Selasa, 24 Februari 2015

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Kenyataan media yang dipertua dewan rakyat

Posted: 24 Feb 2015 04:45 AM PST



Terkini.

Kaki Fitnah Pemimpin PAS Kelantan

Posted: 24 Feb 2015 03:22 AM PST



Setiap hari menabur fitnah. Bila dijawab dia katakan itu hanya persoalan.

Semoga allah membuka hati mereka ini.

Sahabat, apakah Anda sudah hafal Ayat Kursi? 

Posted: 23 Feb 2015 07:40 PM PST



AYAT KURSI


Banyak sekali keutamaan dari ayat kursi. Kami akan memaparkan beberapa saja dari keutamaan dari ayat kursi:

1. Ayat yang Paling Agung dalam Al-Quran

Sebagaimana yang ada pada pertanyaan yang diajukan oleh Rasulullah kepada Ubay bin Ka'ab, "Ayat mana yang paling agung dalam kitabullah?" Ubay menjawab, "Ayat kursi." Maka beliau Shallallahu 'alaihi wasallam menepuk dada Ubay kemudian berkata, "Wahai Abu Mundzir, semoga engkau berbahagia dengan ilmu yang engkau miliki." (HR. Muslim)

Ayat Kursi dikategorikan sebagai ayat yang paling agung karena di dalamnya terdapat nama Allah yang paling agung, yaitu Al Hayyu dan Al Qayyum. Namun ulama berselisih pendapat manakah nama Allah yang paling agung.

2. Keagungannya Melebihi Langit dan Bumi

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Tidaklah Allah menciptakan langit dan bumi melebihi agungnya Ayat Kursi (karena di dalam ayat tersebut telah mencakup Nama dan Sifat Allah)"

Sufyan ats-Tsauri berkata, "Sebab ayat kursi merupakan (salah satu) kalamullah (perkataan Allah), sedangkan kalamullah itu lebih agung dari ciptaan Allah yang berupa langit dan bumi" (HR. At-Tirmidzi)

3. Salah Satu Bacaan Dzikir Sebelum Tidur

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Apabila engkau mendatangi tempat tidur (di malam hari), bacalah Ayat Kursi, niscaya Allah akan senantiasa menjagamu dan setan tidak akan mendekatimu hingga waktu pagi" (HR. Al-Bukhari).

Jadikanlah ayat kursi sebagai dzikir rutin yang dibaca ketika hendak tidur. Selain itu, ayat kursi juga termasuk bacaan dzikir pagi dan petang.

4. Salah Satu Sebab Masuk Surga

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Barangsiapa yang membaca Ayat Kursi setelah selesai shalat, maka tidak ada yang menghalanginya masuk surga kecuali kematian" (HR. An Nasa-i, dinilai shahih oleh Syaikh Al-Albani).

Beberapa hadits di atas menunjukkan keutamaan Ayat Kursi. Apabila kita merutinkannya, maka kita akan mendapatkan keutamaan yang sangat banyak. Hendaknya setiap muslim bersemangat untuk hal yang bermanfaat bagi dirinya, terkhusus untuk akhiratnya. Ayat Kursi sendiri bukanlah ayat yang panjang dan sulit untuk dihapal. Semoga Allah mudahkan kita untuk mengamalkannya. Wallahul Muwaffiq.

Antara inti pati perjumpaa MB Kelantan Dengan PM

Posted: 23 Feb 2015 06:42 PM PST

Datuk Ahmad Yakob

Pada 23 Februari 2015, isnin saya telah mengadakan kunjung hormat kepada YAB Perdana Menteri Malaysia bagi perbincangan dua hala antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan dalam perkara:

1. Persiapan akhir migrasi air yang dijangka majlis menandatangani perjanjian akan di adakan pada Mac 2015 nanti.

2. Membincangkan tentang Jajaran 'Central Spine Road' sepanjang 417 km bermula dari Kota Bharu sehingga ke Simpang Pelangai di sempadan Pahang/Negeri Sembilan.

Kunjung hormat ini adalah tanggungjawab saya sebagaimana termaktub dalam jadual tahunan bagi menyatakan beberapa tuntutan serta memenuhi keperluan kesejahteraan Negeri Kelantan yang dicintai.

Turut bersama dalam perbincangan tersebut ialah Ketua Penolong Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Timbalan Ketua Pengarah ICU Jabatan Perdana Menteri, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur Utiliti dan Teknologi Maklumat Negeri Kelantan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Doakan semoga Allah mempermudah segala usaha saya dan pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan demi berkhidmat untuk rakyat.

USTAZ DATO' HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan

PAS tidak akan bersama Umno, Inilah Pendirian Kami

Posted: 23 Feb 2015 04:44 PM PST

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Saya ingin tegaskan bahawa PAS tidak akan sesekali bergabung dengan Umno sebagaimana yang diviralkan dalam media sosial sekarang. Perkara penggabungan PAS-Umno ini tidak pernah dibincang dalam mana-mana mesyuarat parti.

Sudah tidak terbilang kalinya ditegaskan bahawa tidak timbul soal penyatuan kedua-dua parti ini. PAS ada 21 kerusi parlimen, Umno mempunyai 88 kerusi parlimen. Jika bergabung, Umno nak bagi berapa kerusi kepada PAS? 40? Daripada sudut ini sahaja, tuduhan bahawa PAS akan bergabung dengan Umno sudah tidak masuk akal.

Bahkan, Presiden PAS telah menegaskan di dalam Muktamar lalu dan sebelumnya bahawa PAS tidak akan bergabung Umno. Perkara dasar begini mesti melalui keputusan Muktamar bukan hanya pandangan peribadi ahli parti.

Jikalau atas alasan untuk melaksanakan sistem perundangan Islam, Umno sudahpun boleh melaksanakannya seandainya betul ingin melaksanakannya di semua negeri yang diperintahnya.
Berdekad-dekad Umno menentang hudud dan memperlekehkan hukum Allah ini, dan tidak menggunakan Al-Quran dan Hadis sebagai rujukan tertinggi parti, apakah mungkin tiba-tiba Umno betul ingin membantu PAS melaksanakannya?

Dalam saat Umno sedang kelemasan, tentulah ia akan sanggup melakukan apa sahaja, namun pengalaman lampau membuktikan bilamana mereka kuat, mereka akan tendang PAS keluar dari muafakat yang ada.

Sudah sekian lama, Umno menindas Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz dan rakyat Kelantan dengan menafikan royalti minyak, pembanguanan, lebuhraya, lapang terbang dan langsung tidak menghormati sistem federalisma. Apakah tindakan parti yang zalim terhadap PAS berdekad-dekad ini boleh dipercayai?

Kalau hujahnya adalah untuk perpaduan Melayu, biarlah orang Melayu bersama dengan PAS bagi membentuk sebuah kerajaan baru berteraskan Islam, dan tidak lagi dilihat sebagai komuniti yang boleh menerima rasuah, salahguna kuasa sebagai sesuatu yang patut di bawah kerajaan Umno.

Amalan rasuah, salahguna kuasa, pengurusan ekonomi negara yang pincang dan tindakan menggunakan akta dan tindakan yang zalim untuk mendiamkan rakyat mesti dihentikan.

Semua ini tidak akan dapat dicapai di atas tapak Umno yang korup.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS
24 Februari 2015

Tiada ulasan: