Sabtu, 31 Januari 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SUARA SAEKOR KONG KANG

Posted: 31 Jan 2015 06:30 PM PST




KOMENTAR
sikit sikit hina
sikit sikit hilang akidah
sikit sikit anti raja
sikit sikit anti melayu
sikit sikit tak sensitif
sikit sikit anti islam

pooorah!


Lukisan Agong oleh Vincent adalah penghinaan, kata ahli akademik

Tiga lukisan oleh pelukis tempatan Vincent Leong yang mempamerkan sisi belakang Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong dan perdana menteri dalam pameran di Singapura bulan lepas, secara amalan dan budaya adalah penghinaan, kata Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz.

Lukisan itu dipamerkan di pameran seni Art Stage Singapore 2015 pada 22 hingga 25 Januari lepas di Pusat Konvensyen dan Ekspo Marina Bay Sands, Singapura. Karya Leong itu didakwa oleh pelbagai pihak bukan sahaja menghina institusi diraja malah dilihat bermotif menjatuhkan agama Islam. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lukisan-agong-oleh-vincent-adalah-penghinaan-kata-ahli-akademik#sthash.H1Hh4uMU.dpuf

KAH KAH KAH

woit
patut gwa rasa tak sedap badan
gwa rasa berat kaki
gwa rasa tak selesa
kah kah kah
baru gwa sedar 
gwa kena hina
kah kah kah
hina lanchowww
kah kah kah

APA PUNYA HINA





-------------

KENALI SIAPA RAZAK BAGINDA

Posted: 31 Jan 2015 05:30 PM PST




KENALI

siapa razak baginda
baca temu bual
dalam Minsider


NASIB BAIK HANYA PANDANGAN

Posted: 31 Jan 2015 11:07 AM PST









KOMENTAR
kini anak lelaki iskandarkutty
berada diluar kawasan
kita tunggu bila
anak lelaki pulang
kita lihat apa akan terjadi





Tun M hanya beri pandangan kepada Najib
SHAH ALAM – Kritikan yang dibuat  Mahathir Mohamad kepada pentadbiran Najib  Razak disifatkan hanya sekadar memberi pandangan sahaja bukannya menunjukkan perpecahan dalam Umno.

Ketua Wanita Umno Bahagian Paya Besar,  Siti Zaharah Sulaiman berkata, pihak luar dari parti boleh mengemukakan pandangan kepada pihak yang memerintah.


KAH KAH KAH

woit
pelik memang pelik
madey kutuk najib
madey pelekeh najib
madey perli najib
madey cari ganti najib

kalau semua ini
hanya pandangan
bagaimana agaknya
kalau madey nak terajang najib
kah kah kah

beri pandangan
sampai koyak rabak
kalau  kena tibai
pasti patah riok
kah kah kah

APA PUNYA LAWAK
-----------

JOHN WICK - CINTA SAEKOR ANJING

Posted: 31 Jan 2015 05:06 AM PST



EZI 
ENJOY THE MOVIE



SANTAI

hujung minggu
sila tonton 
kesah cinta manusia dengan anjing
hampir maut satengah penghuni new york
hampir maut semua pendatang kelab malamn
hanya kerana 
cinta kepada anjing






JAI HAD A GREAT TIME
WATCHING THE MOVIE

DARI FACE BOOK

Posted: 31 Jan 2015 04:00 AM PST







FACE BOOK


Dikatakan bahawa ulamak adalah pewaris nabi. Sifat2 nabi adalah siddiq, amanah, tabligh dan fatonah. Oleh itu pewaris nabi juga mesti ada sifat2 ini.

Jika tiada sifat2 nabi dalam diri ulamak yang terpancar dari gerak-geri, perilaku, tutur kata dan mimik muka mereka, boleh kah dikatakan ulamak pewaris nabi?
 —



















  • Jun Hashim Aamiin! Moga Allah dpihak yg benar! Kami xtolak Islam,kami tolak individu yg merosak Islam dan jemaah.
  • Haniros Abdmalek kalu sapa berhajat nak collect balik derma semasa ceramah buat Surat Kat tantowi...dia kayaaaa...dalam zuhud...
    14 mins · Like · 1
  • Haniros Abdmalek patut makin tuaaa dah nak mampus...tahap tawadhuk mulut bahasa dijagaaa...berani mintaaa maaaf dgn jemaaah..bukan halalkan DOA laknat PD jemaaah...kamu hadi Bertanggungjawap..kes DOA laknat ..kes kutip duit derma..amanah pengundi x ditunai...non Muslim benci Islam pas...ingat...tantawi abduh senik nak Bela depan Allah...jgn harap....velfire tuu ditanya..ajeee terus terkebil...
  • Tan Sri Hajipi Apakah tolak Hadi bererti tolak islam ???...apakah tolak Pas beerti tolak islam???...Hadi tu nabi ke???...pas tu agama ke???...binggai bodoo mangkuk hayun bertingkat².










--------------------

MENGALIH PANDANGAN

Posted: 31 Jan 2015 12:18 AM PST




KOMENTAR

ekonomi semakin gawat
ekonomi merundum
nilai ringgit jatuh

maka gerombolan ketuanan melayu
mula menuduh orang lain
punya angkara
tuduh kiri dan kanan
menyerang sana dan sini

maka paling senang
dalam agenda melayu raja dan islam
ialah menuduh towkay china

bila towkay china dituduh
maka orang melayu jadi senyap
tak tanya berapa bilion ringgit
najib dan rosmah rembat duit negara

bila towkay dituduh
orang melayu lupa
nak tanya siapa upah bunuh altantuya



PM arah siasat individu sabotaj ekonomi

Najib arah siasat dakwaan sabotaj ekonomi negara

KUALA LUMPUR 30 Jan. -  Najib  Razak mengarahkan agensi kerajaan yang berkaitan supaya mengambil tindakan terhadap dakwaan tentang kegiatan individu tertentu mensabotaj ekonomi negara.

KAH KAH KAH
woit
siapa individu ini?
siapa ? siapa?
sabotaj ekonomi?
kah kah kah

APA PUNYA PUTAR

RABU MALAM

-----------

LAWAK PETANG SABTU

Posted: 30 Jan 2015 11:42 PM PST







Pas tak bimbang jika keluar pakatan

KUALA TERENGGANU 30 Jan. – Pas tidak bimbang sekiranya kemelut dengan DAP berakhir dengan perpecahan dalam pakatan pembangkang kerana parti itu mampu berge­rak bersendirian bagi meneruskan perjuangan hakikinya menegakkan syariat Islam. 

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas,  Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, Pas tidak menghadapi masalah jika tidak lagi diperlukan dalam pakatan pembangkang memandangkan parti itu telah wujud sekian lama dan pernah memenangi pilihan raya umum tanpa bantuan mana-mana parti 



KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
budaya lawak makin kembang
lawak berdiri makin pop
ulamak pun buat lawak
kah kah kah

APA  ULAR MAAK









------------------

JE JALAN RAYA SEBELUM KE PILIHAN RAYA

Posted: 30 Jan 2015 11:39 PM PST







KOMENTAR
selagi sistem SPR hari ini wujud
mustahil akan berlaku
pilihanraya bersih dan adil

pru13 pakatan rakyat mendapat 52%
gerombolan ketuanan melayu dapay 47%
tapi gerombolan masih berkuasa

kini PERSEMPADAN sedang dirancang
ini untuk memastikan
united malays national organistaion 
terus berkuasa

justeru
jalan raya adalah pilihan
sebelum ke pilihan raya











Akan terus berdemonstasi di jalan – Maria Chin

 | January 30, 2015
Akan terus berjuang demi memastikan Pilihanraya Umum berjalan dengan bersih
KUALA LUMPUR: Ekoran penolakan tuntutan saman pihak kerajaan Malaysia terhadap Pengerusi BERSIH 3.0, Datuk S Ambiga dan 14 jawatankuasa penganjur, Aktivis Maria Chin Abdullah menyatakan akan terus berhimpun di jalanan.
Baginya, keputusan Mahkmah ini menunjukkan bahawa rakyat mempunyai hak untuk berdemonstrasi di jalanan.






-------------

BERITA DARI FACE BOOK

Posted: 30 Jan 2015 09:30 PM PST






FACE BOOK


Teguran tajam dari ayahanda YM Tengku Puji itu terungkap datam kalimat seperti berikut:
"Kuatkan PAS bukan pemimpin. Pemimpin boleh datang dan pergi. Presiden yang sepatutnya letak jawatan bukannya ahli. Kerana pentingnya penyokong berbanding pemimpin. Bila 20% ahli sudah tidak setuju tarik diri saja la. Jangan tunggu 50% ahli tak suka baru nak turun.
Sekarang ni pimpinan anta (Haji Hadi) sudah tak betul. Tentang sahabat dalam parti sendiri dan tentang sahabat datam parti orang lain. Ini bukan sifat seorang pemimpin islam.
Saya dulu masa 5 peratus orang tak suka saya terus letak jawatan, begitu juga masa zaman Dato Asri Muda. Saya berjuang dalam pas lagi lama dari anta(Haji Hadi) dan kita perjuangkan PAS bukan PEMIMPIN.
Kerana perjuangkan PAS akan menaikan organisasi tetapi bila perjuangkan PEMIMPIN akan menaikan pemimpin itu sendiri saja, datang masa yang sama, organisasi berkemungkinan akan jatuh pula"



-------------

INI PROJEK SIAPA?

Posted: 30 Jan 2015 08:46 PM PST





PENDEDAHAN: PROJEK PEMBINAAN IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN (IPK) JOHOR BERNILAI RM 103 JUTA MASIH TERBENGKALAI

Berdasarkan lawatan kami ke tapak projek, projek pembinaan tambahan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor yang terletak di bandar Johor Bahru yang bermula sejak tahun 2010 masih terbangkalai. Perkara ini telah dibangkitkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan maklum balas yang diberikan oleh Kerajaan Negeri adalah projek ini sepatutnya siap pada Julai 2013.
Namun projek ini masih gagal disiapkan selepas 5 tahun dimulakan atau lebih daripada 18 bulan daripada tempoh projek ini patut disiapkan. Kontrak pembinaan IPK Johor ini bernilai RM 103,556,694.84 yang merangkumi pembinaan bangunan pentadbiran, tempat letak kereta bertingkat dan perumahan anggota polis.    
Kegagalan untuk menyiapkan pembinaan IPK Johor  sebelum ini telah mendapat perhatian Y.B. Nur Jazlan Mohamed, pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada Jun tahun lepas. Beliau telah meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara ini jika berlaku kecuaian, ketirisan dan penyelewengan sehingga menyebabkan ia gagal disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.
Malangnya PAC dan SPRM juga masih gagal untuk membentangkan sebarang maklumat berkenaan hasil siasatan mereka atau sekurang-kurangnya memberikan penjelasan mengapa projek pembinaan IPK Johor lewat dan sehingga kini masih terbengkalai.
Persoalan kini seharusnya ditujukan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) selaku pemilik projek pembinaan IPK Johor. KDN sepatutnya mempunyai pelan tindakan susulan memandangkan projek ini sudah lama terbengkalai dan mencari jalan bagaimana untuk memastikan pembinaan ini dapat diselesaikan demi kepentingan rakyat dan keselamatan awam.
Maka, kami meminta agar Y.B. Zahid Hamidi selaku Menteri KDN untuk memberi penjelasan berkenaan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan pembinaan IPK Johor mampu disiapkan dengan segera dengan menjawab soalan-soalan yang berikut:-
1. Siapakah kontraktor yang bertanggungjawab yang menyebabkan projek ini gagal dan apakah kriteria pemilihan kontraktor?
2. Apakah status terkini pembinaan? Bilakah projek ini dijangka akan siap?
3. Apakah tindakan yang telah dikenakan dan akan dikenakan kepada kontraktor tersebut yang telah gagal memenuhi syarat kontrak iaitu menyiapkan projek menjelang Julai 2013?
4. Adakah terdapat projek-projek pembinaan untuk kontinjen Polis di tempat lain yang turut mengalami kelewatan atau terbengkalai?
5. Apakah kesan kelewatan projek ini terhadap tugasan dan kelancaran kontinjen Polis Johor?
Kami amat berharap agar Y.B. Zahid Hamidi dapat meluangkan sedikit masa bagi menjawab persoalan kami. Jika gagal memberi respon atau jawapan yang memuaskan sebelum Rabu ini, kami tiada pilihan melainkan untuk tampil dengan pendedahan yang berikutnya.
Sekian, terima kasih.
p/s: Gambar lawatan akan dimuat naik di https://www.facebook.com/akmalnasir.keadilan
 31 JANUARI 2015
Y.B JIMMY PUAH
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu, Johor
Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor

AKMAL NASIR
Pengarah Strategi
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat





---------------

SOALAN PERLU JAWAPAN

Posted: 30 Jan 2015 08:09 PM PST





DUA JANTAN

 DI GANTUNG

DUA JANTAN

BEBAS





ARWAH ALTANTUYA

SOALAN SOALAN 

WAJIB  DIJAWAB

1- siap upah sirul dan azilah?
2- siap dia mata mata gelap cina
bertugas sama dengan bala?
3 - betulkan mata mata ini ajen singapura?
4 - siapa menteri pertahanan ketika altantuya di bunuh? C4 bom tentera - siapa beri kelulusan bawa keluar?
5 - siapa dia musa safari?
6 - apa hubungan musa safari dengan najib?


SIAPA 

KELUARGA CEKAI

kah kah kah

dengar surah 

keluarga cekai

di no black tie




------------------

Tiada ulasan: