Ahad, 22 Mac 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Ku Nan: Hudud PAS 'hudud politiklah'

Posted: 22 Mar 2015 02:00 AM PDT

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud mahu dibentangkan PAS di Parlimen sebagai "hudud politik".

 Ditanya pendirian BN berhubung hasrat PAS itu, beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu tidak lama lagi.

 Bercakap kepada media selepas sebuah acara di Putrajaya hari ini, Tengku Adnan, yang juga menteri Wilayah Persekutuan, menegaskan bahawa PAS harus mengikuti Perlembagaan Persekutuan.9 Ditanya sama ada usaha PAS bertentangan dengan perlembagaan, beliau hanya menjawab "hudud PAS hudud politiklah".

 Menteri BN dan perdana menteri setakat ini masih belum menyentuh berhubung pendirian mereka dalam isu itu walaupun anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Kelantan menyatakan sokongan pada usaha PAS itu. sumber

Walau tanpa PKR, PAS boleh jayakan hudud di Parlimen

Posted: 22 Mar 2015 12:00 AM PDT

PAS hanya perlukan majoriti mudah untuk membawa undang-undang di Parlimen, membolehkan ia menguatkuasakan hudud di Kelantan, walaupun ketika semua sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) berpaling daripadanya, kata seorang ahli sains politik.

 Matlamat parti Islam itu untuk melaksanakan hudud atau Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan bergantung kepada sama ada ia boleh mendapatkan musuh tradisinya Umno menyokong rang undang-undang persendirian itu di Dewan Rakyat .

 Dr Wong Chin Huat dari Institut Pulau Pinang berkata, rang undang-undang itu hanya memerlukan majoriti mudah dari semua ahli Parlimen yang hadir di Dewan Rakyat ketika sesi mengundi.

 Ini bermakna, PAS boleh berjaya sekiranya semua ahli Parlimen Umno juga mengatakan 'ya'. Ia bukan satu kes di mana PAS dan Umno perlu mendapat 112 undi di dalam Dewan yang mempunyai 222 ahli, iaitu majoriti mudah bagi meluluskan rang undang-undang, katanya, merujuk kepada salah faham umum tentang prosedur dalam meluluskan undang-undang atau pindaan.

 Jika terdapat lebih suara yang menyokong pada masa mengundi di dalam Dewan, berbanding suara yang membantah, atau mereka yang berkecuali dari mengundi, maka rang undang-undang itu boleh diluluskan, katanya.

 Ketika ini, terdapat 21 ahli Parlimen PAS dan 88 dari Umno. Jika Umno berkata ia akan menyokong, kesemuanya 109 ahli Parlimen akan menyokong rang undang-undang itu.

 Sementara itu, untuk mengalahkan rang undang-undang itu pula, perlu ada sekurang-kurangnya 110 undi yang membantah.

 Satu-satunya cara rang undang-undang itu boleh tewas dengan teruk ialah jika hampir semua ahli Parlimen PKR, DAP dan komponen Barisan Nasional (BN) yang lain membantah dan mengundi secara aktif menentangnya di dalam Dewan.

 "Jika anda tidak mengundi untuk rang undang-undang itu, ia secara pasif memberi persetujuan tanpa tanggungjawab," kata Wong, yang mengetuai seksyen analisis politik dan sosial di institut itu.

 Sekutu PAS, PKR, semalam menyatakan ia tidak akan menyokong rang undang-undang itu, yang akan dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga ahli Parlimen Marang.

 Hadi melalui rang undang-undang itu mahu mengubah Akta Mahkamah Syariah 1965 yang mengehadkan skop hukuman yang boleh digubal oleh negeri bagi kesalahan Syariah dan menyekat pembentukan undang-undang jenayah terhad kepada kerajaan persekutuan.

 Satu lagi parti sekutu, DAP yang mempunyai 37 ahli Parlimen, kecewa dengan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah PAS yang baru itu, yang diluluskan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan minggu lepas.

 Ia sedang secara aktif mengkaji semula sama ada hendak meninggalkan PR kerana tindakan PAS itu.

 Wong berkata, undang-undang yang mahu dipinda PAS memerlukan majoriti dari semua ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada masa mengundi .

 Ini berbeza dengan meminda Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan majoriti dua pertiga daripada semua 222 ahli Parlimen.

 Dr Lim Teck Ghee dari Pusat Inisiatif Dasar mengatakan kepimpinan negara di kalangan Umno akan menjauhkan diri daripada menyokong rang undang-undang itu yang hebat dikritik komponen BN di Malaysia Timur.

 "Saya rasa PAS akan bersendirian dalam hal ini. Umno tidak akan menyokongnya kerana ia mengambil kira Malaysia Timur. Jelas sekali, hudud mempunyai penyokong yang sangat sedikit di Malaysia Timur."

 Parti BN di Malaysia Timur seperti Parti Bersatu Sabah, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Parti Rakyat Sarawak, dengan 46 ahli Parlimen mereka, penting bagi memastikan Umno dan BN kekal berkuasa.

 "Jika Umno menyokong hudud itu, habislah BN di Malaysia Timur," kata Lim.

 Sehingga hari ini, hanya Umno Kelantan yang menyuarakan sokongannya terhadap hudud PAS, apabila ahli DUNnya menyokong enakmen baru itu minggu lepas.

 Pimpinan Umno di peringkat negara tidak membuat pendirian rasmi sama ada menyokong rang undang-undang ahli persendirian itu atau tidak, dengan sesetengah ahli Parlimen Umno mengeluarkan kenyataan yang bercanggah berhubung perkara itu.

 Terdapat spekulasi yang Umno sebenarnya sedang cuba melaga-lagakan antara sekutu PR dengan secara rahsia memberitahu PAS yang ia menyokong rang undang-undang itu.

 Pakatan sulit ini dikatakan mendorong ahli tegar PAS, yang secara aktif memperjuangkan hudud, membawa rang undang-undang itu ke Parlimen.

 "Daripada segi politik dan undang-undang, saya rasa inisiatif ini tidak dikendalikan dengan baik oleh PAS," kata Lim, sambil menambah yang parti Islam itu merosakkan reputasinya di kalangan majoriti pengundi.

 "Ia juga merosakkan hubungannya dengan rakan-rakan dalam PR, yang merupakan sebab sebenar ia memenangi begitu banyak kerusi dalam pilihan raya umum 2013."

 Malah, satu tinjauan Merdeka Center pada 16 Mac mendedahkan 81% daripada umat Islam di Semenanjung Malaysia mahu PAS menumpukan perhatian kepada kerja pembinaan semula di Kelantan yang teruk dilanda banjir, dan bukannya hudud.

 Selepas hudud, kata Lim, PAS perlu perubahan sebenar dalam kepimpinan jika ia mahu mendapatkan semula kredibiliti di mata awam.

 "Jika puak yang sederhana mengambil alih kuasa dalam pemilihan parti Jun ini, maka mungkin mereka boleh mendapatkan semula sokongan yang hilang," kata Lim. – 22 Mac, 2015. - ~ sumber

Hudud : Reaksi pemimpin PAS berbeza-beza...

Posted: 21 Mar 2015 09:00 PM PDT

Reaksi pemimpin PAS berbeza-beza ekoran kemungkinan Pakatan Rakyat (PR) berpecah selepas Enakmen Jenayah Syariah 1993 (Pindaan 2015) diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Khamis, sebahagiannya sedih manakala satu kumpulan lagi gembira.

 Mereka yang gembira kerana undang-undang itu berjaya diluluskan manakala mereka yang bersedih kerana berhadapan dengan masa depan suram PR ekoran bantahan sekutu mereka, iaitu DAP dan PKR.

 Hotel penginapan para pemimpin PAS yang menyertai Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (IAPU) di Kuala Ibai, Kuala Terengganu berwajah suram semalam walaupun mereka menjadi tuan rumah perhimpunan antarabangsa itu.

 Masing-masing tertanya-tanya apakah masih ada masa depan untuk PAS dalam PR ekoran bantahan keras rakan mereka DAP dan PKR terhadap pembentangan enakmen tersebut di DUN Kelantan itu.

 "Masihkah ada peluang lagi buat kita?" soal Datuk Dr Mujahid Yusof ketika ditemui The Malaysian Insider dalam majlis makan malam meraikan perwakilan pertubuhan Islam dari 41 buah negara ke IAPU ke-3 itu.

 Beliau jelas kecewa dengan apa yang bakal dihadapi PAS dan PR ekoran keadaan sekarang.

 Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad pula bergegas pulang ke Kuala Lumpur dari Kuala Terengganu untuk cuba berbuat sesuatu menjelang mesyuarat PKR malam tadi dan mesyuarat DAP Isnin ini. 

 "Saya akan cuba berbuat sesuatu agar PR dipertahankan, kerana ia memang harapan rakyat," katanya ketika ditemui di hotel penginapan pemimpin PAS.

 Turut bersama beliau ialah Naib Presiden Salahudin Ayub, Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad.

 Kesemua mereka pulang ke Kuala Lumpur walaupun IAPU itu baru sahaja dirasmikan dan banyak lagi acara bakal berlangsung selepas itu.

 Mahfuz, ahli Parlimen Pokok Sena, antara yang sedih dengan apa yang berlaku.

 Jika benar notis dihantar presiden PAS yang juga ahli parlimen Marang bagi membolehkan rang undang-undang persendirian dibentangkan dan Akta 355 Mahkamah Syariah dipinda membuka jalan kepada enakmen jenayah Syariah Kelantan itu dilaksanakan, beliau antara orang paling sedih.

 Ini kerana, selaku ketua whip anggota Parlimen PAS, beliau tidak tahu menahu mengenai notis itu.

 "Saya tidak tahu apa-apa dan tidak diberitahu apa-apa," kata Mahfuz ketika ditemui di hotel berkenaan sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

 Bukan Mahfuz sahaja tidak tahu mengenainya, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali juga tidak mengetahui adanya notis itu.

 "Ia tidak ada dalam pengetahuan saya dan saya tidak tahu mengenainya," katanya kepada The Malaysian Insider semalam.

 Kekhuatiran perpecahan PR yang dirasai pemimpin PAS tersebut bagaimanapun tidak dirasai Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.

 "Kalau DAP rasa nak keluar, keluarlah," kata beliau sebagaimana dilaporkan media semalam ketika mengulas reaksi DAP terhadap pembentangan enakmen itu.

 Namun begitu, Hadi mengatakan sehingga kini PAS masih lagi bersama PR dan tentangan DAP dan PKR berhubung rang undang-undang itu perkara biasa dalam amalan demokrasi.

 Presiden PAS itu berkata, tindakan mereka memperkenalkan hudud seharusnya dihormati semua pihak kerana ia dilakukan secara demokratik dan bukannya paksaan.

 "Kerjasama dalam PR tidak melibatkan dasar parti. Kami tidak menyentuh agama dan hak mereka, jadi mereka juga tidak sepatutnya menyentuh agama kita," katanya menurut laporan Bernama. – 21 Mac, 2015.

KENYATAAN MEDIA: HUDUD PERLU PANDUAN KEILMUAN BUKAN EMOSI

Posted: 21 Mar 2015 07:00 PM PDT


 Apabila perbahasan hudud masuk ke legaslatif maka perbahasannya adalah tentang undang-undang dan sejauhmana kerangka undang-undang negara mengizinkannya. Akan ada pro dan kontra namun ia bukan persoalan yang boleh dipermudahkan untuk menghukum seseorang.

 Hukum Allah SWT perlu difahami secara prinsipnya, ada yang dilaksanakan secara individu dan ada yang dilaksanakan melalui kuasa. Dalam hal perlunya keabsahan kuasa dan maslahat umum hukum Allah memerlukan syarat, sebab dan perkiraan halangan untuk dilaksanakan.

 Hudud perlu dilihat sebagai hukum Allah SWT daripada perspektif ini, iaitu perspektif perlunya kuasa, keperluan sebab untuk melaksanakannya atau tidak dan samada memenuhi syarat untuk laksanakannya atau tidak. Oleh itu jangan kita bermudah dan beremosi tanpa panduan ilmu yang membentuk prinsip-prinsip yang terbina atasnya hukum Allah SWT. Dalam disiplin Islam ia dikenali sebagai ilmu Usul Fiqh.

 Saya bimbang perbahasan hudud ini yang berkemungkinan terpandu atas emosi akan menimbulkan permusuhan dan kebencian atas nama agama dan akhirmya semasa proses ini berjalan makna Islam yang penuh Rahmat dan Tujuan Syariat (Maqasid Syari'yah) yang penuh dengan kemaslahatan (manfaat) semua akan dipersoal.

 Saya mengharapkan perbahasan berjalan secara demokratik dan masyarakat tidak dipergunakan oleh pihak yang berkepentingan sempit khususnya yang berligar di media sosial. Janganlah perbahasan hudud yang tidak terpandu menyebabkan perpaduan nasional yang terbina selama ini dicemari oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

 Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa
 Ahli Parlimen Malaysia
 Bertarikh 21 Mac 2015

PKR menentang rang undang-undang hudud PAS

Posted: 21 Mar 2015 05:30 PM PDT

PKR hari ini berkata ia tidak akan menyokong rang undang-undang hudud PAS sekiranya dibentangkan di Parlimen nanti, kerana parti Islam itu telah bertindak secara unilateral dalam perkara itu dan bercanggah dengan keputusan Kepimpinan Majlis Pakatan Rakyat .

 Parti itu menambah bahawa ia juga menentang rang undang-undang itu kerana prinsip Fiqh Al-Awlawiyyat (keutamaan pemahaman), maslahat ummah (kepentingan awam) dan Maqasid Shariah (objektif lebih tinggi Syariah).

 PKR membuat keputusan ini dalam mesyuaratnya malam tadi untuk membincangkan rang undang-undang ahli persendirian PAS, yang bertujuan untuk membolehkan Kelantan melaksanakan pindaan kepada undang-undang hudud di negeri ini.

 "Keadilan telah membuat keputusan untuk tidak menyokong rang undang-undang ahli persendirian kerana sebab-sebab berikut:

 "Kami tidak dimaklumkan mengenai kandungan rang undang-undang. Ia telah dicadangkan secara unilateral tanpa memaklumkan parti-parti komponen lain dan bertentangan dengan keputusan PR kepimpinan majlis itu pada 8 Februari 2015.

 "Jika rang undang-undang ahli persendirian 'berkaitan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II, Keadilan masih tetap dengan pendirian asalnya, iaitu untuk tidak menyokongnya berdasarkan prinsip Fiqh Al-Awlwawiyyat, maslahat ummah dan Maqasid Syariah," PKR berkata dalam satu kenyataan.

 Ia merujuk kepada pendirian parti itu iaitu membetulkan ketidakadilan dalam masyarakat dan membela kebajikan rakyat perlu diberi keutamaan yang lebih tinggi daripada melaksanakan hudud.

 Kenyataan itu ditandatangani oleh pemimpin-pemimpin tertinggi PKR, termasuk presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden Nurul Izzah Anwar, naib -presidents Shamsul Iskandar Md Akin dan Rafizi Ramli; Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dan Ketua Pemuda Nik Nazmi Nik Ahmad.

 Mereka menambah bahawa perintah tetap Parlimen menyatakan bahawa rang undang-undang yang hanya boleh dibentangkan dan dibahaskan jika kerajaan memberi lampu hijau.

 Parti juga menggesa Umno dan Barisan Nasional untuk menjelaskan sama ada ia menyokong rang undang-undang tersebut.

 "Hakikatnya, tidak ada seorang pemimpin pun telah membuat pernyataan umum yang jelas mengenai pendirian mereka mengenai rang undang-undang yang dibawa ke Parlimen, termasuk Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

 "Oleh itu Keadilan menggesa kerajaan Umno-BN untuk menjelaskan sama ada ia meluluskan rang undang-undang yang sedang dibahaskan dan mengundi di Parlimen."

 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon membentangkan rang undang-undang ahli persendirian 'di Parlimen semasa persidangan semasa yang berakhir pada 9 April lalu.

 Rang undang-undang itu adalah untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang mengehadkan kuasa mahkamah Syariah boleh didenda maksimum RM3,000 denda, penjara lima tahun dan enam sebatan.

 Satu pindaan yang diperlukan dalam undang-undang ini untuk membolehkan Kelantan melaksanakan undang-undang hudud, selepas Dewan Undangan Negeri pada Khamis sebulat suara meluluskan Kanun Jenayah Syariah II Enakmen 1993 (Pindaan 2015). - 21 Mac 2015.

Tiada ulasan: