Roslan SMS Corner |
Nama pengkhianat PAS sudah terdedah (8/2/15) Posted: 07 Feb 2015 08:46 PM PST Dalam posting saya pada 31 Januari lalu bawah tajuk "Pemimpin kanan PAS khianat?" saya telah menekankan: Benarkah ada pemimpin kanan PAS yang terlibat sebagaimana didakwa Ustaz Fadhli? Ustaz Fadhli bertanggungjawab terbit dengan bukti-bukti jelas memperakui dakwaan ini, jika tidak ianya satu fitnah yang jahat. Tetapi saya yakin Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang itu punya bukti, dan saya yakin ianya akan segera terdedah.Jika adalah walau sekelumit mana bukti yang menunjukkan pembabitan pemimpin kanan PAS itu, saya kira ianya lebih jahat dan hodoh dan tidak layak pelakunya bukan sahaja duduk sebagai pemimpin malah menjadi ahli PAS. Apalagi jika dia memiliki agenda sebagaimana dibayangkan di atas. Pagi tadi bertempat di pintu masuk Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, Ketua Pemuda PAS Kuantan Ustaz Fadhli Ibrahim telah tampil mengemukakan bukti-buktinya termasuklah melalui perakuan bersumpah dalam kenyataan terbuka kepada pihak media.Nama Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli yang juga ahli parlimen Kuala Krai, telah didedahkan sebagai "kepala" atau ",mastermind" dalam kerja-kerja jahat menjatuhkan Presiden PAS dan kepimpinan ulamak melalui pelbagai kaedah dan strategi yang sangat buruk, tidak layak buat seorang yang bergerak dalam Jemaah Islam. Turut diedarkan adalah "printscreen" dari "whatsapp" group kumpulan yang diketuai dan didalangi Hatta. Salinan "printscreen" berkenaan turut dimetrai dengan akuan bersumpah.Berdasarkan kenyataan Ustaz Fadhli itu Hatta lah yang berperanan aktif dalam Pasma, dan Pasma menurut beliau, berdasarkan tulisan Raja Petra dalam laman webnya telah menerima RM1.5 juta suntikkan dana dari DAP, guna untuk memanjang dan melangsungkan agenda jahat mereka. Saya gerun mengikuti perkembangan ini, apakah yang sedang terjadi ke atas PAS hari ini?Apa pun Ustaz Fadhli telah bangkit dengan bukti-buktinya, sekarang giliran si kena tuduh untuk menafikan atau jika tidak bagi PAS untuk bertindak. Perlakuan Hatta dan kumpulannya sebagaimana didakwa termasuklah membocorkan keputusan dan perbincangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat (JKPP) adalah merupakan tindakan paling biadap, dan melanggar adab dan peraturan Jemaah. Jika benar ia suastu yang tidak boleh dimaafkan.Saya difahamkan pendedahan Ustaz Fadhli tidak tamat dengan kenyataan pagi tadi, banyak lagi bukti-bukti yang akan didedahkan selepas ini. Sewajarnya mereka yang berkenaan segera meletakkan jawatan dan angkat kaki keluar PAS, jika rasa bertanggungjawab. Jika tidak sewajarnya PAS bertindak, siasat dakwaan Ustaz Fadhli dan oleh kerana pertuduhannya sangat berat, gantung jawatan dan keahlian Hatta dan mereka yang berkaitan agar PAS dilihat terus bersih sebagai sebuah Jemaah dan gerakan Islam. Bayangkan berapa banyak lagi maklumat dan rahsia parti yang telah terdedah sebelum ini, Allah sahaja yang tahu.Sama-sama kita tunggu reaksi yang kena tuduh. Semoga Allah swt melindungi pimpinan yang ikhlas dalam memperjuangkan agenda PAS dan menghukum mereka yang khianat dan mungkar. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan