Rabu, 25 Februari 2015

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


PEMBENTANGAN PINDAAN ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH II KELANTAN

Posted: 24 Feb 2015 11:38 PM PST

KENYATAAN MEDIA

24 FEBRUARI 2015

PEMBENTANGAN PINDAAN ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH II KELANTAN :

REAKSI KEPADA KENYATAAN YB GOBIND SINGH DEO

Saya merujuk kepada kenyataan terkini yang dibuat oleh Ahli Parlimen Puchong, YB Gobind Singh Deo yang juga merupakan Pengerusi Biro Undang-Undang DAP yang telah dilaporkan secara meluas di dalam media massa.

Beliau dilaporkan sebagai berkata bahawa PAS tidak lagi dilihat sebagai sebahagian dari Pakatan Rakyat sekiranya Kerajaan Negeri Kelantan di bawah PAS meneruskan hasrat untuk membentangkan pindaan ke atas Enakmen Kanun Jenayah Shariah II Kelantan 1993 (lebih dikenali sebagai 'Enakmen Hudud') di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang dijadualkan pada 18 Mac 2015.

Dalam hal ini, saya ingin memperingatkan YB Gobind bahawa Enakmen Kanun Jenayah Shariah II Kelantan yang ingin dipinda ini adalah sebuah undang-undang yang telah wujud lebih 20 tahun yang lalu, lama sebelum kewujudan Pakatan Rakyat itu sendiri. Manakala pindaan yang dicadangkan hanyalah untuk mengemaskini dan memperbaiki undang-undang tersebut terutama dari aspek teknikal yang tertentu. Ia belum dapat dilaksanakan sehinggalah mendapat kebenaran dan pindaan undang-undang di Parlimen.

Pindaan yang bakal dibentangkan juga tidak mempunyai sebarang kaitan dengan cadangan pembentangan rang undang-undang persendirian ahli Parlimen (Private Member's Bill) di Dewan Rakyat yang berkait dengan Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan atau Akta Mahkamah Syariah 1965 sebagaimana yang digemburkan oleh sesetengah pihak memandangkan tarikh pembentangannya pun belum ditetapkan lagi. Adapun PAS menggunakan jalan demokrasi dalam proses melaksanakan perkara ini yang mana ia memberikan pilihan kepada ahli parlimen untuk membentangkan.membahas,menyokong atau ,menolak rang undang-undang persendirian yang ingin dibawa itu.

Ahli Parlimen Puchong, YB Gobind Singh Deo bolehlah menggunakan ruang demokrasi tersebut untuk menyatakan pendirian bersama Ahli Parlimen DAP yang lain tanpa perlu membangkitkan isu berkenaan kedudukan parti lain di dalam Pakatan Rakyat. PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan akur dengan apa jua keputusan dan ketetapan yang akan diputuskan di Parlimen kelak samada menerima mahupun menolak rang undang-undang persendirian tersebut.

PAS juga menghormati keputusan yang telah disepakati bersama di dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015 yang lalu. Oleh itu, PAS mendesak agar Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat dapat diadakan segera agar pihak PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan dapat memberikan penjelasan butiran pindaan Enakmen Kanun Jenayah Shariah II Kelantan.


Yang benar,


YB DATO' MAHFUZ HAJI OMAR
Ketua Penerangan PAS/
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS

Sedap Ayat Mat Nor Deris Ni

Posted: 24 Feb 2015 09:24 PM PST



Pembaca boleh nilaikan.

TG Haji Hadi Tiada Tokoh Kepimpinan?

Posted: 24 Feb 2015 06:23 PM PST

Ahmad Amzad Hashim

DS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dihormati diseluruh dunia bukan sekadar ilmunya. Beliau lebih dikenali sebagai seorang tokoh pemimpin.

Beliau dijemput sebagai tetamu di negara2 Islam atas ketokohan kepimpinannya untuk beri pandangan tentang kepimpinan, urusan ummah, masalah pergolakan dunia, menyelesaikan konflik antarabangsa.

Bukannya keluar masuk tv dipentas antarabangsa atas kapasiti sebagai tempat rujuk utk beri fatwa fatwa feqah dan akidah semata mata.

Dalam dunia Islam, beliau ikon kepimpinan. Selain ikon keilmuan.

Sangat jahil mereka yg berkata DS TGHH tiada tokoh kepimpinan. 

Seperti katak bawah tempurung yg mungkin tak pernah mengenal dunia luar yg lebih dikenali oleh DS TGHH yg terbang ke sana sini dgn undangan yg tak menang tangan utk dihadiri.

Spesifiknya yg ada hati nak langgar jadi Presiden parti.

Apa kamu fikir dah capai piawai murobbi ker kalau dilihat tunggangan dan jadi alat yg ditaja DAP ?

Atau kena bercakap bahasa baku, cakap orang putih, pakai kot, baju tie in baru ada tokoh pemimpin?

Tiada ulasan: