Rabu, 25 Februari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pantau jika harga dandan rambut isteri menteri naik?

Posted: 25 Feb 2015 04:58 AM PST


























Oleh NURUL IZZAH ANWAR


SAYA merujuk kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang dilaporkan MalaysiaKini, yang menyatakan: "Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu mengambil perhatian hal yang dibangkitkan itu".

Datuk Ahmad Maslan merujuk kebimbangan Datin Seri Rosmah Mansor, berkenaan ketiadaan pemantauan khusus buat perkhidmatan-perkhidmatan langsung ke rumah ketika ini.

Datin Seri Rosmah Mansor mengeluarkan kebimbangan ini selepas dikenakan bayaran RM1,200 untuk perkhidmatan dandanan rambut yang diterima beliau di rumah.

Beliau dilaporkan berkata demikian dalam satu Majlis Penerangan GST yang dianjurkan oleh Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (Bakti). Ternyata, keutamaan Datuk Ahmad Maslan dan Kerajaan yang pincang sebegini amat mengecewakan.

Sebelumnya, kerajaan sedar bahawa pelbagai pihak termasuk persatuan-persatuan farmasi dan perubatan telah mengeluarkan pelbagai kenyataan berkenaan kebimbangan peningkatan harga ubat-ubatan selepas pengenalan GST. Di samping itu pihak-pihak penerbit juga telah melahirkan kebimbangan mengenai harga buku-buku.

Januari lepas, Malaysian Pharmaceutical Society (MPS), Malaysian Community Pharmacy Guild (MCPG), Pharmaceutical Association of Malaysia (PhAMA), Malaysian Organisation of Pharmaceutical Industries (MOPI) dan Malaysian Association of Pharmaceutical Suppliers (MAPS) telah mengeluarkan kenyataan bahawa sebenarnya hanya 320 jenis ubat sahaja yang dikadarkan sifar di bawah GST.

Ini disebabkan walaupun dalam Senarai Ubatan Penting Kebangsaan (NEML) terdapat 4200 jenis ubat, namun sebenarnya ubatan yang sama yang dihasilkan oleh syarikat berlainan dikira beberapa kali. Sebagai contoh, paracetamol yang dihasilkan oleh pelbagai syarikat dikira sebagai 17 ubatan yang berlainan oleh Kerajaan.

Malah, pesakit Malaysia yang menggunakan penjagaan kesihatan swasta yang memerlukan bantuan perubatan seperti tongkat, kerusi roda, kaki palsu dan alat bantuan pendengaran pastinya perlu membayar caj tambahan apabila GST dikuatkuasakan.

Terdapat juga ubat-ubat kawalan yang digunakan untuk merawat pesakit kanser, penyakit buah pinggang dan pesakit HIV yang dikenakan cukai GST dan akan meningkatkan kos ubat-ubatan. Perlu diingatkan bahawa beberapa harga ubat telah meningkat antara 20% hingga 50% pada tahun 2014 dan dijangka bakal naik mendadak pada tahun ini!

Berkenaan buku pula, hanya buku teks, buku latihan, buku ilustrasi kanak-kanak  kamus dan buku teks agama yang tidak dikenakan GST. Bagaimana pula dengan beribu-ribu buku yang dalam genre berbeza seperti fiksyen, bukan fiksyen yang merangkumi pelbagai dimensi pendidikan sejarah, sains, politik, ekonomi.

Adakah buku-buku ini tidak disenaraikan sebagai sumber ilmu? Empat puluh tujuh negara daripada lima puluh satu negara telah menyenaraikan buku-buku sebagai barangan berkadar sifar, ataupun memberi kadar istimewa untuk buku-buku, mengapa tidak Malaysia?

Sikap Datuk Ahmad Maslan yang lebih mementingkan aduan daripada isteri-isteri menteri melihatkan betapa Kerajaan dan Barisan Nasional tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai kepentingan paling utama.

Persoalannya, adakah hanya sekiranya harga dandanan rambut isteri menteri naik, barulah tindakan akan diambil untuk memantau? Bagaimana pula nasib orang-orang kelas pertengahan dan rendah akan terus dihimpit tekanan kos sara hidup yang tinggi?

Di manakah hilangnya slogan Rakyat Didahulukan?

Saya akan terus menentang sekeras-kerasnya tindakan kerajaan yang mengabaikan tanggungjawab sosial kepada rakyat melalui pelaksanaan GST April ini. Lebih memburukkan keadaan adalah apabila buku-buku dan ubat-ubatan juga tidak disenaraikan sebagai barangan berkadar sifar dibawah rejim GST.

(*)  Penulis ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Program jelajah bebaskan Anwar ke seluruh negara

Posted: 25 Feb 2015 04:45 AM PST



Oleh Syed Ibrahim Syed Noh 


Hari ini merupakan hari ke-15 Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan sebagai tahanan politik. Selama 15 hari dan hari-hari berikutnya obor perjuangan membebaskan Anwar dan rakyat daripada belenggu kezaliman dan kebobrokan pemerintahan Umno-Barisan Nasional (BN) akan terus disemarakkan.

PKR terus komited dan tekad dalam meneruskan perjuangan demi rakyat dengan mengumumkan pada hari ini siri program Jelajah #BebasAnwar ke seluruh negara iaitu di sekurang-kurangnya 60 buah lokasi.

Gelombang pertama jelajah akan berlangsung dari 1 Mac 2015 hingga 6 Mac 2015 dan diikuti dengan kemuncak perhimpunan #KitaLawan pada 7 Mac 2015. Tema yang akan digunakan sepanjang jelajah ialah #BebasAnwar, #March2Freedom dan #KitaLawan.


Objektif jelajah ialah untuk memberi peluang kepada rakyat mendengar penjelasan tentang isu-isu semasa selain sudah tentunya menyentuh kes fitnah II pemenjaraan Anwar serta lain-lain kepincangan kerajaan Umno-BN akibat tata kelola lemah, salah guna kuasa dan undang-undang serta kepimpinan yang hilang punca.

Rakyat boleh menyaksikan sendiri ketidakadilan dalam kes Anwar, pendakwaan terpilih khususnya siasatan di bawah akta hasutan, sentimen perkauman sempit, skandal 1MDB, rasuah, perbelanjaan boros dan tiris.

Ia bukan sahaja menindas ahli politik, ahli profesional, golongan sarjana, peguam, kartunis, mahasiswa dan aktivis untuk bebas mengislah suasana tetapi juga menjatuhkan maruah institusi yang dihormati seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), institut pengajian tinggi dan institusi kehakiman ke tahap paling rendah. Lebih malang lagi, kehidupan rakyat terhimpit dan imej negara tercemar apabila dunia menyaksikan satu demi satu kebobrokan yang terjadi.

Rakyat sendiri sedari isu besar di hadapan bukan semata-mata berkenaan peribadi Anwar tetapi perjuangan kental dan beraninya menegakkan keadilan, kebenaran dan kebebasan untuk rakyat ke arah politik berprinsip dan demokrasi lebih matang. Rakyat sendiri boleh bertanggungjawab membetulkan suasana jika maklumat diperoleh dan difahami.

Atas sebab itu, PKR mengajak orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk hadir beramai-ramai siri jelajah #BebasAnwar di tempat anda masing-masing di seluruh negara. Perhatikan iklan promosi jelajah dan sertai!

Kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat di setiap peringkat akan berganding bahu bagi menjayakan siri jelajah ini untuk memberikan penerangan yang benar dan seluasnya kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pengorbanan Anwar tidak wajar disia-siakan, sebagaimana yang diucapkan ketika di mahkamah yang lalu:

"Melangkah ke penjara, saya anggap sebagai satu pengorbanan buat rakyat Negara ini. Saya telah berjuang hampir seluruh kehidupan saya demi rakyat negara ini – dan demi rakyat jugalah saya bersedia untuk ke penjara dan menghadapi sebarang bentuk akibat."

Mari bersama #BebasAnwar, #March2Freedom dan #KitaLawan. Lawan tetap lawan! Reformasi! –

* Penulis adalah ketua penerangan PKR.

Umno bincang PRK Dun Chempaka malam ini?

Posted: 25 Feb 2015 04:34 AM PST

MALAYSIAKINI


Bendera Umno
 
 
KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Kecil Dun Chempaka dijangka antara agenda utama mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dipengerusikan oleh presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak  di sini, malam ini.

Mesyuarat, yang akan bermula 8.30 malam ini, dipercayai akan memutuskan sama ada Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon untuk bertanding pada pilihan
raya kecil itu yang akan diadakan pada 22 Mac depan, dan penamaan calonnya pada 10 Mac ini.

Kerusi Dun Chempaka kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Februari lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), bekas menteri besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz mengalahkan calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak dengan majoriti 6,500 undi.

Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan beberapa pemimpin BN  telah menyuarakan pendapat agar BN tidak bertanding pada PRK Dun Chempaka, sebaliknya memberi tumpuan kepada kerja-kerja pemulihan pasca banjir di negeri ini. - Bernama

Anwar mengaku salah bila mohon pengampunan?

Posted: 25 Feb 2015 04:30 AM PST

MALAYSIAKINI



 


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berulangkali menegaskan beliau tidak bersalah terhadap tuduhan liwat dan rakan-rakannya di Pakatan Rakyat yakin beliau tidak akan memohon pengampunan diraja bagi jenayah yang tidak dilakukannya.


Bagaimanapun, tanpa disangka keluarganya telah membuat kejutan apabila secara senyap menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat pengampunan, dan ia sekaligus turut mengejutkan peguamnya dan pihak PKR.

Di kalangan parti itu, kebimbangannya ialah langkah memohon pengampunan itu adalah sama seperti pengakuan bersalah. Organisasi media yang dikawal kerajaan telahpun menjuruskan kea rah itu.

Bagaimanapun, peguam kes jenayah Baljit Singh Sidhu berkata keluarga Anwar telah 'dengan bijak' mengatakan bahawa mereka meminta pengampunan diraja atas alasan berlakunya salah laksana keadilan.

Banyak alasan untuk pengampunan

Namun begitu, katanya, tidak kira apa juga kenyataan keluarga Anwar, memohon pengampunan adalah untuk meminta keampunan bagi kesalahan yang dilakukan.
 
"Mereka (keluarga) boleh menyatakan apa juga alasan, tetapi ia masih memohon keampunan bagi kesalahan itu," kata Baljit (kiri) kepada Malaysiakini.

Mahkamah Persekutuan, pada 10 Februari lalu, mengekalkan sabitan dan hukuman lima tahun hukuman ke atas Anwar terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Seorang lagi peguam jenayah, Amer Hamzah Arshad, bersetuju 
bahawa memohon pengampunan diraja akan mewujudkan persepsi pengakuan bersalah.

Namun, Amer berkata, petisyen bukanlah satu dokumen di mana hujah-hujah perundangan dibuat mengenai Anwar tidak bersalah atau bersalah.

"Keputusan (berhubung petisyen itu) tidak tertakluk kepada hujah-hujah perundangan... Terdapat banyak alasan untuk memohon pengampunan.

"Jadi, sebagai contoh, jika pengampunan diberi atas alasan belas kasihan, ia bukan satu pengakuan bersalah," katanya kepada Malaysiakini.

Oleh itu, Amer (kanan) menambah, garis hujah keluarga Anwar juga tidak sama seperti pengakuan bersalah.

Petisyen, yang dikemukakan pada saat-saat akhir, yang menurut keluarga Anwar, dibuat atas inisiatif mereka sendiri, telah menimbulkan persoalan sama ada Anwar sendiri sedar mengenai usaha itu.

Malah, peguam Anwar, N Surendran sebelum ini berkata mereka tidak menerima arahan dari ketua pembangkang itu untuk memfailkan petisyen tersebut.

"Biasanya tertuduh sendiri yang mengemukakan petisyen itu... tetapi petisyen yang dikemukakan oleh pihak yang berkenaan, bukanlah sesuatu yang tidak pernah dilakukan," kata Amer.

Sambil bersetuju dengannya, Baljit berkata, orang yang rapat dengan Anwar boleh mengemukakan petisyen seumpama itu dan ia dianggap dibuat dengan persetujuan orang yang disabit.

"Jika ini bukan pendirian orang yang disabitkan itu, maka dia mesti menghantar surat untuk mengisytiharkan pendiriannya itu," katanya.

Jika tidak, kata Baljit, prosedur berkaitan petisyen itu akan diteruskan.

MMA: Doktor masih boleh beri ubat

Posted: 25 Feb 2015 04:27 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa cadangan untuk memisahkan fungsi klinik dan farmasi dalam mengeluarkan ubat kepada pesakit tidak akan dikuatkuasakan dalam tempoh terdekat.

Laporan akhbar The Sun memetik kenyataan Presiden MMA Dr H Krishna Kumar yang berkata, rang undang-undang untuk memperkenalkan Akta Farmasi itu juga masih dalam kajian.

Katanya, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam memberi jaminan bahawa Akta Farmasi itu tidak akan dibentangkan pada April.

"Kami diberitahu bahawa tiada pemisahan fungsi dalam mendispens dan membuat preskripsi dalam akta ini," katanya seperti dipetik akhbar berbahasa Inggeris itu.

Sementara itu, laporan Utusan Malaysia pula menyebut, MMA tetap menentang cadangan seperti itu kerana akan menyusahkan pengguna.

Dalam laporan itu, Krishna dipetik sebagai berkata, jumlah ahli farmasi masih tidak mencukupi untuk menggalas tanggungjawab itu.

"Jumlah ahli farmasi dan farmasi di seluruh negara masih tidak mencukupi, kebanyakan farmasi adalah di bandar maka akan menjadi beban kepada penduduk di kawasan luar bandar untuk mendapatkan ubat," katanya.

Krishna turut menegaskan bahawa sistem sedia ada perlu dikekalkan kerana terdapat lebih banyak klinik yang beroperasi 24 jam, tidak seperti farmasi.

Amalan sedia ada akan membolehkan pesakit tetap mendapatkan bekalan ubat walaupun selepas jam 12 tengah malam, katanya lagi.

Selain itu, timbul juga kebimbangan bahawa pemisahan fungsi tersebut akan menyebabkan kos rawatan meningkat.

Kalangan pengamal perubatan itu bimbang pengguna akan terpaksa menanggung yuran perundingan ahli farmasi selepas menerima rawatan dan khidmat rundingan mereka.

Selain itu, ia juga dibimbangi akan menjejaskan pendapatan doktor di klinik swasta terbabit.

Pemisahan tersebut buat masa ini sudahpun dilaksanakan di hospital kerajaan dan juga hospital swasta dengan kapasiti lebih 50 katil.

Cadangan baru ini bagaimanapun akan meliputi pelaksanaan lebih meluas termasuk klinik swasta.

Menurut laporan, Akta Farmasi itu akan dapat menyepadukan penguatkuasaan Akta Pendaftaran Farmasi 1951, Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Akta Ubat 1956 (Jualan dan Iklan).

Majlis Peguam diminta perjelas alasan etika

Posted: 25 Feb 2015 04:20 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Dua peguam mahukan Majlis Peguam memberi penjelasan berkaitan alasan etika dalam mendedahkan keterangan tertutup, sama seperti yang dilakukan oleh Tan Sri Mohd Shafee Abdullah dalam siri jelajahnya.

Kedua-dua peguam itu - Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Ipoh, Timor Thomas Su – mengajukan soalan itu dalam surat yang dihantar dengan tangan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Peguam, Chin Oy Sim hari ini.

"Kami bimbang kerana Shafee mendedahkan keterangan tertutup, yang mana tidak sesuai. Ada tujuan mengapa keterangan diberikan secara tertutup.

"Kami tidak hanya bercakap mengenai kes Anwar Ibrahim, tetapi kami juga bercakap tentang proses undang-undang secara keseluruhannya. Tiada lagi perlindungan terhadap mangsa," kata Su kepada pemberita.

Beliau menegaskan bahawa maksud memberikan keterangan secara tertutup bukan sahaja untuk melindungi identiti orang berkenaan, tetapi juga untuk menghormati sebab-sebab di sebalik keputusan hakim.

Berikutan itu, Lim dan Su menegaskan perlunya bagi Majlis Peguam untuk menangani isu itu dan memberi bimbingan kepada peguam.

Shafee adalah seorang peguam terkemuka yang dilantik sebagai pendakwa apabila kerajaan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar daripada pertuduhan Liwat II.

Pendakwaan berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan. Mahkamah Persekutuan kemudiannya mengekalkan sabitan dan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar.

Berikutan itu, Shafee telah memberi beberapa ceramah di Pulau Pinang dan Lembah Klang mengenai butiran perbicaraan itu, termasuk butiran keterangan tertutup Mohd Saiful Bukhari Azlan.
 

PKR mohon Anwar ke Parlimen bulan depan

Posted: 25 Feb 2015 04:18 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap masih lagi ahli parlimen Permatang Pauh, PKR akan memohon beliau dibenarkan menyertai sidang Dewan Rakyat mulai 9 Mac.

"Sebagai ketua pembangkang, Anwar wajar dibenarkan hadir ke Dewan Rakyat untuk sidang Parlimen yang akan datang," kata setiausaha agung PKR dalam satu kenyataan.

Rafizi Ramli, yang juga naib presiden parti itu, menambah PKR dan kumpulan peguam Anwar akan berurusan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk mendapatkan kebenaran tersebut.

Anwar masih kekal sebagai sebagai wakil rakyat sehingga petisyen pengampunan diraja yang dimohon semalam diselesaikan.

Walaupun keputusan memohon pengampunan itu dibuat oleh keluarga Anwar, kata Rafizi lagi, PKR memberikan sokongan penuh.

Biro politiknya memutuskan malam tadi untuk menyokong tindakan keluarga Anwar dengan alasan beliau berdepan "ketidakadilan ketara" dalam kes liwatnya.

"Keseluruhan pendakwaan dan penghakiman terhadap Anwar dilihat berunsur politik bertujuan menyekat kemaraan beliau dan Pakatan Rakyat ke Putrajaya," kata Rafizi.

"Sejak beliau dipenjarakan, pendakwaan dan penghakiman itu telah mendapat kutukan dari seluruh dunia yang rata-ratanya menganggap Anwar seorang tahanan politik yang dihukum atas pendirian dan prinsipnya, bukan kerana kesalahan yang diuar-uarkan."

Ketua polis tak gentar diugut bunuh

Posted: 25 Feb 2015 04:16 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau tidak gentar dengan ugutan bunuh terhadapnya oleh sekumpulan lelaki bertopeng di Internet.

"Ugutan sedemikian langsung tidak menakutkan saya sebagai ketua polis negara dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

"Ugutan-ugutan sedemikian merupakan lumrah dalam kehidupan seorang pegawai polis yang menjalankan tugas," katanya.

Dalam video YouTube itu, sekumpulan individu menggelarkan diri mereka "Anak Malaysia Anti Demokrasi" mengugut untuk membunuh Khalid dengan meletupkan keretanya.

Video yang dikongsi oleh Facebook anti-Umno, "Ameno World", menunjukkan tiga lelaki berpakaian serba hitam dan menutup muka membuat ugutan itu dengan latar belakang bendera Malaysia.

Individu dalam video itu berkata Amerika Syarikat, Rusia dan China menjadi "maju dan dihormati kerana rakyatnya tidak memilih saluran demokrasi untuk menjatuhkan petualang yang melindungi rejim yang korup".

"Kami Anak Malaysia Anti Demokrasi mengumumkan akan membunuh ketua polis negara, meletupkan keretanya.

"Dengan itu, semua ketua agensi kerajaan akan takut melakukan kesalahan menipu demokrasi kerana rakyat Malaysia akan bangkit memilih jalan bukan demokrasi," kata individu itu.

Buru bersama SKMM

Dalam kenyataannya hari ini, Khalid menyifatkan bahawa penyiaran video ugutan itu tidak bertanggungjawab.

Malah, katanya, ia menunjukkan bahawa kumpulan itu tidak mengenal erti sebenar sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Khalid juga berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengesan identiti pengugut itu.

"Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada ke atas sesiapa sahaja yang mengganggu gugat keamanan yang kita kecapi selama ini," katanya.

Demo 7 Mac turut tuntut Najib undur

Posted: 25 Feb 2015 04:15 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Perhimpunan pada 7 Mac depan bukan semata-mata bagi menyatakan setiakawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi juga menuntut pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Penganjur perhimpunan itu, dikenali sebagai #KitaLawan menjelaskan, tuntutan itu dibuat kerana Najib didakwa gagal menjalankan tugas sebagai pemimpin utama negara.

"Jika dibiarkan, lebih banyak lagi kerosakan dan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat," kata sekretariat kumpulan itu.

"Justeru itu, kami mengajak rakyat Malaysia untuk mengambil langkah yang pertama untuk memperbetulkan hala tuju masa depan negara iaitu dengan bersama-sama menyertai anak muda untuk turun beramai-ramai pada 7 Mac 2015 bagi mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan dengan segera."

Dalam kenyataan hari ini mereka menyenaraikan 12 "kegagalan" Najib, antaranya dalam isu institusi kehakiman, kewangan negara dan 1Malaysia Development Fund (1MDB) serta pengekalan Akta Hasutan 1998.

Turut dibangkitkan ialah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), beban kos sara hidup, penyalahgunaan institusi kerajaan dan isu berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Sementara itu, #KitaLawan juga berkata perhimpunan mingguan dirancang mereka di depan pusat membeli belah Sogo di ibu negara akan diteruskan seperti biasa walaupun terdapat penangkapan dibuat.

"Ini adalah sejajar dengan pendirian gabungan #KitaLawan yang mana himpunan akan diteruskan setiap minggu sehingga tuntutan kami dipenuhi," katanya.

Dalam perhimpunan minggu lepas, aktivis Adam Adli Abdul Halim dan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Fariz Musa ditahan polis.

Exco kerajaan Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad terlepas dalam pergelutan itu dan ditahan sehari selepas itu di rumahnya di Shah Alam.

Kemuka Petisyen Rayuan Di Saat Akhir, Apa Muslihat Anwar?

Posted: 24 Feb 2015 09:45 PM PST

shahbudindotcom


Tindakan keluarga Anwar Ibrahim memohon pengampunan Diraja kepada Yang Dipertuan Agong pada saat-saat akhir hari ini bagi hukuman penjara lima tahun yang sedang dijalaninya, tidak syak lagi merupakan kejutan yang tidak disangka-sangka kepada semua orang.

Sebelum ini beberapa pemimpin PKR, termasuk Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution juga menyatakan Anwar tidak bercadang untuk memohon pengampunan, sebaliknya kekal dengan pendirian tidak bersalah atas pemenjaraan yang dikenakan terhadapnya.

Sehubungan itu, menjelang berakhirnya tempoh akhir mengemukakan rayuan hari ini, PKR telah menyatakan kesediaan untuk menghadapi pilihanraya kecil Permatang Pauh yang bakal diadakan nanti.

UMNO juga mengharapkan Anwar tidak mengemukakan rayuan dengan menghebohkan bahawa ianya merupakan tindakan yang memalukan kerana ia dikatakan bermaksud beliau mengakui semua kesalahannya.

Lebih dari itu, UMNO yang mungkin tidak meletakkan calon di Dun Chempaka berikutan kematian Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, ternampak lebih ghairah untuk pilihanraya kecil Permatang Pauh  di mana bukan saja ramai pemimpinnya sudah bercakap mengenai pilihanraya itu, bahkan peguam Shafee Abdullah juga sudah pun "turun padang" berceramah ke kawasan itu.

Bagi UMNO, bertanding di Permatang Pauh adalah medan untuk menunjukkan keberanian manakala tidak bertanding di Chempaka adalah tanda berbuat baik dan ingin bercanda-candaan dengan Pas.

Tetapi dengan Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Nuha muncul di Istana Negara petang ini bagi mengemukakan rayuan, semuanya jadi tersangkut dan kelam-kabut.

Rayuan ini difahamkan dikemukakan atas nama keluarga dan bukannya atas nama parti berdasarkan tiga alasan iaitu prinsip keadilan diketepikan, Anwar dizalimi dengan fitnah dan ketiga kerana berpegang semua pertuduhan adalah konspirasi politik.

Dengan petisyen rayuan ini dikemukakan, bermakna kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh belum boleh diumumkan sehingga ada jawapan mengenainya. Jika setahun baru ada keputusan, bermakna dalam tempoh itu tiadalah pilihanraya kecil akan diadakan. 

Ia juga bermaksud Anwar akan terus kekal sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh sehingga ada keputusan sebaliknya selepas itu.

Walaupun ramai yang beranggapan dengan mengemukakan petisyen rayuan ini bermakna Anwar mengaku bersalah atas perbuatan liwat yang dihadapkan kepadanya, tetapi ia tidak semestinya bermaksud demikian.

Mengemukakan petisyen kepada Yang Dipertuan Agong adalah sebahagian daripada proses menuntut pembebasan setelah semua proses mahkamah dilalui dan ia tidak bermakna suatu bentuk pengakuan bersalah. Adalah rugi jika peruntukan yang dibenarkan oleh Perlembagaan ini tidak dimanfaatkan.

Lagi pula,  tiga alasan yang dikemukakan sebagai asas mengemukakan rayuan itu bukan saja boleh diterima, bahkan bertepatan dengan pendirian Anwar selama ini.

Setelah petisyen ini dikemuakan, kini terpulanglah kepada Yang Dipertuan Agong sama ada mahu menerima atau menolaknya. Begitu juga berapa lama keputusan mengenainya mahu dibuat.

Namun, semua ini akan terus menghangatkan percakapan politik kedua-dua belah pihak iaitu BN dan PR mengenainya. Berbanding jika tidak mengemukakan petisyen dan kedudukan Anwar sebagai Ahli Parlimen digantikan dengan orang lain yang mungkin menyebabkan dirinya tidak lagi penting selepas itu, sebaliknya sekarang ini Anwar kekal dianggap sebagai ketua yang boleh memberi pelbagai arahan dari dalam penjara.

Pertikaian mengenai siapa Ketua Pembangkang untuk menggantikan Anwar secara automatik tidak berbangkit lagi.

Sementara itu, dengan tertangguhnya pilihanraya kecil Permatang Pauh ini, apakah pula pendirian UMNO dalam pilihanraya kecil Dun Chempaka tidak lama lagi? Kekal tidak bertanding atau bakal berubah fikiran?

Jika tidak bertanding di Chempaka dan lagak mahu tunjuk berani di Permatang Pauh pula sudah tergendala, UMNO sudah pasti akan dilihat sebagai "parti betina" yang sudah hilang kejantanannya.

Apakah juga dengan adanya rayuan ini dan beserta dengan kemungkinan Anwar dibebaskan atas pertimbangan Yang Dipertuan Agong, ia turut berjaya meredakan banyak ketegangan dalam PR, terutama antara Pas dan DAP sekarang ini?

Di ketika yang sama, oleh kerana Najib terus ditekan daripada dalam UMNO dan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad terus kritikal terhadap pentadbirannya, petisyen rayuan ini juga menimbulkan semula persepsi adanya "ehem ehem" antara Najib dengan Anwar sebagaimana yang banyak diperkatakan sebelum ini.

Apa pun, permohonan petisyen rayuan di saat-saat akhir tetap dilihat sebagai "strategi  luar kotak"  yang difikirkan oleh Anwar dari dalam penjara. Anwar nampaknya tetap berjuang dan tidak pernah mengaku kalah.

Ranking IPT Malaysia: Idris Jusoh rujuk institusi tidak konsisten dan tiada integriti

Posted: 24 Feb 2015 09:43 PM PST

tony_pua

 Roketkini.com


PETALING JAYA: Dengan merujuk hanya satu institusi seperti 'Quacquarelli Symonds Ranking by Subject' (QS) sebagai pengukur mutu pengajian tinggi, Menteri Pendidikan II Datuk Idris Jusoh berlaku tidak jujur menilai mutu pengajian Malaysia.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua hari ini mempersoalkan Idris Jusoh yang disifatkan sebagai "ayam bertelur sebiji, riuh sekampung" kerana telah mengambil institusi yang tidak kredibel dalam penilaiannya terhadap ranking IPT tempatan.

"Idris tetap juga pertahan kononnya status IPT kita bertaraf dunia dengan merujuk firma Britain Quacquarelli Symonds.

"Dia kata Universiti Malaya(UM) sekarang berada di ranking 151 dari maju dari tangga 167 sebelumnya, menurutnya lagi UM sudah berada dalam senarai 400 universiti paling berprestij menggunakan piawaian QS.

Namun, Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu menolak kenyataan Idris Jusoh kerana menurutnya tindakan Idris yang menggunakan hujah UM berada di ranking 151 dangkal kerana dalam masa yang sama tidak ada di antara 19 IPTA, 36 IPTS, 30 Kolej Universiti lain yang berada dalam senarai 250 teratas di dunia.

"Takkan kerana hanya satu universiti saja kita sudah riuh besar," kata Tony.

Tony dalam kenyataan yang sama turut mempersoalkan kenapa hanya QS saja yang dirujuk oleh menteri itu, ia menimbulkan persoalan seolah-olah Idris cuba menutup kelompongan besar dalam penilaiannya.

"Metodologi ranking tidaklah sempurna, tetapi kenapa Idris hanya pilih untuk rujuk QS sedangkan banyak lagi badan reputasinya lebih bagus?

"Lebih parah lagi, dari semua badan ranking di dunia, QS adalah badan yang mungkin paling banyak dikritik kerana tidak konsisten dan tidak kemas metodologinya," nyata Tony.

"Antara 2004 hingga 2009, The Times Higher Education(THE), penerbitan pengajian tinggi ternama di United Kingdom pernah kerjasama dengan QS, namun kerjasama itu diputuskan apabila THE menyedari metodologi QS banyak dikritik. THE kemudian buat ranking mereka sendiri," jelasnya lagi.

Dalam laporan web makalah Inside Higher Education melaporkan QS telah banyak dikritik, namun kritik paling besar adalah dari seorang sarjana Universiti Melbourne Profesor Simon Marginson.

Simon menyifatkan ranking dunia yang dikeluarkan oleh QS itu sebagai "terdapat banyak ruang-ruang gelap dan masalah bagaimana mereka membuat ranking tersebut" sambil menambah 40 hingga 50 peratus daripada ranking itu berdasarkan kajian reputasi.

Lebih parah lagi,seorang profesor falsafah di Universiti Chicago Brian Leiter mengatakan ranking yang dikeluarkan oleh QS adalah sebuah "penipuan terhadap orang ramai".

"Seperti yang saya katakan, tidak ada sistem ranking sempurna. Namun tidak dinafikan ia secara relatif boleh menjadi tanda aras mutu antara universiti di peringkat global.

"Cuma persoalannya kenapa Idris bersikap memilih bulu hanya memilih QS sebagai rujukan dan gagal ambil kajian-kajian yang lain?

"Adakah kerana dalam ranking keluaran kajian yang lain, semua IPT Malaysia yang lain corot?

"Jelas sekali Idris tepat dengan apa yang dikatakan sebagai 'ayam bertelur sebiji, riuh sekampung' kerana bertegas kononnya Malaysia sudah 'bertaraf dunia'. Rakyat Malaysia berharap dia lebih banyak kaji lagi dan jujur dalam penilaiannya terhadap IPT kita," kata Tony. -Roketkini.com

Penganiayaan terhadap Anwar: UK gesa UMNO-BN hormati hak asasi manusia

Posted: 24 Feb 2015 09:40 PM PST

Howard_Lee

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Pemerintah United Kingdom (UK) meneruskan kecaman terhadap tindakan zalim UMNO-BN yang memenjarakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan terbaru ia dinyatakan di Dewan Rakyat mereka 23 Februari lalu.

Dalam jawapan kepada soalan Ahli Parlimen (Parti Buruh) Kerry McCarthy, Menteri Hal-Ehwal Luar dan Komanwel Hugo Swire menggesa kerajaan UMNO-BN mengembalikan komitmen mereka kepada hak asasi seperti yang sering diperkatakan selama ini.

"Seperti saya katakan sebelum ini (10 Februari lalu), hukuman terhadap Anwar telah menimbulkan persoalan yang membimbangkan mengenai kebebasan badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang di Malaysia.

"Kami percaya bahawa integriti kedaulatan undang-undang adalah bahagian penting ke arah kejayaan, termasuk juga nilai-nilai kesederhanaan dan toleransi.

"Kami menyarankan Malaysia (kerajaan UMNO-BN) untuk menyedari kepentingan keyakinan antarabangsa terhadap sistem kehakiman dan mengembalikan komitmen mereka kepada hak asasi manusia," katanya.

Hugo menyatakan, pihak Suruhanjaya Tinggi UK di Malaysia juga telah beberapa kali membincangkan mengenai hukuman terhadap Anwar itu dengan beberapa menteri dan pegawai-pegawai Malaysia.

"Pegawai Suruhanjaya Tinggi UK di Kuala Lumpur mengamati perbicaraan kes (kes liwat) ini bersama misi diplomatik lain," ujarnya

Penegasan tersebut telah didedahkan oleh Setiausaha Eksekutif Biro Antarabangsa DAP Howard Lee Chuan How dalam satu kenyataannya, semalam.

Dalam kenyataan sama, Howard yang juga ADUN Pasir Pinji turut menyatakan, DAP akan meneruskan kerjasama dengan Parti Buruh UK dan Perikatan Progresif (Progressive Alliance) demi membela nasib Anwar di peringkat antarabangsa.

"DAP akan meyakinkan masyarakat antarabangsa bahawa biarpun kami dan rakan Pakatan Rakyat ditindas, tapi kami tetap akan terus berusaha tanpa syarat demi demokrasi, kesederhanaan, kemajuan serta keadilan kepada seluruh warga Malaysia.

"Hukuman yang dikenakan terhadap Anwar jelas merupakan 'penganiayaan politik' untuk menyekat perbezaan pendapat, akhirnya ia menyebabkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia dan sistem kehakimannya," tegas Howard. -Roketkini.com

Rebut gadis: Polis dijel enam bulan

Posted: 24 Feb 2015 09:22 PM PST


Rebut gadis: Polis dijel enam bulan Kesemua 10 tertuduh didakwa secara bersama mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.
 
 
KOTA BHARU - Mengejutkan apabila seorang anggota polis antara yang dijel enam bulan oleh mahkamah majistret, di sini, semalam, kerana bergaduh dalam insiden tembakan merebut seorang gadis, 8 Februari lalu.

Konstabel berkenaan, Mohamad Izzat Irfan Md Khuzeh, 26, mengalirkan air mata dan dipeluk seorang lagi tertuduh, Farid Suria, 23, sejurus hukuman diputuskan Majistret, Mohd Firdaus Zainal Abidin.

Mohamad Izzat mengaku bersalah bergaduh di tempat awam dan mengganggu ketenteraman di sebuah restoran di Jalan Kebun Sultan Off Jalan Sri Cemerlang, di sini, pada jam 11.45 malam, tarikh itu.

Dua lagi yang mengaku, Wan Mohamad Farif Wan Ahmad, 23, dan Mohamad Hasrizal Mazlan, 20, masing-masing dipenjara lima bulan.

Selebihnya, Shahrul Hafiz Shafie, 25; adiknya, Mohamad Shahrin, 22;  Mohamad Ridhuan Yusof, 22; Farid Suria; Nik Muhamad Nazrin Nik Ismail, 22; Wan Mohd Arham Wan Mansor,27, dan adiknya, Wan Mohammad Fahmi,22, menafikan tuduhan dan dibebaskan dengan ikat jamin RM1,600 setiap seorang kecuali Farid Suria, RM4,000.

Kesemua 10 tertuduh didakwa secara bersama mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri. Nurliyana dalam hujah pemberatan hukuman memohon tiga tertuduh yang mengaku salah dihukum dengan setimpal.

"Sebagai penjawat awam, perkara ini tidak patut berlaku. Sepatutnya tertuduh menjaga ketenteraman awam, sebaliknya tertuduh pula yang terlibat. Punca insiden yang berlaku pula terlalu kecil dan amat memalukan. Ada banyak lagi perkara besar yang perlu diberi perhatian dalam hidup ini," katanya.

Sementara, di mahkamah sesyen, di sini, semalam, Farid Suria dituduh pada satu lagi tuduhan berasingan di hadapan Hakim, Mohd Yusoff Yunus iaitu memiliki sepucuk pistol jenis Steyr Mannlicher buatan Austria tanpa lesen dan permit sah di sebuah rumah di Jalan Kebun Sultan, Kampung Dusun Raja, di sini, pada jam 7 pagi, 9 Februari lalu.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 24 Mac depan.

Dalam kejadian lalu, Sinar Harian melaporkan dua kumpulan terdiri lima dan tujuh orang bertengkar kerana perebutan seorang gadis yang memuat naik 'pose' manja di Facebook sehingga seorang dari mereka melepaskan dua das tembakan mengenai dua kereta berhampiran restoran itu. Tiada kecederaan dilaporkan.

Penyamun dibelasah suami mangsa

Posted: 24 Feb 2015 09:19 PM PST


Penyamun dibelasah suami mangsa Lokasi di mana mayat suspek ditemui, semalam.
 
 
TAMPIN - Percubaan seorang lelaki untuk menyamun seorang wanita, berakhir dengan dia mati dibelasah oleh suami mangsa di luar sebuah rumah di Air Kuning Tambahan, Gemencheh, 30 kilometer dari sini, semalam.

Mayat lelaki berusia 49 tahun itu ditemui terlentang dengan tangan diikat ke belakang, menggunakan tali rafia. Satu topeng juga ditemui di situ.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam yang memberitahu terdapat pergaduhan di kampung itu.

"Sebaik tiba di lokasi, lelaki itu ditemui sudah mati. Turut ditemui di lokasi kejadian ialah sebilah pisau, dua biji batu dan serpihan batang paip," katanya.

Menurutnya, kejadian berlaku sekitar 12.30 tengah malam apabila lelaki itu menyerang pasangan suami isteri berusia 57 dan 50an itu yang baru tiba di kawasan rumah selepas membeli makanan.

Menurutnya, sebaik sahaja si isteri, seorang warga Singapura, turun dari kereta, dia diserang lelaki tersebut.

"Si suami cuba meleraikan pergelutan dengan memukul lelaki itu dengan batang paip. Si isteri cedera di lengan kiri dan luka pada jari telunjuk.

"Wanita itu dibawa ke klinik kesihatan berdekatan oleh suaminya sebelum dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan," katanya.

Kooi Cheang berkata, polis sedang mencari waris si mati, yang dipercayai dari Cheras, Kuala Lumpur.

"Mayatnya kini di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk bedah siasat," katanya.

Beliau meminta mereka yang ada maklumat mengenai kes itu menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tampin, Asisten Superintendan Mohd Safari Sidik atau Asisten Superintendan P Pusparani di talian 06-4411222 untuk membantu siasatan.

Kooi Cheang menasihatkan orang ramai supaya tidak bertindak memukul suspek jenayah.

"Orang ramai hendaklah menangkap dan menyerahkan suspek kepada polis. Memukul suspek sehingga cedera atau mati menyalahi undang-undang," katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun serta mencederakan orang, serta seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Difahamkan, polis sudah mengambil keterangan daripada pasangan suami isteri berkenaan semalam.

Najib akan tentukan BN bertanding Dun Chempaka

Posted: 24 Feb 2015 09:17 PM PST

SINAR HARIAN

Najib Tun Razak
 
 
KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memutuskan sama ada Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Chempaka 22 Mac depan.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Najib selaku pengerusi BN akan membuat keputusan tersebut selepas Majlis Tertinggi (MT) Umno bermesyuarat sebelum 10 Mac, hari penamaan calon kerusi tersebut.

"Saya belum lagi berbincang dengan Umno bahagian Pengkalan Chepa dan Badan Perhubungan Umno Kelantan...MT kena bincang dan akhirnya Pengerusi BN (Najib) akan buat keputusan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, mengulangi secara peribadi beliau berpandangan mungkin BN tidak perlu meletakkan calon pada PRK Dun Chempaka dan memberi tumpuan kepada kerja-kerja pemulihan pasca banjir di negeri ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRK Dun Chempaka 22 Mac depan manakala penamaan calon 10 Mac.

Kerusi Dun Chempaka kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Februari lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Nik Abdul Aziz yang merupakan Mursyidul AM Pas menang di kerusi Dun Chempaka dengan majoriti 6,500 undi.

Bekas menteri besar Kelantan itu mendapat 12,310 undi, manakala calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak memperolehi 5,810 undi. - Bernama

AirAsia X catat kerugian pracukai RM605.18j

Posted: 24 Feb 2015 09:14 PM PST

MALAYSIAKINI


 


AirAsia X Bhd mencatat kerugian sebelum cukai RM605.18 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 berbanding kerugian sebelum cukai RM212.06 juta yang dicatat pada 2013.
  
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, AirAsia X berkata, kerugian sebelum cukai itu disebabkan kenaikan perbelanjaan operasi kepada RM3.32 bilion pada 2014, naik 33.9 peratus tahun ke tahun.
              
Pendapatan bagaimanapun meningkat kepada RM2.94 bilion semasa tempoh kajian berbanding RM2.31 bilion yang dicatat sebelum ini.
              
"Pendapatan yang lebih kukuh itu disebabkan sumbangan lebih tinggi penerbangan berjadual yang termasuk surcaj bahan api yang meningkat 10.4 peratus berikutan pertambahan dalam kapasiti tempat duduk setiap kilometer.
              
"Di antara penyumbang kepada kerugian itu ialah peningkatan dalam kos kakitangan sebanyak 33.9 peratus kepada RM312.7 juta; susut nilai harta, peningkatan loji dan peralatan sebanyak 53.4 peratus kepada RM185 juta dan perbelanjaan bahan api pesawat yang meningkat 38 peratus kepada RM1.52 bilion," katanya.
              
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun berkata, berikutan beberapa nahas pesawat pada 2014, pencapaian jualan di Australia dan China terjejas.
Bernama

Pendakwah: Tuduh liwat tetap kesalahan qazaf

Posted: 24 Feb 2015 08:50 PM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
Pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin mengingatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa kesalahan menuduh liwat juga termasuk dalam jenayah qazaf.

Katanya, Jamil Khir perlu istiqamah dan membuat kenyataan yang selari dengan mazhab Shafie, seperti beberapa hukum yang disebut oleh menteri tersebut sebelum ini.

"Dalam nas syariat, hukum qazaf liwat adalah sama dengan hukum qazaf zina, sepertimana yang telah difatwakan oleh majoriti ulama," kata Wan Ji ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau mengulas kenyataan Jamil Khir semalam yang meminta beliau meneliti dahulu peruntukan berhubung jenayah qazaf, sebelum membuat aduan seperti itu.

Jamil bagaimanapun tidak menyatakan sekiranya kesalahan qazaf turut meliputi perbuatan menuduh seseorang melakukan liwat.

Mengulas perkara itu, Wan Ji berkata, MP Jerai itu seharusnya istiqamah dalam isu ini kerana beliau pernah mengatakan mazhab konsensus di Malaysia adalah mazhab Shafie.

Beliau membangkitkan semula kenyataan Jamil Khir berhubung hukum orang Islam memegang anjing.

"Jadi, jangan pula dalam isu sentuh anjing yang tidak boleh merobohkan pada penjagaan dasar maqasid syariah.

"Datuk Seri Jamil Khir merujuk kepada mazhab Shafie, sedangkan dalam perkara yang melibatkan kehancuran pada maruah manusia yang merupakan salah satu dasar maqasid syariah dan boleh tersebar budaya fitnah," katanya.

Beliau turut memetik pandangan seorang ulama fekah, Ibn Hazm al-Zahiri yang berkata, qazaf liwat tetap merupakan satu bentuk kesalahan takzir.

Wan Ji mengemukakan aduan ke atas kenyataan ketua pendakwaan dalam kes Liwat II, Tan Sri Shafee Abdullah yang didakwanya melakukan jenayah qazaf kerana membangkitkan pelakukan liwat di antara Anwar dan pengadu, Saiful Bukhari Azlan.

PKR: Pentingkan rambut Rosmah, bukan ubatan?

Posted: 24 Feb 2015 08:39 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Ahli parlimen Lembah Pantai mempersoalkan tindakan pantas kerajaan dalam menangani rungutan mengenai harga dandanan rambut di rumah yang dibuat isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Nurul Izzah Anwar berkata kerajaan pada masa sama masih belum bertindak terhadap gesaan untuk menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas buku dan ubat-ubatan.

Naib presiden PKR itu merujuk kenyataan timbalan menteri kewangan yang berikrar untuk meneliti rungutan Rosmah mengenai kemungkinan harga khidmat mendandan rambutnya, berharga RM1,200, akan melonjak dengan pelaksanaan GST.

"Sikap Datuk Ahmad Maslan yang lebih mementingkan aduan daripada isteri-isteri menteri melihatkan betapa kerajaan BN tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai paling utama," kata Nurul dalam kenyataan hari ini.

Qazaf hanya untuk zina sahaja

Posted: 24 Feb 2015 08:35 PM PST


Jamil Khir Baharom Jamil Khir Baharom
 
 
KUALA LUMPUR - Undang-undang Islam berkaitan qazaf hanya terpakai untuk perlakuan zina. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, dan Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, qazaf adalah berkaitan tuduhan orang melakukan zina.

"Perkataannya zina. Tak disebut semua (berkaitan) qazaf. Mencuri, bunuh orang tidak boleh disebut qazaf," katanya mengulas laporan yang dibuat terhadap peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berikutan jelajah penerangan yang dibuatnya berkaitan kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 dan Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 menyatakan, mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan  empat saksi lelaki atau 'iqrar' orang yang dituduh mengikut hukum syarak, boleh dikira telah melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Kelmarin, pendakwah Wan Ji Wan Hussin membuat laporan jenayah syariah kepada Jabatan Agama Islam Selangor terhadap Muhammad Shafee.

Menurut Wan Ji, Muhammad Shafee memberi kenyataan yang merupakan kesalahan qazaf kerana menceritakan perbuatan liwat antara Anwar dan Mohd Saiful Bukhari Azlan semasa siri jelajah liwat II.

Tiada parti komponen PR akan disingkirkan

Posted: 24 Feb 2015 08:28 PM PST


Rafizi Rafizi
 
 
KELANA JAYA - Sesebuah parti di dalam PR tidak akan tersingkir atau disingkirkan daripada pakatan tersebut walaupun ada parti komponen yang mengambil tindakan tanpa persetujuan parti lain dalam pakatan itu.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, tidak ada undang-undang bertulis berkaitan perkara tersebut sejak pakatan berkenaan ditubuhkan pada 2008.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo yang mengatakan Pas bukan lagi sebahagian daripada ahli komponen PR sekiranya parti itu tetap membentangkan rang undang-undang pindaan hudud di persidangan Dun Kelantan pada 18 Mac ini.

"Buat masa sekarang, tidak ada (peraturan berkaitan hal tersebut).

"Tiada ada peraturan bertulis yang meletakkan syarat-syarat ketat dan tertentu yang kalau dilanggar atau tidak dipatuhi, akan menyebabkan dikeluarkan dan terkeluar parti tersebut daripada PR," kata Rafizi.

Menurutnya, segala perselisihan faham sama ada kecil atau besar yang melibatkan parti dalam PR boleh diselesaikan melalui rundingan.

"Bagi saya, (cara) terbaik ialah kembali kepada meja rundingan.

"(Ini kerana), semua masalah sebelum ini (dapat) diselesaikan di meja rundingan (yang membabitkan) kepimpinan ketiga-tiga parti (itu)," katanya.

Tiada ulasan: