Jumaat, 2 Januari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


SPRM digesa ubah gaya kerja dan segera bertindak atas laporan

Posted: 02 Jan 2015 06:35 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengingatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyegerakan siasatan ke atas beberapa kes yang berkali-kali dilapor pakatan pembangkang.
 
"Pertama sekali ialah siri-siri laporan melibatkan mantan Menteri Kewangan iaitu Tun Daim Zainuddin. Tidak kurang daripada tiga laporan telah dibuat pada awal tahun 2014 dan gesaan agar tindakan lanjut SPRM diambil juga telah dibuat berkali-kali.
 
"Atas justifikasi yang kukuh melalui perincian maklumat di dalam laporan yang telah dikemukakan, seakan-akan dibakulsampahkan oleh SPRM. 
 
"Sejujurnya tindakan SPRM ini nyata sekali mendukacitakan dalam keadaan Tun Daim langsung tidak diambil sebarang tindakan hatta dipanggil untuk memberi keterangan lanjut," ujarnya menerusi kenyataan medianya, sempena tahun baru 2015, hari ini.
 
Perkembangan itu hanya menerbitkan persoalan apakah SPRM mengamalkan pendakwaan selektif sehingga menyebabkan banyak kes rasuah tertunggak atau tidak diambil tindakan langsung, soal Shamsul.
 
Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul juga mahu SPRM menyiasat mengenai perbelanjaan perkahwinan anak mantan Ketua Menteri Melaka iaitu Tan Sri Mohd Ali Rustam yang dicanang-canang sebagai rekod kehadiran mencecah 130,000 tetamu.
 
"Pelbagai keraguan termasuklah notis mesyuarat persiapan majlis tersebut yang melibatkan ketua-ketua agensi kerajaan Negeri Melaka dan juga pengakuan oleh Tan Sri Mohd Ali sendiri yang majlis itu sekadar menelan belanja RM600 ribu. 
 
"Kedua-dua fakta ini jelas tidak munasabah dan telah dikemukakan ke SPRM untuk tindakan lanjut, namun nyata sekali harapan tinggal harapan," kata Shamsul lagi.
 
Beliau berkata PKR dan Pakatan Rakyat menyokong penuh usaha penambahbaikan dan pemerkasaan SPRM dalam menangani isu rasuah di negara ini.
 
"Selamat Tahun Baru 2015 buat SPRM. Berkhidmatlah dengan Bebas, laksanakan tugas dengan Telus, serta junjunglah amalan Profesional demi negara yang tercinta," ujarnya lagi.

Sesi persekolahan tangguh sebulan tidak benar

Posted: 02 Jan 2015 04:29 AM PST

SINAR HARIAN

Datuk Dr Khair Mohamad Yusof Datuk Dr Khair Mohamad Yusof
 
 
KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan hari ini menafikan penyebaran berita palsu di media sosial berhubung penangguhan permulaan sesi persekolahan 2015 selama sebulan. 

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata penangguhan itu hanyalah selama seminggu. 

Dalam kenyataan di sini, beliau berkata sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor ialah 11 Jan (Ahad) dan 12 Jan (Isnin) bagi negeri-negeri lain.

 "Kementerian Pendidikan telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap mereka yang menyebar berita palsu ini," katanya. 

Khair turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang berita yang disebarkan melalui media sosial. 

Mereka sebaliknya boleh merujuk kepada laman-laman berita rasmi atau menghubungi terus Kementerian Pendidikan, katanya. 

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengumumkan Kementerian Pendidikan bersetuju menangguhkan permulaan sesi persekolahan 2015 selama seminggu dari tarikh asal iaitu 4 dan 5 Jan 2015 mengikut negeri-negeri berkaitan, susulan bencana banjir. - Bernama

Banjir: 3 cadangan Kit Siang buat Najib

Posted: 02 Jan 2015 04:26 AM PST

MALAYSIAKINI


BICARA MP Semalam DAP menghantar beberapa kumpulan bantuan kemanusiaan ke kawasan yang terjejas teruk akibat banjir di Kelantan dan Pahang, yang terdiri daripada tiga kontena bekalan bantuan untuk mangsa banjir, dua dari Pulau Pinang dan satu dari Johor; ke Kuala Krai sebagai sebahagian daripada misi 'Save Kuala Krai'.

Sekitar 250 anak-anak Malaysia dari Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor mengambil bahagian dalam misi bantuan banjir pada Hari Tahun Baru 2015.

Ia terdiri daripada lebih 20 kenderaan pacuan empat roda (4WD) dari Pulau Pinang yang dilepaskan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada pagi Tahun Baru jam 1.30 pagi).

Mereka memandu lebih 15 jam dari Pulau Pinang ke Kuala Krai membawa lebih 2,000 karton bekalan bantuan.

Lebih 20 kenderaan 4WD dengan bekalan dari Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan ke Kuala Krai (ini misi bantuan kali ketiga ke Kuala Krai yang diketuai Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, dalam masa lima hari)

Tiga kontena (satu untuk Kuala Krai, satu untuk Kota Bharu dan satu lagi untuk Mentakab) bersama-sama 11 kenderaan 4WD membawa bekalan bantuan dari DAP Johor, dipimpin dua orang Ahli Parlimen dan tujuh ADUN.

Lawatan saya ke Kuala Krai semalam, ditemani Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohamed Hatta Ramli, ialah lawatan kedua saya ke Kelantan dalam masa lima hari, untuk memberikan bantuan dan sokongan kepada mangsa banjir paling teruk dalam tempoh beberapa dekad ini.

Berikutan pemerhatian saya dari dua lawatan ini, yang pertamanya pada 28 Disember ke Kota Bharu sewaktu ibu negeri Kelantan itu ditenggelami air, saya kini menulis kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan tiga cadangan spesifik, iaitu:

Pertamanya, malapetaka banjir yang telah melemahkan keyakinan terhadap perniagaan. Ramai yang bercakap tentang menutup perniagaan mereka, bukan setakat di kawasan yang terjejas banjir, apabila berdepan beban perbelanjaan tambahan, tanggungjawab dan kerja-kerja tambahan dengan pelaksanaan GST pada 1 April akan datang, terutamanya apabila anak-anak mereka berada di perantauan atau luar negara dan tidak mahu meneruskan perniagaan ibu bapa mereka.

Bencana banjir ini menjadi pukulan kedua, di mana hampir setiap orang di Kuala Krai menjadi mangsa banjir - berdaftar mahupun tidak - memberi sebab tambahan untuk para peniaga menutup kedai.

Tangguh GST

Atas sebab ini, perdana menteri wajar menangguhkan pelaksanaan GST pada 1 April nanti kerana ia bukan sahaja akan menambah beban sengsara para mangsa banjir berjumlah lebih sejuta orang, kerana bukan semua mangsa banjir ditempatkan di pusat-pusat pemindahan.

Keduanya, gandakan peruntukan bantuan banjir RM500 juta itu menjadi RM1 bilion, termasuk menyediakan pinjaman tanpa faedah kepada setiap mangsa banjir untuk membolehkan perniagaan dan kehidupan dimulakan semula secepat mungkin, dalam masa paling singkat.

Semua mangsa banjir yang mempunyai perniagaan, tidak kiralah warung mahupun kedai, sewajarnya berhak mendapat pinjaman tanpa faedah antara RM1,000 ke RM250,000 untuk memulakan semula perniagaan mereka.

Ketiga, isytiharkan darurat bencana berikutan kerosakan, skala dan jangkauan malapetaka ini, bukan sahaja untuk menangani banjir yang semakin memburuk di Pahang tetapi juga membantu mangsa banjir di semua kawasan yang terjejas untuk memulakan hidup baru dalam masa yang paling singkat.

Alasan Najib bahawa perisytiharan darurat akan membebaskan syarikat insurans daripada membayar tuntutan insuran telah terbukti merupakan alasan yang tidak boleh dipakai.

Badan penyelia insurans, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) telah mengesahkan bahawa syarikat insuran tidak terlepas daripada membayar ganti rugi untuk tuntutan kerosakan banjir walaupun telah diisytihar darurat.

Darurat bencana bukanlah untuk membangkitkan undang-undang tentera, mahupun melaksanakan perintah berkurung, dan paling penting, ia tidak membuka jalan kepada 'darurat kekal' seperti yang berlaku dahulu, seperti perisytiharan darurat ketika Konfrontasi Indonesia 1965, krisis politik Sarawak 1967, rusuhan 13 Mei 1969 dan krisis politik Kelantan 1977 yang terus wujud untuk berdekad lamanya sebelum dibatalkan dua tahun lalu.

Ini kerana darurat bencana akan terbatal secara automatik apabila bencananya sudah surut, dan mangsa-mangsa banjir boleh memulakan kehidupan mereka seperti sediakala.

Dalam keadaan darurat, tentera dapat dimobilisasi bukan sahaja untuk membantu polis menjaga keamanan tetapi juga membantu mangsa banjir memulakan kehidupan baru dalam masa paling singkat, termasuk membina perumahan sementara bagi mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat banjir.
 

Pekida lapor polis terhadap Khairuddin

Posted: 02 Jan 2015 04:22 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pekida mahu polis menyiasat Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan kerana didakwa membuat laporan palsu berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
  
Naib Pengerusi Pekida Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Mohamad Hilme Ibrahim membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) di Bandar Perda, di Bukit Mertajam hari ini.
  
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau mendakwa laporan polis yang dibuat Khairuddin itu bukan sahaja memburukkan 1MDB, malah Umno Bahagian Batu Kawan dan Umno Pulau Pinang.
  
Terdahulu, kira-kira 80 individu yang mewakili NGO Melayu di Pulau Pinang termasuk Pekida dan Persatuan Muka Buku Pulau Pinang berkumpul secara aman di luar IPD berkenaan.
  
Pada 13 Disember lepas, Khairuddin membuat laporan di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur terhadap 1MDB tentang pentadbiran kewangan syarikat hak milik kerajaan itu yang didakwanya wujud kepincangan.- Bernama

Membalak, buka tanah faktor banjir di K'tan?

Posted: 02 Jan 2015 04:21 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Banjir lumpur. Dua perkataan mudah disebut rata-rata mangsa apabila diminta menceritakan bencana banjir besar yang membawa banyak kemusnahan kepada Kelantan.
  
Dari mana lumpur itu datang? Lantas mereka percaya lumpur itu dari kawasan bukit bukau di Ulu Kelantan berikutan banyak kawasan hutan diterangkan untuk ladang kelapa sawit dan tanaman sayur-sayuran.
  
Paras air naik mendadak dan deras, dari mana?. Terpacul dari mulut mereka, hujan sangat lebat di kawasan Ulu Kelantan dan pengondolan bukit bukau penyumbang kepada pergerakan arus deras umpama "Tsunami Darat" menenggelam kawasan rendah dan menghayutkan objek di hadapan 'kepala air'.
  
Banjir yang melanda ke semua 10 jajahan di Kelantan itu memaksa lebih 104,000 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan.
  
Hujan lebat berterusan selama 48 jam di kawasan Ulu Kelantan -- Gua Musang dan Kuala Krai -- menterjemahkan kebimbangan penduduk apabila jajahan Gua Musang dilanda banjir besar mulai 22 Disember 2014.
  
Dalam tempoh yang singkat, limpahan air Sungai Galas dengan arus yang deras menenggelamkan bandar lama Gua Musang dan beberapa kampung sekitarnya.
  
Bencana itu melumpuhkan aktiviti di bandar lama Gua Musang dan kampung-kampung berhampirannya akibat dinaiki air antara dua dan lima meter, turut menyebabkan berpuluh kenderaan tenggelam.
  
Balak hentam rumah

Rata-rata penduduk tidak menyangka banjir begitu besar bukan sahaja menenggelam banyak rumah tetapi turut menghanyutkan beberapa buah rumah di hadapan mata mereka.
  
"Air naik begitu mendadak. Kami bergegas menyelamatkan diri ke kawasan yang lebih tinggi. Namun ramai yang terperangkap umpama duduk di sebuah pulau yang di kelilingi air berarus deras. Memang mencemaskan," itu yang dapat digambarkan oleh seorang penduduk Kampung Lembaga Gua Musang, Ramli Ibrahim, 55 tahun.
  
Beliau melihat pasukan penyelamat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, bertungkus lumus menyelamatkan mangsa yang panik dengan insiden luar biasa itu.
  
"Kami yakin banjir lumpur "seakan warna teh tarik" dan warnanya sama dengan tanah bukit, datang bersama air yang menuruni bukit bukau di kawasan Ulu Kelantan, mungkin banyak tanah runtuh di bukit yang digondolkan," katanya.
  
Ramli berkata banyak batang balak hanyut memasuki kampung dan menghentam rumah penduduk hingga roboh manakala balak yang hanyut mengikut arus sungai tersangkut di jambatan Sungai Galas, menyekat aliran air dan meningkatkan kuasa terjahan arus deras ke kawasan daratan.
  
Seorang lagi mangsa berkongsi pengalamannya, Bidah Abdullah, 65, berkata belum pernah berlaku dalam sejarah kejadian banjir sebelum ini melanda begitu kuat sekali hingga turut menghanyutkan rumahnya.
  
Beliau berkata air memang naik dengan cepat hingga semua barangan penting juga tidak sempat diselamatkan dan dihanyutkan bersama rumah.
        
Malapetaka besar


Banjir terburuk yang dianggap malapetaka besar, terus mengganas ke jajahan Kuala Krai, gabungan air dari tiga sungai iaitu Sungai Lebir, Sungai Nenggiri dan Sungai Galas bercantum di Kemubu di Kuala Krai, membentuk Sungai Kelantan -- itulah 'Tsunami Darat' menjadikan sekitar jajahan itu bagaikan lautan iaitu air naik setinggi tingkat tiga bangunan Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama.
  
Limpahan air deras yang mengganas mulai 22 Disember 2014 bukan sahaja menghanyutkan banyak rumah malah beratus rumah dan harta benda lain rosak teruk manakala ribuan penduduk menyelamatkan diri ke kawasan tinggi termasuk mendaki bukit.
  
Sebahagian Hospital Kuala Krai turut dinaiki air dan bandarnya lumpuh 'ditenggelami' banjir dan diburukkan lagi dengan bekalan elektrik dan air bersih terputus.
  
Memeritkan lagi apabila jalan darat yang menghubungkan Kuala Krai-Kota Bharu terputus ditenggelami banjir menyukarkan penghantaran bantuan melalui jalan darat.
  
Penggunaan bot pula menghadapi kesukaran kerana arus deras manakala cuaca buruk menjadi kekangan kepada helikopter untuk sampai ke lokasi tertentu, apapun pasukan penyelamat bekerja keras memastikan bantuan sampai kepada mangsa.
  
'K Krai bagai diserang garuda'

Wartawan Bernama, Zabidi Ishar yang membuat tinjauan di jajahan Kuala Krai selepas banjir surut, menggambarkan kawasan itu ibarat diserang garuda.

Itulah yang dapat digambarkan keadaan kemusnahan teruk di beberapa buah kampung di jajahan itu.
  
Ia juga mengingatkan tragedi tsunami yang pernah berlaku di negara ini pada 2004 apabila melihat kemusnahan teruk yang dialami penduduk di perkampungan berkenaan.
  
Dalam tempoh yang sama, jajahan lain iaitu Tanah Merah, Pasir Mas, Machang, Tumpat, Kota Bharu dan Jeli teruk akibat banjir.
  
Seorang peniaga di bandar Kota Bharu, Ayob Salleh, 55, berkata premis perniagaannya dipenuhi lumpur yang dibawa arus banjir dari Ulu Kelantan.
  
"Ini kerana kawasan lain yang berhampiran Sungai Golok keadaan air adalah agak jernih, macam sekitar Bendang Pak Yong di Tumpat yang dilanda banjir akibat limpahan Sungai Golok, airnya jernih. Kami duduk atas rumah boleh nampak ikan berenang dalam air," katanya yang tinggal di Kampung Pauh Sepanjar, Tumpat.
  
Membalak, tebang hutan skala besar  
  
Mengulas bencana banjir itu, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Bumi Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Dr Zulhazman Hamzah berkata antara faktor berlakunya banjir lumpur yang teruk itu ialah penebangan hutan dalam skala besar di kawasan berbukit di Ulu Kelantan untuk tanaman kelapa sawit dan sayur-sayuran.
  
Pembalakan haram juga menyumbang kepada hakisan tanah serta menjadikan sungai cetek dan berlumpur.
  
Hujan lebat yang berterusan beberapa hari menyebabkan aliran air dari kawasan tanah tinggi itu terlalu pantas meluru ke sungai-sungai kerana tiada penahan semulajadi iaitu pokok.
  
"Apabila tiada pokok untuk memegang tanah maka berlaku runtuhan tanah dan dibawa bersama arus ke sungai-sungai hingga terjadilah banjir lumpur dan kalau kita lihat keadaan airnya seperti 'teh tarik' itu menunjukkan terdapatnya lumpur," katanya.
  
Dr Zulhazman berpendapat pembukaan tanah untuk pertanian itu menyebabkan banyak pokok balak ditebang sekaligus tiada lagi 'benteng semulajadi".

Cari untung sahaja
  
Di tanah tinggi Lojing yang bersempadan dengan Cameron Highlands, Pahang, pembukaan ladang sayur-sayuran dalam skala besar, telah menyumbang kepada ancaman hakisan tanah dan banjir.
  
Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari UMK mendapati kawasan pembiakan pelbagai spesies bunga raflesia semakin dihimpit oleh penanam sayur yang ghairah mencari keuntungan tanpa memikirkan kesannya terhadap alam sekitar.

"Kita menjalankan penyelidikan serta aktiviti pemuliharaan flora dan fauna khususnya bunga Rafflesia di kawasan Lojing dan sememangnya kita tahu keadaan yang berlaku di Lojing," katanya.
  
Beliau berkata atas permohonan UMK bagi pemuliharaan khazanah alam itu, kerajaan negeri telah mewartakan kawasan seluas 404 hektar untuk tujuan berkenaan, katanya.
  
Dr Zulhazman menasihati semua pihak harus bersama-sama bertanggungjawab untuk memelihara hutan  khazanah alam semula jadi bagi mengelak malapetaka besar berulang.-Bernama

22 mayat ditemui, ekor pesawat dikesan

Posted: 02 Jan 2015 04:13 AM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
NAHAS QZ8501

7.00pm: Agensi berita dpa melaporkan sebuah kapal tentera laut Indonesia berjaya mengesan ekor pesawat AirAsia yang terhempas di dasar laut.

"Kami berjaya mengesan ekor pesawat menggunakan sonar imbasan sisi," kata Kolonel Yayan Soyan dalam Metro TV.

Menurutnya, objek itu berada di dasar laut pada kedalaman 29 meter.

6.35pm: Pesawat Korea Selatan P3-C Orion KN-01 mengesan enam mayat, termasuk tiga penumpang yang duduk di barisan yang sama dalam pesawat malang itu.

"Selepas mencari selama dua jam, mereka ternampak tiga mayat duduk di barisan yang sama," demikian menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh unit komunikasi tentera Indonesia, lapor detik.com.

Pesawat Korea Selatan itu bagaimanapun, buat masa ini telah pulang ke pangkalan.

Lokasi nahas kubur kapal WW11

6.10pm: Laut Jawa, tempat tumpuan carian rangka QZ8501, juga merupakan kubur kapal Perang Dunia II, lapor detik.com.

Kehadiran rangka kapal perang yang karam di situ menjejaskan ketepatan carian menggunakan teknologi moden.

Oleh itu, apabila pasukan pencari mengesan kehadiran objek logam di kawasan itu, ia tidak semestinya rangka pesawat malang berkenaan.

Kawasan itu merupakan lokasi Pertempuran Laut Jawa pada 27 Februari 1942, di mana pasukan kapal perang Berikat yang terdiri daripada Belanda, Amerika Syarikat, kapal-kapal British dan Australia, dikalahkan oleh tentera Imperial Jepun mengakibatkan kehilangan lima kapal perang dan 2,300 orang, manakala pasukan Jepun hanya kehilangan sebuah kapal pemusnah mereka.

Carian kotak hitam

5.45pm: Oleh kerana laut bergelora, operasi mencari kotak hitam pesawat itu telah dihentikan buat masa ini, kata Basarnas dalam laporan detik.com.

"Keadaan laut tidak membolehkan carian itu diteruskan buat masa ini," kata Ketua Basarnas Supriyadi.

5.25pm: Setakat ini, 22 mayat telah ditemui, kata pengarah Basarnas Supriyadi dalam satu sidang akhbar hari ini, lapor detik.com.
 
Katanya, daripada jumlah itu, lapan adalah di Surabaya, 10 masih di Pangkalan Bun dan empat lagi atas 'kapal USS Sampson.

4.45pm: Seorang daripada tiga yang dikenal pasti - Grayson Herbert Linaksita - adalah seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.

Ketua DVI, Budiyono berkata Grayson menaiki penerbangan itu bersama dua lagi anggota keluarga dengan pangkal nama sama - Kathleen Fulvia Linaksita, 12 tahun dan Tony Linaksita, lapor detik.com.

Hubungan sebenar di antara ketiga-tiga mereka belum dapat ditentukan.

Mayat yang berjaya dikenal pasti diserahkan kepada keluarga.

4pm: Tiga lagi mayat dikenal pasti berdasarkan sampel DNA, rekod pergigian dan kaedah-kaedah lain.

Ketua pasukan mengenal pasti mangsa nahas (DVI) Budiyono berkata mereka yang dikenal pasti adalah Grayson Herbert Linaksita, Khairunisa Haidar Fauzi, dan Kevin Alexander Sutjipto, lapor detik.com

Semua mereka adalah rakyat Indonesia.

3.30pm: Menteri Pengangkutan Indonesia Ignasius Jonan dilaporkan berang dengan AirAsia Indonesia kerana didakwa tidak mengikut prosedur, lapor detik.com.

Ini ekoran lawatan menteri itu ke ibupejabat syarikat penerbangan itu dekat Jakarta untuk memantau prosedur pra-penerbangan, di mana beliau memberi amaran bahawa tindakan tegas boleh diambil terhadap pelanggaran prosedur.

Ia melaporkan Jonan berang kerana sebelum berlepas, juruterbang sepatutnya mendapatkan taklimat terus dari pegawai operasi penerbangan, terutama mengenai keadaan cuaca.

Namun selama ini, AirAsia hanya bergantung kepada lamanweb Agensi Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizik, lapornya memetik pembantu Jonan - Hadi M Djuraid sebagai berkata.

Solat jenazah ghaib

3.20pm: Satu jemaah seramai lebih 5,000 orang mengadakan solat jenazah ghaib buat mereka yang terkorban dalam tragedi pesawat QZ8501.

Solat itu berlangsung di Masji Makassar, Al Markaz Al Islami di Sulawesi Selatan.

Kapal pencari Jepun turut serta

2.41pm: Kapal Angkatan Pertahanan Maritim Jepun, JS Ohnami dan JS Takanami berlepas dari Pelabuhan Klang di Malaysia jam 7 pagi ini menuju ke kawasan pencarian, lapor Channel News Asia.

Dua lagi mayat turut dibawa helikopter US Seahawk dari kawasan pencarian dan tiba di Pangkalan Bun.

2.35pm: Seramai 46 ahli gereja Mawar Sharon di Surabaya terlibat dalam nahas pesawat AirAsia QZ8501.
 
Detik.com memetik Prasetyo dari gereja tersebut, sebagai berkata daripada jumlah itu, 20 menyertai rombongan oleh syarikat Universal.
 
Sementara itu, menurut tweet Basarnas, usaha SAR akan dipergiatkan kerana bimbang mayat cepat reput di laut.
 
Penyelam tentera dikerahkan
 
2.10pm: kapal tentera laut Indonesia KRI Banda Aceh akan tiba di lokasi nahas QZ8501 dengan jam 3 petang ini (waktu Malaysia), demikian menurut Jakarta Post.
 
Kapal itu membawa 57 penyelam tentera laut Indonesia dari unit Komando Pasukan Katak (Kopaska) untuk membantu mendapatkan serpihan pesawat dan mayat yang mungkin masih diikat di tempat duduk mereka.
 
Anak kapal pertama dikenal pasti

1.30pm: Pramugari Khairunisa Haidar dikenal pasti sebagai antara 10 mayat yang dibawa naik ke darat, lapor akhbar Singapura Straits Times.

Ia dikenal pasti menerusi seragam merah dengan tanda nama 'Khairunisa".

Mayat beliau disimpan dalam keranda ditanda "No. 004" yang kini berada di Surabaya.

12.10pm: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Datuk Abdul Aziz Jaafar menerusi akaun Twitter be;iau mengumumkan tiga kapal akan mengendalikan Underwater Marine Detection System (Side-scan Sonar dan Pinger Locator) untuk mencari rangka pesawat.
 
12.05pm: Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon menghantar ucapan takziah kepada waris mangsa nahas.
 
12.00pm: Dua mayat tiba pagi ini - seorang lelaki dewasa dengan ketinggian kira-kira 164sm memakai baju-T berlengan pendek warna merah dengan tulisan "vintage radio", dan mayat seorang wanita dengan ketinggian kira-kira 155sm yang memakai cincin pada jari tengah, memakai seluar biru dan blaus putih tanpa lengan, lapor Channel NewsAsia.

11.45pm: Tiupan mengejut ke bawah angin yang dikenali sebagai 'microbursts' mungkin antara punca nahas pesawat QZ8501, demikian menurut pakar meteorologi yang dipetik di New Straits Times hari ini.
 
Menurut laporan itu, kelajuan angin dari tiupan itu boleh melebihi 270 kilometer sejam, dan Jabatan Metrologikal Malaysia telah mengesahkan kehadiran awan hujan (cmulonimbus) pada hari kejadian itu, yang seterusnya, boleh menyebabkan 'microbursts' itu.
 
Tekanan di sekitar kawasan itu akan berubah secara drastik kerana tiupan secara tiba-tiba angin kuat, menjadikannya amat sukar untuk juruterbang mengawal pesawat, kata penyelidik penerbangan Mohd Harridon Mohamed Suffian yang dipetik sebagai berkata, sambil menambah bahawa ia boleh menyebabkan sayap pesawat patah.
 
Satu lagi senario yang mungkin berlaku, menurut Mohd Harridon, kemungkinan sama dengan yang berlaku dalam nahas penerbangan 447 Air France pada 2009, di mana ais terbentuk dan menyumbat instrumen pesawat.
 
Ini mengakibatkan bacaan yang tidak betul disalurkan kepada autopilot dan anak kapal, dan membawa kepada kesilapan dalam membuat keputusan untuk mendaki sehingga pesawat terhenti.
 
Punca nahas QZ8501 masih tidak diketahui, tetapi pelbagai laporan media juga menyentuh senario seperti yang berlaku kepada AF447

11.10am: Enam mayat yang ditemui oleh USS Sampson akan diterbangkan ke Pangkalan Bun menggunakan helikopternya sendiri, lapor Metro TV.
 
Sepuluh mayat telah dibawa ke pantai.
 
Dengan enam mayat itu, jumlahnya menjadi 16 mayat yang telah ditemui, kata Pengarah SAR Pangkalan Bun,  Supriyadi.

11am: Pihak forensik berkata mereka menghadapi masalah mengenal pasti salah seorang mangsa kerana cap jarinya tidak dapat disahkan, kerana terlama terdedah kepada air laut, laporan Channel NewsAsia.
 
Sejumlah 29 kapal dan 17 pesawat terlibat dalam operasi mencari kotak hitam dan rangka pesawat hari ini, kata Basarnas.
 
10.45am: 9news Australia hari ini melaporkan Dudi Sudibyo, seorang editor kanan majalah penerbangan Angkasa, membuat spekulasi bahawa QZ8501 mungkin membuat pendaratan kecemasan di atas air, yang menjelaskan mengapa pemancar pengesan kecemasan (ELT) tidak diaktifkan.
 
The ELT menghantar isyarat kecemasan apabila pesawat terhempas, dan Sudibyo menjelaskan pendaratan di permukaan laut tidak akan mengaktifkannya.
 
Beliau juga mengesyaki pesawat itu mungkin tenggelam selepas pendaratan itu ekoran laut yang bergelora.
 
Laporan itu juga memetik Chappy Hakim, seorang bekas komander tentera udara memberitahu AFP bahawa bukti-bukti setakat ini menunjukkan tiada tanda-tanda berlaku letupan.
 
Kesimpulannya setakat ini ialah pesawat itu tidak meletupkan di udara, dan ia tidak mengalami kesan impak apabila ia mencecah permukaan air berdasarkan kepada keadaan mayat.
 
Bekas menteri pengangkutan Jusman Syafii Djamal dilaporkan berkata, penemuan gelongsor penyelamat menyokong teori itu, kerana ia menunjukkan ada percubaan untuk keluar dari pesawat.
 
Djamal yakin penemuan gelongsor itu menunjukkan "seseorang telah membukanya" dan berkata, "para penumpang mungkin telah menunggu pramugari untuk mengembung rakit apabila gelombang besar menenggalamkan pesawat itu, lapor rangkaian media Australia itu.
 
16 mayat ditemui setakat ini
 
10.30am: Maklumat yang diperolehi menunjukkan bahawa 16 mayat telah ditemui, lapor detik.com.
 
Ketua agensi mencari dan menyelamat Indonesia (Basarnas), bagaimanapun, berkata beliau hanya bersedia untuk mengesahkan 10 mayat untuk mengelakkan kekeliruan.
 
Beliau berkata, apa yang telah disahkan kepadanya ialah 10 mayat.

10.05am: Keadaan laut dilaporkan lebih tenang hari ini dan operasi SAR diperhebatkan.
 
Tujuh lagi mayat ditemui, satu oleh tentera laut Diraja Malaysia.
 
9.54am: Menurut Channel News Asia, tujuh lagi mayat telah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat di Laut Jawa.
 
Salah satu mayat ditemui oleh Tentera Laut Malaysia manakala enam yang lain oleh kalapa USS Sampson.

Isu Jet Menjadikan Najib Terus Lemas Dan Tenggelam Walaupun Banjir Kian Surut

Posted: 02 Jan 2015 03:10 AM PST

shahbudindotcom



Kepulangan Najib Razak secara tergesa-gesa daripada Hawaii setelah berita dan gambarnya bermain golf dengan Barack Obama yang kemudian menjadi kritikan ramai, di ketika banjir kian melanda, sama-sekali tidak menjadikan imejnya di mata rakyat bertambah baik.

Walaupun kepulangannya terus ke Kota Bharu untuk meninjau suasana banjir dan kemudian diikuti dengan pengumuman bantuan RM500 juta serta kesediaan meluangkan lebih banyak masa ke negeri-negeri yang ditimpa musibah agak disambut baik, terdedahnya banyak perkara di sebalik itu menjadikan beliau terus menjadi kecaman ramai.

Perkara yang paling menjadi perbualan ialah mengenai kepulangannya bersendirian ke tanahair sedangkan beliau dikatakan pergi bercuti ke Hawaii bersama isteri dan lain-lain ahli keluarganya.

Ramai yang bertanya di mana Rosmah Mansor yang sebelum ini pernah menyatakan isteri-isteri pemimpin haruslah berkorban dan meluangkan banyak masa membantu suami masing-masing?

Najib kemudian dilaporkan menaiki  pesawat komersial daripada Hawaii ke Hong Kong, manakala daripada Hong Kong ke Kota Bharu pula, beliau dijemput oleh jet khas milik TUDM.

Keadaan ini bukan saja melibatkan kos penerbangan yang jadi berganda, tetapi segera menimbulkan persoalan, kenapakah pesawat khas yang membawanya ke Hawaii itu ditinggalkan di AS dan Najib sendiri menjadi begitu "budiman" sanggup menaiki pesawat komersial ke Hong Kong?

Kenapakah jet khas untuk Perdana Menteri itu ditinggalkan dan siapakah pula yang menggunakannya di AS itu?

Walaupun pejabat Perdana Menteri kemudian ada menjelaskan bahawa pesawat khas itu ditinggalkan di AS kerana mengalami masalah teknikal dan bukannya digunakan oleh mana-mana ahli keluarga Najib, apa yang didedahkan di alam maya kemudian lebih mengejutkan.

Sesiapa yang mempunyai capaian internet dan melayari FlightRadar24 dan kemudian menaip 9M-NAA iaitu nombor pendaftaran pesawat khas yang membawa Najib ke Hawaii untuk bercuti sebelum ini, pasti mendapati bahawa jet itu sebenarnya tidak duduk diam di AS, sebaliknya banyak bergentayangan di udara.

Daripada Hawaii, ia didapati bergerak ke Indianapolis, dari sana pula bergerak sebanyak dua kali ke Los Angelas, kemudian ke New York, London dan pagi tadi dikesan di Dubai. Terbaru pula, FlighhtRadar24 mengesan pesawat itu berada di Bangkok dan dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Timbul persoalan, siapakah yang sedang  meriah menggunakan jet itu sedangkan Najib sedang berada di dalam negara?

Jika benar penjelasan Pejabat Perdana Menteri bahawa pesawat itu mengalami masalah teknikal, sudah tentulah selepas ia dibaiki,  ia terus dibawa balik ke Malaysia dan bukannya singgah di Indianapolis, Los Angelas, New York, London dan Dubai?

Sehingga tiada penjelasan daripada mulut Najib sendiri mengenai pesawat itu, ia bagaikan membunuh semua pengorbanan Perdana Menteri sanggup pulang segera ke tanahair, meluangkan banyak masa dengan mangsa banjir dan memberikan peruntukan sebanyak RM500 juta.

Bahana daripada penggunaan jet ini lebih besar dan menjadikan kerja keras serta pengorbanan Najib sia-sia saja.

Selain itu, kunjungan Najib ke beberapa negeri meninjau keadaan banjir turut diselebungi pelbagai adegan yang menyebabkan imej dan prestasinya terus dipertikaikan.

Di Perak, melalui rakaman video yang tersebar luas di media sosial, Najib didapati meminta jurugambar merakam gambarnya bersama pemimpin lain, termasuk Zambry Abdul Kadir, di tahap ke dalaman sehingga paras paha untuk siaran media.

Ia menunjukkan seolah-olah Najib mahu memperlihatkan beliau sedang berada di paras air yang dalam secara natural dengan keprihatinan yang luar biasa, sedangkan ia sebenarnya rakaman yang diminta-minta atau lakonan saja.

Kemudian daripada itu, gambar dua orang lelaki sedang membukakan kasutnya turut menjadi viral dan kecaman ramai dan dikaitkan dengan kedudukannya sebagai pemimpin bangsawan.

Di Kelantan pula, ketika beliau sedang menggaul makanan di dalam kawah yang sedang dimasak untuk mangsa-mangsa banjir, turut didapati tiada api dibawahnya dan mungkin makanan itu sudah pun siap dimasak ketika itu.

Sekali lagi Najib didapati seperti sedang berlakon rupanya.

Setelah dikecam kerana pergi bercuti ke Hawaii ketika banjir mula melanda dan kemudian pulang tergesa-gesa setelah gambarnya bermain golf tersebar luas, Najib tentulah mengharapkan kepulangannya bukan saja menunjukkan jiwa pemimpinnya yang sejati tetapi juga untuk memulihkan imejnya yang menjadi kecaman ramai itu.

Namun, malangnya isu jet yang terus menjadi bualan ramai dan beberapa insiden  "lakonan" yang dilakukannya ketika banjir, menjadikan Najib sebenarnya makin lemas dan tenggelam dalam mempertahankan karier dan masa depannya walaupun banjir kian surut di seluruh negara.

Hari-hari yang mendatang dan sehingga pilihanraya akan datang, kekal menjadi detik-detik yang memeritkan bagi Najib. 

Petikan daripada FlightRadar24...

Gambar ini turut menjadi kecaman ramai...

Mana apinya...

Video Najib arah jurugambar rakam aksi banjir tersebar

Posted: 02 Jan 2015 02:48 AM PST

Oleh Ermizi Muhamad


PERAK :  Video Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan wartawan dan jurugambar merakam aksinya ketika meredah banjir di Perak baru-baru ini menjadi viral di internet.

Najib Banjir


Video bertajuk "Najib dan Zambry berpoligam" yang berdurasi 48 saat itu dimuat naik ke laman sosial, Youtube dan mencapai tontotan lebih 15,000 pengguna internet selepas dua hari dimuatnaik.

Dalam video berkenaan, kedua-dua pemimpin Umno itu dilihat mengarahkan wartawan dan jurugambar mengambil gambar mereka meredah banjir di kawasan yang dinaiki air.

Antara lain, Najib dan Zambry mengarahkan jurugambar dengan menyebut "You duduk sana… ambil dekat sebelah sini" dan "Kena ambil paras ini".

Najib pada 29 Disember lalu melawat Perak untuk melihat kawasan yang dilanda banjir.

Beliau dilapor melawat pusat pemindahan banjir di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Galah dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Salak, dan kemudian melawat beberapa kawasan di Perak Tengah terutama di Kampung Gajah.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi video itu dirakamkan.

Selain itu, video itu turut menyiarkan gambar menunjukkan beberapa petugas yang mengiringi lawatan itu dilihat seperti membukakan kasut Najib selepas meredah banjir di kawasan berkenaan.

Dalam semakan Keadilan Daily, Video yang mula dimuatnaik di laman Facebook milik Zambry awal minggu lalu itu telah dipadam, namun masih boleh ditonton di laman Youtube.

Najib sebelum ini menerima kritikan pelbagai pihak apabila dilapor bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ketika puluhan ribu penduduk, khususnya di Pantai Timur terjejas teruk akibat banjir.

Negeri Sabah pula dilanda banjir

Posted: 02 Jan 2015 02:43 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Keadaan banjir di semenanjung Malaysia semakin reda namun hujan lebat di Sabah menyebabkan banjir kilat di beberapa bandar utama negeri itu.

Tawau dan Kota Belud dilaporkan terjejas dan terdapat jalan yang tidak dapat dilalui kerana ditenggelami air.

Gambar yang dimuatkan oleh Majlis Keselamatan Negara menunjukkan satu jalan di Balung, Tawau, rosak teruk akibat air banjir manakala di Kota Belud, seorang penduduk dilihat menggunakan sampan sebagai pengangkutan.

Para penyelamat juga dilihat menjalankan usaha menyelamatkan penduduk daripada kawasan yang ditenggelami air sehingga paras pinggang.

Bernama melaporkan memetik pegawai daerah Kota Belut bahawa jumlah mangsa banjir di kawasan itu terus meningkat kepada 406 orang petang ini, berbanding 204 tengah hari tadi.

1,000 penduduk Hulu Dungun putus bekalan air

Posted: 02 Jan 2015 02:41 AM PST

MALAYSIAKINI


Lebih 1,000 penduduk di beberapa buah kampung di Hulu Dungun terputus bekalan air bersih sejak 12 hari lalu berikutan banjir.
  
Antara kampung terbabit ialah Kampung Kuala Jengai, Kampung Rantau Panjang, Kampung Chemuak serta Kampung Shukor yang penduduknya terpaksa bergantung kepada bekalan air yang dihantar Syarikat Air Terengganu (Satu) sejak beberapa hari lalu.
  
Bagaimanapun bekalan itu adalah terhad dan tidak mencukupi menyebabkan penduduk terpaksa mencari alternatif lain termasuk menadah air hujan serta mencari sumber air bukit untuk kegunaan harian seperti untuk mandi dan membasuh pakaian.
  
Ikram Hasyim, 32, dari Kampung Kuala Jengai berkata penduduk yang kebanyakannya merupakan mangsa banjir sukar untuk membersihkan rumah mereka dan menguruskan diri.
  
"Ketiadaan air sukar untuk membersihkan rumah yang dipenuhi lumpur hampir sejengkal.
  
"Tingkat atas rumah saya juga dipenuhi lumpur dan susah nak bersihkannya tanpa air yang mencukupi," katanya dan menambah bekalan yang disediakan pihak Satu dua hari sekali memang tidak mencukupi.
  
Mohd Nor Azizi Kamaruddin, guru Sekolah Kebangsaan Kuala Jengai berkata kerja-kerja membersihkan sekolahnya belum dapat dilakukan.
  
"Sesi persekolahan sudah nak bermula tetapi sekolah masih belum dapat dibersihkan sebab bekalan air tidak ada.
  
"Kami difahamkan loji utama yang menyalurkan air turut tenggelam, sebab itu bekalan air terputus," katanya.- Bernama

Kanak-kanak 11 tahun antara dikenal pasti

Posted: 02 Jan 2015 02:36 AM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
NAHAS QZ8501

4.45pm: Seorang daripada tiga yang dikenal pasti - Grayson Herbert Linaksita - adalah seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.

Ketua DVI, Budiyono berkata Grayson menaiki penerbangan itu bersama dua lagi anggota keluarga dengan pangkal nama sama - Kathleen Fulvia Linaksita, 12 tahun dan Tony Linaksita, lapor detik.com.

Hubungan sebenar di antara ketiga-tiga mereka belum dapat ditentukan.

Mayat yang berjaya dikenal pasti diserahkan kepada keluarga.

4pm: Tiga lagi mayat dikenal pasti berdasarkan sampel DNA, rekod pergigian dan kaedah-kaedah lain.

Ketua pasukan mengenal pasti mangsa nahas (DVI) Budiyono berkata mereka yang dikenal pasti adalah Grayson Herbert Linaksita, Khairunisa Haidar Fauzi, dan Kevin Alexander Sutjipto, lapor detik.com

Semua mereka adalah rakyat Indonesia.

3.30pm: Menteri Pengangkutan Indonesia Ignasius Jonan dilaporkan berang dengan AirAsia Indonesia kerana didakwa tidak mengikut prosedur, lapor detik.com.

Ini ekoran lawatan menteri itu ke ibupejabat syarikat penerbangan itu dekat Jakarta untuk memantau prosedur pra-penerbangan, di mana beliau memberi amaran bahawa tindakan tegas boleh diambil terhadap pelanggaran prosedur.

Ia melaporkan Jonan berang kerana sebelum berlepas, juruterbang sepatutnya mendapatkan taklimat terus dari pegawai operasi penerbangan, terutama mengenai keadaan cuaca.

Namun selama ini, AirAsia hanya bergantung kepada lamanweb Agensi Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizik, lapornya memetik pembantu Jonan - Hadi M Djuraid sebagai berkata.

Solat jenazah ghaib

3.20pm: Satu jemaah seramai lebih 5,000 orang mengadakan solat jenazah ghaib buat mereka yang terkorban dalam tragedi pesawat QZ8501.

Solat itu berlangsung di Masji Makassar, Al Markaz Al Islami di Sulawesi Selatan.

Kapal pencari Jepun turut serta

2.41pm: Kapal Angkatan Pertahanan Maritim Jepun, JS Ohnami dan JS Takanami berlepas dari Pelabuhan Klang di Malaysia jam 7 pagi ini menuju ke kawasan pencarian, lapor Channel News Asia.

Dua lagi mayat turut dibawa helikopter US Seahawk dari kawasan pencarian dan tiba di Pangkalan Bun.

2.35pm: Seramai 46 ahli gereja Mawar Sharon di Surabaya terlibat dalam nahas pesawat AirAsia QZ8501.
 
Detik.com memetik Prasetyo dari gereja tersebut, sebagai berkata daripada jumlah itu, 20 menyertai rombongan oleh syarikat Universal.
 
Sementara itu, menurut tweet Basarnas, usaha SAR akan dipergiatkan kerana bimbang mayat cepat reput di laut.
 
Penyelam tentera dikerahkan
 
2.10pm: kapal tentera laut Indonesia KRI Banda Aceh akan tiba di lokasi nahas QZ8501 dengan jam 3 petang ini (waktu Malaysia), demikian menurut Jakarta Post.
 
Kapal itu membawa 57 penyelam tentera laut Indonesia dari unit Komando Pasukan Katak (Kopaska) untuk membantu mendapatkan serpihan pesawat dan mayat yang mungkin masih diikat di tempat duduk mereka.
 
Anak kapal pertama dikenal pasti

1.30pm: Pramugari Khairunisa Haidar dikenal pasti sebagai antara 10 mayat yang dibawa naik ke darat, lapor akhbar Singapura Straits Times.

Ia dikenal pasti menerusi seragam merah dengan tanda nama 'Khairunisa".

Mayat beliau disimpan dalam keranda ditanda "No. 004" yang kini berada di Surabaya.

12.10pm: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Datuk Abdul Aziz Jaafar menerusi akaun Twitter be;iau mengumumkan tiga kapal akan mengendalikan Underwater Marine Detection System (Side-scan Sonar dan Pinger Locator) untuk mencari rangka pesawat.
 
12.05pm: Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon menghantar ucapan takziah kepada waris mangsa nahas.
 
12.00pm: Dua mayat tiba pagi ini - seorang lelaki dewasa dengan ketinggian kira-kira 164sm memakai baju-T berlengan pendek warna merah dengan tulisan "vintage radio", dan mayat seorang wanita dengan ketinggian kira-kira 155sm yang memakai cincin pada jari tengah, memakai seluar biru dan blaus putih tanpa lengan, lapor Channel NewsAsia.

11.45pm: Tiupan mengejut ke bawah angin yang dikenali sebagai 'microbursts' mungkin antara punca nahas pesawat QZ8501, demikian menurut pakar meteorologi yang dipetik di New Straits Times hari ini.
 
Menurut laporan itu, kelajuan angin dari tiupan itu boleh melebihi 270 kilometer sejam, dan Jabatan Metrologikal Malaysia telah mengesahkan kehadiran awan hujan (cmulonimbus) pada hari kejadian itu, yang seterusnya, boleh menyebabkan 'microbursts' itu.
 
Tekanan di sekitar kawasan itu akan berubah secara drastik kerana tiupan secara tiba-tiba angin kuat, menjadikannya amat sukar untuk juruterbang mengawal pesawat, kata penyelidik penerbangan Mohd Harridon Mohamed Suffian yang dipetik sebagai berkata, sambil menambah bahawa ia boleh menyebabkan sayap pesawat patah.
 
Satu lagi senario yang mungkin berlaku, menurut Mohd Harridon, kemungkinan sama dengan yang berlaku dalam nahas penerbangan 447 Air France pada 2009, di mana ais terbentuk dan menyumbat instrumen pesawat.
 
Ini mengakibatkan bacaan yang tidak betul disalurkan kepada autopilot dan anak kapal, dan membawa kepada kesilapan dalam membuat keputusan untuk mendaki sehingga pesawat terhenti.
 
Punca nahas QZ8501 masih tidak diketahui, tetapi pelbagai laporan media juga menyentuh senario seperti yang berlaku kepada AF447

11.10am: Enam mayat yang ditemui oleh USS Sampson akan diterbangkan ke Pangkalan Bun menggunakan helikopternya sendiri, lapor Metro TV.
 
Sepuluh mayat telah dibawa ke pantai.
 
Dengan enam mayat itu, jumlahnya menjadi 16 mayat yang telah ditemui, kata Pengarah SAR Pangkalan Bun,  Supriyadi.

11am: Pihak forensik berkata mereka menghadapi masalah mengenal pasti salah seorang mangsa kerana cap jarinya tidak dapat disahkan, kerana terlama terdedah kepada air laut, laporan Channel NewsAsia.
 
Sejumlah 29 kapal dan 17 pesawat terlibat dalam operasi mencari kotak hitam dan rangka pesawat hari ini, kata Basarnas.
 
10.45am: 9news Australia hari ini melaporkan Dudi Sudibyo, seorang editor kanan majalah penerbangan Angkasa, membuat spekulasi bahawa QZ8501 mungkin membuat pendaratan kecemasan di atas air, yang menjelaskan mengapa pemancar pengesan kecemasan (ELT) tidak diaktifkan.
 
The ELT menghantar isyarat kecemasan apabila pesawat terhempas, dan Sudibyo menjelaskan pendaratan di permukaan laut tidak akan mengaktifkannya.
 
Beliau juga mengesyaki pesawat itu mungkin tenggelam selepas pendaratan itu ekoran laut yang bergelora.
 
Laporan itu juga memetik Chappy Hakim, seorang bekas komander tentera udara memberitahu AFP bahawa bukti-bukti setakat ini menunjukkan tiada tanda-tanda berlaku letupan.
 

Najib perlu jelaskan tujuan jet rasmi

Posted: 02 Jan 2015 02:29 AM PST

KEADILAN DAILY



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memberi penjelasan tujuan jet rasmi kerajaan Malaysia, 9M-NAA diterbangkan ke beberapa negara.

Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Chean Chung berkata, semakan menggunakan aplikasi 'Flightradar' mendapati pesawat itu terbang ke Indianapolis, New York dan Los Angeles, Amerika Syarikat pada 31 Disember.

Manakala pada 1 Januari, pesawat itu meneruskan perjalanannya ke Dubai dari London sebelum tiba ke Bangkok.

"Yang menarik perhatian saya ialah 'misi misteri' ini bergerak ke arah barat dari Indianapolis ke Los Angeles, tetapi kemudian ke arah timur pula dari Los Angeles ke New York. Apakah tujuan penerbangan yang berulang-alik dan pelik itu?" soalnya, dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketiadaan jet rasmi kerajaan selama 7 hari ketika Malaysia dilanda banjir yang paling teruk dalam sejarah menjadi tanda tanya orang awam dan menimbulkan keraguan masyarakat antarabangsa.

"Tiada pemimpin yang berintegriti akan menggunakan jet rasmi kerajaan untuk bercuti, apatah lagi dalam keadaan rakyat sengsara menghadapi malapetaka yang menyakitkan ini.

"Tambahan pula, jet tersebut boleh ditinggalkan untuk penggunaan 'VIP misteri' untuk terbang ke sana sini sempena pesta Krismas dan Tahun Baru di negara barat," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu.

Lee sebelum ini mendakwa, penggunaan jet VIP Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) M53-01 untuk menghantar Najib pulang ke Malaysia, adalah pembaziran kerana beliau sepatutnya pulang dengan jet 9M-NAA.

Katanya, ia membazirkan wang rakyat sebanyak RM73,620 sebagai pembayaran kos bahan api dan wang sejumlah itu sepatutnya boleh digunakan bagi membantu mangsa banjir.

"Jumlah ini belum termasuk kos penggunaan jet asal 9M-NAA yang sudah pasti akan mencecah jutaan ringgit," katanya.

Selaku pengguna jet rasmi 9M-NAA, Lee berkata, Najib wajib memberikan penjelasan tujuan penggunaan jet tersebut, dan adakah ia diguna pakai oleh keluarga atau isterinya.

Beliau juga mahu tahu adakah perbelanjaan pesawat itu akan ditanggung rakyat yang kini menderita akibat banjir ini.

"Saya turut menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat dan gambar 'VIP misteri' yang menggunakan jet tersebut supaya membekalkan informasi kepada PKR dan saya untuk pendedahan lanjut," katanya.

Anak-anak syarikat Kerajaan Negeri sumbang RM4.105 juta bantuan pasca banjir

Posted: 02 Jan 2015 02:25 AM PST

Oleh AFIX REDZUAN


SHAH ALAM- Sejumlah RM4.105 juta berjaya dikumpulkan hasil sumbangan anak-anak syarikat Negeri Selangor kepada Kerajaan Negeri bagi bantuan pasca banjir yang melanda negeri di Pantai Timur dan Utara Semenanjung.

Sumbangan ini diserahkan oleh wakil syarikat dan badan korporat kepada Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali di Foyer Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

bantuanbanjir 4


Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) mendahului senarai penumbang menerusi ketagori Perbadanan dengan masing-masing menyalurkan sumbangan bernilai RM500,000.

Bagi kategori Anak Syarikat Negeri Selangor pula, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) mendahului senarai penyumbang dengan jumlah RM300,000 diikuti dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) berjumlah RM200,000 dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad bernilai RM100,000.

Bagi kategori Badan Korporat pula, Tanjong Wahyu Sdn Bhd menjadi penyumbang terbesar dengan jumlah RM1 juta.

Ini diikuti dengan syarikat Worldwide Holdings yang memberikan sumbangan wang tunai berjumlah RM400,000 selain sumbangan berbentuk makanan kering dan lampin pakai buang berjumlah RM100,000.

Mohamed Azmin dalam ucapannya menghulurkan ucapan terima kasih kepada semua Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor dan badan korporat yang tampil memberikan sumbangan bagi meringankan beban mangsa banjir di seluruh Malaysia.

bantuanbanjir 3

Beliau turut merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang turut membantu kerja-kerja pembersihan pasca banjir.

Selain itu katanya, Kerajaan Negeri akan turut sama menyerahkan sumbangan berbentuk barangan keperluan persekolahan kepada mangsa banjir.

Beliau turut menyeru supaya syarikat pemaju perumahan supaya tampil bekerjasama dengan Kerajaan Selangor membangunkan semula kawasan kediaman mangsa banjir yang telah musnah.

AirAsia QZ8501: Pesawat Mungkin Mendarat Atas Air - Pakar

Posted: 01 Jan 2015 08:29 PM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
JAKARTA: Ketika pasukan mencari sedang berusaha mengesan kotak hitam pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, beberapa pakar membuat analisis dengan menyatakan ada kemungkinan juruterbang telah berjaya membuat pendaratan cemas atas permukaan air, bagaimanapun ombak besar telah menyebabkan pesawat tersebut karam ke dasar laut. 

Pesawat Airbus A320-200 berlepas dari bandar Surabaya, Indonesia awal pagi Ahad sebelum ia hilang daripada radar apabila berhadapan dengan cuaca buruk ketika melintasi di Laut Jawa, namun pesawat tersebut gagal menghantar sebarang isyarat kecemasan ke menara kawalan sebelum ia terhempas ke lautan.

"Alat Pemancar Lokasi Kecemasan (ELT) akan tahan daripada sebarang impak atau tekanan, sama ada di daratan, laut, mahupun kawasan pergunungan, dan menurut analisis saya ia tidak berfungsi kerana tiada hentaman kuat ketika pendaratan berlaku," kata Pengarang Kanan Majalah Penerbangan Angkasa, Dudi Sudibyo.

"Juruterbang berjaya melakukan pendaratan di permukaan laut," tambahnya.

Ketika kejadian pesawat malang tersebut membawa 162 orang dalam perjalanan ke Singapura. 

Juruterbang turut meminta kebenaran untuk terbang lebih tinggi pada ketinggian 32,000 kaki bagi mengelakkan awan yang membawa ribut petir.

Walaupun menara kawalan udara membenarkan pesawat bergerak ke laluan kiri, ia tidak membenarkan pesawat terus naik daripada ketinggian sedia ada, kerana terdapat pesawat lain di ketinggian yang diminta, bagaimanapun pesawat berkenaan hilang daripada beberapa minit selepas itu.

Ada juga penganalisis membuat kesimpulan enjin pesawat mati secara tiba-tiba kerana ia bergerak sangat perlahan. Namun semua andaian tersebut masih tidak jelas kerana tiada isyarat kecemasan dihantar daripada kokpit.

Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia berjaya menemui serpihan pesawat pertama di kepulauan Borneo selepas mendapat maklumat daripada nelayan di kawasan berhampiran.

Setakat ini, pasukan penyelamat telah berjaya menemui sembilan mayat.

"Kesimpulan yang dapat saya katakan setakat ini adalah, pesawat tidak meletup di udara, ia juga tidak mengalami sebarang impak ketika ia mendarat di permukaan air, kerana jika kejadian berlaku sebaliknya mayat mangsa tidak akan ditemui dalam keadaan sempurna," kata bekas komander udara, Cahappy Hakim kepada AFP.

Pasukan mencari di udara juga yakin badan pesawat (fiuslaj) berada dalam keadaan baik selepas mereka melihat terdapat bayangan pada dasar laut, yang kini menjadi tumpuan kawasan operasi.

Pintu kecemasan pesawat dan gelongsor kecemasan antara dua item pertama yang ditemui di kawasan pencarian. Ia memberikan gambaran penumpang pertama telah mula dipindahkan sebaik sahaja pesawat mendarat di atas permukaan air.

Bekas menteri pengangkutan, Jusman Syafii Djamal juga yakin dengan penemuaan pintu kecemasan pesawat yang terapung memberikan petunjuk bahawa 'seseorang telah membuka pintu berkenaan'.

Penumpang juga mungkin sedang menunggu pramugari mengembungkan rakit keselamatan apabila ombak besar mungkin telah menghentam mereka, sekaligus mengakibatkan pesawat karam, tambah Jamal.

"Ombak besar mungkin telah menghentam pesawat, yang akhirnya menyebabkan pesawat tersebut karam."

Mengikut piawaian keselamatan penerbangan yang ditetapkan semua penumpang boleh dipindahkan daripada sebuah pesawat dalam tempoh 90 saat.

Punca sebenar pesawat berkenaan terhempas masih belum jelas dan ia dijangka dapat diketahui apabila kotak hitam pesawat ditemui.

Pakar daripada Perancis dan Singapura turut menyertai pasukan penyiasat keselamatan dan pengangkutan Indonesia dalam usaha mengesan bangkai pesawat milik syarikat penerbangan AirAsia Indonesia.

Sekiranya ditemui, rakaman suara kokpit akan dapat memberikan perbualan terperinci antara juruterbang sepanjang penerbangan dan saat terakhir sebelum nahas berlaku.  "Semuanya akan terjawab apabila kita menemui kotak hitam pesawat," kata Sudibyo.

Ribut Tropika Jangmi Lenyap Sepenuhnya - Jabatan Meteorologi

Posted: 01 Jan 2015 08:27 PM PST

MSTAR ONLINE


 
 
 
KUALA LUMPUR: Ribut Tropika Jangmi yang berada di Laut Sulu dilaporkan lenyap sepenuhnya pada Rabu, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan di laman Facebook jabatan itu, kedudukan terakhir ribut tersebut ialah di latitud 8.9 utara dan longitud 121.7 timur, iaitu 527 kilometer ke Timur Laut Sandakan, Sabah.

Pada Rabu, Bernama melaporkan ribut tropika Jangmi telah menjadi lemah kepada Lekukan Tropika pada tengah hari.

Lekukan Tropika itu boleh menyebabkan angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di kawasan perairan Sabah (Sandakan, Kudat, pantai barat dan pendalaman), Labuan dan beberapa kawasan di Sarawak.

Jabatan itu berkata, pihaknya juga akan sentiasa mengemas kini sebarang maklumat berkenaan ribut tropika Jangmi setiap tiga jam di laman sesawang www.met.gov.my.

DAP gesa kerajaan pertingkat industri tenaga di Sabah

Posted: 01 Jan 2015 08:21 PM PST

Chan-Foong-Hin

Roketkini.com


TAWAU: DAP menggesa Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili agar melakukan lebih banyak usaha untuk meningkatkan industri tenaga boleh diperbaharui (RE) di Sabah.

Naib Pengerusi DAP Sabah Chan Foong Hin berkata, biarpun beliau menyambut baik langkah membuka loji janakuasa solar PV pertama di Tawau, namun masih banyak lagi usaha yang harus dilakukan.

"Sebagai permulaan, lebih banyak kuota harus diberikan kepada Sabah di bawah Feed in Tariff (FiT).
"Hakikat yang beliau harus sedari, Sabah ketinggalan dua tahun berbanding negeri lain di Semenanjung kerana FiT hanya mula dilaksana tahun ini disini.

"Sabah perlu mendapat lebih kuota kerana gangguan kuasa masih kekal sebagai isu cukup serius di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Pada 31 Oktober 2012, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua telah mendedahkan tindakan Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) yang telah menganugerahkan projek FiT kepada banyak syarikat yang tidak layak.

Menurut Tony, penganugerahan itu yang melibatkan 32.4 peratus daripada jumlah 139MW telah diberikan kepada anak bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan iaitu Suzi Suliana.

Merujuk kes tersebut, Foong Hin yang juga Adun Sri Tanjong menyatakan, Sabah wajar diberi keutamaan untuk membangunkan projek RE.

"Apakah semua faedah untuk rakyat negeri ini kurang penting berbanding anak perempuan seorang penjawat awam (Sidek Hassan)?" tegasnya.

30 Disember lalu, loji janakuasa solar PV pertama telah dimulakan di SMR Aquaculture Sdn Bhd Sungai Burung, Balung, Tawau.

Loji janakuasa itu yang mampu menghasilkan satu megawatt bekalan tenaga dapat menampung kira-kira 500 isi rumah di Tawau.

Pelaburan untuk loji janakuasa solar pertama ini menelan belanja sebanyak RM10 juta dengan jaminan

Pelaburan untuk penjanaan solar yang pertama di daerah ini ialah RM10 juta dan dijamin mampu bertahan selama 40 tahun. – Roketkini.com

PR Johor tubuh Jawatankuasa Misi Kemanusiaan, bantu mangsa banjir Pantai Timur

Posted: 01 Jan 2015 08:19 PM PST

524160_782867191809738_7114756752264795438_n

Roketkini.com


KLUANG: Pakatan Rakyat (PR) Johor akan menggembeleng seluruh tenaga bagi membantu mangsa banjir di Pantai Timur, kata Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong.

Beliau berkata, untuk menjayakan usaha itu, Jawatankuasa Misi Kemanusiaan PR Johor telah ditubuhkan dan akan digerakkan bermula 3 Januari ini.

Katanya, DAP Johor sendiri telah mula mengaktifkan 14 pusat pengumpulan sumbangan untuk membantu mangsa banjir sejak tiga hari lalu.

"Terima kasih kepada rakyat atas sambutan yang amat mengharukan,"

"Inilah rasa cinta dan kemanusiaan yang ada dikalangan kita rakyat Malaysia dan ia mesti disuburkan walaupun bencana berakhir nanti," katanya dalam sidang media bersama Pesuruhjaya PAS Johor Aminolhuda Hassan, Pengerusi PKR Negeri Hassan Karim dan beberapa pimpinan lain di Pusat Komuniti Kluang, semalam.

Aminolhuda menyatakan, PAS Johor juga telah menggerakkan operasi '1000 Dapur untuk Pantai Timur' yang bertujuan mengutip sumbangan kepada 1,000 keluarga yang terlibat dengan bencana.

"Dari usaha yang pelbagai ini, saya optimis kami mampu mensasarkan pula sekurang-kurangnya bantuan barangan sumbangan 1 treler setiap minggu untuk dihantar kepada mangsa-mangsa tersebut," ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penggaram Gan Peck Cheng yang turut hadir dalam sidang media pula menegaskan, setakat ini DAP Johor berjaya mengumpul sehingga 4 treler barangan untuk dihantar ke Pantai Timur.

"Awal pagi esok (hari ini) kami akan bergerak ke Kota Bharu dan Mentakab untuk menyerahkan barangan," katanya.

Dalam pada itu, Hassan Karim mengecam tindakan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan yang mengabaikan pembangunan lestari sehingga menyebabkan rakyat terpaksa menanggung akibat sebegini teruk.

"Kerajaan Negeri dan Persekutuan perlu sensitif terhadap sebarang usaha pembangunan yang dijalankan termasuk mengambil kira kesan buruk terhadap alam sekitar.

"Jika ini tidak dititikberatkan, ia pastilah akan menyebabkan rakyat menangung kesusahan," tegas beliau. – Roketkini.com

Harga nasi campur naik lima kali ganda sepinggan

Posted: 01 Jan 2015 03:44 PM PST

SINAR HARIAN


Mangsa banjir menggunakan perahu untuk menyelamatkan diri akibat limpahan air Sungai Galas di Kampung Jerat China di Kuala Krai. - Foto Bernama Mangsa banjir menggunakan perahu untuk menyelamatkan diri akibat limpahan air Sungai Galas di Kampung Jerat China di Kuala Krai. - Foto Bernama
 
 
TANAH MERAH - Harga sepinggan nasi berlauk ikan kembung goreng, sayur kacang panjang dan segelas air teh panas mencecah RM23 di bandar yang dilanda banjir baru-baru ini.

Penulis terkejut apabila perlu membayar harga makanan hampir lima kali ganda daripada harga biasa juadah itu dalam sekitar RM5 pada waktu biasa selepas mengalas perut di sebuah kedai makan yang terletak di tengah-tengah bandar ini semalam.

"Saya terkejut dan bila ditanya peniaga itu memohon maaf dan menyatakan kesukaran mendapatkan bahan mentah dan terpaksa pergi ke Kota Baharu yang terletak kira-kira 70 km dari sini.

"Saya faham kalau mahu menaikkan harga tetapi jangan sampai ia jadi tidak munasabah dan saya sungguh terkejut dengan harga itu," kata penulis.

Sementara itu tinjauan Bernama hari ini mendapati hanya beberapa buah kedai makan sahaja yang telah beroperasi di bandar ini selepas banjir buruk yang menenggelamkan keseluruhan bandar berkenaan baru-baru ini.

Pasar Besar Tanah Merah di sini yang telah kembali beroperasi dilihat sesak dengan orang ramai yang mahu membeli barangan basah itu.

Seorang suri rumah, Rahaya Samsudin, 47, bagaimanapun berkata, tidak banyak barangan basah yang dijual dan jika ada pun ia agak mahal sedikit dan berharap keadaan itu akan pulih segera.

"Ayam sekilogram pun hampir RM8. Harga mahal ini sedikit membebankan kami.

Mana nak bersih rumah dan mahu guna duit membelikan perkara yang perlu dibebani pula dengan harga barangan yang mahal,' katanya.

Kekurangan bekalan minyak petrol dan diesel di bandar ini menjadikan bahan api itu perniagaan segera yang paling laris di jajahan ini sehingga ada menjualnya dalam botol.

Perniagaan itu tumbuh bak cendawan selepas hujan di sepanjang perjalanan antara Pasir Mas ke Tanah Merah.

Seorang peniaga yang enggan disebut nama dan berusia 20-an berkata sebotol besar 1.5 liter minyak petrol dijual sebanyak RM15.

Harga petrol RON95 kini RM1.91 seliter manakala RON97 RM2.11 seliter. - Bernama

Tiada ulasan: