Rabu, 4 Mac 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SABTU SOGO - 4 PETANG

Posted: 04 Mar 2015 05:26 PM PST




Jangan sertai perhimpunan haram Sabtu ini
KUALA LUMPUR - Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan haram di ibu negara Sabtu ini.
   
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata perhimpunan tersebut melanggar undang-undang dan mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan kerana ia bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.


  
"Penganjur gagal menghantar notis untuk mengadakan perhimpunan seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 dan polis boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat kerana mengganggu ketenteraman awam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.
   
"Penganjur perlu bertanggungjawab di atas apa-apa perkara yang berlaku pada perhimpunan tersebut memandangkan polis telah memberi nasihat sewajarnya kepada mereka," kata Zainol.


-----------

MALAM INI DI UBU

Posted: 04 Mar 2015 05:00 PM PST






JEMPUTAN

MALAM INI
semua dijemput datang
bertanya & mendengar

Wawancara eksklusif

bersama Nurul Nuha Anwar 
Tarikh : Khamis 5 Mac 2015


Masa : Jam 9.00 malam
Universiti  Bangsar Utama, 
52-C, Jalan Kemuja, Bangsar Utama, KL 





-------------

NAJIB BUAT LAWAK

Posted: 04 Mar 2015 04:30 PM PST





Najib arah Ketua Audit Negara teliti akaun 1MDB

PUTRAJAYA: Najib Razak memaklumkan kepada Kabinet sebentar tadi bahawa beliau sudah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk bertindak secara bebas bagi mengesahkan akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Selanjutnya, kata Perdana Menteri, laporan Ketua Audit Negara mengenai akaun 1MDB itu akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) selaku badan mewakili kedua-dua pihak (penyokong kerajaan dan pembangkang) berdasarkan keanggotaan dalam Parlimen.

KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
awal sangat buat lawak
belum 1 april lagi
belum april fool
siasat kepala bana apa?
kah kah kah
penyamun siasat pencuri
lanun siasat perompak
kah kah kah

APA PUNYA TUUUR

--------------

BALA DATANG MENIMPA

Posted: 04 Mar 2015 12:33 PM PST






Bala Berganda Menerusi TPPA Dan GST - Adakah Kerajaan Bersedia Menerimapakai Rang Undang-Undang Bagi Menangani Impak Mendatang?

Saya tegaskan sekali lagi bahawa beberapa harga ubat telah meningkat antara 20% hingga 50% pada tahun 2014 dan dijangka bakal naik mendadak pada tahun ini - kenaikan yang belum lagi mengambil kira kesan pengenalan GST dan perjanjian TPP nanti.

Media  semalam melaporkan hasil sebuah kajian daripada Universiti New South Wales menunjukkan bahawa harga ubat-ubatan akan meningkat selepas perjanjian Perkongsian Trans Pasifik ditandatangani oleh negara-negara yang terlibat.

Laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Latihan Penyelidikan dan Penilaian Ekuiti Kesihatan Universiti tersebut mendapati bahawa perjanjian tersebut akan memberikan kuasa kepada syarikat-syarikat farmaseutikal untuk memperbaharui paten ubat-ubatan secara berterusan dan menghentikan saingan daripada ubatan generik.

Laporan itu juga menjelaskan bahawa Amerika Syarikat sedang cuba untuk menghalang syarikat ubatan generik daripada menggunakan data klinikal dari syarikat-syarikat farmaseutikal untuk kelulusan pemasaran, selain daripada perlindungan sepanjang 8 tahun untuk data klinikal, dan 12 tahun untuk ubatan biolijikal dan vaksin.

TPPA mengandungi klausa Intellectual Property Right (IPR) ataupun dikenali sebagai  Trade-Related Aspects of Intellectual Property Rights Plus (TRIPS+) yang membolehkan syarikat farmaseutikal memanjangkan paten ubatan. Dengan itu, TPPA akan menaikkan harga ubat ubatan termasuk menghalang pengimportan ubatan generik.

Malah kebocoran maklumat daripada Wikileaks mengenai perjanjian tersebut juga menyokong fakta ini. Berdasarkan kandungan teks yang bocor di laman tersebut mendakwa terdapat persetujuan bahawa cadangan ke atas lesen wajib ubat-ubatan telah dihapuskan. 

Sekiranya lesen wajib itu dihapuskan dalam perjanjian maka harga ubat-ubatan akan menjadi mahal serta tempoh paten ubat-ubatan akan lebih lama. Secara langsung ini membolehkan syarikat-syarikat farmaseutikal meletakkan harga yang jauh lebih tinggi untuk ubatan mereka.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pernah berjanji dan menyatakan bahawa kerajaan sedar perkara ini menjadi kebimbangan rakyat negara ini kerana cadangan berkenaan akan menaikkan harga ubat-ubatan di pasaran. 

Menurut beliau, Malaysia bertegas akan menolak cadangan berkaitan hak harta intelek dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) membabitkan ubat-ubatan. 

Namun, adakah janji ini boleh ditepati?

Perdana Menteri juga ketika di Sidang Kemuncak Asia Timur di Bali telah berjanji bahawa perjanjian TPP hanya akan ditandatangani jika ia bakal bermanfaat untuk rakyat, namun begitu sehingga hari ini laporan kos faedah masih belum dibentangkan.

Sekiranya Perjanjian ini diteruskan, rawatan perubatan sudah tentu akan menjadi sebuah hak ekslusif kepada golongan berpendapatan tinggi sahaja, manakala rakyat kelas pertengahan dan rendah akan terus dimangsakan. Perjanjian ini akan menjadi bala yang berganda selepas pengenalan GST.

Dalam pada itu, saya pada hari ini akan menghantar sebuah deraf rang undang-undang persendirian Akta Biodiversiti bagi melindungi sumber-sumber alam semulajadi Malaysia daripada dieksploitasikan oleh mana-mana syarikat daripada luar negara. 

Salah satu tujuan rang undang-undang ini digubal ialah untuk mengelakkan daripada sebarang sumber alam di Malaysia daripada dipatenkan oleh syarikat-syarikat luar, secara langsung menidakkan hak-hak rakyat Malaysia daripada menikmati hasil alam mereka sendiri. 

Usaha ini sedikit sebanyak persediaan di dalam mengekang dan mengurangkan impak negatif perjanjian TPP ini.

Justeru, Kerajaan haruslah menimbangkan cara yang terbaik bagi melindungi rakyat Malaysia daripada terus dimangsakan oleh negara-negara maju. Kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan rakyat mempunyai akses yang samarata tanpa mengira status ekonomi terhadap ubat-ubatan yang penting. 

Kerajaan juga bertanggungjawab untuk memastikan sumber alam semulajadi di Malaysia adalah hak mutlak rakyat, bukan dieksploitasi oleh kuasa-kuasa besar.

NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI







-----------

DEMO YANG COOL

Posted: 04 Mar 2015 04:38 AM PST






DEMO COOL 

KOUNTER 

CULTURE

tonton dan lihat


SERANGAN DARI LONDON

Posted: 04 Mar 2015 04:03 AM PST




KOMENTAR
untuk pembaca tukar tiub
adalah diberi tahu siapakah
dia CLARE REWCASTLE BROWN

clare dilahirkan di kuching sarawak
clare tinggal di london
clare adalah seorang wartawan
clare rewcastle brown juga
adalah kakak ipar GORDAN BROWN 
gordon brown ialah bekas 
perdana menteri united kingdom

justeru
maklumat yang ada pada clare
pastilah  tepat dan betul
pastilah dari KELAS A

dari london serangan 
kelihatan berterusan
semua serangan kini untuk
melemahkan rosmah dan najib

jelas semua serangan ini
dilihat terancang tersusun
untuk menjatuhkan rosmah dan najib

jelas kelihatan
muhyiddin yassin sedang bersedia
untuk mengambil alih kerusi rosmah






Pembocor maklumat: Banyak lagi data

1MDB

Terdapat "ribuan lagi dokumen" berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan penglibatan hartawan Taek Jho Low didakwa dalam milik laman web pembocor maklumat Sarawak Report.

Dalam wawancara e-mel dengan Malaysiakini, editor dan pengasasnya Clare Rewcastle Brown mendakwa terdapat banyak dokumen berkaitan berhubung 1MDB, melebihi apa yang didedahkan.

Sarawak Report mendedahkan komunikasi e-mel berkaitan usahasama 1MDB dengan Petrosaudi Limited yang didakwa mempunyai penyelewengan.




JENG JENG JENG
woit
berapa kotak agaknya?
berapa timbun fail?
kah kah kah
ini macam ada
jual beli maklumat
kah kah kah

PADAN  MUKA


---------

JANGAN TUNGGU LAMA

Posted: 04 Mar 2015 12:33 AM PST







KOMENTAR
orang ramai tak ada masa
rakyat tak mahu tunggu
tunggu lama lama
habis dana negara
di rembat oleh rosmah dan najib
sekarang berbilion duit 1MDB
lesap di bahan oleh rosmah dan najib
kalau tunggu lama lama
duit petronas
duit kwsp
duit tabung haji
semua akan lingkup


Najib Perdana Menteri Malaysia paling lemah – Zaid Ibrahim

 | March 4, 2015
Keengganan UMNO mencabar Presiden menyumbang kepada kelemahan keseluruhan pada peringkat kepimpinan Barisan Nasional.
PETALING JAYA : Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim mendakwa Perdana Menteri,  Najib Abdul Razak adalah yang paling lemah sejak negara ini mencapai kemerdekaan.
Dakwanya, keengganan UMNO untuk mencabar presiden mereka sekalipun Najib membawa bencana telah menyumbang kepada kelemahan keseluruhan pada peringkat kepimpinan Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata demikian merujuk kepada tarikh 8 Mac di mana Ketua-Ketua Bahagian UMNO mengadakan mesyuarat dan kebanyakannya akan berikirar menyatakan sokongan 'penuh' mereka untuk presiden.
"Ini ialah kelemahan penipuan pemimpin Barisan Nasional. Inilah sebab kenapa Presiden UMNO boleh memerintah selama-lamanya, walaupun beliau sebuah bencana seperti yang ada kini.
"Tidak ada siapa yang berani untuk mencabarnya kerana ia tidak dibuat menerusi parti yang autokratik ini," katanya menerusi entri terbaru di www.zaid.my.
Zaid berkata, Najib bertanggungjawab membawa kepada pengenalan semula Hudud oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan turut melihat ia suatu perkara yang tidak akan dilihat dari mana-mana perdana menteri yang mengetuai negara.

KAH KAH KAH
woit
kalau ahli gerombolan
tak berani terajang najib
rakyat ramai ramai
pakat pakat terajang najib
mulakan dengan demo
7 march DI SOGO
tak perlu tunggu
tak perlu nanti
kalau lambat abis 
harta negara dibaham rosmah

7 MARCH SOGO


-----------

Tiada ulasan: