Rabu, 21 Januari 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Mohon dihentikan fitnah nista ni

Posted: 21 Jan 2015 07:45 AM PST

Dukacita dimaklumkan bahawa wasap berkaitan TGNA menggunakan nama Dato Phahrolrazi.. Presiden PasMa adalah palsu dan tdk benar semata2. 

Pembikinan dan penyebaran maklumat yg berniat jahat dan mengeruhkan suasana.

 Jam 2 ptg tadi (Rabu 21 Jan) Dato Phahrol masih bersama saya di Pekan Rantau Panjang, Kelantan, seblm beliau berlps pulang ke Kedah melalui jln Thailand. Mungkin waktu ini, jam 6 ptg...Dato Phahrol blm lg sampai di Kedah.

Beliau sentiasa dimaklumkn perkembangan semasa keadaan kesihatan TGNA.

Mohon dihentikan fitnah nista ni.

Tksh. 
Hj.Che Norddin Che Hussin
Pen.SU Agung PasMa

Berita palsu yang sedang disibarkan

Salam takziah diucapkan kepada kaum keluarga YB. Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat atas kembalinya beliau kerahmatullah sebentar tadi di Wad ICU, Hospital USM, Kubang Krian, Kelantan. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar terhadap gerakan Islam Malaysia khususnya dan dunia Islam amnya. Moga beliau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. 

Al-Fatihah.
YB Phahrolrazi Mohd Zawawi 
Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa)

Penafian dan penjelasan YB Phahrolrazi

Saya baru sampai di rumah sekitar jam 7.15 ptg tadi dari Kelantan, memandu sendiri ditemani Hj Taib Changloon melalui Thailand dari Rantau Panjang ke Bukit Kayu Hitam yg mengambil masa hampir 5 jam. Dlm tempoh berkenaan tidak ada servis internet dan jika ada pun x boleh baca kerana memandu jauh sekali nak tulis mesej atau kenyataan. Bila sampai di Bukit Kayu baru lah ada servis hp, maka bertalu2 call masuk minta perjelasan menngenai kenyataan Ta'ziah Presiden PasMa yg sedang viral di alam cyber. Orang2 yang waras boleh dan mampu menilai serta menapis perkara yang disebar di alam cyber sama ada benar atau palsu. ~ sumber wassap

Kenali Menteri Penipu

Posted: 20 Jan 2015 06:20 PM PST


Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan pernah menulis surat kepada Biro Siasatan Antarabangsa (FBI).

 Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, penafian Hishammuddin itu membuktikan Zahid seorang menteri yang tidak berdisiplin, menipu, bertindak sesuka hati dan mengkhianati amanah negara.

 "Adakah Zahid tertangkap berbohong dan mengaitkan menteri lain dalam pentadbiran sekarang atau yang terdahulu secara tidak adil dan memalukan?

 "Saya tidak pernah percaya bekas menteri dalam negeri berkelakuan seperti Zahid menulis surat secara unilateral kepada FBI tanpa pengetahuan ketua polis negara, menyalahi laporan polis sebelumnya kepada FBI dan tanpa pengetahuan Kementerian Luar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Lim berkata, Zahid sebelum ini pernah berbohong apabila mendakwa Kabinet mengesahkan suratnya kepada FBI namun Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Kabinet sekadar mendengar penjelasan Zahid.9 - Baca lagi di sini

Tiada ulasan: