Rabu, 25 Februari 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Berilah peluang untuk Hj Hadi berehat.

Posted: 25 Feb 2015 04:50 AM PST

   Setiap jawatan dalam PAS berkuatkuasa untuk selama dua tahun. Habis tempoh masa tersebut, jemaah akan membuat pemilihan baru melalui muktamar.

 Setiap ahli berhak untuk dicalon bagi mana-mana jawatan dalam parti. Jemaah akan menentukan kredibiliti setiap calon yang layak untuk dipilih.

  Namun agak menarik apabila tersibarnya surat daripada Setiausaha PAS perhubungan Selangor kepada Setiausaha PAS Kawasan.

 Surat tersebut meminta supaya dipanjangkan kepada setiap penjawat lantikan politik yang terdiri daripada  Ahli Parlimen, Adun, Penyelaras DUN, Ahli Majlis PBT, dan Pengerusi JKKK (Ketua Kampong) untuk hadir ke Majlis Amanat dan Bai'ah bersama Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man, sebagaimana yang tertera dalam paparan edaran di sebelah.

Apa agendanya? Tentu ada sesuatu yang sangat mencurigakan dan mengundang berbagai spekulasi dan tanggapan.

 Apakah ini satu usaha untuk memaksa ahli supaya akur mengangkat TITM menggantikan Hj Hadi sebagai Presiden dalam muktamar nanti?

Atau apakah ini satu usaha untuk tidak mengadakan pertandingan bagi jawatan tertinggi parti?

 PAS sepatutnya merasakan bahawa cabaran adalah sihat bagi parti dan ia seharusnya diuruskan dengan rapi bagi menghalang dan mengelakan daripada sebarang salah guna oleh pihak yang lebih dominan. 

    Betapa besarnya jiwa para pemimpin Umno kalau kita soroti kembali tindakan mereka di masa lalu. Ternyata mereka lebih bermaruah dan berjiwa besar.

   Tunku Abdul Rahman, misalnya oleh kerana populariti beliau  sudah menurun, berikutan peristiwa 13 Mei dan kerana beberapa keputusan yang dibuatnya selepas itu, maka beliau meletak jawatan untuk diganti oleh Tun Abdul Razak. 

  Allahyarham Tun Hussien Onn, akibat kesihatan beliau yang merosot, beliau menyatakan hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri dan diambil alih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
   
Rasanya saya tidak perlu mengimbas semula mengenai Mahathir Mohamad. Perletakan jawatannya memang mengejutkan ramai hingga kasut tumit tinggi Kak Rafidah pun tertanggal! Kah! Kah! Kah. Hak tu lah ajer aku cerita pasal perletakan jawatan Mahathir. 


 Apa yang lebih penting yang ingin saya rakamkan di entri saya kali ini ialah suatu perkara yang agak relevan dengan keadaan presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Ini adalah menurut catatan bekas Menteri Sanusi Junid : 
Apabila Tun Hussein Onn mengidap penyakit jantung beliau telah menjalani satu pembedahan. Saya difahamkan, oleh kerana saya sendiri mempunyai masalah sakit jantung, bahawa setelah selesai pembedahan seseorang pesakit itu agak 'moody' dan 'temperamental' untuk beberapa bulan. 
 Dalam waktu itu seseorang pesakit jantung tidak boleh membuat keputusan tanpa menyesal kemudiannya. Entah kenapa, waktu cuti sakit, Tun Hussein Onn telah meletak jawatan dari menjadi Perdana Menteri.
  Sebenarnya tindakan Tun Hussein ini telah ditentukan oleh Allah s.w.t. untuk Tun Dr. Mahathir menggantinya.
  Saya ingin menyarankan agar Hj Hadi memberi laluan kepada orang lain atas faktor kesihatan beliau sendiri dan sekali gus menerima jawatan sebagai Mursyidul 'Am menggantikan almarhum TGNA. Kemampuan Hj Hadi untuk hadir bersama bermesyuarat yang begitu ketara terhad membuktikan kepada kita semua sememangnya beliau perlu berehat. Berilah peluang untuk Hj Hadi berehat.

Jamil Khir, Mazhab al-Shafi’i mensabitkan liwat sebagai zina....

Posted: 24 Feb 2015 10:26 PM PST

"Qazaf itu tuduh orang melakukan zina. Tak boleh sebut semua 
 qazaf. Qazaf kerana mencuri, itu salah." Kata Jamil Khir
 dalam usahanya mahu memperbodohkan rakyat.
 Panel, Klinik Hukum Syarak dan Guaman Syarie, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM Bangi, Selangor, telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar bertarikh 18 Ogos 2008.


Kajian terperinci mengenai qazaf yang dilakukan oleh panel Klinik Hukum Syarak dan Guaman telah membuat keputusan satu resolusi seperti berikut :
 Syarie bersepakat memutuskan perkara-perkara berikut:
 1. Mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan liwat sama ada secara paksa atau kerelaan tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki yang cukup syarat atau pengakuan tertuduh adalah dikira sebagai tuduhan qazaf sebagaimana dalam Seksyen 41, Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Walaupun Seksyen 41 tidak menyebutkan liwat namun ia termasuk dalam kategori zina menurut Hukum Syarak berdasarkan Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997, Seksyen 130(2) yang menyebut bahawa jika terdapat lakuna atau jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Akta ini, Mahkamah hendaklah memakai Hukum Syarak. Hukum Syarak bermaksud mengikut Mazhab Shafie, atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanafi atau Hanbali berdasarkan Seksyen 3, Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997. Majoriti fukaha termasuk Mazhab al-Shafi'i mensabitkan liwat sebagai zina. Justeru, tuduhan liwat adalah tuduhan zina.
 2. Pada asasnya, orang yang menuduh orang tertentu meliwat tanpa bukti empat orang saksi lelaki yang cukup syarat atau pengakuan tertuduh dianggap melakukan jenayah qazaf. Namun begitu, orang yang mendakwa dirinya diliwat boleh mengemukakan sebarang bukti yang boleh diterima di mahkamah, menyokong dakwaannya itu seperti pengesahan doktor. Jika dia tidak dapat mengemukakan bukti diliwat maka dia dianggap melakukan tuduhan qazaf terhadap seseorang. Anda boleh rujuk  di sini
 Jadi kita tunggu apa alasan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu nak kata. Sebelum ini dia kata :
Pihak yang ingin membuat tuduhan jenayah qazaf terhadap peguam Tan Sri Shafee Abdullah dalam kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mengkaji enakmen berkaitan terlebih dahulu.

"Semak balik Seksyen 41 Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Selangor. Ada seksyennya.


"Qazaf itu tuduh orang melakukan zina. Dia tak boleh sebut semua (berkaitan) qazaf.


"(Contohnya) qazaf (kerana) mencuri, itu salah,"

Apa maksud sebenar kamu ZAM?

Posted: 24 Feb 2015 08:00 PM PST

Oleh TK Chua 
 Saya tidak tahu niat sebenar  tulisan Zainuddin Maidin mengenai Lee Kuan Yew. Di tengah-tengah pujian bagi Lee, beliau menyindir banyak perkara yang sama ada separuh benar atau omong kosong secara terang-terangan. (Saya tidak buat link kepada tulisan Zam kerana dia berasa megah bila 30ribu lebih mengunjungi blognya kerana mempersoalakan kewajaran pengkebumian TGNA diperkuburan Islam)

 Umpamanya, membandingkan Menara Berkembar kita dan pesta F1  dengan pencapaian Singapura adalah terlalu mudah dan naif. Mengapa tidak bandingkan Putrajaya kita yang luas  dengan Istana Singapura yang kecil? Mengapa tidak bandingkan jet peribadi mewah kita dengan pesawat komersial yang  pemimpin Singapura ambil dalam perjalanan. Kenapa tidak membandingkan saiz KLIA dan KLIA2 dengan Lapangan Terbang Changi Singapura?

 Struktur fizikal tetapi hanya satu aspek kecil daripada pencapaian masing-masing kedua-dua negara. Perbandingan yang lebih penting seseorang itu perlu dibuat seharusnya terhadap bidang sistem yang lembut - keupayaan pengurusan, budaya kerja, produktiviti, dan kekuatan organisasi.

 Ia adalah satu mitos mengatakan bahawa Singapura adalah kecil dan oleh itu lebih mudah untuk membina dan menguruskan. Mungkin kita harus bertanya bagaimana Singapura dapat membina tanpa banyak pasir dan simen dan mempunyai bekalan air yang mencukupi tanpa kawasan tadahan semulajadi yang kita ada.

Mungkin kita harus bertanya mengapa sebuah pulau kecil tanpa minyak dan gas boleh mempunyai mata wang yang kini lebih daripada dua setengah kali ganda nilai ringgit kita.

Kita juga perlu bertanya mengapa, walaupun sistem kapitalis yang didakwa kejam, bersaing sengit (berbanding dengan  sistem penyayang saksama DEB kita), Singapura mampu menyediakan perumahan yang baik dan bersih untuk sebahagian besar rakyatnya.

 Adakah sesiapa yang menonton perdebatan di Parlimen Singapura, walaupun mereka adalah antara menteri dan Ahli Parlimen penyokong kerajaan? Menteri-menteri itu tidak datang dengan jawapan yang samar-samar, tidak jelas dan mengelirukan. Isu-isu yang dibincangkan dan dibahaskan dengan fakta dan angka yang jelas. Keputusan yang dikemukakan dengan alasan yang kukuh dan justifikasi.

 Zainuddin adalah seorang wartawan berpengalaman dan seorang bekas menteri. Jika baru-baru ini dia tidak  menyaksikan perdebatan di Parlimen Singapura, izinkan saya mencadangkan bahawa dia berbuat demikian untuk mendapatkan gambaran yang lebih baik mengenai kualiti perbincangan di sana.

 Saya bersetuju Cina adalah mungkin salah satu daripada orang-orang yang lebih sukar untuk diperintah. Mereka adalah seperti lobak merah; setiap satu anda mengambil adalah kepala. Ia hanya pendapat saya, tidak berniat untuk menyakiti sesiapa khususnya.(*kepala lobak merah bermakna mudah melenting atau menentang)

 Tetapi kejayaan Lee dalam mendisiplinkan mereka dan yang mengandungi tingkah laku sosial mereka dan cauvinisme tidak boleh disebabkan oleh autoritarian beliau semata-mata. Itu akan menjadi perbahasan yang terlalu mudah.

 Orang Cina adalah sukar, tetapi mereka juga sangat pragmatik. Lee dapat menunjukkan kepada mereka kepimpinan melalui teladan, memberikan mereka penyelesaian yang pragmatik dan boleh dilaksanakan dan menguatkuasakan dasar-dasar dan program-program tanpa rasa takut atau pilih kasih.

 Ia adalah cerita lain jika niat untuk memperkecilkan, memaksa, buli, dan menakut-nakutkan.

 Malah satu keperluan daya fikir bagi autoritarian  melaksanakan kerja.

 TK Chua adalah seorang pembaca FMT
 Dengan kepercayaan kebebasan bersuara dan tanpa prejudis, FMT cuba yang terbaik untuk berkongsi kandungan dipercayai daripada pihak ketiga. Barang itu adalah hanya pendapat peribadi penulis. FMT tidak semestinya menyokong pandangan atau pendapat yang diberikan oleh mana-mana pembekal kandungan pihak ketiga. SUMBER

Tidak mengapa menuduh orang melakukan liwat tanpa saksi ....dimana keadilan perundangan Islam?

Posted: 24 Feb 2015 05:00 PM PST

Anwar Ibrahim pernah berusaha membawa kes tuduhan liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk didakwa mengikut qazaf ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur tetapi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom telah membenarkan bantahan awal untuk membatal permohonan Anwar tersebut. 

 Dengan itu, Anwar tidak boleh meneruskan permohonannya untuk mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf. Anwar telah memfailkan permohonan qazaf itu pada 7 Januari 2010.  Baca seterusnya di sini . 

Kali ini pula, dia suruh pihak yang mahu membuat tuduhan jenayah qazaf supaya kaji dulu. Kenapa tidak batalkan sahaja permohonan Wan Ji Wan Husin sebagaimana yang dilakukan sebelum ini? Mungkin sedang menyediakan skrip untuk alasan yang lebih lucu?

 Anwat telah memfailkan permohonan qazaf itu pada 7 Januari 2010. Bukankah sepatutnya pihak menteri telah menyedari apa-apa kelemahan dan melakukan kajian mengenai peruntukan seksyen tersebut dengan menyertakan sekali jenayah liwat.

Dimanakah keadilan sistem perundangan Islam sekiranya menuduh orang melakukan liwat tanpa bukti boleh terlepas begitu sahaja? 


Dan Jamil, janganlah pula nak memperbodohkan orangramai seolah-olah ada yang mahu menuduh qazaf keatas tuduhan mencuri....alahai Jamil!


Qazaf kes Anwar: Kaji dulu enakmen, kata Jamil

Pihak yang ingin membuat tuduhan jenayah qazaf terhadap peguam Tan Sri Shafee Abdullah dalam kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mengkaji enakmen berkaitan terlebih dahulu.

 "Semak balik Seksyen 41 Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Selangor. Ada seksyennya.

 "Qazaf itu tuduh orang melakukan zina. Dia tak boleh sebut semua (berkaitan) qazaf.

 "(Contohnya) qazaf (kerana) mencuri, itu salah," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

 Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sekiranya kesalahan qazaf turut meliputif perbuatan menuduh seseorang melakukan liwat.

 Jamil Khir bercakap kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Imam Peringkat Kebangsaan 2015 sempena sambutan Jubli Emas ke-50 Masjid Negara di ibu kota hari ini.

 Perkara berkaitan qazaf disebut dalam Seksyen 36, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Ia merujuk kepada kesalahan menuduh zina tanpa empat saksi atau "iqrar" pasalah.

 Jika disabitkan kesalahan, seseorang boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau keduanya.

 Semalam, pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin membuat laporan jenayah syariah kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Shafee.

 Ini kerana, Wan Ji berkata, semasa siri jelajah Liwat II, Shafee memberi kenyataan yang merupakan kesalahan qazaf kerana menceritakan mengenai perbuatan liwat antara Anwar dan Saiful, tanpa mengemukakan saksi.SUMBER

Tiada ulasan: