Rabu, 25 Februari 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SEMBAHYANG DI MASJID NEGARA

Posted: 25 Feb 2015 07:15 PM PST





VINCENT DAN ANANDA
Woi TT..Tadi aku jumpa Vincent Tan dan Ananda Krisna bersembahyang di Masjid negara. Ananda bersolat betul2 belakang imam. Segala TV dan lensa video penuh.. sampai aku pun jadi segan nak masbuk join solat tadi. 

Memang terkejut beruk. Aku terkejut maha beruk lagi bila lepas bagi salam, rupanye TT yg jadi imam!!! Sejak bila ko berubah dari agnostik ni? Seperti sama je baca berita ni dgn berita anak mael ni nak buang org tengah.

 Sistem kapitalis ini diimani UMNO, PAS, ULAMAK dan segala manusia zaman mutakhir ini. Tetiba berita nak buang orang tengah yg menjadi tunjang rukun islam kapitalis masakini.. Apa kes ni bro? on HAPUSKAN ORANG TENGAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 2/25/15



------------

GEROMBOLAN TAKUT

Posted: 25 Feb 2015 06:38 PM PST


KOMENTAR
jika ada pilihanraya kecil
pekara pekara ini
akan menjadi agenda kempen:

1 - siapa upah sirul
2 - siapa upah azilah
3 - berapa bilion hutang 1MDB
3 - macam mana sirul lari?
4 - siapa bantu sirul lari?






Najib umum Umno tak bertanding di 

Chempaka

Perpaduan ummah melalui kerjasama antara dua parti Melayu-Islam terbesar negara, Umno dan PAS, tidak boleh ditegakkan tanpa ketelusan dalam isu kenegaraan yang besar, kata Datuk Husam Musa. 

Naib presiden PAS itu berkata, ia termasuk dalam isu seperti syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.
"Perpaduan ummah hanya akan menjadi alat politik jangka pendek bagi menyelamatkan hayat politik individu dan parti tertentu semata-mata.
"Bahkan, sebelum ini, Barisan Nasional (BN) juga gagal meletakkan calon di Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan ia tidak membawa apa-apa makna kepada perpaduan ummah atau negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas keputusan muktamad BN tidak akan bertanding di pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka di Kelantan yang kosong susulan kematian penyandangnya  Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Februari.
Husam berkata, pengumuman  Najib Razak yang Umno-BN tidak akan meletakkan calon untuk PRK Chempaka membuktikan kekuatan Umno-BN di era kepimpinan presiden Umno dan pengerusi BN itu sudah menurun ke tahap tidak lagi berani berhadapan dengan lawan tradisinya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tanpa-ketelusan-perpaduan-ummah-hanya-alat-politik-kata-husam#sthash.aVOoqCvh.dpuf

KAH KAH KAH

woit
takut ngaku takut
kecut ngaku kecut
putar memutar
hal islam hal umah
pundeeek laaaa
kah kah kah

POOOORRRRAAAAH



------------

PETANG SABTU DI SOGO

Posted: 25 Feb 2015 06:21 PM PST






SABTU INI

jam 4:00 petang

sogo
 


-------------

KES JANDA BERHIAS

Posted: 25 Feb 2015 05:38 PM PST





KOMENTAR
harga rosmah mansor
medandan rambut memang mahal
ini wajib difahami

rosmah minah botak
dari minah botak
nak di kembangkan rambut
digerbangkan untuk
menutup kebotakkan

INI  MINAH BOTAK

Mengapa Ahmad Maslan pentingkan 

dandanan rambut Rosmah, soal PKR 

PKR hari ini mempersoalkan sikap Timbalan Menteri Kewangan  Ahmad Maslan yang lebih mementingkan rungutan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor mengenai harga dandanan rambut daripada mengutamakan hal membabitkan kepentingan rakyat. 

Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengulas reaksi timbalan menteri kewangan terhadap aduan suami  kepada Najib Razak yang terpaksa membayar lebih mahal kerana tiada kawalan caj perkhidmatan perniagaan di rumah.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mengapa-ahmad-maslan-pentingkan-dandanan-rambut-rosmah-soal-pkr#sthash.g8TlRhWw.dpuf

KAH KAH KAH

woit
nurul ni tak faham
nurul tak sedar
orang slim kiut
memang tak faham
masalah mak janda
nak jadi anak dara
kah kah kah
masalah mak buntal
masalah orang gemok
pendek hitam
shot shot fat fat
face dak dak

APA PUNYA BUNTAL



---------------

UTUSAN - PADAN MUKA

Posted: 25 Feb 2015 05:08 PM PST







Kerugian Utusan naik tiga kali ganda kepada RM82.64j

KUALA LUMPUR: Kerugian Utusan Melayu (Malaysia) Bhd meningkat tiga kali ganda kepada RM82.64 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, daripada RM20.39 juta sebelum ini disebabkan pendapatan lebih rendah dan caj susut nilai lebih tinggi.

Pendapatan merosot kepada RM291.32 juta bagi tahun dalam semakan daripada RM342.43 juta sebelum ini disebabkan kelemahan sumbangan oleh segmen penerbitan, pengedaran dan pengiklanan.

Pendapatan segmen berkenaan dalam suku terakhir susut 13.5 peratus, disebabkan terutamanya oleh pengurangan ketara dalam pengiklanan, kata syarikat penerbitan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.



KAH KAH KAH
kah kah kah
kah kah kah
woit
padan muka
gwa dah cakap
tak ada orang beli
kah kah kah

PADAN MUKA




------------

BERITA TERKINI

Posted: 25 Feb 2015 04:30 PM PST






TERKINI
pertempuran hebat
pertempuran kuat
ahmad rosmah
lawan
abdul mahathir

 




-------------

TURUN BERDEMO

Posted: 25 Feb 2015 10:09 AM PST








HIMPUNAN #KITALAWAN 7 MAC DESAK NAJIB UNDUR
Sekretariat #KitaLawan memutuskan bahawa himpunan di hadapan Sogo pada setiap hari Sabtu jam 4.00 petang akan diteruskan walaupun terdapat penangkapan yang dibuat oleh pihak Polis terhadap peserta himpunan pada minggu lepas. Ini adalah sejajar dengan pendirian gabungan #KitaLawan yang mana himpunan akan diteruskan setiap minggu sehingga tuntutan kami dipenuhi.
Maka, himpunan besar akan diadakan pada 7 Mac 2015 dengan tumpuan khusus supaya  Najib Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan segera dan seterusnya membebaskan saudara Anwar Ibrahim. Gesaan kami dibuat bersandarkan fakta-fakta yang menunjukkan kegagalan beliau menjalankan tugas sebagai pemimpin utama negara seperti berikut:-
1.      Memusnahkan kewibawaan Institusi Kehakiman dengan memenjarakan Saudara Anwar Ibrahim sebagai tahanan politik melalui konspirasi Fitnah 2.
2.      Meletakkan kedudukan kewangan negara dalam bahaya melalui skandal 1MDB dimana hutang 1MDB yang mencecah puluhan bilion Ringgit bakal ditanggung oleh rakyat.
3.      Hiprokasi beliau terhadap isu-isu hak asasi manusia yang mana akta-akta zalim dan drakonian seperti Akta Hasutan masih digunakan untuk menghukum rakyat demi melindungi kuasa dan kedudukan beliau.
4.      Ketidak pedulian beliau terhadap ekonomi rakyat terutamanya dengan meneruskan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sedangkan beliau, keluarga mahupun pimpinan UMNO Barisan Nasional yang lain terus bermewah dan berbelanja dengan boros.
5.      Pengurusan ekonomi negara yang lemah dan tiada kekuatan menolak dasar ekonomi yang tidak adil kepada rakyat seperti masih mengadakan rundingan perjanjian TPPA, gagal menghapuskan cukai eksais kereta yang melampau dan sebagainya.
6.      Meminggirkan nasib golongan muda yang berhadapan dengan kos sara hidup tinggi, pengangguran, kualiti pendidikan yang merudum dan mahasiswa tiada kebebasan akademik.
7.      Masalah rasuah, penyelewengan dan ketirisan yang terus berleluasa dimana tiada keikhlasan mahupun usaha (political will) dibawah kepimpinan beliau untuk membanterasnya sedangkan pemberi maklumat terus dihukum.
8.      Tuntutan-tuntutan khusus rakyat seperti pilihanraya yang bersih dan adil, royalti minyak, anti-Lynas, dan pelbagai isu-isu lain langsung tidak didengar dan dihiraukan.
9.      Menyekat kebebasan media dimana media arus perdana hanya menjadi saluran penyebaran agenda UMNO dan pemerintahan beliau masih menggunapakai amalan lapuk permit penerbitan bagi menghadkan saluran-saluran media alternatif.
10.  Menggalakkan kewujudan kumpulan-kumpulan ekstrimis perkauman atau agama seperti Perkasa seolah-olah kepimpinan beliau mahu membiarkan agar berlakunya ketegangan kaum dan agama.
11.  Penyalahgunaan institusi-institusi kerajaan seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap institusi tersebut.
12.  Kes pembunuhan Altantuya yang masih menjadi tanda tanya dan pengakuan Sirul bahawa ada arahan atasan untuk melakukan pembunuhan tersebut perlu diperjelaskan.
Kami percaya terdapat banyak lagi bukti-bukti kegagalan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Jika dibiarkan, lebih banyak lagi kerosakan dan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Justeru itu, kami mengajak rakyat Malaysia untuk mengambil langkah yang pertama untuk memperbetulkan halatuju masa depan negara iaitu dengan bersama-sama menyertai anak muda untuk turun beramai-ramai pada 7 Mac 2015 bagi mendesak  Najib Razak meletakkan jawatan dengan segera.
 25 FEBUARI 2015
SEKRETARIAT #KITALAWAN
-----------

PENGHABIS DUIT RAKYAT

Posted: 25 Feb 2015 05:23 AM PST






 KOMENTAR
kita tunggu kenduri 
perasmian kenduri kahwin
anak rosmah
tujuh hari tujuh malam

berapa bilion akan dibelanja?




Rambut Rosmah tarik perhatian global

 Abdul Rosmah Mansor, suami  perdana menteri  Siti  Najib Abdul Razak, sekali lagi menjadi perhatian dunia, kali ini berkaitan perbelanjaan dandanan rambutnya.

Laporan agensi berita AFP berkaitan kos dandanan rambut RM1,200 itu disiarkan kembali oleh tabloid Britain The Daily Mail, The Straits Times(Singapura) dan South China Morning Post (Hong Kong).

Agensi berita antarabangsa itu menyebut bahawa Rosmah, yang "sering diperolok-olok ekoran cita rasa mewah", mendapat kritikan baru susulan kenyataannya pada Isnin.




KAH KAH KAH
woit
sekali dandan 1,200 RM
ini nothing
ini kacang
tunggu kenduri
anak nak berancuk
berapa ratus juta belanja

PAKAI DUIT GAMIN
iri

tukar tiub minta panda





-------------

SEMUA INI HELAH

Posted: 25 Feb 2015 04:15 AM PST









S307

KOMENTAR
berita ini
memberi makna bahawa
hukuman itu semua tipu

biasanya kalau dah didapati salah
dan di amsuk dalam penjara
habis cerita

semua ini wayang
mahkamah tipu
semua ini bertujuan
untuk elak pilihanraya raya kecil

satu tahun kemudian
tak ada pengampunan
maka tak ada prk






PKR akan mohon Anwar hadir ke Parlimen

PKR mengumumkan Sekretariat Parlimen parti itu, ‎di bawah pimpinan Datuk Johari Abdul, akan ditugaskan berurusan dengan Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapat kebenaran membolehkan ketua pembangkang itu menghadiri sidang Parlimen pada Mac ini.

Anwar boleh ke Parlimen jika diberi 

kebenaran, kata pakar perundangan

Walaupun masih menjadi ketua pembangkang Parlimen sementara menunggu pengampunan Diraja, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat hadir ke persidangan Dewan Rakyat bulan depan melainkan jika Menteri Dalam Negeri memberi kebenaran kepadanya, kata seorang profesor undang-undang. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anwar-boleh-ke-parlimen-jika-diberi-kebenaran-kata-pakar-perundangan#sthash.CfzkgahB.dpuf

KAH KAH KAH

woit
ini semua helah
tak nak tanding
di permatang pauh
tak nak ada gerakan
tak nak ada kempen

NAMPAK KANTOI
------------

KITA BANGUN DAN LAWAN

Posted: 24 Feb 2015 07:49 PM PST








 MENGGALANG 
BARISAN BERSATU

Dalam politik tidak ada musuh abadi. Dalam politik yang wujud hanya kepentingan abadi. Perjuangan adalah pertempuran untuk mencapai dan mengkotakan cita-cita abadi. Dalam perjuangan : Musuh kepada musuh kita adalah kawan kita. Permusuhan TIDAK berterusan. Setiakawan hanya dalam kancah perjuangan.

Jika terlupa falsafah ini ; jika tidak menggunakan strateji berasaskan falsafah ini maka perjuangan akan gagal. Perjuangan yang gagal adalah perjuangan yang tidak sampai kepada apa yang dicita. Kegagalan membawa malapetaka yang hebat.

Saksi dan rasakan : malapetaka yang telah menimpa negara kita ini semenjak penjajah British mengundurkan diri pada tahun 1957. Malapetaka ini kita rasakan hingga ke saat ini. Malapetaka ini lahir akibat dari kegagalan Kaum Kiri, Kaum Nasionalis, Kaum Progresif dan Kaum Agamawan untuk menggalang perserikatan Barisan Bersatu/United Front yang luas untuk mendobrak musuh yang sama.

Sebagai contoh : mari kita lihat sejarah Kota Melaka – kota metropolis dan kota ekonomi kurun ke 13 – satelah ianya jatuh ke tangan penjajah. Sejarah merakamkan tentang percubaan dari Acheh, dari Johor , dari Majapahit untuk melawan Portugis dan Belanda.

Kita juga membaca fakta sejarah bagaimana Acheh menyerang Belanda. Kita membaca bagimana Raja dan rakyat Johor berjuang menyerang Belanda untuk menawan Melaka. Tetapi kedua-dua Kerajaan Melayu ini tidak menggalang Barisan Bersatu. Malah dua negera Melayu ini beramok dan beperang sesama sendiri. Hasilnya Belanda TIDAK tewas.

Apa itu Barisan Besatu atau United Front?

Untuk memahami teori ini mari kita melihat sejarah dunia moden. Kita akan bertemu dengan teori dan bagimana teori politik ini diguna pakai dalam kancah perjuangan.

Apa itu perang? Perang ialah penerusan perbalahan yang tidak dapat diselesaikan di meja rundingan. Perang ialah perebutan punca punca ekonomi. Politik ialah manifestasi perebutan punca-punca ekonomi.

Justeru, Perang Dunia Kedua ialah Perang Kuasa Penjajah yang berbalah merebut tanah-tanah jajahan di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Merebut tanah jajahan untuk mendapatkan hasil bumi. Untuk membajak telaga minyak, lombong bijeh, kayu kayan, rempah rampai, lombong emas dan intan berlian. Inilah yang direbutkan oleh kuam imperialis. Perang Dunia Kedua ialah Perang Kuasa Imperialis.

Pada tahun 1939 – Dunia dipecah dua blok. Blok yang dipimpin oleh kuasa imperial British dan blok Fasis. Blok Fasis di Eropah diwakili oleh German dan Itali. Di Asia diwakili oleh Jepun. Blok fasis ini dianggap musuh kerana negara-negara ini tidak mahu tunduk dibawah telunjuk Britain. Great Britain pada ketika itu adalah negara imperialis terbesar dan memiliki bala tentera terkuat.

Dimana munculnya teori Barisan Bersatu? Sebelum pecah perang Kaum Komunis, Sosialis, Agamawan dan Kaum Progresif telah berbicang akan cara untuk menghadapi perang yang akan pecah. Great Britain adalah kepala imperialis yang tidak jauh bezanya dari perangai Nazi German , Itali dan Jepun. Kesemuanya mengamalkan sistem kapitalis.

Pada ketika itu satu jalur pemikiran muncul. Satu strateji politik lahir untuk berhadapan dengan malapetaka perang dunia. Jalan terbaik untuk menyelamatkan umat manusia dari kehancuran dan langkah untuk memukul tamat bencana perang. Kaum Kiri telah sepakat mendirikan Barisan Bersatu/United Front menentang kaum Fasis.

Kita melihat musuh ketat – Churchil, Stalin dan Roosevelt duduk sameja membicang cara terbaik untuk melawan Hitler. Musuh kepada musuh adalah sahabat. Ini dinamakan United Front. Ini bererti bekerjasama dengan kuasa imperialis.

Justeru kita melihat Gerila Komunis dan Nasionalis yang anti-Nazi di Peranchis, di Greek, di Itali – yang bergerak dibawah tanah bekerja sama dengan tentera British dan soldadu Amerika. Tentera British adalah musuh lama mereka. Tetapi dalam strateji menggalang Barisan Bersatu musuh lama ini menjadi kawan baru.

Kita juga melihat stratiji politik yang sama telah dijalankan di negara China. Parti Komunis China yang dipimpin oleh Mao Zedong adalah musuh ketat Parti Koumintang yang dipimpin oleh Chiang Kai-shek. Dua parti ini membawa dua jalur pemikiran – kiri dan kanan.

Koumintang dan Parti Komunis China berperang merebut wilayah untuk mendirikan China baru yang merdeka. Perang ini adalah perang saudara. Tetapi apabila Fasis Jepun melanggar China pada tahun 1936 Mao Zedong dan Chiang Kai-shek menjadi kawan. Kedua musuh ini bersatu untuk mendirikan United Front melawan Fasis Jepun.

Bayangkan Mao Zedong melupakan semua jenayah Koumintang yang ganas lagi zalim. Malah isteri Mao sendiri telah dibunuh oleh soldadu Ching Kai-sheik pada tahun 1930. Semua dilupakan untuk menuju ke Barisan Bersatu.

Pekara yang sama – saperti di Eropah - telah berlaku di Tanah Melayu. Sebelum Pecah Perang Dunia Kedua – musuh utama rakyat Malaya ialah penjajah dari Eropah - Portugis, Belanda dan British. Sebelum 1939 kita membaca buku sejarah yang memperlihatkan bagaimana kuasa kolonial British merampok dan menjarah harta kekayaan Tanah Melayu. Warga di tanah jajahan menjadi hamba yang bekerja untuk Baginda Queen.

Ketika British menjajah kita melihat gerakan anti-British dari Kaum Kiri, Kaum Agamawan dan Kaum Nasionalis. Mereka berpolitik bangun berjuang menentang British.

Tetapai apabila Perang Dunia Kedua Pecah muncul Barisan Besatu dalam bentuk kerjasama antara Pasukan Rakyat Malaya Anti Jepun dengan kuasa kolonial British. Malah kuasa kolonial British telah menghantar senjata untuk para pejuang anti-Jepun. Gerakan anti-fasis Jepun ini dipimpian oleh Parti Komunis Malaya (PKM). PKM ini adalah musuh ketat penjajah British. Musuh utama PKM ialah penjajah British tetapi dalam usaha melawan fasis Jepun musuh lama boleh berkerjasama. Ini dinamakan United Front/Barisan Bersatu.

Kenapa saya menyingkap babak-babak sejarah ini? Apa sangkut pautnya dengan politik Malaysia hari ini? Apa kaitan apa yang saya tulis ini sedangkan Anwar Ibrahim dalam penjara.

Waspada! Semua ini menjurus kepada pembebasan Anwar Ibrahim. Sebelum dirungkai mendalam - wajib difahami – siapa musuh utama dan siapa musuh sampingan. Dalam teori politik - apa dia kontradiksi utama dan apa dia kontradiksi sampingan. Memahami siapa musuh utama amat-amat penting dalam menggalang Barisan Bersatu.

Ketika Anwar dipenjara musuh utama kita ialah Najib dan Rosmah. Dua sosok ini sedang membawa porak peranda kepada tanah air kita. Najib dan Rosmah sedang memusnahkan ekonomi negara. Selain dari sosok Najib dan Rosmah adalah musuh sampingan yang kecil. Justeru semua senjata, semua tenaga dan semua gerak kerja ialah untuk menumbangkan Najib dan Rosmah.

Justeru - ada berita melaporkan telah 'berlaku' pertemuan Menteri Besar Selangor Azmin Ali dengan Mahathir Muhamad di London. Jika ianya telah terjadi maka ini bermakna telah ada langkah untuk menggalang Barisan Bersatu untuk menjatuhkan Najib dan Rosmah. Ini satu langkah politik yang tepat.

Sama ada berita ini saheh atau hanya khabar angin ianya TIDAK penting. Apa yang penting ialah berita ini adalah contoh garis politik yang dinamakan menggalang Barisan Bersatu atau United Front.

Seramai 52% warga Malaysia mahu Najib dan Rosmah undur. Ini tuntutan majoriti. Pakatan Rakyat mahu kuasa politik Najib dan Rosmah di hapuskan, Parti Keadilan Rakyat mahu mengulingkan Najib dan Rosmah. Anak Muda Malaysia mahu Najib dan Rosmah di tangkap. Mahathir Muhamad mahu menjatuhkan Najib dari menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sanusi Joned, bersama Daim Zainuddin bersama Kadir Jasin mahu menggulingkan Najib dan Rosmah.

Jelas kita semua memiliki kepentingan bersama untuk menggulingkan Najib dan Rosmah. Kontradiksi induk ialah Najib dan Romah. Musuh utama yang mengikat kita berkerja sama dengan Mahathir Muhamad ialah Najib dan Rosmah. Ini adalah kepentingan politik bersama.

Maka jika Azmin Ali ingin mendirikan Barisan Bersatu dengan Mahathir Muhamad maka ianya wajib mendapat sokongan politik dari 52% warga Malaysia. Sokongan diberikan kerana inilah garis politik yang tepat.

Mahathir mahu Najib dijatuhkan agar United Malays National Organisation dapat diselamatkan. Kita mahu Najib dan Rosmah digulingan kerana kita mewakili 52% yang menjadi majoriti yang berhak mentadbir Malaysia. Kemenangan dalam PRU13 telah ditipu dan dicuri dari 52% rakyat Malaysia.

Majoriti rakyat Malaysia tahu Najib dan Rosmah terlibat dalam kes bunuh Altantuya. Majoriti rakyat Malaysia tahu Anwar Ibrahim dipenjara kerana konspirasi dan rancangan Najib dan Rosmah.

Justeru dua sosok ini adalah musuh rakyat Malaysia. Pelbagai jalur politik rakyat Malaysia sedang melihat Najib dan Rosmah sebagai satu musuh utama. Ini sama saperti Stalin, Churchill dan Roosevelt melihat Hitler. Ini samalah saperti Mao dan Chiang Kai-sheik melihat Emperor Jepun. Ini samalah saperti Rashid Maidin dan Chin Peng bersama Baginda Queen melihat General Yamashita.

Lebai Desas bin Haji Desus telah berkata bahawa Mahathir Muhamad mahu Najib dan Rosmah diundurkan dalam bulan March ini. Ini adalah berita baik. Mengikut Lebai Desas banyak persiapan telah diatur. Malah Si Sirul pembunuh yang diupah untuk membunuh Altantuya itu juga 'dibaca' sebagai satu perancangan untuk menjerut leher Najib.


Amat jelas dalam strateji politik hanya dengan mendirikan Barisan Bersatu berkemungkinan dapat dijatuhkan beban berat yang sedang menimpa 28 juta warga Malaysia. Hanya dengan Barisan Bersatu Najib dan Rosmah dapat digulingkan. Hanya dengan bekerja sama dengan semua pihak wujud kemungkinan Malaysia ini dapat letakkan kembali keatas jalan yang betul.

Menggalang Barisan Bersatu bertujuan untuk menamatkan malapetaka yang sedang kita hadapi. Penggalangan ini juga akan memastikan Anwar Ibrahim bebas dari penjara. (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa mahu melanggan akhbar minguan ini
sila pukul talipon:
03-92-21-30-45



------------

Tiada ulasan: