Rabu, 21 Januari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Punca Agensi Penarafan Kredit Antarabangsa Fitch Ratings Beri Amaran Kepada Malaysia?

Posted: 21 Jan 2015 03:31 AM PST




fitch ratings



Punca Agensi Penarafan Kredit Antarabangsa Fitch Ratings Beri Amaran Kepada Malaysia? : Kejatuhan nilai ringgit Malaysia dicatatkan sebagai terburuk di kalangan negara-negara di Asia yang mencatatkan kejatuhan sebanyak 10% untuk tempoh dalam hanya 3 bulan sahaja. Ini ditambah dengan pengumuman kerajaan Malaysia melalui Datuk Seri Najib Razak pada pagi semalam menyebabkan agensi penarafan keredit antarabangsa Fitch Ratings memberikan amaran yang mana Malaysia bakal berhadapan dengan taraf penarafan kredit akan diturunkan.

Hari ini Matawang Ringgit Malaysia diperdagangkan pada nilai yang paling rendah sejak tahun 2009. Ini semua gara-gara pengumuman kerajaan Malaysia mengumumkan kenaikan sasaran defisit fiskal daripada hanya 3.0% kepada 3.2% bagi unjuran tahun 2015. Berdasarkan rekod kerajaan malaysia telah mengumumkan pembentangan bajet defisit untuk 17 kali berturut-turut sejak pembentangan bajet pada tahun 1998 lagi.

KLIK SINI : Punca Hutang 1MDB Malaysia Bernilai RM22.25 Bilion Meningkat 
Mendadak RM25.7+ Bilion Dalam Tempoh Hanya 9 Bulan?

 

Punca Agensi Penarafan Kredit Antarabangsa Fitch Ratings Beri Amaran?

Dan agensi Penarafan Kredit Fitch Ratings melihat kepada kebergantungan kerajaan Malaysia kepada hasil kerajaan Malaysia sehingga memberikan impak besar disebalik kejatuhan harga minyak dunia pada ketika ini dilihat "lebih cenderung" untuk menurunkan penarafan yang diberikan Malaysia sekarang ini A-.

Pengurus kanan Choong Yin peng, pengurus kanan bon dan penyelidikan ekonomi Hong leng Berhad mengatakan
  1. pasaran pada ketika cukup bimbang sasaran defisit yang diletakkan kerajaan malaysia akan lebih tinggi lagi
  2. Kenyataan terbaru Fitch ratings akan terus memberikan implikasi dan kesan besar kepada pasaran yang meletakkan pasaran Malaysia dalam keadaan "berjaga-jaga"
P/S : Jikalau Fitch Ratings turunkan rating kredit Malaysia, ini antara kesan yang akan diterima Malaysia seperti laporan (DI SINI)


Pengusaha Bas Sekolah Perlu Turun Kadar Tambang Selari Penurunan Harga Minyak

Posted: 21 Jan 2015 03:16 AM PST


MSTAR ONLINE


 
 
 
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta pengusaha perkhidmatan pengangkutan terutama pengusaha bas sekolah agar menurunkan segera kadar tambang selaras dengan penurunan harga runcit petrol dan diesel.

Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin berkata, ini kerana pengusaha bas sekolah merupakan antara pihak yang menerima impak secara langsung dengan harga minyak tersebut.

"Jika harga minyak sedang naik dahulu pengusaha bas sekolah merupakan antara golongan yang paling lantang bersuara untuk menaikkan tambang, oleh itu apabila harga minyak telah turun mereka wajar menurunkan harga tambang dengan segera," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu jemputan bagi program 'Dalam Radar' Radio24 Bernama, di sini Selasa.

Sementara itu katanya, walaupun harga semua barangan seharusnya turun mengikut kadar semasa harga minyak, namun para pengguna perlu memahami terdapat faktor lain yang menentukan harga barangan.

Katanya, antara faktor yang mempengaruhi harga barang ialah kos gaji pekerja, tarif elektrik, sewa premis dan cukai pintu.

Mulai 1 Januari lalu, harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 diturunkan sebanyak 35 sen, masing-masing kepada RM1.91 seliter dan RM2.11 seliter, manakala harga runcit bagi diesel pula diturunkan sebanyak 30 sen kepada RM1.93 seliter.

Ahli Perniagaan Bergelar 'Datuk Seri' Dikhuatiri Mati Terbakar

Posted: 21 Jan 2015 03:05 AM PST


MSTAR ONLINE


 
 
 
GEORGE TOWN: Mayat terbakar seorang lelaki yang ditemui terbaring berhampiran hutan di Lumut, Perak dipercayai adalah seorang ahli perniagaan dari Bukit Mertajam yang dianugerahkan gelaran 'Datuk Seri'.

Difahamkan lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an itu dilaporkan hilang sejak minggu lepas.

Beliau kali terakhir dilihat dilarikan oleh lelaki daripada dua buah kereta ketika mahu meninggalkan pusat refleksologi kaki di Bukit Mertajam pada Rabu.

Siasatan awal polis mendapati kedua-dua kereta itu yang menggunakan plat nombor pendaftaran palsu melalui plaza tol Changkat Jering, Perak.

Pada Jumaat satu badan mayat ditemui dalam hutan kira-kira 200 meter dari jalan utama ke Swiss Garden Resort berhampiran Lumut.

Juga difahamkan bahawa penculik tidak menghubungi keluarga ahli perniagaan itu untuk meminta wang tebusan.

Polis bagaimanapun masih belum mengenalpasti identiti mangsa.

15 Pelajar Cedera, Van Sekolah, Bas Berlanggar

Posted: 21 Jan 2015 03:03 AM PST


MSTAR ONLINE


Perlanggaran van sekolah dengan bas mengakibatkan 15 pelajar cedera ringan dalam kejadian pagi Rabu.
 
 
 
JOHOR BARU: Sebuah van sekolah yang membawa 15 pelajar terbabas selepas berlanggar dengan bas di persimpangan Jalan Tembikai Utama, Pasir Gudang di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, bas berkenaan sedang membelok dari persimbangan itu untuk masuk ke jalan utama apabila bertembung dengan van terbabit.

Ketika kejadian pada pukul 10 pagi itu, katanya, van sekolah berkenaan dalam perjalanan dari arah Jalan Nenas Utama.

"Pelanggaran kedua-dua kenderaan itu menyebabkan van sekolah itu terbalik ke tepi," katanya ketika dihubungi sambil menambah pelajar yang menaiki van itu dalam perjalanan ke kelas agama di Sekolah Agama Kota Masai.



Semua pelajar mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk mendapatkan rawatan pesakit luar.

KPN Sahkan Penahanan Sirul Di Queensland

Posted: 21 Jan 2015 03:01 AM PST


Oleh: THE STAR


Khalid Abu Bakar.
 
 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan bekas Anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar di Queensland oleh polis Australia.

Beliau berkata, Sirul, 43, yang didakwa atas sabitan kes bunuh model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, ditahan pada pagi Selasa.

"Dia sedang ditahan di pusat tahanan Imigresen negara itu.

"Kami akan menghubungi rakan sejawat di Australia untuk mendapatkan maklumat lanjut," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Terdahulu agensi berita ABC News melaporkan, Sirul, 43, diletakkan dibawah jagaan pegawai Imigresen di Brisbane semalaman selepas Interpol mengeluarkan notis merah terhadapnya.

Notis merah Interpol bermaksud usaha mencari serta menangkap individu yang dikehendaki tersebut akan dilakukan oleh suatu bidang kuasa kehakiman atau tribunal antarabangsa, dengan tujuan untuk mengekstradisi.

Minggu lalu dilaporkan bahawa polis akan bekerjasama dengan Interpol untuk memburu Sirul, selepas satu permohon ekstradisi akan difailkan kepada negara berkenaan.

Sirul dipercayai pergi ke Australia pada Oktober tahun lalu.

Namun, dia dikatakan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk pulang ke Malaysia bagi menghadapi hukuman itu.

Kes dadah: Penyanyi, teman wanita ditahan

Posted: 21 Jan 2015 02:57 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
AMPANG: Seorang penyanyi terkenal era 1990-an dan teman wanitanya ditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dalam  serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat, awal hari ini.
 
Serbuan pada 12.30 tengah malam itu dilakukan pasukan Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang, yang menemui satu bungkusan plastik  disyaki heroin kira-kira 1.2 gram di dalam sebuah bilik.
 
Hasil ujian air kencing mendapati penyanyi berusia 43 tahun itu positif dadah morfin manakala teman wanitanya yang berusia 32 tahun positif dadah amphetamine.
 
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairuldin Saad hari ini mengesahkan penahanan penyanyi dan teman wanitanya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15(1)(a) akta sama.
 
"Kami akan mendapatkan perintah reman terhadap mereka di Mahkamah Majistret Ampang hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Nik Aziz sudah sedar, solat, minum teh 'o' dan bertegur sapa

Posted: 21 Jan 2015 02:56 AM PST

ANTARA POS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan kini beransur pulih dan sudahpun mampu bangun untuk bertegur sapa.
 
Perkara itu dimaklumkan anakknya, yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh, nik Abduh nik Ahmad menerusi laman facebooknya kira-kira jam 11 pagi tadi.
 
"Alhamdulillah, pagi ini ayahanda menunjukkan reaksi lebih baik dan semakin positif terhadap semua rawatan yang diberikan.
 
"Ayahanda sedar awal pagi tadi, solat Subuh, minum teh O, bertanya khabar beberapa ketika dan mengukir senyum.
 
"Selepas tidur kembali, beliau sedar dan minta untuk minum lagi.
 
Perkembangan itu turut disambut gembira oleh pasukan doktor yang bertungkus lumus memberikan perkhidmatan terbaik kepada bekas menteri besar Kelantan itu.
 
"Pihak doktor gembira dengan perkembangan, cuma menyatakan rawatan rapi akan terus dilakukan untuk tempoh ini," ujarnya.
 
Nik Abdul Aziz, 84 dimasukkan ke unit rawatan tersebut semalam selepas tahap kesihatannya merosot terutamanya selepas musibah banjir yang melanda Kelantan.

Guru besar meninggal dunia pada majlis pesaraan

Posted: 20 Jan 2015 07:14 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
IPOH: Seorang guru besar meninggal dunia sejurus sebelum memulakan ucapan di majlis perpisahan sempena hari akhir perkhidmatan beliau.  
 
Cheah Hock Hin tiba-tiba diserang sakit jantung setelah naik di pentas untuk berucap kepada guru-guru dan pelajar Sekolah Kebangsaan Tanah Kebun Kerian, Perak.
 
Belum sempat memberi kata-kata aluan, Cheah rebah dalam kesakitan.
 
Guru dan pegawai pendidikan daerah cuba memberikan pertolongan cemas sementara menunggu ambulans.
 
Bagaimanapun Cheah tidak dapat diselamatkan dalam kejadian tengah hari itu yang mengejutkan kelibat pendidikan di Kerian.
 
Mendiang bersara hari ini setelah lebih tiga dekad menjadi guru dan pengetua.
 
Cheah dikenali sebagai seorang guru yang berdedikasi dan pengetua yang amat komited kepada kebajikan pelajar.

ROS enggan iktiraf pelantikan baharu MIC

Posted: 20 Jan 2015 07:11 PM PST

SINAR HARIAN

Datuk Dr S Subramaniam Datuk Dr S Subramaniam
 
 
PUTRAJAYA - Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah memaklumkan secara bertulis bahawa ia tidak mengiktiraf pelantikan yang dibuat oleh MIC susulan arahannya bagi parti itu mengadakan pemilihan semula untuk jawatan-jawatan tertentu, kata timbalan presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam hari ini.

Dr Subramaniam berkata beliau boleh mengesahkan bahawa ada surat daripada ROS menyatakan bahawa tiada pelantikan baharu harus dibuat tanpa menyelesaikan dahulu isu pemilihan semula jawatan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dan tiga naib presiden.

"Saya mengesahkan kesahihan surat, yang menyatakan tiada pelantikan baharu harus dibuat tanpa menyelesaikan kemelut dalaman MIC," kata Dr Subramaniam, yang juga menteri kesihatan, kepada pemberita di kementerian di sini.

Surat daripada ROS, yang dialamatkan kepada Datuk G. Kumar Aaman, meminta beliau (Kumar Aaman) untuk menghadiri mesyuarat dengan ROS bagi menjelaskan pelantikannya sebagai setiausaha agung parti.

Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel telah melantik Kumar Aaman sebagai setiausaha agung yang baharu selepas perintah ROS bertarikh 5 Disember bagi pemilihan semula. Palanivel juga telah menukar pengarah strategik parti dan tiga anggota CWC selepas perintah bagi pemilihan semula.

Dr Subramaniam menjelaskan bahawa surat terbaharu dari ROS menyatakan bahawa semua pelantikan yang dibuat dalam tempoh itu berikutan perintah bagi pemilihan semula hendaklah dianggap sebagai batal dan tidak sah.

Beliau berkata walaupun Palanivel telah dua kali enggan bertemu dengannya, beliau akan cuba sekali lagi untuk bertemu dengan presiden MIC selepas beliau kembali dari India.
"Beliau (Palanivel) berada di luar negara sekarang. Kami akan menunggu beliau kembali, dan membuat satu lagi percubaan. Kami memandang berat (kerana kesuntukan masa) dan akan cuba menyelesaikan krisis parti," katanya.

ROS, dalam surat bertarikh 5 Disember, telah mengarahkan MIC untuk mengadakan pemilihan semula jawatan bagi 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dan tiga naib presiden dalam tempoh 90 hari.

Berikutan rayuan, ROS telah menghantar satu lagi surat melanjutkan tempoh 90 hari kepada 120 bagi parti mengadakan pemilihan semula. - Bernama

Notis daftar GST secara paksaan keluar hujung Jan

Posted: 20 Jan 2015 06:58 PM PST

SINAR HARIAN

 
 
KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam akan mengenakan kompaun maksimum sebanyak RM15,000 kepada syarikat dan peniaga menerusi pendaftaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) secara paksaan berikutan kegagalan mereka berbuat demikian pada tempoh ditetapkan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata notis pendaftaran paksaan itu akan dikeluarkan pada akhir bulan ini.

Setakat ini dianggarkan lebih 300,000 syarikat dan peniaga berpendapatan melebihi RM500,000 gagal mendaftar di bawah GST.

Sehubungan itu, beliau menggesa mana-mana peniaga atau syarikat yang masih belum mendaftar agar segera berbuat demikian sebelum pelaksanaan pendaftaran secara paksaan.

"Kompaun minimum sebanyak RM2,000 akan dikenakan bermula hari ini kepada mereka yang gagal mendaftar pada tarikh ditetapkan. Tambahan nilai kompaun sebanyak RM150 bagi setiap hari yang lewat akan turut dikenakan," katanya.

Beliau berkata, demikian kepada wartawan pada seminar GST: Pemangkin Ke Arah Negara Maju, di sini, hari ini.

Seminar anjuran Chartered Tax Institute of Malaysia itu dirasmikan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Pendaftaran GST bermula sejak Jun 2014 dan tamat pada akhir tahun lepas.

Sejumlah 304,344 syarikat dan peniaga berdaftar bagi GST sehingga hari ini. - Bernama

Harta pembantu juruterbang MH17 ke akaun amanah

Posted: 20 Jan 2015 06:55 PM PST


mh17
 
 
TAPAH -  Mahkamah Tinggi Syariah Tapah, semalam memerintahkan semua harta pusaka pembantu juruterbang MH17, Allahyarham Muhamad Firdaus Abdul Rahim ditahan dan dipelihara dalam akaun amanah di Amanah Raya Berhad dengan pemantauan bersama, sehingga penyelesaian muktamad harta berkenaan disempurnakan mengikut hukum syarak.

Hakim Abd Rahman Tobroni dalam kamarnya memerintahkan, semua pusaka milik  Allahyarham  yang diperoleh pemohon iaitu Fatimah Ibrahim yang juga ibu kepada Muhamad Firdaus dan responden pertama iaitu balunya, Norzarith Zaaba, serta responden kedua sehingga kelima yang juga adik-beradiknya dimasukkan ke dalam akaun amanah harta pusaka serta-merta.

Perintah sama turut dikeluarkan terhadap semua hutang-piutang dan tanggungan Allahyarham agar diselesaikan dengan segera melalui pembiayaan daripada harta pusaka tersebut.

"Mahkamah memerintahkan semua waris kadim Allahyarham menahan, menjaga dan tidak mengalihkan harta pusaka milik Allahyarham termasuk barang peribadi serta harta pusaka Allahyarham kekal 'status quo', kecuali penyelesaian hutang piutang dan tanggungan  Allahyarham mengikut peruntukan Seksyen 199 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Perak) 2004 sehingga harta disempurnakan melalui hukum syarak," katanya.

Pemohon dan responden turut diperintahkan untuk harta pusaka Allahyarham dalam milikan  atau kuasa responden untuk diperiksa pemohon mengikut Seksyen 85 dan Seskyen 86 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Perak) 2004.

"Mahkamah memerintahkan mana-mana institusi termasuk perbankan menzahirkan semua harta Allahyarham," katanya.

Tiada waran tangkap ke atas remaja peluk K-Pop

Posted: 20 Jan 2015 06:51 PM PST

FREE MALAYSIA TODAY

Jawi memutuskan idak memanjangkan perkara tersebut. Ketiga-tiga remaja berkenaan masih belum tampil untuk membantu siasatan.


JAWIPETALING JAYA: Tiga remaja perempuan bertudung yang terbabit dalam kontroversi aksi sumbang di konsert kumpulan K-Pop, B1AF mungkin terlepas daripada dikenakan tindakan.

Ia berikutan dengan keputusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tidak mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka.

Minggu lalu, Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya dilaporkan sebagai berkata, waran tangkap melalui perintah mahkamah akan dikeluarkan sekiranya ketiga-tiga wanita berkenaan tidak tampil memberikan kerjasama selepas diberi tempoh seminggu.

Bagaimanapun, sumber Jawi memberitahu, jabatan itu memutuskan untuk tidak memanjangkan perkara tersebut apabila sehingga ke hari ini ketiga-tiga remaja berkenaan masih belum tampil untuk membantu siasatan.

"Kita sudah memberi mereka tempoh selama seminggu untuk tampil membantu siasatan. Tetapi sehingga ke hari ini mereka tidak berbuat demikian.

"Selepas berbincang, kita putuskan untuk tidak mengenakan waran tangkap ke atas mereka. Tetapi kita secara terbuka bersedia untuk memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada mereka," katanya," lapr Mstar.

Menurut sumber Jawi lagi, ketiga-ketiga remaja berkenaan mungkin mendapat nasihat daripada pihak lain berikutan insiden yang mencetuskan kontroversi itu.

Aksi pelukan dan ciuman antara ahli kumpulan K-Pop dari Korea Selatan bersama tiga peminat wanita Islam ketika berada di atas pentas konsert di Kuala Lumpur, baru-baru ini mencetuskan kecaman pelbagai pihak terutama umat Islam.

Jawi sebelum ini telah membuka kertas siasatan siasatan berhubung isu tersebut telah dibuka di bawah Seksyen 29 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1977 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam.

Jika disabitkan bersalah, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Lepas Hishammuddin nafi, adakah Zahid berbohong lagi, soal DAP

Posted: 20 Jan 2015 06:50 PM PST

 Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang persoalkan lagi kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung surat sokongannya terhadap raja judi kepada Biro Siasatan Antarabangsa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Januari, 2014.Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang persoalkan lagi kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung surat sokongannya terhadap raja judi kepada Biro Siasatan Antarabangsa. – Gambar fail The Malaysian Insider,    





























THE MALAYSIAN INSIDER


Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan pernah menulis surat kepada Biro Siasatan Antarabangsa (FBI).

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, penafian Hishammuddin itu membuktikan Zahid seorang menteri yang tidak berdisiplin, menipu, bertindak sesuka hati dan mengkhianati amanah negara.

"Adakah Zahid tertangkap berbohong dan mengaitkan menteri lain dalam pentadbiran sekarang atau yang terdahulu secara tidak adil dan memalukan?

"Saya tidak pernah percaya bekas menteri dalam negeri berkelakuan seperti Zahid menulis surat secara unilateral kepada FBI tanpa pengetahuan ketua polis negara, menyalahi laporan polis sebelumnya kepada FBI dan tanpa pengetahuan Kementerian Luar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata, Zahid sebelum ini pernah berbohong apabila mendakwa Kabinet mengesahkan suratnya kepada FBI namun Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Kabinet sekadar mendengar penjelasan Zahid.

Katanya, Zahid harus bersedia untuk diserang dengan isu ini ketika persidangan Parlimen pada Mac akan datang jika perincian surat Zahid kepada FBI tidak didedahkan sepenuhnya.

"Zahid harus diingatkan kepada prinsip apabila seseorang berbohong, dia akan terpaksa berbohong seribu kali lagi untuk menutup bohong yang pertama - nampaknya menjadi dilema Zahid sekarang," katanya.

Hishammuddin hari ini menafikan pernah menghantar sebarang surat sokongan kepada FBI untuk mana-mana pihak, bercanggah dengan kenyataan Zahid sebelum ini.

Zahid sebelum ini yang dikaitkan dengan kontroversi surat kepada FBI berkenaan status raja judi, Paul Phua Wei Seng berkata proses tersebut pernah dilakukan menteri terdahulu.

Hishammuddin sebelum ini memegang portfolio menteri dalam negeri dari 2009 hingga 2013 sebelum bertukar kepada portfolio menteri pertahanan.

"Secara peribadi, saya tidak pernah menghantar sebarang surat sokongan," katanya semasa ditemui pemberita di Putrajaya pagi tadi.

Zahid pada minggu lalu menjelaskan beliau mempunyai kuasa menulis surat kepada FBI berhubung kes Phua atas alasan menteri sebelumnya juga pernah mengeluarkan surat penjelasan seumpama itu.
"Menteri sebelum saya juga keluarkan surat penjelasan. Berdasarkan kuasa kepada menteri itulah saya menandatangani surat itu.

"Menteri dalam negeri sebelum saya juga mengeluarkan surat yang sama," katanya.

Zahid berkata surat itu bukan urusan di antara 2 kerajaan tetapi diminta peguam bela Phua, merujuk kepada kenyataan yang diberikan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar

Tun M: Saya tidak jauhkan diri dari Perkasa

Posted: 20 Jan 2015 04:31 PM PST


Tun Dr Mahathir Mohamad Tun Dr Mahathir Mohamad
 
 
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau sedang menjauhkan diri daripada Perkasa kerana tidak sependapat.

Dalam tulisan terbaharu di blognya chedet.com, beliau berkata, tidak ada sebab untuk beliau menjauhkan diri kerana beliau tidak pernah terikat dengan NGO itu.

"Saya mengaku saya menyokong pendapat mereka (Perkasa), terutama sekali apabila ia melibatkan pandangan ekstrem daripada golongan bukan Melayu.

"Bagaimanapun, saya harus mengakui saya menyokong pandangan mereka terutama dalam memberi maklum balas pandangan pelampau yang terdiri daripada bukan Melayu," katanya.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan, Dr Mahathir tidak berpuas hati dengan cara Perkasa mengendalikan isu-isu perkauman yang sensitif.

Dr Mahathir dilaporkan berkata, kumpulan itu juga tidak mahu dikaitkan dengannya walaupun masih menghormatinya.

Dr Mahathir berkata, ketika beliau menjadi Perdana Menteri (antara 1981 – 2003), Perkasa belum wujud pun.

Perkasa tidak akan wujud jika tiada (isu) pandangan ekstrem daripada sebilangan bukan Melayu, (yang) mempersoalkan kelebihan dan hak Melayu, padahal orang Melayu sendiri tidak mempersoalkan kelebihan dan hak orang bukan Melayu atau menafikan hak yang diberikan kepada mereka oleh Perlembagaan, " tambahnya..

"Jika pada semua, saya boleh berkongsi dengan Perkasa beberapa idea saya dan pemikiran saya mungkin kebetulan sama dengan mereka," katanya lagi

Anwar akan dipanggil semula beri keterangan

Posted: 20 Jan 2015 04:29 PM PST

SINAR HARIAN

Anwar Ibrahim - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB Anwar Ibrahim - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
 
 
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil semula untuk memberi keterangan selepas Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman untuk meminda pernyataan pembelaan tambahan berhubung dakwaan Ketua Pembangkang itu telah menawarkan RM100 juta kepadanya untuk melompat parti.

Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S. Hassan Badjenid membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mewakili Anifah dan peguam Razlan Hadri Zulkifli, yang mewakili Anwar.

Mahkamah menetapkan 17 Februari depan untuk Anwar memberi keterangan.

Sementara itu, mahkamah menolak permohonan Anifah, yang juga anggota Parlimen Kimanis untuk meminda pernyataan pembelaan tambahan berhubung dakwaan bahawa Anwar seorang homoseksual dengan alasan ia memprejudiskan ketua pembangkang itu.

Perbicaraan penuh kes itu, bermula 25 Ogos tahun lepas dan berakhir pada 26 Disember, selepas Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, yang merupakan saksi terakhir defendan (Anifah) memberi keterangan.

Bagaimanapun selepas saksi itu selesai memberikan keterangan, Anifah membuat permohonan untuk meminda pernyataan pembelaan tambahannya.

Anwar mengemukakan saman terhadap Anifah pada 27 Mei 2009 kerana mendakwa kenyataan anggota Parlimen Kimanis itu pada sidang media di Washington, pada 16 Mei 2009, yang turut dihadiri Setiausaha Negara Amerika Syarikat yang ketika itu Hillary Clinton, telah mencemarkan nama baiknya.

Ketua pembangkang itu mendakwa Anifah menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak layak untuk memegang sebarang jawatan politik atau apa-apa jawatan dan berbahaya kepada masyarakat Malaysia.

Anwar juga mendakwa bahawa kenyataan defendan yang dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing, telah menimbulkan fitnah terhadap perwatakannya dan secara langsung dan tidak langsung menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak beretika, tidak berprinsip dan rasuah. - Bernama

PKR tuntut dokumen SRC International

Posted: 20 Jan 2015 04:13 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli akan mendesak agar Parlimen mendedahkan dokumen mengenai pulangan tahunan sebuah anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Katanya, maklumat tersebut akan membuktikan dakwaannya bahawa anak syarikat tersebut,  SRC International telahpun diambil alih oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

Jelasnya, dokumen tersebut akan mengesahkan dakwaannya sebelum ini bahawa syarikat tersebut diambil alih sebaik membuat pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).

"Saya akan mendapatkannya daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan saya akan mintanya daripada Parlimen," kata Rafizu pada sidang media pagi ini.

Beliau mendakwa, pengambil alihan itu merupakan satu langkah untuk menyelamatkan SRC International.

"Ini benar-benar memberikan makna baru kepada 'jaminan keluar' di dalam negara kita ini.

Menurutnya, dokumen pulangan tahunan itu lazimnya difailkan kepada setiausaha syarikat pada setiap tahun kewangan.

Rafiz juga mempersoalkan sekiranya langkah itu sememanganya dirancang lebih awal.

Aktiviti perlombongan

"Syarikat itu telah mencatat kedudukan kewangan yang lemah yang mana hutangnya melebihi aset.

"Adakah tindakan 1MDB memindahkan SRC International kepada MOF inc disebabkan SRC International ini diketahui dari awal akan mengalami masalah kewangan?" soalnya.

Beliau yang juga naib presiden PKR mendakwa pengambilalihan itu berlaku di antara tahun kewangan Januari 2011 hingga Mac 2012.

Katanya, ia berdasarkan kenyataan Arul Kandasamy sebelum ini, yang menyatakan syarikat itu kini berada bawah MOF Incorporated.

Rafizi juga sebelum ini dilaporkan mendakwa, pinjaman RM4 bilion dengan jaminan kerajaan itu bagi mengambilalih satu syarikat perlombongan di Mongolia.

Beliau yang memetik satu laporan The Business Times mendakwa, pelaburan itu bagaimanapun tidak berlaku.

Najib hina parlimen, kata MP

Posted: 20 Jan 2015 04:11 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Abdul Razak didakwa menghina parlimen kerana membuat pengumuman berhubung kedudukan perkembangan ekonomi semasa di Putrajaya hari ini.

Anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, walaupun beliau bertanggungjawab terhadap parlimen, pengumuman itu sebaliknya dibuat di Putrajaya di hadapan tetamu undangan, termasuk diplomat, pemimpin perniagaan, NGO dan anggota parlimen BN.

Bagaimanapun, kata Pua (kanan), wakil rakyat Pakatan diketepikan untuk pengumuman penting itu.

"Ini membiarkan anggota parlimen (Pakatan) sama sekali tidak berpeluang membahas dan memutuskan terhadap perubahan Belanjawan yang diluluskan di parlimen sebelum ini.

"Ia juga membuktikan bahawa kerajaan benar-benar menghina dan memandang hina institusi parlimen yang satu-satunya peranan bagi mereka sebagai pak turut untuk eksekutif diktator," katanya.

'Ada kesilapan pada tuduhan Khir Toyo'

Posted: 20 Jan 2015 04:08 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Pasukan pendakwaan mengakui terdapat kesilapan dalam pertuduhan rasuah terhadap bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo.

Timbalan pendakwa raya (DPP) Mohd Masri Daud berkata pihak pendakwaan hanya menyedari perkara itu apabila masuk ke peringkat rayuan.

"Bagaimanapun, ia tidak bermaksud pasukan pembelaan ditipu atau berlakunya kesilapan mahkamah (miscarriage of justice)," kata Masri kepada Mahkamah Persekutuan sebentar tadi.

Katanya, Khir juga pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor semasa menjadi menteri besar.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebelum ini membangkitkan bahawa anak guamnya dituduh menyalah guna kedudukan sebagai menteri besar untuk mendapatkan tanah dan harta tanah bawah harga pasaran.

Bagaimanapun, tambah peguam, perbicaraan itu merujuk kedudukan Khir sebagai pengerusi PKNS.

Shafee berkata, pihak pendakwaan tidak meminda pertuduhan sepanjang perbicaraan dan menuduhnya sebagai seorang bekas menteri besar dan mewujudkan kesan prejudis terhadap Khir untuk mendapatkan perbicaraan adil.

Ia juga didakwa menafikan hak anak guamnya untuk memanggil saksi tambahan untuk tujuan pembelaan.

"Atas perkara ini saya, anak guam saya patut dibebaskan daripada pertuduhan," kata Shafee.

Khir sebelum ini disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam dan dijatuhkan  hukuman 12 bulan penjara.

Mahkamah Rayuan mengekal sabitan dan hukuman itu.

Rayuan Khir hari ini didengar di Mahkamah Persekutuan di hadapan lima panel hakim diketuai oleh Ketua Hakim Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Di pedalaman, dingin dan lapar

Posted: 20 Jan 2015 04:03 PM PST

MALAYSIAKINI


 


LAPORAN KHAS Jauh di kawasan pedalaman Kelantan yang dilanda banjir baru-baru ini, terdapat sekumpulan masyarakat Orang Asli yang sudah berhari-hari menunggu bantuan makanan dan bantuan pasca banjir.

Malaysiakini menyertai sepasukan relawan Mencari dan Menyelamat Yayasan Bantuan Kecemasan Bencana Malaysia (MEDRF) yang sudah tiga kali menghantar bantuan kepada komuniti ini.

Namun, sebahagian besar daripada yang terkesan dengan bencana ini belum lagi menerima bantuan.

Di dalam kawasan hutan Gua Musang ini terdapat 14 buah kampung dengan lebih 2,000 orang penduduk.

Kebanyakan laluan masuk tersekat akibat tanah runtuh, atau jambatan yang menyeberangi jalan dihanyutkan arus deras banjir.

Mangsa banjir ini bukan sahaja lapar dan hiba malah ramai kehilangan tempat tinggal sejak 22 Disember.

Kami mendirikan khemah pangkalan kami di Kuala Betis, dan kemudian bergerak sejauh 20 kilometer ke kawasan pedalaman menuju Kampung Tohoi.

Pada hari-hari biasa, perjalanan ini akan mengambil masa kurang dari satu jam jika menaiki kenderaan yang tahan lasak.

Namun dengan cuaca yang tidak menyebelahi kami, dan banjir baru sahaja melanda kawasan ini, kami nampaknya bakal berdepan tempoh perjalanan yang panjang.

Khemah pangkalan di Kampung Bawek menyimpan lebih daripada 20 tan bekalan bantuan yang didermakan pelbagai NGO dan orang ramai.

Sewaktu kami hampir bertolak, sekumpulan lelaki Orang Asli tiba dengan motosikal EX5.

Seorang daripada mereka memberitahu kami yang mereka telah menghabiskan selama 24 jam di atas jalan untuk sampai ke kem itu apabila mengetahui kami membawa bekalan.

Semua 23 orang daripada kumpulan ini memunggah kampit beras, tin gasolin dan barangan keperluan lain ke atas motosikal mereka dan kembali ke kampung mereka.

Mereka akan terus melakukan perkara yang sama ini setiap hari demi memastikan komuniti mereka tidak menderita akibat kekurangan bekalan makanan dan barangan keperluan lain.

Ikat perut tahan lapar

Dengan hanya berbekalkan mi segera dalam cawan untuk mengisi perut, kami menuju ke Kampung Tohoi, yang terletak sejauh sejam perjalanan pada hari-hari biasa.

Namun dalam keadaan sebegini, perjalanannya memakan masa setengah hari.

Kami seramai 12 orang bergerak menggunakan tiga kenderaan pacuan empat roda (4WD). Menyertai kumpulan ini adalah satu-satunya doktor, Dr Rashidi Mohamed Pakir Mohamed dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Rashidi bukan wajah yang asing di kalangan relawan sewaktu bencana. Beliau membawa bersamanya sekarung pengalaman melakukan kerja-kerja pemulihan pasca banjir besar di Kota Davao, Filipina baru-baru ini.

Rupa muka bumi yang kami lalui bukan sahaja berbahaya, ia malah mustahil dilalui melainkan dengan kenderaan 4WD dan motosikal.

Selepas hampir dua jam bergerak, kami sampai ke satu jambatan utama yang sepatutnya menjadi penghubung ke Kampung Tohoi.

Namun jangkaan kami itu ternyata silap.

PAS jawab DAP yang 'tak konsisten'

Posted: 20 Jan 2015 03:59 PM PST

DATUK MUSTAFA ALI


 


Pertamanya saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Anthony Loke (bawah), setiausaha organisasi DAP kerana mengakui dan mengesahkan bahawa pilihan raya kerajaan tempatan tidak termasuk dalam polisi bersama Pakatan Rakyat.

Premis perbincangan kita sebenarnya bukan isu demokrasi tetapi pendirian DAP yang tidak konsisten tentang polisi bersama.

Ini kerana banyak lagi isu demokrasi yang belum selesai jika kita mahu bincangkan isu ini.

Sepanjang masa DAP menyatakan bahawa sebarang isu yang tidak termasuk dalam polisi bersama dan tidak dipersetujui oleh pimpinan tertinggi Pakatan tidak boleh dilaksanakan.

Isu kerajaan tempatan adalah contoh tentang sikap DAP yang tidak konsisten dalam hal ini.

Dalam kes hudud yang tidak termasuk dalam polisi bersama, DAP mati-matian berkata, ia tidak boleh dilaksanakan tetapi dalam kes kerajaan tempatan yang juga tidak termasuk dalam polisi bersama ia diteruskan oleh kerajaan Pulau Pinang.

Ini yang menjadi persoalan.

Pendirian pemimpin Pakatan berkaitan isu kerajaan tempatan jelas, ia tidak mempunyai persetujuan bersama untuk dilaksanakan.

Ini boleh dibuktikan daripada perkara yang sama dikemukakan oleh Teresa Kok sewaktu menjadi pengerusi DAP Selangor yang mengemukakan isu pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan di Selangor.

Angkuh bila ada majoriti

Pendirian yang diambil oleh pimpinan Pakatan dalam mesyuarat-mesyuaratnya dalam isu ini jelas menolaknya sehingga ia dibincangkan bersama oleh ketiga-tiga parti di peringkat negeri.

Sehingga ini tiada sebarang keputusan dibuat oleh Pakatan di peringkat negeri.

Jelas tiada persetujuan di kalangan pimpinan. Tetapi dalam kes Pulau Pinang kerajaan DAP tanpa merujuk kepada pimpinan pusat, ia terus dilaksanakan.

Ini yang menjadi persoalannya. Apa sebabnya, kerana mereka ada majoriti dalam DUN Pulau Pinang.

Ini adalah gambaran daripada sikap arogan atau angkuh yang ditunjukkan oleh pemimpin DAP apabila mereka memperoleh kuasa majoriti.

Hal ini juga dimanisfestasi oleh pimpinan DAP Sarawak yang membuat kenyataan, tidak perlu kerjasama PAS hatta PKR sekalipun hanya kerana DAP paling kuat di Sarawak.

Sifat arogan sebagaimana yang ditunjukkan oleh sebahagian pemimpin DAP ini satu amalan yang tidak baik dalam konteks kerjasama politik sekarang.

Oleh itu saya menyeru kepada pemimpin DAP supaya jangan meneruskan amalan dan sikap seperti ini kerana sikap angkuh dan arogan ini bercanggah dengan amalan dan semangat setiakawan dalam kerjasama ini.



DATUK MUSTAFA ALI setiausaha agung PAS.

MB Kelantan: Nik Aziz stabil

Posted: 20 Jan 2015 03:55 PM PST


Nik Abdul Aziz Nik Mat Nik Abdul Aziz Nik Mat
 
 
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti‎ Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang melawat beliau dalam satu kenyataan malam tadi berkata, perkembangan kesihatan Nik Aziz akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

"Saya baru berkunjung ke HUSM menziarahi Tok Guru. Mengikut doktor yang merawatnya keadaan beliau stabil ketika ini.

"Teruskan utus doa diberi kesembuhan kepada beliau. Perkembangan kesihatan Tok Guru akan dimaklumkan.

"Turut bersama saya sekejap tadi, Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan Setiausaha Agung Pas (Datuk Mustafa Ali)," katanya lagi.

Sebelum ini, anak Nik Aziz, Nik Mohamad Abduh memaklumkan keadaan kesihatan bapanya itu menurun berikutan banjir besar yang melanda Kelantan pada bulan lepas.

Tiada ulasan: