Ahad, 22 Mac 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SABAR DAN BACA DAHULU

Posted: 22 Mar 2015 07:30 PM PDT





KOMENTAR
apa yang diluluskan dalam 
dewan undangan kelantan
bukan huhud
bukan hukum allah
jangan silap tafsir

sila rujuk  dan baca
tajuk rang undang itu:

Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 

(Pindaan 2015)

kalau hukum allah
mustahil boleh dipinda pinda

jangan bengis
jangan marah tak tentu pasal
ada politik latar belakang
ada kepentingan kuasa
ada kempen poltik
ada strateji politik
dalam usaha meluluskan enakmen ini






PAS bohong dalam p'raya lalu, kata BERSIH

BERSIH hari ini membidas PAS kerana didakwa tidak patuh pada kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat yang disebut-sebut dalam pilihan raya umum lalu, sebaliknya "berbohong" berhubung pelaksanaan hudud.

"PAS dalam pilihan raya umum lalu isytihar mereka parti politik untuk semua, tetapi mereka bohong.

"Jangan kata kamu PAS untuk semua tetapi tutup maklumat dan tipu rakyat yang undi kamu.



KAH KAH KAH

woit
slogan kata
pas untuk semua
pas for all
sebenarnya
pas tipu semua
pas  cheated all
kah kah kah

APA PUNYA BIJAK
---------

SATU PERINGATAN - SATU FAKTA

Posted: 22 Mar 2015 06:43 PM PDT











FACE BOOK


Peringatan: Hadi bukan tuhan, bukan nabi & bukan maksum. Dia adalah ahli politik yg bergantung pd undi! kita boleh kritik dan kutuk!




-----------

DUDUK BANTAH DI SERANG

Posted: 22 Mar 2015 06:24 PM PDT




TERKINI


awal pagi ini
dalam jam 4:00
sesudah tim mat sabu
selesai memberikan sokongan
dbkl telah datang
merobohkan khemah
duduk bantah anak muda
di dataran merderka



TERKINI
walau pun diroboh

anak anak muda
masih berada di dataran
mereka terus memasang 
khemah baru
&
tidak undur
sila berikan sokongan


----------------

HUKUM DARI PAS

Posted: 22 Mar 2015 06:08 PM PDT





KOMENTAR
ini bukan hukum hudud
ini enakmen undang undang shariah
media melapor kelam kabut
para politikus pas
ambil peluang seolah olah
mereka suci menegakkan keadilan

masaalh yang amat besar
orang melayu malas membaca
suka mendengar
maka senang kena kelentong



Hudud PAS bukan dari Allah, boleh dikritik, kata aktivis



Hudud yang diperjuangkan kerajaan PAS Kelantan bukan wahyu dari Tuhan dan tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian, kata aktivis Dr Ahmad Farouk Musa hari ini, ketika penyokong undang-undang jenayah Islam itu terus menggunakan faktor agama untuk mewajarkan pelaksanaannya.
Pengasas Islamic Renaissance Front (IRF) itu berkata, masalah dengan rang undang-undang hudud PAS itu ialah ia dibentangkan seolah-olah satu mandat dari Allah, menjadikannya seakan-akan imun atau kebal kepada kritikan.
"Kita berulang kali dengar pemimpin PAS berkata, kamu tidak berhak mempersoalkan hudud, ia satu set undang-undang yang ditetapkan Allah," kata ahli akademik dan pemikir Muslim progresif itu.
Beliau berkata demikian pada satu sidang meja bulat bertajuk 'Masa Depan Kebebasan Agama' diadakan di Pusat Pendidikan Universiti Nottingham di Kuala Lumpur.
"Ini menjadikan undang-undang tersebut imun kepada sebarang kritikan padahal ia semata-mata hasil tafsiran literal kumpulan ulama tertentu yang gagal melihat maqasid undang-undang tersebut, atau matlamatnya yang lebih tinggi, dalam mencapai kesempurnaan keadilan.
"Bagi saya, apa yang penting ialah memastikan wujud keadilan. Itulah idea keseluruhan undang-undang Islam. Keadilan ialah salah satu daripada rukun paling penting dalam Islam. 
"Jika anda tidak dapat berlaku adil, tidak ada gunanya dalam meletakkan label Islam kepadanya. Ia menafikan tujuan sebenarnya."
Farouk berkata, rang undang-undang hudud PAS tidak mungkin maksum kerana ia termasuk peruntukan yang masih menjadi perdebatan antara ulama, contohnya hukuman rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin.
Katanya, hukuman itu tidak wujud di dalam Al-Quran tetapi disimpulkan dari hadith Rasul, sambil menambah yang orang ramai masih mempertikaikannya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hudud-pas-bukan-dari-tuhan-boleh-dikritik-kata-aktivis#sthash.6HawnAlh.dpuf

KAH KAH KAH

woit
memang bukan
hukum allah
ini undang undang 
pas kelantan 356
3 bulan penjara
5 ribu ringgit denda
6 kali rotan
mustahil allah ada sebut
5 ribu ringgit


--------------

JANGAN KELENTONG

Posted: 22 Mar 2015 05:30 PM PDT






RANG UNDANG-UNDANG PERSENDIRIAN (KUASA MAHKAMAH SHARIAH): BUBAR PARTI-PARTI KOMPONEN BN JIKA GAGAL DAPATKAN PENDIRIAN PERDANA MENTERI & TIMBALAN PERDANA MENTERI
 
Sandiwara yang dimainkan Umno untuk memerangkap PAS mengenai isu hudud semakin menjadi-jadi walaupun Enakmen Kanun Jenayah Shariah Kelantan diluluskan pada 19 Mac 2015 yang lalu.

Dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh  Najib  Razak minggu lalu, laporan mengenai keputusan mesyuarat itu berbeza-beza mengikut sumbernya. Presiden MCA, Liow Tiong Lai dilaporkan menyatakan bahawa  Najib  Razak menentang rang undang-undang persendirian (kuasa mahkamah shariah) yang bakal dibawa oleh Presiden PAS tidak lama lagi. Malah, Liow Tiong Lai juga berkata Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu secepat mungkin.

Sehingga kini, tidak ada satu pun kenyataan yang dikeluarkan  Najib  Razak mengenai pendirian beliau dan Umno apabila rang undang-undang persendirian itu dibentangkan. Malah, tidak ada pengesahan pun bahawa rang undang-undang persendirian itu boleh dibentangkan dalam sidang kali ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri yang bertanggungjawab menyusun rang undang-undang yang dibentangkan di Parlimen menyatakan semalam bahawa besar kemungkinan rang undang-undang persendirian yang mahu dibawa presiden PAS itu tidak sempat untuk dibentangkan kerana agenda parlimen kali ini telah sarat dengan rang undang-undang yang dibawa kerajaan.

Sandiwara ini berterusan lagi di media yang rapat dengan Umno dan Barisan Nasional. Akhbar Sinar Harian memuatkan di muka depan bagaimana Umno menyokong penuh pelaksanaan hudud dengan tajuk "BN Sokong Hudud". Pada hari yang sama, saya dimaklumkan akhbar Sinchew Daily memuatkan laporan di muka hadapan bagaimana Dato' Seri Najib Tun Razak menolak pelaksanaan hudud. Pendirian Umno berubah-ubah mengikut pengundi sasaran mereka.

Ini adalah rentetan sandiwara demi sandiwara Umno untuk memecahkan Pakatan Rakyat dengan menggunakan isu hudud.

Rang undang-undang persendirian (kuasa mahkamah shariah) yang ingin dibawa Presiden PAS itu hanya boleh dibentangkan dengan persetujuan  Najib Razak. Malah, dengan semua parti selain Umno di Parlimen telah menyatakan pendirian masing-masing mengenai rang undang-undang persendirian tersebut, jika ia dibenarkan dibawa rang undang-undang persendirian (kuasa mahkamah shariah) itu hanya akan lulus jika semua 88 ahli Parlimen Umno mengundi untuk menyokongnya.

Sebab itu saya cabar presiden-presiden parti-parti komponen Barisan Nasional (MCA, MIC, Gerakan, PBB, PBS, UPKO, SUPP, PRS, SPDP, PPP dan LDP) yang telah menyatakan bangkangan kepada rang undang-undang persendirian itu untuk mendapatkan pendirian Najib  Razak dan Timbalan beliau Muhyiddin Yassin dalam bentuk bertulis secepat mungkin.

Jika kesemua presiden-presiden parti-parti komponen Barisan Nasional ini gagal mendapatkan pendirian Najib Razak dan pendirian Umno menjelang hari Selasa ini, lebih bermaruah jika mereka membubarkan sahaja parti masing-masing kerana jelas telah dibuli dan diperlekehkan oleh Umno dalam permainan sandiwara mengenai hudud.

Jelas parti-parti mereka tidak bernilai jika dibandingkan dengan kerjasama di antara Umno dan PAS dalam perkara ini.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN





-------------

SELAMAT JALAN

Posted: 22 Mar 2015 05:26 PM PDT






Lee Kuan Tew 

 1923-2015


selamat datang 

kebebasan

--------------

DUDUK BANTAH MALAM KE DUA

Posted: 22 Mar 2015 12:01 PM PDT





MALAM TADI

semua berjalan lancar
filem - jatuh -
 ditayangkan


adik mendiang teo 
memberi maklumat terkini


yb cheng cheong
adun semambu
beri penerangan


kerja seni anak muda

sadikin omar
mengatur program


JAM 2:00 PAGI
lawatan tuan haji mat sabu
yang baru sahaja pulang
dari prk chempaka


mat sabu datang bersama
yb nasir mustapha
adun kubang rotan 
kuala kedah


untuk kenangan
si anak muda



duduk bantah
diteruskan lagi 
untuk malam ke-3






-----------

SIAPA SABOTAI NAJIB?

Posted: 22 Mar 2015 06:00 AM PDT






PEMANDU

TEKSImula naik minyak
KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
pemandu teksi pulak
naik minyak
kah kah kah
ini sapa punya kerja
ini sapa sabotaj
kah kah kah






-------------

SISTEM TELAH GAGAL

Posted: 22 Mar 2015 05:00 AM PDT








LEBAI HUDUD
Ha Ha Ha ! Oooi Lebai ! Hudud lebih utama ke ? KeAdilan Allah nak campak kat mana ? Oooooi Lebai ! Hudud bermuara Furu'Uddin Ooooi Lebai ! Seluruh Furu'Uddin bermuara UhsulUddin . Ooooi Lebai ! Jangan Jadi Labi dan Labu Ooooi Lebai ! Seluruh UhsulUddin bermuara KeAdilan Ilahi. Lebai Oh Lebai ! UhsulUddin perbetulkan dulu lah .

 Lebai Oh Lebai - Pemahaman UshulUddin akan menemui KeAdilan Illahi . KeAdilan kepada Allah dan KeAdilan sesama makhluk sebahagian dari UshulUddin Hudud dah lama Ujud sebab Allah Ujud. Peeei Ngaji lagi lah. Aku Berlindung Dari Syaitan Syaitan Yang Di Rejam .l on SERUAN SAEKOR JINNEKOLOGIS
Anonymous
on 3/20/15
QARADHAWI
seperti yang dinyatakan Qaradhawi- "dasar [berkenaan perlaksanaan hudud ialah] tidak dilaksanakan [hukum] hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan-seperti yang telah saya katakan-ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah, syariat, akhlak, tata susila dan nilai-nilai [murni], kita bangunkan masyarakat Islam, dalam keadaan ini, kita laksanakan [hukum] hudud". fakta ini bermakna, perlaksanaan hukum hudud adalah peringkat atau 'projek' terakhir dalam agenda perlaksanaan Islam. 

Kenyataan Qaradhawi ini secara tidak langsung menidakkan pandangan yang melihat 'perlaksanaan hudud' sebagai 'agenda teratas' dalam sesebuah negara Islam. ada blog bagi hint yg dia ni ialah sleeper agent dalam pas. dan sleeper agent ini memang terdapat di dalam semua parti politik. projek menanam barua2 dalam organisasi parti musuh adalah projek yang lama dan terancang. on SERUAN SAEKOR JINNEKOLOGIS
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 3/20/15
ISLAM CARI MAKAN
Negara yg tempat Harun Din menuntut ilmu iaitu Mesir pun belum mampu melaksanakan Hukum hudud. Mesir adalah pusat ilmu yg disanjungi oleh lebai2 PAS. Para ilmuwan mesir lagi jauh pintar dari pak2 lebai bani melayu....mereka lagi memahami hukum Islam...yg mana perlu diberi keutamaan.

Mereka bukan menentang hukum Allah, tetapi meneliti semua aspek utk mendapat kesempurnaan hukum Allah. Mereka belum berkemampuan Hanya negara munafik dan anjing amerika dan israel iaitu saudi arabia yg melaksanakan hukum hudud yg songsang ala wahabi yg lebih pada penindasan kepada kaum wanita dan golongan miskin...raja2 dan kerabat mereka kebal dari undang2 hudud.

Sungguh memalukan islam dari kacamata bukan islam..seolah olah islam mengalakkan Penindasan & kezaliman. Padahal penindasan & kezaliman adalah musuh islam. on SERUAN SAEKOR JINNEKOLOGIS
Anonymous
on 3/20/15


-----------

PEGUAM ERIC DITANGKAP LAGI

Posted: 22 Mar 2015 02:18 AM PDT



PECAH 

BERITA
peguam erick paulsen
baru sabentar tadi ditangkap
atas akta hasutan baginda queen
ketika ditangkap eric bersama
seorang lagi peguam
cun melissa sasidaran

berita menyusul...


sekarang dibawa 
ke rumah pasong dang wangi
------------

MALAM INI DATARAN MERDEKA

Posted: 22 Mar 2015 01:44 AM PDT





MALAM INI
pesta anak muda
duduk bantah
jangan jadi poyo
jadi cool
datang ramai-ramai 

------------

JADI SEWEL

Posted: 21 Mar 2015 10:09 PM PDT








  1. Hubungan PM dengan  Mahathir tiada masalah, kata Khairy

    www.themalaysianinsider.com/.../hubungan-pm-deng...

    Translate this page
    3 days ago - Hubungan PM dengan  Mahathir tiada masalahkata Khairy ... baru-baru ini, Najib dan  Mahathir berbicara seperti biasa dan tidak menunjukkan reaksi berbeza. ... "Umno sebuah parti besar, ada yang sokong dan tidak.


Dr Mahathir tidak percaya 1MDB beri manfaat kepada negara

 | March 22, 2015
Penjelasan yang dibuat tidak memberi pencerahan tentang apa-apa. Kerajaan tidak perlu memperjudikan wang dalam dana lindung nilai.

KUALA LUMPUR: Mahathir Mohamad berkata beliau tidak percaya syarikat pelaburan strategik kerajaan 1MDB memberi manfaat kepada negara dalam apa jua keadaan.
Dalam wawancara oleh Clare Rewcastle Brown, seorang wartawan penyiasatan United Kingdom (UK) yang merupakan pengasas dan pengarang portal berita Sarawak Report yang kritikal terhadap kerajaan Malaysia, bekas Perdana Menteri mendakwa kerajaan 'memperjudikan wang dalam dana lindung nilai'.
Dalam wawancara pada 14 Mac lalu itu, Mahathir berkata beliau tidak berpuas hati dengan pengumuman terbaharu 1MDB bahawa dana AS$2.32 bilion yang diletakkan di Kepulauan Cayman telah ditebus sepenuhnya.
Beliau juga mempersoalkan dana berbilion ringgit yang dilaburkan dalam syarikat cari gali PetroSaudi International.


KAH KAH KAH

woit
mana menantu ayah
mana menantu bijak
suka yang slim
kahwin yang gemok
terseksa badan
tu pasal politik sewel
kah kah kah

KAHWIN
 POLITIK GEMOK 

-------------

PROGRAM MENGHASUT MALAM INI

Posted: 21 Mar 2015 09:08 PM PDT






MALAM INI


DUDUK BANTAH

JAM 9:00 MALAM


-----------

LEBIH BAK KU TEE

Posted: 21 Mar 2015 08:44 PM PDT




 28 MAC  2105
JUMPA DI SOGO

Musa Hitam desak Umno tegas, jangan lebih PAS dari PAS
Menegaskan yang hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia, Tun Musa Hitam hari ini melahirkan kekecewaannya terhadap Umno yang sehingga kini masih belum menyatakan pendirian rasminya berhubung pelaksanaan hukum itu di Kelantan.

"Umno tidak mampu dianggap seolah-olah cuba melebihi PAS dalam hal ini. Umno janganlah hendaknya mahu menjadi lebih PAS daripada PAS sendiri! 'Umno should not be trying to out-PAS PAS!'," katanya. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/musa-hitam-kecewa-umno-tiada-pendirian-tegas-dalam-isu-hudud#sthash.NnK0Hwhq.dpuf

KAH KAH KAH
woit
parti ketuanan melayu
sudah jadi
lebih riduan bak ku tee
dari riduan bak ku teh
kah kah kah

BAK KU TEE

-----------

Tiada ulasan: