WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Puak profesional PAS ‘cacing kepanasan’ diserang UG
- Cikgu Ishak Surin hero pembaharuan PAS
- Yang DiPertua PAS Batu sokong pilihan raya PBT
- ANAK MUDA AKAN JAUHI PAS JIKA ADA YANG CENDERUNG BERSAMA Umno
- SIRI KULIAH ILMU TERBARU USTAZ FAWWAZ MAT JAN
Puak profesional PAS ‘cacing kepanasan’ diserang UG Posted: 31 Jan 2015 05:33 PM PST Oleh: Pukul CanangKempen puak UG yang dianggotai para ustaz kini telah menyerap dengan mantap ke peringkat akar umbi. Perwakilan PAS yang akan pergi ke muktamar dan memilih pemimpin kelak terdiri daripada ketua dan AJK peringkat kawasan yang kebanyakan dari ahli parti berlatarbelakangkan agama. Sejak beberapa bulan lalu wujud kempen agar seboleh-bolehnya kesemua jawatan tertinggi; Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan AJK Pusat adalah daripada kalangan ustaz. Langgar profesional Puak profesional seboleh-bolehnya dihadkan hanya memegang jawatan di peringkat kawasan hingga ke bawah. Kempen inilah yang menakutkan golongan profesional. Apatah lagi puak profesional tidak mempunyai ketua. Mat Sabu, Khalid Samad, Husam Musa, Mujahid semuanya menolak untuk mengetuai cabaran puak profesional. Husam yang terkenal dengan sikap 'play safe' lebih gemar menyerang PasMa bagi menunjukkan dirinya pro ulama. Mat Sabu walaupun tidak sebulu dengan puak UG tetap tidak mengeluarkan kenyataan keras ke atas Hadi yang mengaitkan pilihan raya PBT dengan rusuhan 13 Mei walaupun hujah itu mengarut dan dibidas penyokong Pakatan Rakyat. Salahudin Ayub lebih senang menjadi pengekor Hadi dan sekali-sekali cuba bersikap adil terhadap PasMa. Mujahid anak bekas Presiden PAS, tidak mahu menjadi ulama/profesional pertama yang mewaraskan puak Hadi. Akhirnya PAS bergerak di landasan yang tidak normal sama seperti Umno yang dituduh mereka tidak normal kerana melawan Islam dan hak asasi manusia sebelum ini. Hujah mengarut PAS pergi kepada isu-isu perkauman untuk menarik sokongan. Menggunakan stail ketagih kontroversi ala Mustafa Ali. PAS ditadbir oleh Hadi – Mustafa sebagaimana Dr Mahathir mentadbir Umno suatu ketika dahulu. Puak UG gagal faham kehendak rakyat yang mengundi mereka. Bahawa mereka tidak boleh berlagak seperti pemimpin Umno. Umno menguasai jentera negara dan boleh melakukan apa sahaja. PAS apa yang ada? Sebaik PAS ditolak pengundi dalam PRU maka ahli politik mereka akan menjadi pendebat kedai kopi. Sekurang-kurangnya ahli politik Umno yang kalah di Selangor dan Pulau Pinang masih berkuasa dan dilantik ke pelbagai jawatan di peringkat pusat. Inilah perkara yang puak profesional perlu sedarkan perwakilan PAS ke muktamar nanti. Puak UG telah membawa mereka ke arah yang salah. Malangnya, puak profesional gagal melantik pemimpin. PasMa tidak ikut dalam pemilihan Muktamar. Alasan puak profesional kononnya mereka tidak mahu PAS berpecah. Bagaimanakah yang dikatakan tidak berpecah apabila Hadi terang-terangan telah menghalau ahli PAS yang pro PasMa keluar parti? Sedangkan PasMa adalah NGO pro PR dan bukan pesaing PAS. Baru-baru ini, puak profesional telah mendapatkan khidmat penganalisis politik untuk menilai tahap sokongan mereka di muktamar Jun nanti. Hasil kajian itu mendapati profesional akan dijadikan sate oleh puak UG dalam pemilihan kerana kelemahan gerak kerja kempen mereka. Profesional kalah Lebih memburukkan keadaan kebanyakan Ketua dan AJK Kawasan adalah individu yang tidak berfikiran terbuka. Tidak seperti pemimpin PKR dan DAP atau parti-parti Islam di Indonesia yang dibenar berfikiran bebas, para ustaz ini dikhuatiri 'walak tidak berbelah bahagi' kepada Hadi dan puak UG. Kenyataan Hadi mengaitkan pilihan raya PBT dengan 13 Mei adalah bukti penting bahawa mereka menerima apa sahaja pemikiran presiden walaupun pada tahap yang mengarut dan tidak berfakta. Tidak ada seorang pun pemimpin PAS yang sanggup menegur kecuali cikgu Ishak Surin, Yang DiPertua PAS Batu. Dilaporkan sebahagian puak profesional PAS mula menyerah kalah dan menganggap PAS sudah hancur lebur. Sementara sebahagian lagi masih mahu mencuba mewaraskan pendirian para perwakilan terhadap realiti politik Malaysia. Bagaimanapun, jika bergantung kepada hasil kajian puak profesional telah pun 'kalah' sebelum Muktamar bermula. |
Cikgu Ishak Surin hero pembaharuan PAS Posted: 31 Jan 2015 05:31 PM PST Oleh: Pukul CanangBukan calang-calang orang yang berani menyanggah hujah Hadi yang dianggap suci. Menyanggah adalah 'melangkah walak' dan perbuatan yang sangat bersalahan dalam parti itu. Jawatan Presiden PAS yang agak terbuka pada zaman Fadzil Noor kini tidak boleh dikritik pada zaman Hadi. Majlis Syura Ulama yang lebih banyak menasihatkan PAS kini melaksanakan kuasa perlembagaan, menjadi kuasa pemutus yang tidak demokratik. Potensi kalah Majlis Syura tidak sedar mereka bukan berfungsi seperti mana di Iran yang termaktub di bawah perlembagaan negara. Majlis Syura PAS jika membuat keputusan yang bertentangan dengan hasrat rakyat akan ditolak dalam pilihan raya dan tokoh politik PAS kembali menjadi rakyat biasa yang tidak dihiraukan sesiapa selepas PRU 14 nanti. Menyedari potensi PAS akan kalah dan ditolak oleh pengundi, veteran PAS cikgu Ishak Surin mengambil tanggungjawab untuk menjadi tidak popular. Beliau menegaskan pilihan raya PBT sangat diperlukan di Kuala Lumpur. Beliau juga menegaskan rusuhan kaum tidak akan terjadi kerana pilihan raya itu. Jika benar ia boleh berlaku maka rusuhan telah pun tercetus pada hari pilihan raya umum lalu. Cikgu Ishak paling berhak mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana sebahagian besar hayat beliau dihabiskan di Kuala Lumpur. Hadi mungkin tidak melihat suasana kempen PRU 13 di kawasan parlimen Batu yang diwakili Tian Chua. PAS, DAP, PKR dan NGO seperti satu keluarga mengangkat Tian sebagai YB penggal kedua di Batu. Penduduk Islam kawasan itu amat senang dengan Tian yang boleh ke surau-surau dan masjid mengambil tahu hal ehwal mereka. Untuk apakah rakyat merusuh jika pemimpin popular seperti itu menang pilihan raya? Penduduk kota mengutamakan efisiensi dan bukannya bangsa. PAS sekiranya ingin mengambil undi Cina boleh sahaja meletakkan calon berbangsa Cina untuk menjadi Datuk Bandar. Bagi Ishak, Hadi dan puak UG keterlaluan. Mereka memainkan isu seolah-olah penyokong dan ahli PAS tidak mampu berfikiran rasional. Berontak cikgu Ishak bermula sejak sebulan lalu apabila Harakah yang mana beliau salah seorang pengasasnya ingin dikuasai oleh puak UG dan menggunakan Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali menekan Ketua Pengarang Ahmad Lutfi agar bersara awal. Letak jawatan Sedangkan beberapa staf Harakah sebelum ini yang enggan melaksanakan arahan atau enggan bertukar jabatan dibiarkan selama bertahun-tahun. Mustafa tidak pula bertindak ke atas mereka. Hanya kerana Lutfi mengamalkan kebebasan media dan menyiarkan berita berkaitan Anwar Ibrahim dan lain-lain yang tidak menguntungkan UG maka ketua pengarang itu didesak meletak jawatan. Mustafa yang suatu ketika dahulu pada 1990an agak pro Anwar dan menolak berita yang merugikan Anwar kini terbalik bertukar watak dengan Lutfi yang suatu ketika dahulu anti Anwar. Ishak yang sama-sama mengasaskan Harakah kini akan menongkah arus demi untuk memastikan PAS kembali ke zaman sederhana di bawah Fadzil Noor suatu ketika dahulu. Hanya yang diharapkan oleh cikgu Ishak ialah kebangkitan puak profesional untuk mewaraskan parti. Ishak bukan PasMa yang awal-awal lagi dianggap penderhaka, sama seperti puak profesional PAS yang tidak menentang parti. Apa yang mereka mahu adalah PAS kembali ke aliran perjuangan asal, bukannya dikuasai agenda Umno. Hero pembaharuan PAS wajar menjadi parti yang menegakkan Islam yang luas dan jangan sama sekali terpengaruh dengan dakwah Islam nasionalisme Umno yang sempit. Tidak mengapalah jika Hadi ingin terus menutup pintu kepada PR atau puak UG ingin bersama Umno, puak profesional boleh membentuk parti baru seperti Recip Tayib Erdogan yang meninggalkan parti Refah yang jumud dan membentuk AK parti di Turki. Politik adalah seni dinamisme. Puak UG berkata dinamisme serupa prakmatisme iaitu mengambil perkara buruk dan baik untuk disatukan. Tibalah masanya puak profesional PAS untuk berkata tidak! Cikgu Ishak telah mencetuskan gelombang, diharapkan puak profesional akan menyambutnya. Sekiranya Mat Sabu atau Husam takut untuk membawa perubahan, apa salahnya Cikgu Ishak diangkat sebagai hero pembaharuan PAS buat sementara. |
Yang DiPertua PAS Batu sokong pilihan raya PBT Posted: 31 Jan 2015 05:29 PM PST Oleh: JebonMajlis Tindakan Kuala Lumpur (Bertindak) berpendapat, pilihan raya PBT ialah satu platform bagi rakyat menyuarakan hak mereka dan ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan seperti didakwa pihak tertentu. "Pilihan raya ini ialah satu cara rakyat menentukan haknya. Ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan kerana hak rakyat ditentukan dalam Perlembagaan, sepertimana juga hak berhimpun dan menyatakan pendapat. "Semua itu termaktub dalam Perlembagaan. Kalau kita menuntut diberikan hak menentukan nasib kita, ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan," kata pengerusinya, Ishak Surin pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini. Penganalisis politik dilaporkan semalam menyifatkan perjuangan DAP yang mahu melaksanakan pilihan raya PBT di Pulau Pinang sebagai mencabar keputusan mahkamah, sekali gus menentang Perlembagaan. Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, Mahkamah Persekutuan pada Ogos tahun lepas memutuskan kerajaan Pulau Pinang tiada bidang kuasa mengadakan pilihan raya PBT. "Keputusan mahkamah berdasarkan kepada Peruntukan Seksyen 15, Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang menggariskan dengan jelas larangan kepada kerajaan tempatan untuk mengadakan pilihan raya mereka sendiri," katanya kepada Bernama. Ishak yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Batu itu berkata, sejak pilihan raya PBT digantung pada 1965, warga Kuala Lumpur dirampas hak memilih wakil ibu kota mereka sendiri. Katanya, dengan penafian hak pilihan raya tersebut, warga kota tidak dapat melakukan semak dan imbang terhadap pentadbiran, pembangunan dan hal yang berkaitan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur. "Apa yang kita hadapi selama ini ialah pentadbiran dan perancangan pembangunan Kuala Lumpur yang sehala, mendera rakyat kecil dan kerap kali sangat tidak bertimbang rasa. "Sudah tiba masanya kami menuntut warga Kuala Lumpur diberikan hak memilih wakil mereka bagi mentadbir bandaraya ini," katanya. Pilihan raya PBT pernah diadakan di bandar besar sehingga ia ditangguhkan pada Mac 1965 berikutan Peristiwa Konfrontasi Malaysia-Indonesia ekoran kegawatan hubungan dua negara dan suasana tempatan yang tegang. Ia akhirnya dimansuhkan sama sekali 11 tahun kemudian dengan lulusnya Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang memansuhkan Akta Pilihanraya Kerajaan Tempatan 1960. Ishak berkata, isu yang mendesak bagi sebuah pilihan raya PBT diadakan di Kuala Lumpur ialah peruntukan bajet 2015 bagi Kuala Lumpur (RM2.44 bilion) yang lebih tinggi daripada Selangor (RM2.42 bilion). "Persoalannya, bagaimanakah wang yang begitu besar ini dibelanjakan? Apakah warga Kuala Lumpur tidak berhak mengetahuinya sedangkan mereka pembayar cukai? "Di Selangor, negeri besar, orang banyak, bajet kurang tetapi mereka boleh beri rakyat mereka pelbagai kemudahan. Air percuma 20 meter padu, pergi universiti diberi duit, orang meninggal diberi duit. "Saya pergi ke rumah pangsa di Batu Muda, mereka tanya bila kita akan dapat air percuma? Saya kata, air percuma kita akan dapat bila ada pilihan raya wakil di Kuala Lumpur," katanya. Mengulas penolakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap pilihan raya PBT, Ishak mengatakan ia kerana presiden PAS itu tidak menerima maklumat sebenar. Ishak tidak setuju dengan kenyataan Hadi yang mendakwa pilihan raya PBT akan mencetuskan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei berulang kerana pilihan raya persekutuan dan negeri membuktikan sebaliknya. "Bagi saya, Hadi mungkin tak dapat maklumat sebenar. Kalau dapat pun, mungkin maklumat negatif. Mana mungkin boleh timbul soal perkauman. "Kami di Bertindak diwujudkan bagi membanteras perkauman sempit. Sudah sampai masa kita memandang ke depan. "Kalau ditakdirkan pilihan raya ini boleh menimbulkan kacau bilau kaum, mengapa pilihan raya negeri dan persekutuan tiada kekacauan?" katanya. P/S: Semoga cikgu Ishak boleh mewujudkan gerakan baru dalam PAS untuk lebih mewaraskan parti itu. Berbekalkan isu Harakah, cikgu Ishak boleh mengumpul sokongan untuk menolak S/U Agung Mustafa Ali dan menyingkirkan puak UG yang berselindung di belakang Hadi. Senioriti cikgu Ishak dan jasa cikgu sebaris dgn Hadi. Maka cikgu blh memimpin golongan yg sudah jelek dengan permainan puak UG dalam PAS yang mahu jd musuh dalam selimut dan api dlm sekam kepada PR. Mereka suka PAS ditolak rakyat dalam PRU 14 dan balik semula di pondok-pondok atau berdebat di kedai kopi seperti 1980an dulu. |
ANAK MUDA AKAN JAUHI PAS JIKA ADA YANG CENDERUNG BERSAMA Umno Posted: 31 Jan 2015 12:17 AM PST MASALAH DALAMAN PAS PUNCA HARAKAH JATUH..!!Bekas Pengarang Harakah, Datuk Tarmizi Md Jam mendakwa punca sebenar kejatuhan jualan akhbar Harakah adalah disebabkan masalah dalaman parti yang terlalu banyak. "Masalah merudum penjualan akhbar Harakah bukan disebabkan akhbar tersebut tidak laku tetapi puncanya adalah disebabkan segelintir pemimpin PAS yang terlalu banyak krisis sehingga gagal menyelesaikanya," katanya pada program 'Harakah dalam bahaya' dan pendedahan mengapa Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mesti berundur. Menurut beliau, dakwaan penjualan Harakah yang merupakan lidah rasmi parti merudum berpunca daripada kegagalan Ketua Pengaranganya, Ahmad Lutfi Othman seperti yang didakwa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan pihak majikan "adalah tidak benar sama sekali malah kami dijadikan kambing hitam." Sebaliknya Tarnizi mendakwa, punca sebenar masalah ialah ramai anak muda yang menolak PAS serta sikap permusuhan parti dengan PKR dan DAP. "Kalau menguruskan Harakah berdasarkan pada Islam tidak ada masalah, kita selamat, tetapi apa yang berlaku sekarang walaupaun berada dalam organisasi Islam kami rasa tidak selamat. "Malah ada pemimpin PAS yang ingin berbaik dengan UMNO cuba memburukkan Harakah, ini bukti bahawa mereka busuk hati dan menjadi penyebab jatuhnya jualan Harakah ," katanya. Pada masa sama Tarmizi menjelaskan, apabila berlakukan krisis antara PAS dengan rakan komponan dalam Pakatan Rakyat (PR) yang lain menyebab wartawan Harakah berada dalam tekanan dan dilanda dilemma untuk membuat laporan. "Kami dalam editorial berada dalam dilemma untuk menyiarkan berita apa. Sebagai contoh kalau nak siarkan berita Presiden PAS bantah pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), sedangkan kita tidak berpisah dengan PR dan bersama dalam misi memperkukuhkan PR. "Apa kita nak lapor dalam Harakah, kalau salah lapor akan bertentangan dengan dasar PR," ujarnya. Sehubungan itu, beliau menggesa supaya pihak pengurusan Harakah lebih profesional dan membuat setiap keputusan berdasarkan perjuangan Islam seperti yang diperjuangkan parti dengan menjaga kebajikan pekerja, bukannya bertindak sesuka hati. Tarmizi juga mendesak Mustafa mengundurkan diri sebagai Pengerusi Harakah agar akhbar tersebut terus maju ke hadapan demi memperkukuhkan PAS serta menguatkan lagi perjuangan PR. ~ sumber |
SIRI KULIAH ILMU TERBARU USTAZ FAWWAZ MAT JAN Posted: 30 Jan 2015 11:56 PM PST JANGAN PELUK JANTAN IKUT SUKA |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan