Rabu, 21 Januari 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


BERSEDIA PERANG TELAH BERMULA

Posted: 21 Jan 2015 07:04 PM PST




KOMENTAR
semua beriat berita dunia
menunjukkan bahawa telah
ada persediaan untuk perang

suasana PERANG DINGIN telah kembali

hari ini:
ada perang harga minyak
ada perang nilai mata wang
ada perang sempadan
ada pernag proksi
ada pernag bahan jualan

semua ini adalah tanda tanda
perang dunia ke3 telah bermula

PERSOALAN - apakah anak anak muda
telah bersedia
apabila perang pecah
peluang terbuka untuk
meledakkan yang lama
dan mendirikan yang baru

dunia ini akhirnya
adalah milik anak muda




Russia signs military cooperation deal with Iran
TEHRAN: Russian defence minister Sergei Shoigu on Tuesday signed a military cooperation deal with Iran that his Iranian counterpart touted as a joint response to US "interference".

Shoigu is the most senior Russian military official to visit Tehran since 2002, according to Iranian media, and the agreement comes with both countries facing western sanctions.



Russia may send S-300 missile system to Iran - media: Russia might deliver a long-overdue S-300 air defense missile system to Iran, honoring a contract that was canceled in 2010 following strong pressure from the West, Iranian and Russian media said on Tuesday.


Russian spy ship in Havana ahead of US delegation's historic visit: The Russian Navy's intelligence collection ship, the Viktor Leonov, has docked in Havana just a day before the arrival of an American delegation. The Russian warship is moored in open view of a pier usually used for cruise ships.

------------

PERANAN I ISIS

Posted: 21 Jan 2015 06:30 PM PST




Europe Considers Surveillance Expansion After Deadly Attacks

By Paul Hockenos


January 21, 2015 "
ICH" - "The Intercept" -   In an atmosphere of fear after the deadly attack on the French magazineCharlie Hebdo, officials in the European Union are proposing an array of anti-terror initiatives, including new surveillance laws that would give security agencies greater access to personal data.


KOMENTAR

apa yang saya ramalkan tahun lalu
kini telah berlaku
satu demi satu negara eropah
akan memperkenalkan undang undang baru
inilah peranan ISISa


.Tulisan saya dalam Suara Keadilan bertajuk : ISIS dan Geopolitik – telah diterbitkan pada 25 November 2014. Para akhir dalam tulisan itu saya telah membuat rumusan ini:

Akhirnya negara-negara di Eropah, Amerika Latin dan Afrika – tidak dapat tidak akan mewujudkan undang-undang baru atas nama keselamatan untuk menentang pengganas ISIS. Malaysia juga akan memunculkan undang-undang baru anti-pengganas. Wal hal kepala pengganas utama dalam dunia ialah imperialis Amerika. Inilah peranan ISIS.


APAKAH TAHANAN 
TANPA BICARA
AKAN 
DI WUJUDKAN
 KEMBALI

----------------

AL-FATIHAH

Posted: 21 Jan 2015 06:10 PM PST






AL-FATIHAH



Bekas duta Malaysia ke Peru, tebusan Tupac Amaru meninggal dunia






--------------

BERSETIA KAWAN

Posted: 21 Jan 2015 05:38 PM PST










SELAMAT  

 ulang tahun  ke 35
wahai 
raif badawi
untuk kau seorang blooger
dari aku  seorang blooger
tanda setiakawan
hanya ini yang dapat aku lakukan
kau kini 
dalam penjara di jeddah
kau dipenjara 10 tahun
kau akan disebat 1000 kali
50 kali setiap minggu
9 januari dahulu kali pertama

apakah kau tahu
isteri kau ensaf haidar
telah melarikan diri ke canada
apakah kau tahu
anak kau
najwa
tirad & myriam
kini juga bersama sang ibu

mereka sentiasa
merindu kamu

apakah kau tahu
mereka telah membuat cake
untuk menyambut hari jadi kamu

raif badawi
kau adalah anak muda yang berani
yang merakamkan kesedihan bangsa mu
kau lah perakam sejarah
kau lah perawi soheh
kau lah pembawa berita
tentang kezaliman
yang tidak terhingga



-------------

APA AKAN JADI DENGAN ANAK BADAK

Posted: 21 Jan 2015 05:30 PM PST







Lebih baik Najib jual jet untuk jimat

 

RM400 juta – Rafizi »


Rafizi jet
(Oleh: Lyn Nasir)   KUALA LUMPUR 20 Jan : Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata beliau kecewa apabila Perdana Menteri…


KAH KAH KAH
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah
anak badak
nak kencing
dimana?






--------------

SIAPA PUNYA TRANCANGAN

Posted: 21 Jan 2015 04:58 PM PST





KOMENTAR
siapa punya perangkap?
siapa punya rancangan?

sirul pergi ke australia
ini projek besar
ini rancangan rapi
sirul terlinat kes bunuh
bukan senang
nak lintas sempadan

semua menunjukkan bahawa
ini dilakukan untuk beri tekanan pada najib
tekanan untuk najib celah

taktik ini sedang berjalan lancar

Sirul, sila hubungi saya – Mahfuz

 | January 20, 2015
"0194423685 itu adalah nombor telefon saya, dan mahfuz455@yahoo.com adalah emel saya.





KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyatakan hasratnya membantu bekas Koperal Sirul Azhar Umar bagi mendedahkan motif pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurut Mahfuz, walaupun Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Sirul didapati bersalah membunuh Altantuya, motif pembunuhan masih tidak terjawab.

"Saya tidak mempertikaikan keputusan mahkamah, tetapi mahkamah tidak sepatutnya menyembunyikan motif pembunuhan tersebut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, hari ini.
Sehubungan itu, Mahfuz bersedia untuk membantu Sirul bagi mendedahkan motif pembunuhan.

"Sirul, sila hubungi saya melalui telefon bimbit, Facebook, dan emel. 0194423685 itu adalah nombor telefon saya, dan mahfuz455@yahoo.com adalah emel saya," jelas beliau.


KAH KAH KAH

woit
ini kesah hebat
berita tersebar khabar
bukan saja mahfuz cari
akhbar THE SUN
nak beli cerita sirul
kah kah kah
lepas tu dari hollywood
pun telah ada ajen yang
datang cari sirul
kah kah kah

siapa cepat dia dapat

APA PUNAY SUWEEY





------------

NAJIB KELENTONG LAGI

Posted: 21 Jan 2015 04:27 PM PST





Kebebasan mutlak tidak sesuai untuk Malaysia, kata Najib

Najib Razak berkata kerajaan terus komited untuk menjaga keamanan dan keharmonian negara dengan memastikan tidak berlaku perbalahan antara kaum yang serius di Malaysia.
"Untuk rakyat Malaysia, saya akan melakukan yang terbaik untuk melindungi kepentingan dan kesejahteraan rakyat Malaysia," katanya.
Mengulas mengenai konsep kebebasan yang tiada batas dan mutlak diamalkan di negara barat, perdana menteri berkata ia tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana boleh mencetuskan konflik perkauman.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kebebasan-mutlak-tidak-sesuai-untuk-malaysia-kata-pm#sthash.u30zs8IK.dpuf

KAH KAH KAH

woit semua setuju
tapi
bagaimana dengan
kebebasan gunakan
kapalterbang kerajaan?

bagaimana dengan
kebebasan sudah entot
kemudian bunuh
kah kah kah

JANGAN TIPU MELAYU





------------

MAKIN MELUAT

Posted: 21 Jan 2015 09:28 AM PST










Najib membisu, rakyat makin meluat

 | January 21, 2015
Persoalan kini, belum ada sepatah perkataan pun keluar daripada Najib mengenai isu berkaitan Daim

PETALING JAYA: Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin berkata serangan yang bertubi-tubi media arus perdana terhadap bekas Menteri Kewangan  Daim Zainuddin sehingga disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebenarnya menambahkan lagi kebencian rakyat kepada kerajaan.
Menurut beliau, sementara ramai yang keliru di sebalik sikap berdiam diri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pada masa sama, lebih ramai sebenarnya yang meluat dengan cara serangan yang dilakukan keatas Daim.
"Belum ada sepatah perkataan pun keluar daripada mulutnya (Najib) mengenai perkara ini, meski semua orang tahu media arus perdana adalah dibawah kawalannya," katanya dalam entri terbaru blog beliau shahbudindotcom.blogspot.com.

KAH KAH KAH
kah kah kah
sudah tak dapat di bantu
tak dapat diselamatkan
kah kah kah 
cuba renongkan
bila najib melihat
 gambar madey
apa dalam kepala najib

KAH KAH KAH








--------------

TAK ADA APA NAK CAKAP

Posted: 21 Jan 2015 05:30 AM PST








Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi mangsa kebencian...

KAH KAH KAH

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah
i have notin' to say
kah kah kah





-------------

SUARA BAKAL PM

Posted: 21 Jan 2015 04:38 AM PST






KOMENTAR
di kelantan banjir kali ini
memang luar biasa
lumpur lumpur
selut selut
ertinya tanah hutan telah bogel



Putrajaya akan pantau aktiviti pembalakan di Kelantan, kata Muhyiddin


Putrajaya akan memantau aktiviti pembalakan yang menjadi salah satu punca banjir besar baru-baru ini khususnya di negeri Kelantan, kata  Muhyiddin Yassin.
Timbalan perdana menteri berkata, walaupun banjir kali ini melanda beberapa buah negeri lain, keadaan di Kelantan lebih luar biasa berbanding di tempat lain.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/putrajaya-akan-pantau-aktiviti-pembalakan-di-kelantan-kata-muhyiddin#sthash.C8eTkhG5.dpuf

KAH KAH KAH

woit
ini suara
bakal perdana menteri
ini suara pemimpin
yang bertangung jawab
suara berana berkata benar
bukan suara isteri rosmah
bukan suara rosmah
bukan  suara sepupu
isteri rosmah
ini suara perdana menteri 
yang menunggu

APA PUNYA TUUR




-------------

CUBA TANYA

Posted: 21 Jan 2015 01:01 AM PST





PASAL APA  DUIT INI?


GST bawa pendapatan tambahan RM1 bilion kepada kerajaan


 PUTRAJAYA: Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dijadualkan bermula 1 April ini dijangka membawa tambahan RM1 bilion kepada pendapatan kerajaan tahun ini.


KAH KAH KAH

woit
cuba tanya 
dari mana duit ini datang?
mestuilah dari poket kita
cuba tanya 
berapa bilion rosmah dapat?
pasalapa rosmah dapat duit?
rosmah bukan menteri
rosmah hanya suami najib
pasal apa dapat duit?
pasal apa rosmah 
guna kapalterbatang negara?
rosmah bukan AGONG

GASAK SAMPAI HANCUR

RINGGIT JUNAM JATUH

Posted: 20 Jan 2015 11:30 PM PST








FACE BOOK

Semakin susahlah kehidupan kita...
Hoiuiiii.... sedar la weiiii....


MARI KETAWA
SEBELUM KETAWA
DI HARAMKAM 
kah kah kah




--------------

NAJIB JADI CADDY OBAMA

Posted: 20 Jan 2015 07:38 PM PST





BIK MAMA , CADDY DAN OBAMA


Pada 12 Januari yang lalu ajensi berita Bernama melaporkan nasehat dari Bik Mama a.k.a Rosmah Mansor. Nasehat ini muncul dalam Program Permata. Nasehat ini diberi kepada anak-anak dan ibu bapa agar menabung dan menyimpan duit dari zaman kanak-kanak. Bila saya terbaca berita saya tidak tahu sama ada saya perlu ketawa atau perlu terberak.

Akhirnya untuk berlaku adil - saya terberak sambil ketawa. Saya lakukan kerana Bik Mama a.k.a Rosmah Mansor baru saja selesai menggunakan pesawat resmi kerajaan – merayau dan bercanda-canda kesaorangan tanpa sang isteri... opps... tanpa Najib.

Media baru, face book dan tweeter – heboh sakan – tentang Rosmah Mansor yang menggunakan jet kerajaan sebagai pesawat pribadi. Malah secara rambang Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan YB Cheng Chung telah mengira kos Bik Mama bercanda-canda mengelilingi dunia. Dari Hawai ke Indianapolis ke Los Angeles, ke London, ke Dubai ke Bangkok sebelum pulang ke Rembau.

Dikatakan hampir 1 juta ringgit telah digunakan hanya untuk duit minyak. Ini belum dikira tenaga kerja, sewa tempat parking dan dan dan. Bayangkan berapa ratus ribu butir telor boleh dibeli dengan 1 juta ringgit untuk mangsa banjir?

Apabila Rosmah memberi nasehat tentang jimat cermat ini samalah saperti Raja Bersiong memberi nasehat kepada Orang Kedah agar jangan makan banyak hati dan limpa untuk menjaga berat badan. Apabila Rosmah menobatkan dirinya sendiri sebagai First Lady of Malaysia (FLOM) maka ini samalah saperti Pontianak melantik dirinya untuk menjadi Ketua Pengawal Bank Darah Negara.

Walau apa pun, untuk sementara waktu - mari kita lupakan dulu kesah Bik Mama bercanda-canda ini. Mari kita selidiki dan fahami apakah makna Najib berada dalam padang golf bersama Presiden Obama.

YB Datuk Teng bekas Speaker Dewan Undangan Selangor pernah berkata bahawa jantan yang bernama Najib ini adalah 'jantan suwey'. Semua yang dilakukan oleh Najib semua akan berakhir dengan malapetaka. Betul ke apa yang dikatakan oleh YB Teng ini?

Bayangkan betapa gahnya Najib menjadi caddy kepada Obama. Bukan semua Perdana Menteri dalam dunia ini boleh berpelung menjadi caddy untuk Obama. Mustahil Ibrahim Ali yang BI-nya kurang 'Anglo' akan dapat menjadi caddy Obama walau pun Ibrahim melaung, menangis dan meronta-ronta. Jelas tugas caddy ini telah dipilih oleh Obama untuk Najib. Tetapi suwey yang datang. Ketika Najib bercaddy-caddy banjir melanggar Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Sebaik sahaja gambar Najib berbaju merah jambu sedang memungut bola golf tersebar – Face Book, tweeter dan blog tak senang diam. Heboh heboh dan heboh. Bukan heboh tentang bola golf tetapi heboh mengutuk dan menganjing Najib. Hashtag #najibsuwey menjadi trend.

Akhbar tersohor Amerika - Washington Post yang membocorkan berita Najib menjadi caddy ini pun turut sama bertanya : apakah ini contoh seorang pemimpin Dunia Ketiga. Negara sedang banjir tapi masih sanggup menjadi caddy kepada Obama.

Dengan tak semena-mena tanpa Pakatan Rakyat merancang atau mengupah - media antara bangsa telah seirama serentak mengkritik perangai Najib yang dilihat tidak bertanggung jawab membiarkan rakyat tenggelam dalam banjir.

Sebenarnya menjadi caddy pada Obama atau pun bermain golf dengan sesiapa sahaja bukan satu jenayah. Main golf bukan sama dengan letupan C4. Kayu golf bukan pedang. Najib dikritik dan ditibai tanpa henti kerana dia bercanda-canda ketika banjir sedang melanda. Najib dilihat 'vulgar' dan tidak bertanggung jawab.

Sebenarnya apa tujuan Obama menjemput Najib menjadi caddy? Ramai yang meramalkan bahawa Najib ' disogok' dengan bola golf agar Najib bersedia menanda tangani perjanjian Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA).

Perjanjian TPPA ini telah ditentang oleh rakyat Malaysia. Malah ada bahagian-bahagian perjanjian ini TIDAK diketahui oleh rakyat. Semua dirahsiakan dari pengetahuan umum. Fasal-fasal rahsia ini satu pekara yang hangat dibincangkan.

Bukan ini sahaja. Jika Najib menanda tangani TPPA maka dengan serta merta Fasal Hak Keistemawaan Melayu, Hak Biasiswa Bumiputera, Kontrek Direk Nego - budaya kontrektor Bumiputerta Melayu Islam akan tamat. Ini hanyalah beberapa contoh yang akan lupus.
Sebenarnya TPPA ini adalah penjajahan kuasa imperialis kali kedua. Penjajahan datang dengan bentuk perjanjian. Apakah kita lupa Pejanjian Pangkor 1874? Apakah kita lupa Perjanjian Anglo-Dutch Treaty 1824 yang memisahkan bumi Melayu. Apakah kita lupa Perjanjian Anglo-Thai 1909 yang mengagihkan 4 wilayah Melayu kepada Siam.

Hakikatnya Malaysia akan hilang kedualatan. Hukum dan undang-undang Malaysia akan diketepikan dalam pejanjian TPPA.

Biar saya berikan satu contoh yang jelas. Pada ketika ini Sabah dan Sarawak TIDAK membenarkan peguam Semenanjung beroperasi di Sabah atau Sarawak. Ini untuk menjaga kepentingan bumiputera Sabah dan Sarawak. Dengan TPPA semua peraturan ini akan dilupus. Doktor, peguam dan apa sahaja bentuk pekerjan wajib dibuka untuk semua warga Pasifik.

Hakikatnya Starbuck boleh membuka cafe di Kuala Klawang Jelebu. Maka Kak Kiah Itik Salai di Senaling juga boleh buka warung bawah pokok di San Francisco. Perjanjian ini dilihat sama tapi hakikatnya berat sebelah. Pekara inilah yang TIDAK diterangkan oleh Najib Razak secara tuntas.

Najib Razak sebagai Presiden United Malays National Organisation telah tidak berlaku jujur kepada ahli partinya. Jika ahli Parti Ketuanan Melayu ini tahu dan sedar akan implakasi TPPA maka saya yakin Najib akan disingkir. Kerana dengan menanda tangani TPPA bermakna Najib mengantung mati Falsafah Ketuanan Melayu.

Dalam hal TPPA ini – kepada rakyat Malaysia Najib Razak boleh berbohong. Saperti Najib berbohong untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948.

Sebelum saya teruskan - sila renong sajenak : Pada hemat saya Najib dijemput menjadi caddy bukan hanya untuk TPPA. Mustahil Sang Caddy datang bagitu jauh sekali menyeberang lautan. Mustahil yang dipinta oleh Obama hanya TPPA?

Justeru, saya terus membaca dan menyelidiki apa sabenarnya yang diidam-idamkan oleh kuasa imperial Amerika. Pasti satu yang penting jika tidak mustahil Najib diajak menjadi caddy. Justeru untuk memahami ini kita wajib keluar dari kesah Rosmah bershopping di Bangkok atau kesah Najib diserang E-coli.

Selain dari TPPA ini ada satu lagi yang maha penting dalam strateji Amerika untuk terus menguasai dunia ini. Umum mengetahui bahawa Amerika telah mengubah dasar pertahanan. Kini dasar pertahanan Amerika dipanggil Pivot Asia atau Mempasak Asia. Amerika dari tahun lalu telah mula memindahkan bala tenteranya ke Asia. Lebih tepat lagi ke Asia Pasifik dan Asia Tenggara.

Mempasak Asia ini bermakna membuka kembali pengkalan tentera lama saperti di Telok Subic Pilipina. Membuka kembali pengekalan tentera di Siam. Memperbesarkan lagi loji, gudang dan gedong membaiki kapal dan perlatan tentera di Singapura. Lapangan terbang Pulau Guam dan Okinawa Jepun menjadi penting. Taiwan menjadi stratejik kembali. Jepun yang tertalok dibawah Perjanjian Pertahanan dengan Amerika wajib dipersenjatai kembali. Pine Gap sarang risikan di tengah-tengah padang pasir Australia akan menjadi pusat terpenting.
Bagaimana dengan Sang Caddy?

Satelah melihat semua perkembangan ini saya amat yakin Obama dan CIA sedang merancang untuk membuka satu pengkalan tentera di Malaysia. Pasti Sang Caddy telah ditanya hal ini.

Pada 16 September tahun lalu – dengan lucah soldadu Amerika telah mendarat di Kelantan dan Teragganu. Ini hanya permulaan kerana dalam strateji Mempasak Asia – Malaysia menjadi penting kerana kedudukan yang betul-bertul di selatan China.

Jangan lupa musuh utama – musuh yang dirancang oleh Amerika pada ketika ini ialah China. Ini bukan kerana China membawa idealoji sosialis atau Marxis. China kini ditakrif sebagai musuh Amerika kerana China telah menjadi kuasa ekonomi dunia. Amerika telah jatuh ke tangga ke dua.

Saperti yang sering saya terangkan politik ialah perebutan kuasa. Perebutan kuasa ialah perebutan punca-punca ekonomi. China sedang menandingi keupayaan Amerika dalam bersaing untuk mengepong dan memukal bahan-bahan mentah dari serata pelusuk dunia.

Pada hemat saya wilayah yang diidamkan oleh Amerika ialah Pengerang. Inilah wilayah stratijik dalam perancangan Mempasak Asia. Kenapa saya meramalkan Pengerang sebagai pengakalan bala tentera Amerika?
Kita tidak perlu belajar di Havard atau Westminster untuk memahami kenapa Pengerang dipilih. Wilayah seluas 22,000 ekar ini dikatakan untuk loji pembersihan dan penapisan minyak mentah. Berbelas-belas kampong dan bandar telah dipaksa pindah. Kenapa ini dilakukan? Masuk akal keluasan 22,000 ekar ini hanya untuk syarikat minyak?

Justeru kesah Rosmah Mansor bercanda dan bershopping ini hanya 'diversion' untuk kita sama-sama senyum kambing. Jangan kita terlalai. Rosmah Mansor bukan ajenda Pivot Asia walau pun badan Rosmah besar.

Kita jangan terperangkap apabila melihat bola golf. Yakinlah ketika Najib menjadi caddy di Hawaii badan perisek Amerika sedang memerhatikan sama ada Najib ini akan selamat atau tidak. Mereka sedang merisik sama ada perlu disedia saekor lagi caddy baru untuk mempastikan pengkalan tentera dapat didirikan di Tanah Melayu. (TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan  mingguan ini
sila pukul talipon:
03-92-2130-45





----------------

SATU PANDANGAN

Posted: 20 Jan 2015 07:08 PM PST






sila baca sekali lagi:
http://tukartiub.blogspot.com/2015/01/saya-charlie-saya-bukan-charlie.html


SAYA CHARLIE SAYA BUKAN CHARLIE
TT, saya tidak setuju dengan pandangan TT kali ini. Charlie Hebdo ialah majalah satira yang berhaluan kiri, yang mengkritik agama, tidak kira agama apa pun, kerana agama menentang pemikiran saintifik dan kemanusiaan. 

TT sepatutnya bersolidariti dengan editor-editor Charlie Hebdo, bukannya mencemuh mereka. Saya harap TT ambil kritikan ini sebagai kritikan dari ahli kaum kiri, untuk kaum kiri. on SAYA CHARLIE - SAYA BUKAN CHARLIE
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 1/15/15





-----------

Tiada ulasan: