Ahad, 22 Mac 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Homestay JKKK turut memperkenalkan pelawat datang ke daerah Sabak Bernam

Posted: 21 Mar 2015 09:07 PM PDT

ELBI RISALAH


Selepas kira-kira  enam tahun beroperasi, kini Homestay JKKK Kampong Sungai Haji Dorani, Sungai Besar berjaya menarik minat ramai pelawat datang ke daerah Sabak Bernam meninjau berbagai  aktiviti pertanian  , perusahaan Industri kecil Sederhana (IKS) dan tempat-tempat sejarah.

Menceritakan sejarah penubuhannya, Ketua Kampong Sungai Haji Dorani, Encik Mat Ismail Basir , berkata tercetusnuya hasrat menubuhkan Homesstay JKKK berikutan  dalam tahun 2009 lalu ada sebuah rombongan pengantin dari negeri di utara Semenanjung datang ke kampung tersebut.

Aktiviti naik gerabak motor menjadi kegemaran kalangan pelajar untuk melawat sekitar Kampong Sungai Haji Dorani.

" Rombongan pengantin tersebut pada awalnya berhasrat menginap di resort yang ada di kampung ini. Kerana kosnya agak mahal dan jumlahnya ramai, mereka meminta jasa baik JKKK untuk memberi kemudahan Balai JKKK sebagai penginapan sementara dan telah di beri kebenaran ".

Katanya, memandangkan Balai JKKK tidak ada kemudahan penginapan rombongan tersebut terpaksa tidur di atas lantai sahaja tanpa tikar dan bantal. Hal tersebut kemudiannya telah dibincang dalam mesyuarat bulanan JKKK dan dari situ lahirlah hasrat menubuhkan Homestay JKKK yang dikelolakan oleh Biro Pelancongannya.

Kemeriahan terbayang di wajah kanak-kanak yang menyertai aktiviti naik sampan dan naik rakit semasa datang berkunjung ke Homestay JKKK Kampong Sungai Haji Dorani.


Oleh kerana tidak ada sumber kewangan dan bantuan luar, Homestay JKKK pada mulanya hanya mengelolakan lawatan sehari tanpa menginap kepada pelawat dengan mengenakan sedikit bayaran sahaja serta tidak ada perkhidmatan makan minum untuk mereka..

Encik Mat Ismail menjelaskan lagi , di bawah kelolaan Penyelia Homestay JKKK, Haji Ab.Jalil bin Ambot yang pernah bertugas dengan sebuah  agensi pelancongan dan bekas pemimpin pertubuhan belia kampungnya, Homestay JKKK telah dikenali ramai dan dapat bersaing dengan homestay lain di daerah Sabak Bernam serta lebih awal ditubuhkan.

" Alhamdulillah, sekarang Homestay JKKK telah mempunyai aset dari segi peralatan audio / video , peralatan jamuan pelawat, peralatan aktivitinya dan kewangan yang mencukupi, " , katanya.

Menyentuh matlamat Homestay JKKK di tubuhkan, Encik Mat Ismail menjelaskan, pada peringkat awal hanya  terhad untuk memperkenalkan Kampong Sungai Haji Dorani serta pengusaha IKS di kampung itu kepada pelawat luar semata-mata., di samping menyediakan kemudahan rumah penginapan .

Dengan bertambahnya bilangan pelawat dan atas saranan diterima daripada mereka, Homestay JKKK telah  memperluaskan aktiviti lawatannya  ke peringkat daerah Sabak Bernam  pula.

" Mulai dua  tahun lalu Homestay JKKK turut memperkenalkan pula perusahaan-perusahaan  IKS kampung lain dan tempat lawatan yang ada di daerah Sabak Bernam seperti Muzium Pertanian dan Perikanan , kawasan kelip-kelip dan burung , Masjid Jin , Mini Muzium Wak Surgi, IKS Nata De Coco, Rumah Ukiran Kayu dan sebagainya ". katanya.

Pelawat membeli belah di salah sebuah perusahaan IKS yang terdapat di Kampong Sungai Haji Dorani.

Beliau menambah, semenjak penubuhan Homestay JKKK banyak faedah diperoleh oleh penduduk kampungnya . Seperti berjaya dan dapat meluaskan pasaran berbagai jenis perusahaan IKS, menambah pendapatan tuan punya rumah homestay , kewangan tambahan pembekal makanan pelawat dan memberi pekerjaan sambilan kepada kalangan belia.

" Homestay JKKK banyak mengalami perubahan kemajuan sejak dari penubuhannya. Ini termasuk menyediakan berbagai jenis pakej lawatan sesuai dengan kemahuan dan cita rasa pelawat yang datang berkunjung , " ujarnya lagi.

Homestay JKKK menyediakan kolam ikan khas untuk aktiviti memancing ikan tanpa terhad ketika musim bersawah sahaja.

Di antara pakej ditawarkan: Menyediakan rumah-rumah penginapan homestay untuk keluarga dan rombongan pelawat, lawatan sehari hingga lawatan tiga hari dua malam, pakej rekreasi di pantai, kajian kebudayaan dan ekonomi serta kemudahan lokasi penggambaran drama TV / Filem.

Menjawab pertanyaan , Encik Mat Ismail berkata pakej terbaru yang akan dilancarkan tidak lama lagi ialah ' Pakej Makanan Kampung ' di mana pelawat boleh datang ke Kampung Sungai Haji Dorani semata-mata untuk menikmati berbagai jenis makanan, tanpa perlu menyertai pakej lawatan atau  menginap di rumah homestaynya.

" Di antara makanan yang dicadangkan ialah masakan lauk ' pecal lele ', nasi ambeng, wadai kepeng, lauk kulit lembu sambal taun, pecal Jawa, ikan masak ompok dan lain-lain masakan suku kaum Melayu yang ada di kampung ini ," tambah beliau lagi

Beliau menjelaskan, Homestay JKKK turut menyediakan kemudahan maklumat kepada mereka yang  ingin berkunjung ke Kampong Sungai Haji Dorani melalui talian 019-911 4470 ( Penyelia Homestay JKKK ) , email : kampongshd@gmail.com, website:http://homestayjkkk.blogspot.com/ , facebook dan whatsapp talian 017-290 4787.

Aktiviti naik sampan untuk pelawat berkeluarga.


.

Hudud: Latheefa disaran dalami ilmu syariah

Posted: 21 Mar 2015 06:41 PM PDT

Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Peguam PKR yang didakwa sering mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat disaran mendalami ilmu syariah terlebih dahulu sebelum menghentam rang undang-undang hudud yang diluluskan oleh Dewan Undang Negeri (DUN) Kelantan baru-baru ini.
 
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Latheefa Koya yang mendakwa undang-undang hudud diperjuangkan PAS tidak selari dengan ajaran Al-Quran.
 
"Saya nasihatkan dia mendalami ilmu syariah dan kurangkan bercakap perkara yang dia tidak faham," katanya ringkas menerusi kiriman aplikasi Whatsapp kepada Antarapos.
 
Semalam, Latheefa menyenaraikan empat perbezaan diantara hudud berasaskan Quran dan enakmen hudud 1993 yang diperkenalkan oleh PAS.
 
Sebagai contoh, dalam Al- Quran tidak disebut apa-apa hukuman untuk kesalahan murtad, dakwa Latheefa.
 
"Undang-undang hudud PAS pasti tidak terdapat dalam Quran.
 
"Oleh itu, (hudud ciptaan PAS) wajar ditolak sama sekali. Ia merupakan ciptaan mereka sendiri. PAS mewujudkan kekeliruan dan kejahatan dengan menggunakan nama tuhan," ujarnya.
 
PAS  akan membentangkan usul persendirian di Parlimen bagi meminda peruntukan mengenai kuasa-kuasa Mahkamah Syariah bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan. 
 
Parti itu perlu memperolehi sokongan majoriti mudah 112 undi di Parlimen dan memerlukan sokongan Ahli Parlimen PKR beragama Islam untuk mencapai matlamat itu. 
 
Presiden parti dijangka membentangkan usul persendirian itu di Dewan Rakyat  pada sidang yang sedang berlangsung sekarang.


Hishammuddin : LIMA'15 Bakal Catat Rekod Pengunjung Tertinggi

Posted: 21 Mar 2015 06:34 PM PDT

RAKYATNEWS


 


LANGKAWI - Jumlah pengunjung ke Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA'15) mencatat rekod baharu pada hari terakhir pameran terkemuka itu diadakan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah orang ramai yang melawat LIMA kali ini dijangka melebihi 130,000 orang yang dicatat pameran serupa dua tahun lepas.

Dalam ucapan penutupan ringkas yang dibaca timbalannya Datuk Abdul Rahim Bakri, Hishammuddin berkata jumlah keseluruhan pengunjung sepanjang pameran tiga hari yang diadakan untuk industri utama (Selasa hingga Khamis) ialah 39,684.

Katanya jumlah orang ramai yang mengunjungi segmen aeroangkasa sehingga semalam ialah 50,826, manakala 35,855 melawat segmen maritim di Awana Porto Malai.

"Pameran ini diadakan di sekitar Langkawi sejak 25 tahun lepas dan pameran tahun ini yang turut mengandungi program aktiviti, pertunjukan maritim dan udara serta pameran statik merupakan yang paling memberi kesan setakat ini," kata Hishammuddin.
 
 
Beliau menyifatkan LIMA'15 sebagai edisi terbesar dan terbaik setakat ini serta memecah rekod kerana mempamerkan 110 pesawat udara, lima pasukan aerobatik, 65 kapal dan bot perang serta 512 pempamer dari 36 negara, 266 daripadanya adalah dari Malaysia.

Katanya jumlah itu jauh mengatasi edisi sebelum ini, manakala perkembangan kukuh yang dicatat itu menunjukkan LIMA dianggap secara meluas sebagai platform pilihan utama dan pintu masuk ke ASEAN.

Hishammuddin menjangka peningkatan sebanyak 10 peratus akan dicapai pada LIMA akan datang, yang dijadual berlangusng pada Mac 2017.

LIMA'15 juga menyaksikan kontrak bernilai RM9.29 bilion dicapai melalui memorandum persefahaman yang ditandatangani, melebihi RM4.27 bilion yang ditandatangani pada LIMA'13 dan menunjukkan peningkatan sebanyak 121 peratus, katanya.

Di samping menjadi platform bagi perniagaan, tujuh persidangan dan aktiviti berimpak tinggi turut diadakan, termasuk Rundingan Meja Bulat Panglima-panglima Tentera Laut, Sidang Kemuncak Penerbangan ASEAN, Persidangan Ketua-ketua Udara LIMA'15, Forum Terbuka Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia Bagi Teknologi Tinggi dan Forum Perniagaan ASEAN.


Kagum Adun PKR sokong hudud walau parti tolak

Posted: 21 Mar 2015 06:27 PM PDT


Mohd Roslan Puteh Mohd Roslan Puteh
 
 
 
KUALA KRAI - Pemuda Pas Kuala Krai berasa kagum dengan keberanian Adun Guchil, Mohd Roslan Puteh, menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah II atau hudud dilaksanakan di negeri ini walaupun ia mendapat tentangan daripada wakil rakyat PKR lain.

Ketua Pemuda Pas Kuala Krai, Nazman Che Iberahim menyifatkan Mohd Roslan sebagai satu-satunya wakil rakyat PKR di Kelantan yang berani bersuara mengenai perkara itu.

Sehubungan itu, beliau merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Mohd Roslan atas keberanian ditunjukkannya dalam meneruskan tekad serta komitmen terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

"Walaupun berbeza parti dan dasar perjuangan, kami tetap mengagumi keberanian ditunjukkan oleh Mohd Roslan.

"Beliau terus membawa aspirasi rakyat di kawasan yang diwakilinya walaupun telah menerima arahan daripada partinya untuk tidak mengambil bahagian dalam perbahasan dan meluluskan pindaan terhadap enakmen tersebut," katanya.

Nazman berkata, walaupun Mohd Roslan mungkin dikenakan tindakan tatatertib oleh PKR selepas ini, namun beliau dilihat lebih mengutamakan kehendak rakyat peringkat akar umbi.

Menurutnya, anak-anak muda akan sentiasa memberi sokongan dan dukungan atas usaha murni Mohd Roslan kerana keberaniannya menyuarakan hasrat rakyat.

"Pemuda Pas Kawasan Kuala Krai juga menuntut janji serta mendesak Umno untuk menzahirkan keikhlasan mereka melalui ahli-ahli Parlimen BN, dengan menyokong Bil Persendirian (Private Bill).

"Perkara ini akan dibawa oleh wakil rakyat daripada Pas bagi meminda Akta 355 dengan menaikkan hukuman rotan mengikut kehendak syarak," katanya.


'Seks luar tabii bukan liwat tapi ta'zir'

Posted: 21 Mar 2015 06:24 PM PDT

MALAYSIAKINI



Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjelaskan, kesalahan melibatkan pelakuan seks luar tabii tidak termasuk dalam hukuman hudud.

Sebaliknya, beliau berkata,  hukuman bagi kesalahan melibatkan pelakuan seks lesbian, seks dengan mayat dan haiwan dimasukkan di dalam kesalahan ta'zir - bukan seperti yang diaporkan sebelum ini bahawa ia dimasukkan dalam kesalahan liwat.

Sebelum ini, ADUN Panchor itu memberitahu media bahawa hukuman untuk kesalahan melibatkan pelakuan seks luar tabii tidak digugurkan dalam Kanun Jenayah Syariah II yang diluluskan Khamis lalu tetapi dimasukkan dalam kategori sama dengan kesalahan liwat.

"Itu silap saya (laporan sebelum ini). Sebenarnya liwat hanya dalam kes liwat. Lesbian, bersetubuh dengan binatang, mayat akan masuk dalam kategori ta'zir iaitu kita akan pinda  Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kelantan) 1985. Bukan (dimasukkan) dalam kategori liwat dan hudud.

"Saya silap memberi keterangan. Selepas saya memeriksa semula, ia sebenarnya di bawah ta'zir yang kita akan pinda dan masukkan dalam enakmen 1985 itu yang mana akan dibuat dalam sidang DUN akan datang," katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Menurut Mohd Amar lagi, pada sidang DUN akan datang, kerajaan negeri akan membentangkan enakmen 1985 iaitu khusus kepada kesalahan ta'zir.

"Ia (seks luar tabii) sebenarnya tidak dimasukkan dalam hudud tetapi ta'zir. Boleh jadi hukuman ta'zir lebih berat daripada hudud. Ia atas mahkamah," jelasnya.

Ta'zir merupakan kesalahan-kesalahan selain daripada kesalahan hudud atau qisas.

Hukuman bagi kesalahan ta'zir akan ditetapkan oleh Badan Perundangan Negeri di bawah Kanun Jenayah Syariah II atau selainnya dan hukuman dijatuhkan mengikut budi bicara mahkamah


Polis akan siasat Aisyah dan yang ugut

Posted: 21 Mar 2015 06:22 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Polis hari ini berkata ia akan menyiasat ancaman terhadap penyampai BFM Aisyah Tajudin berhubung video parodinya yang mengkritik keutamaan kerajaan Kelantan berkaitan hudud, tetapi Aisyah juga akan turut disiasat.
 
"PDRMsia akan siasat kedua2 pihak, Penyiar BFM dan yg ugut Penyiar.

"Penulis Skrip Penyiar juga akan di panggil," tulis Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Twitter hari ini.
 
Semalam, Aisyah menerima ancaman rogol dan bunuh di media sosial selepas satu video parodi di BFM tersebar luas di Internet.
 
BFM telah menarik balik video berkenaan dengan menyatakan bahawa ia tidak bertujuan menghina hudud tetapi hanya untuk mengemukakan soalan yang sah mengenai pelaksanaannya.
 
Stesen radio itu juga menjelaskan bahawa Aisyah tidak bertanggungjawab terhadap skrip video itu dan hanyalah penyampainya sahaja.
 
 

DAP hentam Hadi atas 'pengkhianatan bersiri'

Posted: 21 Mar 2015 06:19 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


DAP hari ini buat pertama kalinya secara terbuka mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan apa yang dikatakannya sebagai "pengkhianatan bersiri" oleh pemimpin tertinggi parti itu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata masalah yang dihadapi Pakatan Rakyat telah melampaui kedegilan PAS Kelantan untuk melaksanakan hudud tetapi juga ketidakupayaan Abdul Hadi untuk mengotai janji-janjinya.

Menurutnya, isu yang dihadapi oleh majlis kepimpinan Pakatan bukan lagi sekadar kedegilan PAS yang mahu ercayai dan bekerjasama dengan Umno bagi melaksanakan undang-undang hudud tetapi juga penghinaan Pakatan dengan memungkiri janji yang dinyatakan sendiri kepada gabungan itu.

"Pengkhianatan bersiri oleh kepimpinan utama PAS ini adalah satu tindakan provokasi yang dilakukan secara sengaja untuk memecahkan Pakatan, atau demi mengugut DAP dan PKR supaya menyerah kepada PAS atau sebaliknya melihat Pakatan Rakyat berpecah," kata Lim dalam satu kenyataan.

Kenyataan Lim dibuat selepas pendedahan bahawa Abdul Hadi telah menghantar notis untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen berkaitan pelaksanaan hudud, tanpa pengetahuan gabungan tersebut.

Katanya, Hadi telah menghantar notis itu kepada Parlimen pada 18 Mac, untuk melaksanakan hudud ke atas orang Islam di Kelantan dengan meminda Akta 355, iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Manakalah undang-undang hudud di Kelantan, katanya,  hanya diluluskan sebulat suara oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang bersidang pada 19 Mac.

Dengan mengemukakan notis itu ketika rang undang-undang itu baru diluluskan, kata Lim, menunjukkan bahawa Hadi sekali lagi memungkiri janji yang dibuatnya sendiri pada mesyuarat 8 Februari bahawa sebarang usaha untuk mengemukakan usul persendirian itu, harus terlebih dahulu dibincangkan dalam mesyuarat majlis kepimpinan Pakatan.


Nancy: RUU hudud mungkin tak sempat

Posted: 21 Mar 2015 06:17 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Kelantan tidak mungkin dapat dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sekarang.

Beliau berkata ini berikutan banyak lagi rang undang-undang kerajaan perlu dibentangkan dalam sidang Parlimen (Dewan Rakyat) kali ini yang akan berakhir 9 April depan. 

"Saya difahamkan Speaker Dewan (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) sudah menerimarRang undang-undang persendirian mengenai hudud ini, tetapi belum tahu sama ada akan dibentangkan atau tidak.

"Kerana banyak bill (RUU) kerajaan seperti rang undang-undang khas untuk menangani ancaman militan termasuk kumpulan IS akan dibentangkan pada persidangan kali ini.

"Jadi kita tidak tahu ada masa yang cukup atau tidak untuk dibentangkan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyempurnakan penangguhan mesyuarat agung tahunan Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak, di Kuching hari ini.

Khamis lepas, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai undang-undang hudud untuk dilaksanakan di negeri itu. - Bernama


 

MP kritik polis iringi protes Pemuda MCA di HQ DAP

Posted: 21 Mar 2015 06:08 PM PDT

MALAYSIAKINI



 


Seorang ahli Parlimen DAP mengkritik pihak polis apabila motosikal peronda polis dilihat mengiringi konvoi Pemuda MCA untuk mengadakan protes di ibu pejabat DAP berhubung enakman hudud semalam.

 
Pemuda MCA yang mengadakan protes itu semalam telah menyerahkan surat peletakan jawatan untuk wakil rakyat DAP kerana mendakwa mereka tidak menghalang pembentangan enakmen hudud Kelantan.

"Tetapi apa yang menghairankan ialah sekurang-kurangnya dua motosikal polis berkuasa tinggi dilihat mengiringi konvoi kereta mewah Pemuda MCA pagi semalam," kata Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng.

"Kenapa pula pihak polis tidak menyediakan khidmat pengiring untuk perhimpunan aman yang dianjurkan oleh BERSIH serta perhimpunan Kita Lawan baru-baru ini yang ternyata berakhir secara aman tanpa provokasi pihak polis.

"Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar seharusnya mengingatkan anggotanya agar tidak menjadi budak suruhan MCA kerana yang membayar gaji mereka adalah rakyat, dan bukan MCA," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim (kiri) secara berseloroh berkata beliau gembira MCA menyokong idea perhimpunan aman dan berharap parti komponen BN itu tidak akan mengkritik perhimpunan aman pada masa akan datang.

"Selepas ini MCA tidak perlu lagi mengutuk sebarang perhimpunan aman di Malaysia, malah seharusnya menyokong mereka yang berhimpun secara aman serta mengambil bahagian dalam perhimpunan-perhimpunan rakyat pada masa akan datang,"



Pengundian PRK Dun Chempaka bermula

Posted: 21 Mar 2015 06:00 PM PDT

SINAR HARIAN


Pengundian PRK Dun Chempaka bermula Calon Pas, Ahmad Fathan Mahmood memasuki perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 1 untuk membuang undi, kira-kira jam 8 pagi tadi.
 
 
 
KOTA BHARU - Sembilan buah sekolah di sini mula dibuka 8 pagi ini untuk membolehkan 20,390 pemilih mengundi pada PRK Dun Chempaka.

Sembilan sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gajah, SK Sabak, SK Parang Puting, SK Kem, SK Che Deris, SK Seri Chempaka, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badang, SMK Pengkalan Chepa, dan Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin A'ishah Putri Chempaka.

Proses pengundian akan berlangsung sehingga jam 5 petang. PRK Dun Chempaka menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon Pas dan empat calon bebas.

Pas diwakili Ketua Urusan Ulama Pas Dun Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42.

Empat calon bebas terdiri daripada bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang, Fadzillah Hussin, 55, dan ahli perniagaan Aslah Mamat, 64.

PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, pada 12 Feb lepas.

Pada proses pengundian awal pada 18 Mac lepas, sejumlah 35.40 peratus atau 530 orang daripada 1,497 pengundi awal daripada kalangan anggota tentera dan pasangan mereka telah menunaikan tanggungjawab mereka.

BN tidak bertanding pada PRK ini kerana memberi tumpuan kepada kerja-kerja pemulihan pasca banjir setelah Kelantan dilanda banjir luar biasa pada Disember tahun lepas. - Bernama