ALHUSSEYN |
- Kukuhi gabungan PR, penuhi tanggungjawab – Ahmad Awang
- Jangan sekadar menafikannya, sila ambil tindakan yang sewajarnya!
- Jom kenali Gerombolan buat havok di kaki lima Pejabat Agong PAS
Kukuhi gabungan PR, penuhi tanggungjawab – Ahmad Awang Posted: 08 Feb 2015 03:37 AM PST Demo dihadapan pejabat Agong PAS mendesak Dr Hatta Ramli dan beberapa lagi JKPP meletakan semua jawatan dalam parti Saya tidak tahu samada perbalahan bersama ini ditimbulkan atas sebab adanya agenda tertentu mereka yang berbalah, atau atas sebab mereka menganggap, perbalahan adalah cara terbaik untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat. Sekiranya mereka berbalah dengan penuh kesedaran perbalahan ini akan merosakkan PR, maka saya anggap mereka gagal memenuhi tugasan mereka sebagai pemimpin yang bijak dan berhemah. Hj Hadi selamba sahaja berjalan masuk di celah-celah para pendemo? Apakah Hj hadi merestui kelaku biadab sebegini? Sebagai pemimpin tanggung-jawab dan kewajipan utama kita, dalam suasana politik semasa, adalah untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat. Ini adalah kerana usaha membebaskan rakyat dari penindasan dan kezaliman Umno/BN akan hanya mampu dilaksanakan melalui Pakatan Rakyat buat masa ini kerana PR adalah entiti gabungan politik yang mampu mencabar Umno/BN. Kekuatan PR tidak boleh dipertikaikan mana-mana pihak dan ianya diakui Umno/BN sendiri. Dan membawa perubahan pemerintahan adalah bukan sekadar harapan dan kehendak tetapi ianya merupakan keperluan rakyat yang amat mendesak. Saya menyeru kepada semua pimpinan PR untuk menumpu kepada usaha mengukuhkan PR dan melalui itu menjadi pembela nasib rakyat. Rakyat sentiasa dilaga-lagakan Umno/BN melalui fahaman perkauman mereka sehingga rakyat sentiasa dihantui ancaman perbalahan kaum dan ketidak amanan. Pada tahun 1999 apabila majoriti orang Melayu inginkan perubahan, Umno/BN tanamkan ketakutan di kalangan bukan Melayu dan kekal berkuasa melalui sokongan majoriti bukan Melayu. Pada 2008 dan 2013, apabila yang bukan Melayu pula inginkan perubahan, Umno/BN pula menakut-nautkan orang Melayu sehingga melalui perasaan ketakutan ini, Umno/BN sekali lagi mengekalkan kekuasaan. Ini merupakan bukti soal kaum hanya merupakan alat dalam percaturan politik Umno/BN. Kebebasan dari cengkaman Umno/BN akan membebaskan rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu yang beragama Islam, dari minda assobiyyah kaumiyyah yang ditolak Rasulullah (SAW). Inilah sebabnya PAS selama ini nak jatuhkan Umno/BN. Ia itu supaya politik orang Islam tidak lagi berasaskan politik Melayu yang memperalatkan Islam tetapi sebaliknya berasaskan politik Islam yang membela nasib Melayu dan seluruh kaum di Negara kita! Amat peliklah sekiranya ada yang menganggap PR tidak menguntungkan PAS dan perjuangan politik Islam. Sebaliknya saya beranggapan demi menyemarakkan kefahaman politik Islam di kalangan ummat Islam, maka PAS akan merupakan pihak yang paling beruntung dengan kekalahan Umno/BN. Pada masa yang sama, kebebasan dari cengkaman Umno/BN akan juga bermakna segala kerosakan yang menimpa Negara, dari sudut politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan segala-gala sektor yang lain akan akhirnya dapat dibenteras dan diatasi. Ianya tidak dapat diatasi selagi mana Umno/BN memerintah kerana mereka melaksanakan dasar-dasar yan membawa kerosakan ini.
Maka saya menyeru kepada pimpinan PR, dan pimpinan PAS khususnya, untuk utamakan penyelesaian masalah rakyat dengan menggandakan usaha mengukuhkan PR. Rakyat bakal ditimpa kos kehidupan yang semakin mencengkam dengan perlaksanaan GST. Mereka akan terus kehilangan berbillion-billion ringgit melalui dasar-dasar kronisme dan rasuah amalan Umno/BN sehingga ekonomi yang sepatutnya memecut pantas membangun ditimpa bebanan yang menyebabkan ianya hanya mampu berjalan terhingguk-hingguk. Rakyat akan ditimpa sistem perundangan yang semakin mencekik kebebasan dan hak melalui penggunaan sewenang-wenangnya akta hasutan dan akta anti-keganasan. Sambil campur tangan eksekutif dalam urusan judiciary atau kehakiman menjadi semakin ketara hingga Malaysia dijadikan bahan lawak dunia!
Rakyat tidak mahu melihat harapan mereka untuk perubahan ini berkecai dan mereka tidak akan memaafkan kita yang diamanahkan sebagai pemimpin sekiranya tindak tanduk kita merupakan sebab utama PR berpecah atau hilang keyakinan rakyat. Mereka semakin bosan dengan perbalahan dan percanggahan antara pimpinan parti-parti PR yang seolah-olah tidak lagi mengutamakan penyelesaian masalah rakyat. Sebaliknya hanya sanggup mengutamakan perbalahan dan percanggahan demi politik jangka masa pendek. Ini yang paling menyeronokkan Umno/BN dan tidak hairanlah bagaimana Umno/BN masuk campur dan berperanan untuk melaga-lagakan kita satu sama lain. PAS sepatutnya menjadi parti yang memahami awlawiyyat atau keutamaan politik dan menzahirkannya kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat. PAS sepatutnya menjadi rakan yang pertama mengenepikan perbalahan dan sengketa sampingan demi mengutamakan persoalan yang perlu diutamakan. Zahirkan kebijaksanaan politik Islam supaya terus membina kekuatan pengaruh dalam PR dan di kalangan rakyat sepertimana dilakukan selama ini sejak tahun 1990an! Melalui kebijaksanaan mengenali awlawiyyat atau keutamaan ini, PAS berjaya untuk berada di arus perdana politik Malaysia dan tidak lagi berperanan hanya di kawasan Pantai Timur semata-mata. Pada masa yang sama, saya ingin menyeru pimpinan PAS untuk membina kembali kesatuan dan semangat ukhuwwah dan persaudaraan di dalam PAS itu sendiri. Tidakkah pimpinan menyedari bagaimana perbalahan dalaman PAS semakin meruncing sehingga menghasilkan suasana berpuak-puak dan saling benci membenci sesama ahli?Perbalahan dalaman PAS ini akan melemahkan PAS dan apabila PAS lemah maka PR akan turut terjejas. Apabila PR terjejas maka rakyat akan merasai PAS adalah punca mereka gagal diselamatkan daripada penindasan dan penganiayaan Umno/BN. Pada masa yang sama kelebihan Islam yang mengutamakan ukhuwwah sesama Islam tidak mampu dizahirkan PAS. PAS seolah-olah menjadi parti yang memperjuang 'Islam dan syariatnya' tetapi tanpa adanya akhlak yang mulia di kalangan ahli-ahlinya. Amalan 'adabul ikhtilaf' serta 'berlemah-lembut dan kasih sayang' antara orang-orang yang beriman akan hanya menjadi ungkapan kosong yang tidak mampu dihayati. 'Islam tanpa akhlak' sebegini tidak akan mampu memikat hati manusia dan sebaliknya akan menjadi sebagai penghalang kepada manusia lain mengenali kebenaran Islam.
Matlamat dan wawasan mereka untuk menjadikan PAS sebuah jemaah Islam yang kukuh, bersatu padu dan berperanan di tengah-tengah masyarakat membela seluruh rakyat perlu sentiasa diusahakan. Hanya dengan itu akan pengaruh PAS bertambah kukuh dan PAS menjadi parti yang dihormati dan disegani. Kehormatan dan kedudukan mulia di mata masyarakat perlu diusahakan, diperjuangkan bukan dituntut. Saya dengan ini menyeru pimpinan PAS untuk memenuhi kewajipan mereka terhadap PAS dan masyarakat jelata dengan penuh keikhlasan dan bertanggung-jawab. Saya juga menyeru semua pimpinan Pakatan Rakyat, terutamanya pimpinan PAS, untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk membina kembali kesatuan dan kekuatan PR demi membela keadilan dan kepentingan rakyat. – 8 Februari, 2015. * Penulis adalah mantan Naib Presiden PAS, mantan Presiden Persatuan Ulama Malaysia.9 - sumber | ||||||
Jangan sekadar menafikannya, sila ambil tindakan yang sewajarnya! Posted: 08 Feb 2015 01:20 AM PST KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menafikan dakwaan wujudnya konspirasi dalaman untuk menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau menegaskan pihaknya enggan melayan sebarang gerakan dalaman yang cuba memecahbelahkan kepimpinan Pas. "Tak ada (konspirasi), saya tidak pakai semuanya itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Ketua Pemuda Pas Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim yang mendakwa terdapat usaha untuk menguasai Pas Pusat dan menjatuhkan Abdul Hadi.Baca lagi di sini Komen al-Husseyn: Harap jangan sekadar menafikan sahaja tanpa mengambil tindakan tatatertib yang sewajarnya.Gambar-gambar terlibat jelas dan nyata. Tolong ambil tindakan segera ke atas mereka kerana tersangat biadap dan keterlaluan terhadap pimpinan JKPP. Tunjukan ketegasan PAS dalam kemelut ini. | ||||||
Jom kenali Gerombolan buat havok di kaki lima Pejabat Agong PAS Posted: 07 Feb 2015 10:15 PM PST Perhimpunan UG depan bangunan ibu pejabat PAS jalan Raja Laut. Baju Hijau tu hanyalah barua kepada Mahaguru mandi minyak di kanannya , di belakangnya pula itulah Tuk Usin Pondan.... Gerombolan ini kata buat nak sidang akhbar; tapi nampaknya lebih kepada buat demonstrasi di depan Pejabat Agong PAS. Rupa-rupanya gerombolan ini sudah hilang kepercayaan kepada Badan Disiplin PAS, parti sendiri ....alahai... tu yang buat demo di kaki lima pejabat! Gerombolan ni telan bulat-bulat apa yang Raja Petra tu kata....korang sendiri ada bukti apa? Sebab DAP tak layan dan tak ambik tindakan mahkamah? Aku nak tanya gerombolan ni : Apahalnya Mustafa Ali dgn kisah 'Spenda Londehnya' itu yg sampai la ni tidak berani ambil tindakan, apa cerita? Cakap biarlah berlapik, kan dah kena batang hidung sendiri! Dah tu pi tuduh JKPP tubuh PasMa bagai....PasMa tiada kaitan dengan PAS.Dia tak ada kuasa nak menentukan 'game' dalam PAS. PasMa adalah NGO yg berdaftar sebagai NGO yg sah. Bukan macam Geng Ustaz yg berdaftar sebagai 'Geng Ustaz Enterpris' tapi istihar diri sebagai NGO. Kemudian suruh pula ambil tindakan kepada ahli-ahli PAS yg terlibat dengan PasMa atas alasan Majlis Syura melarang ahli-ahli PAS daripada menyertai PasMa.Pundeklah kao! PasMa badan NGO yg berdaftar, aku ulang. Tiada mana-mana klaus dalam perlembagaan PAS yg melarang ahlinya terlibat dengan NGO. MSU ikut perlembagaan setan mana? Komplot ini mensabotaj setiap keputusan yg dibuat oleh Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama. Komplot ini menguasai lebih separuh daripada jumlah JKPP sehingga berupaya mensabotaj keputusan parti; menjadikan presiden seperti boneka dan segala keputusan parti adalah dicaturkan oleh komplot ini....bagai-bagailah gerombolan ni tuduh JKPP. Hoi mangkuk! Keputusan parti bukan diputuskan oleh Presiden seorang tetapi secara jemaah - wa amruhum syura bainahum dan wa syawirhum fil amr. Siapa yang sering buat U-turn? Semua orang tahuperkara itu. Jangan nak putar belit fakta. Apa yang Tulang Besi ramalkan memang tepat sekali. Korang dipersilakan baca entri saya bertarikh 24 Ogos di sini Desakan Terhadap Dr Hatta Ramli dan Kumpulan Konspirasi supaya meletakan kesemua jawatan dalam parti PASKebelakangan ini satu komplot jahat dilihat secara konsisten menyusun dan merancang strategi untuk menguasai PAS Pusat serta untuk menjatuhkan Presiden dan kepimpinan Ulama melalui kerja-kerja khianat dan di luar batasan Islam, antaranya :1. Menanamkan kebencian di kalangan ahli PAS dan masyarakat umum terhadap Tuan Guru Presiden dan kepimpinan ulama. 2. Memfitnah pemimpin-pemimpin yg dilihat bersama Tuan Guru seperti Setiausaha Agong PAS serta ahli keluarga presiden PAS. 3. Menubuhkan PasMa serta menyusun strategi untuk memecah belahkan kesatuan di kalangan ahli dan melakukan 'grand design' untuk menjatuhkan presiden PAS dan kepimpinan ulama. 4. Mensabotaj setiap keputusan yg dibuat oleh Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama yg dilihat tidak selari dengan kehendak pihak-pihak tertentu didalam pakatan Rakyat. - Kewujudan komplot untuk menjatuhkan Presiden dan kepimpinan Ulama. - Dewan Pemuda PAS Kuantan endesak mereka yg terlibat meletakan jawatan. -Komplot ini sangat bahaya , bukan sahaja boleh meruntuhkan parti malah pernah meruntuhkan kerajaan besar , Khalifah Othmaniyah 1924. - Keputusan-keputusan Parti Islam didalangi anasir-anasir luar digerakan oleh Dr Hatta Ramli dan kumpulannya. -Berdasarkan bukti yg kami dapati : Komplot ini menguasai lebih separuh daripada jumlah JKPP sehingga berupaya mensabotaj keputusan parti; menjadikan presiden seperti boneka dan segala keputusan parti adalah dicaturkan oleh komplot ini. - Dewan Pemuda PAS Kuantan percaya dakwaan Raja Petra, bahawa komplot ini melalui PasMa telah mendapat RM1.5 juta daripada DAP untuk menjatuhkan Presiden PAS; semata-mata kerana tiada sebarang penafian dan tindakan mahkamah daripada DAP. - Dewan Pemuda PAS Kuantan hilang kepercayaan terhadap badan disiplin kerana komplot ini telah menguasai lebih separuh daripada JKPP. Kes-kes ini menambahkan keyakinan kami terhadap komplot dari kalangan pimpinan kanan PAS yang secara jelas mengkhianati parti. Buktinya kes-kes kritikal yang tidak diambil tindakan : 1) Laporan terhada 5 kawasan haram Dewan Pemuda PAS di Johor yg sehingga kini tiada tindakan. 2) Tuan Hj Asmuni Awi yg dilantik semula sebagai Pengarah Jawatankuasa Pemilihan Muktamar sekalipun pemilihan penggal lepas dilihat berlaku penipuan sehingga pengundian ditangguhkan ke hari berikutnya. 3) Tiada tindakan diambil terhadap penggerak-penggerak PasMa yg terdiri daripada ahli-ahli PAS , sekalipun telah diputuskan oleh Majlis Syura agar ahli-ahli PAS tidak menyertai PasMa. Oleh itu Dewan Pemuda PAS Kuantan sekali lagi mendesak mereka yg terlibat meletakan kesemua jawatan dalam parti. Dewan Pemuda PAS Kuantan menamakan Dr Hatta Ramli antara pimpinan kanan PAS yg terlibat dgn komplot ini. Kami beraku janji akan membuat pendedahan demi pendedahan mengikut keperluan semasa. Dilampirkan bukti-bukti akuan berkanun beserta exhibit cetakan paparan skrin berkaitan. Fadhli Ibrahim Ketua Pemuda PAS Kuantan. |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan