Selasa, 24 Februari 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Benarkah tidak masuk akal, Umno bergabung dengan PAS?

Posted: 24 Feb 2015 06:48 AM PST


Satu persoalan yang menarik dikemukakan oleh TITM :

 "Jika bergabung, Umno hendak beri berapa kerusi kepada PAS? 40 (kerusi)? 

 Samada pertanyaan TITM ikhlas atau pura-pura tidak tahu? Sedangkan beliau merupakan salah seorang ahli MSU dan MSU lah yang telah mengarahkan Presiden, Timbalan Presiden (ketika itu Nasharudin Mat Isa) dan Mustafa Ali untuk berbincang dengan pemimpin tertinggi Umno. Perkara ini telah diperakukan sendiri oleh Nasharudin.

 Namun apa yang menariknya dalam laporan tersebut , TITM menyatakan :
 Alasan untuk melaksanakan syariah Islam bersama Umno juga tidak boleh diterima kerana parti itu didakwa terus menentang hudud.
 "Berdekad-dekad Umno menentang hudud dan memperlekehkan hukum Allah ini, dan tidak menggunakan al-Quran dan hadis sebagai rujukan tertinggi parti, apakah mungkin tiba-tiba Umno betul ingin membantu PAS melaksanakannya?" soalnya.
 "Dalam saat Umno sedang kelemasan, tentulah ia akan sanggup melakukan apa sahaja, namun pengalaman lampau membuktikan apabila mereka kuat, mereka akan tendang PAS keluar daripada muafakat yang ada." 
 Saya ingin bertanya kepada TITM apakah Hj Hadi dan beberapa pemimpin tertinggi Kelantan mempunyai tanggapan yang sama sebagaimana kenyataan TITM di atas itu?

Berikut kenyataan TITM sebagaimana yang dilaporkan :


'Berapa kerusi PAS jika bersama Umno?'

PAS tidak yakin Umno sanggup berkongsi kuasa dengannya jika ia menyertai gabungan parti Melayu itu.

 Oleh itu, gabungan PAS-Umno seperti sering digembar-gemburkan tidak akan menjadi kenyataan, tegas seorang naib presiden PAS.

 "Jika bergabung, Umno hendak beri berapa kerusi kepada PAS? 40 (kerusi)? Daripada sudut ini sahaja, tuduhan bahawa PAS akan bergabung dengan Umno sudah tidak masuk akal," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

 Lagi pula, katanya lagi, Umno menguasai 88 kerusi parlimen, sedangkan PAS hanya memiliki 21 kerusi saja.

 Kerajaan campuran dua parti itu juga tidak pernah dibincangkan dalam PAS, tambahnya.

 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga sering menegaskan perkara yang sama di beberapa muktamar lepas, katanya.

 "Perkara dasar begini (gabungan) mesti melalui keputusan muktamar, bukan hanya pandangan peribadi ahli parti," kata Tuan Ibrahim.

 Alasan untuk melaksanakan syariah Islam bersama Umno juga tidak boleh diterima kerana parti itu didakwa terus menentang hudud.

 "Berdekad-dekad Umno menentang hudud dan memperlekehkan hukum Allah ini, dan tidak menggunakan al-Quran dan hadis sebagai rujukan tertinggi parti, apakah mungkin tiba-tiba Umno betul ingin membantu PAS melaksanakannya?" soalnya.

 "Dalam saat Umno sedang kelemasan, tentulah ia akan sanggup melakukan apa sahaja, namun pengalaman lampau membuktikan apabila mereka kuat, mereka akan tendang PAS keluar daripada muafakat yang ada."  SUMBER

Boneka Umno di gesa keluar PAS

Posted: 24 Feb 2015 04:21 AM PST

Kerajaan perpaduan: Nik Aziz mahu Timbalan Presiden keluar PAS

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2009 12:00 AM


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meminta Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan sebagai Anggota Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.

 "Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas pakatan pembangkang.

 "Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

 Katanya cadangan mengenai kerajaan perpaduan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) adalah satu perkara yang dilontarkan oleh "boneka Umno" untuk menimbulkan kecelaruan dalam PAS serta pakatan pembangkang.

 Nik Abdul Aziz mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan kerajaan perpaduan seperti mana yang dicetuskan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.

 Perdana Menteri berkata beliau mengamalkan sikap terbuka dan sedia mendengar serta menimbang apa jua cadangan yang akan dikemukakan oleh PAS.

 Sebagai reaksi, Nasharuddin berkata PAS berpendirian terbuka untuk perbincangan tentang perpaduan dan bukannya kerajaan perpaduan kerana parti itu melihat ada peluang untuk memberikan cadangan-cadangan baik kepada kerajaan bagi membantu menyelesaikan kemelut politik, ekonomi dan sebagainya.

 Nik Abdul Aziz berkata beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS di Kelantan telah menerimanya sebagai calon untuk bertanding di Bachok pada pilihan raya umum 2008.

 Katanya PAS dan pakatan pembangkang kini telah masuk perangkap Umno berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.

 "Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan pakatan pembangkang sedang berpecah," katanya.

 Beliau juga berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada pakatan pembangkang untuk jawatan menteri.

 "Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.

 Nik Abdul Aziz juga berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia berhubung satu laporan pada 15 Jun lepas yang memetik beliau sebagai berkata bahawa "nasihatnya mesti didengar".

 "Saya nafi sekeras-kerasnya penggunaan "mesti". Semuanya itu selain daripada pembohongan adalah hasutan untuk menghina saya, supaya masyarakat dan mufti benci kepada saya.

 "Saya sangat dukacita dan malu sampai dikerah mufti untuk membincangkan kenyataan saya," katanya.

 Nik Aziz berkata beliau telah melantik peguam untuk mengambil tindakan itu. BERNAMA SUMBER

Untuk dengar ucapan TGNA klik sini KLIK DI SINI

Giliran Asmuni Awi pula diratah UG.....

Posted: 23 Feb 2015 10:02 PM PST

 Teringat kisah Rasulullah SAW tatkala Siti Khatijah membawanya untuk menemui saudaranya yang bernama Waraqah bin Naufal.

 Rasulullah telah menceritakan kepadanya peristiwa dia telah didatangi oleh seseorang yang tidak dikenali.

 Maka berkata Waraqah, "Itu adalah malaikat yang diturunkan oleh Allah kepada Musa. Pastinya kamu akan didustakan orang, akan disiksa, akan diusir dan akan diperangi......"

 Rasulullah SAW berkata, "Apakah mereka akan mengusir ku?"

 Waraqah menjawab, "Ya, setiap orang yang membawa apa seperti kamu bawa ini, dia akan dimusuhi......"

 Asmuni bukan pembawa wahyu sebagaimana utusan Allah. Beliau hanya sebagai peguam yang tahu benar selok belok tentang perundangan dan perlembagaan PAS sebagai sebuah organisasi.

 Asmuni sekadar menyatakan kebenaran dan hak setiap ahli PAS sebagaimana yg tercatit dalam perlembagaan. 

 Percayalah. ramai puak-puak UG akan melabelnya dan menyerangnya...


Ahli PasMa tidak dihalang bertanding pemilihan PAS

Ahli PAS yang terlibat aktif bersama Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) tidak akan dihalang daripada bertanding dalam pemilihan parti itu pada Jun ini.

 Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Asmuni Awi berkata mengikut peraturan parti, mana-mana ahli parti Islam tersebut bebas untuk aktif bersama dalam aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tiada halangan untuk mereka bertanding.

 "Peraturan ini tidak halang mana-mana ahli terlibat dalam NGO, ahli PAS boleh terlibat bersama NGO, seperti PasMa, Abim dan lain-lain.

 "Saya bercakap ini secara umum, bukan hanya merujuk sahaja kepada PasMa sahaja," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini. – 24 Februari, 2015.Gik - sumber


Adakah JAIS berani?

Posted: 23 Feb 2015 09:00 PM PST


  ADAKAH JAIS BERANI nak terima & teruskan laporan 'Qazaf' terhadap Shafee ???
 Apakah sebenarnya akan terjadi jika kes pertuduhan liwat Anwar-Saiful jika diadili di Mahkamah Syariah ???.. TETAPI di negara Islam-M'sia MUSTAHIL akan berlaku kerana M'sia ada UMNO !!!
 Itulah sebabnya mengapa puok, pendokong UMNO begitu takut Hukum Allah Hudud mahu dilaksanakan di negara tercinta kita...
 SUDAH PASTI segala kemungkaran yg dilakukan UMNO tak dpt dilakukan sewenang-wenangnya jika Hukum Allah Hudud & martabat Mahkamah Syariah dipertingkatkan & sama taraf dgn mahkamah2 sivil2 yg lain..


PAS selama ini berjuang memperbaiki politik Umno

Posted: 23 Feb 2015 05:29 PM PST

PAS nak apa lagi? Nak sangat-sangat kan?? Dari berpura-pura-pura selama ini, eloklah PAS berterus terang dengan mengambil pendirian tegas yang sebenar untuk mahu bersama Umno. 

 PAS patut gembira sekarang ini kerana lontaran idea Hj Hadi mengenai Unity Goverment  semakin di terima oleh ramai.

 PAS bukan sahaja boleh jentik Pakatan Rakyat, malah boleh mendebik dan mendebuk dengan lebih penuh bertenaga. Kerana inilah kerjabuat PAS yang sering kita lihat selama ini.

PAS, sebaliknya dilihat lebih cenderung untuk memperkasakan Umno/BN supaya dapat  meneruskan kelangsungan pemerintahan mereka. Hj Hadi telah menyatakan persetujuannya untuk persempadanan semula kawasan pilihanraya. Beliau juga membantah bagi mengadakan pilihanraya PBT atas alasan boleh mengancam keselamatan negara persis terjadinya tragedi 13 Mei 1969 dulu.

Tidakkah itu semua merupakan kerjabuat membantu Umno/BN?. Saya bersetuju dengan kata-kata Mufti Perlis : 


PAS selama ini berjuang memperbaiki politik Umno.

Almarhum TGNA, sosok tubuh yang merupakan penentang utama 'perpaduang' pernah menyifatkan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa sebagai 'Barua dan sampah' kerana berusaha untuk bersama Umno.

Sebagaimana yang kini kita telah maklum, mengikut pendedahannya sendiri bahawa kerjabuat tersebut adalah kerana melaksanakan mandat dari MSU yang menugaskan beliau bersama Presiden  dan Setiausaha parti menemui Abdullah Ahmad Badawi, yang ketika itu adalah PM.

Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah menamakan tiga pemimpin yang perlu 'dibersihkan' iaitu Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Hasan Ali sudah tidak kedengaran lagi....Hj Hadi, Mustafa Ali dan Nasharudin Mat Isa bersama konco-konco merekalah yang giat meneruskan gagasan Unity Goverment hingga kini.
 

Mufti Perlis sokong PAS dan Umno bergabung



Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin menyarankan PAS membentuk kerajaan campuran bersama dalam usaha menjayakan matlamat parti Islam itu yang selama ini berjuang memperbaiki politik Umno.

 Beliau berkata, kerjasama antara PAS dan Umno dilihat sebagai usaha yang membawa ke arah kebaikan dan dianggap sebagai suruhan agama dan perlu dilaksanakan secepat mungkin.

 "PAS berjuang di luar sekian lama untuk membaiki politik Umno, mengapa tidak PAS mencubanya pula dalam satu kerajaan," kata Asri dalam tulisan di. Facebooknya awal pagi ini.

 " Ia satu projek islah siasah parti lawan dan juga segala kelemahan diri sendiri." Mufti Perlis itu menulis di laman Facebook sebagai reaksi terhadap cadangan seorang pemimpin PAS‎ yang mahu parti Islam tersebut bergabung dengan Umno.

 Sebelum ini, ‎pemimpin PAS Terengganu Roslan Ismail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi berkata kerjasama PAS dan BN bagi membentuk kerajaan persekutuan seterusnya melaksanakan hukum hudud secara sistematik.9 Asri melalui tulisannya memberikan tujuh sebab bagi menyokong hujahnya mengenai kerjasama antara PAS dan Umno.

 Katanya kerjasama antara dua parti tersebut bukan bermakna identiti PAS mahupun Umno dihapuskan sama sekali.

 Katanya dengan gabungan antara kedua parti tersebut membolehkan PAS dan Umno menegur sesama sendiri ke arah kebaikan.

 ‎"Tetapi gabungan yang mengekalkan identiti namun sering 'pesan memesan kepada kebenaran dan kepada kesabaran'," katanya.

 Tambahnya krisis yang dihadapi PAS hanya akan menggugat kepercayaan rakyat yang selama ini mahukan persaingan sihat antara kerajaan dan pembangkang.

 "Jika PAS terus berkrisis seperti sekarang yang boleh membawa pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya akan datang, yang akan melemahkan persaingan sihat dan menjadikan suatu pihak akan begitu dominan," katanya.

 Beliau berkata, gabungan antara PAS dan Umno bakal mewujudkan politik idea yang baru di negara ini apabila kerajaan akan mempunyai saingan daripada dalaman dan pembangkang dapat membuka ruang kepada ‎'platform' baru politik menggantikan tempat PAS.

 "Banyak (common ground) antara PAS dan Umno selama ini, terutama di sudut aliran kefahaman Islam kedua parti itu. Hanya bahasa yang berbeza, tapi isi mereka banyak yang sama.

 "Golongan Muslim yang lebih progresif mungkin akan mempunyai ruang baru yang jelas di medan siasah dengan hilangnya bayangan Islam PAS yang selama ini dilihat pelbagai versi," katanya.

 Katanya gabungan tersebut turut dilihat sebagai medan rakyat menguji kejujuran politik antara kedua parti Melayu-Islam itu dan penilaian secara matang dapat dilakukan. – 24 Februari, 2015. - SUMBER

Tiada ulasan: