"BERANI KERANA BENAR!" |
Lebih RM21 Juta, Nilai Tali Gantung Saddam Hussein Posted: 07 Feb 2015 09:51 PM PST LONDON: Ia hanya seutas tali, tetapi tetap menjadi rebutan walaupun nilainya mencecah puluhan juta.Nyata ia bukan sebarangan tali kerana pernah digunakan untuk mengantung bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein. Pada harga 4.6 juta pound (RM21.64 juta), pembida kini berebut-rebut untuk memastikan artifak bersejarah itu menjadi milik mereka. Mail Online melaporkan tali tersebut ketika ini dimiliki oleh bekas penasihat Pasukan Keselamatan Iraq, Dr. Mowaffak al-Rubaie, dan mula menjadi perhatian selepas laman web Al-Araby Al-Jadeed memuat naik gambar Mowaffak bersama tali gantung itu di Internet. Dr Mowaffak menunjukkan tali gantung Saddam Hussein yang kini diletakkan pada patung gangsa bekas pemimpin Iraq itu. "Beberapa pembida berminat untuk mendapatkan bahan bersejarah itu, antaranya dua usahawan dari Kuwait, keluarga hartawan dari Israel dan kumpulan agama yang berpusat di Iran. "Bidaan tertinggi yang diterima ketika ini adalah 4.6 juta pound (RM21.64 juta)," jelas web Al-Araby Al-Jadeed. Bidaan tersebut mendapatkan kritikan daripada seorang anggota kumpulan hak asasi manusia, Ahmeed Saheed yang memberitahu laman web Al-Araby Al-Jadeed, wang hasil bidaan itu perlu diserahkan kepada Jabatan Perbendaharan Iraq dan bukannya menjadi hak milik peribadi. Saddam dijatuhi hukuman gantung pada 30 Disember 2006 selepas Tribunal Khas Iraq mendapati beliau bersalah melakukan jenayah kemanusiaan. |
Posted: 07 Feb 2015 09:46 PM PST Oleh WAN ABD RAHIM WAN MOHAMAD SELEPAS banjir besar melanda yang dianggap juga oleh sesetengah orang sebagai bencana, atuk hanya diam. Atuk hanya menyendiri termenung di jendela melontar pandang melihat sekeliling. Atuk tidak banyak bercakap, hanya sesekali mulutnya kumatkamit membaca sesuatu. Mungkin melafas wirid atau zikir barangkali. Petang itu, atuk berdiri di jendela terbuka melihat pohon-pohon yang bergoyang disapu angin. Melihat awan d berarak perlahan. Atuk melihat sampah sarap yang berserakan ada yang tergantung terlekat di pokok dan dahan. Rumah atuk pun masih ada sisa-sisa lumpur yang belum hilang. Rumah atuk agak tinggi, berada pun di tempat yang agak tinggi yang belum pernah dinaiki air walau seinci. Tapi banjir kali ini benar-benar memecah tradisi, namun atuk tidak anggapnya sebagai bencana tetapi ianya sebagai rezeki yang cukup bererti. "Ingat cu, hujan itu adalah rahmat walau ia mendatangkan banjir. Banjir itu dikatanya bencana yang meranapkan banyak kediaman dan harta benda. Tapi sebenarnya ia adalah rezeki yang tidak ternilai harganya." Atuk diam sejenak, kemudian mengambil sehelai kertas yang tertulis tangan kemudian ditatap dan dibacanya perlahan-lahan. Banjir Di mata Basah Di hati Dari Dabong ke Laloh dari Laloh ke Manek Urai singgah pula di kampung karangan kemudian ke kampung pemberian suatu pemandangan yang amat menyedihkan sayu pilu dan airmata tanpa diminta tanpa diduga tumpah jua… Benarlah kata orang ia bagaikan tsunami setiap mata yang memandangnya menyentuh rasa dugaan apakah yang datang ini Dari Temalir terus ke Guchil singgah pula di Bandar kuala krai ah bandarnya sunyi sepi bagai dilanda petaka namun semua itu terselit rahsia kerana setiap yang berlaku itu adalah pemberian Tuhan Ianya rencana yang cukup indah Dia memberikan yang terbaik untuk kita bagaikan banjir di mata namun basah di hati. Atuk diam lagi. Dilontar pandangannya ke luar jendela. Melihat sampah sarap yang belum terkutip. Kemudian kembali menatap kertas di tangannya. Atuk termenung menoleh ke zaman silam, melihat zaman kegemilangan dahulunya sebagai seorang penyair. Benarlah kata atuk,hujan itu rahmat banjir itu hikmah.Terlalu banyak rahsia yang tersembunyi di sebalik kejadian itu. Selama hayatnya, atuk juga pernah berkata dunia ini bagaikan ranting. Seperti burung-burung, singgah di ranting sebagai pengkalan sebelum meneruskan kehidupan. Kita manusia pun begitu, dunia ini sebagai ranting tempat persingahan sebelum meneruskan lagi kembara menuju ke sebuah pengkalan yang lain. Kita datang tidak meminta tapi pergi disuruh pula.Ajaibnya kehidupan ini. Kehidupan ini disediakan hanya untuk orang-orang yang mengerti. Setiap saat adalah perjuangan, setiap saat adalah kesabaran walau dalam bentuk apa sekali pun. Alif masih ingat ketika bersama atuknya.Atuk juga pernah berkata, kita ini bagaikan sebuah alam,bukit dan gunung sebagai pasaknya demikian otak dan akal yang tersimpan di puncaknya iaitu kepala. Alur dan sungai yang mengalir airnya adalah saraf yang menghidup dan menyegarkan tubuh. Kata atuk, lihat saja bila kepala seseorang dibotakkan. Air yang dijirus meluncur laju ke seluruh tubuh tanpa sekatan. Ah alangklah harmoninya kehidupan ini jika semuanya mengikut hukum dan ketentuan tanpa merobek dan merosak serta memindanya. Kini atuk sudah tiada tapi kata-kata atuk masih terngiangngiang ada kebenarannya. "Ingat cu.. Pada suatu waktu nanti. Cucu akan dapat melihatnya. Semua akan dapat rasainya. Bila kepala dibotakkan air yang terjirus tidak akan tertahan lagi." Benarlah kata atuk,hidup ini disediakan untuk orang-orang yang mengerti. "Ingat cu... Kesabaran itu adalah rezeki yang paling mahal." |
You are subscribed to email updates from BERANI KERANA BENAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan