Selasa, 24 Februari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Bon 1MDB dianggap tahap rendah, pelabur gelisah

Posted: 24 Feb 2015 04:20 AM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
Bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didagangkan seolah-olah bon berkualiti rendah sewaktu pelabur masih menanti gambaran lebih jelas tentang masa depan pelaburan syarikat nasional itu.

Menurut indeks JPMorgan Chase & Co, pelabur menuntut premium lebih tinggi, 439 mata asas, berbanding 415 mata bagi bon yang tidak dijamin kerajaan sepenuhnya.

Bon US$3 billion (RM10.9 bilion) dengan nota 4.4 peratus yang matang pada 2023 ditutup dengan harga 86.72 sen (dolar) pada 16 Feb, tahap terendah harga bon itu.

Ia didagangkan dengan harga 87.62 sen (dolar) semalam, lapor agensi berita niaga Bloomberg hari ini.

Menurut Philip Capital Management, 1MDB perlu mempamerkan peningkatan dalam jualan aset mereka dan mengelakkan jualan harga runtuh jika mahu mengembalikan semula keyakinan pasaran.

"Masalahnya kini, mereka memiliki banyak aset yang tidak menjana aliran tunai yang cukup untuk menampung hutang mereka," ketua pegawai pelaburannya Ang Kok Heng dipetik sebagai berkata.

Ang menambah, 1MDB kini mempunyai satu lagi bon yang akan matang dan perlu dibayar. Ia menjadi satu tekanan kepada badan pelaburan itu.

1MDB baru sahaja menyelesaikan pinjaman sebanyak RM2 bilion pada 13 Februari lalu selepas menangguhkan dua tarikh pembayaran semula.

Penangguhan itu mencetuskan kebimbangan akan kemungkinan kegagalan pembayaran lain ke atas hutang keseluruhan 1MDB yang berjumlah RM49 bilion, lapor agensi berita itu lagi.

Akhbar niaga tempatan The Edge semalam melaporkan 1MDB mungkin memerlukan suntikan RM3 bilion daripada Kementerian Kewangan, pemilik syarikat pelaburan yang kini dilanda kontroversi.

Kenaikan pangkat hakim disekat Putrajaya?

Posted: 24 Feb 2015 04:17 AM PST

MALAYSIAKINI



 


Satu siri kenaikan pangkat untuk hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan baru sahaja berlalu.

Namun hakim paling kanan di Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, sekali lagi 'tertinggal' dalam siri kenaikan pangkat ini.

Apakah sebab sebenar di sebalik perkara ini?

Malaysiakini difahamkan nama Hakim Hishamudin tiada dalam senarai kerana satu pekeliling daripada Pejabat Perdana Menteri.

Ia boleh diimbas seawal tahun 2013 lagi apabila cadangan kenaikan pangkatnya dipanjangkan kepada Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman.

Dan kini, nama Hakim Hishamuddin sekali lagi tiada dalam senarai kenaikan pangkat pada 16 Februari lalu dan beliau didahului Hakim Datuk Zaharah Ibrahim.

Hakim Hishamudin akan mencecah usia 66 tahun pada September depan - umur persaraan wajib bagi hakim.

Di kalangan pemerhati badan kehakiman, Hakim Hishamudin dikenali sebagai seorang hakim yang berfikiran terbuka.

Pada Januari 2013, beliau mengetuai panel tiga orang hakim yang memutuskan bahawa pemimpin Hindraf P Uthayakumar (atas) dan M Manoharan boleh memfailkan saman kelompok terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya.

Saman itu difailkan susulan tuduhan pengabaian 523 buah sekolah aliran Tamil oleh kerajaan walaupun ia mendapat separa bantuan dari kerajaan.

Telesidang Kedua PAS: 'Saya Dalam Keadaan Selamat' - Sirul

Posted: 24 Feb 2015 04:12 AM PST


Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN


 
 
 
KUALA LUMPUR: Pas akhirnya berjaya mengadakan telesidang dengan Koperal Sirul Azhar Umar yang kini berada di Australia selepas melarikan diri kerana didapati bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Walaupun cubaan pertama yang dilakukan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar pada pukul 11.30 pagi Isnin gagal, namun cubaan kedua pada pukul 1.31 petang berjaya dihubungkan kepada Sirul.

Pada telesidang itu, Sirul yang kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney berkata, dia berada dalam keadaan baik dibawah jagaan kerajaan Australia.

Sirul memberitahu, dia perlu menghormati kerajaan Australia dan tidak akan membuat kenyataan lanjut kerana mendakwa berada di bawah perlindungan negara itu.

Bagaimanapun jelasnya, satu kenyataan berhubung kes yang dihadapinya akan dibuat pada waktu yang sesuai.

"Saya menghormati sepenuhnya pemerintahan kerajaan Australia kerana saya sekarang berada di bawah perlindungan pihak Australia.

"Saya tak berhasrat membuat kenyataan pada masa dan ketika ini, walaubagaimanapun akan cuba membuat kenyataan apabila tiba waktu yang sesuai," katanya.

Perbualan tersebut berlangsung selama kira-kira tiga minit.

Sementara itu, Mahfuz selepas telesidang berkata, beliau terkejut menerima panggilan daripada Sirul selepas telesidang yang dijadualkan pada sebelum itu gagal.

"Sirul telefon saya selepas itu dan kata dia 'tertunggu-tunggu' panggilan daripada saya.

"Dia rasa sedih apabila saya beritahu ramai media sudah menunggu tetapi ada masalah untuk menghubunginya seperti yang dijanjikan dan bila saya turun ke lobi saya dapati ada beberapa media yang mahu saya melakukan telesidang sekali lagi apabila mendapat tahu Sirul telah berjaya menghubungi saya," katanya.

Mahfuz menjelaskan, melalui perbualan itu beliau percaya Sirul sebak dan sedia menjadi pendengar setia terhadap luahan hati Sirul.

"Bagi saya jika dia berada di luar (tahanan) risiko dirinya amat tinggi...mungkin ada yang rasa terancam dengan pendedahannya," katanya sambil menambah beliau percaya akan diberi pertimbangan oleh pihak berkuasa Australia untuk Sirul membuat kenyataan selanjutnya pada masa akan datang.

Katanya, tiada bantuan lain yang ditawarkan kepada Sirul setakat ini selain akan berusaha membawa ibu kepada bekas komando polis itu untuk bertemu dengannya di Australia dalam masa terdekat.

Jelasnya, tarikh pertemuan dan nama misi itu akan diumumkan kepada pihak media pada Jumaat.
Selain ibu Sirul, beliau juga akan berangkat bersama peguam dan pegawainya.

"Saya tak beri apa-apa bantuan. Cuma membantu dari segi pembelaan dan memberi tekanan supaya siasatan semula dijalankan.

"Selain bantu Sirul saya juga membantu dalam kes yang terus menjadi kontroversi dan menimbulkan kekusutan dari segi motif pembunuhan," katanya.

Ditanya kesahihan sama ada yang bercakap dengannya itu adalah Sirul, beliau berkata 'pasti bercakap dengan Sirul'.

Tambahnya, pengesahan bahawa beliau selama ini berhubung dengan Sirul yang sebenar akan dapat disahkan sepenuhnya apabila rombongan PAS bertemu Sirul di Australia Kelak.

Sirul dan bekas Cif Inspektor Azilah Hadri didakwa membunuh Altantuya pada 2006 dan disabitkan dengan kesalahan jenayah oleh Mahkamah Tinggi pada 2009.

Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan Sirul, berikutan rayuan dikemukakan.

Bagaimanapun pada 13 Januari baru-baru ini, Mahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka.

Sirul bagaimanapun tidak hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan itu. Dia dipercayai telah ke Australia menggunakan visa pelancong dan pasport yang sah tahun lalu.

Krisis MIC: Zahid 'Hentam' Palanivel

Posted: 24 Feb 2015 04:07 AM PST


MSTAR ONLINE


Ahmad Zahid Hamidi
 
 
 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel tetap dengan pendirian untuk melaksanakan langkah penyelesaian yang dipersetujui bagi menangani krisis dalaman parti itu.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, Palanivel dan timbalannya, Datuk Seri Dr S Subramaniam pada mesyuarat yang diadakan 4 Februari lalu bersetuju dengan cadangan untuk melaksanakan pemilihan semula parti itu, bagaimanapun kini, Palanivel dikatakan mengubah pendiriannya.

"Berhenti berubah fikiran dan selesaikan masalah yang ada, bukannya memfailkan semakan kehakiman terhadap arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

"Berlaku adil kepada ahli parti dan komuniti India keseluruhannya. Sebaiknya biarkan parti dipimpin mereka yang layak dan dipilih ahli," katanya.

Ahmad Zahid juga mempersoalkan keupayaan Palanivel dalam menangani tuntutan komuniti India sedangkan krisis dalaman parti juga gagal ditangani.

Dilaporkan Pengarah Stategik MIC, A.K Ramalingam memfailkan kes terhadap RoS di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, meminta menarik balik arahan supaya parti itu mengadakan pemilihan baharu.

Tindakan itu dilakukan beberapa hari selepas parti itu bersetuju untuk mematuhi arahan RoS dan mengadakan pemilihan semula.

Kerbau Ke Hospital Dorong Jalan Raya Dibina Segera

Posted: 24 Feb 2015 04:05 AM PST

Oleh: MUGUTAN VANAR


Bojong Mokiling diangkut oleh 'kereta kerbau' dari Kampung Niatang menuju ke jalan utama di Pitas.
 
 
 
KOTA KINABALU: Gambar di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki tua separuh lumpuh ditarik oleh seekor kerbau ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan perubatan di daerah utara Pitas, Sabah, telah mendorong tindakan pembinaan segera akses jalan masuk.

Nasib penduduk Kampung Niatang mendapat perhatian apabila gambar lelaki tua berusia kira-kira 70 tahun, Bojong Mokiling, berbaring di atas sekeping papan sambil ditarik seekor kerbau melalui jalan berbatu dan berlumpur dari sebuah perkampungan terpencil ke jalan utama.

Menantu lelaki itu, Albert madin berkata 'kereta' itu adalah satu-satunya bentuk pengangkutan yang dapat digunakan untuk keluar dari kampung kerana mereka tidak dapat mendapatkan bantuan pemilik kenderaan 4WD untuk membawa keluar Bojong dari kampung yang terletak kira-kira 1.5km dari jalan utama Pitas.

"Bapa mertua saya lumpuh dan memerlukan rawatan. Keadaannya semakin buruk jadi kami mengambil keputusan untuk membawanya ke hospital. Kami tidak mempunyai pilihan melainkan menggunakan apa sahaja bentuk pengangkutan kerana tidak ada kenderaan 4WD," katanya.

Adun Pitas Datuk Bolkiah Ismail, yang juga merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian negeri, ketika dihubungi berkata beliau akan mendapatkan kelulusan segera daripada Kementerian Pembangunan Infrastruktur untuk membina jalan bagi kemudahan penduduk kampung yang terjejas.

"Saya sudah melawat kampung itu dengan pegawai-pegawai Jabatan Kerja Raya. Kita akan mengambil tindakan segera untuk mendapatkan kelulusan bagi pembinaan jalan," kata Bolkiah.

Beliau berkata kampung itu tidak diwartakan di bawah daerah Pitas, kerana terdapat hanya kira-kira enam buah rumah dengan kira-kira 50 penduduk tinggal di kawasan itu.

Bagaimanapun, beliau berkata langkah segera akan diambil untuk membina jalan raya.

Perkampungan yang terletak di Pitas itu terletak pada jarak 15km dari hospital Pitas, kira-kira 60km dari hospital Kota Marudu dan kira-kira 135km dari hospital Kudat.

Pitas terletak kira-kira 250km dari Kota Kinabalu.

Netizen menggesa kerajaan bertindak dengan segera untuk membantu penduduk Kampung Niatang selepas gambar Bojong menjadi viral.

Tidak masuk akal PAS-UMNO bergabung – Tuan Ibrahim

Posted: 24 Feb 2015 03:30 AM PST

 
Dalam saat UMNO sedang kelemasan, tentulah ia akan sanggup melakukan apa sahaja, namun pengalaman lampau membuktikan bila mana mereka kuat, mereka akan tendang PAS keluar


naibpas


PETALING JAYA: PAS tidak akan sekali-kali bergabung dengan UMNO sebagaimana yang diviralkan dalam media sosial ketika ini, kata Naib Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, perkara penggabungan PAS dengan UMNO tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat parti.

Tambah beliau, sudah tidak terbilang kalinya ditegaskan, tidak timbul soal penyatuan kedua-dua parti ini. PAS ada 21 kerusi Parlimen, UMNO mempunyai 88 kerusi Parlimen.

"Jika bergabung, UMNO hendak bagi berapa kerusi kepada PAS? 40 kerusi? Dari sudut ini sahaja, tuduhan PAS akan bergabung dengan UMNO sudah tidak masuk akal.

"Bahkan, Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) telah menegaskan dalam Muktamar lalu dan sebelumnya, PAS tidak akan bergabung dengan UMNO. Perkara dasar begini mesti melalui keputusan Muktamar bukan hanya pandangan peribadi ahli parti," katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Jika atas alasan untuk melaksanakan sistem perundangan Islam, tegas Tuan Ibrahim, UMNO sudahpun boleh melaksanakan seandainya betul ingin berbuat demikian di semua negeri diperintah parti itu.

"Berdekad UMNO menentang Hudud dan memperlekehkan hukum Allah dan tidak menggunakan al-Quran serta Hadis sebagai rujukan tertinggi parti, apakah mungkin tiba-tiba parti itu betul-betul ingin membantu PAS melaksanakannya?

"Dalam saat UMNO sedang kelemasan, tentulah ia akan sanggup melakukan apa sahaja, namun pengalaman lampau membuktikan bila mana mereka kuat, mereka akan tendang PAS keluar dari muafakat yang ada," katanya.

Beliau berkata, kalau hujahnya adalah untuk perpaduan Melayu, biarlah orang Melayu bersama dengan PAS bagi membentuk sebuah kerajaan baru berteraskan Islam dan tidak lagi dilihat sebagai komuniti yang boleh menerima rasuah, salah guna kuasa sebagai sesuatu yang patut di bawah kerajaan UMNO.

Hudud: DAP tak berhak herdik, gertak PAS

Posted: 24 Feb 2015 03:27 AM PST

 
Orang Islam yang berkhatan, orang bukan Islam pula yang menjerit


Nasrudin Hassan Tantawi syariah law


PETALING JAYA: DAP berhak untuk tidak menerima hasrat PAS Kelantan membentangkan Enakmen Jenayah Syariah II (Hudud) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu Mac ini.

Bagaimanapun, menurut Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Ulamak PAS Pusat, Nasrudin Hassan, parti itu tidak boleh mengherdik atau mengertak PAS dengan memberi kata dua supaya meninggalkan pakatan pembangkang.

Katanya, sejak bergabung dalam pakatan pembangkang, PAS telah memberi penerangan dan mengadakan perbincangan dengan DAP mengenai cadangan melaksanakan hukum Hudud.

"Ketika itu DAP membuat keputusan tidak bersetuju dengan pelaksanaan itu. Kita hormat keputusan itu, tetapi mereka tidak boleh mengancam PAS dengan sebarang ugutan atau amaran.

"Selepas itu, kita menganggap perkara ini tidak lagi berbangkit dan meneruskan perjuangan parti masing-masing.

"Malangnya, DAP mengambil keputusan untuk mencetuskan kemarahan rakan gabungannya (PAS) dengan beberapa pemimpinnya mengeluarkan kenyataan bersifat ugutan," katanya kepada media di Kuala Lumpur, hari ini.

Nasrudin mengulas kenyataan berbaur amaran daripada Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang dilaporkan memberi amaran kepada PAS bahawa parti itu bukan lagi sebahagian daripada pakatan pembangkang jika meneruskan perancangannya membentangkan rang undang-undang berkaitan hudud pada 16 hingga 19 Mac ini.

Kenyataan itu turut mendapat reaksi Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan yang berkata, DAP tidak boleh menghalang PAS daripada melaksanakan undang-undang itu di Kelantan kerana pakatan pembangkang yang diwujudkan pada 2008 bukan kepunyaan DAP.

Menurut Nasrudin, disebabkan pelaksanaan hukum hudud ini jauh mendahului daripada pembentukan pakatan pembangkang, kenapa DAP harus gelisah dengan langkah yang diambil oleh kerajaan Kelantan.

"Sedangkan langkah itu adalah demokratik dalam mematuhi lunas undang-undang dan Perlembagaan Negara. Sementelah ia adalah kewajiban agama yang mesti dilaksanakan oleh hamba Allah yang soleh.

"Sebagai seorang Muslim, tiada helah untuk tidak mematuhi perintah Allah. Justeru, hanya satu kata kepada DAP, mereka tidak boleh mematikan perjuangan Islam yang didokong oleh PAS sejak sekian lama," katanya.

Kata beliau, siapa pun tokoh yang digunakan oleh DAP untuk mengherdik dan mengugut, PAS tidak akan berganjak terhadap dasar serta prinsip perjuangannya.

Tambahan pula, kata Nasrudin, DAP pernah meninggalkan PAS ketika era Barisan Alternatif (BA) kerana tidak bersetuju dengan hukum hudud yang diperjuangkan parti itu.

"Kenapa hari ini DAP perlu mengugut PAS, sedangkan bila-bila masa DAP boleh berangkat pergi, namun mengharap PAS berhenti berjuang ke arah melaksanakan syariat Allah, ia bagai menanti sang keli tumbuh sisik," katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan, Azhar Yahya berkata, DAP tidak perlu menjerit dalam hal parti itu hendak melaksanakan hukum Hudud.

"Orang Islam yang berkhatan, orang bukan Islam pula yang menjerit. Boleh jadi mungkin kerana takut, trauma ataupun ditakut-takutkan. Cumanya, kalaulah orang bukan Islam juga tahu kelebihan dan kebaikan berkhatan, mesti dia juga akan berkhatan sama," katanya berkias.

Kata Azhar, dalam pelaksanaan hudud, ia terpakai kepada umat Islam dan dikenakan kepada penjenayah sahaja, tidak ada sebab DAP serta mana-mana pihak yang tidak terlibat, mengelabah.

Keluarga Anwar kemuka petisyen pengampunan Diraja

Posted: 24 Feb 2015 03:24 AM PST

 
Petisyen tersebut dikemukakan selepas laporan menyatakan Anwar enggan memohon pengampunan kerana tidak bersalah.


istana


KUALA LUMPUR: Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa telah mengemukakan petisyen pengampunan diraja kepada Yang di-Pertuan Agong terhadap sabitan kesalahan kes liwat II Ketua Pembangkang itu.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua berkata petisyen itu telah diserahkan kepada pihak istana di Istana Negara pada kira-kira pukul 3.30 petang ini.

Petisyen telah dikemukakan di bawah peraturan 113, Peraturan Penjara 2000, katanya ketika dihubungi Bernama.

Mengikut peraturan itu banduan jika hendak boleh membuat petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan atau Raja atau Yang Dipertua Negeri seberapa segera selepas sabitan. Kemudiannya selepas tiga tahun dari tarikh sabitan dan selepas itu, lat dua tahun.

Sementara itu pihak Istana Negara telah mengesahkan menerima petisyen itu petang ini.

Media ada “agenda jahat” – Guan Eng

Posted: 24 Feb 2015 03:22 AM PST

 
Setiausaha Agung DAP sering mengelak daripada menjawab soalan wartawan.


lgepasdap


GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akhirnya menyalahkan media sebagai mempunyai "agenda jahat" dalam isu pertelagahan antara PAS dan DAP berhubung pelaksanaan hukum Hudud.

Setelah mengelak beberapa kali daripada menjawab dan bertindak mengundi mulut sendiri, beliau akhirnya meletakkan kesalahan pada media kerana membesar-besarkan isu.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu, beliau tidak mahu terperangkap dengan agenda jahat sesetengah media yang mahu membesarkan isu berkenaan.

"Saya kalau nak komen saya akan buat kenyataan bertulis. Kadang-kadang bila saya komen dekat sini (sidang akhbar) pun tak siar keluar. Saya tak mahu terperangkap dengan agenda jahat media, saya tidak mahu bermain dengan agenda itu," dakwanya.

"Apa yang saya rasa kesal sedikit ini (agenda jahat) macam diikuti oleh semua media…ini amat jelas. Saya akan cakap lebih apabila saya menghadiri rumah terbuka Yang Berhormat Chow Kon Yeow tengah hari ini," kata beliau, lapor Bernama.

Beliau sebelum ini mengambil langkah selamat dengan bertindak 'melarikan' diri daripada wartawan apabila ditanya berhubung isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan yang membabitkan pertikaian antara DAP dan PAS.

Malah Setiausaha Agung DAP itu juga seolah-oleh 'mempermainkan' wartawan dengan berkata akan mengulas lebih lanjut pada rumah terbuka exco kerajaan negeri apabila ditanya mengenai perang mulut antara Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dan Pengerusi Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo berhubung Hudud.

Sebaliknya, Ketua Menteri Pulau Pinang itu tetap tidak menjawab soalan berhubung perkara itu ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan
Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow.

Ketika ditanya dengan soalan sama berulang kali, Guan Eng hanya berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan bertulis sekiranya perlu.

Ini bukan kali pertama beliau mengelak untuk menjawab soalan-soalan berhubung isu antara DAP dan PAS. Sebelum ini beliau juga mengambil langkah 'berdiam diri' ketika isu antara beliau dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan isu pemecatan Bendahari PAS Negeri, Iszuree Ibrahim daripada Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Takiyuddin yang juga anggota Parlimen Kota Baharu dan Ketua Sekretariat Tetap Kanun Jenayah Syariah Kelantan, kemudiannya berkata PAS tidak akan tunduk kepada DAP dalam usaha melaksanakan Enakman Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau hudud di Kelantan, sebaliknya DAP disaran keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya tidak bersetuju dengan perjuangan PAS itu.

Persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dari 16 hingga 19 Mac ini adalah bagi pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.

Idris Jusoh guna hujah dangkal terang kualiti pengajian tinggi Malaysia

Posted: 24 Feb 2015 03:18 AM PST

ong kian ming

Roketkini.com


SERDANG: Kenyataan Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh yang mengatakan pengajian tinggi Malaysia bertaraf dunia kerana ramai pelajar asing memilih Malaysia untuk menyambung pelajaran menimbulkan persoalan lebih besar tentang mutu universiti awam (IPTA) di Malaysia.

Ahli Parlimen DAP Serdang Dr Ong Kian Ming dalam kenyataannya hari ini mengatakan logik Idris itu dangkal dan membingungkan kerana peratusan menunjukkan pelajar asing di Malaysia lebih cenderung memilih universiti swasta (IPTS) dari IPTA untuk menyambung pendidikan mereka.

"Angka dan peratusan menunjukkan pelajar asing lebih cenderung pilih IPTS untuk menyambung pendidikan mereka dari memilih IPTA.

"Apakah ini bermakna kementerian kita lalai buat kerja dalam meningkatkan kualiti IPTA di negara ini kerana gagal tarik minat pelajar asing berbanding sektor swasta?" ujarnya.

Kian Ming mengatakan berdasarkan Perangkaan Pendidikan Negara: Sektor Pengajian Tinggi 2013 ada lebih 52,598 orang pelajar asing yang belajar di IPTS berbanding 28,826 orang yang belajar di IPTA.

Jumlah keseluruhan pelajar IPTA termasuk pelajar asing pula sebanyak 560,359 menjadikan peratusan pelajar asing di IPTA sebanyak 5.1 peratus manakala di IPTS sebanyak 484,963 menjadikan peratusan pelajar asing sebanyak 10.8 peratus.

Melihat jurang ketara peratusan pelajar asing di IPTA dan IPTS itu, Kian Ming mempesoalkan logik Menteri Pendidikan yang menganggap peratusan pelajar asing tinggi sebagai bukti kecemerlangan pendidikan.

"Apakah mutu Universiti Malaya lebih rendah dari Lim Kok Wing (yang memiliki peratusan pelajar asing yang tinggi)?

"Inilah kesimpulan yang kita dapat jika mengikut logik dangkal Idris Jusoh," ujar Kian Ming.

Bagaimanapun, Kian Ming menjelaskan persoalan yang dibangkitkan olehnya itu untuk menunjukkan bahawa jumlah dan peratusan pelajar asing di Malaysia tidak boleh dijadikan sebagai penanda aras mutu pendidikan.

"Apa yang penting adalah mutu pelajar yang masuk ke institut pengajian tinggi kita, tidak kiralah mereka itu pelajar asing atau tidak.

"Dan apa yang penting bagi pelajar-pelajar ini ialah pengalaman belajar yang mereka akan dapat setelah masuk ke IPT," jelas Kian Ming.

"Sangat menyedihkan bila kita ada Menteri Pendidikan hanya melepaskan tugas kepada pentadbiran universiti dengan bawa masuk pelajar asing tanpa melihat kualiti setiap mereka supaya ranking IPT mencanak naik secara palsu," tambahnya lagi. -Roketkini.com

IPT bertaraf dunia, tapi kenapa graduan tak ada kerja?

Posted: 24 Feb 2015 03:16 AM PST

steven_sim

Roketkini.com


BUKIT MERTAJAM,: Kenyataan Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh bahawa pengajian tinggi Malaysia bertaraf dunia bersifat 'syok sendiri' kerana hakikatnya kadar pengangguran graduan IPT Malaysia sangat tinggi kerana kurang kemahiran.

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan Pemuda DAP Steven Sim hari ini mempersoalkan kenyataan menteri UMNO itu di samping menyifatkannya sebagai satu gejala penyakit kerajaan yang selalu 'percaya kepada penipuannya sendiri'.

"Jika benar IPT kita bertaraf dunia, 40 peratus graduan tempatan masih lagi menganggur, kenapa?
"Ini, menteri kena jawab," kata Steven.

Mengikut peratusan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan sekitar 30 hingga 40 peratus graduan masih menganggur atau berada di bidang kerja yang tidak sesuai dengan kelayakan mereka, ujar Steven.

"Bank Dunia pula menyatakan pada 2013 kadar pengangguran pemegang ijazah sarjana muda di Malaysia adalah yang paling tinggi, satu dari lima orang graduan muda berusia bawah 25 tahun adalah penganggur.

"25.6 peratus dari 220,527 graduan tidak mempunyai kerja walaupun setelah enam bulan selesai pengajian mereka.

"Paling terkini laporan dari jabatan perangkaan 2014 mendedahkan 31 peratus dari penganggur Malaysia mempunyai ijazah pengajian tinggi mewakili jumlah 130,000 orang," jelas Steven.

Graduan IPTA kurang kemahiran

Sehubungan dengan itu, Steven menambah penganggur yang mempunyai ijazah kebanyakannya adalah produk IPTA yang dikatakan Idris Jusoh sebagai universiti bertaraf dunia.

"Mengikut 'Perangkaan Pendidikan Nasional: Sektor Pengajian Tinggi' majoriti penganggur Malaysia adalah graduan IPTA.

"Ini kerana mengikut laporan Bank Dunia 2014, 62 peratus firma di Malaysia merungut tentang payahnya mencari pekerja berkemahiran walaupun peluang pekerjaan ada.

"Laporan itu menyimpulkan adanya jurang antara kemahiran yang diajar di IPT dengan keperluan majikan," tambah Steven lagi.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu, kerajaan sebenarnya tahu realiti pengangguran di kalangan graduan ini. Kerana itulah kerajaan menjalankan "program-program pelatihan semula" kepada graduan seperti Skim Kebolehpasaran Siswazah (GEMS) dan Pasukan Kebolehpasaran Siswazah (GET).

Namun, program-program berkenaan menelan biaya sehingga berbilion ringgit, sedangkan IPTA seharusnya menyelesaikan masalah tersebut.

"Jika benarlah IPT negara kita bertaraf dunia, kenapa perlu belanja bilion ringgit lagi untuk pasarkan graduan kita?

"Malang sungguh apabila Idris Jusoh sanggup mengeluarkan kenyataan tidak jujur mengenai mutu IPT kita.

"Penafian berterusan terhadap krisis yang melanda sistem pendidikan kita oleh kerajaan hanya akan terus menyebabkan masalah ini semakin parah," tegas Steven lagi. -Roketkini.com

Kos dan Harga Dandan Rambut Rosmah di Rumah RM1200, Tempah Baju Kurung RM500? Rosmah Mansor Tertekan dan Sokong GST 6%!

Posted: 23 Feb 2015 10:57 PM PST




dandan rambut rosmah



Kos dan Harga Dandan Rambut Rosmah di Rumah RM1200, Tempah Baju Kurung RM500? 

Rosmah Mansor Tertekan dan Sokong GST 6%! Amboi sekali dandan rambut sahaja di rumah bernilai RM1,200? Ibarat…sebulan gaji kebanyakan rakyat marhaen di Malaysia dihabiskan terus untuk kecantikkan rambut sahaja?

 

Rintihan dan Aduan Kenaikan Harga di Malaysia oleh Rosmah Mansor?

BACA LAGI SINI : Rosmah Mansor (RM) Paling Berkuasa di Malaysia? 
Rosmah Jawab Semua Fitnah. Respon Anda?

Rosmah Mansor mengadu dan menyokong penuh pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 6% bermula 1 April 2015 dalam majlis penerangan GST anjuran BAKTI di pejabat badan itu di Kuala Lumpur :
  1. Suri rumah sering menjadi mangsa dan terbeban dengan peniaga yang meletakkan harga sesuka hati
  2. Pendandan rambut kenakan caj RM1,200 untuk cat rambut Rosmah mansor di rumah
  3. Harga baju Rosmah Mansor sukar mendapat RM500 lagi
  4. Rosmah Mansor mendakwa beliau hanya suri rumah "tidak berduit dan tiada pendapatan" melihat ditekan peniaga ketika ini
Tampak berbeza sungguh tahap pemikiran dan kebimbangan orang ada-ada dengan golongan marhaen
  • golong marhaen, risau kos sara hidup meningkat, perbelanjaan keluarga bertambah
  • golongan ada ada ini risau pasal kos rawatan rambut dan tempahan baju
Sejujurnya, rakyat "tidak buta" mata dan hati. Bagi berita Semasa sendiri realitinya golongan VVIP hari ini, baju rm500 itu selayaknyalah bagi seorang isteri PM. Tiada yang mengejutkan. Ini gaya VVIP hari ini. Tetapi….

Tetapi apabila bercakap gunalah lingo marhaen.

Ini bagi contoh set rambut dia RM 1,200 sambil berlakun terkejut 'mahalnyerrr….'. Tepuk dahi Berita semasa mendengar gelagat dan telatah seperti ini. Kelihatan Rosmah Mansor "out of touch" dengan kehidupan rakyat marhaen.

P/S : Cat rambut kena caj rm1200, tempah baju kurung pun RM500, berapa agaknya kos penyelenggaraan dan penjagaan diri sebagai seorang First Lady of Malaysia (FLOM) ini?

P/S : Mengapa tidak Rosmah Mansor mahu mengeluh dengan caj mahal dandan rambut anda di rumah? Perlu diingat kedai sudah rugi berapa pelanggan di kedai semata-mata mahu melayan karenah dandan rambut anda di rumah? Jadi logik, mereka caj begitu.

P/S : Kepada Rosmah Mansor, nak selesaikan masalah caj dandan rambut yang dikenakan mahal di rumah anda dengan cara melaksanakan GST 6%? Mengapa tidak anda (Rosmah mansor) pakai tudung?

'Isu hudud tanya sendiri pada Kelantan'

Posted: 23 Feb 2015 10:52 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom enggan mengulas berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan dan meminta supaya merujuk perkara itu kepada kerajaan negeri.

Ketika ditanya lagi apakah saranan beliau apabila PAS mendapat tekanan daripada DAP untuk melaksanakan undang-undang itu, ahli Parlimen Jerai itu meminta supaya bertanyakan perkara itu kepada DAP.

"Tanya pada Kelantan.

"Tanya pada DAP," katanya ringkas pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Imam Peringkat Kebangsaan di Masjid Negara di ibu kota hari ini.

Umno tidak marah pendedahan Shafee

Posted: 23 Feb 2015 10:44 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Umno tidak marah dengan pendedahan butiran intim insiden liwat seperti yang disampaikan oleh ketua pendakwaan Tan Sri Shafee Abdullah dalam siri jelajahnya.

"Kita tidak pernah marah, siapa yang kata kita marah?" kata timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai mengulas berita Malaysiakini semalam.

Portal ini melaporkan pandangan seorang pemimpin Umno, yang enggan dikenali, yang berpandangan siri jelajah peguam kanan itu boleh "memakan diri" susulan pendedahan perinci Shafee di Kelana Jaya minggu lepas.

Muhyiddin juga berkata siri penerangan itu sebahagian hak Shafee kerana beliau seorang pengamal undang-undang yang arif tentang isu tersebut.

"Itu hak beliau. Beliau diundang oleh beberapa organisasi. Beliau mahu menjelaskan (kes itu) kerana beliau berkelayakan," katanya di Putrajaya hari ini.

"Shafee seorang yang pandai, beliau lagi pakar daripada (kita) semua. Jika ada pihak yang mengundangnya, terpulanglah kepada beliau. Kenapa kami (Umno) perlu gusar."

Pas perlu muktamadkan sikap yang mengelirukan

Posted: 23 Feb 2015 10:41 PM PST

MSO


Memerhati segala macam pergolakan dan perkembangan dalam Pas ke belakangan ini tidak siapa boleh menafikan parti itu diamuk dengan masalahnya tersendiri. Kehebatan amukan itu menunjukkan keadaan parti itu tidak boleh dianggap ia mengalami krisis dalaman persis ribut dalam cawan, tetapi berpotensi untuk merebak lebih besar sehingga menjelmakan ribut taufan.


Ahmad dan Najib, salam sudah kemas hati belum tahu.
Adalah silap kalau pimpinan parti itu mengira krisis itu perkara mudah dan biasa saja yang dapat diuraikan seperti mengasingkan minyak dengan air yang ketara dilihat. Sebab perkembangan dan apa yang berlaku kini menjurus kepada kemelut lebih besar jika tidak ditangani dengan fatanah.

Justeru melihat kepada apa yang berlaku kini Pas perlu bertindak segera mengambil keputusan yang tegas bagi meletakkan parti itu ke atas satu landasan dan jalur jelas dan boleh diyakini orang. Perkucaran pandangan politik sesama pemimpin Pas kini menjadikan parti itu bahtera yang bergoyang dan akan hanyut tanpa ada haluan.

Bagi membendung keadaan itu melarak, perkara paling pokok sekali kini, ialah memuktamadkan persespi yang Pas ingin bersama Umno. Agenda yang dilontarkan tahun 2008 dan ia mendapat restu Majlis Syura Ulamak (MSU) sendiri menerusi mekanisme apa dinamakan tahalus syiasi.

Walau pun sudah ada jawaban dan penjelasan demi penjelasan daripada hampir semua para pemimpin tertinggi, tetapi "projek terbangkalai" itu tetap menjadi hantu yang mengusik kepercayaan dan keyakinan orang Pas. Sehingga kini agenda kerjasama dengan Umno itu tidak tamat dan terus diperkatakan.

Perkembangan di Kelantan atau pun stail politik baru diambil oleh Pas Kelantan seakan menafikan jawaban dan penjelasan para pemimpin Pas itu. Pendekatan kerajaan Kelantan berbaik-baik dengan Putrajaya ditafsirkan ia adalah mesej kepada apa yang berada di bilik tabir. Ada orang meletakkan perubahan politik Pas Kelantan dengan Umno itu sebagai roh kepada hubungan lebih besar hingga ke dalam pilihan raya.

MB Kelantan Ahmad Yaakub sudah beberapa kali bertemu dan berjabat tangan dengan Najib Razak. Terbaru ialah petang semalam, MB itu berkunjung ke Putrajaya. Mungkin Pas ikhlas atau pun bertindak mengikut semangat Perlembagaan (federalisme), tetapi apa dibimbangi Pas Kelantan menjadi ralik dan leka berkahlwat dengan Umno sehinga dapat ditangkap basah oleh rakyat. Adalah memalukan kalau Pas berkahwin dengan Umno setelah ia ditangkap basah terlebih dahulu.

Kita memahami kesulitan dan masalah dihadapi Ahmad Yaakub di Kelantan. Dengan masalah kewangan negeri makin meruncing sedangkan isu banjir belum selesai, ia ditambah lagi dengan keadaan hubungan dengan pihak Istana yang sebelum ini umpama seperti isi dengan kuku, tetapi kini dikatakan tidak begitu kondusif. Pertemuan MB dengan Sultan tidak seacap dulu lagi? Inilah menyebabkan Ahmad kehilangan punca dan arah untuk mentadbir negeri.

Apakah kerajaan negeri khasnya Ahmad Yaakub dan timbalannya ada masalah dengan pihak Istana? Sewaktu ulang tahun keputeraan Sultan baru-baru ini tidak ada seorang pun orang politik daripada Pas dianugerahkan darjah kebesaran membawa gelaran Dato'. Hal dan kejadian seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Apabila sudah berjauhan atau pun hubungan kerajaan dengan Istana tidak mesra lagi, sudah pastilah nasihat-nasihat berguna daripada Istana khasnya dalam menjana ekonomi dan kewangan Kelantan tidak ada lagi dan juga boleh melemahkan semangat untuk mentadbir, mungkin inilah menjadikan Kelantan dalam keadaan runcing. Dikatakan kantung kewangan negeri sudah nampak "patak".

Kita fahami jalinan kerjasama Pas dengan Umno itu untuk pembangunan Kelantan dan jika kedua pihak jujur dan ikhlas banyak manfaat bagi rakyat.

Tetapi disebabkan tindakan itu tidak ada restu langsung dari puncuk pimpinan, maksudnya ia dibuat bukan atas arahan parti, menyebabkan rakyat mempunyai tafsiran negatif atas apa yang berlaku. Orang boleh beranggapan kerjasama Pas dengan Umno itu adalah berdasarkan nasfu sekarah MB sahaja untuk kepentingannya untuk mengekalkan kedudukannya sebagai MB sepenggal lagi.

Mungkin Ahmad sudah membuat perkiraan kalau tanpa kerjasama dengan Umno Kelantan tidak boleh dibangunkan dan Pas akan kalah dia akan kehilangan jawatan berprestaj itu.

Makanya adalah elok kalau Pas memuktamadkan perkara ini. Jelas dan terang kepada rakyat secara terbuka dan ikhlas jangan berdolak dalih atau pun bertindak seperti burung Puyuh menyembunyikan diri kepala terlindung tetapi punggung tertungging yang mereka sudah putus untuk bersama Umno.

Untuk ini Pas boleh mengambil keputusan dalam muktamar khas menentukan hala tuju Pas menjelang pilihan raya nanti. Apakah Pas ingin bersama Umno dan meninggalkan Pakatan Rakyat. Sekiranya muktamar itu bersetuju Pas bergabung dan bekerjasama dengan Umno semua pihak harus akur kepada suara majoriti. Dalam hal ini Abdul Hadi Awang sebagai presiden harus berani, tegas dan bersikap gentlemen.

Apabila ada pemuktamadan itu ia menyenangkan penyokong dan rakyat mengambil sikap mereka dan membuat keputusan. Dengan cara itu rakyat juga tidak merasakan mereka ditipu.

Lagi pun pemuktamadan itu juga perlu bagi mengelakkan pergaduhan terbuka di kalangan ahli dan penyokong Pas bawahan. Mereka yang lembab atau tidak cekap politik (genius) akan terus bergaduh apabila Pas tidak ada sikap jelas mengenai hal ini.

Apabila sudah ada sikap (stand) nanti, sudah pasti pergaduhan, perbuatan lebel melebel, menggelar puak itu sebagai babi, jebon, tedung dan sebagainya akan berhenti dengan sendirinya.

Selagi Pas berkeadaan seperti hari ini, tanpa memuktamadkan sikap mereka, selama itulah situasi berkucah kini berterusan. Keadaan hari ini dengan berpecah dan berbagai-bagai penerimaan (persepsi) umum terhadap Pas sebagai sebuah parti politik ia merugikan parti agama itu.

Ditegaskan pemuktamadan ini perlu disegerakan, dan jangan tunggu menjelang pilihan raya. Kalau hendak menjual nangka jangan sampai ianya sudah busuk

PAS Buka Siasatan Komplot Gulingkan Presiden

Posted: 23 Feb 2015 10:39 PM PST

RAKYATNEWS


alt


 
KUALA LUMPUR – Pas telah memulakan siasatan terhadap dakwaan dua pemimpin kanannya yang menjadi dalang kepada gerakan menjatuhkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan Pengarah Pilihan Raya parti, Dr. Mohd. Hatta Ramli akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Menurut beliau, keterangan juga akan diambil daripada individu-individu yang membuat tuduhan terhadap Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dan Mohd. Hatta.

"Siasatan akan mengambil kira semua sudut dan dijangka selesai sebelum Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61 berlangsung Jun ini," katanya.

Wakil Dewan Ulama Pas Kedah, Fauzi Hussin mengaitkan Mohamad dan Mohd. Hatta sebagai dalang untuk menjatuhkan Abdul Hadi sewaktu membahaskan ucapan Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yakob dalam Multaqa Ulama SeMalaysia II di Serdang Jaya, Selangor.

Sebelum ini, beberapa pemimpin kanan Pas termasuk Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad dan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria meminta kedua-duanya tampil memberi penjelasan bagi membersihkan nama mereka.

Pendedahan tentang komplot terancang dipercayai didalangi sekumpulan pemimpin Pas dengan matlamat untuk menjatuhkan Abdul Hadi dan kepemimpinan ulama dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim pada 8 Februari lalu.

Sementara itu, Mohd. Hatta ketika dihubungi Utusan Malaysia enggan mengulas tentang isu berkenaan.

"Salam. Tiada ulasan dari saya," katanya dalam mesej yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp.

Mohamad pula gagal dihubungi untuk mendapatkan ulasan berhubung desakan disuarakan oleh Mahfodz dan Razman itu.

Larangan Naik Margin untung 15 Bulan Lepas GST

Posted: 23 Feb 2015 10:35 PM PST

RAKYATNEWS


alt


 
KUALA LUMPUR  - Larangan ke atas perniagaan untuk menaikkan margin keuntungan mereka semasa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) mendapat maklum balas berbeza daripada industri yang berpendapat kerajaan sebaliknya perlu memantau harga dengan teliti daripada rantaian bekalan awal.

Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Subromaniam Tholasy dilaporkan berkata bahawa peniaga tidak seharusnya menaikkan margin keuntungan mereka tiga bulan sebelum dan 15 bulan selepas penguatkuasaan CBP, mengingatkan mereka bahawa tindakan sedemikian akan menyerupai kepada pencatutan.

Beliau berkata penguatkuasaan tempoh terhad itu bertujuan mengekang peniaga yang tidak bertanggungjawab daripada menaikkan harga untuk mendapat margin keuntungan yang lebih tinggi.

"Kenapa kita mesti selalu fikir bahawa kos akan meningkat (semasa pelaksanaan CBP). Terdapat juga kemungkinan bahawa harga akan turun. Kami mahu peruncit mengekalkan margin keuntungan bersih mutlak mereka," katanya kepada Bernama.

Subromaniam berpendapat bahawa penurunan tarif elektrik dari 1 Mac hingga 30 Jun, 2015 akan mengurangkan kos pengeluaran.

Mengulas larangan tersebut, Pengarah Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Brahim's Dewina Group of Companies Ahmad Husaini Hassan berkata barangan yang dibawa masuk oleh pengimport perlu dikawal berikutan sebarang perubahan harga akan memberi kesan kepada keseluruhan rantaian bekalan.

"Kami akan bersetuju (terhadap larangan tersebut) jika kerajaan mengambil tindakan terhadap pengimport, yang tidak mengisytiharkan cukai pada nilai sebenar, berikutan mereka mempunyai potensi untuk menaikkan harga (mengambilkira harga awal CBP).

"Malah, dengan berbuat demikian, harga sudah tentu akan jadi lebih murah. Kami (rantaian bekalan dan pengguna) akan berterima kasih (kepada kerajaan) atas langkah tersebut," katanya kepada Bernama, sambil menambah kira-kira 50 peratus daripada bahan-bahan mentah yang digunakan dalam produk Brahim's merupakan barangan import.

Sebaliknya, Subromaniam berkata masalah sedemikian tidak akan berlaku berikutan pengimport juga perlu mendaftar CBP untuk menuntut cukai input.

Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Datuk Moehamad Izat Emir memuji langkah Jabatan Kastam mengekang industri daripada menaikkan margin keuntungan tiga bulan sebelum pelaksanaan CBP.

"Ini akan memberikan tempoh bertenang kepada peruncit bagi membolehkan peniaga bersedia dari segi mental bagi sebarang keuntungan atau kerugian.

"Bagaimanapun, melarang industri daripada menaikkan margin keuntungan 15 bulan selepas pelaksanaan CBP perlu dikaji dan dibincang," katanya.

Pengarah Eksekutif Poh Kong Holdings Bhd Ermin Der Ming Siow melihat larangan tersebut sebagai 'tidak adil' kerana ia bertentangan dengan Akta Persaingan 2010 berikutan syarikat beroperasi dalam ekonomi pasaran bebas, yang membenarkan mereka untuk menetapkan harga.

Beliau berkata langkah tersebut tidak mesra perniagaan berikutan syarikat perlu berhadapan dengan kos bahan mentah dan logistik seperti pengangkutan dan tenaga kerja yang di luar kawalan mereka.

"Peruncit sebenarnya menangguhkan margin keuntungan mereka ketika ini dan kami perlukan untung untuk terus hidup," katanya.

Anwar bakal hilang kelayakan ahli parlimen esok

Posted: 23 Feb 2015 10:25 PM PST

SINAR HARIAN

Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
 
 
KUALA LUMPUR - Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim secara automatik akan hilang kelayakan sebagai anggota parlimen mulai esok, berikutan parti itu tetap dengan keputusan untuk tidak memohon pengampunan Diraja bagi pembebasannya.
 
Perkembangan terbaharu itu memberi isyarat jelas bahawa pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh hampir pasti diadakan kerana kerusi yang disandang Anwar itu mungkin diisytiharkan "secara rasmi kosong" tidak lama lagi.
 
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli memberitahu media hari ini bahawa PKR tidak akan memohon pengampunan Diraja bagi pembebasan Anwar, sambil menambah bahawa tiada arahan daripada ketua pembangkang itu untuk berbuat demikian.
 
Hari ini adalah hari terakhir bagi Anwar untuk mengemukakan permohonan bagi pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
 
Penyandang kerusi Permatang Pauh itu mempunyai tempoh 14 hari bermula dari tarikh dia disabitkan kesalahan dan dihukum penjara kerana meliwat, untuk memfailkan petisyen bagi pengampunan tetapi setakat ini, Anwar tidak mengambil apa-apa langkah ke arah itu.
 
Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lepas, menolak rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana meliwat bekas pembantunya, Saiful Bahari Azlan pada 2008, dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun. 
 
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum ini, berkata pihaknya hanya akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi parlimen Permatang Pauh, sebaik sahaja tempoh Anwar hilang kelayakan sebagai anggota parlimen berkuat kuasa.
 
Di bawah Fasal 4 Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, Anwar hilang  kelayakan sebagai anggota parlimen hanya berkuat kuasa selepas 14 hari dari tarikh dia disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman, iaitu esok.
 
Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi Bernama menyifatkan pengumuman Rafizi itu isyarat jelas kepada jentera parti untuk turun padang dan bekerja lebih keras bagi memastikan kemenangan parti berkenaan di kawasan tersebut. 
 
Katanya ini kali keenam PKR bertanding di Permatang Pauh sejak pilihan raya umum 1999 apabila Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, memenangi kerusi tersebut, selain beberapa pilihan raya kecil bagi kerusi dewan undangan negeri di kawasan parlimen berkenaan. 
 
"Jentera parti sentiasa bersiap sedia sepanjang masa dan kita akan mula berkampung minggu ini," katanya, yang menolak desas-desus bakal menjadi calon parti itu bagi pilihan raya kecil tersebut. - Bernama

Kes Sirul: Minta bantuan MP Australia

Posted: 23 Feb 2015 10:23 PM PST


rafizi ramli Rafizi Ramli
 
 
KELANA JAYA - PKR akan meminta bantuan ahli Parlimen Australia untuk membuat permohonan rasmi kepada kerajaan negara itu supaya bekas anggota polis Unit Tindakan Khas Bukit Aman, Sirul Azhar Umar dibenarkan ditemu bual oleh media Malaysia dan antarabangsa.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, temu bual itu perlu dilakukan setelah baru-baru ini Sirul menyatakan kesediaannya untuk memberi keterangan terbaharu mengenai kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Dengan adanya sesi temu bual ini, ia seterusnya boleh menjadi asas untuk membuka semula siasatan kes itu," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti tersebut, di sini, semalam.

Menurutnya, beliau juga sudah berbincang mengenai kedudukan Sirul dengan beberapa ahli parlimen Australia.

"Saya difahamkan Sirul tidak boleh ditemu ramah oleh mana-mana media tanpa kebenaran kerajaan Australia kerana beliau ketika ini ditahan di bawah Jabatan Imigresen Australia," katanya.

Pada masa sama, Rafizi berkata, PKR cuba mendapatkan bantuan daripada seorang ahli parlimen Australia untuk wakilnya berjumpa dengan Sirul bagi memastikan keselamatannya terjamin.

"Saya yakin dengan usaha semua pihak (berkaitan), perkara sebenar mengenai pembunuhan Altantuya akhirnya akan diketahui umum, terutamanya persoalan siapa yang mengarahkan Sirul menembak dan meletupkan Altantuya," katanya.

Dalam pada itu, kata Rafizi, pihaknya akan melancarkan kempen laporan polis secara besar-besaran di seluruh negara bermula minggu ini bagi memastikan siasatan kes berkenaan dibuka semula.

Rosmah: Amboi mahalnya RM1,200 dandan rambut

Posted: 23 Feb 2015 10:20 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Putrajaya disaran membuat garis panduan untuk perkhidmatan rumah ke rumah bagi mengelakkan peniaga meletakkan harga sesuka hati, terutamanya selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diperkenal.

Isteri perdana menteri Rosmah Mansor berkata tanpa kawalan harga, pengguna khususnya suri rumah akan terbeban.

"Kita ini suri rumah tangga sering menjadi mangsa kepada orang yang seperti ini.

"Dulu kita buat baju kurung RM500 boleh dapat, sekarang itu pun dah mahal," kata Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI).

Rosmah berkata demikian dalam majlis penerangan GST anjuran BAKTI di pejabat badan itu di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga berkongsi pengalamannya sendiri berdepan kos mahal, seperti perkhidmatan penjagaan diri rumah ke rumah.

"Sekarang ini bila saya nak cat rambut dekat rumah dia (pendandan) sudah caj RM1,200. Amboi mahalnya!

"Kalau di kedai dia kata harganya berbeza. Dia (pendandan) kata mahal sebab home service," kata Rosmah.

Malah katanya mendandan rambut seakan-akan sesuatu yang mewah bagi suri rumah sepertinya.

"Inilah perkara yang merisaukan kita suri rumah tangga yang tidak berduit dan yang tidak berpendapatan," katanya.

Tiada pemantauan khusus sekarang

Sementara itu, Bernama melaporkan, taklimat GST itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan. Kira-kira 50 anggota Bakti hadir pada sesi itu.

Ahmad berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu mengambil perhatian hal yang dibangkitkan itu.

Menurut Ahmad, tiada pemantauan khusus dibuat terhadap perkhidmatan ke rumah ketika ini.

"Khidmat yang dimaksudkan termasuk khidmat solekan, tukang paip, tukang elektrik, upah jahit baju dan sebagainya," jelas beliau.

Timbalan Menteri itu berkata aduan perkhidmatan seumpama itu yang mengenakan harga semakin tinggi tanpa kawalan boleh membebankan pelanggan terutama suri rumah.

GST akan dimulakan pada 1 April depan bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Hudud: DAP perlu hormat janji Pas

Posted: 23 Feb 2015 10:17 PM PST


Dr Dzulkefly Ahmad Dr Dzulkefly Ahmad
 
 
SHAH ALAM - DAP perlu menghormati hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud kerana ia adalah janji Pas Kelantan kepada rakyat di negeri itu sejak dahulu lagi.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Pas juga tidak perlu lagi menangguhkan pelaksanaan hukum hudud kerana ia telah mendapat sokongan semua pihak di sidang Dun Kelantan.

"Kalau ikutkan sudah lama sidang Dun Kelantan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah iaitu pada 1993.

"Jadi sekarang ini adalah masanya untuk kita laksanakannya. Perkara ini dijanjikan untuk rakyat Kelantan," katanya.

Dua didakwa bunuh isteri anggota polis

Posted: 23 Feb 2015 10:15 PM PST


Dua didakwa bunuh isteri anggota polis Dua remaja, A Nagarujun, 19, (kanan) dan seorang juvana, 17, (kiri) didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas tuduhan membunuh isteri seorang anggota polis pada 11 Februari lalu. - Foto Bernama
 
 
IPOH - Dua lelaki termasuk seorang remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini atas kesalahan membunuh seorang wanita di Taman Tanjung Emas, Ulu Kinta, di sini, 11 Februari lalu.

Tertuduh, A Nagarujun, 19, dan seorang remaja berusia 17 tahun dituduh membunuh Izaah Abdullah, 52, yang juga isteri seorang anggota polis di No 9, Laluan Tanjung 4, Taman Tanjung Emas, di sini.

Mengikut kertas pertuduhan mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut antara jam 12.30 tengah malam hingga 2 pagi.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Majistret Nurul Asyifa Redzuan menetapkan 22 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan  bagi mendapatkan laporan bedah siasat.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh digantung mandatori.‎

Pemilihan Pas: Calon boleh tanding tapi bersyarat

Posted: 23 Feb 2015 10:12 PM PST


Asmuni Awi
 
 

KUALA LUMPUR - Calon Pas Kawasan dibenarkan bertanding dalam pemilihan Pas jika mematuhi syarat dan pindaan yang ditetapkan oleh parti.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat, Asmuni Awi berkata, antara syarat berkempen yang dikenakan termasuk larangan menjatuhkan imej calon lain.

"Calon Kawasan boleh berkempen dengan cara sihat, tetapi sekiranya didapati menyalahi aturan dan pindaan yang ditetapkan, calon mungkin berdepan tindakan disiplin.

"... Ada bermacam tindakan boleh dikenakan ke atas calon yang gagal mematuhi peraturan berkempen, antaranya termasuk hilang kelayakan bertanding. Itu tertakluk kepada kesalahan yang dilakukan oleh calon itu," katanya ketika ditemui Sinar Online selepas satu sidang media berhubung pemilihan Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat di sini, hari ini.

Pada pemilihan lalu, terdapat insiden pihak tidak bertanggungjawab memulakan kempen memburuk-burukkan calon parti itu dengan memuatnaik ke dalam laman media sosial Facebook hanya kurang 24 jam selepas senarai muktamad calon pemilihan Pas bagi sesi 2013-2015 diumumkan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kempen pemilihan Pas bermula dengan kotor]

Sementara itu, Asmuni turut menegaskan, tiada penambahan peraturan dalam pemilihan kali ini.

Kata Asmuni, peraturan yang ada akan digunapakai dalam pemilihan calon peringkat Kawasan dan Dewan Negeri.

"Tidak ada peraturan baharu dalam pemilihan kali ini, namun ia (peraturan sedia ada) akan diperluaskan lagi.

"Ia bagi mengelakkan timbulnya beberapa masalah semasa pemilihan dan tempoh berkempen berlangsung," katanya lagi.

Tiada ulasan: