itu perlu memberi "perlindungan penuh" kepada anaknya, yang didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan pada Januari 13 tahun ini.

"Adalah lebih (selamat) di Australia daripada pulang ke Malaysia," beliau dipetik sebagai berkata.

Isnin lalu, ketika ditanya sama ada Sirul akan mendedahkan lebih lanjut mengenai motif pembunuhan itu yang hingga sekarang masih belum diketahui, ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, ia terpulang kepada Sirul.

Rombongan misi khas itu dijangka pulang pada 7 Mac.

MIC mungkin lenyap jika krisis berlanjutan, kata pemimpin masyarakat

Posted: 03 Mar 2015 04:08 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


Pemimpin masyarakat India mengingatkan para pemimpin MIC agar segera mengambil tindakan bagi menamatkan krisis dalaman yang sudah lama berlarutan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Mac, 2015.Pemimpin masyarakat India mengingatkan para pemimpin MIC agar segera mengambil tindakan bagi menamatkan krisis dalaman yang sudah lama berlarutan. – Gambar fail The Malaysian Insider. 



Pemimpin masyarakat India mengingatkan para pemimpin MIC segera mengambil tindakan bagi menamatkan krisis dalaman yang sudah lama berlarutan, jika tidak mahu melihat parti itu berkubur pada pilihan raya umum akan datang.

Jika perpecahan yang berlaku dalam parti itu berterusan tanpa penghujung, apakah pemimpin parti itu mempunyai banyak waktu untuk memulihkan semula parti bermasalah itu dan menyakinkan kepada masyarakat ia adalah sebuah parti yang boleh dijadikan tempat bergantung harap.

Mereka tidak banyak waktu lagi, memandangkan pilihan raya umum mungkin diadakan dalam dua atau tiga tahun ini.


Dengan krisis dalaman yang kini diheret menjadi kes mahkamah, tidak mungkin ada penyelesaian secara baik dalam masa terdekat ini. Kebarangkaliannya, ketika tiba masa rakyat keluar mengundi kelak, MIC mungkin masih sibuk menyelesaikan masalah dalaman mereka.

Keadaan ini pastinya bukanlah suatu senario yang memberangsangkan bagi Barisan Nasional (BN), di mana MIC adalah parti komponen yang penting kerana tanpa keyakinan terhadap parti yang boleh memperjuang dan membela kepentingan mereka, undi kaum India mungkin memihak pembangkang.

Pemimpin punca MIC tidak relevan

Presiden Persatuan Peniaga India Malaysia (Miba) R. Letchmikanthan menggesa para pemimpin MIC berhenti "mengetengahkan agenda masing-masing" dan memberikan tumpuan kepada masyarakat India.

"Ramai di antara kita yang tertanya-tanya sama ada parti menjadi benar-benar tidak relevan berikutan krisis dalaman yang berlanjutan.

"Tetapi, sejujurnya, saya fikir ramai yang masih mahukan MIC menjadi relevan dan kekal sebagai sebahagian daripada parti pemerintah," katanya, dan menambah parti itu kini amat memerlukan pemimpin berkebolehan yang berupaya mengemudinya menjadi sebuah organisasi dinamik yang dapat memberi keutamaan perkhidmatan kepada rakyat melebihi daripada segala yang lain.

Melahirkan keyakinan asas parti berusia 68 tahun itu masih kukuh, beliau menyalahkan para pemimpin parti yang gagal memberi keutamaan.

"Kami memerlukan MIC untuk memberi tumpuan kepada memberi khidmat kepada masyarakat. Sebenarnya menerusi parti sebegini, barulah suara kami akan didengar di Parlimen," katanya.

Krisis MIC semakin bergejolak berikutan perbezaan pendapat antara dua pemimpin utama parti setelah Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengeluarkan satu notis pada 5 Disember lepas mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan anggota jawatankuasa kerja pusat (CWC).

RoS membatalkan semua pemilihan parti yang diadakan pada November 2013 berikutan aduan penyelewengan.

Pada 18 Februari, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak, timbalan pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menemui Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan timbalannya Datuk Seri Dr S. Subramaniam bagi menyelesaikan krisis parti.

Menurut Tengku Adnan, pada mesyuarat itu dipersetujui MIC akan mengadakan pemilihan semula parti dan ia akan menggunakan senarai CWC 2009 bagi tujuan mengadakan pemilihan semula parti seperti yang diarahkan oleh RoS.

Namun, pada 23 Februari, anggota CWC MIC A K Ramalingam memohon semakan kehakiman bagi mengarahkan RoS dan ketua pengarahnya, Mohammad Razin Abdullah, untuk menarik balik arahan pemilihan semula parti yang diberikan kepada MIC.

Menurut laporan akhbar hari ini, permohonan semakan kehakiman kedua terhadap RoS difailkan pada 24 Februari oleh Palanivel, dua naib presidennya Datuk S Sothinathan dan Datuk S Balakrishnan, dan bekas setiausaha agung A Prakash Rao. Mahkamah Tinggi menetapkan 9 Mac untuk mendengar permohonanan itu di hadapan Hakim Datuk Asmabi Mohamad.

Pilih pemimpin berkebolehan dan berpendidikan

Letchmikanthan berkata sebaik sahaja parti menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan RoS dan mengadakan pemilihan semula parti, ia hendaklah memilih pemimpin berkebolehan dan berpendidikan di peringkat cawangan dan bahagian.

"Kaedah pengurusan parti perlu ditingkatkan dan dipermodenkan bagi memastikan ia seiring dengan peredaran masa. Itulah sebabnya kita memerlukan pemimpin yang berpendidikan tinggi dan celik teknologi," katanya.

Presiden Persatuan Kebajikan India Malaysia A. Prakash berkata MIC perlu menjalani satu "baik pulih menyeluruh" sekiranya ingin kekal relevan dalam lanskap politik negara.

"Bahkan bila tidak berlaku masalah dalaman pun, parti ini gagal untuk memberi khidmat dengan baik kepada masyarakat India. Ramai orang datang menemui saya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap MIC," katanya.

Merujuk pentadbiran yang cekap dan sokongan rakyat sebagai kunci utama kepada kelangsungan MIC, beliau berkata: "Setakat ini parti gagal dalam kedua-dua hal berkenaan. MIC perlu melakukan lebih banyak usaha lagi jika ia benar-benar mahukan orang ramai mengundi calon mereka pada pilihan raya umum akan datang."

Ketika dihubungi Presiden Kelab Belia Tamil Bell K Murali, yang sering bersuara lantang membangkitkan hal-hal MIC, enggan mengulas, dan hanya berkata tiada ada apa-apa yang mahu dibicarkannya memandangkan "segalanya sudah tidak dapat dikawal lagi". – Bernama,

Atasi penyakit lupa, baca al-Quran

Posted: 03 Mar 2015 03:53 PM PST


SEJAK telefon bimbit dicipta, ramai betul manusia, termasuk dalam kalangan kita, memilih untuk lupa nombor telefon.

Kalau nombor telefon sendiri pun sudah lupa, nombor telefon orang lain apa lagi.

Sebab itu apabila telefon bimbit hilang atau tersalah letak, kebanyakan kita jadi tenggelam punca, seperti kucing hilang anak.

Dunia tiba-tiba jadi gelap; tiada siapa dapat hubungi kita, tiada siapa yang kita dapat hubungi. Kosong dan sepi.

Lagilah dalam era WhatsApp ini, macam-macam maklumat dan video tentang perkara terbaharu yang berlaku di seluruh pelosok dunia berpindah dari satu telefon pintar ke telefon pintar dengan laju dan meluas.

Cerita pasal lupa, saya ada seorang kawan, orangnya berpendidikan tinggi, tetapi tentang letak barang-barang, memang dia kaki lupa.

Setiap tahun, menurut cerita kawan-kawan yang rapat dengannya, dia kehilangan lima atau enam telefon bimbit.

Sudah kira-kira 10 tahun saya tidak jumpa dengannya. Bayangkan, sudah berapa banyak telefon bimbit agaknya yang dia hilangkan dalam tempoh itu.

Pernah dia dihantar ke lapangan terbang oleh isterinya. Apabila keluar dari kereta, dia pakai kot dan terus naik kapal terbang, tanpa menyedari dia lupa tukar selipar jepun dengan kasut. Bayangkan betapa malunya dia sebaik sahaja berada di dalam kapal terbang dalam keadaan yang sangat pelik itu.

Sampai destinasi, dia beli kasut dan berjalan dengan yakin dan gembira. Tapi dia tidak sedar, sekejap lagi bala lain pula datang. Apabila dia singgah kedai untuk makan roti canai dan teh tarik, dia tertinggal pula kot yang disangkutnya di kerusi kedai.

Memanglah lupa itu penyakit manusia. Bukan manusia kalau tak lupa, Buktinya? Apa yang kita makan dan apa yang kita pakai tiga hari lalu pun payah kita nak ingat. Apa yang kita cakap dua tiga minit tadi pun kita sudah lupa. Ada yang sanggup bertegang urat menafikan apa yang baharu diucapkan.

Kalau ada yang mahu mendakwa dia tidak pernah lupa, itu adalah suatu keajaiban.

Semalam, saya bertemu dengan seorang yang sudah berusia lebih 90 tahun. Penglihatannya sudah kabur, pendengarannya juga hampir pupus. Anda jerit di telinganya pun sudah tidak berguna lagi.

Tetapi yang menarik, ingatannya masih kuat dan dia sihat. Dia masih kenal dan ingat nama orang di kelilingnya dan boleh ingat kisah-kisah lampau. Alhamdulillah.

Kata kawan-kawan, dia banyak kayuh basikal. Sejak remaja hingga tua dia naik basikal sahaja ke hulu ke hilir.

Dia tiada pilihan kerana dia tidak tahu tunggang motosikal dan pandu kereta, tetapi syukurlah itu membantunya menjadi sihat, dengan izin ALLAH.

Tentang ingatannya yang tajam itu tidak pula saya banyak periksa, tetapi saya difahamkan, kalau anda banyak membaca al-Quran, ingatan anda menjadi tajam.

Sebab itu kata orang, mereka yang hafal al-Quran mudah sahaja lulus peperiksaan dalam mata pelajaran walaupun masa yang diberi untuk belajar suntuk. Wallahualam.

Tapi berdasarkan kekuatan dan hikmah al-Quran itu sendiri, ia bukanlah satu perkara yang mustahil pun.

Al-Quran diketahui sebagai sumber yang tenteramkan jiwa, sebagai penawar dan penyembuh penyakit, sebagai pembentuk kepada akhlak dan macam-macam lagi.

Jadi apalah yang mahu dihairankan jika dengan kekerapan membaca al-Quran ingatan seseorang itu boleh menjadi lebih tajam dan tidak mudah lupa atau nyanyuk.

Saya terbaca tentang otak daripada sebuah buku Inggeris. Katanya apabila kita cerdaskan fikiran, ia akan mencergaskan benda lain dalam tubuh kita, daripada kulit hingga organ bergerak dengan baik untuk memberi tenaga dan keceriaan.

Jadi, bagaimana anda boleh cerdaskan otak? Katanya, itu sangat mudah. Anda hanya perlu kreatif dan melakukan pelbagai senaman dan kegiatan setiap hari.

Pergerakan yang berbeza-beza, katanya, akan bantu membina kekuatan fikiran anda.

Dalam buku mengenai ketajaman fikiran itu, ia juga mencadangkan anda tidak menggunakan GPS dan cuba hafal nombor telefon dan alamat e-mel untuk menguatkan ingatan. Atau anda boleh sahaja belajar bertutur apa-apa bahasa asing.

Dalam Islam, terdapat beberapa perkara yang boleh dibuat untuk meningkat dan mencerdaskan daya ingatan.

Antaranya, konsisten membaca al-Quran,  menggosok gigi, berpuasa sunat dan meminum madu.

Juga disebut, perkara-perkara yang boleh membawa kepada lupa ialah maksiat, kegelisahan, keterlaluan dalam kesedihan kerana memikirkan urusan dunia dan sibuk bekerja untuk urusan duniawi. Wallahualam.

Tiada ulasan: